You are on page 1of 8

Tajuk 8

MOTIVASI DAN PEMBELAJARAN

Sinopsis
Tajuk dalam modul ini akan membincangkan berkaitan dengan konsep motivasi, jenis-jenis
motivasi, pespektif motivasi berdasarkan hierarki keperluan Maslow dan teori peneguhan
perlakuan Skinner.

Kesan motivasi terhadap murid-murid juga akan dibincangkan. Juga

akan diterangkan tentang cara bagaimana guru-guru dapat meningkatkan motivasi muridmurid serta implikasi motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Hasil Pembelajaran
Setelah mempelajari modul ini, adalah diharapkan pelajar-pelajar dapat:
1. Menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi individu-individu
2. Memberi penilaian kesan positif dan kesan negatif motivasi
3. Membincangkan cara-cara guru dapat memotivasikan murid-murid untuk mencapai
kecemerlangan akademik

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini


MOTIVASI

Konsep motivasi

Jenis-jenis
motivasi

Teori Motivasi

114

Cara-cara Guru
Meningkatkan
Motivasi

Rajah 8: Mengapa kanak-kanak ini berlari?


Sila lihat Rajah 8. Mengapa kanak-kanak dalam gambar berlari? Apa yang mendorong
mereka berbuat demikian?
8.1

Konsep Motivasi

Motivasi ialah suatu keadaan dalam diri manusia seperti keperluan, kehendak, atau
kemahuan

yang

menggerakkan

tingkah

laku

dan

mendorong

seseorang

untuk

melaksanakan sesuatu. Ianya menentukan bagaimana giatnya seseorang melibatkan diiri


dalam sebarang bidang seperti nyanyian, pembelajaran, permainan dan sebagainya.
Motivasi adalah rangsangan yang disebabkan oleh dua faktor iaitu motif dan insentif. Motif
didefinisikan sebagai sebab atau kehendak yang membangkitkan seseorang untuk
bertindak.

Sebaliknya

insentif

pula,

merupakan

faktor

penggerak

dalaman

yang

menggerakkan individu itu bertindak untuk mencapai ganjaran tertentu. Motif adalah lebih
penting daripada insentif untuk meransang murid-murid dalam proses pembelajaran. Motif
yang berasal dari dalam diri individu itu akan mendorongnya ke arah pembelajaran yang
lebih efektif
8.2

Jenis-jenis Motivasi

Terdapat dua jenis motivasi iaitu motivasi ekstrinsik dan motivasi Intrinsik.
(1)

Motivasi ekstrinsik diasaskan oleh ahli-ahli behavouris dan melibatkan insentif luaran
seperti memberi ganjaran dan denda. Misalnya seorang murid belajar bertungkus
lumus kerana dia nahu memperoleh gred yang baik atau mahu mengelakkan daripada
didenda oleh ibu bapanya

(2)

Sebaliknya motivasi intrinsik yang diasaskan oleh mazhab kognitif, menekankan


faktor-faktor seperti azam diri, rasa ingin tahu, cabaran, dan usaha. Ia berdasarkan
115

andaian bahawa persepsi dan pemikiran kita tentang aktiviti atau peristiwa atau
sumber-sumber intrinsik, mempengaruhi cara kita memberi respons. Fikiran Bolehkah
saya berjaya atau Apa yang akan berlaku jika saya gagal? mungkin akan mendesak
kita untuk bekerja keras. Contohnya, Ali bertungkus lumus di sekolah kerana dia rasa
bahawa dia berkebolehan berbuat demikian. Di sini, jelas bahawa Ali bekerja keras
kerana kepercayaan atau pandangan akan kecekapannya sendiri dan bukan kerana
sebarang ganjaran.
8.3

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Motivasi

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi motivasi iaitu:

Kepercayaan seseorang tentang kebolehan untuk melakukan sesuatu atau


berjaya

Minat seseorang untuk melakukan sesuatu

Rasa ingin seseorang untuk mencari yang lebih tentang sesuatu

Keperluan untuk memperoleh maklumat atau menyelesaikan masalah

Keinginan untuk memahami sesuatu

Faktor-faktor ini mungkin telah memotivasikan seseorang untuk melakukan sesuatu


8.4

Teori-Teori Berkaitan Dengan Motivasi

(1)

Hieraki Keperluan Maslow


Maslow menggunakan teori untuk menerangkan motivasi manusia. Beliau berkata
bahawa jika kita mengalami keperluan yang belum memuaskan, maka kita akan
terasa tegang. Rasa tegang ini akan menyebabkan kita mencapai matlamat kita
supaya kita dapat mengurangkan ketegangan kita. Berdasarkan kepercayaan ini,
Maslow mengembangkan suatu hieraki tujuh keperluan (lihat Rajah 8.4 di bawah)

116

Keperluan untuk mengalami dan memahami keindahan


Estetika
Rasa ingin tahu, keperluan untuk memmuridi dunia
Keperluan untuk mengetahui

untuk menggunakan
secara penuh dan mengeksploitasikan bakat dan keupayaan
Keperluan Berusaha
untuk kesedaran
diri

Keperluan untuk harga diri

Hormat diri, rasa kecukupan, kecekapan

Keperluan untuk kasih sayang dan rasa kepunyaan


Kasih sayang, rasa diperlukan
Keperluan untuk keselamatan

Keinginan untuk keselamatan

Keperluan fisiologi
Makanan, minuman, tidur dan perlindungan

Rajah 8.4 : Hieraki Keperluan Maslow


Maslow telah mengklasifikasikan empat keperluan pertama (fisiologi, keselamatan,
kasih sayang, dan harga diri) sebagai keperluan kekurangan dan berhujah bahawa
semua manusia mengalami keperluan tersebut. Jika kita tidak memenuhi keempatempat keperluan pertama ini, maka motivasi kita untuk memenuhi subjek pada hari
tersebut boleh dihadkan secara besar. Jika salah seorang murid kita rasa tidak
disayangi dn tidak disukai oleh ibu bapanya, maka dia akan mendapati kesukaran
untuk memenuhi keperluan pengetahuan, estetik dan penyempurnaan kendiri.
Tiga keperluan yang akhir diklasifikasikan sebagai hidup atau keperluan pertumbuhan.
Seperti keperluan kekurangan, motivasi bertambah untuk memuaskan keperluan
hidup. Namun demikian, keperluan hidup tidk boleh dipuaskan sepenuhnya. Ketika
keperluan hidup dipenuhi secara sementara, maka motivasi terus bertambah untuk
mencari lebih banya kepuasan ( Henson & Eller, 1999)

(2)

Teori behavioris Skinner

117

Skinner mengandaikan bahawa kita mempunyai keperluan fisiologi asas seperti lapar,
dahaga dan seks yang memotivasi kita untuk melakukan sesuatu. Keperluan ini
dipenuhi oleh pengukuhan primer seperti makanan. Apabila keperluan ini dipenuhi,
peristiwa dan pengalaman tertentu dihubungkaitkan dengan penegas primer, mungkin
melalui plaziman klasik. Peristiwa yang berhubung kait ini mejadi pengukuhan
sekunder. Misalnya, keinginan dihubungkaitkan dengan makanan ketika kita
disuapkan dan dipupuk oleh ibu bapa kita. Anda mungkin ingat bahawa pengukuhan
ialah sesuatu yang berusaha untuk mendapatkannya. Oleh itu, menurut pandangan
behavioris, kita dimotivasikan untuk berkelakuan seperti yang berbuat untuk
memperoleh pengukuhan primer dan sekunder serta mengelakkan dendaan (Woolfolk,
1993 :338)
8.5

Kesan Motivasi Ke atas Murid

Terdapat beberapa kesan motivasi dinyatakan di bawah:


(a)

Kebimbangan: Adalah lazim bagi murid-murid untuk rasa bimbang atau gusar ketika
mereka menghadapi cabaran sekolah, seperti menjadi cemerlang dalam ujian.
Didapati bahawa kebanyakan murid yang berjaya mempunyai tahap kebimbangan
yang sederhana. Di sini kita lihat bahawa kebimbangan boleh menjadi salah satu
faktor dalam motivasi seseorang. Umumnya, dikatakan bahawa meningkatkan
kebimbangan akan mengurangkan pencapaian kerana kesulitan tugasan meningkat.

(b)

Perubahan sikap : Murid-murid akan mengubah sikap negatif mereka kepada positif
selepas dimotivasikan oleh guru. Oleh itu sikap positif terhadap sekolah dan
pembelajaran meningkatkan pencapaian.

(c)

Rasa Ingin tahu : Rasa ingin tahu boleh menjadi satu lagi faktor dalam motivasi
seseorang. Jadi, seorang guru harus selalu cuba memasukkan elemen rasa ingin
tahu kepada muridnya supaya murid akan bermotivasi untuk belajar.

(d)

Tumpuan Kawalan: Sesetengah orang mempunyai tumpuan kawalan dalaman


(mereka mempercayai bahawa mereka bertanggungjawab terhadap nasib mereka),
jadi mereka lebih gemar bertugas dalam situasi yang mana kemahiran dan usaha
akan membawa kejayaan. Sebaliknya, terdapat juga orang mempercayai orangorang

dan kuasa-kuasa di luar mereka mengawal mereka (kawalan tumpuan

luaran). Jadi mereka gemar untuk bertugas dalam situasi yang nasib menetukan
118

hasilnya. Kawalan tumpuan boleh dipengaruhi oleh tingkah laku orang lain.
Diskriminasi berterusan terhadap individu yang berkeperluan istimewa, misalnya
boleh memberi kesan terhadap persepsi kebolehan mereka sendiri untuk mengawal
hidup mereka (Woolfolk, 1993). Justeru, konsep tumpuan kawalan berguna dalam
hal meningkatkan pencapaian murid. Dengan memberi peneguhan semula secara
berhati-hati terhadap tingkah laku yang terpilih, anda boleh menambah baik
pembelajaran dan membantu murid mengembangkan konsep kendiri.
(e)

Ketakberdayaan yang dimuridi: Bagi sesetengah murid, peluang terbaik bagi


perubahan mungkin terdapat di dalam bilik darjah, dan jika peluang ini hilang, maka
mereka mungkin mengalami keadaan yang disebut ketakberdayaan yang dimuridi.
Oleh tu, kita mendapati murid-murid yang gagal berulang kali dalam sesuatu
peperiksaan atau dalam menyelesaikan satu masalah, misalnya akan rasa kecewa
dan langsung tidak akan mencuba lagi. Yang perlu dilakukan oleh guru adalah
membantu murid-murid ini untuk menilai kegagalan secara realistik lalu memberi
fokus pada hal meningkatkan usaha atau motivasi mereka.

8.6

Cara-cara Guru dapat Meningkatkan Motivasi Murid-murid

(a)

Suasana pengajaran dan pembelajaran : Guru-guru harus menyediakan suasana


yang kaya dan kondusif bagi murid-murid untuk pembelajaran mereka. Harus
terdapat pelbagai jeni sumber supaya mereka dimotivasikan untuk belajar.

(b)

Pembelajaran koperatif dan kolaboratif : Murid-murid yang berkerjasama akan


meningkatkan tahap motivasi kerana keperluan sosial, emosi murid serta keperluan
akademik merek diambil kira. Strategi ini akan membantu murid berkembang
sebagai satu kumpulan.

(c)

Pengukuhan semula: Pengukuhan positif atau negatif boleh

digunakan untuk

memotivasikan murid untuk belajar. Misalnya, tugasan-tugasan baik murid boleh


dipamerkan dalam bilik darjah untuk menggalakkan murid lain melakukan tugasan
yang baik.

8.7

Implikasi Motivasi terhadap Pengajaran dan Proses Pembelajaran


119

(sebelum, semasa, dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran)


(a)

Guru-guru harus sentiasa mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa, slamat


dan terjamin, agar murid-murid mempunyai tahap azam kendiri dan rasa
bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiiri.

(b)

Guru-guru harus berpegang pada kepercayaan bahawa setiap orang kanak-kanak


boleh belajar dengan baik di sekolah, tanpa mengambil kira latar belakang mereka
yang berbeza-beza. Dengan kepercayaan ini, guru-guru akan berikhtiar untuk
bekerja keras dan murid-murid juga akan dimotivasikan untuk belajar dan mendapat
pencapaian yang baik.

(c)

Guru-guru tidak harus terlalu menekankan motivasi luaran seperti ganjaran luaran
yang tidak akan membawa hasil yang diinginkan.

(d)

Guru-guru harus sentiasa menggunakan motivasi dalaman dalam pengajaran


mereka. Bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti pembelajaran haruslah berkaitan dengan
minat dan rasa ingin tahu murid. Umpamanya guru boleh menghubung kaitkan murid
dengan

kehidupannya,

menggunakan

nama

murid,

menggunakan

bahan

pembelajaran yang jelas dan menarik, dan sebagainya. Permainan dan teka silang
kata boleh digunakan untuk mencetuskan minat dalaman.
(e)

Murid atau aktiviti pembelajaran haruslah distrukturkan dengan cara mudah supaya
murid dapat mengikutinya. Murid dan aktiviti harus distrukturkan mengikut tahap
pengetahuan atau kemahiran murid.

(f)

Guru-guru harus juga selalu melayani keperluan murid, termasuk keperluan untuk
azam sendiri. Guru-guru boleh menugaskan murid untuk melakukan tugas yang
penting seperti mengedar dan mengutip buku dan kertas, menjaga sudut bacaan dan
lain-lain tugasan lagi.

TUGASAN TERARAH
Kenal pasti empat masalah tingkah laku murid di dalam bilik darjah anda.
Cadangkan teknik modifikasi tingkah laku yang dapat anda gunakan untuk
menangi masalah tingkah laku murid tersebut.

120

RUJUKAN
Arends, R.I. (2001), Learning to teach. Boston : McGraw Hill
Henson, K.T. & Eller,B.F. (1999). Educational psychology for effective teaching. Belmont
GA: Wadsorth Pub Co.
Santrock, J.W. (2001). Educational psychology. Boston: Mc GrawHill
Woolfolk,A.E. (1993). Educational psychology. Boston: Allyn and Bacon

121