You are on page 1of 8

PENGGUNAAN MODEL KASUT UNTUK MENGIKAT TALI KASUT DALAM

KALANGAN MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

SATHYAN A/L ILANGOVAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS IPOH
HULU KINTA, PERAK

2015

PENGGUNAAN MODEL KASUT UNTUK MENGIKAT TALI KASUT DALAM


KALANGAN MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

SATHYAN A/L ILANGOVAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat


penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
(Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS IPOH
HULU KINTA, PERAK

SEPTEMBER 2015

PENGESAHAN PENYELIA
2

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada pandangan saya karya
ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Perguruan dengan Kepujian (Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran)

Tandatangan :
Nama Penyelia : EN.ABDUL AZIZ BIN SHAMSUDDIN
Tarikh : 3 SEPTEMBER 2015

PENGAKUAN PENULIS
3

Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :
Nama Penulis : SATHYAN A/L ILANGOVAN (921211-04-5281)
Tarikh : 3 SEPTEMBER 2015

DEDIKASI
4

Teristimewa buat keluarga tersayang,


Sekalung penghargaan diucapkan atas segala sokongan,
semangat dan nasihat yang kalian titipkan...
Tidak dilupakan adik-beradik yang dikasihi,
Darunndran, Vickneswaran dan Priyanka,
Terima kasih kerana memberi inspirasi...
Khas buat Saraswary Krishnan,
Terima kasih tidak terhingga atas segala bantuan, curahan idea yang
menjadi pembakar semangat untuk meneruskan perjuangan ini...
Buat sahabat-sahabat, Khasnya PISMP Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Ambilan 2012,
Terima kasih kerana menjadi teman yang setia, memahami dan menceriakan hidup ini,
Sesungguhnya memori yang pernah kita cipta bersama akan terabadi
di dalam sanubariku buat selama-lamanya...

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Tuhan kerana dengan
kurniaan dan rahmat dariNya, akhirnya saya berjaya menyiapkan kajian ini. Dengan hati yang
tulus ikhlas, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah penyelia,
En.Abdul Aziz bin Shamsuddin atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberi sepanjang
tempoh pelaksanaan kajian ini.
Kerjasama yang baik daripada pihak Sekolah Kebangsaan Gopeng, Perak amatlah
dihargai. Tidak ketinggalan penghargaan buat semua pensyarah khususnya pensyarah Unit
Pendidikan, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ipoh yang telah banyak memberikan bantuan
dan pendapat sepanjang proses menyiapkan kajian ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada kedua ibubapa, adik beradik dan sahabat handai atas
kerjasama serta sokongan padu yang diberikan. Akhir kata, sekalung terima kasih buat semua
yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu menjayakan
kajian tindakan ini.

ABSTRAK
6

Tujuan kajian adalah untuk meningkatkan kemahiran mengikat tali kasut dalam kalangan murid
pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Pengkaji telah mengkaji keberkesanan penggunaan
Model Kasut dalam meningkatkan kemahiran murid untuk mengikat tali kasut. Kajian dijalankan
di SK Gopeng,Perak dan melibatkan 2 orang responden yang terdiri daripada pelajar tahun dua
dan dipilih berdasarkan analisis awal pengkaji. Reka bentuk kajian adalah berbentuk kualitatif
dan kuantitatif. Instrumen yang digunakan adalah ujian, pemerhatian dan temu bual. Hasil
analisis data menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam masa yang diambil oleh murid
untuk mengikat tali kasut dan cara mereka mengikat tali kasut. Analisis pemerhatian
menunjukkan bahawa murid telah dapat mengikat tali kasut dengan betul dan kemas setelah
intervensi dijalankan. . Keputusan kajian ini membuktikan bahawa penggunaan Model Kasut
telah dapat meningkatkan kemahiran murid untuk mengikat tali kasut.
Kata kunci : Model Kasut, Meningkatkan, Kemahiran, Mengikat Tali Kasut

ABSTRACT
7

The main purpose of this research was to elevate the skill of tying shoe lace among the students
of learning disability. The research has been conducted to see the effectiveness of the Shoe
Model that the researcher has created to help the students on tying their shoe laces. The research
has been conducted at SK Gopeng, Perak and was tested on 2 respondents which were from Year
2 and was selected based on initial analysis by the researcher. The research has both quantitative
and qualitative design. The instruments that has been used in the research includes tests,
observation and interviews. The final data analysis shows that there has been an elevation of the
skill of students on tying their shoe laces as there was a significant difference in the time taken
by the students to tie their shoe lace and how tidy it was. Thus, it has been proven that the usage
of the Shoe Model has helped to increase the skill level of the students on tying their shoe lace.
Keywords : Effectiveness, Elevation, Tying Shoe Lace

You might also like