You are on page 1of 22

TEKNOLOGI DALAM ISLAM

TEKNOLOGI YANG DIHARUSKAN


DALAM ISLAM
KONSEP TEKNOLOGI
Ajaran Islam tidak menegah manusia daripada
melaksanakan kegiatan sains dan teknologi.Perkara ini
telah dibincang, dibahas, dan disepakati oleh ulama dan
saintis Muslim. Bukti-bukti daripada nas Al-Quran juga
menunjukkan tiada halangan bagi manusia untuk
menimba ilmu pengetahuan dan mengaplikasikan ilmuilmu sains, bahkan ia adalah digalakkan dan hukum
mengembang dan mengaplikasikan sains untuk
kemaslahatan umat manusia adalah fardhukifayah. Islam
tidak menolak sebarang bentuk teknologi dan apa juga
bentuk kemodenan selagitidak bercanggah dengan
ajarannya.

TEKNOLOGI MENURUT ISTILAH


1. Dari sudut bahasa, perkataan teknologi berasa
ldaripada bahasa Yunani Techne bermaksud seni
atau kerja tangan dan Logos bermaksud
wacana atau kata-kata sistematis. Oleh itu,
teknologi merupakan satu ilmu yang lebih
bersifat praktikal berbanding ilmu sains yang
lebih bersifat teorikal.
2. Dari segi istilah pula, perkataanteknologi
ditakrifkan sebagai ilmu pengetahuan dan
tindakan yang bersistem, biasanya
dikaitkandengan proses industri tetapi juga
digunakan dengan mana-mana kegiatan dan
berkait rapatdengan sains kejuruteraan

TEKNOLOGI DALAM ISLAM


Kelangsungan teknologi dalam Islam menjurus
kepada asas-asas nilai, konsep dan prinsipprinsip yang bersifat sejagat, tetap, dan
menyeluruh yang terkandung dalam ajaran
Islam. Ia merangkumi konsep tauhid, khilafah,
ibadah, halal dan haram, adil dan zalim, istilah
(kepentingan awam) dan dhiya (pembaziran).
Teknologi moden yang digunakan pada hari ini
perlu diolah dan dibangunkan berasaskan
pematuhan kepada prinsip-prinsip tersebut
bagi memastikan kebaikannya dapat
dimanfaatkan oleh manusia dan seluruh alam.

Kaedah Persenyawaan Teknik


Bantuan Re-produktif (ART)
Kaedah ART ialah kaedah yang dilakukan dengan
memasukan sperma/embrio ke dalam wanita . Islam
mengharuskan penggunaan ART bagi pasangan
suami isteri yang sah yang tidak mampu dikurniakan
zuriat melalui proses normal . Namun kaedah ini
menjadi haram apabila sperma/embrio dimasukkan
ke dalam wanita selepas kematian suami atau
penceraian . Walaupun kaedah persenyawaan ART
dibuat sebelum kematian atau penceraian sepasang
suami isteri dan kemudian disimpan beku (Sperma
dan embrio) , ia tidak boleh digunakan lagi jika tiada
lagi ikatan perkahwinan .
Apa itu ART?
ARTIFICIAL REPRODUCTIVE TECHNIQUE

Syarat-syarat yang perlu dipatuhi pasangan suami


isteri dalam pelaksanaan kaedah ART bagi
mendapatkan zuriat ialah :
a) Hanya embrio yang bebas daripada penyakit genetik
boleh dipindahkan ke rahim isteri
b) Kajian untuk menukar sifat semula jadi seperti warna
kulit , mata dan lain-lain adalah tidak dibenarkan
c) Menyimpan beku sperma dan embrio hanya boleh
dilakukan di pusat ART yang bertauliah dan diiktiraf ,
bagi memastikan sistem dokumentasi yang tepat agar
tidak berlaku percampuran benih
d) Pemilihan jantina embrio dibenarkan hanya jika jantina
itu mempunyai satu penyakit genetik yang serius .
e) Kajian yang berunsur komersial dan tiada kaitan
dengan kesihatan ibu atau janin tidak dibenarkan.

Bayi Tabung Uji


Defini bayi tabung uji ialah bayi yang
dilahirkan oleh seorang perempuan hasil
daripada persenyawaan ovumnya dengan
sperma suaminya di luar tubuh perempuan itu
dengan menggunakan teknik Persenyawaan
Luar Rahim (IVF)
Kejayaan pertama dalam sejarah dunia ,
Louise Brown atas usaha (Prof) Dr.Robert
Edwards di samping Dr Patrick Steptoe .
Kejayaan tersebut terhasil selepas 100
percubaan menemui kegagalan .

Terdapat beberapa pendapat ulama


tentang bayi tabung uji :
a) Ada ulama yang membolehkan dengan
beberapa syarat
b) Ada juga yang menganggap haram kerana
seakan-akan mengubah takdir Allah s.w.t
c) Dalam Islam , ulama berpendapat , bayi
tabung uji bukan mengubah takdir atau
ciptaan Allah . Sebab manusia dan doktor
berusaha membuat sesuatau yang baru ,
tetapi hanya berusaha untuk
mendapatkan zuriat .

PROSEDUR IVF
Pertama sekali, ujian kesihatan perlu
dijalani terlebih dahulu di pusat perubatan
yang menawarkan perkhidmatan bayi
tabung uji ini. Ujian kesihatan ini
bertujuan bagi mengenalpasti kitaran
haid, kitaran ovulasi, keadaan rahim,
respon tubuh badan terhadap beberapa
jenis dadah bagi membolehkan doktor
menjadualkan prosedur yang sebaiknya
mengikut kiraan yang dilakukan.

Stimulasi
Seterusnya, persediaan bagi membolehkan
doktor mengeluarkan ovum daripada rahim
akan dilakukan. Doktor akan memberi beberapa
jenis dadah bagi membolehkan penghasilan
folikel yang banyak, supaya dapat
meningkatkan kemungkinan untuk
menghasilkan ovum yang banyak. Hal ini
penting untuk menghasilkan ovum yang
berkualiti bagi proses persenyawaan. Mengikut
siri Lupron, 14 suntikan akan diberikan untuk
merangsang ovulasi dan suntikan pada
peringkat akhir adalah bagi menjadikan ovum
matang dan siap untuk diovulasi.

Pengeluaran Ovum
Selepas jumlah ovum yang diperlukan
berjaya diperolehi, prosedur bagi
mengeluarkan ovum dari faraj akan
dilakukan.Bagi menjalankan proses ini ubat
pelali akan diberikan supaya kesakitan tidak
dirasai. Ovum yang telah diekstrak akan
disimpan di dalam bekas khas yang terdiri
daripada medium cecair kultur dan disimpan
di dalam inkubator pada suhu badan.
Prosedur ini hanya memakan masa 15-30
minit, dan jadual untuk pemindahan embrio
akan ditentukan kemudiannya.

Persenyawaan
Ovum dan sperma akan disenyawakan di
dalam makmal. Lebih kurang 100,000
sperma akan diletakkan bersama dengan
satu ovum. Persenyawaan ovum dan
sperma ini akan didokumentasikan dan
embrio yang terhasil akan disimpan di
dalam tabung uji dan diletakkan di dalam
inkubator. Peringkat awal persenyawaan
ialah dengan terhasilnya dua nukleus dan
ovum yang telah disenyawakan ini
dinamakan zigot.

Pemindahan embrio
Ovum mengambil masa lebih kurang 18
jam untuk disenyawakan dan dalam
tempoh 16-18 jam kemudiannya, ovum
yang telah disenyawakan akan membahagi
menjadi dua sel, dan seterusnya empat
sel. Selepas 48 jam setelah ovum
diekstrak, embrio akan terbentuk dan
sedia untuk dipindahkan ke dalam rahim.
Setelah pemindahan berjaya dilakukan,
janin yang terbentuk akan membesar di
dalam rahim seperti kehamilan normal.

PEMBEDAHAN PLASTIK YANG


DIBENARKAN DALAM ISLAM

Islam melarang keras pembedahan plastik


yang dilakukan untuk mengubah ciptaan asal
bahagian tubuh manusia seperti diciptakan
Allah S.W.T dengan alasan untuk kelihatan
cantik selain bertujuan kosmetik
Ada hadith hukum yang berkaitan mengubah
ciptaan Allah seperti sabda Rasulullah s.a.w
bermaksud
Daripada Abdullah katanya ; Allah s.w.t
melaknat perempuan yang membuat tatu dan
yang meminta dibuat tatu , yang mencukur
alis , menjarangkan gigi untuk kecantikkan ,
yang mengubah ciptaan Allah s.w.t

Fenomena Pembedahan
Plastik
Secara dasarnya,pembedahan plastik terbahagi kepada dua iaitu
Rekonstruktif dan Kosmetik.
1) Pembedahan rekonstruktif bertujuan bagi membaikpulih anggota
badan yang tidak normal dantidak dapat berfungsi akibat
daripada kecacatan sejak lahir,penyakit ataupun kemalangan
teruk yang menyebabkan kerosakan pada anggota badan.
Dengan melakukan pembedahanrekonstruktif, seseorang ini
berpeluang menjalani kehidupan normal dan tidak dipandang
rendaholeh masyrakat.
2) Manakala pembedahan kosmetik pula bertujuan bagi mengubah
bentuk anggota badan mengikut keinginan dan kepuasan
seseorang. Dikatakan ada sesetengah pihak yang beranggapan
bahawa dengan mengubah bentuk anggota badan yang diingini
dapat meningkat tahap keyakinan dan imej diri seseorang dalam
berhadapan dengan khalayak ramai.

Jenis-jenis Pembedahan
Plastik
1. Rekonstruksi
.Kecacatan akibat kemalangan atau kecederaan
yang teruk seperti kulit terbakar, patah
danretak tulang.
.Kecacatan disebabkan infeksi ataupun penyakit
yang menyebabkan pesakit mengalami
penderitaan yang teruk.
. Pembedahan Kraniofasial dan pembedahan
maksilofasial, bagi menangani kelainan bentuk
kepala dan muka (patah tulang muka akibat
kecelakaan) daripada yang normal

2. Pembedahan plastic kosmetik/cosmetic surgery


Rhinoplasty
Rhinoplasty adalah operasi untuk memperbaiki hidung sesuai
dengan keinginan individu. Selain bertujuan untuk memperbaiki
penampilan, rhinoplasty dapat membantu pernafasan
yangtersumbat.

Cheek Implant
Operasi ini digunakan untuk menambah tinggi tulang
pipi.Operasi ini dilakukan denganmemasukkan silikon di rongga
mulut. Pipi tembam atau chubby juga dapat
dihilangkandengan menyedut lemak di bahagian pipi dan
menegangkan ototnya
Lip Augmentation
Faktor umur banyak menyebabkan wanita kehilangan volume di
bibirnya dan mulai mendapatkerutan di bibir. Lip augmentation
dapat membantu mengembalikan bentuk bibir
sertamenghasilkan bentuk bibir mengikut keinginan seseorang.

Pembedahan yang dibenarkan


dalam Islam
a) Contohnya jika seseorang yang cacat seperti
mulut sumbing, ia masih dibenarkan Islam
untuk dilakukan pembedahan plastik
terhadapnya dan ia tidak dikategorikan
sebagai mengubah ciptaan Allah SWT.Ini
disebabkan kejadian wajah manusia normal,
mulutnya adalah tidak sumbing dan dengan
menjalani pembedahan membetulkan
sumbing itu, ia mengembalikan keadaan
mulut kepada kejadian manusia normal,
katanya.

b) Contoh lain, jika lubang hidung seseorang itu terlalu


sempit sehingga menyukarkannya untuk bernafas,
maka dibolehkan untuk individu itu menjalani
pembedahan bagi memperbesarkan lubang
hidungnya.Tetapi jika dia ingin menjalani pembedahan
sekadar untuk meninggikan lagi batang hidungnya
konon supaya kelihatan cantik, maka perbuatan itu
berdosa dan tidak dibenarkan,
c) Pemindahan organ seperti jantung,hati dan
sebagainya.Hal ini untuk menyelamatkan nyawa
seseorang. Pada zaman sekarang kita melihat adanya
penderma darah, yang merupakan bahagian dari
tubuh manusia, telah merata di negara-negara kaum
muslim tanpa ada seorang ulama pun yang
mengingkarinya, bahkan mereka menganjurkannya
atau ikut serta menjadi penderma

Ajaran Islam dan Fatwa membenarkan semua


jenis pemindahan organ dan tisu jikalau
beberapa pra-syarat dipenuhi. Kebenaran ini
adalah berdasarkan tiga prinsip perundangan
Islam iaitu :
i. Berusaha untuk menghindarkan mudarat
yang besar dengan melakukan mudarat
kecil.
ii. Darurat mengharuskan yang dilarang.
iii. Menjaga maslahat iaitu kebaikan manusia
berterusan dan didalam konteks berusaha
untuk mencari ubat bagi setiap penyakit.