You are on page 1of 2

Cabaran transformasi agenda pendidikan negara .

Pendidikan merupakan
asas penting bagi membangunkan masyarakat dan negara ke arah yang lebih
baik. Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dalam pelbagai aspek
pembangunan, sektor pendidikan perlu berkembang dan mengalami anjakan
paradigma yang dapat merintiskan alaf baru dalam segala aspek pendidikan. Ini
juga merupakan satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan status
Malaysia dalam dunia pendidikan antarabangsa. Dalam tempoh beberapa
dekad, pendidikan di Malaysia telah mengalami perubahan demi perubahan dan
setiap perubahan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Selepas Kemerdekaan,
Malaysia terus melangkah untuk membina sistem pendidikan negara yang
beracuankan negara Malaysia. Misi dan matlamat dibina adalah jelas untuk
mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat, masyarakat yang saintifik dan
progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi dan
memandang jauh ke hadapan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi
tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
Justeru, bertunjangkan kepada elemen tersebut sistem pendidikan di negara kita
memerlukan satu lonjakan transformasi yang mampan bagi merealisasikan dasar
pendidikan negara dalam usaha menjadi sebuah negara maju mengikut
acuannya sendiri. Pada abad ke -21, Malaysia menghadapi pelbagai cabaran
dalaman dan luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan
perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Oleh itu, cabaran negara
dalam sistem pendidikan adalah untuk membangunkan satu sistem ekonomi
yang berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi. Kesannya, cabaran ini telah
mendorong negara untuk membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciriciri K-Worker, celik dan mahir dalam ICT, yang mampu bersaing pada peringkat
tempatan dan global serta memiliki jati diri yang tinggi. Perubahan yang amat
hebat dan pantas telah menyebabkan sistem pendidikan di Malaysia dalam abad
ke-21 turut berubah selaras dengan matlamat Wawasan 2020. Namun demikian,
perubahan yang berlaku seharusnya tidak bertentangan dengan matlamat
Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin melahirkan bangsa Malaysia yang
taat setia, bersatu I padu, beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan,
sejahtera, menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan
negara dan memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara (Jamil
Ahmad, 2008). Selain itu cabaran terbesar yang negara hadapi dalam sistem
pendidikan ialah cabaran dalam menyediakan tenaga pengajar yang berkualiti
dan berpengetahuan luas untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang dan
selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang ingin meningkatkan perindustrian
yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Bagi menyahut cabaran
Wawasan 2020, tenaga pengajar harus menyiapkan diri selaras dengan
perubahan sistem pendidikan negara dengan mengembangkan profesionalisme
perguruan yang idealistik untuk membangunkan generasi muda yang celik
budaya, mempunyai kualiti sosial dan moral yang tinggi, bersifat futuristik dan
positif untuk mencapai kemajuan dan perubahan. Oleh itu, pendidikan guru perlu
direformasikan bagi menyediakan guruguru yang berwibawa dengan ilmu
pengetahuan, mengamalkan sikap nilai dan falsafah pendidikan yang progresif.
Dalam masa yang saina, sistem pendidikan negara juga berhadapan dengan

cabaran menyediakan kurikulum dan aktiviti ko-kurikulum sekolah yang


bersesuaian dengan arus perubahan dunia. pendidikan. Pengisian dalam
kurikulum dan aktiviti ko-kurikulum menjadi penentu kepada perkembangan
konten dan jati diri pelajar. Perkembangan dunia tanpa sempadan telah
mewujudkan pelbagai masalah sosial. Hal ini kerana pelajar terdedah dengan
pelbagai maklumat sama ada dari media elektronik atau media cetak. Mereka
juga secara luas terdedah kepada akses maklumat daripada kemudahan
internet. Namun sangat membimbangkan kemudahan internet didapati lebih
cenderung mendorong pelajar untuk akses kepada pelbagai bentuk hiburan yang
negatif dari luar negara dan amat terpengaruh dengan budaya barat. Oleh yang
demikian perkembangan ini telah mendorong para perancang kurikulum dan kokurikulum pendidikan Malaysia untuk menyemak semula tahap keberkesanan
kurikulum dan aktiviti ko-kurikulum sekolah untuk menghadapi pelbagai
perubahan akibat pengaruh tersebut. Di samping itu, industri pendidikan negara
juga berhadapan dengan cabaran dalam menguruskan pendidikan di sekolah.
Seining dengan era digital yang semakin menular, negara telah melancarkan
Sekolah Bestart. Pengurusan pendidikan juga telah mengalami transformasi
yang agak radikal dalam perkembangan dunia global terutama dari segi
penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran. Pengurusan
sekolah lebih tertumpu kepada aspek teknologi dalam pengurusan pengajaran
dan pembelajaran. Keadaan ini telah mendorong pihak sekolah untuk
nienyediakan kemudahan ICT yang mencukupi dan mempunyai pelbagai
capaian seperti internet, kamera digital, pengimbas dan aplikasi Microsoft Office.
Kemudahan ini secara tidak langsung memudahkan guru dan pelajar untuk
belajar membina carta, melakukan persembahan multimedia, menyiapkan
lembaran kerja, menyisipkan data dan sebagainya. Namun demikian, perlu
disedari program pembestarian sekolah memerlukan guru yang profesional,
bersahsiah baik, bermotivasi, kreatif dan inovatif, menguasai kaedah pengajaran
dan berkemahiran dalam bidang ICT untuk mencapai matlamat penubuhan
sekolah bestari. Secara kesimpulannya perkembangan pendidikan di Malaysia
ternyata mengalami banyak cabaran transformasi, terutamanya sejak zaman
penjajahan hinggalah zaman selepas merdeka. Perkembangan masyarakat
seiring dengan perkembangan dasar negara yang sentiasa ditambahbaik bagi
memastikan keperluan rakyat terbela. Perubahan dalam sektor pendidikan
menjadi intipati penting dalam pengukuhan perpaduan negara ke arah yang lebih
baik kerana pendidikan menjadi peneraju pembentukan masyarakat pada masa
akan datang. Namun, walaupun banyak perubahan yang telah dilakukan,
kelemahan yang masih lagi wujud perlu diambil serius oleh pihak yang
berkenaan untuk menyelesaikannya dengan langkah segera. * Penulis adalah
Pensyarah Kanan di Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Universiti
Malaysia Sabah dan dapat dihubungi melalui solat5@yah