You are on page 1of 6

PEMBELAJARAN MELALUI VISUAL

(Suatu Perspektif Dalam Pembelajaran)

Ahmad Fuad Muhammad1

Penggunaan visual adalah merupakan salah satu strategi yang amat


berkesan bagi membantu dan meningkatkan proses pembelajaran.
Kertas ini cuba membincangkan bagaimana pembelajaran melalui
visual boleh berlaku dan bagaimana pengajar boleh menggunakan
visual dengan lebih berkesan untuk meningkatkan pembelajaran.

Objektif Pembelajaran
Setelah memahami isi kandungan kertas ini, anda bertambah yakin
untuk:
1. Menghuraikan bagaimana teknologi visual pengajaran boleh
mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Menyenaraikan fungsi-fungsi spesifik visual dalam
pengajaran.
3. Merekabentuk alat bantu visual mengajar yang berkualiti.

Sebab-Sebab Menggunakan Visual Dalam


Pengajaran
Untuk Menghadapi Pelbagai Stail Pembelajaran
Alat bantu mengajar yang baik dapat menyediakan mesej-mesej
visual untuk pelajar-pelajar yang bersifat abstrak dan konkrit.
Untuk Memperluas Isi Kandungan
Sesuatu alat bantu mengajar visual yang baik mampu
menyokong dan memperluaskan isi kandungan. Alat bantu
mengajar tersebut mestilah relevan dan sepatutnya boleh
membantu pelajar memahami, menyakinkan, dan mengingati
maklumat yang dibentangkan.
Untuk Tumpu Perhatian
Alat bantu mengajar visual yang baik dapat menarik/menawan
perhatian pelajar-pelajar. Alat bantu mengajar visual boleh
memberi fokus kepada satu konsep yang kritikal dalam subjek
1 Perunding Latihan/Pendidikan (afuadm@gmail.com)

yang kompleks atau memberi penekanan kepada perkaraperkara yang diutamakan.


Untuk menjelaskan Pengajaran
Alat bantu mengajar visual juga membantu memberi penjelasan
kepada ajaran/arahan dengan menambah maklumat atau
memperluaskan ide-ide yang verbal.

Fungsi-Fungsi Utama Visual Dalam Pengajaran


1. Fungsi Perhiasan
Digunakan untuk menghias teks. Tiada kesan positif -malahan ada terdapat kesan-kesan negatif.
2. Fungsi Gambaran
Mempertingkatkan poses pengajaran dengan menyediakan
peluang kedua untuk pembelajaran berlaku.Visual tersebut
mestilah relevan dan dapat membantu pelajar memahami,
mempercayai, dan mengingati maklumat yang diajar.
3. Fungsi Organisasi
Menyediakan penyusunan teratur gambaran keseluruhan isi
kandungan. Menunjukkan bagaimana bahagian-bahgian
kandungan memperlengkapi keseluruhan pembentangan.
4. Fungsi Intepretasi/Penafsiran
Menjadikan perkara-perkara yang abstrak lebih konkrit dan
padat.
5. Fungsi Tranformasi (Perubahan bentuk/rupa)
Menyediakan satu visual yang mnemonik (sesuatu yang
senang diingati).

Impak Penggunaan Visual Keatas Pembelajaran


Kita belajar melalui Pancaindera ....
Apa Kita Belajar:
Melalui deria
Melalui deria
Melalui deria
Melalui deria
Melalui deria

Hasil Kajian
1.0%
1.5%
3.5%
11.0%
83.0%

RASA?
SENTUHAN?
BAU?
PENDENGARAN?
PENGLIHATAN?

Deria Visual/Penglihatan merupakan


berkuasa dalam pembelajaran.

pancaindera

yang

amat

Orang Mengingati sesuatu ...


Berapa banyak yang kita ingat:
Apa yang kita BACA?
Apa yang kita DENGAR?
Apa yang kita LIHAT?
Apa yang kita LIHAT dan DENGAR?
Apa yang kita KATA semasa kita CAKAP?
Apa yang kita KATA semasa kita BUAT?

Hasil Kajian
10%
20%
30%
50%
70%
90%

Kesan Visualisasi keatas Penangguhan Daya Mengingat


Kembali
(Delayed Recall)
Kaedah Mengajar
Hanya Memberitahu
Hanya Menunjukkan
Beritahu & Tunjuk

Ingat kembali 3 jam


70%
72%
85%

Ingat kembali 3 hari


10%
20%
65%

Perkara-Perkara Yang Diberi Pertimbangan Semasa


Merekabentuk Visual Pengajaran
Persoalan-Persoalan Utama
1. Adakah bahan-bahan visual bersesuaian dengan objektif dan
isi kandungan?
2. Patutkah bahan visual terpakai digunakan semula?
3. Berapakah kos dan masa yang ada bagi menyediakan atau
mencari setiap item visual tersebut?
4. Adakah masaalah dalam kegunaan bahan-bahan visual?
Adakah anda mempunyai kemudahan-kemudahan, perkakasan
dan penyeliaan yang sesuai dalam penggunaan visual
tersebut?
Celik Grafik Pelajar
1. Sekiranya pelajar tidak celik grafik, maka konvensyen ini mesti
diajar supaya penggunaan grafik dalam visual akan berkesan.
Penggunaan Warna
1. Warna boleh meningkat dan mengekalkan perhatian pelajar.
2. Orang lebih suka pada visual yang berwarna warni.
3. Hanya terdapat sedikit sahaja perkaitan wujud antara
kecenderungan
pelajar
terhadap
visual
dan
tahap
pencapaiannya. Kajian mendapati tidak konklusif tentang
keberkesanan warna dalam visual.
Penggunaan Pemberi Isyarat (Cueing)
Digunakan untuk tumpu perhatian kepada bahagian-bahagian
kritikal yang ingin dipelajari.
Startegi-strategi pemberi isyarat (cueing) yang lazim digunakan
ialah:
"Contrast"
"Arrows"

"Underlining"

Saiz

Animasi

"Oddity"

Tekstur

Garisan

"Shading"

"Bordering" "Motion"

Persoalan

Kesan Optikal

"Novelty"

Koding Warna

"Labeling"

Saiz Font:
Tajuk (Title) - 44 points

"Encircling"

Ulangan

Teks (text) - 32 points


Subtext

- 28 points