You are on page 1of 9

KENALI WARISAN BANGSA

NAMA: AKILAN ARAVINTHAN


KELAS: 4 EFISIEN

TERENGGANU

WAU
Permainan layang-layang, juga dikenali dengan nama wau merupakan satu aktiviti
menerbangkan layang-layang tersebut di udara. Perkataan wau dikatakan berasal dari
perkataan kerajaan Melayu Pattani (Thai) memandangkan negeri
seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.
Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di pantai
barat dan selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat
dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad
bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja. Selain itu
kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat
pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut
akan menghasilkan bunyi "wau" secara berirama.
Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelbagai peringkat umur. Permainan
wau juga diadakan untuk pertandingan. Pertandingan yang melihat bentuk
kecantikannya diukur dari segi keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna,
keaslian ciptaan dan ukurannya.

SABAH

GUNUNG KINABALU
Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di
Malaysia dan puncak tertinggi di Asia Tenggara yang ketinggiannya mencecah
4,095 meter dari aras laut.[1]
Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan adalah yang tertinggi
di Asia Tenggara. Ini adalah keranaHkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang
terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak Jaya, Puncak Trikora,
dan Puncak Mandala pula terletak dibenua Oseania.
Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian Gunung Kinabalu di Asia
Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia
Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai
puncak tertinggi di Oseania.[2] Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian
daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian daripada Oseania
- disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.
Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan dipterokarp bukit, hutan dipterokarp
atas, hutan montane dan hutan ericaceous atau hutan gunung.
Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang
tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan
gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung
Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan
masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat
bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.

JOHOR

TARIAN KUDA KEPANG


Tarian Kuda Kepang merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa
dengan pengaruh Islam. Ciri Jawa itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur Islam jelas pada jalan cerita itu
semasa ditarikan iaitu mengisahkan peperangan Rasulullah dan para sahabat. Dikatakan bahawa tarian ini
diperkenalkan oleh pendakwah Islam sebagai cara menarik penduduk setempat agar datang beramai-ramai
menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah akan menyampaikan dakwah mereka sebelum atau selepas
persembahan.
Tarian Kuda kepang amat digemari oleh penduduk Johor, terutamanya dari keturunan Jawa. Kuda kepang ini
biasanya dibuat dari anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang
dianyam atau kulit binatang yang diwarnakan untuk menjadi lebih menarik.
Lazimnya terdapat 10 hingga 15 orang penari bagi setiap kumpulan penari kuda kepang yang biasanya akan
mempunyai seorang ketua. Pada peringkat awalnya, semua gerak geri penari adalah atas arahan dayang yang
menggunakan tali untuk mengawal permainan. Tarian ini biasanya dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian untuk
memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di
hari-hari perayaan. Pada masa dahulu terdapat banyak pantang larang bagi mereka yang menonton persembahan
kuda kepang seperti tidak mencaci penarinya atau akan menimpa musibah.

MELAKA

BECA
Cara yang terbaik untuk bersukaria dan menghayati panorama Bandar Melaka dengan berjalan perlahan-lahan
sambil duduk berehat menaiki beca.
Beca ini akan membawa anda melalui jalan-jalan dan lorong-lorong di pusat bandar bersejarah ini yang selalunya
akan tertinggal sekiranya anda mengambil keputusan untuk berjalan sendiri.
Beca ini boleh disewa mengikut jam ataupun mengikut jarak perjalanan dan ia berpengkalan di Bangunan Stadthuys.

You might also like