You are on page 1of 2

14 Konsep Sistem

KONSEP HURAIAN
Tenaga Suatu daya atau kemampuan untuk mengoperasikan kerja
atau menghasilkan sesuatu. Tenaga terdapat dalam pelbagai
bentuk spt tenaga haba ,tenaga potensi,tenaga kinetik,tenaga
kimia,dan juga tenaga elektrik.
Geomorfologi Semua proses fizikal,kimia,dan biologi yg bertanggungjawab
membeentuk,memperkembang dan mengubah bentuk muka
bumi sama ada cara makro atau mikro.
Konfigurasi
Endogenik Proses yang berasal dari dalam kerak bumi seperti
pergerakan tektonik,lipatan kerak bumi,gelinciran,gempa
bumi,gunung berapi aktiviti igneus dan metamorfosisme
batuan.
Lipatan gelinciran
Gunung berapi
Hanyutan benua Bermaksud benua tunggal pada satu masa dahulu yang
Stpm 2006 dikenali sebagai Pangea telah berpecah kpddua bahagian
yang utama,iaitu Laurasia dan
Gondwanaland.kemudian,kedua-dua benua ini hanyut lalu
membentuk benua-benua yang ada sekarang.kejadian ini
berlaku berjuta-juta tahun yang lalu.
Luluhawa Proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan
yang berlaku secara in-situ(setempat).
Pergerakan jisim Bermaksud pergerakan bahan-bahan pepejal yang seperti
Stpm 2008 batu,tanih dan cecair seperti lumpur dari atas cerun ke
bawah cerun akibat tarikan graviti yang berlaku secara cepat
atau perlahan.
Aliran cepat Pergerakan regolit,tanih atau lumpur pada kadar yang yang
lebih cepat dan di atas cerun yang lebih curam berbanding
aliran lambat.
Aliran lambat Pergerakan regolit dan tanah-tanih secara perlahan
menuruni cerun. Tidak dapat dilihat dengan mata kasar
tetapi dapat dikesan melali kecondongan tiang elektrik,pokok
atau tiang pagar sesuatu tempat berbanding kedudukan
asalnya.
Lembangan saliran Merujuk kepada kawasan legeh sungai. Ia terdiri daripada
sungai induk dan cawangan-cawangannya yang disempadani
oleh garisan legeh yang memisahkannya dengan lembangan
sungai yang lain. Seringkali lembangan saliran juga menjadi
kawasan tadahan air.
Pinggir pantai Bermaksud kawasan pertemuan antara air laut dengan
Stpm 2008 daratan pantai yang merangkumi kawasan antara takat air
pasang dengan takat air surut.
Pantai seimbang Merujuk kepada kadar hakisan dan pemendapan adalah
Stpm 2007 sama atau hampir sama. Keadaan pinggir laut asal lebih
curam menyebabkan hakisan berlaku ke arah daratan dan
mendapan berlaku ke arah laut dan jika pinggir laut asal
lebih landai,pemendapan akan berlaku di pantai manakala
hakisan berlaku ke arah laut.
kecerunan

You might also like