You are on page 1of 2

Ampai-ampai dan Puteri Raja Laut

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan salam sejahtera. Nama saya, Nur


Fariah Haziqah binti Aznal Hafizi dari Sekolah Kebangsaan Taman Skudai Baru 2.
Terima kasih kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga
masa yang tidak pernah alpa dengan tugasnya, guru-guru yang dikasihi serta rakanrakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Ampai-ampai
Dan Puteri Raja Laut.
Pada zaman dahulu, ada seorang hamba Raja Laut yang sangat setia kepada
rajanya. Namanya Ampai-ampai. Ampai-ampai telah ditugaskan oleh raja untuk
menjaga puteri baginda yang sangat cantik.
Pada suatu hari, puteri itu pergi bermain-main di tepi pantai bersama beberapa
orang dayang. Pada ketika itu sebuah kapal besar yang dimiliki oleh seorang putera
raja yang kacak telah berlabuh di tepi pantai itu. Putera raja terpesona melihat
kecantikan puteri Raja Laut. Wah, kacak sungguh ya putera raja itu dayang-dayang!,
kata puteri Raja Laut kepada dayang-dayangnya. Puteri Raja Laut pun demikian juga
apabila terlihat putera raja yang gagah perkasa dan kacak itu.
Putera raja telah memujuk puteri Raja Laut supaya menaiki kapalnya yang sedang
berlabuh itu. Setelah memberi isyarat kepada dayang-dayangnya, puteri itu pun naik ke
kapal putera raja. Putera raja mengerahkan kelasi-kelasinya supaya menaikkan
layar dan segera belayar meninggalkan pantai itu.
Pada waktu itu, Ampai-ampai baru tersedar. Dia berlari menuju ke pantai tetapi
kapal itu sudah pun meninggalkan pantai. Pada ketika itu, ampai-ampai berasa amat
kecewa kerana tidak menjaga puteri Raja Laut dengan baik. Ampai-ampai mengeluh
sambil berkata, apakah yang harus aku khabarkan kepada tuanku mengenai
pemergian puteri Raja Laut bersama putera raja itu. Ampai-ampai pun pulang ke istana
lalu menceritakan kejadian itu kepada Raja Laut.

Raja Laut sangat murka. Baginda mengambil sebatang kayu lalu memukul tubuh
Ampai-ampai sehingga remuk dan hancur tulangnya. Engkau jangan naik ke darat
sebelum puteri beta pulang kepada beta, titah baginda. Setelah itu Raja Laut
menbuangkan Ampai-ampai ke tepi laut.
Ampai-ampai dilanda ombak ke sana sini dan akhirnya tersangkut pada rantingranting kayu di tepi pantai. Itulah sebabnya Ampai-ampai tidak bertulang hingga
sekarang ini dan sepanjang masa tersidai pada ranting-ranting kayu di gigi air.
Kononnya, dia akan menunggu di tempat begitu sehingga Puteri Raja Laut itu lalu di
situ dan pulang kepada ayahandanya. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita
saya pada kali ini.
Ingatlah, wahai kawan-kawan. Kita mesti melaksanakan tanggungjawab dengan
baik dan janganlah kita menghukum binatang kerana amalan itu tidak baik. Selain itu,
kita perlu lebih berwaspada terhadap orang yang tidak dikenali.
Sekian, terima kasih.

You might also like