You are on page 1of 11

TAJUK

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBATANG


SUKU KATA KV+KV MURID PENDIDIKAN KHAS
(SLOW- LEARNER) MENGGUNAKAN
KAEDAH BERMAIN DADU BERBUNYI

Pendahuluan
Membaca boleh ditakrifkan sebagai perlakuan
mendapatkan maklumat melalui lambanglambang bertulis atau bercetak. Membaca boleh
juga
dimaksudkan
sebagai
menyuarakan
tulisan, mengambil isi dan fikiran yang bertulis
dan memahamkan kandungannya. Mengajar
membaca
bermakna
mengajar
murid
memindahkan tulisan kepada suara serta
melatih
mereka
memahami
apa
yang
terkandung dalam bacaan itu.

Membaca
merupakan
asas
kepada
kejayaan
seseorang murid. Kemahiran membaca bermula
daripada mengenal, mengecam dan menyebut huruf,
membunyikan suku kata, membatangkan suku kata
seterusnya membaca perkataan dan ayat. Kemahiran
membaca merupakan salah satu fokus dalam
Kemahiran Komunikasi Bahasa Malaysia yang perlu
dikuasai oleh murid Pendidikan Khas. Menguasai
kemahiran membaca bukan sekadar membantu
kanak-kanak lebih berjaya menguasai kemahiran lain
tetapi
juga
membantu
meningkatkan
proses
perkembangan mental, psikologikal dan sosial
dengan lebih baik.

Kajian ini dijalankan bertujuan menambahbaik


amalan pengajaran guru untuk membantu murid
meningkatkan kemahiran membatang suku kata
terbuka KV+KV bagi membolehkan murid-murid
menguasai kemahiran membaca yang lebih
kompleks

Saya menggunakan kaedah belajar melalui bermain


sebagai suatu inisiatif untuk meningkatkan
kemahiran
murid
pendidikan
khas(slowlearner)untuk membatangkan suku kata terbuka
KV+KV melalui kaedah bermain dadu berbunyi.
Kaedah berbentuk permainan yang menyeronokkan
dengan suku kata yang ada pada kotak dadu
berwarna-warni diharapkan dapat menarik minat
murid
untuk
meningkatkan
kemahiran
membatangkan suku kata terbuka KV+KV.

3.0

OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Kajian


1. Selepas kajian ini selesai dijalankan,
murid diharap akan mencapai objektif
seperti berikut:
Kaedah bermain Dadu Berbunyi dapat
membantu murid meningkatkan
kemahiran membatangkan suku kata
terbuka KV+KV.

2. Mengekalkan minat murid dalam


membatangkan suku kata terbuka KV+KV
menggunakan kaedah bermain Dadu
Berbunyi.

3.2 Soalan Kajian


1. Persoalan kajiaan yang ingin dikaji
adalah seperti berikut :
Adakah Kaedah bermain Dadu Berbunyi
dapat meningkatkan kemahiran
membatangkan suku kata terbuka KV+KV ?

2. Adakah Kaedah bermain Dadu Berbunyi


dapat mengekalkan minat murid semasa
membatangkan suku kata terbuka KV+KV.

Subjek kajian

Subjek kajian melibatkan murid-murid Pendidikan


Khas,
Sekolah Kebangsaan Kampung Nyoir,Terengganu.
Subjek kajian ini terdiri tiga orang murid lelaki dan
seorang murid perempuan.Mereka mempunyai
sijil Pendidikan Khas.Semua murid berbangsa
melayu.Mereka berumur dalam lingkungan 9
hingga 12 tahun.

You might also like