You are on page 1of 3

UCAPAN PENGUMUMAN

Kuntum melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1
Malaysia.
UCAPAN PROTOKOL
Yang Berusaha
Tuan Haji Murtaza Bin Abu Bakar,
Pengetua SMK Dato Mohd Taha
Yang Dihormati,
Guru-guru Penolong Kanan,
Guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati sekalian.
Biji selasih boleh dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri
Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta mengalu-alukan
kehadiran yang berbahagia YDP PIBG, En Mazlan Bin Yusoff ke Majlis
Perpisahan Badan Pengawas 2015. Majlis juga mengucapkan selamat datang
kepada semua para guru serta hadirin yang dimuliakan.
UCAPAN PEMBUKAAN
Kalau pergi ke Tanjung Keramat
Singgah sebentar rumah Cik Samad
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat
Sebelum meneruskan majlis, marilah kita bersama-sama membaca surah
ummul kitab. Al Fatihah. semoga program yang dijalankan pada pagi ini
mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah swt.
Atau
Bagi memberkati majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat.
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Saudara Zairel
SYAZWANI RADZI

Syafiq Bin Zainurin untuk memimpim bacaan doa. Dengan segala


hormatnya dipersilakan.
******************************************************************************
Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas pimpinan bacaan doa itu
tadi.
Hadirin yang dihormati,
Bagi meneruskan majlis pada petang ini, dimulakan dengan ucapan alualuan oleh Ketua Pengawas SMK Dato Mohd Taha, Saudara Amyrul Aiman
Bin Norizan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
******************************************************************************
Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan yang disampaikan sebentar
tadi.
Hadirin yang dihormati sekalian,
seterusnya majlis dengan hormatnya menjemput En Hafiz Bin Md Yasin
mewakili Guru Disiplin SMK Dato Mohd Taha untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
******************************************************************************
Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan yang disampaikan sebentar
tadi.
Hadirin yang dihormati sekalian, seterusnya majlis dengan hormatnya
menjemput dan mempersilakan Tn Hj Murtaza Bin Abu Bakar, Pengetua SMK
Dato Mohd Taha untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Majis Perpisahan Badan Pengawas bagi Sesi 2015. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.
******************************************************************************
Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas ucapan dan kesudian
merasmikan majlis sebentar tadi.
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan Penyampaian Sijil Penghargaan kepada pengawas
Tingkatan 6 dan Tingkatan 5.
Untuk menyampaikan sijil, dipersilakan En Muzafar Nor Bin Muris, Guru
Penolong Kanan HEM menjemput dan mengiringi Tuan Pengetua, Tn Hj
Murtaza Bin Hj Abu Bakar untuk
menyampaikan sijil penghargaan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan,
SYAZWANI RADZI

Ketua Pengawas, Amyrul Aiman Bin Norhakim


Penolong Ketua Pengawas unit Pengurusan Disiplin, Chong Shirley
Penolong Ketua Pengawas unit Kawalan kehadiran sekolah, Alexander
Sesupillai A/L Arulsamy
Penolong Ketua Pengawas unit kawalan keselamatan Blok, Fatin Khaliesah Bt
Rahman Ali
Penolong Ketua Pengawas unit pengurusan perhimpunan, Vitiya Sri A/P
Thayalan
Seterusnya majlis menjemput,
(baca nama pengawas mengikut senarai nama)
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan hj Murtaza Bin Abu
Bakar atas kesudian menyampaikan sijil itu tadi.
******************************************************************************
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Pada hadirin dan hadirat
dipersilakan menjamu selera.
Sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullah w.b.t

SYAZWANI RADZI