You are on page 1of 7

1.

0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam pendidikan prasekolah, guru merupakan individu yang memainkan peranan yang sangat
penting untuk melahirkan murid ataupun individu yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi,
Rohani, intelek, sosial jadi sebagai guru kita harus menggunakan pelbagai pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut tahap perkembangan diri, kebolehan, bakat,
keperluan, dan minat serta latar belakang murid-murid. Murid-murid merupakan golongan yang
aktif dan sekiranya pendekatan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak menarik, murid
akan hilang tumpuan dan fokus dan akan menolak untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang guru laksanakan. Oleh itu, guru bertanggungjawab untuk menyediakan
aktiviti dan bahan yang sesuai dan menarik supaya murid boleh melibatkan diri secara aktif
dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

yang

lebih

bermakna,

berkesan

dan

menggembirakan. Pembelajaran menggunakan kaedah aktiviti bermain dapat meningkatkan


sikap proaktif dan dapat membantu meningkatkan tahap tumpuan murid semasa mengikuti
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Di peringkat prasekolah, kurikulum yang ada amat fleksible dan senang diubahsuai.
Kurikulum prasekolah lebih menitikberatkan pengalaman melalui aktiviti, khasnya aktiviti
bermain. Ini disebabkan bermain merupakan tindakan yang penting dalam perkembangan kanakkanak. Melalui permainan seseorang kanak-kanak menjalani pertumbuhan dan pembesaran yang
seimbang.

1.2 Refleksi Pengalaman Lalu


Dalam pembelajaran, penumpuan dan minat adalah perkara yang sangat penting bagi
membolehkan sesuatu input ataupun maklumat yang diberikan dapat diterima dan diintreptasikan
denga berkesan dan tepat. Jadi adalah penting untuk guru memainkan tanggungjawab utnuk
memberi dorongan dan perangsang supaya berkemampuan untuk membantu mengembangkan
pemikiran murid-murid.
Guru merupakan pemudahcara dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Guru
menyokong kanak-kanak apabila mereka menunjukkan kesediaan untuk mempelajari sesuatu
melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang guru jalankan ataupun laksanakan. Menurut
Montessori dalam Rohani Abdullah et. Al (2004), minda murid-murid mudah untuk menerima
dan menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka. Berdasarkan daripada
kenyataan yang dinyatakan oleh Montesorri, saya berpendapat bahawa murid-murid ataupun
kanak-kanak memerlukan suatu rangsangan pembelajaran yang menarik sama ada dalam bentuk
visual dan sebagainya dan ini berdasarkan pengalaman tiga kali fasa praktikum dimana murid
akan mudah tertarik dan dapat memberi tumpuan yang baik jika guru mengggunakan kaedah
bermain yang memberikan peluang mereka merasai sendiri sesuatu aktiviti. Daripada pendekatan
yang pelbagai diharapkan murid-murid dapat mengikuti dan menumpukan sepenuh perhatian
sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

2.0 FOKUS KAJIAN


2.1 Isu kajian
Prasekolah merupakan sebuah tempat yang menjadi tempat pembelajaran kanak-kanak ataupun
murid-murid sebelum mengikuti sesi persekolahan yang formal yang lebih menekankan
pengajaran berbentuk akademik. Pengisian ataupun cara pengajaran dan pembelajaran yang
menarik dapat melahirkan perasaan seronok kepada murid-murid di prasekolah dan dapat
memumpukan perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Menurut
Montessori dalam Rohani Abdullah et. Al (2004), menjelaskan bahawa matlamat kurikulum pada
peringkat awalnya bermatlamat untuk memajukan diri kanak-kanak dari segi penumpuan
perhatian, kemahiran memerhati dan meneliti. Ini jelas menunjukkan bahawa tumpuan seseorang
semasa belajar adalah sangat penting untuk menjadikan seuatu itu lebih mudah dan dapat
diterima dengan sempurna dan tepat. Penumpuan boleh kita rumuskan sebagai perhatian yang
menjalankan tugas untuk memberikan tumpuan terhadap sesuatu tugas ataupun perkara terhadap
kognitif dengan menolak rangsangan-rangsangan ataupun elemen-elemen yang boleh
mengganggu proses tumpuan.
Penumpuan turut membawa makna pada kesediaan untuk menerima maklumat tertentu.
Secara mudahnya, kita akan dapat memberi tumpuan dengan cara memberi fokus kita terhadap
sesuatu rangsangan. Rangsangan yang dimaksudkan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan
situasi seperti dalam permainan, cerita, penggunaan bahan maujud, pembelajaran dan
sebagainya. Oleh sebab itu, kajian yang saya jalankan ini memberi fokus pada tahap penumpuan
murid supaya objektif pembelajaran dapat dicapai dengan jayanya. Setelah saya menjalankan

pengajaran dalam tiga fasa praktikum yang telah saya lalui, saya mendapati masalah utama yang
menganggu kawalan kelas adalah tingkah laku dan tahap penumpuan murid.
Tingkah laku yang boleh menganggu proses aktiviti pengajaran dan pembelajaran
atauapun kelancaran perjalanan kelas seperti kurang memberi perhatian gemar bercakap ataupun
berbual dan juga tidak terkecuali masalah hiperaktif perlu saya berikan perhatian supaya tidak
terus menjejaskan perkembangan pembelajaran. Dalam memastikan sejauh mana tingkah laku
yang ditunjukkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, saya telah membuat dan
melaksanakan permerhatian terhadap kekerapan tindakan yang menggangu di dalam kelas
prasekolah.
Hasil pemerhatian yang saya lakukan berdasarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang saya laksanakan untuk praktikum fasa tiga ini, saya mendapati murid-murid seperti Nur
Haziq Rayyan Bin Nur Hisyam melakukan tindakan menganggu dan tiada tumpuan semasa
pembelajaran diikuti oleh Nur Syafikah Binti Mohd Hanif, Muhammad Faiz Bin Mohd Radzi,
Muhammad Syahputra Bin Mohd Shahrel semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Saya mendapati murid tidak dapat menumpukan perhatian terhadap sesi pengajaran
dan pembelajaran yang biasa. Pelbagai tingkah laku yang negatif yang ditunjukkan membuatkan
kawalan kelas tidak berjalan dengan lancar.
Hasil dapatan yang diperolehi ini sedikit sebanyak telah menimbulkan minat saya untuk
mengkaji masalah kekerapan murid-murid prasekolah melakukan aktiviti menganggu dan kurang
penumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terperinci. Aktiviti
permainan pula digunakan sebagai langkah ataupun cara yang saya rasakan mampu
meningkatkan tumpuan dan minat kanak-kanak dalam sesi pembelajaran mereka.

2.2 Tinjauan dan Analisis Masalah

2.3 Tinjauan Literatur berkaitan


Rashidi Azizan (1995) menyatakan belajar melalui bermain akan mendatangkan keseronokan
dan hiburan serta merangsang individu mempelajari individu mempelajari sesuatu melalui cara
yang aktif dalam cara yang tidak formal. Kaedah ini dapat memusatkan perhatian dan
mengurangkan kebosanan yang biasa dikaitkan dengan pembelajaran melalui kaedah kuno yang
lebih kepada kaedah pengajaran seperti latih tubi dan kelas sahaja.
Mengikut Vygotsky (1967) Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran.
Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam
pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan
dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawal situasi dan
menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran
yang tinggi melalui bermain. (Spodek et al. 1987, p. 181).
Almy (1984) juga ada menyatakan kanak-kanak bermain adalah dengan diarah oleh diri
mereka sendiri tanpa mengira tujuan bermain. Melalui bermain kanak-kanak mendapat tingkah
laku yang baru. Contohnya, mereka dapat lebih menumpukan perhatian terhadap apa yang
dilakukan, mendengar arahan dan nasihat dan sebagainya.
William James (1890) berpendapat bahawa penumpuan adalah terhad kerana manusia
hanya mampu tertumpu pada satu perkara pada suatu masa. Penumpuan itu juga adalah terpilih
sifatnya kerana manusia boleh memilih satu tumpuan pada satu perkara dan penumpuan itu juga
berkait rapat dengan konsep kesedaran yang merupakan satu situasi yang kita sedar dalam apa
juga masa. Malahan William James juga menekankan kesedaran adalah satu falsafah yang
mempunyai konsep yang sukar untuk kita ukur.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


i.
Menentukan tahap keberkesanan tindakan aktiviti bermain terhadap murid-murid semasa
ii.

proses aktiviti pengajaran dan pembelajaran.


Mengubah sikap murid-murid yang kurang memberi tumpuan perhatian semasa
melaksanakan aktiviti dan pengajaran dan pembelajaran bersama guru dan murid yang

iii.

lain.
Menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bersifat kondusif dan
bebas daripada sebarang gangguan yang boleh merencatkan perjalanan aktiviti di dalam
kelas.

4.0 SOALAN KAJIAN


i.
ii.

Apakah tahap keberkesanan tindakan aktiviti bermain kepada murid-murid.


Adakah terdapat perubahan sikap terhadap murid-murid yang kurang memberi tumpuan

iii.
iv.

perhatian semasa menjalankan aktiviti.


Bilakah kesesuaian kajian dijalankan terhadap murid-murid Prasekolah Nur.
Siapakah yang terlibat dalam menjalankan tindakan aktiviti bermain kepada murid-murid
Prasekolah Nur.

5.0 KUMPULAN SASARAN


Kajian tindakan ini dijalankan di Prasekolah Nur, Sekolah Kebangsaan Khir Johari. Murid yang
terlibat ialah empat orang daripada 25 orang murid. Dua orang berumur 5 tahun dan dua orang
lagi murid berumur 6 tahun. Tiga orang murid tersebut adalah lelaki manakala seorang
perempuan. Kesemua mereka berbangsa Melayu dan beragama Islam. Sebahagian besar murid
ini tinggal di kawasan taman berhampiran.

You might also like