You are on page 1of 5

JCEA 3304 : WARGA TUA DALAM MASYARAKAT DAN BUDAYA MELAYU

Peranan Datuk dan Nenek
Peranan datuk dan nenek biasanya hanya dapat dikesan dalam keluarga
bentuk luas. Keluarga bentuk luas boleh terdiri daripada ibu atau bapa yang
sudah tua dan tidak lagi produktif atau sudah kematian suami/isteri, tinggal
bersama anak yang telah berkahwin dan mempunyai anak atau keluarga
bentuk luas yang diketuai oleh ibu bapa yang sudah tua dengan kehadiran anak
yang baru berkahwin dan masih belum memiliki kediaman sendiri. Selain
daripada keluarga bentuk luas, peranan datuk dan nenek juga boleh dikesan
dalam keluarga asas. Keluarga asas boleh wujud dalam bentuk kediaman
seperkarangan (compound household), iaitu di atas bidang tanah yang sama
terdapat beberapa keluarga asas yang mempunyai hubungan kekeluargaan.
Dalam keluarga bentuk ini, hubungan dengan datuk dan nenek adalah sama
seperti keanggotaan dalam keluarga bentuk luas.

Walaupun mereka tidak

tinggal serumah tetapi mereka bertemu dan berinteraksi setiap hari. Dalam
bentuk keluarga sebegini lebih ramai orang yang mempunyai hak dan
kewajipan untuk menegur dan mengawasi anggota keluarga yang lain.
Kelaurga asas juga meliputi keluarga asas yang terdiri dari pasangan warga tua
atau warga tua yang tinggal tanpa pasangan mereka.

Sosialisasi ialah proses pendidikan yang bertujuan mengekalkan ideologi, nilai
dan kepercayaan masyarakat serta pengetahuan, kemahiran dan keahlian
kepada setiap anggota masyarakat. Dalam proses ini setiap anggota
1

Datuk dan nenek dikatakan mempunyai nilai-nilai tradisi dan masih kuat berpegang kepada nilai-nilai tersebut dan mempunyai pengalaman hidup yang luas. iaitu individu yang memiliki identiti sosial. pola-pola bentuk folklore atau tradisi lisan yang menjadi warisan masyarakat. malu. Dalam proses sosialisasi tugas mendidik dan mengawasi anak adalah menjadi urusan kolektif setiap anggota keluarga. yakni seorang anggota masyarakat yang mengikuti norma dan nilai masyarakat berdasarkan adat dan Islam dan menjalankan peranan yang bersesuaian dengan nilaian dan jangkaan sosial masyarakat. menunjukkan kasih sayang. sentiasa beralah dan memberi kesenangan dan keselesaan kepada orang lain. aktif. Contohnya jangkaan kejantinaan: Orang lelaki dianggap sebagai kuat. Warga tua dianggap sebagai tempat meminta nasihat dan tunjuk ajar dalam menjalani kehidupan seharian berdasarkan pengalaman mereka.masyarakat diharapkan membesar menjadi orang. peribahasa-peribahasa serta lain-lain keperihalan 2 . Oleh itu setiap penyimpangan standard dan inspirasi masyarakat dapat dikesan dan tidak mudah terlepas daripada teguran. "Pada merekalah tersimpannya hal-hal yang berhubungan dengan sejarah keturunan keluarga. berani dan sanggup menghadapi risiko. tahan lasak. manakala perempuan membina hubungan mesra. menceritakan masalah dan kesusahan.

1971: 110) Kehadiran datuk dan nenek dalam sesebuah keluarga menjadi simbol kesinambungan keturunan dan budaya.tradisi masyarakat itu. Di samping menunjuk ajar individu. upacara bersunat. perkahwinan dan kematian. nasihat dan petua terutama ketika sesebuah keluarga menghadapi krisis hidup. Mereka juga memainkan peranan penting dalam upacara krisis hidup dalam keluarga seperti semasa mengandung. Bahkan mereka boleh dianggap sebagai muzium di mana tersimpannya segala keperihalan tradisi yang dipusakai oleh masyarakat tersebut (Abu Hassan. mereka juga menjadi sumber utama untuk mendapatkan segala bentuk pengetahuan. pendapat. 3 . 1971: 111). bersalin. warga tua sentiasa mengingatkan anggota keluarga supaya berpegang kepada nilai-nilai tradisi dan memastikan setiap nilai tersebut dipatuhi." (Abu Hassan Othman. Sebagai golongan yang dianggap oleh masyarakat sebagai masih kuat berpegang pada adat dan nilai-nilai tradisi. Mereka mengetahui salasilah tentang keluarga dan seluruh penduduk kampung dan boleh menyusur galurkan dengan jelas dan terperinci. Kehadiran datuk dan nenek dalam sesebuah keluarga dapat mengisi kekosongan pengetahuan dan emosi yang dialami oleh cucu.

Di samping berfungsi sebagai pengisi kepada lompang pengetahuan dan emosi. mereka juga mendapat kemanjaan dan kasih sayang.Datuk dan nenek seringkali dilihat sebagai sumber kemanjaan dan paling banyak manifestasi kasih sayang dikesan dalam perhubungan mereka dengan cucu-cucu. 4 . Keadaan ini berbeza dengan ibu bapa yang jarang mendemontrasikan kasih sayang kerana mendemontrasikan kasih sayang dilihat sebagai aspek kemanjaan. di samping dididik dan diasuh dengan tegas oleh ibu bapa. datuk dan nenek bertindak sebagai pengimbang. Dalam proses sosialisasi peranan datuk dan nenek dilihat sebagai unsur pelengkap.