You are on page 1of 17

1

PEMBINAAN TALIAN ATAS


1.

Arah Mengolek Drum


a. Drum pengalir mestilah digolek mengikut arah yang ditunjukkan pada
drum pengalir.
b. Sekiranya drum pengalir digolek mengikut arah yang berlawanan,
pengalir di drum akan terombak daripada gulungnya

2.

Kedudukan Drum Pengalir


a. Drum pengalir ditempatkan samada di tiang tamatan atau tiang
pembahagian (tiang dimana konduktor pengalir ditamatkan). Kedudukan
drum tersebut lebih kurang lurus dengan tiang-tiang yang didirikan.
b. Untuk menyenangkan perjalanan drum pengalir semasa konduktor
pengalir dilarikan, drum tersebut hendaklah dibiarkan di dalam keadaan
tergantung.
c. Keadaan ini boleh didapati dengan memasukkan satu bar keluli kedalam
lubang drum pengalir dan ditempatkan pada jack drum.
d. Jack drum ditempatkan pada kawasan tanah yang padat serta rata.
e. Konduktor pengalir dikeluarkan dibahagian atas drum pengalir semasa
kerja-kerja merentang kabel dijalankan.
f. Pada drum pengalir tersebut juga hendaklah dibekalkan papan/kayu
sebagai penahan kelajuan drum semasa konduktor pengalir direntang.

3.

Perhatian Pada Konduktor Pengalir Aluminium


a. Pengalir aluminium tidak boleh dilarikan/direntang pada permukaan yang
kasar, kesat, keras atau pun tajam.
b. Pengalir aluminium tidak boleh ditarik diatas permukaan jalanraya, pagar
batu bata, keluli dan besi.
c. Pengalir aluminium juga tidak boleh dilarikan pada pendakap D yang
tidak berlapik.

Bingkai kayu pelari hendaklah ditempatkan diperantaraan pendakap D dan


penebat belenggu semasa merentang/memegang konduktor pengalir.

Cara-Cara Menanam Tiang


d. Menggali Lubang Tiang Kayu Bagi Tiang Sesalur Terus
Untuk mendirikan tiang kayu perlulah digali lubang berbentuk empatsegi
sama. Saiz ukuran lubang tersebut adalah bergantung kepada saiz yang
terdapat pada pangkal tiang kayu. Lubang ini digali lebih besar sedikit
supaya menyenangkan tiang tersebut diselaraskan kedudukannya supaya
lurus dan tegak.
Dalam lubang yang digali bergantung pada panjang tiang tersebut, jika
didapati panjang tiang melebehi daripada 10.5 meter, dalam lubang yang
digali ialah 1.8 meter dan sekiranya kurang daripada 10.5 meter
hendaklah ditanam 1.5 meter.
Pada satu bahagian lubang dibuat satu lubang alur yang luasnya sama
seperti satu permukaan tiang iaitu lebih kurang satu mata cangkul dan
mempunyai kecerunan 45 darjah pada lubang tersebut. Alur ini
digunakan bagi menyenangkan tiang tersebut didirikan.
e. Bahan-Bahan
i) Kawasan tanah

ii) Tiang kayu

f. Alat Perkakas
i) Cangkul
iii) Rod tenang

ii) Penggali
iv) Tali pengukur 30m/ pengukur 300mm

g. Aturcara
i) Pacakkan peg penanda pada tempat yang akan didirikan tiang
ii) Buat rangka lubang diparas tanah seperti rajah dibawah:

iii) Setelah rangka ini siap dibuat bolehlah digali lubang tersebut dengan
menggunakan cangkul dan penggali.
iv) Gali lubang tersebut sehingga dalamnya lebih kurang 1 meter,
kemudian gali lubang alur disatu bahagian lubang.
v) Kemudian gali terus lubang tersebut sehingga mendapatkan ukuran
yang perlu. Pada paras lebih kurang 1.2 meter daripada paras tanah
pangkal lubang alur hendaklah dibuat bagi mendapatkan
kecerunannya 45 darjah.
vi) Ukur lubang yang digali dengan menggunakan rod tenang. Cara
pengukuran ialah dengan meletakkan rod tenang ditengah-tengah
lubang. Bahagian tajam rod tenang hendaklah diletakkan menghala
keatas.
Cara-Cara Mendirikan Tiang
Langkah-langkah yang tertentu haruslah diikut apabila mendirikan tiangtiang elektrik. Tiang-tiang tersebut harus diselaraskan dengan menggunakan
tali yang diikat pada kepala tiang. Penyelarasan ini dilakukan supaya tiang
sentiasa berada didalam keadaan yang lurus semasa mendirikannya dan tidak
akan terjatuh ke kiri atau pun ke kanan.
Apabila tiang tersebut telah didirikan, kedudukan tiang mestilah didalam
keadaan yang tegak. Tegak tiang ini diperhatikan dengan menggunakan tali
pelambam. Tanah disekeliling tiang hendaklah ditumbuk setiap 150mm (6)
dengan penumbuk bumi supaya ianya padat dan tiang tidak akan tumbang.
Perhatian haruslah diambil daripada tiang yang terbenam didalam tanah
setelah didirikan.
a. Bahan-Bahan
i) Tiang
ii) Tali manila
iii) Papan longsor
iv) Lubang yang telah siap digali
b. Alat Perkakas
i) Penjulang tiang
ii) Cangkul/penggali

iii) Tali batu pelambam


iv) Penumbuk besi
c. Aturcara
i) Masukkan papan longsor dibelakang lubang tiang yang telah digali.
ii) Tolakkan tiang kayu sehingga pangkal tiangnya tersentuh dengan
papan longsor, selari dengan lubang alur lubang tiang.
iii) Angkat pada bahagian kepala tiang dan letakkan tiang tersebut pada
pemegang rod besi penjulang tiang dan seterusnya buat ikatan
bowling pada hujung tali dan dimasukkan kepala tiang diperantaraan
pendakap D di keempat-empat bahagian tiang. Semasa tiang tersebut
diangkat, seorang pekerja hendaklah memerhatikan dan memijak
bahagian pangkal tiang supaya ia dapat menurun melalui papan
gelongsor dengan senang.
iv) Dengan menggunakan tenaga manusia, tolak tiang tersebut dengan
menggunakan bahu dibahagian tiang yang terkeluar daripada lubang
alur oleh beberapa orang pekerja dan masukkan bingkai penjulang
tiang pada tiang tersebut. Semasa tolakan dibuat tali di kiri dan kanan
hendaklah diselaraskan supaya tiang sentiasa lurus.
v) Ulang langkah iv diatas disamping bantuan dengan rod kayu
penjulang tiang dihujung tiang.
vi) Ulang para 4 dan 5 sehingga tiang tersebut dinaikkan lebih daripada
45 darjah kemudian tarik tali dibahagian belakang tiang disamping
penolakan dilakukan juga dihadapan tiang sehingga tiang tersebut
betul-betul masuk ke dalam dengan sepenuhnya dan berada didalam
kedudukan tegak. Timbus semula lubang disekeliling tiang dan
padatkan tanah disekelilingnya.
vii)
Pada masa ini kerja-kerja mengorek lubang banyak
menggunakan jentera pengorek yang dipanggil auger. Alat auger ini
selalunya dipasang diatas sebuah lori khas. Memasukkan tiang,
selalunya tiang konkrit spun juga menggunakan kren yang juga
terpasang diatas lori yang sama.

Cara-Cara Memasang Pengalir


h. Sebelum pengalir boleh ditarik dan dipasang pada tiang, peralatan atas
tiang yang asas seperti bolt dan nut, D iron, penebat belenggu dan
umbang hendaklah dipasang dahulu.
i. Pengalir ditarik daripada drum pengalir dan dimasukkan kedalam
bingkah sentap (Snatch Block) ditiang pertama.
j. Pengalir tersebut ditarik kesetiap tiang dan ditempatkan diperantaraan
bingkah kayu pelari dan penebat belenggu dengan menggunakan tenaga
manusia.
Disetiap tiang sesalur lurus, belenggu U hendaklah ditukarkan
penggunaannya dengan pendakap D dan penebat belenggu buat
sementara semasa kerja-kerja menegang dan merentang pengalir.
k. Apabila konduktor pengalir telah ditarik hingga ke tiang penghabisan
seperti tiang tamatan, simpai tamatan dibuat dihujung pengalir (diatas
tanah) dan seterusnya dipasang pada pendakap D diatas tiang.
l. Setelah simpai tamatan tersebut dipasang dibahagian atas tiang, drum
pengalir hendaklah dipusing balik sehingga pengalir tadi lebih kurang
tegang.
m. Ditiang yang pertama tadi, come along tong, pull-lift dan konduktor
andoh dipasang pada konduktor pengalir.
n. Sebelum konduktor pengalir dipotong anggaraan panjang yang tertentu
hendaklah diberi untuk keperluan membuat simpai tamatan dan
konduktor lompatan.
o. Pemasangan talian yang lain dilarikan/direntang mengikut cara-cara yang
sama diatas sehinggalah kesemua konduktor siap tergantung ditiang,
sebelum kerja menegang pengalir dilakukan.

Keperluan Penegangan Talian


Pengalir mestilah ditegangkan dengan betul kerana:
p. sekirangya ia kurang tegang, mungkin kenduran menjadi lebih dan
kelegaan yang standad mungkin tidak dapat dicapai, sentuhan diantara
pengalir-pengalir aluminium tak bersalut boleh berlaku.
q. sekiranya tegangan berlebihan, daya pada pengalir, tiang dan umbang
mungkin melebihi dari beban kerja yang selamat, konduktor boleh
putus atau penebat umbang boleh pecah.
7.1 Tegangan Bunuh Dan Tegangan Bina (Killing & Erection Tension)
cara membuat tegangan bunuh dan bina
Saiz (mm)
7/4.39
7/3.10
3/3.35

Tegangan bunuh
KN
Lb
4.88
1096
2.42
544
1.22
274

Tegangan bina
KN
Lb
2.44
548
1.21
272
0.61
137

Nota: 1KN = 102 Kgf


7.2 Tegangan Bunuh
a.
b.
c.
d.

Dilakukan pada setiap pengalir yang baru dikeluarkan daripada drum


Tegangan bunuh dilakukan selama 1 jam (60 minit)
Konduktor dapat diluruskan
Lembar-lembar pengalir dapat diperkemaskan dan dirapatkan semula
supaya rintangan elektrik pada pengalir tersebut dapat dilkurangkan.

7.3 Tujuan Meluruskan Konduktor Pengalir


a. Supaya kadar pengembangan (apabila suhu panas) dari kadar penguncupan
(apabila suhu sejuk) bagi setiap konduktor mempunyai kadar yang sama.
b. Daripada keadaan berikut, jarak diantara konduktor (23cm) seperti
permulaan pembinaan boleh diperolehi walaupun ditinggalkan didalam
jangka masa yang lama.

Tegang Bina
a. Tegangan bina dilakukan selepas tegangan bunuh.
b. Tegangan ini akan dibiarkan selama-lamanya pada konduktor pengalir
didalam system talian atas.
c. Tegangan bina merupakan tegangan yang selamat yang mengesahkan
bahawa konduktor tersebut tidak akan mengalami kerosakan atau putus
dengan sendirinya walaupun keadaan cuaca buruk.
Cara Mengukur Tegangan Dengan Dynamometer Dan Papan Kenduran
a.

Kenduran didifinasikan sebagai jarak diantara labuhan konduktor yang


paling labuh, sehingga garisan lurus diantara konduktor yang
ditempatkan atau ditamatkan

b.

Tujuan melihat kenduran


Untuk mendapatkan tegangan-tegangan konduktor yang diperlukan,
iaitu sebagai pengganti kepada penggunaan jangka dynamometer.
Sebab jangka dynamometer TIDAK digunakan ialah harganya
mahal, sukar membaca nilai tegangan ketika sedang melakukan
kerja dan memerlukan perhatian yang teliti apabila melakukan kerjakerja keatas jangka dynamometer.

Carta Kenduran
Span (m)
30
35
40
45
50
55

Kenduran Bunuh
(mm)
65
90
115
145
180
220

Kenduran Bina (mm)


130
180
230
290
360
440

Cara mendapat carta kenduran


Cara kiraan
Dengan menggunakan formula
K = WL2
8T
dimana K = Kenduran
L = Span (dalam meter)
T = Tegangan (bunuh/bina)
W= Berat dawai dalam 1m (kg/m)
Contoh 1
Saiz konduktor 100mm2
Berat konduktor 1m = 0.29 kg/m
Tegangan bunuh = 500 kg
Katalah span = 50m
K

= 0.29 x 50 x 50
8 x 500
= 0.181 meter
= 180 milimeter

Contoh 2
Saiz konduktor 50 mm2
Berat konduktor 1m = 0.145 kg/m
Tegangan bunuh = 248 kg
K

= 0.145 x 50 x 50
8 x 248
= 0.182 meter
= 180 milimeter

10

Contoh 3
Saiz konduktor 25 mm2
Berat konduktor 1 meter = 0.072 kg/m
Tegangan bina = 62 kg
Katalah span = 50 m
K

= 0.072 x 50 x 50
8 X 62
= 0.362 meter
= 360 milimeter

Cara Amali
a. Satu pembinaan talian atas hendaklah dibina mengikut jarak-jarak span
berikut seperti 30m, 35m, 40m, 45m, 50m dan maksima 55m.
b. Konduktor pengalir 100mm direntang seperti dalam rajah. Pada bahagian
hujung dipasang alat-alat tegangan dan jangka dynamometer.
c. Tegangan-tegangan konduktor boleh dilakukan iaitu tegangan bunuh/bina
dengan melihat nilai tegangan pada jangka tersebut.
d. Kemudian nilai-nilai kenduran dicatatkan pada tiap-tiap span bagi tiap-tiap
tegangan tersebut.
e. Konduktor untuk 50mm dan 25mm dilakukan dengan cara yang sama untuk
mendapatkan kenduran bunuh/bina konduktor tersebut.
f. Daripada ujian ini didapati nilai kenduran bunuh/bina bagi konduktorkonduktor tersebut lebih kurang sama dengan carta kenduran.
Pemilihan Span Untuk Melihat Kenduran
a. secara praktiknya diketahui tegangan konduktor didapati dengan cara
melihat kenduran
b. didalam satu pembinaan talian atas (dalam satu bahagian), hanya satu span
sahaja yang dipilih untuk melihat kenduran
c. span yang dipilih untuk melihay kenduran adalah:
Jarak span yang paling panjang
Keadaan tanahnya rata

11

Kawasan span yang lapang, tiada objek menganggu penglihatan


Jarak Span Yang Panjang
a. Jarak span yang panjang sesuai dipilih disebabkan ukuran kendurannya lebih
labuh daripada span yang pendek. Contohnya bagi span 30 meter ukuran
bunuhnya 65mm tetapi bagi span 50 meter ukuran kenduran bunuhnya
180mm.
b. Dengan memilih jarak yang panjang, kenduran yang tepat dapat dilihat
dengan senang disebabkan labuhan konduktor yang bawah jelas kelihatan.
Keadaan tanah yang sama rata
a. Bagi tanah yang sama rata, labuhan dawai yang paling bawah terletak
dipertengahan jarak span tersebut
b. Dengan keadaan ini, papan kenduran dapat ditempatkan rapat pada tiang dan
kenduran dapat dilihat secara mendatar
c. Sekiranya pemilihan pada tanah yang tak sama rata, kenduran konduktor
terpaksa dilihat didalam keadaan yang bersudut (iaitu sudutnya sama seperti
kecerunan tanah)
Tempat Yang Lapang
a. Keadaan ini dipilih untuk mendapatkan satu penglihatan yang baik tanpa
gangguan
b. Span yang tidak mempunyai alat-alatan kerja
c. Span yang tidak terlindung dari cahaya dan lain-lain lagi
Melihat Dan Melakukan Kenduran
a. Jarak span yang akan dilihat kenduran mestilah diperolehi dan ukuran untuk
kenduran bunuh/bina didapati daripada carta kenduran.
b. Papan kenduran mestilah dipasang mengikut ukuran yang didapati daripada
pertengahan lubang yang pertama pada kedua-dua tiang di span tersebut
(bahagian yang berwarna berhadapan diantara satu sama lain).
c. Dengan memerhatikan kedua-dua papan kenduran dalam keadaan selari,
konduktor fasa merah ditegang sehingga kenduran ini (kenduran bunuh).
d. Kenduran konduktor-konduktor lain didapati dengan mengimbangi jarak
230mm diantara satu sama lain.
e. Kenduran bunuh (tegangan bunuh) ini dibiarkan selama 60 minit dan setiap
20 minit kenduran tersebut diperiksa dan diselaraskan jika perlu.

12

f. Selepas itu, baharulah papan kenduran diubah ke ukuran kenduran bina dan
konduktor fasa merah diselaraskan ke kenduran ini.
g. Konduktor-konduktor yang lain juga diselaraskan ke kenduran bina dengan
cara pengimbangan jarak 230mm diantara satu sama lain.
h. Setelah kesemua kenduran konduktor-konduktor diperolehi baharulah kerjakerja tamatan pengalir ditiang yang terdapat alat-alat tegangan dilakukan.
Melakukan Kerja-Kerja Simpai
a. Simpai tamatan mestilah dibuat terlebih dahulu ditiang yang terdapat alatalat tegangan.
b. Sebelum simpai tamatan ini dibuat, langkah-langkah berikut hendaklah
diiukti untuk mengelakkan daripada tegangan pengalir turun.
c. Konduktor hendaklah diluruskan selari dengan rantai pull-lift
d. Penebat belenggu hendaklah ditolak kehadapan
e. Lebihkan sedikit ukuran daripada tepi penebat belenggu (selalunya lebihan 2
jari dibuat) dan tandakan pada konduktor
f. Pada tanda tersebut bengkokkan untuk dawai simpai tamatan dilakukan.
Nota 1: Penanda pada konduktor (bahagian c) hendaklah dilakukan oleh seorang
pekerja sahaja untuk kesemua konduktor dan bengkokkan (bahagian d)
juga dilakukan oleh seorang pekerja sahaja untuk kesemua konduktor
bagi memastikan keseragaman.
Nota 2: Setelah simpai tamatan siap dibuat baharulah simpai-simpai dipertengahan
tiang dapat dilakukan iaitu simpai sesalur terus, simpai belenggu U dan
simpai sudut.
Nota 3: Tiang-tiang elektrik mestilah diselaraskan didalam keadaan yang tegak
sebelum simpai-simpai tersebut dibuat.

4.

Cara-Cara Memasang Umbang


a. Pada Tiang Tamatan

13

Oleh kerana pengalir mengalami tegangan, daya akan terdapat di talian,


umbang mestilah dibina didalam keadaan yang lurus dan selari didalam
satu garisan dengan talian pengalir yang direntang pada tiang tamatan.

b. Pada Tiang Sesalur Terus


Tegangan (daya) adalah sama nilainya dikedua belah tiang, umbang tidak
perlu dibina.

c. Tiang Sesalur Terus Bersudut


Kedudukan umbang mestilah ditempatkan didalam garisan yang selari
dengan daya keputusan (resultant force) yang terjadi disebabkan oleh
tegangan pengalir tersebut. Umbang mestilah dibina bertentangan dengan
daya keputusan (dengan cara bisecting).

14

i) Bisecting Dengan Jangka Sudut

ii) Bisecting Menggunakan Tali Pengukur

15

Berpandukan gambarajah diatas:

5.

Rod tenang No 2 dan No 3 hendaklah ditempatkan didalam garisan


yang sama sepertimana sesalur yang akan dibina.
Jarak diantara rod tenang No 1 ke No 2 dan rod tenang No 1 ke No
3 hendaklah sama dikedua-dua bahagian, katalah 3 meter.
Pancang keputusan boleh didapati dengan membuka tali pengukur,
lebih kurang 10 meter panjang.
Tempatkan angka 0 pada pancang No 2 dan angka 10m pada
pancang No 3.
Rentang tali sehingga tegang, pada angka 5m dan pancang
keputusan ditempatkan.
Kedudukan umbang yang betul bolehlah ditempatkan disetiap titik
didalam garisan lurus yang didapati diantara rod umbang No 1
sehingga pancang keputusan.
Carta Penentuan Umbang
Carta penentuan umbang adalah digunakan untuk sistem 3 fasa dan neutral
berserta sistem lampu jalan.

16

Jenis Tiang
Tamatan
Tiang bersudut
melebihi 60
10
20
30
45
60

Bilangan &
Saiz Umbang
2x7/3.25
4x7/3.25
1x7/2.65
1x7/2.65
1x7/3.25
2x7/3.25
2x7/3.25

Jarak Umbang Minima


4x100mm2+25mm2 4x50mm2+25mm2
6m
4.4m
6m
5.5m
3m
3.5m
4.5m
4.5m
6m

2m
3m
3.5m
4.5m
5.5m

Cara pembacaan carta umbang:


Contoh 1

Jika saiz pengalir yang digunakan ialah 4x100mm2 +25mm2

Sudut peralihan 30

Bilangan umbang yang perlu = satu (1)

Saiz umbang = 7/3.25mm

Jarak umbang minima untuk umbang biasa = 4.5m

Contoh 2

Jika saiz pengalir yang digunakan ialah 4x50mm2+25mm2


Sudut peralihan 50

17

Bilangan umbang yang perlu = dua (2)


Saiz konduktor umbang = 7/3.25mm
Jarak umbang minima untuk umbang biasa = 5.5m