You are on page 1of 24

HALAMAN PENGAKUAN

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

...
(ALIAA IRYANI BINTI MD.ZELAN)
I/C NO.

: 930118-02-5336

NO. MATRIK

: 28509

Tarikh : 25 Ogos 2015

PENGHARGAAN
Alhamdulillah hirrabbilalamin, saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi dengan
limpah dan kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan
penuh jayanya. Saya menghadapi sedikit kerumitan serta cabaran dalam proses untuk
menyiapkan kajian ini. Alhamdulillah berkat pertolongan pihak -pihak berikut saya dapat
menyiapkan kerja kursus yang diamanahkan pada tempoh yang ditetapkan.

Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Encik Ismail bin Mohd Noh
pensyarah matapelajaran Teater Kanak-Kanak (PSE 3043 E) di atas kesudian beliau
memberi

tugasan

ini

kepada

saya.

Beliau

juga

banyak

membantu

saya

sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Dengan motivasi yang tinggi, saya
sentiasa bersemangat untuk melaksanakan kerja kursus ini dengan jayanya. Saya juga
mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya
secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini
berjalan. Tanpa bantuan mereka semua yang sanggup berkongsi ilmu dan pendapat,
adalah sukar untuk saya menyiapkan kerja kurus ini.
Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.
Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya
peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai
ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari
segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang
pendidikan.
Justeru, saya akhirkan penghargaan ini dengan serangkap pantun,
Berkejar-kejaran ombak di laut,
Menyentuh pantai berpasir bersih,
Budi tuan disebut-sebut,
Kerja selesai dan terima kasih.

1.0 PENGENALAN
Dalam dunia pendidikan sastera, perkataan teater sentiasa disebut-sebut oleh mereka
yang aktif dalam bidang lakonan pentas dan penulisan skrip. Makna teater boleh
ditakrifkan seperti berikut. Teater adalah salah satu bentuk kegiatan manusia yang
secara sedar menggunakan tubuhnya sebagai unsur utama untuk menyatakandirinya
yang diwujudkan dalam suatu karya seni suara, bunyi dan rupa yang dijalindalam cerita
pergelutan kehidupan manusia. Menurut Peter Brook, teater akan menjadi tempat
yang indah bagi orang-orang yang mabuk dan kesepian, teater merupakan sebuah
tindak budaya, teater bukanlah tempat untuk melarikan diri ataupun untuk mencari
perlindungan.
Seni drama atau teater merupakan satu cara belajar. Kanak-kanak dan remaja
belajar mengenal diri dan masyarakat melalui drama. Ini disebabkan elemen asas
drama yang meniru dan mencerminkan kehidupan induvidu serta masyarakatnya.
Melalui aktiviti drama kreatif, murid-murid dapat dibimbing berkomunikasi secara
bersuara atau tanpa suara (body language) dengan berkesan. Mereka juga boleh dilatih
dengan penggunaan laras bahasa mengikut konteks dan situasi yang sesuai melalui
aktiviti simulasi, main peranan dan improvisasi. Di samping itu pembelajaran melalui
drama

akan

menjadikan

para

pelajar

belajar

dengan

lebih

bermakna

dan

menyeronokkan.
Drama

merentas

kurikulum,

kerana

ianya

boleh

diaplikasikan

sebagai

pendekatan atau teknik pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran. Di
samping itu, aktiviti drama yang dilaksanakan di bilik darjah dapat menggalakkan
interaksi dan kemahiran berkomunikasi secara berkesan serta tepat. Sama seperti
karya kesusasteraan yang lain, drama sebagai teks, berperanan menyebarkan ilmu
pengetahuan dan menjadi sumber rujukan budaya masyarakat yang digambarkan.
Guru boleh membimbing pelajar menghayati kandungan teks atau skrip melalui
pembacaan dan perbincangan tentang skrip yang dibaca. Para pelajar dapat
mendalami perihal manusia dan ragamnya serta memahami perilaku manusia serta
sosio budaya masyarakat melalui watak-watak yang dibina dalam skrip tersebut.

Guru boleh membawa pelajar meneroka pemikiran yang lebih luas dan
mendalam tentang tema dan aspek-aspek lain dalam sesebuah skrip melalui
pendekatan atau kaedah yang sesuai. Penghayatan skrip juga boleh dilaksanakan
dengan aktiviti teater pembaca atau pementasan teater. Selain itu, skrip juga boleh
distrukturkan mengikut mata pelajaran tertentu. Contohnya, untuk mengajarkan sejarah,
guru boleh memilih skrip yang mendokumentasikan kisah sejarah yang dipelajari atau
membinanya sendiri bersama pelajar dengan mengaplikasikan teknik improvisasi atau
simulasi.
Melalui plot atau konflik yang dikemukakan dalam skrip, guru boleh meminta
pelajar berbincang bagi memikirkan penyelesaian masalah, andaian atau meramalkan
penyelesaian sesuatu cerita/peristiwa. Melalui analisis perwatakan pula, guru boleh
meminta pendapat murid tentang perilaku, tindakan dan cara watak menyelesaikan
permasalahan yang ditimbulkan. Aktiviti sebegini boleh menggalakkan kemahiran
berfikir kritis dan kreatif, di samping menggalakkan murid memahami permasalahan
masyarakat dan cuba menjadikan persoalan di dalam skrip itu sebagai satu pengajaran
yang menambahkan pengalaman mereka tentang erti kehidupan. Dalam hal ini, secara
tidak langsung guru telah dapat menerapkan nilai-nilai murni dan membentuk peribadi
pelajar itu sendiri.
Penghasilan sebuah teater kanak-kanak atau remaja, merupakan satu usaha
yang amat bermakna kepada para pelajar. Peranan teater dalam pendidikan bukan
sekadar

melatih

kefasihan

bertutur,

kecekapan

berkomunikasi,

berfikir

dan

berketrampilan, malahan melalui aktiviti berteater, murid boleh mempertingkatkan


potensi diri dalam banyak aspek. Ini termasuklah aspek perkembangan diri dan
sosialnya. Teater merupakan seni persembahan yang menggabungkan seni lakon
dengan plbagai seni lain seperti seni muzik, seni tari, seni pertukangan, seni bina, seni
berbahasa dan seni yang lain.
Oleh

itu

amat

bertepatanlah,

teater

menjadi

medium

unggul

untuk

menyampaikan pembelajaran secara bersepadu sebagaimana yang diharapkan dalam


pendidikan masa kini. Melalui penglibatan dalam aktiviti drama atau teater, para pelajar
digalakkan memaksimumkan semua aspek kecerdasan dalam diri mereka. Ini

bertepatan pula dengan kepelbagaian kecerdasan yang telah dimasukkan sebagai


kemahiran nilai tambah dalam pendidikan. Aktiviti teater juga merupakan aktiviti yang
berpusatkan murid, kerana proses penghasilan teater itu sendiri pasti melibatkan
penyertaan mereka secara aktif. Kanak-kanak atau remaja yang memainkan peranan
dalam aktiviti drama akan menerokai pelbagai aspek penting dalam perkembangan diri
mereka.
Konsep Teater dalam Pendidikan dengan Drama Pendidikan sering kali
disalahertikan oleh umum. Apabila menyebut Drama Pendidikan (Drama Education)
bermakna melatih kanakkanak atau pelajar dengan pelbagai teknik drama seperti
lakonan, penulisan skrip, pengarahan dan apresiasi drama. Manakala Teater dalam
Pendidikan (Theatre in Education) kita sebenarnya membicarakan tentang seni atau
aktiviti drama yang diintergrasikan ke dalam pendidikan. Dalam hal ini, pendidikan
bermakna bukan sahaja pemerolehan pengetahuan, tetapi yang lebih penting ialah
proses pembelajaran dan penguasaan kemahiran, ilmu dan pembentukan sikap pelajar
yang terlibat. Melalui pelbagai aktiviti drama, pelajar yang terlibat dapat mengenal diri
mereka lebih jelas, mengenal ruang dan persekitaran, memahami rakan serta
meningkatkan keupayaan mereka dalam pelbagai aspek.
Teater dalam Pendidikan membolehkan kita melatih para pelajar menajamkan
sensitiviti mereka, meningkatkan kefahaman dan amalan terhadap nilai murni
masyarakat

dan

memperkembangkan

budaya
daya

mereka,

mananamkan

jati

diri

bangsa,

serta

imaginasi,

kreativiti, konsentrasi, yakin

diri

kemahiran

Aktiviti teater boleh

berfungsi
yang

berkomunikasi.
sebagai

membantu

satu
pelajar

kaedah

serta
terapi

mempunyai

masalah emosi dan fizikal.

Drama dan teater

juga berperanan membentuk

insan

seimbang dan harmoni dari

segi

yang
Intelek,

rohani, emosi dan jasmani. Ini amat sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan
Negara

PENULISAN SKRIP
TEATER KANAK-KANAK
TAJUK:
SI BANGAU YANG LUPA DIRI
(ALIAA IRYANI BT MD.ZELAN)

WATAK-WATAK
-Bangau

-Arnab

-Gagak

-Gajah

-Monyet

-Tupai

-Ketam

-Ikan

-Ular
TEMPAT
Di sekitar hutan belantara
MASA
Pada waktu siang,dari pagi sehingga petang.
PENTAS
Kedudukan pentas sama bagi keseluruhan cerita. Pentas dihiasi dengan pokok-pokok
seperti hutan belantara
SINOPSIS
Skrip teater kanak-kanak ini berkisarkan tentang kisah sahabat baik iaitu Sang Bangau
dan Si Gagak. Kisahnya bermula apabila Sang Bangau cemburu akan kecantikan Si
Gagak. Sang Bangau ingin mengetahui rahsia kecantikan Si Gagak. Oleh kerana
mereka berkawan baik, Si Gagak tidak berfikir panjang untuk berkongsi rahsia tersebut.
Setelah rahsiau didedahkan kepada Sang Bangau, Sang Bangau bertukar menjadi
cantik. Sang Bangau mula membangga diri dan sombong. Sang Bangau telah menuang
campuran ke atas Si Gagak apabila Si Gagak kembali untuk meminta semula kotak

rahsia kecantikan tersebut. Si Gagak bertukar menjadi hitam. Mereka bermusuhan dan
tidak berkawan lagi. Kemudian, Sang Bangau hidup denga penuh sifat jahat di dalam
dirinya. Akhirnya, Sang Bangau mendapat balasan dan berjanji tidak akan
mengulanginya lagi.

BABAK 1
Pada suatu hari, terdapat sekumpulan haiwan yang tinggal di dalam sebuah hutan yang
cantik dan indah. Haiwan di situ hidup dalam penuh kegembiraan dan saling tolong
menolong antara satu sama lain. Seekor bangau dan gagak juga tinggal di kawasan
tersebut. Mereka merupakan kawan baik dan sering menangkap ikan bersama-sama.
Tidak seperti kebiasaan, Sang Bangau memiliki bulu yang berwarna hitam manakala Si
Gagak pula berwarna putih berkilauan. Pada suatu hari, monyet sedang bermain-main
dengan sang gajah.
MONYET

: Cepatlah wahai sang gajah. Aku nak baling ni! Ha jaga-jaga (bersedia

untuk membaling sebiji buah limau ke arah gajah)


Gajah memukul buah limau tersebut sekuat hati menggunakan belalainya yang besar.
Buah limau terbang jauh ke angkasa. Monyet melihat bauh limau tersebut sambil
mengangakan mulut.
MONYET : Macam mana boleh terbang tinggi sangat tu?Macam mana sekarang n?
TUPAI

: Apa kita nak buat ni monyet?

ULAR

: Mesti buah limau itu terbang ke dalam hutan sebelah.

GAJAH

: Maaflah monyet. Aku tak sengaja..(dengan muka yang bersalah)

Tiba-tiba mereka terlihat kelibat di angkasa. Mereka semua tertanya-tanya apakah


benda tersebut. Gagak mendarat di tanah diikuti dengan bangau.
GAGAK

: Kau cari ini kan?

Mulut haiwan-haiwan yang berada di situ terlopong melihat bulu gagak yang amat
cantik dan berkilauan seperti intan permata.
MONYET

: Eh gagak! Ingatkan siapa tadi!

Burung merpati yang kebetulan terbang di kawasan itu ternampak gagak. Merpati
menegur.
MERPATI

: Wah cantiknya! Bersinar-sinar!

GAJAH

: Eh.. Macam mana bulu kau boleh cantik macam ni? Cubalah cerita
kepada kami.(sambil menyentuh-nyentuh bulu gagak.

GAGAK

: Adalah rahsianyahihihi..Rakkk..Rakkkk. .

MERPATI

: Gagak gagak, boleh saya minta tandatangan?(sambil menghulurkan


pen)

Bangau yang lihat dari jauh hanya mengeluh menunggu si gagak.


GAGAK

: Mestilah boleh wahai si merpati!. (sambil memberi senyuman yang


menawan)

Gagak kemudian bejalan kepada si bangau yang tidak berada jauh dari situ.
GAGAK

: Jom!

BANGAU

: Sedia?

GAGAK

: Sedia!

Mereka duduk sambil berhadapan antara satu sama lain di atas batu di dalam sebatang
sungai. Haiwan lain melihat mereka dengan reaksi yang pelik dan hairan. Setelah
bangau dan gagak mengangguk kepala antara satu sama lain, mereka terbang ke
langit dengan laju sekali. Kemudian, si gagak turun semula ke sungai tadi sambil
memasukkan paruhnya ke dalam sungai dan kemudian menangkap seekor ikan.

Gagak mengankat paruhnya dan membaling ikan tersebut kepada bangau. Bangau
terbang ke arah ikan tersebut dengan megah sekali sambil menangkap ikan dengan
paruhnya yang panjang. Mereka mengulanginya sehingga mereka mendapat ikan
dengan banyak yang telah memenuhi paruh si bangau untuk dibuat santapan. Haiwan
yang lain menyaksikan mereka bermegah dengan mulut yang terlopong kerana kagum
dengan kebolehan mereka menangkap ikan. Mereka juga kagum melihat bulu si gagak
yang bekerlipan di angkasa. Setelah mereka berdua smpai di darat, semua haiwan
bertepuk tangan.
GAGAK

Ha tengok tu!Semua kagum melihat kehebatan kita menangkap ikan tadi


kan! Rakkk rakkkk.

BANGAU :

Hmm..bukan sebab bulu kau cantik ke? (soal bangau dengan rasa iri
hati)

GAGAK

Ha?ala..bulu kau pun cantik juga kan? he he he

BANGAU :

Huh.iyela tu

MONYET :

Gagak, kami balik dulu ye

GAGAK

Terima kasih semua. Jumpa lagi ye. Sampaikan salam aku pada si

arnab.(gagak melambai ke arah mereka)


Tiba-tiba, si bangau melihat sesuatu di atas sayap si gagak.
BANGAU :

Gagak!ada sesuatu pada bulu kau!. Tidak mengapa. Biar aku tolong.

Dengan muka yang sedikit cemas, gagak mendekati si bangau. Bangau menepis
kekotoran yang ada pada bulu gagak.
BANGAU :

Cantiknya. Macam mana kau buat?

GAGAK

Hah?buat apa?

BANGAU : Buat bulu kau jadi cantik macam ni?( sambil membelek-belek bulu

gagak)Kau agak-agak, boleh tak bulu aku yang hitam ni bertukar menjadi
putih macam kau? Kita kan dah lama bersahabat. Ala tolong la gagak.
Beritahu la aku rahsia kecantikan bulu kau. Aku pun nak jadi putih juga.
Selepas befikir sejenak, gagak memanggil bangau dengan lebih dekat dan berkata
GAGAK

BANGAU :

Boleh, tapi kau mesti janji, simpan rahsia ni ye?


Aku janji!

Gagak menutup mulut bangau supaya suara si bangau tidak didengari oleh haiwan lain.

BABAK 2
Pada keesokan hari, bangau mengikut gagak ke tempat di mana gagak
menyembunyikan rahsia kecantikan gagak.
GAGAK

Ha..dah sampai pun. Kau tunggu sini dulu

Gagak masuk ke dalam lubang di sebuah pokok sambil mencari rahsia kecantikan
tersebut. Selang beberapa minit, gagak keluar sambil membawa benda tersebut.
Gagak membuka kotak tersebut di depan bangau. Kotak tersebut berkilauan dengan
sangat cantik.
GAGAK

BANGAU :

Inilah bahan ajaib yang membuatkan bulu aku jadi cantik.


Wahhh.. (mulut bangau ternganga)

Di dalam kotak tersebut terdapat empat jenis serbuk dari pelbagai warna. Ruparupanya kilauan tersebut datangnya dari serbuk-serbuk itu. Serbuk tersebut sangat
cantik dan berkilauan bagai permata.
GAGAK

Ini rahsia turun temurun tahu! Jangan beritahu orang lain.

BANGAU :

WahhhhApa perlu aku buat? Beritahulah!

GAGAK

Kau kena campurkan kesemua serbuk warna ini dengan air. Siramkan

ke seluruh badan dan selepas itu (bangau menyampuk)


BANGAU :

Bulu aku akan cantik dan berkilat macam kau!

GAGAK

Tapi, kau jangan campurkan kesemua warna ini sekali, nanti.

Bangau terus mencapai kotak tersebut sebelum gagak habis bercakap. Bangau sangat
teruja dan tidak sabar lagi untuk menjadi cantik. Bangau terus terbang untuk kembali ke
rumah.
BANGAU :

Terima kasih gagak!

GAGAK

Jangan lupa pulangkan semula kotak itu ya! (jerit gagak)

BANGAU :

Ya ya..tahulah aku.

Bangau terbang sambil memegang kotak tersebut dengan erat sekali. Bangau terus
terbang membelah angkasa.

BABAK 3
Bangau balik ke rumah dengan tergesa-gesa. Setelah bangau sampai ke dalam
rumahnya, bangau terus membuka kotak pemberian gagak dan mencapurkan serbukserbuk tersebut ke dalam air. Setelah semuanya dicampur, tiba-tiba air tersebut
bertukar warna menjadi keemas-emasa dan berkilauan dengan cantik sekali. Bangau
cuba memasukkan sedikit sayapnya ke dalam air tersebut
BANGAU :

Wah..Cantiknya! Sayap aku dah bertukar menjadi putih!

Bangau terus melompat masuk ke dalam air itu tanpa berfikir panjang. Setelah
beberapa minit kemudian, bangau keluar dari air tersebut denga megah. Bulunya telah
bertukar menjadi putih dan berkilauan dengan cantik sekali. Bangau sangat gembira
dan sering menebarkan sayapnya ke sana ke mari. Bangau terbang ke merata tempat
untuk menunjukkan perubahan yang berlaku kepada dirinya.
BANGAU :

Akulah burung yang paling cantik di hutan ini sekarang!

Monyet yang berada tidak jauh dari situ ternampak kelibat bangau yang
sudah berubah.
MONYET :

Eh bangau? Engkau ke tu? (sambil menggaru kepala)

BANGAU :

Ya..Aku lah ni.

MONYET :

Eh.tapitapibulu kau? (kebingungan)

BANGAU :

Bulu aku putih berkilat. Cantik.(menebarkan sayapnya)

MONYET :

Wahcantik. Memang cantik. Boleh aku jadi macam kau?


Bolehla..Bolehla..

BANGAU :
MONYET :

Tak perlu. Kau cuma monyet. Buat apa nak putih.


Oh..Berlagak pulak..Bila aku tengok balik,gagak laaaaaaaaagi cantik.
Hati dia cantik. Bulu dia baik

BANGAU :

Kau cakap apa ni monyet? (bangau mencelah)

MONYET :

Ehapa-apa jelah. Gagak lagi cantik..Gagak lagi cantik (monyet


meninggalkan bangau dengan bergayut dari satu pokok ke satu pokok)

Bangau merasa geram dan marah terhadap monyet. Bangau tidak berpuas hati dengan
dakwaan monyet tersebut. Bangau sangat iri hati kepada gagak. Pada malamnya,
bangau bermimpi tentang monyet yang asyik memuji kecantikan gagak.
BANGAU : Tidakkk.! (bangau terjaga dari tidur) Tak boleh jadi ni. Aku mesti
dikenali sebagai burung tercantik, bukan gagak. Hanya kaum bangau
sahaja yang layak menajadi burung yang terputih dan tercantik. (Bangau
mengangkat kotak rahsia kecantikan gagak)
Aku tak akan pulangkan (tersenyum sinis)

BABAK 4
Seminggu selepas itu, gagak sampai ke rumah bangau sambil menyanyi.
GAGAK

Bangau oh bangau.rakkkk rakkk..

BANGAU :

Eh gagak!Apahal kau datang ni? (berpura-pura tidak tahu)

GAGAK

Wahhhhh.. bangau!Kau dah putihlah! (gagak berlari memeluk bangau)

BANGAU :

Ha? Oh ya.he he he.. (berpura-pura ketawa)

GAGAK

Dah lama kita tak jumpa kan?Dah cantik kau sekarang.

Tiba-tiba, gagak menarik kepala bangau dan berbisik.


GAGAK

BANGAU :

Mana benda tu?. Bagilah balik.


Ada.Ada.Ada kat dalam.Aku terlupa.Sekejap ya aku pergi ambil (berjalan
masuk ke rumahnya).Hai..Dia ingat pula! (bisik bangau pada diri sendri)

Bangau asyik teringatkan monyet yang memuji gagak pada tempoh hari. Bangau
kemudian mencampurkan serbuk tersebut dengan pelbagai benda asing sehingga
menjadi hitam. Bangau keluar dari rumah dan membawa kota tersebut.
BANGAU :

Nah! Kau nak sangat kan? (menuang campuran tersebut ke atas gagak)

Gagak tiba-tiba bertukar menjadi hitam. Gagak terkejut.


GAGAK

Bangau!Kenapa kau.

Gagak terpinga-pinga dengan apa yang bangau buat terhadapnya.


BANGAU :

Aku mahu menjadi burung tercantik di dunia. Aku tidak mahu ditandingi

oleh mana-mana burung. Termasuk kau gagak! (bangau ketawa terbahak-bahak sambil
melangkah keluar dari rumahnya)

Gagak kemudian mengejar bangau selaju yang mungkin.


GAGAK

Bangau! Kenapa kau buat aku macam ini?

Ketika sang arnab sedang minum air, arnab ternampak mereka saling berkejar-kejaran.
Arnab terkejut.dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang sudah terjadi. Bangau telah
terbang jauh meninggalkan gagak di belakang.
GAGAK

Bangau!Pergi kau pergi!Jangan kau berani muncul di sini lagi!!

Gagak menangis teresak-esak.Kemudian datanglah sang arnab untuk menenagkan


gagak.
ARNAB

Wahai burung, kenapa kau menangis?

GAGAK

Arnab.. (gagak memanggil nama arnab dengan nada sedih)

ARNAB

Eh! Gagak!

Kemudian, gagak menceritakan tentang apa yang telah terjadi kepada arnab.
ARNAB

Oh.Macam tu rupanya. Ish! Kejamnya si bangau! Sampai hati dia buat


kau seperti ini.

GAGAK

Uhuk..uhuk.. Sekarang, aku dah hitam. Dah tak cantik macam dulu!
rakkkrakkkkk (gagak menangis teresak-esak)

ARNAB

Gagak, kalau hati baik, warna apa pun kau tetap cantik.

GAGAK

Apa? Uhuk..uhuk.. Betul ke? RakkkkRakkkk..

ARNAB

Ya. Percayalah. Aku tak akan tipu.

GAGAK

Terima kasih arnab. Aku akan ingat kata-kata kau! RakkkRakkkk.

Gagak terbang meninggalkan arnab dan membawa hati yang lara.


ARNAB

Jangan sedih gagak!

Tiba-tiba, monyet muncul di sebelah arnab.


MONYET :

WowCantiknya! Burung apa itu?

ARNAB

Itulah gagak. Cantikkan?

MONYET :

Gagak? (monyet membeliakkan matanya)

TUPAI

Oyeh..Manyak cantik woo..(sampuk tupai di atas pokok)

BABAK 5
Pada keesokan hari, sang bangau sedang bertenggek di atas batu di atas sebuah
kolam sambil bermonolog sendiri.
BANGAU :

Sekarang, akulah burung yang terputih dan tercantik!

Bangau tiba-tiba ternampak kelibat seekor ikan yang sedang berenang-renang di dalam
kolam. Bangau cuba menangkap ikan dengan paruhnya tetapi tidak boleh. Bangau
sangat marah dan geram.
BANGAU :

Susahnya nak tangkap ikan di sini. Kelaparan lah aku.

Seekor ketam tiba-tiba muncul di celah-celah batu.


KETAM

Bangau. Kau ke tu?

BANGAU :

Eh..ketam. Ya.Takkan lah kau tidak kenal aku? Kawan karib kau.

KETAM

Tapi..

BANGAU :

Ya. Aku putih. Cantikkan? Hihihi..Eh. Dah lama kita tak jumpa kan?Kau
apa khabar?

KETAM

Baik. Kau lah. Tak pernah nak jumpa aku semenjak berkawan dengan
gagak. Ikan-ikan disinilah yang menjadi kawan aku. Mereka lah yang

selalu menemani aku.


Tiba-tiba bangau mendapat idea.
BANGAU :

Oh..Ikan-ikan di sini kawan kau rupanya? Kesian

KETAM

Eh..kenapa? (ketam menggaru kepalanya)

BANGAU :

Aku kesian melihat ikan-ikan ini hidup di dalam kolam yang kecil.
Kehidupan di sungai sana lebih baik.

KETAM

BANGAU :

Kecik ke? Aku tengok cukup besar dah ni.


Ketam, kecik ni. Sungai kat sana tu, lagi besar. Permandangannya
cantik, air pula jernih.

KETAM

BANGAU :

Jadi, apa pendapat kau?


Aku fikir, nak terbangkan ikan-ikan ini ke sungai sana. Aku memang suka
tolong sahabat-sahabat kau.

KETAM

Baiklah. Biar aku beritahu mereka.

Ketam berjalan masuk ke dalam kolam untuk bercincang dengan rakan-rakannya. Ikanikan didalam kolam melompat-lompat tanda setuju.
KETAM

Ya. Mereka setuju!

Bangau bersiap sedia untuk menghantar ikan-ikan tersebut. Bangau membawa ikan
menggunakan paruhnya.
KETAM

BANGAU :

Bawa elok-elok ye bangau! Hati-hati jangan bagi jatuh.


Baiklah ketam. Janganlah engkau risau.

Bangau memulakan perjalannya membawa seekor ikan terlebih dahulu. Ketam


bermonolog sendirian.

KETAM

Hai..Bertuah betul ikan-ikan di kolam ini. Baik sungguh hati si bangau.

Bangau meletakkan ikan di atas tanah di kawasan yang tiada orang. Bangau tersengih
sendirian.
BANGAU :

Kenyanglah aku..hi hi hi. Tak payah susah-susah tangkap ikan.

Bangau makan ikan tersebut tanpa belas kasihan. Setelah selesai, bangau berulangalik ke kolam untuk membawa kesemua sahabat-sahabat ketam yang tinggal dalam
kolam itu. Bangau kemudian meratah kesemua ikan-ikan itu dan meninggalkan tulang
di kawasan tersebut. Kebetulan, sang arnab berjalan-jalan di kawasan tersebut. Arnab
hairan melihat tulang ikan yang banyak.
ARNAB

Eh..Kenapa banyak sangat tulang-tulang ikan disini..

Sang arnab berlari bersembunyi di belakang pokok apabila ternampak bangau terbang
membawa lebih banyak ikan.
BANGAU :

Ketam tak patut percayakan aku. Sekarang kamu semua jadi korban. Ha
ha ha

ARNAB

Ketam?Hah?Apa yang jadi ni?Hmm..Aku mesti siasat. (arnab bercakap


sendirian di sebalik pokok)

Arnab berjalan menuju ke kolam. Arnab mencari kelibat ketam di situ. Kemudian, arnab
ternampak ketam yang termenung di atas batu.
ARNAB

Kau tengok apa tu ketam?

KETAM

Eh..Arnab.Aku baru ucapkan selamat tinggal kepada kawanku, ikan.


Bangau sudah pindahkan ikan dalam kolam ini ke sungai.Hmm.. Baik
betul hati bangau tu kan?

ARNAB

Hah? Apa? Ketam! Kau dah kena tipu! Bangau makan semua ikan tu.

KETAM

Apa?

ARNAB

Iya. Aku nampak dia makan tadi. Berselerak tulang-tulang ikan tu.

KETAM

Aku tak percaya! Bangau tu kawan karib aku.

ARNAB

Ha ha ha ha..Kawan karib? Gagak pun sudah dikhianatinya. Sekarang


kau pulak jadi mangsa.

KETAM

Hah? Hmmmm.

ARNAB

Kalau kau tak percaya, ha bila kau jumpa bangau. (arnab membisikkan
rancangannya untuk memerangkap bangau)

KETAM

Oh Baiklah baiklah (ketam mendengar dengan teliti.

BABAK 6
Pada keesokan hari, bangau telah datang ke kolam di mana ketam tinggal.
KETAM

: Bangau, bagaimana kawan-kawanku hidup di tempat baru?

BANGAU : Kau lihat, aku gembira tak? Ha.. Macam tu lah kehidupan mereka kat
sana. Sentiasa gembira.
KETAM

: Aku lihat kau ni terlalu gembira. Sekarang, kau bawak aku ke sana pula.
Aku mahu melawat mereka.

Bangau berbisik di dalam hati.


BANGAU : Hm.. Ikan dalam kola mini pun dah habis. Apa agaknya rasa ketam ya?
Mesti sedap. (bangau tersenyum sendiri)
KETAM

: Hah kenapa bangau? Tak boleh ke?

BANGAU : Eh.. Boleh boleh boleh. Mestila boleh.


Bangau pun membawa ketam untuk pergi ke sungai di mana kawan-kawan ketam
kononya berada. Ketam berbisik pada diri sendiri.
KETAM

: Hm.. Arnab mesti dah salah anggap. Kalau tak, tak kan bangau setuju.

Apabila ketam melihat ke bawah, tiba-tiba ketam ternampak banyak tulang ikan yang
berselerakan di atas tanah. Ketam marah dan geram akan bangau yang telah
menipunya. Dengan pengepit ketam yang tajam, ketam mengepit leher bangau dengan
kuat.
BANGAU : Eh apa ni ketam? Apa ni?
KETAM

: Ha..Ambik kau. Rasakan!

Ketam mengepit sayap bangau yang cantik. Mereka akhirnya terjunam ke bawah.
Bangau cuba untuk bangun dan tiba-tiba, tulang pada kaki bangau patah.
BANGAU : Aduh..Tolong..Tolong. Ketam tolong aku ketam. Aku tak boleh bangun.
KETAM

: Ah! Sampai hati kau tipu aku dan kawan-kawanku. Inilah balasan kau!
(ketam terus melarikan diri)

BANGAU : KetamTolong..Maafkan aku.


KETAM

: Aku tak akan maafkan kau. (ketam menghilangkan diri di sebalik semak)

Bangau menangis dan meraung kesakitan. Bangau menyesal dengan segala


perbuatan jahat yang telah dilakukan sebelum ini. Bangau berjanji pada diri sendiri
tidak akan mengulanginya lagi.

REFLEKSI
Pertama sekali, saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya
akhirnya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus Teater Kanak-Kanak ini.
Pengalaman yang saya dapat sewaktu melaksanakan tugasan ini amat bernilai sekali.
Langkah pertama saya setelah mendapat soalan tugasan ini adalah saya mencari,
membaca serta mengumpul semua maklumat berkaitan dengan tugasan melalui
internet, buku atau jurnal. Tugasan ini amat menarik perhatian saya kerana saya belum
pernah mencuba untuk membuat skrip cerita berkisarkan tentang kanak-kanak. Dahulu,
saya agak berminat dalam memcipta skrip kerana saya suka mereka cerita yang
mempunyai haiwan dan juga alam sekitar. Pada zaman kecil, saya asyik tertanya-tanya,
bagaimanakah mereka berinteraksi antara satu sama lain dan sering membaca buku
cerita untuk mengetahuinya.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah saya iaitu Encik Ismail
bin

Mohd

Noh

kerana

banyak

memberi

tunjuk

ajar

kepada

saya.

Tanpa

bantuannya,tidak mungkin saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan yang banyak memberi sokongan
ketika saya menjalankan kursus ini. Mereka juga banyak membantu saya dalam
memahami perkara-perkara baru yang tidak saya ketahui. Jutaan terima kasih juga
diucakan kepada ibu dan bapa saya yang banyak memberi sokongan moral kerana
saya hampir berputus asa kerana terdapat banyak tugasan lain yang harus dihantar
pada hari yang sama.
Walau bagaimanapun, saya berasa amat bangga dan rela hati untuk membuat
kerja kursus ini. Hal ini kerana melalui tugasan ini saya dapat mempelajari banyak
input-input baru berkenaan dengan konsep teater dan drama kanak-kanak . Oleh itu,
walaupun terdapat pelbagai kekangan sepanjang penghasilan tugasan ini,saya
hadapinya dengan sabar dan tabah supaya saya dapat mendalami perkara baru dalam
bidang sastera ini. Tambahan pula, melalui tugasan ini, telah banyak mengajar saya

untuk menulis serta menghasilkan skrip teater kanak-kanak menggunakan format yang
betul.
Pengalaman yang saya dapat sewaktu melaksanakan tugasan ini amat bernilai
sekali dan dapat saya gunakan untuk masa kini atau masa hadapan dan turut
membantu saya dalam sesi pengajaran mata pelajatan kesusasteraan Melayu nanti
memandangkan subjek ini merupakan subjek minor saya. Selain itu, saya juga dapat
menggunakan ilmu yang saya ada ini ketika saya menjadi guru nanti jika ada sebarang
pertandingan pementasan teater. Tugasan ini turut membantu saya menjadi guru yang
lebih berkualiti tidak seperti khabar angin yang tidak elok mengatakan bahawa guru
baru keluar dari Institup Pendidikan Guru sering mengambil lewa dengan tugas mereka
tanpa memberi komitmen yang tinggi di dalam kelas.
Akhir sekali, kerja kursus sebegini sebenarnya memberi banyak kebaikan dalam
usaha meningkatkan prestasi dalam profesion perguruan. Dikala proses menyiapkan
kerja kursus ini, secara langsung atau tidak langsung telah menambahkan lagi ilmu
pengetahuan melalui rujukan, perbincangan dan juga kajian yang telah dilakukan.
Subjek ini amat penting kerana sebagai salah satu mata pelajaran minor saya, saya
haruslah mendapat pendedahan yang lebih awal mengenai subjek ini supaya tidak
gentar untuk mengajar kelak.
Kesimpulannya, pelbagai ilmu dan pengalaman yang bermanfaat dapat saya
perolehi melalui tugasan projek ini. Saya berharap ilmu dan pengetahuan yang saya
perolehi melalui tugasan projek ini dapat membantu saya untuk menjadi guru yang
cemerlang dan seterusnya menjadikan generasi akan datang sebagai generasi yang
berilmu pengetahuan yang tinggi selaras dengan hasrat wawasan 2020.

BIBLIOGRAFI
Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2000). Modul asas lakonan dan pengarahan teater
kanak-kanak. Lembah Pantai, Kuala Lumpur: Kampus Bahasa Melayu, Institut
Pendidikan Guru Malaysia.
Ladin, N. (2005). Negeri Kebayan dan lain-lain cerita: Skrip teater kanak-kanak. Kuala
Lumpur: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Marisan Malaysia.
Skrip Teater Kanak-Kanak. Diakses pada 20 Ogos 2015 ,
https://www.scribd.com/doc/165479508/SKRIP-TEATER-KANAK2-docx
Dialog Teater Kanak-Kanak. Diakses pada 20 Ogos 2015,
http://www.slideshare.net/miznufa/dialog-teater-kanak-kanak
PANDUAN PENULISAN SKRIP. Diakses pada 20 Ogos 2015,
http://zainikosnin.blogspot.com/2008/07/panduan-penulisan-skrip-siri-6.htm
Teater Dalam Pendidikan Pse 3103. (n.d.). Diakses pada 25 Ogos 2015
https://www.scribd.com/doc/94553648/Teater-Dalam-Pendidikan-Pse-3103

You might also like