You are on page 1of 29

[AA301 TAMADUN ISLAM]

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

[AA301 TAMADUN ISLAM]


PENGHARGAAN

[AA301 TAMADUN ISLAM]


PENDAHULUAN

[AA301 TAMADUN ISLAM]


1. SEJARAH PERJUDIAN

Firman Allah swt. yang maksudnya : Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad)
mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa
manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya .
( QS al-Baqarah ayat 219 )
Perkataan judi , yang dalam al-Quran disebut al-maisir , menurut bahasa barasal dari
perkataan al-yusr , bererti mudah atau senang . Dan pengertiannya mengikut syarak
ialah , sepertimana yang dilukiskan oleh A.Yusuf Ali dalam Tafsir The Holy Quran
ialah memperoleh sesuatu dengan cara mudah atau senang , mengambil keuntungan tanpa
bekerja dengan jalan perjudian ( getting something too easily, getting a profit without
working for it, hence gambling ).

Sejarah Ringkas Judi.

[AA301 TAMADUN ISLAM]

Menurut sejarah , permainan judi itu dilakukan pada zaman dahulu oleh orang-orang
yang masih terkebelakang ( primitive ) , yang belum cerdas fikirannya. Bentuknya
mengandungi karakter bergantung kepada nasib untung-rugi seseorang . Cara yang
dilakukan masih amatprimitive ( kolot ) iaitu : sekelompok orang yang berharta ( hartawan )
membeli beberapa ekor haiwan untuk disembelih . Daging haiwan itu dibahagi-bahagikan
menjadi 28 tompok. Ke 28 tompok itu dibahagi dan diberi nama di atas nama 10 berhala,
dengan menggunakan nombor 1 sampai dengan nombor 10. Kemudian diundi dengan
mencabut nombor . Jika keluar nombor 1 , maka pemegang nombor tersebut mendapat
bahagian 1/28 tompok daging haiwan itu. Yang mendapat nombor 2 mendapat 2/28 tompok
daging, dan demikianlah seterusnya naik setingkat demi setingkat sampai kepada nombor 7 .
Pada nombor 7 sudah habis semua tompokan daging yang 28 tompok itu. Dengan demikian
sesiapa yang menarik nombor 8, 9 dan 10 tidak mendapat bahagian sama sekali, walapun
mereka telah mengeluarkan wang ringgit ( modal ) yang sama untuk membeli haiwan-haiwan
itu .
Cara perjudian primitive dari zaman jahiliyah itulah yang diperkembangkan oleh manusia
(primitive moden) sampai sekarang ini , dipoles dan dipermodenkan dengan cara-cara atau
teknik-teknik canggih , sehingga dikenali dengan berbagai nama dan jenama jackpot ,
casino , toto , big four atau nombor ekor , pin ball dan sebagainya .
Islam mengharamkan semua itu apapun bentuk dan caranya, dengan firman Allah Swt. yang
menyatakan : di dalamnya ada dosa besar meski ada manfaatnya terhadap manusia .
( QS al-Baqarah ayat 219 ).
Manfaatnya hanyalah sekadar kesenangan untuk sementara sifatnya , laksana fatamorgana
yang menipu, cepat lesap dan menghilang , begitupun kenikmatannya sangat sementara .
Namun bahayanya adalah menyeluruh, merosakan mental, jiwa merana, badan sengsara,
harta benda habis dan masyarakat hancur.
Seorang Profesor dari Massachussets Institut of Tecknology di Amerika Syarikat :
Bangsa Amerika sekarang ini manghadapi satu bahaya kehancuran . Kalaulah Negara-negara
yang belum ( dan sedang ) berkembang mencontohinya dengan cara membabi buta kepada
apa yang kami kerjakan, maka mereka pun akan terancam pula oleh bahaya-bahaya yang
kami hadapi sekarang ini .
Yang dimaksudkan oleh Profesor tersebut ialah kehancuran dari dalam (dalaman) , iaitu
kehancuran moral, akhlak dan sebagainya, yang hanya menitik beratkan pembangunan
sekadar membangun gedung-gedung bertingkat, kilang-kilang , modenisasi bandar dan
kampung dan sebagainya.
Meski faktor-faktor penyebab kehancuran yang dimaksudkannya itu bukanlah semata-mata
akibat judi, tetapi disebabkan oleh akibat-akibat buruk yang serba kompleks dan
menyeluruh , namun dalam satu hal adalah akibat kerosakan moral dan akhlak, merupakan
api kecil yang lambat laun akan menjadi besar , dan akhirnya boleh membakar diri
( memusnahkan ) segala yang ada, yang dimilikinya. Wallahu Alam .

[AA301 TAMADUN ISLAM]


DEFINISI PERJUDIAN

Judi secara umumnya boleh ditakrifkan sebagai permainan dengan memakai wang dan lainlain sebagai taruhan. Judi yang kita ketahui sebagai parasit masyarakat yang kini semakin
membarah di dalam masyarakat yang berbilang kaum. Perkara yang dibenci di sisi Allah ini
menjadi kesukaan hamba-hambanya yang terlalu sukakan kehidupan dunia fana ini.
Budaya berjudi sudah semakin diktiraf dalam masyarakat kita. Judi sudah dimaklum secara
darurat dalam agama bahawa ianya haram. Tetapi berapa ramai umat Islam yang terlibat
dengan judi? Baik sama ada judi itu yang HARAM di sisi kerajaan mahupun yang HALAL.
TOTO, MAGNUM 4 DIGIT, PAN SWEEP sudah menjadi perkara biasa di kalangan
masyarakat awam. Ada di antara kanak2 yang disuruh beli nombor ekor oleh ibubapanya.

SIAPA yang tidak kenal GENTING. Itulah antara lokasi yang menjadi kebanggaan kerajaan
dan rakyat Malaysia. Genting merupakan antara 10 syarikat judi terbesar di Asia. Itu tidak
mengambil kira judi kecil-kecilan yang semakin popular di kalangan penonton tv sekarang ini
seperti rancangan Insomnia. Mereka tidak lagi menghormati Institusi agama seperti Jabatan
Mufti. Walaupun perkara itu sudah difatwakan haram baik dari Ulama luar dan dalam
negara, kerajaan masih tetap membenarkan ianya berleluasa.

Bayangkan di Malaysia ini, terdapat 12 buah industri Arak dan judi dan 12 orang Muslim
Melayu yang menjadi Ahli Lembaga Pengarahnya. Lebih parah lagi, rakyat Malaysia diheret
dalam pelaburan secara langsung dalam Syarikat perjudian melalui KWSP, Lembaga Tabung
Angkatan Tenteram Amanah Raya Sdn Bhd, Kementerian Kewangan Malaysia dan Bank
Negara Malaysia.

Jika penyakit-penyakit ini tidak dibendung, akan hancurlah negara. Generasi akan datang
akan terus hidup dalam kemungkaran, dan memimpin negara tanpa landasan Islam yang
sebenar. Tetapi, jika kita mencegah parasit ini dari awal, kita dapat melahirkan insan yang
patuh pada ajaran Allah yang Maha Benar. Generasi akan datang akan mengikut ajaran Allah
dan meninggalkan larangannya. Masyarakat yang harmoni, tinggi sahsiah dan berintegriti
juga akan terbentuk jika kita segera menghalangi perkara-perkara ini.

1.1 Judi dari Sudut Ajaran Islam

Segala jenis bentuk perjudian samada loteri, tikam, mesin slot/jackpot atau seumpamanya
adalah satu kesalahan dan berdosa besar di sisi Islam.

[AA301 TAMADUN ISLAM]

Firman Allah: "Mereka bertanya kepadamu tentang minum khamar(segala macam minuman
yang memabukkan) dan berjudi. Katakanlah: "Kedua macam (perbuatan itu) adalah dosa
besar (dan ada manfaat) bagi manusia, tetapi dosanya jauh lebih besar dari manfaatnya itu".
(Al-Baqarah: 219)

Allah ta'ala telah berfirman yang mafhumnya:


"Wahai orang-orang mukmin. Sesungguhnya arak, judi, berhala, anak panah (judi) adalah
najis (kotor) dari kelakuan syaitan. Jauhilah ia supaya kamu beroleh kemenangan.
Sesungguhnya syaitan bertujuan menjadikan permusuhan dan kebencian di antara kamu
melalui arak dan judi, serta menghalang kamu dari mengingati Allah dan mendirikan solat".
(Al-Maidah, 90-91)

Ayat ini jelas menunjukkan pengharaman 'khamr' (arak) dan segala bentuk 'maysir' (judi).
Al maisir pada hakikatnya adalah segala bentuk permainan yang dimaksudkan untuk
mendapatkan keuntungan material secara mudah. Unsur 'mudah' lebih dominan daripada
perhitungan kerja keras dan kreativiti yang sihat.

Muhammad Ali Ash Shahbuny dalam tafsir Rawaul bayaan tafsir ayatil ahkam. Mengatakan
"Para ulama telah sepakat akan haramnya berbagai macam judi/qimar dan yang termasuk
diharamkan berdasarkan firman Allah dalam surat Al Baqarah; 219 adalah setiap permainan
yang menguntungan satu pihak dan merugikan pihak lain maka termasuk dalam
maisir/qimar/judi yang diharamkan".

Dikutip dari DR Yusuf Qardhawi yang mengatakan "semua permainan yang didalamnya ada
perjudian, maka hukumnya haram. Sedang apa yang dinamakan judi adalah segala permainan
yang mengandung untung atau rugi bagi pelakunya".

Al qimar / judi adalah permainan yang seorang mengambil dari kawan sepermainnya sesuatu
demi sesuatu(berupa material). Al qimar/judi pada masa kini adalah seluruh permainan yang
diisyaratkan padanya adanya suatu pemberian (berupa material) bagi pihak yang menang
yang diambil dari pihak yang kalah.

[AA301 TAMADUN ISLAM]


Menurut badan kerjasama Pondok pesantren Jawa Barat bahwa judi adalah permainan dengan
taruhan dengan segala bentuk dan caranya (tekniknya) yang pelakunya sebahagian beruntung
dan sebahagian rugi adalah termasuk maisir/qimar.

Judi menurut Ibrahim Anis Al-Mu;jam Al-Wasith hal 7589, adalah "setiap permainan
(labun) yang mengandung taruhan dari kedua pihak (muraahanah)."

Menurut Al-Jurani dalam At-Tarif hal. 17910, judi adalah "setiap permainan yang
didalamnya di isyaratkan adanya suatu (berupa material) yang diambil dari pihak yang kalah
kepada pihak yang menang."

Menurut Ali Ash-Shabuni dalam Rawai Al-Bayanfi Ayat Al-Ahkam(I/279), judi adalah
"setiap permainan yang menimbulkan keuntungan (riba) bagi satu pihak dan kerugian
(khasarah) bagi pihak lainnya".

Secara bahasa, judi adalah mempertaruhkan sejumlah uang dalam suatu permainan. Dalam
Fatwa al Azhar dijelaskan, judi dalam bahasa Arab "al maisir" atau "al qimmar". Dikatakan
"al maisir" yang bermakna mudah. Karena dengan berjudi seseorang bisa mengambil harta
orang lain dengan cara yang sangat mudah. Dalam judi, beberapa orang akan bertaruh dengan
hartanya dan melakukan sebuah permainan seperti dadu, tebak angka atau yang lain.
Kemudian yang menang akam mengambil kumpulah harta tersebut.

Beberapa definisi tersebut saling melengkapi, sehingga dari kesemuanya dapat disimpulkan
definisi judi yang secara menyeluruh. Jadi, judi adalah segala permainan yang permainan
yang mengandung unsur taruhan (harta/materi) dimana pihak yang menang / untung
mengambil (merampas) harta material dari pihak yang kalah.

Berdasarkan definisi itu, dalam judi ada 3 (tiga) unsur aktiviti utama :
1) Pertama, adanya taruhan harta yang berasal dari para pihak yang sedang berjudi.
2) Kedua, ada suatu permainan, untuk menentukan pihak yang menang dan yang kalah.
3) Ketiga, pihak yang menang mengambil harta yang menjadi taruhan(murahanah), sedang
pihak yang kalah akan kehilangan hartanya.

[AA301 TAMADUN ISLAM]


1.2 Judi dari Sudut Ajaran Lain

1.2.1 Judi Mengikut Ajaran Buddha

Ajaran lama Buddha Hinayana juga, menggariskan lima larangan kepada penganut Budha
iaitu; "membunuh, mencuri, menipu, berzina, meminum alkohol dan berjudi". Namun ajaran
baru Budha Mahayana telah melonggarkan larangan ini dan ia hanya terpakai kepada yang
mahu menjadi sami atau betul-betul menghayati ajaran Budha. Juga tercatit dalam kitab lama
Budha kisah masyhur 'Ratapan si Penjudi' (Gambler's Lament) yang menjadi pengajaran
berguna apabila seorang penjudi yang kalah wang taruhan menyebabkan dia kehilangan anak
dan isteri.

Walaupun ajaran Budha tidak mengharamkan secara jelas aktiviti judi dan membenarkannya
sekadar permainan rekreasi dan hiburan seperti permainan 'mahjung' atas dasar untung nasib
atau 'ong'. Namun Budha memberi amaran keras bagi yang mempertaruhkan wang dan
mengabaikan tanggungjawab keluarga sehingga hilang wang pertaruhan dan sumber mata
pencarian.

1.2.2 Judi Mengikut Ajaran Kristian

Bagi ajaran Kristian pula tidak ada kejelasan dalam pengharaman judi tetapi ajaran Kristian
memberi amaran bagi yang mencari kekayaan secara cepat dan cintakan wang seperti yang
disebut di dalam Timothy 6:10 " Bagi mereka yang mencintakan wang ia adalah punca bagi
segala kejahatan. Bagi mereka yang terlalu taksub berlumba mendapatkan wang dan
mengabaikan tanggungjawab agama, seolah dia mencucuk dirinya dengan kesedihan di
kemudian hari".

Dalam Hebrew 13:5 pula mengatakan " Bebaskan dirimu dari kecintaan dunia (wang) dan
berpadalah dengan apa yang kamu ada, kerana Tuhan telah mengatakan, ' Aku tidak akan
tinggalkan kamu dan tidak akan membiarkan kamu (sentiasa menolongmu)'. Majoriti gereja
bersepakat menyatakan keburukan judi dan sebahagian membenarkan loteri kebajikan yang
dianjurkan oleh pihak kerajaan dan juga aktiviti judi 'Bingo' sebagai akiviti rekreasi yang
popular di kalangan warga pesara di negara barat.

[AA301 TAMADUN ISLAM]


Namun begitu majoriti gereja menolak penubuhan pusat judi secara besaran seperti kasino
atas dasar 'melampau'. Manakala gereja Prebysterian menolak terus segala bentuk judi
termasuk loteri kerana atas hujah ia mengambil wang dari golongan miskin dan
berpendapatan rendah, yang mengharapkan hadiah lumayan, tetapi hanya 'seorang dalam
sejuta sahaja' yang memenangi hadiah wang yang dijanjikan.

1.2.3 Judi Mengikut Ajaran Yahudi

Manakala bagi penganut agama Yahudi, para Rabbi (pemimpin agama Yahudi) menetapkan
aktiviti judi dibenarkan semasa perayaan Hannukah sahaja sebagai satu bentuk hiburan di
musim perayaan.

Usaha kerajaan UK suatu ketika dahulu untuk menubuhkan kasino secara besaran atas alasan
untuk menarik pelancong dan menambah pendapat negara mendapat kecaman dari rakyat.
Sekiranya pungutan suara dilakukan di kalangan awam, juga ketua-ketua semua agama di
Malaysia selain Islam, nescaya mereka akan bersetuju tentang kemudaratan judi dan arak
kepada masyarakat, melebihi kebaikan.

1.2.4 Judi Mengikut Amerika Syarikat dan Negara-negara Dunia

Di Amerika Syarikat pula, walaupun di peringat Federal (Pusat) membenarkan aktiviti judi,
namun setiap negeri mempunyai kuasa untuk mengharamkannya. Nevada membenarkan
lesen judi pada tahun 1931 dan menjadi sumber ekonomi utama negeri, diikuti Atlantic City
dan New Jersey pada tahun 1976 dan Mississipi pada tahun 1990. Kebanyakan negeri lain di
Amerika Syarikat masih tidak membenarkan lesen judi atas sebab kesan moral dan sosial
kecuali loteri kebajikan dan permainan Bingo oleh pertubuhan bukan kerajaan untuk tujuan
kebajikan.

Judi secara logiknya adalah permainan orang yang mempunyai lebihan wang dan tidak terasa
apabila mereka kalah judi. Oleh kerana itulah pusat perjudian yang terkenal di Eropah,
Monaco, rata-rata penghuninya adalah hartawan dan selebriti.

Dalam sesetengah negara berlumba membina pusat-pusat perjudian dengan anggapan ia dapat
meningkatkan hasil pendapatan negara, lain pula halnya sebuah negeri kepulauan kecil di

10

[AA301 TAMADUN ISLAM]


Pasifik, Vanuatu, yang berpenduduk hampir 300,000 orang dan majoriti beragama Kristian.
Kerajaan Vanuatu telah meluluskan akta pengharaman judi di negara mereka sejak tahun
2006 dan ia tidak mendapat sebarang bantahan dari rakyat malah dialu-alukan.

1.3 Judi dari Kamus Dewan

1.3.1 Judi

Permainan dengan memakai wang dll sbg taruhan (main ceki, main dadu, dll); ~ karan sj
permainan judi yg memakai kuasa elektrik (nombor ditunjukkan oleh bola yg mengenai
keping-keping besi); ~ tikam ekor taruhan yg ditikam pd tiga (atau empat) angka terakhir
drpd nombor loteri lumba kuda; ~ wawei sj permainan judi dgn menikam pd salah satu drpd
tiga puluh enam jenis gambar binatang; main ~ = berjudi; berjudi bermain dgn memakai
wang dll sbg taruhan: hampir tiap-tiap malam dia pergi ke kelab itu utk ~; menjudikan,
memperjudikan 1. menggunakan wang dll sbg taruhan dlm permainan judi,
mempertaruhkan: duit yg aku beri itu habis dijudikannya; 2. meletakkan dlm keadaan yg
boleh menimbulkan bahaya atau mudarat, mempertaruhkan: ada golongan rakyat yg
memperjudikan hidup mereka dan kewarganegaraan mereka dgn memper-juangkan ciri
hidup asing dr luar; ~ nyawa; perjudian 1. hal atau perbuatan berjudi; 2. tempat berjudi;
penjudian hal atau perbuatan menjudikan; penjudi orang yg suka main judi.

1.3.2 Tikam Ekor

Permainan judi meneka nombor-nombor terakhir dlm sesuatu keputusan loteri dsb. menikam
memasang wang dalam permainan judi (membeli tiket loteri dll). tikaman wang dll yg
dipasang dlm permainan judi.

1.3.3 Judi Wawei

Permainan judi dengan menikam pada salah satu drpd tiga puluh enam jenis gambar binatang.

1.3.4 Judi Karen

11

[AA301 TAMADUN ISLAM]

Permainan judi yang memakai kuasa elektrik (nombor ditunjukkan oleh bola yg mengenai
keping-keping besi).

1.4 Judi Bola

Negara telah dihangatkan dengan kelulusan pihak kerajaan meluluskan lesen kepada Berjaya
Corporation untuk menguruskan pertaruhan sempena Piala Dunia 2010 yang menjelang tiba.
Tentangan bukan sahaja datang dari pihak parti pembangkang dan orang Islam, bahkan dari
pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat bukan Islam.

Saranan dari bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, juga Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar keputusan kerajaan tersebut dikaji semula amatlah
dialu-alukan dan harus diteliti oleh pihak kerajaan.

Ia bukan sahaja dapat mereda suasana dan desakan majoriti masyarakat, bahkan bersesuaian
dengan identiti Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh di kalangan Negara-negara
Islam terutama dalam negara menonjolkan diri sebagai Pusat Kewangan Islam Antarabangsa
dan juga Pusat Halal Dunia.

Walaupun lesen judi hanya dibenarkan untuk pelanggan di kalangan bukan Islam termasuk
pekerja dan premis, namun judi bukan sahaja mendapat tentangan daripada masyarakat Islam
tetapi bukan Islam sendiri. Jika ditelusuri judi di kalangan agama dunia, majoriti merujuk
tentang keburukan judi kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Islam sebagai agama
rasmi negara, secara jelas menyatakan haramnya judi.

Semoga acara sukan dan sebagainya tidak dicemari dengan aktiviti yang tidak sihat seperti
judi. Ia bukan sahaja menggalakkan mereka yang meminati sukan tersebut berminat untuk
berjudi sama, malah menambah masalah judi yang sedia ada di negara kita.

12

[AA301 TAMADUN ISLAM]


2. DALIL BERKAITAN BUDAYA JUDI

13

[AA301 TAMADUN ISLAM]

3. MATLAMAT BAGI SEORANG PENJUDI

14

[AA301 TAMADUN ISLAM]

4. STATISTIK PERJUDIAN

15

[AA301 TAMADUN ISLAM]

5. PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA BUDAYA JUDI

16

[AA301 TAMADUN ISLAM]


BUDAYA JUDI PUNCA KEHANCURAN KEHIDUPAN MANUSIA
(a) kemusnahan hidup akibat berjudi
Islam sesuai dengan namanya yang antara lain bermaksud selamat, sejahtera, aman dan patuh
telah meletakkan panduan kepada umatnya dalam melayari kehidupan di muka bumi ini.
Antara yang dilarang keras oleh Islam adalah judi. Ini ditegaskan menerusi firman Allah yang
bermaksud: Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib
adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu
agar kamu mendapat kejayaan.(al-Maidah: 90).
Malah, masyarakat yang sempurna akalnya dan bertamadun pasti akan menolak perbuatan
berjudi. Sebabnya, ia membawa banyak kerosakan dan keburukan berbanding kebaikan. Itu
adalah antara faktor Islam mengharamkannya. Allah sudah maklum bahawa manusia ini tidak
akan mampu mengawal nafsu dan kewarasan apabila terlibat dengan judi. Dalam fiqh kaedah
ini disebut sadd zara'ie (mencegah keburukan sebelum ia berlaku). Atas sebab itu, masyarakat
perlu menolak sebarang bentuk perjudian waima apa pun namanya. Termasuklah dalam
sukan iaitu judi bola sepak sempena Piala Dunia 2010 yang sedang berlangsung.
Judi itu jelas diharamkan oleh Islam. Justeru, tiada kompromi dalam hal yang qatie (pasti) ini.
Allah berfirman yang bermaksud: Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi.
Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi
manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya... (al-Baqarah: 219)
Bagaimanapun, dalam bab judi, pengharamannya disebutkan dengan jelas dalam al-Quran
dan juga hadis Nabi SAW. Sebab itu, negara tidak boleh liberalisasikan judi walaupun atas
dasar untuk menjaga Ini janji Allah sebagai mana firman-Nya yang bermaksud: ...dan sesiapa
yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari
segala perkara yang menyusahkannya). Dan memberi rezeki dari jalan yang tidak terlintas di
hatinya. Dan sesiapa berserah diri kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya.
Sesungguhnya Allah melakukan perkara yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah
menentukan tiap-tiap sesuatu. (at-Talaq: 2 dan 3)
Judi adalah sesuatu penyebab banyak nilai yang tidak baik hingga masyarakat kelak berasa
lali (immune) melakukannya.
Firman Allah yang bermaksud: Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu,
beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan)
Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul
kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah
usahakan. (al-A'raaf: 96)

17

[AA301 TAMADUN ISLAM]

(b) Judi budaya menjahanamkan ummah


Judi adalah perbuatan yang dipandang hina dan keji oIeh agama Islam. Judi adalah dosa besar
yang diharamkan oIeh Allah kerana ia merupakan perbuatan syaitan yang menyesatkan dan
amat terkutuk. Kita merasa hairan ada pihak yang menyatakan tidak terdapat ayat Al-Quran
yang melarang keras perbuatan berjudi, maka dengarlah Firman Allah Subhanahu Wata'ala
ini: Surah Al-Maidah ayat 90:
Bermaksud: "Wahai orang yang beriman!, bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan
berhala dan bertenung nasib dengan anak panah, adalah perkara keji yang termasuk
perbuatan syaitan. OIeh itu hendaklah kamu menjauhinya agar kamu berjaya".
Ayat ini jelas menerangkan kepada kita bahawa judi adalah perkara keji yang mengundang
dosa kepada Allah sama seperti perbuatan-perbuatan lain yang dinyatakan dalam ayat ini
seperti arak, pemujaan berhala dan mengundi nasib.
Kekecewaan kalah judi berkemungkinan akan membawa kepada ketagihan arak pula.
Ia tidak berhenti di situ sahaja, malah dengan sebab buta hati dan lemah iman ada di antara
kaki judi sanggup memuja kubur, busut dan pokok-pokok besar untuk mendapatkan nombornombor ekor walaupun menyedari semua itu adalah permainan syaitan. Terdapat juga di
kalangan penagih judi sanggup bertemu tukang-tukang tilik bagi mengadu nasib dan
membuat ramalan tentang nasib mereka. Inilah kehinaan yang nyata, yang selalu berlaku
kepada kaki-kaki judi.
Selain daripada keburukan berjudi seperti yang dinyatakan tadi, judi juga boleh
mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat. Ini kerana judi boleh menimbulkan
penipuan, ketidak-adilan, kezaliman, penindasan, kebencian, permusuhan dan kekecewaan.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Maidah ayat 91:
Maksudnya: "Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan
permusuhan dan kebencian antara kamu lantaran arak dan judi itu, serta mahu memalingkan
kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan solat. OIeh itu, berhentilah
(daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu)".
Sesungguhnya sudah jelas larangan berjudi sebagaimana diterangkan dalam ayat-ayat Allah
Subhanahu Wata'ala namun masih terdapat umat Islam yang menidakkan larangan tersebut
kerana keangkuhannya. Mereka menjadikan judi sebagai simbol kemegahan dan keangkuhan
mereka, dengan memperkenalkan pelbagai jenama seperti judi bola, lumba kuda dan lainlain. OIeh itu, tidak hairanlah jika Pusat-pusat Perjudian terletak di kawasan yang berprestij
tinggi serta sering diwarnai dengan pelbagai keindahan dan janji hiburan yang
menyenangkan. Malah jika dilihat pada kasino-kasino yang ada pada hari ini, kebanyakannya
mempunyai protokol-protokol tertentu untuk memasukinya agar ia dilihat eksklusif dan
nampak hebat di kalangan orang ramai. Tetapi ingatlah, walaupun apa alasan dan betapa
hebatnya tempat-tempat tersebut ia sedikit pun tidak akan mengubah kemurkaan Allah

18

[AA301 TAMADUN ISLAM]


terhadap perbuatan maksiat judi ini. Yang pasti keangkuhan manusia hanya membawa rebah
khususnya ketika berhadapan dengan Allah di hari qiamat kelak.
Judi sering meninggalkan kesan dan janji-janji palsu yang menyebabkan renggangnya
hubungan suami isteri seterusnya menjadi penyebab runtuhnya Institusi Keluarga. Judi juga
akan menyebabkan pengabaian tanggungjawab kepada keluarga. Judi juga akan
menyemarakkan sifat benci dan bermusuh antara manusia. Suami menjadi beban kepada
isteri. Isteri pula menderita kerana hobi suami yang kaki judi. Anak hilang hormat pada bapa
mereka. Akhirnya anak-anak menjadi mangsa dan memendam rasa. Kesannya keluarga
menjadi porak-peranda. Lebih malang lagi apabila kalah judi anak dan isteri digadai bagi
menebus hutang judi. Seterusnya masyarakat menjadi lemah dan tidak tentu arah masa
depannya. Bukan itu sahaja, Pusat-pusat Judi seperti inilah menjadi punca berlaku masalah
sosial dan akhlak. Malah, ia turut menjadi sarang-sarang maksiat lain seperti pelacuran yang
padahnya sepanjang zaman bakal mengundang mala-petaka yang datang tanpa ada petanda.
Berpuluh-puluh umat silam yang degil dan ingkar kepada Allah telah dimusnahkan
oIeh Allah Subhanahu Wata'ala sebagaimana Firman-Nya dalam Surah Az-Zariat ayat 44:
Bermaksud: "Maka mereka bersikap angkuh terhadap perintah Tuhan mereka, lalu mereka
disambar petir (tanpa dapat melarikan diri), dalam keadaan mereka melihatnya".
Bani Israel telah dilaknat dan disumpah menjadi beruk kerana degil dan ingkar. Allah
Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Al-Quran dalam surah Al-A'raf ayat 166:
Maksudnya: "Maka setelah mereka bersikap sombong (tidak mengambil endah) berkenaan
apa yang telah dilarang daripadanya (mereka terus melakukannya), Kami katakan kepada
mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".
Sebagai umat Islam, kita perlulah bersama-sama mencegah kemungkaran dan
membasmi kegiatan judi ini agar ia tidak menjadi penyakit yang memporak-perandakan umat
Islam. Mengikut Enakmen 9, Jenayah Syar'iah negeri Selangor tahun 1995 seksyen 17 (1)
menyatakan bahawa berjudi adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila dithabitkan boleh
didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua
tahun atau kedua-duanya.

19

[AA301 TAMADUN ISLAM]


(c) Judi Tidak Membawa Kebaikan Kepada Rakyat dan Negara
Negara yang baik, selamat dan bertamadun ialah sebuah negara yang mempunyai modal
insan yang berkualiti sebagai sumber manusia yang akan menjana pertumbuhan ekonomi
cerdas serta berkat dan membina iklim sosial yang aman serta tenteram malah sumber
manusia berkualiti ini akan membina kestabilan politik serta pentadbiran negara.
Namun judi akan merosakkan segalanya. Bukan sahaja ia diharamkan oleh Islam malah ia
turut ditolak oleh semua agama justeru judi adalah antara kemungkaran tertua di dunia yang
menjadi penghalang utama di sepanjang zaman untuk melahirkan generasi yang sihat minda
dan cerdas aqal lalu berkeupayaan tinggi untuk mandiri sekaligus menjadi agent utama
membangunkan negara.
Judi hanya mengheret pelakunya bergantung pada nasib tanpa rasional dan membunuh nilai
usaha ikhtiar yang sepatutnya membangunkan semangat berdikari dalam diri
manusia.Akhirnya mereka hanya mempertaruhkan wang ringgit dengan membina istana
impian tanpa gigih berusaha. Tambah malang, impian itu tidak pernah kesampaian sehingga
ia mati dalam angan - angan yang tidak tergapai dek tangan.
Sukar untuk mencari penagih judi yang kaya kecuali segelintir yang sangat terpencil. Kerana
mungkin mereka menang besar pada pertaruhan pertama namun ia boleh kalah pula pada
pertaruhan kedua lantaran itulah resmi sebuah perjudian. Begitulah judi mempermainkan
penagih judi. Kebanyakan yang menimbun kekayaan ialah taukeh judi yang mengambil
kesempatan diatas kelekaan penagih judi ini.
Para penagih judi yang kehabisan wang tidak akan berhenti diam begitu sahaja. Sama seperti
penagih dadah yang sukar menghentikan ketagihannya lalu terpaksa mencari wang dengan
meragut, mencuri, merompak malah membunuh jika hasratnya terhalang. Ekoran jenayah
tersebut, hasil pula dendam, kebencian, permusuhan sesama manusia malah keruntuhan
rumahtangga.
Benarlah apa yang difirmankan oleh Allah sw : [ dari surah al Maaidah ayat : 90 ]
Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan
berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor
(keji) terdiri dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu
berjaya.
Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan
kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu
daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. oleh itu, mahukah kamu
berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih
berdegil)?

20

[AA301 TAMADUN ISLAM]


Dan Taatlah kamu kepada Allah serta Taatlah kepada Rasul Allah, dan awaslah (janganlah
sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). oleh itu, jika kamu berpaling (enggan
menurut apa Yang diperintahkan itu), maka ketahuilah, Bahawa Sesungguhnya kewajipan
Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) Dengan jelas nyata.
Berapa banyak kes jenayah yang bertelur dari pusat perjudian. Perkara ini tidak boleh
dinafikan dan jangan sesiapa yang cuba untuk menafikan. Jerih ahli politik, akademik dan
aktivis sosial berseminar mencari formula mengatasi peningkatan indek jenayah sedang pusat
penetasan jenayah ini [ industri perjudian ] tidak dipandang serius dan berusaha untuk
membenterasnya.
Alhamdulillah, Kelantan sejak 20 tahun yang lalu secara rasminya menerusi kuasa
pentadbiran yang dimiliki telah menyekat industri judi daripada berleluasa di negeri itu.
Menyedari berlakunya penyusutan dana kewangan negeri ekoran tindakan itu, namun yakin
betapa judi membawa kerosakan jangka pendek dan jangka panjang kepada rakyat malah
negeri, Kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin oleh YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Hj.
Nik Abdul Aziz Nik Mat nekad mengambil langkah menghalang dan menyekat judi di
Kelantan.
Sehingga kini,[ setelah 20 tahun ] Kelantan masih mampu bertahan walaupun tanpa judi.
Bahkan jenayah serta kesan sosial yang berpunca dari judi dapat dikurangkan. Bermula dari
sini, saya mencadangkan agar judi ini dihapuskan di seluruh negara. Berikan komitmen ke
arah itu. Usaha terancang mesti dilakukan biarpun langkah beransur - ansur tetapi tidak
menyuburkan judi di negara ini. Penyusutan perbendaharaan hasil negara kelak ekoran
penghapusan judi boleh ditangani melalui usaha jimat cermat, elak pembaziran, , elak projek
mega yang tidak bermanafaatelak penyelewengan, rasuah dan lainnya.

21

[AA301 TAMADUN ISLAM]

(d) Kesan perjudian terhadap kehidupan sosial


Judi merupakan salah satu perbuatan yang meletakkan untung dan rugi pada nasib dan bukan
dengan usaha dan tenaga. Maka judi hukumnya adalah haram di sisi Allah. Umat Islam tidak
boleh terlibat dengan judi dalam apa jua bentuknya seperti mengadakan pertaruhan dalam apa
jenis permainan dan sebagainya.
Setiap sesuatu ada kebaikan dan keburukannya. Ada yang menyangka bahawa industri
perjudian ada kebaikannya. Kerana ia akan melahirkan banyak pekerjaan. Ia akan menaikkan
ekonomi sesebuah negara. Industri perjudian ini juga boleh membantu dan menyumbang
kepada pertubuhan-pertubuhan amal dan sosial. Ini tidak dinafikan bahawa perkara ini
berlaku pada ketika ini. Setiap sesuatu ada kebaikan dan keburukannya. Tetapi dalam perkara
yang bersangkut-paut dengan arak dan judi, keburukannya adalah lebih banyak dari
kebaikannya. Dan ini telah ditegaskan oleh Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 219
yang berbunyi:
Ertinya: Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya
terdapat dosa yang besar, dan beberapa manfaat bagi manusia. Tetapi dosa keduanya lebih
besar dari manfaatnya.
Perjudian membawa banyak keburukan dan mudarat pada diri dan masyarakat. Keburukan
yang boleh berlaku atas diri seseorang yang berjudi adalah suatu ketagihan. Ketagihan di sini
bukanlah disebabkan kesan fizikal pada tubuh badan. Akan tetapi ketagihan yang disebabkan
oleh kesan mental pada diri individu tersebut. Apabila seseorang itu mula berjudi, dia akan
terdorong untuk mendapatkan keuntungan atau hanya untuk mendapatkan keseronokan
apabila menaruh nasib. Dorongan ini akan berterusan dan susah untuk dihentikan
sehinggakan membawa kepada kesan ketagihan. Apabila seseorang itu ketagih pada sesuatu
perkara, dia akan melakukan apa sahaja untuk memuaskan ketagihannya itu.
Demikianlah bagaimana syaitan memainkan peranan memancing mereka yang asyik berjudi
untuk terus tenggelam dalam kancah perjudian yang gelap dan sempit. Ianya amat sukar
untuk mencari jalan keluar. Kegelapan ini merupakan kegelapan yang tidak sampai cahaya
keimanan ke lubuk hatinya. Kancah perjudian ini adalah amat sempit. Orang yang terjerumus
ke dalamnya akan merasakan kesempitan dalam dirinya. Dunia yang luas dirasakan sempit.
Dihimpit oleh masalah kewangan yang sentiasa membelenggunya. Dihimpit dengan keadaan
hutang keliling pinggang yang dia tidak mampu untuk membayarnya. Namun begitu, dengan
ketagihan yang mendalam mereka akan terus berjudi untuk mencari kepuasan. Mereka
sanggup untuk menambah hutang dengan hanya berbekalkan harapan yang sangat tipis
bahawa dia akan menang besar. Kemenangan yang akan menyelamatkannya dari lubang
perjudian tersebut. Akhirnya, kehidupan dan institusi keluarganya akan mula menghadapi
kehancuran. Kehancuran dan kerugian di dunia dan akhirat sekiranya ia tidak juga sedar akan
keterlanjuran yang telah dilakukannya.

22

[AA301 TAMADUN ISLAM]

Orang yang berjudi bukan sahaja membawa bencana pada dirinya. Tetapi dia juga membawa
bencana kepada masyarakat di sekelilingnya. Dalam firman Allah SWT yang melarang kita
dari berjudi, Allah SWT telah mengingatkan kita bahawa perjudian membawa permusuhan
antara manusia, dan juga menghalang kita dari mengingati Allah SWT. Firman Allah ini
termaktub dalam Surah Al-Maidah ayat 91:
Ertinya: Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan
kebencian di antara kamu lantaran (meminum) arak dan berjudi, dan menghalangi kamu dari
mengingat Allah dan mengerjakan solat; maka tidakkah kamu ingin berhenti (dari berjudi dan
meminum arak)?
Permusuhan yang akan terhasil dari aktiviti perjudian adalah antara orang-orang yang berjudi
itu dan antara mereka dengan keluarga mereka. Orang yang berjudi yang sudah termasuk
dalam perangkap syaitan tidak akan dapat memikirkan apa-apa lagi kecuali meja judi dan
keinginan untuk terus bermain dengan harapan yang hampir mustahil untuk menang besar.
Dengan demikian, dia akan melupakan tanggungjawabnya kepada keluarga, masyarakat dan
agama. Sebagai contoh, seseorang yang telah tenggelam dengan perjudian dan dikelilingi
dengan hutang piutang pastinya dia tidak akan memperdulikan lagi hal ehwal keluarganya.
Dia hanya akan memikirkan dirinya bagaimana untuk melunaskan hutang piutangnya.
Permasalahan ini sudah pasti akan melibatkan isteri dan juga anak-anak dalam masalah yang
dicarinya sendiri. Apabila seorang suami sudah tidak lagi memperdulikan keadaan isterinya
dan anak-anak, keluarganya akan menjadi kucar-kacir. Suami isteri akan selalu bertengkar
dan bermusuhan. Anak-anak akan jadi mangsa penceraian dan mula berjinak-jinak dengan
perkara-perkara yang membawa kerosakan dan kemungkaran. Jika ini berlaku dalam keluarga
Islam, kita boleh lihat apa akan terjadi pada masyarakat Islam pada masa akan datang.
Sudah terlalu banyak masalah yang dihadapi oleh masyarakat ketika ini. Kita juga tidak boleh
melarikan diri dari realiti dan cabaran masa kini. Tetapi kita tidak boleh berdiam diri dan
membiarkan sahaja masyarakat kita hanyut mengikut arus yang melalaikan. Kita perlu
memperkuatkan ketakwaan kita kepada Allah. Kita perlu memperkukuhkan prinsip kita
sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Kita sudah tahu akan bahaya judi dan keburukan yang
akan menimpa kita. Maka marilah kita berazam untuk tidak mendekati najis judi ini, selagi
mana hayat dikandung badan. Marilah kita berazam untuk tidak bersubahat dengan segala
perkara yang melibatkan perjudian atau menyokong syarikat yang menjalankan perniagaan
perjudian.

23

[AA301 TAMADUN ISLAM]

(e) Kesan buruk akibat berjudi dalam masyarakat.


Penjudi akan selalu dibebani dengan hutang, hidup tidak tenang, banyak masa terbuang serta
mengabaikan keluarga, dan juga bersikap tamak. Aktiviti judi yang sedia ada di negara kita
terutama di kalangan yang berpendapatan rendah telah menyebabkan kebobrokan rumah
tangga dan ramai terperangkap dengan hutang dengan meminjam melalui 'Ah Long' dan ceti
haram.
Ianya boleh menjadi punca perpecahan di kalangan masyarakat. Sekiranya tidak dibendung,
parasit ini akan terus membiak dan menjadi barah kepada generasi akan datang dan negara
akan mempunyai sahsiah yang sangat buruk. Jika diamalkan, ia akan memberi kesan buruk
terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan seterusnya kepada negara. Perkara haram
inilah yang menjadi punca penyakit dan perosak fikiran dan akhlak umat Islam masa kini. Ia
juga meruntuhkan moral dan integriti sesebuah masyrakat. Judi juga boleh menyebabkan
rasuah.
Dan rasuah juga memberi kesan yang sangat besar kepada masyarakat. Perasuah adalah
mereka yang tidak berintegriti. System pemerintahan akan menjadi lemah kerana setiap kali
berlakunya rasuah, pemerintah mungkin akan menggunakan wang hasil cukai rakyat dan
manfaatnya akan digunakan untuk kepentingan para perasuah. Seterusnya menyebabkan
pentadbiran sesebuah negeri dan negara akan menjadi kucar kacir dan menimbulkan masalah
lain seperti masalah ekonomi, pengabaian terhadap masyarakat jika amalan rasuah terus
berleluasa di perikat pimpinan negara. Begitulah kesan-kesan arak, judi dan rasuah terhadap
masyarakat.
Bagi yang menang akan mengundang kebencian, kedua bagi yang kalah akan tertekan kerana
kehilangan wang, ketiga tidak ada perkataan yang boleh digunakan untuk pembelaannya di
mahkamah, keempat dia akan dijauhi oleh rakan dan keluarga, kelima dia akan susah untuk
menemui jodoh kerana tiada yang mahu bersuamikan si penjudi dan keenam mencari
kekayaan atas pertaruhan menyebabkan kesengsaraan kepada orang lain (yang kalah)'

(f)

24

[AA301 TAMADUN ISLAM]


6.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH JUDI


(a)

25

[AA301 TAMADUN ISLAM]

7. BUKTI, KISAH BENAR

26

[AA301 TAMADUN ISLAM]

8.

ULASAN

27

[AA301 TAMADUN ISLAM]

PENUTUP/KESIMPULAN

28

[AA301 TAMADUN ISLAM]

RUJUKAN

29

You might also like