You are on page 1of 2

Cabaran dalam pendidikan dan Bahasa

Antara cabaran dalam pendidikan dan Bahasa Negara kita adalah


kepelbagaian sistem pendidikan yang melibatkan sekolah kebangsaan dan
sekolah vernacular. Isu sekolah vernacular di Malaysia tidak pernah selesai
dan kerap jadi kontroversi. Ini kerana sekolah vernacular di Malaysia tidak
mendapat layanan sama rata dengan sekolah kebangsaan. Kajian telah
menunjukkan bahawa sekolah vernacular tidak mengakibatkan polarisasi
antara etnik, meningkatkan daya saing Negara di peringkat antarabangsa dan
mengeratkan hubungan antara etnik Negara. Isu ini lebih fokus kepada
pendidikan Cina di Malaysia.
Tuntutan etnik Cina dari segi pendidikan
1. Mendapat layanan sama rata dengan Sekolah Kebangsaan.
2. Pendidikan Cina perlu dijadikan satu daripada aliran pendidikan Negara.
3. Bahasa Cina dijadikan salah satu Bahasa rasmi di Malaysia

Cabaran dan usaha menuntut layanan sama rata bagi pendidikan Cina
1. Memenuhi tiga rukun politik
a. Mempertahankan pendidikan Cina yang telah melibatkan 1300
SJKC.
b. Mempertahankan penerbitan akhbar Cina yang melibatkan 14
akhbar harian di Malaysia.
c. Mempertahankan persatuan Cina yang melibatkan 8000buah
persatuan Cina di Malaysia. Antara yang paling berpengaruh
adalah Dong Jiao Zong, Hua Zong dan Dong Zong.
2. Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina di Malaysia mengemukakan
Memorandum Pendidikan Persekutuan Malaya supaya Bahasa Cina,
Bahasa Tamil, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dijadikan Bahasa
rasmi dan mendapat layanan sama rata.
3. Persatuan Cina mendesak kerajaan menghapuskan Akta Pelajaran
1961 yang memberi kuasa mutlak kepada kerajaan untuk
menghapuskan Sekolah Jenis Kebangsaan.
4. Terdapat kumpulan dan persatuan yang tidak bersetuju dengan
kewujudan sekolah vernacular kerana menjejaskan usaha perpaduan
antara kaum. Hal ini dapat dilihat apabila pelajar Cina Sekolah
Kebangsaan lebih mudah bergaul dengan etnik lain berbanding pelajar
Cina Sekolah Jenis Kebangsaan.
5. Penglibatan parti-parti politik yang berasaskan etnik memburukkan
keadaan dalam usaha ke arah perpaduan nasional. Ini kerana setiap

etnik hanya akan memperjuangkan etnik masing-masing terutama


dalam hal yang melibatkan pendidikan dan Bahasa.

Kesan-kesan daripada usaha menuntut layanan sama rata bagi Pendidikan Cina
1. Terdapat 10% pelajar bukan etnik Cina yang bersekolah di Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina.
2. Datuk Seri Najib Razak menghapuskan Akta Pelajaran 1961 semasa beliau
merupakan Menteri Pelajaran(1995). (Keputusan ini meningkatkan purata
pelajar bukan etnik CIna yang bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
kepada 20%)
3. Membuka lebih banyak peluang bekerjasama dengan Negara China yang
merupakan kuasa besar ekonomi global dari segi perniagaan. Ini kerana
sekolah vernakular Cina menglahirkan pelajar yang dapat menguasai tiga
Bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Mandarin dan Bahasa Inggeris.
4. Menyelaraskan dasar pendidikan Negara dengan Falsafah Pendidikan
Negara yang menjadikan Bahasa kebangsaan sebagai Bahasa pengantar
utama,kurikulum kebangsaan dan peperiksaan yang sama.
5. Kerajaan memberi jaminan bahawa sekolah vernacular Cina akan terus
dipertahankan dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan
Negara.

You might also like