You are on page 1of 21

Nama : Chia Yit Hoong

Tingkatan : 2 Aman

Nama Guru : Pn. Zulfalilah


Isi Kandungan

Muka Surat Perkara


1 Kulit hadapan
2 Isi kandungan
3 Pengenalan
4 Sinopsis
5 Tema&Persoalan
6 Soalan
7-8 Watak&Perwatakan
9 Soalan
10 Plot
11 Teknik Plot
12 Soalan
13 Latar
14 Soalan
15 Gaya Bahasa
16 Nilai
17 Soalan
18 Pengajaran
19 Soalan
20 Rujukan
Sinopsis

Deli, Akub, Lamin, Pak Itam, Pak Wan, Mamat, Pandak Endut,, dan Seputum
ialah pengikut Datuk Maharaja Lela. Mereka menentang pihak Inggeris yang hendak
memungut cukai daripada penduduk Kampung Pasir Salak.

Orang-orang Melayu yang bekerja dengan pihak Inggeris memaksa penduduk


kampung itu membayar cukai. Sesiapa yang enggan membayar cukai, akan dibelasah.
Perkara ini menimbulkan kemarahan penduduk kempung.

Mamat yang tinggal di Bandar Bharu merupakan penyampai maklumat tentang


kegiatan Inggeris kepada Datuk Maharaja Lela. Lamsah pula dihantar ke Kampung
Pasiar Salak oleh pihak Inggeris sebagai pengintip. Lamsah dipercayai penduduk
kempung setelah berpura-pura mendapatkan perlindungan daripada penduduk Kampung
Pasir Salak.

Untuk melindungi Kampung Pasir Salak, Datuk Maharaja Lela melatih anak-anak
muda bersilat, mengarahkan mereka membina pondok pengawal di sekitar kampung, dan
bergilir-gilir mengawasi keadaan kampung tersebut.

Pada tahun 1 November 1875, Residen Birch dating ke Kampung Pasir Salak
untuk menampalkan surat kenyataan mengenai kutipan cukai. Tetapi, Birch dibunuh oleh
Seputum. Pembantunya, Mat Arshad pula dibubuh oleh Pandak Endut.

Ekoran kejadian itu, Datuk Maharaja Lela mengarahkan kubu pertahanan dibina
di Bandar Tua untuk menghadapi serangan Inggeris. Selain itu, beliau turut mengarahkan
agar kawalan keselamatan diperketatkan.

Kematian Birch menimbulkan kemarahan pihak Inggeris. Mereka menyerang


Kampung Pasir Salak. Pihak Inggeris mengalami kekalahan kerana anak-anak buah
Datuk Maharaja Lela telah bersiap sedia di kubu pertahanan mereka. Dalam pertepuran
itu, banyak askar Inggeris yang terkorban.
Tema & Persoalan

Tema

Perjuangan orang-orang Melayu menentang campur


tangan pihak Inggeris dalam urusan cukai dan
mempertahankan tanah diri.

Persoalan Persoalan Persoalan Persoalan Persoalan Persoalan

Semangat cinta
akan tanah air Keberanian Kerjasama

kebijaksanaan Balasan kepada


pembelot negara Kepatuhan terhadap
perintah Allah
Soalan

a) Nyatakan tema dalam novel berserta contoh peristiwa yang berkaitan


dengan tema.

Tema bagi Pahlawan Pasir Salak ialah semangat perjuangan orang-orang


Melayu yang berjuang untuk menentang campur tangan Inggeris dalam urusan
pungutan cukai. Hal ini dapat dilihat melalui permuafakataan penduduk
Kampung Pasir Salak yang sama sekali tidak mahu untuk menurut sebarang
arahan daripada pihak Inggeris walaupun disaksa Malahan mereka lebih
beraniuntuk menentang pihak Inggeris dan membunuh pegawai-pegawai
Inggeris yang menggangu mereka. Datuk Maharaja Lela dan penduduk
kampung berjuang menentang penjajah yang ingin mengusai kawasan tersebut
.

b) Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam novel.

Antara tiga persoalan dalam novel Pasir Salak ialah persoalan semangat
cinta akan tanah air. Contohnya, penduduk Kampung Pasir Salak bersama-
sama berganding bahu untuk menentang pihak Inggeris. Selain itu, terdapat
juga persoalan keberanian. Contohnya, Mamat yang tinggal di Bandar Bharu
adalah penyampai maklumat tentang kegiatan Inggeris kepada Datuk
Marahaja Lela. Dia juga sanggup menanggung risiko dan berani. Persoalan
seterusnya ialah persoalan kebijaksanaan seseorang pemimpin. Contohnya,
Datuk Marahaja Lela mengarahkan orang-orang kampong membina pondok
kawalan untuk dijadikan tempat kawalan.
Watak & Perwatakan

Deli
a) Berumur belasan tahun.
b) Anak tunggal Pak itam dam Mak Mah.
c) Membantu bapanya berniaga di warung makanan.
d) Bersemangat patriotik.
e) Berani dan kuat semangat.
f) Tangkas bersilat.
g) Menghormati orang yang lebih tua.
h) Rajin.

Datuk Maharaja Lela


a) Penghulu Kampung Pasir Salak.
b) Mahir dalam seni pertahanan diri.
c) Mempunyai sifat kepemimpinan.
d) Bijak mengatur strategi peperangan.
e) Antipenjajah.
f) Yakin akan kemampuan diri sendiri.
g) Berani.

Pak Itam
a) Ayah Deli.
b) Membuka warung makanan.
c) Orang kanan Datuk Maharaja Lela.
d) Tangkas bersilat.
e) Berani.
f) Bersemangat patriotik.
g) Penyabar.

Mamat
a) Sepupu Deli.
b) Tinggal di Bandar Bharu.
c) Berani dan sanggup menanggung risiko.
d) Antipenjajah.
e) Memberikan maklumat tentang kegiatan pihak
Inggeris kepada Datuk Maharaja Lela.
Lamsah
a) Berumur 25 tahun.
b) Bermuka bulat, hitam manis, dan berkumis
tebal.
c) Licik. Dia menyamar sebagai orang yang
memerlukan bantuan daripada orang kampung.
d) Terbunuh ketika pihak Inggeris menyerang
Kampung Pasir Salak.

Seputum
a) Orang kanan Datuk Maharaja Lela.
b) Bekerja sebagai penangkap ikan.
c) Antipenjajah.
d) Berani.
e) Membunuh Birch

Birch
a) Residen British di Perak.
b) Mendesak sultan menandatangi surat kenyataan
tentang cukai.
c) Mati dibunuh oleh Seputum.
Soalan

a) Nyatakan watak utama dan huraikan tiga perwatakannya.

Watak utama dalam novel Pahlawan Pasir Salak ialah Datuk Maharaja
Lela. Dalam Novel Pahlawan Pasir Salak, peranan watak utama ini ialah
Datuk Maharaja Lela. Datuk Maharaja Lela ialah penghuluh Kampung Pasir
Salak. Seorang yang sangat mahir dalam seni silat dan sangat bijak mengatur
strategi perang. Contohnya, Beliau telah menyuruh orang-orang kampung
membina pondok-pondok kawalan dan berkawal di pondok tersebut untuk
menanti kehadiran penjajah Inggerish. Beliau juga merupakan seorang
penimpin yang dihormati dan seorang yang antipenjajah.

b) Nyatakan dan huraikan 3 watak sampingan yang terdapat dalam novel.

Antara 3 watak sampingan yang terdapat dalam novel ialah Deli. Deli
ialah anak tunggal kepada Pak Itam dan Mak Mah. Dia rajin membantu
bapanya barniaga di warung kopi. Deli telah belajar silatdi bawah bimbingan
Datuk Maharaja Lela. Deli seorang yang berani, menghormati orang tua dan
mempunyai semangat patriotic yang tinggi.Watak yang seterusnya ialah
Lamsah. Dia merupakan seorang tali barut Inggerish, menyamar dan meminta
perlindungan dari-pada orang kampung. Dia telah membakar pondok kawalan
di Kampung Pasir Salak.Seputum ialah orang kanan Datuk Maharaja Lela.
Seorang yang sangat berani dan amat benci akan Inggerish. Seputum sedang
membunuh J.W.W Birch sewaktu Birch sedang mandi.
Plot

Pak Wan dipukul kerana enggan membayar cukai


kepada pihak Inggeris.

Datuk Maharaja Lela dan anak-anak buahnya tidak mahu


membayar cukai. Malah mereka membakar pondok yang
dibina pihak Inggeris untuk dijadikan pusat kutipan cukai.
Datuk Maharaja Lela mengarahkan orang-orang kampung
mendirikan pondok-pondok kawalan dan berkawal secara
bergilir-gilir untuk menjaga keselamatan orang-orang
kampung. Sementara itu, Lamsah, iaitu tali barut Inggeris
dihantar ke Kampung Pasir Salak sebagai pengintip.

Residen Birch serta pengikut-pengikutnya ke


Kampung Pasir Salak untuk menampalkan surat
kenyataan. Dia dan Mat Arshad mati dibunuh oleh
Seputum dan Pandak Endut.

Pihak Inggeris yang diketuai oleh Kapten Innes


menyerang Kampung Pasir Salak. Pihak Inggeris
tewas kerana Datuk Maharaja Lela dan
pengikutnya telah bersiap sedia dengan strategi
peperangan yang baik.
Teknik Plot

Teknik Saspens
pergaduhan antara Deli dan
rakan-rakannya dengan wakil
Residen yang memaksa Deli
membayar cukai.

Teknik
Plot

Teknik Pemerian
Teknik Imbas Kembali kedatangan sebuah perahu jalur
Pak Wan teringat akan yang dinaiki oleh tiga orang
anaknya yang meninggal lelaki yang tiba di pangkalan.
dunia akibat dipatuk ular.
Soalan

a) Huraikan tiga teknik plot yang terdapat dalam novel.

Antara tiga teknik plot yang terdapat dalam novel Pahlawan Pasir Salak
ialah teknik saspens. Contohnya pergaduhan antara Deli dan rakan-rakan
denga wakil Residen yang memaksa Deli membayar cukai. Selain itu, terdapat juga
teknik pemerian. Contohnya, kedatangan sebuah perahu jalur yang dinaiki oleh
tiga orang lelaki yang tiba di pangkalan. Sehubungan itu, pengarang juga
menggunakan teknik imbas kembali. Contohnya Pak Wan teringat akan anaknya
yang meninggal dunia akibat dipatuk ular.

b) Huraikan beberapa peristiwa penting dalam perkembangan plot yang


terdapat dalam novel.

Antara beberapa peristiwa penting yang terdapat dalam perkembangan


plot yang terdapat dalam novel Pahlawan Pasir Salak ialah Pak Wan dipukul
kerana enggan membayar cukai kepada pihak Inggeris. Keadaan ini menyebabkan
orang-orang Kampung Pasir Salak tidak puas hati. Oleh sebab Datuk Maharaja
Lela dan anak-anak buahnya tidak mahu membayar cukai, mereka mengambil
langkah untuk membakar pondok yang dibina oleh pihak Inggeris yang ingin
menjadikan pusat kutipan cukai. Oleh sebab itu, Datuk Maharaja Lela
mengarahkan orang-orang kampung mendirikan pondok-pondok kawalan dan
berkawal secara bergilir-gilir untuk menjaga keselamatan orang-orang kampung.
Sementara itu, Lamsah, iaitu tali barut Inggeris dihantar ke Kampung Pasir Salak
sebagai pengintip.
Latar

Latar Masa
Latar masyarakat
Mac 1875
hingga Masyarakat Melayu
Nov 1875

Latar

Latar tempat

 Kampung Pasir Salak,


Bandar Bharu(Durian
Sebatang), dan
Kampung Gajah
 Warung Pak Itam,
rumah Deli, rumah
Datuk Maharaja Lela,
pondok kawalan, dan
rumah rakit
Soalan

a) Huraikan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel.

Antara tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel Pahlawan Pasir
Salak ialah masyarakat Melayu yang tinggal di sebuah kampung. Contohnya,
mereka kuat mengamalkan ajaran Islam. Latar masyarakat yang seterusnya
ialah masyarakat yang cinta akan tanah air dan benci akan penjajah.
Contohnya, mereka sanggup mempertahankan tanah air mereka hingga ke
titisan darah yang terakhir. Selain itu, terdapat juga masyarakat yang bersatu-
padu dan bekerjasama. Contohnya, mereka membina pondok kawalan dan
bekerjasama mengawal kampung mereka secara bergilir-gilir.

b) Huraikan tiga latar tempat yang terdapat dalam novel.

Antara tiga latar tempat yang terdapat dalam novel Pahlawan Pasir Salak
ialah rumah Datuk Maharaja Lela. Beliau menyampaikan amanat kepada
anak-anak buahnya supaya berhati-hati selepas pembakaran pondok pungutan
cukai. Latar yang seterusnya ialah Kampung Pasir Salak yang terletak di
pangkalan sungai. Birch dibunuh oleh Seputum ketika rombongannya dating
untuk menampal surat kenyataan kutipan cukai. Bandar Tua juga terdapat
dalam latar novel ini. Datuk Maharaja Lela membina kubu untuk menghadapi
serangan musuh.
Gaya Bahasa

Gaya Bahasa

Bahasa Arab
-alhamdulillah

Bahasa daerah
-menggogok

Personifikasi
-dingin menyerbu

Perlambangan
-anjing penjajah

Metafora
-api kemarahan
Nilai

Patuh akan perintah


Tuhan
Kerjasama

Nilai
Keberanian
hormat-menghormati

Kegigihan
Semangat cinta akan
tanah air
Soalan

a) Huraikan tiga nilai yang terdapat dalam novel.

Antara nilai yang terdapat dalam novel ini ialah semangat cinta akan
negara. Contohnya penduduk Kampung Pasir Salak telah mendirikan pondok-
pondok kawalan dan berkawal secara bergilir-gilir untuk menjagakan
keselamatan kampung.Nilai yang seterusnya ialah nilai keberanian.
Contohnya keberanian Seputum yang telah membunuh J.W.W. Birch sedang
mandi. Nilai kerjasama juga dapat dilihat dalam novel ini. Contohnya
kerjasama penduduk kampung menyebabkan angkatan tentera Inggeris telah
berjaya dikalahkan oleh orang-orang Datuk Maharaja Lela dan orang-orang
Datuk Sagor.

b) Huraikan peristiwa yang berkaitan dengan nilai kerjasama yang terdapat


dalam novel.

Antara peristiwa yang berkaitan dengan nilai kerjasama ialah penduduk-


penduduk di Kampung Pasir Salak bersama-sama berganding bahu membina
pondok-pondok kawalan untuk menentang ancaman pihak Inggeris. Peristiwa
yang seterusnya ialah penduduk Kampung Pasir Salak bekerjasama untuk
membuat rondaan pada setiap malam secara bergilir-gilir di kampung mereka
untuk menjaga keselamatan kampung mereka. Terdapat juga kerjasama penduduk
kampung menyebabkan angkatan tentera Inggeris berjaya dikalahkan oleh
mereka.
Pengajaran

Kita wajiblah menunaikan Setiap orang wajiblah


suruhan Tuhan serta mempunyai rasa cinta
mentaati pemimpin. akan tanah airnya.

Kita haruslah sanggup


Pemimpin perlu mengambil berjuang untuk menetang
keputusan yang bijak. musuh negara.
Kita haruslah tolong-menolong Kita perlulah berhati-hati
antara satu dengan yang lain dalam terhadap orang yang tidak
melakukan sesuatu pekerjaan. kita kenal.

Soalan

a) Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel.

Antara tiga pengajaran yang terdapat dalam novel Pahlawan Pasir Salak
ialah kita mestilah mempunyai semangat cinta akan tanah air. Contohnya, Deli
mempunyai semangat patriotik yang tinggi dan telah berjuang menentang pihak
Inggeris. Selain itu, kita haruslah bekerjasama dan bersatu padu. Contohnya
penduduk-penduduk di kampung Pasir Salak bersama-sama berganding bahu
membina pondok-pondok kawalan dan berkawal untuk menentang ancaman pihak
Inggeris. Kita juga mestilah menghormati dan mendengar nasihat pemimpin.
Contohnya penduduk Kampung Pasir Salak telah menghormati dan mendengar
nasihat Datuk Maharaja Lela dalam usaha menentang pihak Inggeris.

b) Salah satu pengajaran yang terdapat dalam novel ialah kita mesti patuh
kepada pemimpin. Huraikan peristiwa yang berkaitan dengan pengajaran
tersebut.

Salah satu peristiwa yang berkaitan dengan kita mesti patuh kepada
pemimpin dalam novel Pahlawan Pasir Salak ialah penduduk-penduduk di
kampung Pasir Salak patuh dengan arahan Datuk Maharaja Lela yang meminta
mereka untuk tidak terlalu terburu-buru untuk menyerang pihak Inggeris. Selain
itu, terdapat juga penduduk Kampung Pasir Salak yang telah menghormati dan
mendengar nasihat Datuk Maharaja Lela dalam usaha menentang pihak Inggeris.
Penduduk Kampung Pasir Salak juga patuh kepada pemimpin dengan membina
pondok kawalan yang disuruh oleh Datuk Maharaja Lela.
Rujukan

Novel Ulasan & Kajian BRAVO PMR


Pahlawan Pasir Salak Komsas BAHASA MELAYU
Pahlawan Pasir Salak TINGKATAN 2
KBSM

Rujukan

Siri 1001 Effective Practice ANALISIS


Soalan Topikal KBSM KOMPREHENSIF
BAHASA MALAYSIA Bahasa Malaysia Sehijau Warna Daun
Tingkatan 2 Tingkatan 2

You might also like