You are on page 1of 4

Permainan Masyarakat Melanau

a) PISA TIBOW
Pisa' Tibow ialah sejenis permainan tradisi masyarakat Melanau yang sangat popular.
Permainan ini dilangsungkan oleh masyarakat kampung sebagai simbol perpaduan dan
bersuka ria di samping menyambut ketibaan musim buah. Ia juga merupakan pemainan yang
digemari ramai di mana waktu inilah anak-anak muda akan berkaul, iaitu pesta untuk mencari
jodoh.
Ia diadakan pada musim buah, iaitu lazimnya pada awal tahun. Permainan ini dimainkan
bermula pada waktu petang hingga kadang-kadang sehingga larut malam. Pada zaman dahulu,
penduduk akan bermain pada waktu bulan mengambang, kerana pada waktu inilah suasana di
sekitar tapak permainan tampak terang.

b) ASAS PERMAINAN
Tibow lazimnya dimainkan di kawasan tanah lapang, belakang atau hujung kampung. Biasanya,
tapak untuk permainan tersebut haruslah lembut dan tidak mempunyai batu-batu kerikil yang
keras. Bahkan di sesetengah tempat, diletakkan pasir untuk mengelakkan para pemain yang
jatuh hayunan daripada mendapat sebarang kecederaan parah.
Tibow ini didirikan dengan dua tiang kayu yang panjang masing-masingnya melebihi 30
kaki sebagai tiang tibow ini, selain beberapa batang kayu sederhana sebagai tangga rak. Rotan
sega dan daun muda pula digunakan untuk membentuk penghayun manakala set canang dan
gendang melela pula dipalu bagi memeriahkan dan menambahkan gempar suasana.
Sepanjang pembinaan tiang Tibow, suatu pantun akan dinyayikan bersama-sama, Kat
Kerakat, Kerurieng udat, Tibow idei pada mekat. Pantun ini bertujuan untuk meminta
pertolongan daripada IpoTibow, iaitu dewa yang mempunyai kuasa dalam permainan Tibow
supaya memudahkan tugas-tugas mendirikan tiang itu dan semoga permainan ini dapat
dilaksanakan dengan sempurna dan diberkati dewa.

c) CARA PERMAINAN

Terdapat dua pasukan yang akan bertanding. Setiap pasukan boleh terdiri dari
sekurang-kurangnya 10 orang peserta. Seterusnya, mereka dikehendaki memanjat tiang kayu
yang disediakan (setiap kumpulan satu tiang). Pada permulaan permainan, hanya beberapa
orang pemain yang dibenarkan memanjat tiang tersebut supaya mereka dapat menaikkan diri
dengan lebih tinggi dan seterusnya memberikan ruang dan jarak bagi ahli kumpulan yang lain
melakukan pendakian.
Jika sekiranya terdapat lebihan peserta mahupun ahli kumpulan yang sedang
menunggu giliran untuk bermain, mereka boleh duduk di atas para yang disediakan. Dari situ,
mereka boleh melihat dengan jelas pergerakan ahli kumpulan mereka, di samping untuk
memberikan sokongan.
d) PERATURAN PERMAINAN
Terdapat beberapa pantang larang dan tradisi yang perlu diikuti untuk membolehkan si
pemain bermain dengan selamat. Bahkan untuk mendirikan peralatannyapun harus dengan
tertib dan istiadatnya sendiri. Ini termasuklah dengan menyediakan bubur kacang dan
penglibatan tenaga yang banyak.

Permainan Masyarakat Bidayuh

Bidayuh adalah dikenali sebagai kaum Dayak Darat. Masyarakat Bidayuh merupakan
masyarakat etnik Sarawak yang kebanyakannya mendiami kawasan bukit di luar bandar
Kuching. Di samping itu juga, terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bidayuh
dan masing-masing mengamalkan pegangan serta adat resam yang tersendiri. Kebudayaan
dan adat resam ini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur ritual dan kepercayaan yang mereka
anuti. Berikut adalah permainan masyarakat bidayuh. Antaranya adalah Tibow, Mintubau dan
Mikurub.

Mintubau (Gasing)
Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil
mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu dan
juga kaum bidayuh sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan
gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing
mampu berputar.
Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang.
Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing. Tali gasing dibuat
daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali
gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Biasanya 1 meter panjang.
Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.

Mikurub (Sabung ayam)

Sabung ayam atau laga ayam adalah merujuk pada satu sukan berdarah di mana dua
ekor ayam jantan akan diadu di dalam satu arena yang dipanggil bon. Sabung ayam kini
merupakan aktiviti yang diharamkan di kebanyakan negeri di Amerika Syarikat, Brazil, Australia
dan kebanyakan negara-negara Eropah.
Ayam yang digunakan bagi acara ini dikenali sebagai ayam sabung merupakan sejenis
baka yang dibiak dan dipilih khas bagi ciri-ciri stamina dan kekuatannya. Ayam sabung akan
diberi penjagaan rapi sehingga hampir berumur dua tahun. Keadaannya bagai seorang atlit
profesional diadukan. Di kebanyakan bahagian lain di dunia, sabung ayam masih dibenarkan
dengan kawalan kerajaan.
Sabung ayam dianggap sebagai sukan berdarah oleh aktivis hak-hak dan kebajikan
haiwan dan pihak-pihak lain, di sebababkan kekejaman yang dilakukan serta trauma dan
kecederaan fizikal yang dialami oleh ayam-ayam ini. Ini adalah salah satu permainan yang
lazimnya dimainkan oleh masyarakat bidayuh.

You might also like