You are on page 1of 3

DAGING MERAH

Bahan-bahan :
1/2 kg daging dihiris nipis dan direbus hingga empuk
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
3 ulas bawang putih dipotong dadu
1 labu bawang besar dipotong baji
1 biji lada merah di potong
Daun limau
1 batang serai diketuk
Garam
Gula
Minyak untuk menumis
Air
Cara masak :
1. Panaskan minyak (anggaran 5 - 6 ) sudu besar.
2. Tumiskan bawang putih bersama serai hingga naik baunya.
3. Masukkan cili, kisar, sos tomato, sos cili dan sos tiram. Tambahkan juga air.
Masukkan daging serta garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan daun limau dan bawang besar dan cili merah.
5. Kacau dalam api perlahan hingga sebati rasanya (anggaran 7 - 10 minit).

Kari Telur Rebus Berkerisik


Bahan-bahan:
6 biji telur direbus
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 sudu besar kerisik
2 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar rempah kurma
2 biji ubi kentang dipotong 4 setiap satu
Lada merah
Lada hijau
2 keping asam gelugur
Air secukupnya
Garam
Bahan kisar :
1 labu bawang besar
1/2 inci halia
1 sudu ketumbar
Bahan tumis : 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci halia Rempah 4 sekawan Daun kari
Cara masak: 1. Bahan kisar disatukan dengan rempah kari dan rempah kurma menjadi pes yang pekat. Jika
perlu, tambahkan sedikit air dalam pes ini. 2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga wangi dan
kekuningan. 3. Masukkan bancuhan pes tadi. Masak dalam api perlahan hingga pecah minyak dan perlu kerap
dikacau untuk mengelakkannya hangit. 4. Masukkan garam, santan cair, asam gelugur dan ubi kentang. 5. Bila
ubi kentang hampir empuk, masukkan santan pekat, lada merah dam lada hijau bersama telur rebus dan kerisik.
6. Masak hingga mendidih.

Ayam masak merah Bahan-bahan : 1 ekor ayam dipotong dan dibersihkan. 6 sudu besar penuh cili kisar (jika
suka pedas, boleh ditambahkan lagi) 10 ulas bawang merah dikisar 2 biji buah tomato dikisar 1 labu bawang
besar dipotong baji 4 ulas bawang merah dihiris nipis (untuk tumis) 3 ulas bawang,putih dihiris nipis (untuk tumis)
1 inci halia diracik halus (untuk tumis) Air secukupnya Garam Gula Cara masak : 1. Ayam diperisakan dengan
garam halus dan kunyit. Goreng ayam hingga masak keemasan. Ketepikan. 2. Panaskan minyak, tumiskan
bawang merah, bawang putih dan halia. 3. Bila telah naik baunya, masukkan cili kisar, bawang kisar, buah tomato
kisar dan sedikit air (jika perlu). 4. Masak dalam api perlahan hingga mendidih, masukkan garam serta gula. 5.
Masukkan ayam goreng serta bawang besar yang dipotong baji dan masak hingga pecah minyak. Sedia dihidang
dengan nasi tomato.
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Paprik Campur Bahan-bahan : 1 keping dada ayam dipotong kecil Sedikit daging lembu yang dipotong kecil 4
ekor sotong 10 ekor udang Bunga kobis Anak jagung Karrot 1 sudu besar cili kisar 4 sudu besar sos cili thai 4
sudu besar sos tomato 4 sudu besar sos cili 2 batang serai diketuk 1 inci halia diracik 3 ulas bawang putih 1 labu
bawang besar Cili merah dipotong 1 biji buah tomato dipotong lapan 2 sudu besar tepung jagung dibancuh
dengan 1/4 cawan air Sedikit air kosong Garam/gula secukup rasa 4 sudu besar minyak masak Daun limau Cara
penyediaan : 1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, serai serta halia, masukkan daging dan sedikit air.
Kacau goreng hingga daging empuk. 2. Masukkan isi ayam, kacau hingga masak. 3. Campurkan cili kisar, sos cili
thai, sos cili dan sos tomato ke dalam kuali tadi. Masukkan garam dan gula. Masak hingga mendidih. 4.
Masukkan sotong dan udang, masak sekejap saja. Jika perlu, tambahkan sedikit air untuk kuahnya. 5. Masukkan
sayur, bawang besar, potongan cili bersama daun limau. Tambahkan bancuhan tepung jagung untuk
memekatkan kuahnya. Kacau rata dan akhir sekali masukkan buah tomato. Tutup api, sedia dihidang. *jika suka
lebih pedas, tambahkan cili padi dan cili kisar.
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win