1.

0 PENGENALAN Asia Tenggara merupakan pusat persinggahan dua kuasa besar yang dikenali sebagai Asia iaitu India dan China. Hal ini kerana Asia tenggara mempunyai geografi yang strategik di mana Asia Tenggara menghubungkan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Keadaan inilah yang telah menyebabkan Asia Tenggara terletak ditengah-tengah antara India dan China. Namun, pengaruh kuasa besar yang banyak memberi kesan terhadap kebudayaan dan kepercayaan masyarakat tempatan di Asia Tenggara ialah pengaruh India. Merujuk kepada buku Pengajian Tamadun Asia yang ditulis oleh Afifah Abu Yazid, terdapat menyatakan bahawa India mula bertapak di Asia Tenggara bermula lebih awal daripada abad pertama Masihi lagi iaitu melalui aktiviti perdagangan.1Melalui kegiatan perdagangan inilah secara tidak langsung telah membawa kepada perhubungan India dengan kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara sebelum era indianisasi lagi. Perhubungan ini juga dikatakan berlaku sejak zaman prasejarah lagi secara dua hala, di mana bukan sahaja orang India menjelajah kawasan Asia Tenggara, bahkan orang di Asia Tenggara juga turut sampai ke India.2 Kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara ini wujudnya sejak zaman Neolitik lagi apabila terdapatnya sistem pengkhususan pekerjaan yang membawa kepada pengurusan organisasi masyarakat pada zaman itu. Kerajaan-kerajaan awal atau dikenali sebagai politi awal ini bermaksud pengurusan masyarakat dan pentadbiran tetapi masih belum mencapai taraf kerajaan iaitu pemimpinnya terdiri daripada ketua-ketua masyarakat di sesebuah politi. Kewujudan kerajaan awal ini dapat dibuktikan melalui sumber bertulis iaitu sumber India, China, Yunani, Arab, dan Parsi. Kerajaan awal ini juga tidak dapat ditentukan dengan sahih

1 Afifah Abu Yazid (Ed-2). (2003). Pengajian Tamadun Publications & Distributors Sdn. Bhd. hlm. 223-224.

Asia. Kuala Lumpur: PTS

2 Abdul Rahman Abdullah. (2003). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. hlm. 53.

1

akan kewujudan dan lokasinya yang sebenar. Selain itu, perkembangan kebudayaan kerajaan awal ini juga hasil daripada proses Indianisasi di Asia Tenggara.3

2.0 DEFINISI ‘INDIANIZATION’ ‘Indianization’ atau Indianisasi merupakan satu proses penyebaran agama Hindu yang meliputi konsep-konsep politik, kebudayaan Hindu dan penyebaran kesusasteraan Hindu yang ada kaitan dengan agama serta amalan-amalan Hindu. Dari segi istilahnya, konsep ‘Indianization’ dipakai dengan pengertian yang luas iaitu pengaliran pengaruh agama, politik dan kebudayaan India.4 Menurut Brian Harrison, sifat-sifat budaya Hindu yang meliputi unsur yang didapati dari India melalui aspek politik, perundangan, agama, kesenian, bahasa dan sastera. Sementara itu, Coedes juga berpendapat bahawa Tanah Besar telah memainkan peranan yang penting dalam penyebaran agama dan kebudayaan India di Asia Tenggara. Proses Indianisasi ini berlaku di sebabkan perluasan India Sebelah Timur.5 Menurut George Coedes, memberitahu bahawa Sarjana pengajian epigrafi dan penulis subjek moden pertama, Indianisasi dikembangkan melalui cara tersendiri di Asia tenggara untuk menghasilkan karya seni yang sangat asli.6 Menurut Quartrilh Wales, pula menyatakan bahawa proses Indinisasi tidak melibatkan sebarang penjajahan orang India keatas Asia Tenggara tetapi proses Indianization
3 Abdul Rahman Abdullah. (2003). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. hlm. 60. 4 Abdul Rahman Abdullah. (2003). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara sebelum dan sesudah Islam. Selangor: Utusan Publication. hlm. 53. 5 D.G.E.Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 53. 6 Thieery Zephir. (1998). Khmer Lost Empire of Cambodia. London: Themes and Hudson ltd. hlm. 98.

2

yang berlaku di Asia Tenggara adalah satu proses kebudayaaan dan agama Hindu yang sesuai dengan keadaan tempatan telah diserap masuk kedalam kehidupan tempatan yang telah menjadi saru bentuk tamadun yang baru. Selain itu, menurut Kulke ( 1990: 28), menyatakan bahawa hubungan sosial yang rapat di antara masyarakat di kedua-dua pihak Teluk Benggala berbanding dengan jarak sosial antara kuasa agung India dan orang Asia Tenggara telah menjadikan India sebagai model untuk menarik kepada Asia Tenggara. Manakala Casparis (1983: 18-19), pula mencadangkan prinsip awal Indianisasi untuk menggantikan corak perhubungan berkekalan antara benua kecil India dan Maritim Asia Tenggara atau mungkin pemahaman berkaitan Indianisasi digantikan oleh perhubungan yang rumit diantara pelbagai bahagian daripada 2 buah rantau.7

NURSYAMIMI BT MAZELAN D20091035411

3.0 PENGARUH INDIA DARI SEGI EKONOMI (PERDAGANGAN) Bentuk kerajaan awal di Asia Tenggara dibahagikan kepada dua iaitu Kerajaan Agraria dan Kerajaan Maritim kerana ia berasaskan kedudukan geografi dan sosioekonomi. Kerajaan Agraria ialah kerajaan yang berasaskan ekonomi pertanian, penternakan, dan pemungutan hasil hutan dan sungai.8 Ianya terbentuk berhampiran lembah sungai yang subur seperti kerajaan Dvaravati di Sungai Menam, Thailand, kerajaan Sungai Merah, Vietnam, dan

7 Michel Jacq-Hergoualc’h. Translated by Victoria Hobson. (2002). The Malay Peninsula: Crossroads of the Maritime Silk Road. (100 BC-130O AD). Boston: Brill. hlm. 74. 8 Abdul Rahman Abdullah. (2003). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum dan Sesudah Pengaruh Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Negara Malaysia. hlm. 20.

3

sebagainya. Kerajaan Maritim pula ialah kerajaan yang menjalankan ekonomi perdagangan dan kelautan serta pelabuhan. Terletak pesisiran pantai, lembah sungai, kepulauan seperti Kedah Tua di Sg. Merbok, Langkasuka di Sg. Yarang, Chih Tu di Sg. Kelantan dan banyak lagi. Melalui kerajaan Maritim inilah telah membawa kepada perkembangan kerajaan awal sehingga wujudnya hubungan perdagangan dengan kuasa besar seperti India dan China. Namun, skop perbincangan kami hanya terhad kepada hubungan dengan India di Asia Tenggara sebelum era Indianisasi. Hubungan India dengan kerajaan-kerajaan awal sebelum era Indianisasi adalah lebih kepada aktiviti perdagangan dan hubungan ini juga telah berlaku sejak awal abad Masihi lagi. Hubungan ini berlaku secara aman dan telah meninggalkan beberapa kesan penting dalam budaya dan tamadun masyarakat di Asia Tenggara9 seperti penganutan agama HinduBuddha dan pengebumian mayat bersama perhiasan. Menurut Harrison dalam buku pengajian tamadun Asia yang ditulis oleh Afifah Abu Yazid menyatakan bahawa bukti-bukti yang ditemui dalam persuratan India iaitu Ramayana dan Puranas, tempat-tempat yang dirujuk sebagai Suvarna-dvipa dan Yaya-dvipa terdapatnya beberapa lokasi di Asia Tenggara yang pernah dikunjungi oleh pedagang-pedagang India. Antara lokasi yang dimaksudkan adalah Burma dan Semenanjung Tanah Melayu yang di kenali sebagai ‘tanah emas’. Kawasan ini menjadi daya tarikan kepada pedagang India untuk datang berdagang di sekitar Asia Tenggara bagi mendapatkan bahan mentah seperti emas dan bijih timah.10 Sejak abad pertama Masihi juga telah wujudnya jalan laut yang

menghubungkan di antara pantai timur India dari Sri Lanka ke pelabuhan-pelabuhan di Asia Tenggara. Pelabuhan persinggahan utama adalah di sekitar bahagian utama pantai barat

9 Azhar Hj. Mohd Aros. Azharudin Mohd Dali. Arba’iyah Mohd Noor. Saliha Hj. Zainal. (2002). Tamadun Islam dan Tamadun Asia ( Titas ) Ed.2. Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah Universiti Malaya. hlm. 52-53. 10 Afifah Abu Yazid ( Ed. 2 ). (2003). Pengajian Tamadun Asia. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. hlm. 223-224.

4

semenanjung, kemudian menyeberangi Segenting Kra ke Teluk Siam. Selepas itu dengan menaiki kapal lain belayar ke pelabuhan Oc-Eo di Funan. Jalan perdagangan merentasi Segenting Kra ini semakin penting pada abad ke 2 Masihi apabila jalan darat yang menghubungi barat dan timur melalui Asia Tengah terganggu akibat kekacauan yang sering berlaku di kawasan itu.11 Kewujudan hubungan India dengan kerajaan-kerajaan awal ini dapat dibuktikan melalui penemuan-penemuan arkeologi seperti serpihan mangkuk, serpihan piring gangsa, tembikar, alat-alat besi, manik kaca, dan banyak lagi. Namun, selain perdagangan terdapat juga aspek-aspek lain yang juga dipengaruhi oleh India dalam kerajaan-kerajaan awal seperti politik, dan sosial tetapi aspek ini tidak begitu ketara dipengaruhi India sebelum era Indianisasi dan kurang dapat dipastikan berbanding selepas era Indianisasi. Antara kerajaankerajaan awal yang mempunyai hubungan dengan India sebelum era Indianisasi ialah Funan, Champa, Langkasuka, Kedah Tua, Tambralinga, Khuan Luk Pat, Kuala Selinsing, Khao Sam Keo, Ban Don Ta Phet, dan banyak lagi.

NURSYAMIMI BT MAZELAN D20091035411 3.1 Ban Don Ta Phet, Thailand Ban Don Ta Phet terletak di sepanjang tepi lembah barat Choa Pharaya, di wilayah Kanchanaburi, Thailand. Di sepanjang tepi lembah barat kerajaan ini terdapat tiga buah pagoda dan dipercayai merupakan laluan penting bagi perdagangan timur-barat dalam tempoh 2500-1500 SM. Kampung Ban Don Ta Phet pula terletak di kawasan tanah rendah dan berpaya, yang sekarang ini digunakan sebagai tanah ladang.12 Ban Don Ta Phet juga
11Ibid. hlm. 17-18. 12 Peter Neal Peregrine & Melvin Ember. (2001). Encyclopedia of Prehistory: East Asia and Oceania. America: Human Relations Area Files. Inc. hlm. 200.

5

merupakan salah satu kerajaan awal yang mempunyai hubungan dengan India. Hal ini dapat dilihat melalui aktiviti perdagangan yang dilakukan oleh masyarakat terdahulu dengan pedagang India yang dapat dibuktikan melalui penemuan-penemuan arkeologi seperti manik kaca, kapal gangsa, batu manik, akik, tembikar, dan alat-alat besi. Selain itu, kerajaan ini juga merupakan sebuah tapak pengebumian yang menghasilkan beberapa ratus kepingan gangsa yang mengandungi kandungan kepekatan timah tinggi iaitu antara 23 hingga 28 peratus.13 Aktiviti pembinaan pada tahun 1975 ini telah mendedahkan penemuanpenemuan artifak seperti tembikar, dan manik-manik di kampung Ban Don Ta Phet, wilayah Kanchanaburi. Pada tahun 1975-1976, satu ekskavasi pernah dilakukan oleh Jabatan Kesenian Thailand di kawasan itu di bawah arahan Chin You-di dan penggalian berikutnya pula dijalankan oleh Ian Glover pada tahun 1880-1881 dan di ikuti pula oleh Pisit Charoenwongsa pada tahun 1984-1985.14 Hasil daripada penggalian keatas penemuan arkeologi itu menunjukkan bahawa terdapatnya pengaruh India di Asia Tenggara. Terdapat 2 kategori yang dijumpai di Ban Don Ta Phet yang menunjukkan bukti kepada hubungan India dan Thailand sebelum era Indianisasi iaitu manik-manik dan kapal gangsa. Namun, masih terdapat item lain di kawasan itu seperti mangkuk gangsa, alat-alat besi dan senjata.15

3.1.1 Kapal Gangsa daripada Ban Don Ta Phet Kapal Gangsa merupakan salah satu bukti penemuan arkeologi yang menunujukkan hubungan India dengan kerajaan Ban Don Ta Phet. Kerajaan ini merupakan tapak pengebumian yang menghasilkan banyak gangsa dengan mempunyai kepekatan timah
13 Michel Jacq-Hergoualc’h. Translated by Victoria Hobson. (2002). The Malay Peninsula: Crossroads of the Maritime Silk Road. Boston: Brill. hlm. 80. 14 Peter Neal Peregrine & Melvin Ember. (2001). Encyclopedia of Prehistory: East Asia and Oceania. America: Human Relations Area Files. Inc. hlm. 200. 15 Vadime Elisseeff. (2000). The Silk Roads: Highways of Culture and commerce. Published in association with UNESCO. hlm. 200.

6

tinggi antara 23 hingga 28 peratus.16 Terdapat 3 kategori penggunaan gangsa bagi pengebumian di Ban Don Ta Phet iaitu untuk menghasilkan burung-burung patung, dan barang perhiasan seperti gelang tangan, gelang kaki, dan loceng kecik. Penemuan yang terkini adalah satu bentuk yang sangat sederhana di tapak Ban Don Ta Phet iaitu penemuan kapal gangsa. Hasil daripada penemuan ini juga menunjukkan bukti-bukti yang kuat tentang adanya hubungan dengan India. Pernyataan ini pernah diakui oleh Rajpitak dan Seeley.17 Hampir 300 bekas gangsa yang ditemui oleh ahli arkeologi di sembilan puluh tapak pengebumian yang digali selama 3 musim. Antara gangsa yang ditemui ialah mangkuk gangsa, gelang-gelang, cincin-cincin jari tangan dan salah satunya kapal gangsa. Barangan gangsa ini juga berbeza daripada tempat terdahulu, manakala gangsa Ban Don Ta Phet pula dikaitkan dengan militerism atau konflik. Paling luar biasa ialah penemuan gangsa yang mempunyai dinding yang sangat tipis iaitu 0.3 hingga 0.5 mm dan mempunyai kandungan kepekatan timah tinggi.18 Begitu juga dengan penemuan kapal gangsa ini juga terdapat perbezaan dari segi saiz dan fungsinya. Sebahagian besar kapal ini juga diperbuat daripada kandungan timah yang tinggi, mempunyai dinding yang tipis dan ukiran yang menunjukkan pelbagai darjat. Kapal gangsa ini juga diukir dengan hiasan halus di bawah permukaan kapal yang membawa pelbagai adegan seperti orang-orang, rumah, kuda, lembu, dan kerbau yang menceritakan satu proses adegan sebagi contohnya pasu Kulu “ Kulu vase” terkenal di Muzium British.19

16 Michel Jacq-Hergoualc’h. Translated by Victoria Hobson. (2002). The Malay Peninsula: Crossroads of the Maritime Silk Road. Boston: Brill. hlm. 80. 17 Vadime Elisseeff. (2000). The Silk Roads: Highways of Culture and Commerce. Published in association with UNESCO. hlm. 108. 18 Peter Neal Peregrine & Melvin Ember. (2001). Encyclopedia of Prehistory: East Asia and Ocean. Volume 3. America: Human Relations Area Files. Inc. hlm. 200. 19 Vadime Elisseeff. (2000). The Silk Roads: Highways of Culture and Commerce. Published in association with UNESCO. hlm. 108.

7

Selain itu, fragmen kapal gangsa yang mengandungi kepekatan timah tinggi dan gelang tangan juga dijumpai di beberapa lokasi Thailand, dan baru-baru ini terdapatnya penemuan mangkuk gangsa yang juga mempunyai kandungan timah yang tinggi dengan ukiran cetek adegan binatang, orang-orang, struktur, rumah, dan daun teratai memancar dari asas mangkuk telah ditemui di kawasan lombong bijih timah di Khao Tamook yang berdekatan dengan Thailand-Burma, sebelah barat Bangkok. Penemuan ini juga sangat seiras dengan mangkuk di pasu Kulu “ Kulu vase”.20

3.1.2 Batu manik, dan Akik daripada Ban Don Ta Phet Ban Don Ta Phet juga menghasilkan manik-manik yang diperbuat daripada kaca dan batu-batu keras seperti batu akik, loket akik merah, batu kristal, akik “ nephrite”, batu kristal, dan akik merah dalam bentuk singa.21Analisis terbaru daripada penemuan manikmanik batu ini belum ditetapkan lagi berasal daripada asal Thailand atau India. Penemuan bahan-bahan ini juga telah menggantikan kepada bahan-bahan perisian seperti berkelokkelok, kapur, marmar dan kerang yang digunakan untuk membuat perhiasan dahulu22 sebagai contohnya perhiasan masyarakat pada zaman Neolitik. Perhiasan ini juga banyak ditemui bersama dengan sisa manusia yang reput kerana masyarakatnya dahulu mempercayai kepada kehidupan selepas mati dan penyertaan barang perhiasan ini juga akan melambang status si mati. Kepercayaan ini juga telah menunujukkan bahawa sudah terdapatnya pengaruh India di tapak ini.

20 Michel Jacq-Hergoualc’h. Translated by Victoria Hobson. (2002). The Malay Peninsula: Crossroads of the Maritime Silk Roa., (100 BC-130O AD). Boston: Brill. hlm 109. 21 Ibid. hlm. 81. 22 Ian Glover & Peter Bellwood. (2004). Southeast Asia from Prehistory to History. New York: RoutledgeCurzon. hlm. 73.

8

Apabila manik pertama yang dilaporkan ditemui di Asia Tenggara iaitu di Ban Don Ta Phet, Glover menyatakan bahawa mereka meniru pembuatan manik ini daripada halur-hablur atau kristal pembuatan orang India Selatan. Manik-manik ini juga dikenalpasti berasal daripada Arimedu di India dan Mantai di Sri lanka. Selain manik-manik sederhana dan akik merah yang berasal daripada batu akik terdapat lagi beberapa yang sangat luar biasa iatu loket singa. Penemuan loket singa atau loket akik merah lengkap ini dipercayai menjadi gambaran awal Buddha yang mencadangkan kepada mempunyai hubungan dengan India, kerana terdapat banyak jumpaan manik dari tapak.23 Selain itu, tedapat juga penemuan loket jed haiwan berkepala dua yang di temui di tapak penggalian itu. Menurut Glover, bahawa terdapat dua jenis manik iaitu besar dan lut cahaya yang menembusi sisi pisma manikmanik.24 Pada pandangan lain, pemeriksaan keatas penemuan manik ini menunjukkan penggunaan teknik pembuatan dari India yang akan mengarah kepada kesimpulan kepada benda-benda import, meskipun dalam minoriti ( hanya 8.5 peratus jumlahnya)

memperlihatkan seperti lebih daripada yang lain telah diimport.25Selain itu, lebih daripada 3000 manik-manik kaca dan batu separuh beharga di temui di Ban Don Ta Phet, Manakala 600 daripadanya adalah manik yang diperbuat daripada batu separuh beharga dan keras seperti akik merah, batu kristal dan “nephrite”.26 Manik-manik yang paling menarik di Ban Don Ta Phet adalah yang diperbuat dengan munggunakan kaedah lapidary. Menurut Glover (1990, 13-14) ini termasuk beberapa kepingan heksagon silinder tembus kaca hijau agak mirid dengan zamrud. Menurut Glover (1990b, 14) menyatakan bahawa zamrud seperti manik
23 Peter Neal Peregrine & Melvin Ember. (2001) Encyclopedia of Prehistory: East Asia and Ocean. Volume 3. America: Human Relations Area Files. Inc. hlm. 201. 24 Ibid, 201. 25 Michel Jacq-Hergoualc’h. Translated by Victoria Hobson. (2002). The Malay Peninsula: Crossroads of the Maritime Silk Road. (100 BC-130O AD). Boston: Brill. hlm. 82. 26 Vadime Elisseeff. (2000). The Silk Roads: Highways of Culture and commerce. Published in association with UNESCO. hlm. 105.

9

kaca di Ban Don Ta Phet ini diperbuat daripada kaca soda. Walaubagaimana pun, sekurangkurangnya manik-manik segi empat lain dijumpai di tapak itu.27

Akik & manik-manik akik, abad ke-4 SM, Ban Don Ta Phet, Thailand. Photo: Ian Glover

3.1.3 Manik kaca daripada Ban Don Ta Phet Kaca terutamanya dalam bentuk manik-manik biasanya muncul di tapak-tapak arkeologi di Asia Tenggara seperti tapak di Ban Don Ta Phet. Penemuan pertama kaca asli daripada benua kecil India berlaku pada zaman besi yang dicatkan dengan warna kelabu. Hal ini juga menunjukkan terdapatnya budaya India utara di sekitar 1000 SM. Terdapat juga sebilangan penyelidik menyemak bukti awal kaca di Asia Tenggara dan membincangkan hubungannya dengan India. Kaca yang pertama di temui itu di tengah milenium pertama SM pada zaman besi ini ialah di Semenanjung dan Thailand. Hal ini secara tidak langsung sudah menunjukkan bahawa terdapatnya hubungan India dengan kerajaan awal di Asia Tenggara.

27 Peter Francis, Jr. (2002). Asia’s Maritime Beads Trade: 300 B.C. America: University of Hawai’s Press. hlm. 132.

10

Ban Don Ta Phet di wilayah kanchanaburi ini juga merupakan tapak yang penting kerana tapak ini menghasilkan tarikh terbaik dan merupakan liputan terluas manik kaca dengan konteks aman di mana-mana tapak di Asia Tenggara.28

3.1.4 Mangkuk gangsa dan alat-alat besi daripada Ban Don Ta Phet Ban Don Ta Phet juga menghasilkan 3 fragmen iaitu mangkuk gangsa yang dihiasi dengan adegan-adegan dimana pengaruh India jelas kelihatan. Sebagai contohnya terdapatnya ukiran orang-orang, binatang-binatang, struktur-struktur, tumbuh-tumbuhan dan rekaan geometri. 29Selain itu, terdapat juga penemuan alat-alat besi seperti kapak, mata bajak dan sabit yang ditemui daripada tapak pengebumian. Alat-alat besi ini mempunyai banyak fungsi dan benda ini mungkun digunakan untuk pertanian, memburu atau memancing.30 3.1.5 Tekstil daripada Ban Don Ta Phet Beberapa fragmen tekstil dengan benang yang di temui melekat pada gangsa di Ban Don Ta Phet, penemuan fragmen ini telah di temui oleh London-Fad dan penggalian ini juga telah di periksa oleh Chirapon Aranyarak di makmal konservasi daripada Muzium Negara, Bangkok yang merupakan seorang pakar kepada tekstil purba. Walaupun pekerjaannya tidak sempurna sepenuhnya tapi beliau telah berupaya melakukan penyelidikan bagi mengenal pasti fragmen tekstil yang di jumpai di tapak itu. Hasil kajian beliau mendapati bahawa fragmen tekstil ini berasal dari Cannabis Sativa yang merupakan bahan yang paling biasa digunakan di kawasan itu. Pengenalpastian kapas terawal di Thailand belum dapat di kenal pasti lagi. Bukti-bukti awal ini juga menunjukkan bahawa pada masa itu terdapatnya
28 Ian Glover & Peter Bellwood. (2004). Southeast Asia from Prehistory to History. New York: RoutledgeCurzon. hlm. 74-75. 29 Peter Neal Peregrine & Melvin Ember. (2001). Encyclopedia of Prehistory: East Asia and Ocean. Volume 3. America: Human Relations Area Files. Inc. hlm. 201. 30 Ibid, 200.

11

hubungan di antara Thailand dengan India. Hal ini kerana penanam kapas (Gossypium) yang original dalam konteks ini berasal dari Tamadun Harappan pada milenium abad 3 SM. 31 Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa Ban Don Ta Phet merupakan sebuah kerajaan awal yang mempunyai hubungan dengan India kerana terdapat banyak maklumat tentang kewujudan tentang hubungan dengan India terutamanya India Utara. Hal ini dapat dibuktikan dengan penemuan bahan arkeologi seperti kapal gangsa dan manik-manik.

FITRIANI BT MAHI D20091035556

3.2 Khao Sam Keo Seperti mana yang dijelaskan bahawa hubungan awal antara India dengan kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara lebih kepada hubungan perdagangan. Ini dapat dibuktikan melalui penemuan barang-barang dagangan antara India dengan tapak-tapak awal kerajaan di Asia Tenggara. Salah satu contoh tapak kerajaan awal yang menjalankan aktiviti perdagangan ialah Khao Sam Keo (Vietnam). Hasil daripada pengalian erkeologi pada tahun 1981, telah menetapkan bahawa tapak ini terletak berhampiran Chumphon di Pantai Timur Semenanjung (10’30’ latitude). Khao Sam Keo terletak di kawasan perbukitan rendah berhampiran “Tha Thapao River”.32 Kedudukannya yang terletak di laluan air yang menjadi nadi kepada sungai Tenasseri telah menjadikan tapak ini antara tapak yang sesuai untuk
31 Vadime Elisseeff. (200). The Silk Roads: Highways of Culture and Commerce. Published in association with UNESCO. hlm. 110. 32 Questia Media Americs, Inc. www. Questia.com, Contributor Michel Jacq-Hergoualc’H. author Victoria Hobson. (2002). The Malay Peninsula: Cross of The Maritime Silk Road (100BC-1300AD) transltr. Publication:Boston. Brill. hlm. 83.

12

menjalankan aktiviti perdagangan memandangkan kedudukannya yang strategik. Keadaan pantai dan teluk yang mudah untuk dilalui telah mengalakkan lagi hubungan antara pedagangpadang India. Khao Sam Keo dikatakan mempunyai hubungan dengan India berikutan penemuan arkeologi seperti sejumlah manik-manik yang diperbuat daripada batu berharga, kaca yang dipotong, objek gangsa( drum,peralatan perhiasan), tembikar tempatan, peralatan besi

(tombak dan adzes), perhiasan dari emas dan batu separa berharga(gelang) yang ditemui di tapak ini33 dikatakan berasal dari India. Selain itu turut ditemui manik batu berbentuk sederhana daripada batu akik serta loket berbentuk singa yang dikatakan dibawa dari India. Penemuan Manik-manik dari kaca oleh Berenice Bellina dan Francis yang menjalankan kajian di tapak kerajaan Awal Thailand menyatakan bahawa pembuatan manic kaca dikenali sebagai “tradisi pembuatan manic kaca” Tapak penghasilan awal di India ialah Arikamedu dan karakaidu di pantai Tamil Nadu, Selatan Madrasa yang dikenali sebagai “ Indo-facific Monochrone Draw Glass Beads”.
34

Kemudiaanya kebudayaan ini terut tersebar ke Afrika, Japan dan Korea. kebanyakan Manikmanik (mutisalah) yang ditemui berwarna coklat-merah, oren-merah. Selain itu terdapat juga penemuan batu bersurat yang ditandai dengan tulisan Sanskrit35 bertarikh abad ke-2 sebelum era kita. Membuktikan kewujudan pengaruh India di tapak ini.

33 Michel Jacq-Hergoualc’H. author Victoria Hobson. (2002). The Malay Peninsula: Cross of The Maritime Silk Road (100BC-1300AD) transltr. Publication:Boston. Brill. hlm. 83. 34 Berenice Bellina and Ian Glover. The archaeology of Early Contact With India And The Mediterranean World, From The Fourth Century BC To The Fourth Century AD. dalam Southheast Asia From Prehistory to History , edited by Ian Glover and Peter Bellwood. Routledge Curzon Taylor & Francis Group. Landon: New York. hlm.68. 35 Questia Media Americs, Inc. www. Questia.com, Contributor Michel Jacq-Hergoualc’H, author Victoria Hobson. (2002).The Malay Peninsula: Cross of The Maritime Silk Road (100BC-1300AD) transltr. Publication: Boston: Brill. hlm. 83.

13

Kewujudan hubungan perdagangan India dengan Kao Sam Keo dapat dibuktikan daripada tinggalan barang-barang yang dibawa dari India ke tapak tersebut melalui hubungan perdagangan yang wujud.

NURUL HIKMAH BINTI ABDUL HAMID D20091035427

3.3 Kuala Selinsing Kuala Selinsing adalah sebuah kawasan paya bakau, ia adalah sesuai untuk pengawetan bahan purba, oleh kerana itu melalui kajian arkeologi dan gali cari yang telah dijalankan oleh penyelidik banyak ditemui pelbagai jenis artifak dan sisa makanan yang boleh membantu menjelaskan segala kebudayaan masyarakat protosejarah di Kuala Selinsing ini namun kekurangan sumber menyebabkan terdapat pelbagai interpretasi berbeza dari pakarpakar tersebut.36 Tambahan lagi, kedudukan kronologi di tapak Kuala Selinsing ini adalah kabur dan tidak jelas, pemerhatian dari segi stratigrafi adalah rumit bagi para pengkaji disebabkan oleh kedudukannya di kawasan bakau yang berlumpur yang sentiasa mengalami pasang surut terhadap permukaan yang berair. Tindakan peningkatan dan air pasang surut menyebabkan terdapat banyak kesan-kesan hidraulik. Melalui perbincangan yang diutarakan oleh Sieveking telah menunjukkan terdapat satu bukti yang baik bagi membuktikan pendudukan masyarakat di Kuala Selinsing terhadap hubungan dan kaitannya dengan penubuhan terawal pusat pelabuhan oleh India. Manakala Lamb telah mentafsirkan bahawa Kuala Selinsing merupakan pusat perniagaan utama dan dijadikan sebagai satu tempat pengumpulan asas untuk barang-barang tempatan. Pentafsiran
36 http://pkpmsm1.tripod.com/sejarah21h.html 14

ini telah dibuktikan dengan kukuh melalui penemuan arkeologi berdasarkan beberapa penemuan terhadap jongkong-jongkong timah dan bersama beberapa kuantiti besar manikmanik yang terdiri dari pelbagai jenis dan mengandungi kandungan bahan yang berbeza. 37 Kajian di tapak protosejarah di Kuala Selinsing ini amat menarik apabila ramai pakar Arkeologi membuat penyelidikan dan kajian di sini antaranya yang terawal ialah I.H.N Evan, Quaritch Wales, G.De.G.Sieveking, Dr. Gibson, Peacock dan yang terbaru ialah Nik Hassan dari Universiti kebangsaan Malaysia. Sekitar tahun 1936, satu arkeologi telah dijalankan oleh N.Sastri dan terdapat jumpaan batu akik merah yang ditulis dengan nama Visnuvarman ditemui terukir di dalam tulisan Sanskrit dalam satu skrip pallava yang dianggap bermula dari abad ke-6 Masihi. Selain itu, satu ekskavasi yang telah dijalankan oleh Wales pada 1940 terdapat penemuan terhadap mohor pallava dan cincin emas dengan ukiran simbol Visnu diatas Garuda jelas membuktikan masyarakatnya telah menerima pengaruh India. Penemuan kedua-dua objek yang telah ditemui ini tidak dapat dikenal pasti lokasinya.
38

Oleh kerana itu tidak dapat dipastikan bila

proses pengindiaan bermula ditapak ini. Hal ini menyebabkan Evans berpendapat tapak ini mula-mula sekali didiami pada kurun keenam masihi ini berdasarkan kepada pandangan Otley Beyer melalui tinggalan budaya dari tapak itu dan mempercayai ianya sama dari segi taipologi dengan apa yang terdapat dari tapak arkeologi ke 6 di Filipina. Sebaliknya Quaritch Wales berpendapat tapak tersebut adalah kawasan kediaman orang-orang Indonesia yang terdiri dari tukang-tukang mahir yang telah menerima pengaruh India tetapi tidak mahir dalam kebudayaan India. Hal ini berdasarkan kepada Inskripsi yang ditemui terukir di atas mohor Pallava mengandungi kesilapan. Begitu juga

37 R. B. Smith & W. Watson. (1979). Early South East Asia : Essays in archaeology history and historical geography, Kuala Lumpur : Oxford University Press. hlm. 210. 38Michel Jacq-Hergoulac’h, Translated by. Victoria Hobson. (2002). The Malay Peninsula : Crossroads of the Maritime Silk Road (100 BC-1300 AD). Boston : Brill. hlm. 90.

15

dengan penemuan gambar Visnu di atas garuda tidak memiliki tanda-tanda kedewaan yang lengkap dan ada aspek-aspek ikonografi yang berbeza daripada biasa dalan ikonografi Hindu. Bukti dari cincin dan mohor Pallava menunjukkan mereka mengetahui sedikit sahaja tentang pengaruh India ini. Contohnya mengetahui dari pedagang yang singgah. Quaritch Wales berpendapat juga bahawa kawasan ini terletak di bawah kuasa politik di Lembah Kinta dan kerajaan ini dikenali sebagai kadaram dan rajanya berketurunan sailendra iaitu raja Visnuvarma.39 Kemudiannya di antara 1987 sehingga 1989 telah dijalankan satu lagi ekskavasi, melalui ekskavasi tersebut terdapat beberapa maklumat saintifik yang telah menyedarkan penyelidik terhadap penemuan-penemuan yang berkaitan dengan sifat tapak dan masa. Melalui ekskavasi yang telah dijalankan oleh para penyelidik, dapat dikesan bahawa penemuan sisa-sisa tersebut adalah kepunyaan masyarakat prasejarah dan digunakan sekitar abad ke-2 atau kemungkinan lebih awal dari tempoh yang dijangkakan. Hasil daripada penemuan-penemuan tersebut, dapat dikesan bahawa masyarakat prasejarah hidup di sekitar kawasan pinggir pantai atau laut berdasarkan penemuan kulit-kulit kerang dan tulang-tulang ikan. Sisa-sisa yang ditemui ini merupakan bahan-bahan yang dijadikan oleh penduduk untuk membuat peralatan bagi kegunaan mereka. Dari segi adat pengkebumian pula, penduduk di kawasan tersebut menanam atau mengkebumikan mayat mereka di dalam bot.40 Pengkebumian dalam bot ini dilaporkan oleh Sieveking dan Evans, mereka mendapati bahawa mayat tersebut tidak dilengkapi dengan manik merah terracotta legapNamun penemuan cara pengurusan mayat secara menanam mayat di dalam perahu menunjukkan

39 http://pkpmsm1.tripod.com/sejarah21h.html 40 Michel Jacq-Hergoulac’h, Translated by: Victoria Hobson. (2002). The Malay Peninsula : Crossroads of the Maritime Silk Road (100 BC-1300 AD). Boston : Brill. hlm. 90.

16

sistem kepercayan anamisme adalah anutan yang utama manakala agama Hindu sekadar ikutan semata-mata. Selain itu, penemuan tulang haiwan jinak seperti babi, ayam, anjing, macaca nemestrina dan banyak lagi yang lain menunjukkan mereka telah mula menternak haiwan untuk dijadikan sumber makanan yang tetap untuk menampungi jumlah ahli yang semakin ramai seperti penemuan gigi dan tulang babi yang banyak ditemui sepanjang kawasan rendah dan tinggi di kawasan tersebut. Contoh lain ditemui tinggalan bahagian atas tarsus ayam dan bahagian atas gigi molar anjing. Didapati juga mereka masih meneruskan pemburuan binatang liar didalam hutan contohnya babi liar jenis Sus Scrofa. Mereka juga telah mula memburu binatang jenis terrestrial samada bersaiz besar ataupun yang bersaiz sederhana. Dipercayai ia diburu semasa pengembaraan dari kawasan pedalaman ke kawasan yang lebih kontang seperti rusa jenis Cervus Unicolor, badak sumbu, gading gajah jenis Elephas maximus yang berukuran 66 hingga 74 milimeter samada diburu ataupun diimport dari kawasan lain. Sepertimana penemuan gigi molar harimau jenis panthera Tigris yang berasal dari India dan dipercayai ianya diimport melalui perdagangan dengan India. Sekiranya ia diburu oleh masyarakat ini, ini menunjukkan mereka telah ada penggunaan senjata yang lebih baik dan sesuai untuk memburu haiwan yang bersaiz besare dengan gunakan buluh yang tajam atau sebagainya tetapi tidak dapat dibuktikan kerana buluh mudah tereput dan ianya bahan organik dan mudah reput dalam temph masa yang singkat.41 Namun penemuan ini jelas menunjukkan masyarakat ini telah maju dari segi mendapatkan sumber makanan untuk petempatan yang menetap tidak lagi berpindah seperti sebelumnya. Mereka juga turut menggunakan mettalurgy dengan menggunakan peralatan logam seperti timah, besi dan gangsa namun mereka masih menggunakan peralatan batu.
41Michel Jacq-Hergoulac’h, Translated by: Victoria Hobson. (2002). The Malay Peninsula : Crossroads of the Maritime Silk Road (100 BC-1300 AD). Boston : Bril. hlm. 90.

17

Penemuan segala artifak dan sisa makanan di Kuala Selinsing menunjukkan disini adalah sebuah petempatan tapak protosejarah dan pengkajian terkini oleh Nik Suhaimi Hassan pada 26 Januari 1988 hingga Februari 1988 telah berjaya menemui dua pulau petempatan lama yang berdekatan dengan paya bakau tersebut dan dikenali dengan pilau buluh. Disini ditemui beberapa buah parit galian. Pengkajian yang berjalan selama dua minggu itu telah mengesahkan tinggalan purba yang telah ditemui oleh Evans dan pakar lama yang lain seperti penemuan sisa makanan dari pelbagai jenis moluska, ikan dan binatang, berbagai jenis manik , bahan mentah untuk buat manik seperti kaca, kulit moluska dan kulit penyu, berbagai jenis batu, tulang manusia, tinggalan perahu (jumpaan perahu yang digunakan oleh nelayan biasa berbanding penemuan oleh Seeveking perahu yang dijumpai adalah untuk golongan berstatus tinggi menunjukkan telah berlaku satu perubahan kemajuan). Mereka juga turut menggunakan mettalurgy dengan menggunakan peralatan logam seperti timah, besi dan gangsa namun mereka masih menggunakan peralatan batu. Melalui ujian karbon 14 didapati petempatan ini telah diduduki diantara 200BC sehingga AD1000.42 Terdapat juga penemuan terhadap manik-manik kaca, manik-manik berharga dan batu-batu separa permata dan objek-objek ini telah dianalisis oleh Tan dan Samsudin pada tahun 1990. Melalui analisis yang telah dijalankan ini, mereka mendapati bahawa terdapat pelbagai jenis bahan yang terkandung di dalam manik-manik tersebut antaranya beril, sodalite, moldative, plasma, jasper, quartz, agate, akik, batu kristal dan sebagainya. Bahan ketiga yang terakhir adalah kurang baik daripada bahan-bahan yang lain dan selain daripada jasper, batu-batu ini tidak terdapat di Tanah Melayu. Selain itu, beril, plasma, adventurine dan sodalite telah dimanfaatkan dan digunakan selama berkurun-kurun di India terutamanya di Karnataka, Rajasthan dan Kashmir. Hal ini menunjukkan bahawa bahan-bahan dan penemuan yang terdapat di Kuala Selinsing diandaikan diimport dari India.43
42 http://pkpmsm1.tripod.com/sejarah21h.html 43 Michel Jacq-Hergoulac’h, Translated by: Victoria Hobson. (2002). The Malay Peninsula : Crossroads of the Maritime Silk Road (100 BC-1300 AD. Boston : Brill. hlm. 90.

18

Gambarajah penemuan manik di Kuala Selinsing Di samping itu, satu ekskavasi yang dipimpin oleh Evans telah dijalankan sekitar tahun 1932. Melalui ekskavasi yang telah dijalankan, Evans juga telah menemui manik-manik oniks, delima, nilam dan lazuardi. Kewujudan batu-batu yang telah dijumpai ini kelihatan bergerutu, manik-manik yang tidak digilap dan beliau juga turut menjumpai blokblok akik yang membolehkannya untuk mengandaikan bahawa bahan-bahan untuk menghasilkan manik-manik ini telah adalah diimport dari India.44 Evans juga turut menyatakan bahawa, beribu manik yang telah dijumpai adalah sejenis manik yang monokrom dan manik-manik kaca yang jernih ditambah dengan daun emas, manik-manik tersebut juga berwarna-warni. Oleh itu, Evans telah mengandaikan bahawa kemungkinan manik-manik tersebut dikilangkan di Kuala Selinsing namun beliau tidak dapat menemui atau mendapati kesan sebenar andaian tersebut sebagai satu industry. Walaubagaimanaupun, penyelidikan yang telah dijalankan oleh P. Francis berdasarkan kepada penemuan beliau terhadap sisa-sisa tinggalan tersebut, beliau tidak meragui bahawa tapak tersebut ialah sebuah pusat untuk pengeluaran yang diawasi dan dimiliki oleh ahli-ahli dari satu komuniti tamil yang diwarisi dari Khuan Luk Phat sekitar abad ke-6 sehingga abad ke-10.

44 Michel Jacq-Hergoulac’h, Translated by: Victoria Hobson. (2002). The Malay Peninsula : Crossroads of the Maritime Silk Road (100 BC-1300 AD. Boston : Brill. hlm. 90.

19

Selain itu, peralatan tembikar juga turut dihasilkan di kawasan ini, Dilihat dari aspek perkembangan kebudayaan benda di dunia, bahan tanah liat telah lama menjadi media penghasilan keperluan hidup dan juga penyataan ekspresif kepada masyarakat. Penghasilan seni tembikar yang mengaplikasikan media tanah liat sebagai media bahantara merupakan salah satu seni yang tertua di dunia selepas penggunaan media batu. Penggunaan bahan tanah liat dalam kebudayaan benda masyarakat Malaysia telah mula dikesan sejak dari zaman Neolitik lagi. Menurut Adi Taha tembikar merupakan satu unsur penting dalam memahami dan mengetahui perkembangan sejarah kebudayaan masyarakat kerana ianya melambangkan keupayaan manusia masa prasejarah menembusi satu kaedah pembuatan dan pengeluaran atau teknologi bagi kesejahteraan masyarakat tersebut.45 Adi Taha turut membuat andaian tentang perkembangan kebudayaan dalam masyarakat yang dikaitkan dengan objek tembikar dengan mencatatkan tembikar telah dijadikan kriteria penting dalam menentukan perubahan corak hidup masyarakat prasejarah dan dijadikan petanda masyarakat tersebut telah memasuki kebudayaan Neolitik yang dipercayai bermulanya aktiviti pertanian.46

Status penggunaan tembikar telah mula berubah daripada fungsi utilitinya dalam membantu melengkapkan putaran hidup seharian kepada barangan yang berfungsi sebagai alat kepercayaan. Tembikar telah diagungkan sebagai satu objek yang berkaitan tentang kehidupan kepada masyarakat. Gambaran ini dapat dibuktikan dengan penemuan tempat pengkebumian yang mengandungi artifak–artifak tembikar prasejarah yang dikaitkan dengan sistem kepercayaan masyarakat. Objek-objek tembikar telah ditanam bersama mayat dalam susunan tertentu. Ini terkandung dalam beberapa artikel yang membincangkan secara khusus mengenai tembikar-tembikar prasejarah seperti Nik Hassan Shuhaimi (1998) Kuala

45 Adi Taha, Tembikar Prasejarah Di Malaysia : Satu survey. (2000). Kertas kerja Seminar
Tembikar dari Warisan ke Wawasan. Shah Alam: Muzium Sultan Alam Shah. hlm.1. 46 Ibid. hlm.3.

20

Selinsing, Perak.47 Pengeluaran tembikar di Kuala Selinsing adalah bahan mentah yang kromatik dan bahan mentah tembikar ini meliputi warna oren dan warna perang. Sebagai contoh, tembikar ini terdapat dalam beberapa bentuk yang berlainan dan tembikar-tembikar yang dijumpai dihiasi dengan pelbagai motif. Satu analisis telah dijalankan dan dikatakan memberikan faedah kepada Evans untuk mengemukakan beberapa teori yang menyatakan bahawa tembikar tersebut mungkin berasal India. Manakala seorang lagi penyelidik iaitu Bellina yang menjalankan penyelidikan antara 1997 sehingga 1999 dan beliau telah mengaitkan hubungan antara tembikar yang dijumpai oleh Evans dengan sekeping tembikar India yang berasal dari barat Deccan yang juga berunsur dan bermotif yang sama dengan kumpulan manik. Peralatan tembikar tersebut digunakan oleh penduduk sebagai perhiasan dan diintegrasikan ke dalam reka bentuk yang lebih kompleks. Sehingga kini seramik tersebut masih belum dapat ditarikhkan dengan tepat namun besar kemungkinan seramik ini ialah jenis pengeluaran yang dihasilkan daripada kurun pertama iaitu pada era kristian.

Walaupun tapak di Kuala Selinsing kelihatan telah dilawati dan juga diduduki oleh orang India namun ianya tidak kelihatan seperti meninggalkan kesan-kesan indianisasi. Khuan Luk Phat merupakan fasa terakhir pendudukan orang India yang menggunakan diri mereka sendiri untuk mengindianisasikan penduduk-penduduk Kuala Selinsing di sepanjang pantai semenanjung tersebut.48 Ini merupakan satu-satunya situs yang dimiliki oleh kita untuk membolekan kita membayangkan hubungan yang teratur antara mereka dengan dunia India sebelum proses Indianisasi benar-benar berlaku di Semenanjung Tanah Melayu. Kemudiannya dapat dikesan bagaimana Khuan Luk Pat terus aktif berhubung dengan dunia
47 Nik Hassan Shuhaimi dan Ashyaari Muhamad, Protohistoric Earthenware from Kuala
Selinsing, Perak, Kertas kerja dibentangkan pada symposium ‘Premodern Southeast Asian Earthenware’, Singapore. 48 Michel Jacq-Hergoulac’h, Translated by: Victoria Hobson. (2002). The Malay Peninsula : Crossroads of the Maritime Silk Road (100 BC-1300 AD), Boston : Brill. hlm. 91.

21

India dan ketika itu Kuala Selinsing masih belum mengembangkan hubungannya dengan India sehingga abad ke-6 yang pada masa tersebut di sepanjang tebing laut Khuan Luk Pat telah berlakunya proses indianisasi. Menurut Lau Sau Heng (1990,1993) melalui pemerhatian, kedua-dua tapak-tapak tersebut boleh diklasifikasikan sebagai pusat perdagangan kuno di semenanjung Malaysia namun tidak terus terlibat dalam membekalkan kapal dagang asing dan makanan, kemudian berdasarkan pengkelasannya terhadap pusat perdagangan kuno tersebut telah menimbulkan pelbagai persolan kerana kedua-dua tapak tersebut seperti mempunyai kedudukan sama yang kemudiannya muncul di sepanjang pinggir pantai semenanjung Melayu. Mereka tidak terus terlibat di dalam membekalkan makanan kepada pedagang asing dengan barang makanan dan berkemungkinan peniaga-peniaga dari India sering menggunakan kapal-kapal kecil. Berdasarkan Leong Sau Heng (1993) tapak Kuala Selinsing merupakan pusat pengumpulan barangan namun tidak menunjukkan bahawa peniaga-peniaga asing boleh datang ke pusat pelabuhan kuno ini dengan mengutip barangbarang mereka. Feneomena ini, dikaitkan dengan perkembangan dalam pembangunan terhadap aktiviti perdagangan sehingga menjadi pusat serantau perdagangan entrepots.49 Walaupun ianya dikaitkan dengan para peniaga dari India, namun tapak Kuala Selinsing sebagai pusat pelabuhan kuno yang agak terkenal pada masa tersebut turut mempunyai hubungan perdagangan dengan kerajaan-kerajaan Melayu tradisi semenanjung Tanah Melayu yang lain. Jenis kawasan berniaga dapat dijumpai di kawasan pantai atau kawasan pedalaman seperti di sungai-sungai. Di kawasan-kawasan sungai, lokasi yang paling mungkin dijadikan sebagai tapak adalah di sekitar kuala sungai namun sumbernya sukar dikesan disebabkan oleh ketiadaan bahan arkeologi yang boleh ditarikhkan.50

49 Ibid. hlm.91. 50 Ibid.

22

Kesimpulannya, berdasarkan perbincangan terhadap penemuan-penemuan arkeologi telah membuktikan dan menunjukkan bahawa terdapatnya pengaruh India terhadap tapak Kuala Selinsing sebelum memasuki era Indianisasi dari segi ekonomi dan pengkhususan yang paling utama adalah perdagangan yang telah dijalankan pada waktu tersebut. Bermula dari perdagangan tersebut, maka pengaruh India semakin meluas yang membawa kepada perkembangan terhadap tapak Kuala Selinsing sebagai satu pusat pelabuhan kuno ketika itu.

HERNI BINTI HENRY D20091035476

3.4 Khuan Luk Pat Sebelum berlakunya proses pengindiaan di Asia Tenggara telah wujud perhubungan awal di antara India dengan Asia Tenggara. Perhubungan ini dikatakan berlaku sejak zaman prasejarah dan mempunyai perhubungan secara dua hala. Keadaan yang sama berlaku dalam kalangan orang India iaitu hasil daripada kemajuan teknologi perkapalan maka pelayar-pelayar India dapat belayar dengan lebih mudah. Dengan kemajuan seperti ini telah membawa pengaruh yang sangat besar dengan kerajaan awal Asia Tenggara. Hal ini dapat dibuktikan dengan penemuan-penemuan hasil perdagangan di tapak kerajaan awal. Antara kerajaan-kerajaan ialah Khuan Luk Pat. Tapak ini adalah berdekatan dengan Khlong Thom iaitu berdekatan wilayah Krabi di Semenanjung Thai. 51 Tapak ini banyak menemukan manikmanik dalam pelbagai bentuk dan warna oleh penduduk kampung. Oleh itu, tapak ini telah dilawati dan dikaji semenjak tahun 1979. 52
51 Micheal Jacq-Hergoualc’H & Victoria Hobson.( 2002). The Malay Peninsula: Crossroads of The Maritime Silk Road (100BC-1300 AD).Boston: Brill Publisher. hlm. 84. 52 Ibid. hlm. 84.

23

Khuan Luk Pat banyak menghasilkan koleksi bahan arkeologikal seperti objek-objek kecil yang boleh menunjukkan bahawa kerajaan-kerajaan awal ini didatangi oleh pedagang-pedagang dari India. Hal ini dapat dilihat dengan penyataan H.Ray yang mengatakan batu segel yang berada di Thai telah ditemukan di India. 1963, “ the receivers of duty, four or five in number should record in writing (details about) traders who have arrived in a caravan , who they are, from what place, with how much merchandise and where the identity pass (was issued) or the stamping was made. For goods without the stamps, the penalties is double the dues. For those with a forged stamp, the fine is eight times the duty. For those with broken stamps, the penalty is distraint in the warehouse”.
54 53

Menurut Kangle

Oleh itu, dengan kenyataan H.Ray ini menunjukkan perdagangan telah lama bertapak di kerajaan-kerajaan awal Asia Tenggara sebelum kedatangan era Indianisasi. Penemuan batu segel telah menarik minat para penyelidik terhadap tapak itu. Terdapat pelbaga bentuk batu iaitu bujur, segi empat sama dan diperbuat daripada batu yang berbentuk separa yang berharga dan kadang diperbuat daripada batu akik dan emas. Terdapat enam inskripsi yang ditemui di Thai dan telah dikaji pada 1985. Inskripsi pertama adalah daripada batu segel bujur. Ia telah dipersembahkan dalam bentuk skrip Brahmi. Keadaan ini dipercayai barkait rapat pada era pertama dan ketiga. Bahasa yang digunakan dalam inskripsi ialah bahasa Prakrit ataupun Sanskrit. Tulisan yang terdapat dalam Inskripsi ini ialah “Rujjo” yang bermaksud musnah. Penemuan kedua ialah inskripsi yang berbentuk batu akik atau batu carnelian segi empat dan menggunakan skrip Palava. Inskripsi ini sama dengan inskripsi yang

53 Micheal Jacq-Hergoualc’H & Victoria Hobson.( 2002). The Malay Peninsula: Crossroads of The Maritime Silk Road (100BC-1300 AD).Boston: Brill Publisher. hlm. 85. 54 Ibid. hlm. 85.

24

digunakan di Sivakandavarman pada abad ke-5 hingga ke-7. Bahasa yang digunakan ialah bahasa Sanskrit dan mempunyai tulisan “dalavyam”. Seterusnya ialah inskripsi ketiga yang diperbuat daripada batu hijau. Skrip tulisan adalah sama seperti skrip sebelumnya tetapi tidak terdapat anggaran masa dan bahasa dalam inskripsi ini. Bahasa yang digunakan tidak dapat dipastikan tetapi inskripsi ini mempunyai bentuk tulisan pada batu iaitu “Apralasanasya” yang bermaksud tidak boleh bergerak. Kemudian, inskripsi keempat iaitu diperbuat daripada batu bersaiz segi empat dari batu hijau dan mempunyai ciri seperti sebelumnya. Inskripsi ini mempunyai bentuk tulisan pada batu iaitu “Virabendhutrastya” dan dipunyai oleh Virabhendutra. Terdapat dua lagi inskripsi iaitu satu diperbuat daripada batu emas bulat dan satu lagi diperbuat daripada batu akik bujur. Kedua batu tersebut mempunyai bahasa Sanskrit dan ditemukan pada abad ke-6 dan ke-7 serta mempunyai tulisan Palava. Masing- masing juga mempunyai perkataan yang berlainan pada inskripsi iaitu “sarudharmaya” dan “Srammano”. 55 Oleh itu, P.Francis telah membuat kenyataan bahawa Khuan Luk Pat mempunyai hubungan yang kuat dengan India Cuma tidak dapat dipastikan lagi. Selain itu, setiap benda yang dijumpai di Khuan Luk Pat akan diukir nama pada batu itu oleh pemilik. Oleh itu, tidak dapat dipastikan sama ada penemuan itu adalah yang tulen dari India ataupun tidak. Terdapat juga penemuan inskripsi “goldsmith” dan tulisan itu adalah dalam bahasa tamil. Menurut K.Weeraprajak, tulisan yang diukir pada batu itu adalah lebih mengajar kita tentang kehidupan, fikiran atau keagamaan mengenai pemilik batu tersebut. Hal ini menunjukkan penemuan itu adalah asal usul dari India tetapi kita tidak boleh menganggar tarikh kedatangan batu segel di Thai dalam kata lain bila tarikh yang tepat kedatangan pedagang India. 56
55 Micheal Jacq-Hergoualc’H & Victoria Hobson.( 2002). The Malay Peninsula: Crossroads of The Maritime Silk Road (100BC-1300 AD).Boston: Brill Publisher. Hlm. 86. 56 Ibid. hlm. 86.

25

Selain itu, terdapat juga batu segel dalam bentuk ukiran haiwan atau binatang seperti singa, gajah dan sepasang gajah jantan. Terdapat juga ukiran yang

diinspirasikan dari Grace Roman. Menurut J.Bossilier (Virapraset 1992 :156) percaya ukiran itu adalah sebagai fesyen dari empayar Roman Aurelius. Di samping itu, batu-batu itu mempunyai bentuk ukiran wanita pada rekaannya. Menurut Glover (1996 :6), kepingan ini adalah dari jenis Roman yang diukir pada akhir abad pertama hingga abad ke dua. 57 Menurut H.Ray (1991:360) batu yang dijumpai mungkin dibuat di Barat Utara dan ditiru hasilnya dari daerah Taxila. Beliau merujuk dengan khususnya benda itu dibuat dari India dan dihasilkan semula. B.Bronson menganalisisis pada 1990 bahawa manik kaca yang dijumpai di Khuan Luk Pat adalah diimport ataupun dibuat di tapak itu. Namun, kedatangan manik itu dapat dilihat melalui pendapatnya yang mengatakan manik adalah luar biasa dan terdapat manic kaca dalam pelbagai jenis. Beliau juga menerima fakta bahawa tanah di Khuan Luk Pat adalah baik dan sesuai dalam bidang perindustrian kerana mempunyai pasir yang sangat baik . Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa Khuan Luk Pat menghasilkan sendiri segala hasil bahan penemuan itu. B. Bronson turut menyatakan bahawa bukti-bukti yang didapati menunjukkan ada hubungan yang kuat dengan India berdasarkan bukti-bukti yang tertentu. Antara bukti yang dapat dilihat ialah manic-manik yang dijumpai di Khuan Luk Pat terdapat juga di India, manic-manik diperbuat dengan teknik yang sama iaitu millifiori ari empayar Rom dan terakhir sekali dihiasi motif stratriska iaitu symbol matahari.

FATIN FATIHAH BINTI HASSAN D20091035402

3.5 Kerajaan Funan
57 Hlm 87

26

Seperti yang telah dikatakan sekitar abad pertama sebelum Masihi telah wujud negeri-negeri kecil Asia Tenggara ini terutamanya di sekitar Delta Mekong di utara Annam dan Semenanjung Tanah Melayu . Pada sekitar abad pertama Masihi pula telah muncul negeri-negeri yang dikatakan mendapat pengaruh India . Salah sebuah daripadanya yang terawal dikenali oleh orang Cina sebagai Funan atau B’iu-nam yang muncul dalam rekod-rekod Cina pada 220-280 Masihi yang merupakan negeri yang pertama menerima pengaruh India di Asia Tenggara dan menerima pemerintahan oleh raja-raja yang mempunyai nama-nama Sanskrit . Funan pada awalnya merupakan sebuah pengkalan lanun yang kemudiannya berkembang kepada sebuah negeri perdagangan laut . Kedudukan pelabuhan utamanya iaitu Oc-Eo yang bertentangan dengan Segenting Kra telah menjadikannya sebuah pelabuhan persinggahan utama bagi kapal-kapal . Sekitar abad 7-14 Masihi , laluan perdagangan laut India-China adalah melalui Teluk Benggala kemudian melalui jalan darat menyeberangi Segenting Kra ke Teluk Siam . Oc-Eo merupakan sebuah pelabuhan yang menjadi tempat pertemuan utama bagi pedagang-pedagang di mana barang-barang dagangan saudagarsaudagar asing dapat ditukarkan dengan aman . Pemerintah-pemerintah Funan juga memainkan peranan yang penting dalam memejukan aktiviti perdagangan ini . Selain itu , pedagang-pedagang keselamatan . yang singgah di pelabuhan-pelabuhan Funan diberi jaminan

Daripada kaji selidik di tapak pelabuhan Oc-Eo telah ditemui barang-barang buatan Rom abad ke-2 Masihi hingga abad ke-4 Masihi yang terdiri daripada serpihanserpihan kaca , syiling emas zaman Marcus Aurelius ( 161-180 Masihi ) . 58 Selain daripada itu , Funan juga turut menghasilkan barangan-barangannya sendiri yang dijadikan bahan eksport
58 Ahmad Jelani. (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. hlm. 63 .

27

conohnya manic kaca dan lencana berukir yang diperbuat daripada timah . Orang Funan juga merupakan seorang pembina kapal dan perahu yang hebat . Menurut catatan T’ai p’ing yu lan, perahu-perahu yang dihasilkan oleh orang-orang Funan ini adalah panjang-panjang dan boleh membawa muatan sehingga 100 orang . Kapal-kapal itu juga dikatakan boleh mengangkut 600-700 penumpang dan anak kapal serta 1000 tan kargo . Pengaruh India ini semakin meluas di Funan selepas Dinasti Pan-Pan menduduki takhta Funan kerana pengaruh India lebih ekstensif di Pan-Pan . Funan merupakan sebuah pelabuhan yang entrepot yang bertempat di Segenting Kra yang mempunyai hubungan terus dengan dengan saudagar-saudagar India dan juga para Brahmin yang datang bersama saudagar-saudagar itu .59 Oc-Eo menjadi pusat perusahaan dan perdagangan dan tapak yang menunjukkan bukti-bukti tentang perhubungan lautnya dengan India . Menurut Charles Highem , Funan terkenal sebagai kuasa maritime yang pertama di Asia Tenggara . Pusat kerajaannya terletak di Vyadhapura , tetapi kepesatan Funan bergantung kepada bandar pelabuhannya di Oc-Eo , “ It was not only a port but also manufacturing centre”. 60 Kebebasan Funan terletak pada dua faktor utama iaitu corak pertanian yang berasaskan system Hidraulik dan pusat perdagangan maritime @ Negara ( thalaosekrasi ) ( laut ) . Melalui kajian arkeologi di Oc-Eo , telah ditemui cermin gangsa serta duit emas Roman iaitu kartu tanda dan timah yang ditulis dalam bahasa Sanskrit .
61

Menurut catatan China yang

ditulis oleh dua wakil China , K’ang T’ai dan Chu Ying yang dikatakan pergi melawat Funan pada pertengahan abad ke-3 Masihi , Negara Funan diasaskan oleh Brahmin India bernama

59 Ibid. hlm. 68 . 60 Charles Highem. The Early Southeast Asia. hlm. 263 . 61 Tooro Namura. (1989). Pembentukan Kerajaan Bernegara dan Thalasakrasi. Dalam Ismail Hussein. Et. Al. (ed). Tamadun Melayu. jilid 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 12.

28

Kauundiya yang disebut sebagai Hun-Ten .62 Kedatangan golongan ini adalah kerana didorong oleh satu mimpi mendapat pesanan dari Tuhan tentang masa depan . Selain itu , Funan juga menubuhkan system perdagangan dan monopoli perdagangan yang kukuh yang akan menjdi corak empayar di kawasan ini .

FATIN FATIHAH BINTI HASSAN D20091035402

3.6 Langkasuka Langkasuka menurut catatan-catatan Cina dikenali sebagai Lang-ya-hsiu , Lang-his-chia dan Lang-chia-shu sementara dalam catatan arab , Langkasuka dikenali sebagai Langasyuka dan dalam inskripsi Tanjore , ia dikenali sebagai Ilangasoka . Langkasuka dikuasai oleh kerajaan Funan sehingga abad ke-6 Masihi dan semasa di bawah kekuasaan Funan , Langkasuka menjadi sebuah pelabuhan utama Funan di Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu yang mengendalikan perdagangan di antara India dan China . Di samping itu, Langkasuka juga dikenali oleh pedagang –pedagang asing sebagai pengeluar gaharu dan kapur barus yang bermutu tinggi .
63

Selain itu , Langkasuka lebih dikenali oleh orang Cina

sejak awal-awal lagi dan telah menjadi pelabuhan persinggahan pendeta-pendeta agama dalam perjalanan mereka ke India .

62 D.G.E.Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 34. 63 Ahmad Jelani Halimi. (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. hlm. 104.

29

FATIN FATIHAH BINTI HASSAN D20091035402

3.7 Kerajaan Tambralingga Tambralingga merupakan sebuah kerajaan yang dipercayai telah muncul di Segenting Kra ( utara semenanjung ) sekitar abad ke-2 masihi yang tercatat dalam sebuah kitab tua Tamil, Niddesa sebagai Tambralingga . H.G.Q.Wales berpendapat bahawa kerajaan itu wujud dan mengambil alih kerajaan P’an p’an sekitar tahun 635 masihi iaitu setelah penghantaran utusan P’an-P’an yang terakhir ke China (1976 : 49 ) . Menurut catatan China, Negara ini dikenali sebagai Tan-ma-ling dan catatan terawal mengenai negara ini diperoleh dalam Sung Shih yang mencatatkan bahawa rakyat kerajaan ini tinggal dalam rumah yang diperbuat dripada kayu dan menggunakan emas dan perak sebagai bahan tukaran untuk perdagagan . Selain itu turut juga dinyatakan bahawa negara ini menghasilkan cula badak,gading gajah dan logam perunggu ( gangsa ) serta kayu brezile dan juga turut

menghsilkan ubat-ubatan . Tambralingga sememangnya terkenal sebagai sebuah negara yang menghasilkan minyak wangi yang menurut catatan Cina, Ling Wai Tai sebgai yang terbaik dan tiada tanding taranya . Selain itu, negara ini juga turut menghasilkan timah yang bermutu tinggi , mutiara , kapur barus , kulit penyu , burung enggang , kayu laka dan gaharu ( P.Wheatly;1980:77) .

HERNI BINTI HENRY D20091035476

30

4.0 PENGARUH INDIA DARI SEGI POLITIK Politik boleh didefinisikan sebagai ilmu pengetahuan berkenaan dengan pemerintahan ataupun dasar pemerintahan.64 Kemunculan kerajaan- kerajaan awal di Asia Tenggara seperti Funan, Champa, Chenla, Tambaralinga, Folo-an, Kedah Tua atau Gangga Negara, Mataram, Singgasari, Langkasuka, Kuntala, Malayu-Kuno, dan banyak lagi. Dalam idea politik dan berkerajaan awal Asia Tenggara, hubungan kerajaan dengan India dipengaruhi konsep “Kosmologis” yang meletakkan raja di tempat yang teratas. Raja dianggap sebagai penjelmaan Dewa Vishnu dan Siva. Melalui pemerintahan raja yang berpandukan kepada kitab-kitab perundangan, kitab ini adalah mengambil beberapa aspek perundangan Hindu seperti Kitab Dharmasutra ataupun Hukum Kanun Manu. India mempunyai keunikan apabila mampu mempengaruhi dengan menyeluruh dari aspek sosial, politik dan ekonomi. 65 Walaubagaimanapun, hubungan India ini tidak bertahan lama di dalam kerajaan Awal Asia Tenggara tetapi masih boleh dibanggakan kerana mempunyai banyak tinggalan dalam amalan politiknya. Kumpulan yang paling awal menerima pengaruh India adalah golongan Raja dan Pemerintah melalui hubungan perdagangan. Mereka menyedari nilai konsep India sebagai alat mengesahkan kedudukan politik dan mewujudkan pelapisan masyarakat. Idea India ini menjadikan raja itu menduduki heirarki tertinggi dan wajib disanjungi. Ciri seterusnya pula dalam kerajaan Awal telah dipengaruhi India iaitu Raja menukar kepada nama Raja India. Raja menurut agama Hindu adalah jelmaan tuhan atau keturunan salah satu dewa iaitu Surya dan Vishnu. Oleh itu, kedudukan raja adalah sebagai dewa di alam nyata.66

64 Pusat Pendidikan Jarak Jauh Universiti Kebangsaan Malaysia: (1999). Sejarah Malysia 1400-1641. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi Selangor. Hlm. 184. 65 Abdul Rahman Haji Abdullah. (2006). Sejarah Dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional. Shah Alam: Karisma Publications. hlm 57.

31

Agama Hindu turut mempengaruhi sistem politik Asia Tenggara dengan kewujudan konsep “Devaraja”. Konsep ini meletakkan kesucian seseorang raja setaraf dengan dewa. Konsep ini telah menjadi asas kepada konsep Daulat dalam tradisi Melayu. Konsep Dewaraja ini berkembang dalam masyarakat khmer terutamanya semasa zaman Kerajaan Angkor. 67 semuanya itu adalah hubungannya dengan raja dengan Tuhan atau dewa. Adapun tentang hubungannya dengan rakyat, dengan kedudukannya yang laur biasa sebagai dewaraja maka wujudlah sistem “feudalism” yang melahirkan taat setia yang membuta tuli terhadap raja itu.
68

Dalam skop yang lebih luas, turut wujud system feudal Hindu yang dapat

dijelaskan melalui konsep mandala iaitu “circle of kings” iaitu seorang raja sebagai Tuhan berkuasa penuh terhadap penguasa-penguasa mandalanya. 69 Sebenarnya, kepentingan mandala tidak terletak pada luas kawasan naungannya, tetapi pada kesetian rakyatnya dimana mereka dapat dikerahkan pada bila-bila masa sahaja. Sebagai contoh, mulanya Singasari di Jawa adala dianggap mandala Srivijaya, tetapi kemudiannya terdapat pula mandala Majapahit iaitu kawasan naungannya mengaku taat setia kepadanya. Sejajar dengan doktrin Hindu yang meletakkan manusia bertaraf-taraf darjatnya itu, kita dapati undang-undang Hindu seperti yang diamalkan di Jawa dan Bali memancarkan semangat diksrimanisi yang menjolok. Dalam undang-undang jenayah, hukuman yang dijatuhkan adalah berbeza menurut kasta seseorang, terutama dalam kesalahan memfitnah (Vakraparusya) dan menyerang (danda- parusya). Sekiranya pesalah dan mangsa kesalahan itu berasal daripada kasta yang sama dendanya cuma 250 sahaja. 70
66 Afifah Abu Yazid. (2003). Perjanjian Tamadun Asia (Ed 2). Kuala Lumpur: PTS Publications & Distrubutors Sdn. Bhd. Hlm. 218-219. 67 Azhar Hj. Mohd. Aras. Azharuddin Mohd. Roli. Arba’iyah Mohd.Noor. Saliha Hj Zainal. (2002). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Edisi kedua. Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah university Malaya. hlm. 52. 68 Abdul Rahman Haji Abdullah, 2006, sejarah Dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional, Karisma Publications, Shah Alam, hlm 57. 69 Ibid, hlm 58. 70 Ibid

32

Perbezaan hak juga berlaku dalam undang-undang sivil. Mengenai masalah harta pusaka contohnya keadaan ini berlaku apabila seseorang itu meninggalkan anak-anak dan isteri-isteri yang berbeza kastanya. Dalam hal ini anak-anaknya menerima pusaka ayahnya berbeza-beza mengikut taraf dan keutamaan kasta ibunya. Menurut ketentuannya, harta pusaka hendaklah dibahagi menurut kaedah 4, 3, 2, 1, iaitu menurut taraf ibunya yang bermula dari kasta Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra. Oleh itu, harta tersebut hendaklah dibahagikan kepada sepuluh bahagian dan kemudiannya ditambahkan satu bahagian lagi menjadi sebelas untuk anak yang tertua. Selain itu, tentang adat istiadat, ketentuannya juga disusun menurut kasta ataupun tinggi darjat seseorang maka semakin istimewalah hak yang diperolehnya, sedangkan semakin rendah darjat seseorang maka semakin besarlah tanggungjawab atau bebanan yang diletakkan ke atas bahunya. Oleh itu, kita akan melihat kerajaan-kerajaan Awal Asia Tenggara yang mempunyai hubungan dengan India mengikut aspek politik yang terdapat sebelum era indianisasi. 4.1 Kerajaan Funan Mengikut catatan orang-orang cina, negeri Funan terletak di kawasan negeri Kemboja sekarang dan telah dibuka dalam kurun Masihi yang pertama. Catatan orang-orang Cina ini menyebut bahawa Funan telah diasaskan oleh seorang Raja India yang beragama Brahman yang telah datang melalui jalan laut.71 Funan merupakan satu pusat pengaruh dan pentadbiran India yang penting sekali. Kerajaan ini juga telah menjadi kuasa yang paling kuat di Semananjung Indo-China dan negeri keindiaan yang terpenting sekali di Tenggara Asia.
72

Dari segi politiknya, sejarah awal Funan bermula dengan wujudnya masyarakat yang berdasarkan suku kaum (tribal Society) yang dipimpin oleh ketua-ketua suku kaum masingmasing. Namun, dengan pengaruh kedatangan India, tertubuhlah system kerajaan Bernegara
71 Brian Harrison.(1963). Asia Tenggara, Macmillan and Company Limited. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan pustaka. Kementerian pelajaran Malaysia. hlm. 24. 72 Ibid.hlm. 24.

33

yang pertama di Asia Tenggara. Selain itu, Funan juga merupakan Negara kuasa maritim yang pertama di Asia Tenggara. Pusat kerajaannya terletak di Vyadhapura, tetapi kepesatan Funan bergantung kepada Bandar pelabuhannya di Oc-Eo yang terletak di Lembah Sungai Mekong.
73

Ciri- ciri politik Funan yang dipengaruhi oleh India ialah diperintah oleh raja-raja yang

mempunyai nama-nama Sanskrit. Selain itu, raja-raja ini juga menggelar diri mereka sebagai sailaraja atau ‘Raja Gunung’. Dalam bahasa tempatan ia digelar kurung bnam yang bermaksud ‘raja gunung’. Bukan itu sahaja, bangsa Funan ini terdiri daripada suku kaum Melayu.
74

Dalam masa pemerintahan Fan Hsun inilah disinilah Funan mencapai puncak

keagungannya baik dalam bidang ketenteraan mahupun dalam bidang perdagangan. Dapat dilihat bahawa kerajaan Funan telah banyak menggunakan banyak perbendaharaan kata India akan tetapi teori politik dan dan falsafah kepercayaan masih lagi tempatan dan tidak terpengaruh unsur-unsur India. 75 Pemerintah-pemerintah Funan dipercayai terdiri daripada orang tempatan dan mempunyai pengaruh yang amat jelas iaitu pengaruh Brahman dalam pentadbiran kerajaan Funan.
76

pengaruh India ini dapat dilihat dengan jelas lagi apabila tertubuhnya dinasti baru

yang lebih keindiaan di Funan. Didapati pengaruh budaya India semakin meluas sebagai bahasa rasmi dan tradisi Saka India telah digunakan. Penyembahan terhadap dewa-dewi india mula jelas kelihatan terutamanya penyembahan lingga-Siva dan Maheswara.
77

Hal ini telah

73 Mahayudin haji Yahaya. (1998). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Shah Alam: Penerbit fajar Bakti. Hlm. 62. 74 Ahmad Jelami Halimi. (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Utusan Publications & Distrubutors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. hlm 60. 75 Ibid. hlm. 67. 76 Ibid. hlm. 68. 77 Ibid.

34

menunjukkan pengaruh India sebelum era Indianisasi dalam aspek politik cuma pengaruh India pada waktu itu kurang terdedah lagi dan tidak ketara sebelum ini. 4.2 Kerajaan Champa Kerajaan awal kedua yang menunjukkan sedikit pengindiaan dalam politiknya ialah Campa. Kerajaan ini wujud sekitar abad ke-2 Masihi dan berdasarkan dari sumber Cina, Champa wujud pada 192 masihi. Champa juga diduduki oleh rumpun bangsa Melayu (Louis Finoti 1988 :125). Antara serangan yang dilakukan pada 248 masihi dan 270 Masihi. Pada 270 Masihi itu Linyi dibantu oleh Funan menyerang k’iu-sou(G.Coedes 1981 : 33) dan pada peringkat ini tidak jelas sama ada Champa itu telah dipengaruhi India atau tidak78. Pengindiaan telah menyerapi bangsa Cam dan ibu kota kerajaan Champa ialah TraKieu. Hal ini dapat dibuktikan dengan penemuan inskripsi yang menyatakan perbatasan Champa dan tentang mantera penyembahan kepada dua pelindung (raja naga). Dalam kerajaan ini, pemerintahan cambhuwarman iaitu beberapa orang dari pemerintah dinasti yang sama. Pertama ialah Kandarpadharma, Prabhasadharma, seorang raja perempuan yang tidak dapat dikenalpasti dan Prakachadharma. 79

4.3 Kerajaan Chenla Seterusnya ialah kerajaan Chenla. Nama Chenla ini mula diketahui daripada catatan sejarah Sui. Catatan itu mengatakan bahawa negara itu pada asalnya merupakan wilayah taklukan Funan80 . Dalam sejarah politiknya, kerajaan Chenla dibangunkan oleh Bhavavarman pada 550 Masihi hingga 600 Masihi dan adiknya Mahendravarman pada 600
78 Ahmad Jelami Halimi. (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distrubutors Sdn. Bhd. hlm. 74. 79Ibid. hlm. 76. 80 Ibid. hlm. 86.

35

hingga 611 Masihi.

81

Ini diikuti dengan Isanavarman yang memindah kotanya ke Isanapura.

Pada zaman Jayavarman terdapat beberapa kemajuan militer dan kebangkitan klasik-klasik Hindi disamping bahasa Khmer.
82

Mengikut lagenda Kemboja, asal usul bangsa Kemboja

atau Chenla adalah daripada seorang fakir (petapa) bernama Kambu Swayambhuwa yang berkahwin dengan seorang bidadari bernama Mera Hadiah daripada Dewa Siva. Dari mereka, lahirlah zuriat-zuriat Raja-Raja Kemboja. Raja sulong ialah Srutawarman dan diikuti oleh puteranya Sreshthawarma. Namun, sebuah inskripsi yang ditemui di kemboja itu seperti berikut : “Adityavamsa, raja Indraprastha telah murak terhadap salah seorang puteranya dan membuangnya dari negeri itu. Baginda (putera itu)telah sampai ke sebuah Negara yang bernama Kok Thlok dan menjadikan dirinya tuan dengan mengalahkan Raja asal Negara itu . pada satu petang baginda berjalan-jalan di atas sebuah beting pasir apabila secara mengejut air naik pasang dan menyebabkan baginda terpaksa bermalan disitu dan raja tadi kerana tertawan dengan kecantikannya bersetuju mengahwininya. Dengan itu naga raja, bapa kepada gadis itu memperluaskan lagi kawasan pemerintahan bakal menantunya dengan meminum air yang menyeliputi Negara itu, membina sebuah ibu kota untuknya dan menukar nama kerajaan itu kepada kemboja”. (R.C Majumdar)83 Pemerintahan Chenla mempunyai struktur yang kuat kerana dalam masa pemerintahan raja Bhawawarman, beliau mempunyai hubungan yang kuat dalam kekeluargaan dengan kerajaan Funan. Raja-raja dalam pemerintahan Chenla telah mengamalkan sistem perluasan kuasa yang hebat hinggalah pertamadunan Chenla ini mengikut Coedes banyak dipengaruhi oleh negara jirannya. Sekitar tahun 753 Masihi Chenla
81 Mahayudin haji Yahaya. (1998) Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Shah Alam: Penerbit fajar Bakti. hlm .64. 82 Ibid. hlm. 64. 83 Ahmad Jelami Halimi. (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distrubutors Sdn. Bhd. hlm 87.

36

telah mempunyai hubungan diplomatic dengan Negara China. Hal ini disebabkan penemuanpenemuan inskripsi-inskripsi di kawasan Sambhupura (Sambor) bertarikh 770 masihi hingga 781 Masihi yang diketahui oleh salah seorang rajanya yang bernama Jayawarman. 84

4.4 kerajaan Kedah Tua Bukan itu sahaja, kerajaan kedah tua juga mempunyai hubungan politik dengan India. Kerajaan ini dipercayai wujud sejak abad ke-2 Masihi lagi dengan pelbagai nama. Dalam bahasa Sanskrit ia dikenali sebagai Kataha dan dalam bahasa tamil ia dikenali sebagai Kadaram. Manakala, dalam bahasa Cina pula, ia dikenali sebagai Chieh-ch’a dan dalam bahasa Arab ia dikenali sebagai Kallah. Dari segi pemerintahan, Pengkalan Bujang menjadi pusat pemerintahan dan pelabuhan utama Kedah.

4.5 Kerajaan Langkasuka Kerajaan Langkasuka merupakan sebuah kerajaan Melayu yang tertua pernah wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Mengikut satu catatan Cina, Liang Shu Langkasuka telah ditubuhkan pada abad ke-2 Masihi lagi. Hikayat Merong Mahawangsa menyatakan bahawa kerajaan Langkasuka ini berkait rapat dengan kerajaan kedah Tua. Malah ia merupakan dua buah kerajaan kembar yang menguasai sebahagian besar bahagian Tanah melayu. Namun, dalam hikaya itu juga menceritakan bahawa kedudukan kota itu adalah di sekitar Gunung Jerai di Kedah pada hari ini. Sejak dari penubuhannya, Langkasuka telah
84 Ibid. hlm. 88.

37

dikuasai oleh Kerajaan Funan sehinggalah separuh abad ke-6 Masihi apabila ia dapat memerdekakan dirinya.

4.6 Kerajaan Tambralingga Daripada sumber Tao I Chih lio, diketahui bahawa kerajaan ini mempunyai pemerintahannya yang tersendiri yang diketuai oleh seorang ketua negara.
85

satu bukti

kewujudan Tambralingga ialah sebuah inskripsi C’aiya (Grahi).86 Menurut H.G.Q. Wales, Inskripsi ini merupakan inskripsi tempatan dan ada kemungkinan C’aiya adalah bekas ibu kota kerajaan ini. Tidak banyak informasi yang diperolehi tentang sistem pemerintahan dan perkembangan kerajaan ini. Akan tetapi, dalam satu inskripsi kemboja yang dikutip oleh D.G.E Hall, dikatakan bahawa ada seorang putera dari kerajaan Tambralingga itu yang bernama Suryawarman telah diangkat menjadi pemerintah Angkor pada tahun 1010 Masihi setelah merampas kuasa daripada Raja sebelumnya Udayadityawarman pada tahun 1002 Mashi. NURUL HIKMAH BINTI ABDUL HAMID D20091035427

5.0 PENGARUH INDIA DARI SEGI SOSIAL 5.1 Agama dan Kepercayaan
85 Ahmad Jelami Halimi. (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distrubutors Sdn. Bhd. hlm 106 86 C’aiya merupakan sebuah Bandar kecil di pantai timur Segenting Kra. Ia didirikan di kawasan sebuah kota yang lebih tua yang dikenali sebagai grahi atau Kia-lo-hi oleh orang Cina.

38

5.1.1 Asal –Usul pengaruh Hindu-Buddha Agama Hindu dan Buddha memberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan agama dan kepercayaan masyarakat di Asia Tenggara iaitu di sekitar Tanah Besar dan Kepulauan. Agama Buddha mula disebarkan ke Negara-negara berhampiran seperti Myanmar, Sri Lanka pada abad ke-3 Masihi iaitu pada zaman pemerintahan Raja Asoka.87 Di Asia Tenggara penerimaan agama-agama dari India agak berbeza antara sebuah kawasan (Negara) dengan kawasan yang lain. Sebagai contoh di Myanmar dan Siam umpamanya agama Buddha Hinayana (Trawada) lebih dominan manakala di Kemboja dan Campa (Vietnam) agama Hindu Brahminisme lebih dominan. Manakala di kepulauan pula, Pulau Jawa lebih dipengaruhi oleh agama Hindu walaupun agama Buddha sudah bertapak kukuh.88 Dari sudut teologi, hubungan penduduk Asia Tenggara dengan Kerajaan India telah memberi peluang kepada perkembangan agama Hindu dan Buddha kepada masyarakat Asia Tenggara dan agama ini juga telah diterima sebagai agama yang penting dalam kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara seperti Funan, Campa, Kedah Tua, Chen-La, Mataram dan lain-lain.89 Dari segi sejarahnya, tamadun asli India bermula di Lembah Indus di Mohenjo Daro dan Harappa, yang dikenali sebagai kebudayaan Dravidia. Kemudiannya dengan kedatangan bangsa Arya yang membawa bersama-sama mereka agama Brahman dan bahasa Sanskrit sekitar abad ke-2 S.M bukan sahaja berlaku perkembangan kebudayaan Arya, bahkan telah dapat mendominasi kebudayaan tempatan. Proses ini dikenali sebagai Brahamnisasi atau Sanskritasasi.90 Pada umumnya terdapat dua pola dasar tentang pengaruh agama HinduBuddha di Asia Tenggara. Pertama bertolak daripada perspektif tradisi dan transformasi, di suatu pihak memang berlaku perubahan agama daripada bentuk kepercayaan tradisional kepada agama Hindu-Buddha, namun di pihak yang lain kelihatan bahawa kepercayaan tradisional masih kekal diamalkan . Sekiranya konsep Great Tradition dan Little Tradition dapat digunakan di sini, dapat dikatakan bahawa perubahan yang besar berlaku dalam lingkungan istana yang mewakili Great Tradition, namun golongan rakyat yang diperingkat
87 Afifah Abu Yazid (Ed-2). (2003). Pengajian Tamadun Asia. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. hlm. 220. 88 Ahmad Jelani Halimi. (2003). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. hlm. 43. 89 Azhar Haji Mohd Aros. Azharudin Mohd Dali. Arba’iyah Mohd Noor. Saliha Haji Zainol. (2000). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Ed.2. Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah Universiti Malaya. hlm. 52-53. 90 Abdul Rahman Haji Abdullah. (2000). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: sebelum dan sesudah agama islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. hlm. 148.

39

bawahan mewakili Little Tradition masih mengekalkan warisan tradisi mereka. Namun sesuai dengan tradisi mereka bahawa ‘agama raja adalah juga agama rakyat’ maka tidak dapat dikatakan bahawa golongan rakyat tidak dipengaruhi lansung oleh agama Hindu-Buddha sebaliknya mereka turut sama mendukung agama ini walaupun dengan cara mereka yang tersendiri.91 Dalam konteks Asia Tenggara, pengaruh agama Hindu-Buddha memang besar, baik dikalangan atasan mahupun bawahan. Dalam hal ini ajaran Hindu-Buddha yang lebih berpengaruh adalah daripada aliran ritual. Agama Hindu misalnya, aliran ritual yang berpengaruh ialah dalam bentuk Puranik yang memuja dewa-dewi trimurti (Brahma, Siva, Vishnu) dan dewa-dewa kecil atau separa dewa lainnya. Namun begitu, tidak bererti aliran Mahayana dalam agama Buddha tidak berkembang lansung kerana tetap terdapat pengaruhnya tetapi tidak dapat mengatasi pengaruh aliran ritual.92

5.1.2 Kerajaan Funan Pada sekitar abad pertama Masihi muncul negeri-negeri yang dikatakan mendapat pengaruh India salah satu daripadanya adalah Funan. Nama ini muncul dalam rekod China sekitar 220-280 Masihi dan hilang pada abad ke-7 Masihi dan dianggap sebagai negeri yang pertama menerima pengaruh Sanskrit.93 Dipercayai agama Buddha merupakan agama yang lebih terdahulu sampai dan disebarkan di Funan. Namun agama tersebut tidak mendapat sambutan yang menggalakkan pada peringkat awalnya. Setelah kedatangan Kaundinya iaitu sekitar abad pertama Masihi, agama Brahminisme (Hinduisme) mula diperkenalkan di Funan. Seperti agama Buddha, agama ini tidak mendapat sambutan pada peringkat awal pengaruhnya, namun hingga abad ke-3 Masihi dilaporkan bahawa kedua-dua agama ini berkembang serentak di Funan, akan tetapi penduduk-penduduk di Funan masih mengikuti kepercayaan nenek moyang mereka sendiri yang merupakan penyembahan Hyang, animisme dan dinamisme.94 Kaundinya merupakan seorang Brahmin (Hindu) mazhab siva mula memasuki istana Funan, agama Siva disembah dalam bentuk Lingga (zakar). Dalam zaman Fan Shih-man, agama Buddha telah dapat menonjolkan dirinya di Funan dan mengatasi agama Brahmin, namun di kawasan takluknya di Segenting Kra dan Semenanjung, agama
91 Ibid. hlm. 157. 92 Ibid. hlm. 158. 93 Ahmad Jelani Halimi. (2003). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. hlm. 60. 94 Ahmad Jelani Halimi. (2003). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2003. hlm. 71.

40

Brahmin mula tersebar secara meluas kesan daripada perhubungan rapatnya dengan pedagang-pedagang India dan penghijrahan Brahman ke sana. Melalui catatan Liang Shu, diketahui bahawa penduduk Funan adalah penyembah Siva-Visnu di samping kepercayaan tempatan dan daripada catatan itu juga diketahui bahawa, pengurusan mayat yang dijalankan di Funan pada peringkat awal iaitu mayat dikuburkan (dibuang) ke dalam sungai, mayat dibakar, mayat dikebumikan dan mayat ditinggalkan di satu-satu tempat untuk dimakan oleh burung. Upacara pengurusan mayat ini jelas menunjukkan percampuran kebudayaan BuddhaHindu tempatan. Agama Buddha begitu menonjol dalam zaman Fan Shih-man dan pemerintah-pemerintah berikutnya, namun setelah Funan dikuasai oleh Kaundinya II yang datang dari P’an-P’an, agama Brahmin mula mempengaruhi istana. 95Menurut Sejarah Chi Selatan pula mencatatkan dalam zaman Jayawarman (480-514 Masihi), orang Funan dikatakan menyembah Maheswara (Siva) dalam bentuk lingga Siva. Di samping itu, Sejarah Liang menyatakan bahawa di Funan terdapat berhala yang mempunyai dua muka dan empat tangan yang disembah oleh penduduknya. Berhala yang berbentuk sedemikian adalah merupakan simbol kesatuan dua dewa Hinduisme iaitu Wisnu dan Siva dan kesatuan dua dewa ini dikenali sebagai Harihara.96

NURSYAMIMI BT MAZELAN D20091035411

5.1.3 Kerajaan Campa Sebelum agama islam tersebar di Campa sekitar abad ke-8 Masihi, rata-rata orang Campa beragama Hindu dan Brahminisme. Berkaitan dengan anutan agama Hindu oleh
95 Ibid. hlm. 72. 96 Ibid. hlm. 73.

41

orang Cam purba ini, sebahagian besarnya adalah penyembah Siva namun terdapat juga kesan-kesan penyembahan terhadap Brahma dan Wisnu. Hanya terdapat tiga buah sahaja patung Brahma yang ditemui di Campa seperti patung Brahma bermuka empat yang ditemui di Mi-Son. Simbol Brahma juga ditemui berdampingan dengan dewa-dewa lain di relief Trithuy dan Uu-diem (D. Daweewarn;1982)Selain itu, Dewi Laksmi juga disembah secara bersendirian di Campa yang dikenali juga sebagai Padma dan Seri. Pemujaan ini dibuktikan dengan penemuan sebuah relief yang terdapat di Dong-duong menggambarkan Laksmi sedang duduk diapit oleh dua ekor gajah. Di atas kepala dewi itu belalai kedua-dua ekor gajah memegang sebuah kendi (L.Finot;1988). Patung Laksmi yang pertama di Campa dikatakan didirikan oleh Raja Sambhuwarman dan diperbaiki oleh Wikrantawarman pada 713 Masihi.97 Ciri utama agama Hindu (Brahminisme) di Campa adalah pemujaan terhadap Siva. Hal ini dibuktikan melalui penemuan 130 buah inskripsi yang telah ditemui di Campa dan 92 daripadanya merujuk kepada Siva (D. Daweeran ; 1982). Kebanyakan siva di Lingga disembah dalam bentuk Lingga dan sesetengahnya disembah dalam bentuk Lingga. Linggalingga ini banyak ditemui di kompleks candi Mi-son dan Po-Nagar dan terdapat juga penemuan Siva dalam bentuk muka manusia yang diukir sebagai relief pada dinding-dinding candi atau patung-patung yang tersendiri. Selain itu, terdapat juga patung-patung yang diukir mengikut wajah raja-raja Pembina candi tetapi diibaratkan sebagai Siva dan arca-arca dinamakan mengikut nama raja seperti Bhadreswara yang didirikan oleh Raja Bhadrawarman dan Indrabhadeswara yang dibangunkan oleh Indrawarman. Dalam inskripsi Campa, siva sering dirujuk sebagai “ Ketua Trimuti dan Dewa Teragung daripada Dewa-dewa”. Bersama dengan Siva disembah juga saktinya (isterinya) yang di Campa dikenali sebagai Uma atau Mhabhagawati atau Mahadewi.98Manakala dari segi adat menguruskan mayat pula, adat agama Hindu-Buddha diamalkan iaitu membakar mayat, terdapat tiga peringkat upacara pengurusan mayat dalam masyarakat Cam pada masa itu. Jika mayat raja, abunya akan dimasukkan ke dalam batil emas dan dibuang ke laut, manakala abu pembesar-pembesar dimasukkan ke dalam batil perak dan dibuang ke kuala sungai. Abu orang kebanyakan dimasukkan ke dalam pasu biasa dan dibuangkan ke dalam sungai.99

97 Ahmad Jelani Halimi. (2003). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. hlm. 84. 98 Ibid. hlm. 85. 99 Ahmad Jelani Halimi. (2003). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. hlm. 86.

42

FATIN FATIHAH BINTI HASSAN D20091035402

Ajaran-ajaran dan amalan-amalan agama Hindu dan Buddha dibawa masuk ke Asia Tenggara melalui pelayaran oleh orang-orang India . Hinduism adalah lebih merupakan satu cara hidup daripada satu agama yang teratur dan mempunyai hubungan rapat yang juga berkaitan dengan kehidupan hari ini, contoh yang jelas dapat dilihat adalah melalui sistem kasta dalam masyarakat India iaitu alim ulama mereka adalah orang-orang Brahman yang merupakan anggota yang tertinggi sekali dalam masyarakat India . Falsafah agama mereka berkisar di sekeliling rukun penyataan alam,dipanggil Brahman kerana itulah ajaranajaran dan amalan-amalannya dipanggil Brahmanism .
100

Walaupun ajaran Brahmanism

mementingkan kenyataan yang tunggal,tetapi pemujaan tuhan perseorangan adalah merupakan bahagian yang penting dalam kehidupan orang India . Tuhan-tuhan Brahmanism seperti Siva dan Vishnu yang amat disukai ramai adalah menarik sekali kepada orang-orang di Asia Tenggara .101 Siva ialah tuhan pembinasaan, perubahan dan penghasilan yang pada kebiasaannya disembah dalam bentuk linga ( alat kemaluan lelaki ) yang diperbuat daripada batu sementara Tuhan Vishnu adalah merupakan penjelmaan, pemeliharaan dan pengekalan . Penentangan kuasa Brahman dan juga kepercayaan kepada banyak tuhan telah melahirkan agama Buddha yang dianuti oleh anggota masyarakat India yang mempunyai rahib-rahib tetapi tidak mempunyai paderi yang pada mulanya merupakan ajaran falsafah tetapi kemudiannya berpecah kepada dua mazhab iaitu Hinayana yang msaih lagi mengekalkan unsure-unsur kesederhanaan dan mazhab Mahayana yang disembah sebagai

100 Brian Harrison , 1957 ,South-East Asia A Short History , New York : London Macmillan & co Ltd , Hlm. 13 . 101 Ibid , hlm. 14 .

43

seorang tuhan besar yang dikelilingi oleh beberapa bodhisattvas, iaitu penjelmaan sementara roh abadi Buddha . Bukti yang menunjukkan pengaruh India terhadap kerajaan-kerajaan awal adalah penemuan patung-patung Buddha pada empat abad pertama yang telah dibuat pada abad kedua dan ketiga seperti yang telah dijumpai di beberapa tempat di Asia Tenggara iaitu di Siam, Champa, Sumatera , Jawa dan Celebes . Penemuan-penemuan beberapa patung Buddha itu adalah menunjukkan gaya lukisan India yang dikenali sebagai Amaravati yang namanya berasal daripada nama sebuah pekan yang penting di Kuala Sungai Kistna yang menjadi pusat penyebaran agama Buddha yang penting di seberang laut pada abad kedua dan ketiga di Pantai Timur India. Amalan asasi dari segi corak pemikiran orang-orang Asia Tenggara tidak berubah di bawah pengaruh kebudayaan Hindu dan dari segi animisme, pemujaan roh nenek moyang dan adat-adat istiadat yang bersangkut paut dengan pertanian menjadi lebih bererti kepada mereka berbanding penyembahan Buddha, Siva atau Vishnu tetapi penyerapan kebudayaan India telah membantu memperkayakan kebudayaan asal orang-orang Asia Tenggara dengan memperkenalkan agama dan pemikiran baru serta cerita-cerita purba dan cerita-cerita rakyat .

5.1.4 Kerajaan Kedah Tua

Kerajaan Kedah Tua ini dipercayai telah wujud sejak abad ke-2 Masihi lagi. Kerajaan ini dikenali dengan pelbagai nama dalam bahasa Sanskrit ia dikenali dengan sebagai Kataha, dalam bahasa Tamil ia dikenali sebagai Kadaram, dalam bahasa Cina Chieh-ch’a manakala dalam bahasa Arab ia dikenali sebagai Kallah.102

102Ibid. hlm. 100.

44

Pada peringkat awal kewujudannya, kerajaan ini dipengaruhi oleh Buddha Therawada (Hinayana). Beberapa buah patung Buddha stail Ammarawati dan Gupta telah ditemui di negeri ini. Namun sekitar abad ke 6/7 Masihi, Kedah telah dapat dipengaruhi Sivaisme. Pengaruh India yang diterimanya ini berasal dari Pallawa, selatan India. Pengaruh Pallawa ini sungguh kuat di Kedah hingga semua inskripsi awal yang dijumpai di Kedah tertulis dalam tulisan Pallawa. Kolonel James Low melaporkan pada abad ke-9 Masihi (sekitar 1840-an) bahawa beliau pernah menemui peninggalan-peninggalan koloni India dan candi-candinya serta patung-patung yang telah pecah-pecah di sepanjang kaki Gunung Jerai di Kedah. Low juga telah menemui tujuh bahagian inskripsi dalam bahasa Sanskrit yang berasal dari abad ke-4 Masihi yang ditemuinya di Cherok Tok Kun di Seberang Perai. Beliau juga telah memperoleh dua inskripsi Buddha dalam bahasa Sanskrit dari Bukit Meriam dan sebuah batu tulis (slate) atau loh di Guar Kepah. Pada batu tulis tersebut terpahat doa-doa dalam bahasa Sansrit tulisan Pallawa untuk keselamatan pelayaran yang akan dilakukan oleh seorang nakhoda bernama Buddhagupta yang tinggal di Raktamrttika (Tanah Merah). Antara lain, tulisan itu mencatatkan : “Melalui segala kejahilan, karma akan bertambah. Punca kelahiran ialah karma. Kepunyaan nakhoda ulung Buddhagupta, seorang penduduk (?) Raktamrttika….tentunya, dalam segala hal….kesemuanya….akan Berjaya dalam pelayaran mereka.” Daripada peninggalan dan runtuhan yang ditemui di Kedah hanya sebuah sahaja yang dijumpai di utara Gunung Jerai yang merupakan bahagian bawah stupa abad ke-4 Masihi. Reruntuhan ini merupakan peninggalan pengindiaan yang tertua pernah ditemui di Kedah (P.Whealtley; 1980). Pada peringkat awal, Raja-raja telah menganut agama Buddha menyebabkan Kedah juga dipengaruhi agama itu (H.G.Q. Wales;1976) Christopher Dawson dalam petikannya menyatakan: “Religion is the key of history. We cannot understand the inner from of a society unless we understand religion. We cannot understand its culture achievements unless we understand the religigious beliefs that lie behind then. In all ages the first creative works of a culture are due to a religious inspirations and dedecated to a religious end.”103

103 Abdul Rahman Haji Abdullah. (2000). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara: sebelum dan sesudah agama islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.

45

Dalam petikan ini dapatlah difahamkan tanpa mengetahui tentang sesuatu agama tidak mungkin untuk kita memahami kebudayaan tradisional dalam segala aspek. Disini jelaslah menunjukkan bahawa keagamaan itu berkait rapat dengan kebudayaan sesuatu masyarakat. Sekiranya kita lihat akibat daripada hubungan awal antara India dengan kerajaankerajaan awal di Asia Tenggara yang pada mulanya lebih kepada hubungan perdagangan secara tidak langsung telah menyebabkan sedikit sebanyak “pengaruh india” telah meresap masuk kedalam kehidupan masyakat. Pengaruh ini dapat dilihat dari aspek kebudayaan, sistem bahasa dan tulisan, kesenian mahupun cara hidup masyarakat di Asia Tenggara.

FITRIANI BT MAHI D20091035556 6.0 PENGARUH INDIA DARI SEGI SOSIAL 6.1 Kesenian Selain itu, kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara pada kurun pertama masihi banyak menerima pengaruh Buddha yang dibawa dari India. Ini dapat dilihat apabila kebudayaan India meresap masuk ke dalam kehidupan, bahkan turut di diperlihatkan daripada pembinaan monument keagamaan, imej dan inskripsi. Seperti mana pandangan sarjana

46

“R.C Majumdar could assert that hindu colonist brought with them the whole frame work of their culture and civilization and this was transplanted in its enterity among the people who had yet not emerged from their primitive”104. Daripada kenyataan itu dapat ditakrifkan hubungan perdagangan awal antara India dengan kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara telah menyebabkan sedikit sebanyak pengaruh India turut sama meresap masuk ke dalam kebudayaan tempatan dan seterusnya pengaruh ini dapat dilihat sedikit sebanyak mempengaruhi kebudayaan tempatan dari segi ekonomi, sosial, keagamaan dan kesenian. Namun begitu pengaruh keindiaan itu tidak dapat dibezakan dengan jelas sebelum era Indianization, ianya hanya dapat dilihat dengan jelas selepas proses Indianization tersebar secara meluas. Namun begitu pengaruh india telahpun wujud sebelum berlakunya proses Indianization lagi. Di sini akan diterangkan tentang pengaruh-penaruh awal india dalam kesenian yang mana akan lebih jelas lagi setelah proses indianization Seperti mana yang dijelaskan tadi hubungan awal antara India dengan kerajaan awal di Asia Tenggara bukanlah merupakan hubungan yang diasaskan oleh hubungan kebudayaan. Sebaliknya hubungan awal ini dibentuk oleh satu jaringan perdagangan yang mana hubungan perdagangan itu kemudiannya akan membentuk satu
104 Berenice Bellina and Ian Glover, The archaeology of Early Contact With India And The Mediterranean World, From The Fourth Century BC To The Fourth Century AD. dalam Southheast Asia From Prehistory to History , edited by Ian Glover and Peter Bellwood. Routledge Curzon Taylor & Francis Group. Landon New York Hlm68

47

hubungan kebudayaan. Hal ini terjadi apabila masyarakat India yang datang berdagang ke Asia Tenggara telah membawa bersama kebudayaan mereka ini dapat dilihat daripada barang dagangan yang dibawa mereka ke Asia Tenggara. Penemuan barang-barang yang banyak dihasilkan di India dapat diperolehi daripada tapak-tapak kerajaan awal di Asia Tenggara. Di samping penemuan Manik-manik kaca, batu gantung semulajadi, terdapat jua penemuan bekas yang diperbuat daripada tanah liat, batu, gangsa dan perak yang ditemuai di tapaktapak kerajaan awal iaitu di Tra kieu di tengah Thailand yang dianggarkan bertarikh abad pertama masihi.105 Apa yang paling penting daripada jumpaan ini bukanlah semata-mata untuk menjelaskan hubungan awal perdagangan antara India dengan kerajaan-kerajaan awal di asia Tenggara sebaliknya menjelaskan bahawa terdapat pengaruh India yang meresap masuk ke dalam kebudayaan masyarakat tempatan khususnya dalam kesenian itu sendiri. Termasuklah dalam teknik pembuatan manik-manik kaca yang diambil dari india. Menurut ahli arkeologi Berenice Bellina106 dan Francis107 yang menjalankan kajian di tapak kerajaan
105 Berenice Bellina and Ian Glover, The archaeology of Early Contact With India And The Mediterranean World, From The Fourth Century BC To The Fourth Century AD. dalam Southheast Asia From Prehistory to History , edited by Ian Glover and Peter Bellwood. Routledge Curzon Taylor & Francis Group. Landon New York Hlm68-82. 106 Studied Archaeology and Art History of south and Southeast Asia at Sorbonne Nouvelle University (Paris III) and has participated in excavation in France, the UK, Laos, Thailand, and India. After completing her doctoral dissertation in 2001, entitled Temoinages archeologiques d’echanges entre l’Inde et l’Asie du Sud Est: morphologie morphometrie et techniques de fabrication des perles en agate eten cornaline, she was award a French Ministry of foreign Affairs Fellowship at the research laboratory for archaeology and the history of art, university Oxford. She is charge de Recherche au CNRS, FRE 2350- University Paris III, Sorbonne Nouvelle. Dr Bellina’s research interests are culture exchange processes in Asia and especially between South and Southeast Asia, focusing on the analysis of technological transfers and material sciences. 107 Is Australian Research Fellow in the School of archaeology and Anthropology, the Australian National University, Canberra. His main research interest focus on human adaptation and cultural change, particularly in Southeast Asia, but with growing attention to the southwest Pacific, including Australia and south Asia. These interest incorporate perspectives from biological anthropology, archeology, ethnography and history. He is the author (with Ian Caldwell) Land of Ion: The historical archeology of Luwu and the Cenrana Valley (2000) and editor (with Noel Barnard) of Ancient Chinese and Southeast Asian Bronze Age Cultures (2 volumes,1996-7)

48

Awal Thailand

menyatakan bahawa pembuatan manic kaca dikenali sebagai “tradisi

pembuatan manic kaca”. Tapak penghasilan awal di India ialah Arikamedu dan karakaidu di pantai Tamil Nadu, Selatan Madrasa yang dikenali sebagai “ Indo-facific Monochrone Draw Glass Beads”.
108

Masyarakat tempatan telah meniru cara pembuatan manik-manik kaca dari

india yang kemudianya diaplikasikan cara pembuatannya. Manik-manik kaca yang dihasilkan kebanyakannya daripada monokrom manik-manik merah yang dikenali sebagai mutisalah (“Mutiara Palsu”) di Indonesia. Hasil daripada kajian sisa di tapak arkeologi, Francis telah menyimpulkan bahawa teknik penghasilan manic yang sama di temui bertarikh awal abad pertama masihi di Mantai dan Anuradhapura di Sri Langka, Khuan Lukpad dan Satingpra di SelatanTthialand, Kuala Selingsi di Malay, Muara Jambi di Sumater dan Oc-eo di Vietnam. Ciri penting yang membezakan Asia Selatan Awal di Asia dan kaca dari eropah ialah penggunaan banyak alumina (Al2O3>3.5-4 per cent) dan rendah kandungan kapur ( CaO<4.5-5 per cent), daripada analisi komposisi jelas menunjukkan teknik pembuatan kaca dari india pada pengantian era christian mengunakan beberapa batch yang berbeza komposisi untuk menghasilkan serangkaian jelas dan manik-manik kaca lutsinar yang berwarna. Dari segi reka bentuk manik-manik juga jelas menujukan aplikasi pengaruh pembuatan manik-manik dari india. Contohnya manik-manik kaca lutsinar yang ditemui di Ban Dont Ta Phet berbentuk padu, bi-piramidal, persegi, hexagonal prismatik atau meniru bentuk prismatik formsof hablur mineral alam, terutama yang dikenali kristal beryl.109 Cirri-ciri ini sama dengan yang terdapat di India.

108 Berenice Bellina and Ian Glover, The archaeology of Early Contact With India And The Mediterranean World, From The Fourth Century BC To The Fourth Century AD. dalam Southheast Asia From Prehistory to History , edited by Ian Glover and Peter Bellwood. Routledge Curzon Taylor & Francis Group. Landon New York Hlm68 109 Ibid.hlm 76

49

Aspek kesenian India juga dapat dilihat dalam seni ukiran masyarakat tempatan di Asia Tenggara. Contohnya ukiran pada pasu lebih bermotifkan alam semulajadi iaitu tumbuh-tumbuhan, haiwan serta bercorak simetri. Salah satu contoh yang menujukkan pengaruh awal India adalah penemuan “Kundika” atau lebih dikenalai sebagai “kendi”110. Pembuluh kundika mudah ditemui di tapak Pyu di Burma, Beikthano di tapak Mon atau Winka selatan Thaton di Pantai Tenasserim, Dvaravati di tengah Thailand (Chansen dan BanKhu Muang), Oc Eo di Selatan Vietnam dan di tengah Java. Aspek ukiran india turut meresap masuk ke dalam masyarakat di Asia Tenggara, ini dapat dilihat daripada ukiran atau cap-cap pada tinggalan seramik di Asia tenggara. Hasil kajian mendapati prototaip ini sama dengan yang terdapat di india yang dikatakan muncul pada abad terakhir sebelum masihi dan berlanjutan hingga abad ke 6-7 masihi. Kebanyakankannya ditemui di tapak sejarah awal seperti Mathura, Ujjain, chichli and Paithan. Kebanyakan daripada seramik berwarna merah dan dicap atau dibentuk dengan hiasan yang terletak di bahu, terdiri daripada motif simbolik seperti Srivatsa (vas kelimpahan), roda ( svastika), yang Hamsa (suka), motif tumbuhtumbuhan seperti ros dan daun ataupun corak geometri. Di Mathura contohnya, seramik jenis ini ditemui di Kushana dan diteruskan hingga empayar Gupta pada abad ke 4-5 masihi. Cop seramik yang di temui di Burma mempunyai persamaan yang sangat kuat dengan seramik yang ditemui di tapak awal kerajaan Buddha di india, seperti di Beikthano, Halin dan Sri Ksetra. Begitu juga dengan bentuk ukiran seramik yang ditemui di Dvaravati.111 seperti yang ditemui di tapak “Pyu” dekorasi terdiri daripada beberapa siri frame persegi panjang, masing-masing dipisahkan oleh sebuah titik-titik menegak ,

110 Ini adalah suatu bentuk picher dengan leher panjang yang mana membengkank di bahagian dasarnya. Kundika juga dikenali sebagai “ percikan”. Strukturnya kelihatan seperti tempayan dengan saiz yang jauh lebih kecil daripada saiz tempayan. 111 Phasook Inrawooth. The Archeology of the early kingdoms of Thailand. dalam Southheast Asia From Prehistory to History , edited by Ian Glover and Peter Bellwood. Routledge Curzon Taylor & Francis Group. Landon New York Hlm 128

50

menampakkan corak binatang seperti gajah atau lembu, motif flora, corak kuda mahupun bentuk orang sedang menari. Banyak andaian mengatakan bahawa pasu-pasu tersebut diimport dari India, namun begitu dapat disangkal bahawa seramik dengan hiasan corak-corak itu merupakan hasil daripada kerja tangan masyarakat tempatan hasil daripada adaptasi mereka terhadap kebudayaan yang ditiru dari India. Sebelum era Indianization lagi. Selepas proses indianization salah satu objek yang sangat sinonim dengan unsur kesenian India ialah pengguna naga kepala Sembilan yang menjadi tema utama di dalam gambar-gambar dan patung-patung Khmer. Ini dikaitkan dengan kepercayaan masyarakat india yang mempercayai lagenda India mengenai Brahmin Kaundiaya dan “nagi sama” iaitu puteri kepada Raja orang Naga112. Seni ukiran ini dapat dilihat terpahat pada kawasan-kawasan ibadat yang menerima pengaruh Hinddu-Buddha. Dari segi seni bina membuat bangunan pula, pengaruh india lebih ketara dan jelas dalam pembuatan bangunan di Asia Tenggara selepas proses indianization. Pusatpusat kebudayaan India di nusantara terdapat di kawasan pantai, pusat kebudayaan seperti istana raja di jumpai di kawasan padalaman. Anjuran kebudayaan dari India berkembang dengan kebudayaan tempatan dan sekarang mempengaruhi untuk melahirkan satu kebudayaan baru. Contohnya Candi Borobudur di Jawa dan Angkor wat di kemboja. Walaupun mempunyai ciri persamaan yang diambil dari kebudayaan dan agama Hinddu dari india, tetapi candi yang serupa tidak terdapat di India.113 Ianya berkembang sediri hasil asimilasi antara kebudayaan yang datang dari India dengan kebudayaan tempatan. Bentuk
112 “cerita ini menyebutkan bagaimana Brahmin Kaundinya menerima sebilah pedang sakti daripada Asvattharman, anak lelaki kepada Drona dan melontarnya untuk menunjukan tapak ibukotanya kelak. Kemudian dia berkawin dengan Soma, iaitu puteri raja orang Nada yang menghasilkan satu keturunan raja-raja. Keturunan raja-raja Pallava di Konjeverm juga menggunakan lagenda ini untuk menerangkan asal-usul mereka . kemudian lagenda ini diambil oleh orang Khamer dan ular naga telah diajdikan lambing suci asal usul mereka” D.G.E Hall: Sejarah Di Asia Tenggara, terbitan Macmillan & Co. Ltd, Landon. Hlm 34 113 Penghantar Sejarah Nusantara Awal. Mohd Dahlan Mansoer. (1997). Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 34.

51

piramid candi Borobodur yang bertingkat-tingkat berasal daripada tradisi megalitik yang lambangnya khusus kepada tempat bersemayam roh-roh nenek moyang. Contohnya dapat dilihat melalui susunan dan pengaruh ukiran pada binaan candi-candi yang banyak dipengaruhi oleh kebudayaan megalitik. Heine Gelden memberikan pendapat beliau bahawa Tradisi megalitik turut menentukan bentuk bentuk dan susunan pencandian di Indonesia.114 Disamping diaplikasikan dalam seni pahat Jawa Hindu. Quarten Walaesmenyatakan bahawa pendirian bangunan di tempat tinggi seperti candi sukuh merupakan satu tingkat perkembangan lebih lanjut yang berhubung budaya Jawa-Hindu itu sendiri dan tergolong dalam corak budaya khas bersumber megalitik tua. 115 Candi-candi didirikan bagi tujuan pemujaan kepala suku dan berkembang kepada tempat pemujaan arwah orang yang telah meninggal atau orang yang diangap berjasa kepada masyarakat. Dimana bahagian bawah arca dipahat dengan ukiran patung megalitik dengan harapan akan memberi kesejahteraan kepada masyarakat.
116

Unsur

kesenian megalitik turut dilihat mempengaruhi kehidupan masyarakat sehingga hari ini, ini dapat dilihat melalui penggunaan ukiran bermotif haiwan, manusia dan lain-lain ukiran . Ini dapat dilihat melalui penemuan batuan yang diukir dengan mofit-motif tertentu di Basemah dan kepualauan Nias di Indonesia. Contohnya seperti lukisan kerbau ditemui di dinding kubur batu melambangkan kerbau yang mempunyai hubungan rapat dalam kehidupan masyarakat. Mana kala ukiran flora dan fauna mempunyai mofit kesuburan. Ini

menunjukkan masyarakat menghasilakan hasil karya dengan motif tertentu dan diukir pada batuan bagi menujukkan perasaan mereka.

114 Marwati Djoened Poesponegoro, Nugroho Notosusanto : SJ Nasional Indonesia : Zaman Prasejarah di Indonesia. Hlm.253. 115 Lucas Partanda Koestoro dan Ketut Wiradnyana, Tradisi megalitik di Pulau Nias, diterbitkan oleh Seri Warisan Bahagian Utara. hlm. 76. 116 Ibid. hlm. 76.

52

Pengaruh india dapat dilihat dari aspek senibina juga dapat dilihat dalam kerajaan Lin- Yi dimana penduduknya membangunkan tembok rumah mereka dengan batu bata yang dibakar, yang kemudiaannya dikapur. Hampir kesemua rumah mereka dilengkapi dengan serambi atau teras, yang dinamakan “kan-lan”. Lubang pintu atau jendela pada umumnya menghadap ke utara: kadang kala ketimur atau kebarat, kedudukan yang tidak tetap.117

Mereka dikatakan menerima pengaruh India sejak dari awal abad pertama lagi. Mengikut Permentier, kesenian dan seni bina mereka lebih kepada bercorak Khmer daripada Campa. Salah satu lagi kawasan yang menerima pengaruh india ialah bandar pelabuahan Oc Eo (terletak dalam kawasan Fu-nan) yang terletak di delta Sungai Mekong di pinggir Teluk Siam kira-kira tiga batu dari laut. Oc Eo merupakan sebuah bandar yang besar, terdiri daripada rumah-rumah bertiang dan di selangseli dengan taliair iaitu sebahagian daripada sistem taliair yamg meliputi kawasan seluas 200 kilometer untuk mengairkan sawa padi dan menampung penduduk yang ramai, dibina dengan penuh kemarihan di atas kawasan yang dahulunya yang penuh dengan lumpur cair dan pokok bakau.118

FITRIANI BT MAHI D2009103555

117 Ecole Francaise D’extreme-Orient. (1981). Kerajaan campa. Jakarta: Terbitan Balai Pustaka. hlm. 37. 118 D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara. Terbitan Masmillan R co. Ltd, London Edisi ke-2. Hlm. 33.

53

6.2 Sistem Bahasa dan Tulisan Pengaruh sistem bahasa dan tulisan dari kebudayaan India dengan kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara amat sukar untuk dilihat. Hal ini kerana tidak wujud sebarang bukti arkeologi yang dapat menunjukkan wujudnya pengaruh sistem tulisan india dalam setiap kerajaan awal di Asia Tenggara. Namun begitu daripada bukti arkeologi yang berupa tinggalan “prasasti” menunjukkan bahawa pengaruh sistem tulisan India turut digunakan oleh kerajaan awal di Asia Tenggara . Namun begitu bukti-bukti tinggalan tidak banyak dan hal ini mungkin disebabkan oleh sifat bahasa Sanskrit itu sendiri. Bahasa Sanskrit merupakan bahasa kebudayaan yang terpenting dalam tamadun india, segala seni yang terpenting daripada kesusasteraan klasik, falsafah, agama dan sebagainya ditulis menggunakan bahasa ini. Oleh kerana bahasa ini adalah bahasa yang tertinggi kedudukannya, bahasa ini hanya merupakan bahasa bangsawan dan golongan elit yang sangat terbatas penggunaannya. Fungsinya sebagai bahasa agama tidak banyak memberi kesan kepada rakyat biasa kecuali selepas ajaran Buddha aliran thevada disebarkan sebagai agama popular. oleh itu tinggalan yang dapat menunjukkan penggunaan bahasa dalam sistem India agak sukar ditemui. Hasil daripada tinggalan “prasanti-prasanti” kita dapat melihat penggunaan sistem bahasa dan tulisan dari india di kawasan asia Tenggara seperti penggunaan Tulisan Kuno di kemboja( Funan) bertarikh pada pertengahan pertama abad ketiga yang ditemui pada ukiran batu dari Vocanh yang mana memeparkan catatan Buddhis dalam bahasa Sanskrit tetapi dalam huruf tulisan India Selatan. Di Champa tulisan tulisan Sanskrit tentang King Bhadravarman bertarikh pertengahan kedua abad keempat menunjukkan bahawa pemujaan siva telah dianut secara rasmi di situ. Di Malaya tulisan yang dijumpai di kedah adalah Buddhis dan berumur tidak kurang dari abad ke empat, tulisan-tulisan Mulavarman yang dijumpai di Kutei, Borneo Timor bertarikh pada awal abad ke lima, manakala tulisan Purnavarman di Jawa-Barat bertarikh daripada pertengahan abad itu. Di Burma tulisan-tulisan
54

kuno dijumpai di kawasan bandar lama “Prome” bertarikh akhir abad kelima.119 Penggunaan huruf Gantha dari India Selatan dalam kebanyakan tulisan-tulisan Sanskrit member tandatanda tentang tempat asal orang-orang India yang datang ke Asia Tenggara pada waktu silam. Dalam abad ke kedua dan ketiga orang-orang Chola dari india Selatan menjalankan perniagaan di Asia Tenggara, dan dari abad ke empat hingga seterusnya orang Pallava dari pantai Coromandel pula memainkan peranan penting dalam kawasan itu. Di Ceruk Tekun, Semenjung tanah melayu ada dijumpai beberapa serpihan prasasti dalam bahasa sansktit yang dikatakan terulis pada abad ke empat, manakala serpihan prasasti yang dijumpai dekat Bukit Meriam dalam negeri kedah mengandungi rangkap ajaran Buddha dalam bahasa Sanskrit yang ditulis dengan huruf pallava yang paling tua.120 Di sebuah tapak arkeologi dari bahagian akhir zaman neolitik di Kuala Selingsi dalam negeri Perak dijumpai sebuah meteri dari batu kuarz bertarikh abad ke-5 yang terukir dengan nama Sri Vishnuvarman. Penemuan terbaru ( sekarang di utara Seberang Perai) dijumpai sekeping batu loh yang tertulis rangkap Buddha dalam bahasa Sanskrit dan juga doa selamat bagi pelayaran seorang nakhoda kapal bernama Buddhagupta yang dikatakan tinggal di tanah merah. Manakala hasil kajian Wheatley di daerah sungai Kelantan menemui prasasti mengunakan tulisan tulisan pallava yang jelas menunjukkan agama Buddha sudah bertapak di tanah melayu pada ketika itu dan dibawa masuk dari India Selatan.121 Daripada penemuan-penemuan prasasti bertulis tulisan sanskrit menunjukkan penggunaaan tulisan sanskrit di Asia Tenggara yang mana dikatakan disebarkan oleh masyarakat-masyarakat yang membawa bersama kebudayaan Hindu. Penduduk asasi di
119 Asia Tenggara, terjemahan dari karangan Brian Harrison. (1966). Kuala Lumpur: Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia. hlm. 18. 120 Rangkap tersebut berbunyi “ Karma terkumpul kerana kecetekan pengetahuan, karma menyebabkan penjelmaan. Dengan adanya pengetahuan karma tidak akan terjadi dan dengan tidak adanya karma tidak ada penjelmaan” menunjukkan bahawa bahasa Sanskrit digunakan sebagai bahasa keagamaan. 121 D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara. London: Terbitan Masmillan R co. Ltd, Edisi ke-2. Hlm. 49.

55

gugusan pulau-pulau melayu terdiri daripada orang-orang Melayu Proto, manakala di kawasan daratan penduduknya terdiri daripada campuran Melayu Deutero. Masyarakat India dikatakan telah berasimilasi dengan masyarakat ini. Di semenanjung tanah melayu penduduk pantai masih orang Melayu Proto. Orang-orang Cham122 yang mendiami di sepanjang pantai Vietnam tengah sekarang mengunakan bahasa pertuturan dari rumpun melayo-Polynesia. Di Vietnam Selatan, Kemboja dan di lembah-lembah Sungai Mekong yang didiami oleh orangorang Khemer dan rumpun bahasa mereka adalah rumpun Austro-Asiotic. Di Lembah-lembah Sungai Menam (negeri Siam sekarang) dan di Lower Burma didiami oleh orang-orang Mon yang amat rapat kekeluargaannya dengan Orang-orang Khmer. Di lembah lembah Sungai Irrawaddy dan Sitting (Burma sekarang ini) didiami oleh orang-orang Pyus merupakan kumpulan yang menjadi perintis dalam pengembaraan orang-orang tibeto Burma ke arah selatan. Hasil daripada penghijrahan masyarakat ini telah membawa bersama pengaruh kebudayaan India yang telah maju dan diasaskan kepada satu cara tulisan, bahasa dan sastera Sanskrit, pemujaan agama Berahma dan Buddha, cerita purbakala Hindu disamping memiliki gaya dan teknik lukisan yang tersendiri.123 Dari segi bahasa dan tulisan, pengaruh India lebih banyak dapat dilihat selepas indianization itu mula berakar umbi dalam kehidupan masyarakat di Asia Tenggara. Contohnya dalam kesusasteraan telah berlaku penghasilan karya sastera baru yang bertitik tolak dari 2 karya hindu terkenal iaitu Ramayana dan Mahabharata. Ini dapat dilihat di Negara Thai terdapat saduran epik Mahabharata yang dikenali sebagai Ramakien.124 Di kemboja dan Champa tidak diketahui terdapat karya-karya sastera tentangnya, tetapi daripada
122 Penemuan tiga prasasti gua terpahat teks yang paling tua yang dikenalpasti dalam bahasa cam. Teks yang berbahasa daerah menunujkkan bahawa pada abad ke-4, negeri itu dihuni oleh penduduk yang berbahasa Cam dan yang paling penting ialah kebudayaan india telah disebarkan oleh orang cam sehingga ke kawasan-kawasan baru. 123 Asia Tenggara, terjemahan dari karangan Brian Harrison. (1966). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia. Hlm. 19. 124 Abdul Rahman Haji Abdullah. (2006). Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional. Shah Alam: Karisma Publication. hlm. 66.

56

prasasti dan inskripsi yang dijumpai terbukti bahawa kedua-dua epik itu tersebar luas dan sesetengah episodnya sangat popular. FITRIANI BT MAHI D20091035556

6.3 lain-lain Memetik ayat daripada petikan Burton Stein yang berbunyi: “sejak awal tamadunnya India merupakan sebahagian daripada perkembangan masyarakat yang lebih besar terutamanya dalam konteks masyarakat, kebudayaan dan pembentukan kerajaan” Menunjukkan masyarakat india itu mempunyai cara mereka sendiri dalam membina tamadun mereka. Kemudiannya dipetik lagi ayat dari petikan R.c Majumdar: “the hindu colonists brought with them the whole framework of their culture and civilization and this was transplant in its entirety among the people who had yet not emerged from their primitive barbarism”125 Menunjukkan bahawa masyarakat India kemudiannya membawa bersamasama mereka kebudayaan dari tamadun mereka untuk disebarkan kepada masyarakat lain. Jadi tidak hairanlah sekiranya pada ketika itu kebudayaan India sedikit sebanyak telah mempengaruhi kehidupan masyarakat di Asia Tenggara. Namun begitu masyarakat yang membawa bersama kebudayaan India dan berasimilasi dengan penduduk tempatan itu tidak

125 Berenice Bellina and Ian Glover, The archaeology of Early Contact With India And The Mediterranean World, From The Fourth Century BC To The Fourth Century AD. dalam Southheast Asia From Prehistory to History , edited by Ian Glover and Peter Bellwood. Routledge Curzon Taylor & Francis Group. Landon: New York. hlm. 68.

57

membawa 100% kebudayaan mereka, sebaliknya hanya membawa separuh daripada ciri-ciri awal. Contoh pengaruh India dalam berpakaian dapat dilihat apabila lelaki dan perempuan hanya memakai sehelai kain dari ki-pei yang dipasang membelit badan. Telinga mereka ditindik dan digantungi cicin kecil. Orang terkemuka memakai alas kaki daripada kulit manakala golongan kebanyakan tidak tidak memakai alas kaki.126 Cara hidup yang sama juga terdapat di Fu-nan dan kerajaan-kerajaan yang terdapat di balik negeri Lin-Yi. Manakala Golongan raja pula memakai kuluk yang tinggi, dihiasi mulai emas dan jambul sutera. Menjadi suatu istiadat apabila golongan raja menunggang gajah sambil dipayungi, didahului oleh sekumpulan peniup sangka dan pemukul gendang serta golongan hamba abdi yang mengibarkan bendera-bendera kain. Dalam aspek perkhawinan tiada laranggan untuk mereka yang mempunyai nama keluarga yang sama untuk menjalinkan perkawinan. Manakala perkhawinan selalu dilaksanakan pada bulan ke 8, dengan tradisi si gadis akan melamar lelaki kerana gadis diangap lebih rendah harkatnya.127 Dipercayai masyarakat awal Lin-Yi daripada kaum Cam, ini dibuktikan dengan jumpaan prasanti gua yang mana tulisan pada prasanti tersebut mempelihatkan pengunaan bahasa cam128. Mereka digambarkan sebagai masyarakat yang berperwatakan suka berperang dan kejam, mata mereka cengkung, hidung mereka lurus dan mancung, rambut hitam dan keriting, kaum wanita mengikat rambutnya di atas kepala berbentuk palu.129

126 Ecole Francaise D’extreme-Orien. (1981). Kerajaan Campa. Jakarta: Terbitan Balai Pustaka, Jakarta 1981. hlm. 35. 127 Ibid. Hlm. 35. 128 Ibid. 129 Ibid.

58

Dari segi pealatan masyarakat Lin-Yi menggunakan busur,panah, pedang, lembing tarbil dan bamboo. Manakala alat music yang digunakan ialah kecapi, biola berdawai lima dan sebagainya. Manakala sangka dan gendang untuk menyebarkan berita kepada rakyat.130 Pengaruh India juga dapat dilihat melalui cara pengebumian , sekiranya melibatkan golongan pemerintah pemakaman akan dilakukan dengan aturcara yang penuh istiadat iaitu mayat akan diiringi dengan bunyi-bunyian dan tarian, diusung ke tepi laut lalu dibakar dengan api menyala, tulang-tulang yang tidak habis terbakar akan dimasukkan kedalam tempayan emas dan dibuang ke laut. Jika yang meninggal itu dari kalangan menterimenteri, tulangnya akan dimasukkan kedalam tempayan perak dan dibuang ke muara sungai. Sekiranya orang biasa kana disimpan didalam tempayan dari tanah dan dibuang ke sungai. Tetamu yang hadir ke majlis pengebumian akan memotong rambut sebelum meninggalkan tepi air. Manakala perempuan yang berkabung seumur hidup kan terus terurai setelah tumbuh kembali kerana mereka tidak ingin berkhawin lagi.131 Selain itu di beberapa kawasan seperti Khao Sam Kaeo, Ban Don Ta Phet dan Noen U-Loke di Thailand, Gion Ca Vo dan beberapa tapak lain di Vietnam ditemui perhiasan seperti manik-manik batu akik dan cernelian yang diperbuat dari India banyak ditemui di kawasan tapak pengebumian terutamanya masyarakat bangsawan,132 ini menunjukkan terdapat pengaruh India dalam sistem penguburan masyarakat, juga terdapat pembahagian darjat Sosial dalam masyarakat.

130. Ecole Francaise D’extreme-Orien. (1981). Kerajaan Campa. Jakarta: Terbitan Balai Pustaka. hlm. 35. 131 Ibid. Hlm. 35. 132 Phasook Indrawooth, The Archaeology of the early Kingdom Of Thailand. dalam Southheast Asia From Prehistory to History , edited by Ian Glover and Peter Bellwood. Routledge Curzon Taylor & Francis Group. Landon New York Hlm 128

59

7.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, hubungan India dengan kerajaan awal di Asia Tenggara sebelum era Indianisasi dapat dilihat dengan jelas dari segi perdagangan. Hal ini dapat dibuktikan dengan penemuan bahan-bahan arkeologi seperti kapal gangsa, mangkuk gangsa, batu manik dan batu akik yang ditemui di tapak-tapak kerajaan awal seperti Ban Don Ta Phet, Khao Sam Keo, Khuan Luk Pat, Kuala Selinsing, Funan, Kedah Tua, dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga hubungan dari segi politik dan sosial sebelum era Indianisasi tetapi tidak begitu ketara dan tidak dapat dijelaskan dengan lebih terperinci. Jadi, dapatlah kita lihat bahawa perdagangan merupakan faktor dominan dalam mewujudkan hubungan India dengan kerajaan-kerajaan awal sebelum era Indianisasi dan sangat penting sehingga membawa kepada titik tolak india dari segi politik dan sosial pada abad ke-2 hingga ke-9 Masihi. Namun, selepas proses Indianisasi berlaku secara meluas telah meninggalkan kesan yang mendalam ke atas
60

masyarakat dan pentadbiran di Asia Tenggara. Kemasukan India di Asia Tenggara telah membawa pelbagai golongan elit dengan tujuan untuk mengukuhkan kuasa masing-masing. Proses Indianisasi yang berlaku secara penyesuaian dan penyerapan sepenuhnya telah menyebabkab pengaruh India berterusan sehingga kini.

BIBLIOGRAFI Abdul Rahman Haji Abdullah. (2006). Sejarah Dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional. Shah Alam: Karisma Publications. Abdul Rahman Abdullah,. (2003). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara sebelum dan

sesudah Islam. Selangor: Utusan Publication. Ahmad Jelami Halimi. (2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu. Kuala Lumpur:

Utusan Publications & Distrubutors Sdn. Bhd. Afifah Abu Yazid. (2003). Perjanjian Tamadun Asia (Ed 2). Kuala Lumpur: PTS Publications & Distrubutors Sdn.Bhd. Azhar Hj. Mohd. Aras. Azharuddin Mohd. Roli. Arba’iyah Mohd. Noor. Saliha Hj Zainal. (2002). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Edisi kedua. Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah university Malaya.
61

Berenice Bellina and Ian Glover. The archaeology of Early Contact With India And The Mediterranean World, From The Fourth Century BC To The Fourth Century AD. dalam Southheast Asia From Prehistory to History. edited by Ian Glover and Peter Bellwood. Routledge Curzon Taylor & Francis Group. Landon New York Brian Harrison. (1963). Asia Tenggara. Macmillan and Company Limited. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian pelajaran Malaysia. Charles Highem. The Early Southeast Asia. D.G.E Hall. Sejarah Asia Tenggara. Terbitan Masmillan R co. Ltd, London Edisi ke-2. Ecole Francaise D’extreme-Orien. (1981). Kerajaan Campa. Jakarta: Terbitan Balai Pustaka. Lucas Partanda Koestoro dan Ketut Wiradnyana,. Tradisi megalitik di Pulau Nias. diterbitkan oleh Seri Warisan Bahagian Utara. Mahayudin haji Yahaya. (1998). Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara. Shah Alam: Penerbit fajar Bakti. Micheal Jacq-Hergoualc’H & Victoria Hobson. ( 2002). The Malay Peninsula: Crossroads of The Maritime Silk Road (100BC-1300 AD). Boston: Brill Publisher. Nik Hassan Shuhaimi dan Ashyaari Muhamad. Protohistoric Earthenware from Kuala Selinsing,Perak, Kertas kerja dibentangkan pada symposium ‘Premodern Southeast Asian Earthenware’, Singapore Pusat Pendidikan Jarak Jauh Universiti Kebangsaan Malaysia : 1999, Sejarah Malysia 1400-1641, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor Phasook Indrawooth, The Archaeology of the early Kingdom Of Thailand. dalam Southheast Asia From Prehistory to History , edited by Ian Glover and Peter Bellwood. Routledge Curzon Taylor & Francis Group. Landon New York R. B. Smith & W. Watson. (1979). Early South East Asia: Essays in archaeology history and historical geograph. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

62

Thieery Zephir. (1998). Khmer Lost Empire of Cambodia. London; Themes and Hudson ltd.. Tooro Namura . (1989 ). Pembentukan Kerajaan Bernegara dan Thalasakrasi . Dalam Ismail Hussein. et. al. (ed). Tamadun Melayu. jilid 2 . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Vadime Elisseeff. (2000). The Silk Roads: Highways of Culture and Commerce,. Published in association with UNESCO. Ian Glover, Peter Bellwood. (2004). Southeast Asia from Prehistory to History. New York: RoutledgeCurzon.

RUMUSAN KESELURUHAN DARIPADA BAHAN RUJUKAN

Daripada bahan rujukan utama yang kami gunakan iaitu The Malay Peninsula : Crossroads of Maritime Silk Road (100 BC-1300AD ) , buku ini menceritakan tentang hubungan India dengan kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara sebelum era Indianisasi . Hubungan India dengan kerajaan-kerajaan awal ini dapat dilihat dengan jelas dalam bab 3 buku ini . Antara kerajaankerajaan awal yang telah dinyatakan ialah Ban Don Ta Phet , Kuala Selinsing , Khuan Luk Pat dan Khao Sam Kheo yang mana menunjukkan hubungan awal dengan India melalui aspek ekonomi khususnya perdagangan . Walaupun demikian terdapat juga aspek lain iaitu politik dan sosial tetapi tidak begitu ketara . Bukti-bukti yang dapat dilihat tentang hubungan India dengan kerajaankerajaan awal ini adalah melalui penemuan-penemuan arkeologi seperti kapal gangsa, batu akik,manik-manik,mangkuk gangsa dan sebagainya . Namun

63

melalui penemuan-penemuan arkeologi ini, kapal gangsa dan manik-manik merupakan bukti yang paling kukuh untuk menunjukkan bahawa terdapatnya pengaruh India dengan kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara . Kebanyakan penemuan gangsa yang ditemui di tapak-tapak arkeologi mengandungi kandungan timah dalam kepekatan yang tinggi antara 23-28 peratus . Hal ini berbeza dengan buku Sejarah Tamadun Bangsa Melayu hasil karya Ahmad Jelani Halimi yang banyak menceritakan tentang kedatangan India ke Asia Tenggara adalah berfokuskan kepada aspek agama dan kepercayaan yang membawa kepada pertumbuhan kerajaan-kerajaan awal serta kerajaan-kerajaan yang dipengaruhi oleh budaya Hindu Buddha . Contohnya Kerajaan Funan adalah kerajaan yang paling awal yang menerima pengaruh India iaitu setelah kedatangan Kaundiya iaitu pada abad pertama Masihi dan melalui buku ini juga turut menceritakan hubungan India dengan kerajaan awal melalui

kesenian,kesusasteraan,bahasa dan tulisan dan lain-lain . Oleh itu dapat dijelaskan bahawa sebelum Indianisasi telah wujudnya pengaruh di Asia Tenggara melaui aspek perdangan khususnya di samping aspek-aspek yang lain iaitu politik dan sosial . Selepas berlakunya Indianisasi telah menyebabkan berlakunya penyerapan budaya yang diasimilasikan dengan kebudayaan tempatan yang dapat dilihat sehingga ke hari ini .

64

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful