You are on page 1of 30

SMK TUNKU ANUM TUNKU ABDUL RAHMAN

KUBANG PASU

NOVEL JULIA

NAMA : MOHD ISMAIL BIN AZMAN

KELAS : 4 KEMANUSIAAN 2
NAMA GURU : PUAN HAMIZAH BINTI OMAR
(HBO)

1
ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKASURAT
BIODATA PENGARANG
SINOPSIS
TEMA
PERSOALAN
WATAK DAN
PERWATAKAN
GAYA BAHASA
LATAR
PLOT DAN TEKNIK
PLOT
NILAI
PENGAJARAN

BIODATA PENGARANG
2
 Abu Hassan Morad dilahirkan pada 10 Mei 1957 di Chenok, Kedah.
 Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Jitra hingga Tingkatan
Tiga sebelum meneruskan pelajarannya di Sekolah Tuanku Abdul Rahman dan
Kolej Sultan Abd. Hamid, Alor Setar.
 Beliau yang pernah mengikuti latihan perguruan di Maktab Perguruan
Persekutuan, Pulau Pinang pernah menjadi guru sebelum melanjutkan pelajaran
di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling.
 Abu Hassan yang aktif dalam bidang penulisan sejak 1979 telah menghasilkan
18 buah novel kanak-kanak dan remaja serta 42 buah cerpen.
 Selain novel dan cerpen, beliau turut menghasilkan skrip drama, kritikan sastera,
dan rencana.
 Beliau banyak menyertai sayembara sastera dan memenangi beberapa
hadiah.Antaranya termasuklah:-
o hadiah penghargaan Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1987(Sabarlah Sayang)
o hadiah ketiga Sayembara Cerpen ESSO-GAPENA,1918(Tuk Din Tidak
Gila)
o hadiah ketiga Peraduan Menulis Buku Kanak-kanak, Jabatan Perdana
Menteri, 1990(Si Alang Budiman)
o hadiah kedua Pertandingan Menulis Novel Remaja, Hadiah Sastera
Utusan Melayu-Public Bank, 1996 dan 1997(Titian Rindu dan Natasya).
 Novel Julia yang dihasilkannya pula memenangi hadiah kedua Pertandingan
Menulis Novel Remaja, Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Public Bank, 1998.
 Abu Hassan yang menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Galeri Ilmu sejak 1995
banyak menjelajah ke luar negara seperti ke Bosnia-Herzegovina, Jordan,
Kemboja, Thailand, Vietnam, Arab Saudi, dan Australia.

KUPASAN BAB DEMI BAB


3
BAB 1

Ayah dan ibu mengambil keputusan untuk menghantar Julia belajar di Hidayah Islamic
College, Perth, Australia. Julia terperanjat dengan keputusan itu namun dia tetap akur
dengan keputusan tersebut. Ibu bersama dengan Julia berangkat ke Perth dengan
menaiki pesawat Boeing 777. Ayah tidak dapat pergi bersama kerana sibuk. Kesibukan
ayah bertambah kerana ayah sudah beristeri muda. Semasa penerbangan selama lima
jam, Julia teringat akan adik-adiknya serta kawan-kawannya. Julia terlanggar Jun,
seorang pemuda Cina semasa hendak ke bilik air.

BAB 2

Di Perth, Julia dan ibunya menumpang di rumah sewa Pak Cik Khairil dan Mak Cik
Nadia. Julia bimbang akan gagal dalam pelajaran kerana Julia tidak mahir berbahasa
Inggeris. Julia tertarik oleh keindahan bandar Perth dan pembangunannya yang
dirancang rapi. Warga tuanya pula berbeza daripada warga tua di Malaysia. Warga tua
di Perth dibantu oleh pertubuhan sukarela dan kehidupan mereka terpelihara. Julia
teringat akan Rashid yang berniat jahat terhadapnya. Jiwa Julia bergelora kerana
terpaksa berubah daripada seorang gadis yang bergaul bebas kepada gadis yang
pendiam, bersopan-santun, dan berakhlak mulia. Ketika Julia berada di kedai buku
Collin Booksellers, sekali lagi Julia terserempak dengan Jun.

BAB 3

Julia mulai sedar akan hikmah berpisah dengan rakan-rakan jalanannya, iaitu Rashid,
Muna, Jef, Han, dan Wei. Julia telah mendaftarkan diri di Hidayah Islamic College. Julia
berasa gembira pada hari pertama persekolahannya. Julia teringat akan Jun dan
kenangan baru di bandar Perth. Kenangan baru yang indah dapat menenggelamkan
kenangan lamanya yang pahit di Kuala Lumpur.

4
BAB 4

Julia gembira kerana dapat menyesuaikan diri dengan kawan-kawan di dalam kelas.
Kawan-kawannya menerima kehadiran Julia dan melayannya dengan mesra dan
sopan. Julia dapat merasakan betapa besar erti persaudaraan dalam Islam. Julia
terharu terhadap layanan Safiyya, Sadia, dan kawan-kawannya yang lain terhadapnya.
Mereka tidak tahu bahawa Julia yang dihormati itu telah hampir terjerumus ke lembah
maksiat. Julia dapat juga merasakan kemuliaan hati ibunya yang menerima
perkahwinan ayahnya dengan Ummi Sarah dengan hati yang terbuka.

BAB 5

Harga saham di Bursa Saham Kuala Lumpur ditutup rendah. Keadaan jerebu semakin
serius dan perniagaan BMPRO Holding Sdn. Bhd. yang berasaskan pelancongan tentu
menghadapi masalah. Ibu akan pulang dan menasihati Julia supaya mengikuti
perkembangan BMPRO kerana suatu hari nanti Julialah yang akan mengambil alih
perniagaan BMPRO Holding. Melalui ayahnya, Julia mendapat tahu bahawa
perniagaan ayahnya semakin merosot. Kematian Tan Sri Yahaya menyebabkan
ayahnya kehilangan tempat mendapatkan nasihat. Kemudian, Julia mendapat hadiah
daripada Jun yang dibawa pulang oleh Mak Cik Nadia.

BAB 6

Sudah dua tahun Julia belajar di Hidayah Islamic college. Julia sangat aktif di dalam
kelas. Pada waktu itulah,Julia menerima berita kemalangan ayah dan ibunya yang
berlaku di Karak. Di lapangan terbang, Julia berdoa agar ayah dan ibunya selamat. Jun
muncul di hadapan Julia. Kebetulan Jun juga akan pulang ke Kuala Lumpur. Akhirnya,
Julia menerima takdir kematian ayah dan ibunya dengan linangan air mata.

5
BAB 7

Kematian Datuk Bakar dianggap suatu kehilangan besar kepada negara, sama
kesannya dengan kematian Tan Sri Yahaya. Julia harus memahami hakikat tersebut.
Keadaan di rumah Julia masih muram. Nenek Maryam masih tinggal di rumah Julia.
Julia teringat akan pesanan ayah dan ibunya ketika membuat keputusan hendak
menghantar Julia belajar di Perth. Julia diminta oleh ayah dan ibunya supaya bersedia
menjadi ketua keluarga sekiranya sesuatu berlaku kepada mereka. Jun menelefon Julia
lalu menawarkan pertolongan kepadanya. Julia teringat akan ugutan Rashid supaya
Julia terus berkawan kepadanya.

BAB 8

Pada hari kesembilan belas kematian ayah dan ibunya, Julia sudah dapat membina
kekuatan diri. Julia teringat akan kedatangan Rashid ke rumah dan gaya samsengnya
menyebabkan nenek membuat laporan polis. Julia terpaksa meninggalkan pelajarannya
kerana hendak mengambil alih perniagaan ayahnya. Julia membaca e-mel yang
dihantar oleh Jun dan Saffiya. Ummi Sarah, isteri muda ayahnya datang ke rumah
untuk menjelaskan kedudukannya dalam Butik BMPRO Sdn. Bhd. Ummi Sarah hanya
menjalankan perniagaan. Butik itu memang milik Julia dan adik-adiknya.

BAB 9

Julia hadir buat kali pertama di pejabat BMPRO Holding Sdn. Bhd. sebagai pengerusi
syarikat. Julia berasa berdebar-debar tetapi terpaksa membina keyakinan diri. Julia
disambut dengan senyuman dan ucapan selamat datang oleh staf BMPRO Holding.
Ucapan pertama Julia mendapat tepukan gemuruh daripada seluruh staf. Julia
diperkenalkan kepada setiausahanya dan pengurus syarikat kecuali Syed Mustaffa
yang tidak dapat hadir. Pada hari itu juga, Julia terpaksa berjumpa dengan tiga orang
wartawan Utusan yang ingin menemuramahnya.

6
BAB 10

Julia teringat akan temuramah dengan wartawan semalam. Berita yang keluar pada
hari ini sangat positif yang dapat membina keyakinan orang ramai dan usahawan
terhadap BMPRO Holding. Jun menghubungi Julia dan mengucapkan tahniah tentang
berita yang keluar dalam akhbar hari ini. Syed Mustaffa menuntut supaya Butik BMPRO
Sdn. Bhd. diserahkan kepadanya. Julia tidak membuat keputusan tetapi menyerahkan
masalah itu kepada peguam syarikat. Sebenarnya, BMPRO Holding menghadapi
masalah aliran wang tunai dan Julia terpaksa mengadakan mesyuarat Lembaga
Pengarah.

BAB 11

Julia teringat akan lawatan ke Katanning untuk menziarahi keluarga Sadia. Lawatan itu
memberikan kesedaran kepada Julia tentang perjalanan hidup yang belum pasti pada
masa hadapan. Melalui e-mel, Julia mendapat tahu bahawa Sadia mendapat adik
kembar. Brother Haroun menasihati Julia supaya bertawakal dan Rashid pula
memohon maaf atas kekasarannya dahulu. Julia menghubungi Ummi Sarah kerana
tidak dapat melawat Butik BMPRO. Julia menyerahkan pengurusan butik tersebut
sepenuhnya kepada Ummi Sarah.

BAB 12

Julia menumpukan perhatian kepada masalah BMPRO Transport yang merosot


perniagaannya. Julia bimbang kerana kutipan tidak dapat menampung kos operasi.
Julia teringat akan nasihat Jun supaya banyak membaca dan mengurus syarikat
dengan menggunakan ilmu. Pertemuan dengan Pengarah Urusan Cinta Sejati Travel &
Tours milik kelarga Jun, diharapkan dapat mewujudkan kerjasama yang
menguntungkan kedua-dua belah pihak. Julia akan menghadiri kursus ‘homestay’ di
Seri Malaysia anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia.
Julia pergi dengan menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Banting.

7
BAB 13

Cabaran yang terpaksa diharungi oleh Julia semakin hebat. Encik Hashim, Pengurus
besar BMPRO Holding meletakkan jawatan. Hati Julia risau tetapi dengan membaca
buku Membujur Lalu…Suatu Pengalaman Orang Melayu dalam Pengurusan yang
dihadiahkan oleh Jun, Julia mendapat sedikit kekuatan untuk menghadapi situasi yang
rumit. Encik Baharom marah kepada Julia kerana melantik Datuk Jailani bagi
membantu memulihkan BMPRO Transport Sdn. Bhd. Sebenarnya, masalah BMPRO
Transport Sdn. Bhd. Disebabkan Encik Baharom sendiri yang tidak cekap dan
menyeleweng dan Julia telah membuktikan wujudnya penyelewengan itu semasa
menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Banting. Encik Baharom insaf dan Julia
memaafkannya.

BAB 14

Julia dan Jun akan melaksanakan program ‘homestay’ di daerah Kubang Pasu, iaitu
kawasan parlimen Perdana Menteri. Program ini menggunakan keindahan alam semula
jadi, kemajuan, dan kemudahan yang sedia ada untuk menarik pelancong. Perdana
Menteri sendiri akan melancarkan program ‘homestay’ di Felda Guar Napai. Unit
Perancangan Ekonomi Negeri Kedah sedia membantu. Penduduk-penduduk kampong
juga akan mengambil bahagian sebagai keluarga angkat pelancong. Julia senang hati
terhadap Jun yang berada di sisinya.

BAB 15

Julia mendapat tahu bahawa Rashid ditangkap oleh polis kerana disyaki mengedar
dadah. Julia teringat akan perbualannya dengan Rashid, Mona dan Han yang
senantiasa mengganggu perasaannya. Julia amat tertarik akan watak Jun yang tampan
dan senantiasa berterus terang. Sayangnya, perbezaan agama membataskan
hubungan mereka. Julia ke pejabat Encik Ibrahim di kementerian Kebudayaan,
Kesenian, dan Pelancongan Malaysia. Pegawai kementerian tersebut mencadangkan
supaya mereka menyediakan sepasang pengantin dan mengadakan kenduri-kendara
mengikut adat orang Melayu untuk menarik pelancong.

8
BAB 16

Pagi itu, Julia bersembahyang subuh berjemaah dengan Adi. Julia berharap agar Adi
akan mengambil alih perniagaan apabila dewasa kelak. Mereka mendengar kuliah
Subuh yang disampaikan oleh nenek. Pagi itu juga, mereka akan menziarahi kubur
ayah dan ibu mereka. Julia teringat akan pertemuannya semalam dengan keluarga Jun
di Restoran Fui Gui, Hotel Istana. Semasa berada di tanah perkuburan, Jun dating
menemui Julia dengan memakai baju Melayu. Jun berterus terang kepada Julia bahawa
dia telah lama memeluk agama Islam. Julia amat gembira.

BAB 17

Lima puluh orang pelancong dari Jepun, Korea Selatan, dan Australia mengambil
bahagian. Pelancong akan menyambut ketibaan Perdana Menteri, menyertai sukaneka,
dan menyaksikan majlis perkahwinan yang bersejarah. Jun dan Julia sudah dinikahkan
dua hari yang lalu. Julia tidak dapat menyambut ketibaan Perdana Menteri kerana
berada di atas pelamin bersama dengan suaminya, Jun.

TEMA

 Novel Julia karya Abu Hassan Morad


memaparkan tema kegigihan kaum wanita apabila menghadapi
cabaran dalam pengurusan perniagaan.
 Julia gadis remaja yang berusia dua puluh satu tahun, telah mengambil alih
perniagaan ayahnya yang sedang mengalami kemerosotan.
 Kemerosotan perniagaan BMPRO Holding Sdn. Bhd. Dan anak syarikatnya
berpunca daripada masalah kegawatan ekonomi dan jerebu yang melanda

9
negara. Di samping itu, faktor kematian Tan Sri Yahaya, penyelewengan, dan
kurangnya kecekapan telah memburukkan keadaan.
 Julia berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan perniagaan
ayahnya melalui pembacaan buku, membina keyakinan diri, menghadiri kursus
‘homestay’, menghapuskan penyelewengan yang berlaku dalam syarikat, dan
bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan.
 Julia bekerjasama dengan syarikat perniagaan keluarga Jun, iaitu Cinta Sejati
Travel & Tours untuk menarik pelancong yang lebih banyak ke Malaysia.Julia
bijak bertindak dengan mempelbagaikan kaedah perniagaan, mengenal pasti
masalah syarikat, melaksanakan wawasan syarikat,, dan setiap kakitangan pula
berhak memberikan pandangan serta mengetahui perkembangan syarikat.
 Berkat kegigihannya, keberaniannya menghadapi cabaran,
kesanggupannya mengetepikan segala masalah peribadi, serta sokongan
yang padu daripada Jun, Julia Berjaya mengadakan program ‘homestay’ di
daerah Kubang Pasu. Kejayaan tersebut menandakan bahawa masalah
kegawatan dalam perniagaan yang berasaskan pelancongan sudah berakhir
kerana program tersebut Berjaya menarik kedatangan pelancong ke negara ini.

PERSOALAN

Terdapat beberapa persoalan yang berkait rapat denga tema berkenaan, iaitu:-

 Remaja yang runtuh akhlak kerana pergaulan yang bebas.

o Rashid, Julia, Muna, Han, Wei, dan Jef bergaul bebas. Mereka melepak,
meronda, dan membuang masa tanpa melakukan kerja yang berfaedah.
o Rashid senantiasa mengajak Julia yang telah insaf supaya berfoya-foya
dengannya. Rashid tidak mahu perhubungan antara lelaki dengan wanita

10
dibatasi oleh agama. Akhirnya, Rashid ditangkap oleh polis kerana disyaki
mengedar dadah.

 Pendidikan agama dapat mengubah watak remaja dan


membentuk peribadi yang mulia.

o Julia mendapat pendidikan agama di Hidayah Islamic College, Perth,


Australia. Di sini, Julia bergaul dengan pelajar-pelajar perempuan yang
memakai tudung, bersopan, dan berakhlak mulia. Julia insaf akan
perbuatannya yang terdahulu.
o Melalui pendidikan agama, Julia dapat memahami erti kehidupan
sebenarnya. Julia memahami betapa besarnya erti persaudaraan dalam
Islam. Julia dihormati oleh kawan-kawan dan mereka menyambut
kedatangan Julia dengan mesra.
o Watak Julia berubah setelah mendapat pendidikan agama. Julia Berjaya
membentuk ketahanan diri dan dapat menolak perbuatan maksiat. Dalam
bidang perniagaan, Julia tidak mementingkan keuntungan semata-mata
tetapi juga mentitikberatkan keadilan social. Julia sanggup memendamkan
cintanya terhadap Jun kerana perbezaan agama. Tetapi, apabila Julia
mengetahui Jun telah lama memeluk Islam, Julia amat gembira kerana
tiada lagi benteng agama yang memisahkan mereka.

 Keindahan bandar Perth dan warganya yang berhati mulia

o Julia tertarik oleh keindahan King’s Park, ketenangan sungai Swan,


pembangunan Bandar yang teratur, rumah, dan berjenis-jenis pokok
bunga yang cantik.
o Warga kota di Perth senantiasa menghormati orang asing yang dating ke
tempat mereka. Seorang perempuan tua memberikan hormat kepada
Julia semasa melintas di hadapan Julia.
o Warga tua di Madison Garden, Perth dibantu oleh aktivis sukarela. Jikalau
ada warga tua yang uzur, ada aktivis yang membantu mereka di bawah

11
agensi kebajikan. Warga tua diberi elaun khas juga. Sumbangan yang
mulia ini menyebabkan warga tua kelihatan kemas dan terjaga.

 Masalah jerebu dan kegawatan ekonomi mengakibatkan


kemerosotan dalam industri pelancongan.

o Kegawatan ekonomi yang melanda Malaysia mengakibatkan nilai ringgit jatuh


merudum. Sepatutnya, banyak pelancong luar negara dating ke Malaysia
kerana nilai mata wang asing di Malaysia tinggi. Tetapi, masalah jerebu yang
mengancam negara menyebabkan pelancong kurang datang ke Malaysia.
Liputan yang dibuat oleh pihak akhbar seolah-olah menyatakan bahawa
jerebu menjadi suatu malapetaka yang besar tambah memburukkan keadaan
lagi.
o Perniagaan BMPRO Holding Sdn. Bhd. Yang berasaskan pelancongan
menerima tamparan yang hebat. BMPRO Travel & Tours dan BMPRO
Transport Sdn. Bhd. Menghadapi masalah operasi kerana kekurangan wang
tunai. Pengurusan yang tidak cekap dalam menghadapi situasi semasa
menyebabkan perniagaan bertambah merosot.
o Sesuatu usaha mesti dilakukan untuk menggalakkan kedatangan pelancong
ke dalam Negara. Bantahan dihantar kepada pihak berkuasa supaya isu
jerebu tidak dibesar-besarkan. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Pelancongan menerajui usaha tersebut dengan mengadakan kursus dan
menggalakkan agensi-agensi pelancongan mengadakan program ‘homestay’.
Program ini bertujuan untuk menarik kedatangan pelancong dengan
menggunakan keindahan alam semula jadi serta kemudahan dan kemajuan
yang sedia ada di tempat-tempat yang tertentu .

 Kerjasama dalam perniagaan dapat mengeratkan hubungan dan


memajukan perniagaan.

o Datuk Bakar selalu mendapat khidmat nasihat daripada Tan Sri


Yahaya sekiranya ada apa-apa masalah. Tan Sri Yahaya semasa
hayatnya senantiasa memberikan tunjuk ajar, dorongan, dan menjadi
rakan perniagaan yan baik dengan Datuk Bakar.Kerjasama
diamalkan juga dalam Dewan Perniagaan Melayu untuk memajukan
perniagaan orang Melayu.
o Jun senantiasa menawarkan bantuan kepada Julia.Melalui Jun, Julia
mendapat sebuah buku bertajuk Membujur Lalu…Suatu Pengalaman
12
Orang Melayu dalam Pengurusan. Buku ini dapat memberikan
panduan kepada Julia untuk mengurus perniagaan. Kerjasama yang
paling berkesan ialah antara BMPRO Travel & Tours dengan Cinta
Sejati Travel & Tours hingga dapat melaksanakan program
‘homestay’ .
o Julia mendapat kerjasama daripada wartawan akhbar Utusan dengan
menyiarkan berita yang positif tentang diri Julia. Berita ini dapat
mengukuhkan kepercayaan orang ramai dan rakan niaga terhadap
BMPRO Holding Sdn. Bhd. Julia juga mendapat kerjasama daripada
Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Pelancongan, Perbadanan
Kemajuan Ekonomi Negeri Kedah, dan Persatuan Peneroka Felda
Guar Napai. Kerjasama ini dan juga semangat kerjasama dalam
kalangan staf akan dapat memajukan perniagaan.

 Percintaan yang murni antara sepasang kekasih yang berlainan


bangsa.

o Julia dan Jun tidak pernah berbincang tentang cinta. Julia terlanggar
Jun, seorang pemuda Cina semasa hendak pergi ke bilik air di dalam
pesawatBoeing 777. Itulah pertemuan pertama mereka. Sekali lagi,
Julia terserempak dengan Jun di kedai buku Collin Booksellers. Jun
tidak lupa mengirimkan hadiah untuk Julia yang dikirim melalui Mak
Cik Nadia.
o Bagi Julia, peribadi Jun amat mengagumkan. Ditambah pula dengan
sifat berterus terang dan kemunculan Jun pada saat-saat Julia

13
memerlukan seorang rakan menyebabkan Jun mendapat tempat di
hati Julia. Cuma batas agama sahaja yang memisahkan mereka.

Hubungan Julia dengan Jun semakin erat. Jun senantiasa memberikan nasihat dan
dorongan kepada Julia dalam menyelesaikan masalah BMPRO Holding. Jun telah
memeranjatkan Julia dengan memberitahunya bahawa dia telah lama memeluk agama
Islam. Jun dan Julia dinikahkan dan mereka bersanding pada hari pelancaran program
‘homestay’ di Felda Guar Napa

o i.

WATAK DAN PERWATAKAN

JULIA

 Anak sulung kepada pasangan Datuk Bakar dan Datin Maznah yang menetap
di Kuala Lumpur.

14
 Semasa remaja, Julia hamper terjerumus ke lembah maksiat kerana bergaul
bebas dengan rakan jalanan seperti Rashid, Muna, dan Han.
 Semasa remaja juga, dia bersifat hipokrit. Di rumah, dia seorang yang
penyayang terhadap adik-adiknya tetapi di luar rumah adalah remaja yang liar.
 Insaf dan bertaubat apabila mendapat pendidikan agama di Hidayah Islamic
College. Sejak itu, dia menjadi seorang yang taat kepada agama dan menjadikan
agama sebagai panduan hidupnya.
 Seorang yang tabah dan cekal. Buktinya, dia kuat semangat menghadapi
pelbagai masalah selepas kematian ayah dan ibunya.
 Berpendirian tegas. Buktinya, dia tidak terpengaruh dengan rayuan Rashid.
Julia menghadapi kerenah Syed Mustaffa dan Encik Baharom tanpa mengubah
pendiriannya sebagai seorang pengerusi syarikat.
 Wanita yang berani. Buktinya, dalam usia yang muda dan tidak mempunyai
pengalaman, Julia berani bertengkar dengan Syed Mustaffa dan Encik Baharom
yang berpengalaman dalam pengurusan syarikat.
 Bertindak secara bijaksana dalam menyelesaikan masalah syarikat. Buktinya,
dia mengenal pasti masalah dalam BMPRO Transport dengan menaiki bas dari
Kuala Lumpur ke Banting. Dengan cara itu, dia mengetahui bahawa
kemerosotan dalam BMPRO Transport disebabkan oleh penyelewengan dan
pengurusan yang tidak cekap.
 Mempunyai sifat belas kasihan dan pemaaf. Buktinya, dia tidak menghukum
Encik Baharom yang merancang hendak menjual BMPRO Transport, sebaliknya
memaafkan kesalahan da memberikan peluang yang terakhir kepada Encik
Baharom.
 Gigih berusaha dan tidak mudah berputus asa. Buktinya, dia berusaha
memulihkan dan memajukan BMPRO Sdn. Bhd. Dia bersedia mengikuti kursus
‘homestay’ untuk memajukan syarikatnya.
 Kreatif. Buktinya, dia mempelbagaikan kegiatan syarikatnya seperti BMPRO
Catering yang cuba mendapatkan kontrak dengan syarikat penerbangan MAS.
 Mempunyai prinsip dalam perniagaan. Buktinya, Julia tidak mementingkan
keuntungan semata-mata tetapi mementingkan keadilan sosial.
 Mencintai Jun dan mereka akhirnya berkahwin semasa pelancaran program
‘homestay’ di Felda Guar Napai.

15
JUN

 Pemuda berketurunan Cina tetapi telah memeluk agama Islam setelah


kematian kakaknya yang bernama Julia.
 Menemui Julia dalam penerbangan ke Perth, Australia. Julia terlanggar Jun
semasa ke bilik air.
 Pemuda yang tampan dan periang.
 Mempunyai hati yang mulia, ikhlas, dan berterus terang dalam
percakapannya.
 Pandai mengambil hati Julia dan senantiasa muncul atau menghubungi
Julia pada saat-saat Julia menghadapi masalah.
 Bersopan santun dan menghormati orang lain.

16
 Suka memberi nasihat kepada Julia supaya senantiasa tabah menghadapi
dugaan hidup.Nasihat Jun dihargai oleh Julia.
 Seorang yang penyayang dan baik. Buktinya, dia senantiasa mengambil
berat terhadap diri Julia dan adik-adiknya.
 Senantiasa menawarkan pertolongan dan membantu memulihkan
syarikat Julia dengan mengadakan kerjasama antara BMPRO Travel & Tours
dan syarikat milik keluarganya.
 Mencintai Julia tetapi tidak pernah menyatakan perasaan cintanya itu. Jun
berkahwin dengan Julia setelah Julia tahu bahawa Jun sudah memeluk agama
Islam.

RASHID

 Rakan jalanan Julia.


 Seorang pemuda yang tidak jujur dan tidak bermoral.
 Mengamalkan pergaulan bebas dan tidak mahu perhubungan antara lelaki
dengan wanita dibatasi oleh agama. Buktinya, Rashid senantiasa melakukan
maksiat dan bergaul bebas dengan rakan-rakan jalanan seperti Muna, Han, Jef,
dan Wei.
 Tidak memahami perasaan orang lain. Buktinya, Rashid mengajak Julia
keluar berfoya-foya sedangkan Julia baru sahaja kematian ayah dan ibunya.

17
 Percakapan Rashid seperti orang gila, kasar, dan tidak menghormati
orang tua. Buktinya, dia berlagak samseng di rumah Julia sehingga
menyebabkan nenek Julia membuat laporan polis kerana tidak mahu Rashid
dating ke rumah Julia.
 Bersikap tamak dan berhasrat untuk berkongsi harta kekayaan Julia selepas
kematian Datuk Bakar dan Datin Maznah.
 Ditangkap oleh polis kerana disyaki menghisap dadah.

DATUK BAKAR

 Ayah Julia dan suami Datin Maznah serta Ummi Sarah.


 Wajahnya berkerut, berdahi luas, dan cermin matanya tersangkut di
hidung.
 Tokoh korporat yang terkemuka dan merupakan orang penting dalam Dewan
Perniagaan Melayu.
 Gigih bekerja. Buktinya, beliau berusaha untuk membangunkan BMPRO
Holdings Sdn. Bhd. dan di bawahnya terdapat beberapa buah anak syarikat
seperti Butik BMPRO, BMPRO Catering, BMPRO Travel & Tours, dan BMPRO
Transport.

18
 Mempunyai prinsip yang baik dalam perniagaan. Buktinya, beliau tidak
mementingkan keuntungan semata-mata tetapi keadilan sosial juga.
 Suka mendengar nasihat orang lain. Contohnya, nasihat Tan Sri Yahaya.
 Seorang yang bijak dalam membuat sesuatu tindakan. Buktinya, beliau
memberikan pendidikan agama kepada anaknya, Julia dengan menghantar
anaknya ke Hidayah Islamic College. Keputusan itu menyebabkan anaknya
menjadi lebih dewasa.
 Senantiasa bermuafakat dengan isterinya, Datin Maznah. Buktinya, beliau
berbincang tentang soal perniagaan dan pendidikan anaknya, Julia.
 Mengalami masalah dalam perniagaan akibat daripada masalah jerebu da
kegawatan ekonomi.
 Meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Karak.

DATIN MAZNAH

 Ibu Julia, isteri Datuk Bakar, dan madu Ummi Sarah.


 Seorang wanita yang berwajah lembut, berkulit putih, dan bertahi lalat
di pipi kanan.
 Penyayang. Buktinya, beliau saying akan anak-anaknya,iaitu Julia dan adik-
adiknya serta suaminya, iaitu Datuk Bakar.
 Bersikap rasional. Buktinya, beliau tidak menentang perkahwinan suaminya
dengan Ummi Sarah.

19
 Sering memberi sokongan kepada suaminya dalam perniagaan. Buktinya,
beliau senantiasa berbincang dan membantu suaminya dalam bidang
perniagaan.
 Seorang yang bijak dalam membuat sesuatu tindakan terutamanya dalam
menentukan pendidikan anaknya. Buktinya, dia sendiri yang menghantar Julia ke
Hidayah Islamic College, Perth, Australia.
 Sentiasa memberi nasihat kepada anaknya, Julia supaya bersedia
mengambil alih perniagaan ayahnya jika berlaku sesuatu kepada mereka
berdua.
 Meninggal dunia bersama dengan suaminya dalam suatu kemalangan jalan
raya di Karak.

GAYA BAHASA

GAYA

 Gaya bahasa dialog. Contohnya, dialog antara Julia dengan Jun, Julia
dengan Syed Mustaffa, Julia dengan Encik Hashim, Julia dengan Encik
Baharom, Julia dengan Rashid, dan lain-lain
 Gaya bahasa bercerita.Contohnya:

20
Antara acara sukaneka yang diperkenalkan itu ialah pertandingan menoreh
getah, mengait kelapa, mengetam padi dan menumbuk padi. Pelancong dan
masyarakat setempat dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

 Gaya bahasa monolog. Contohnya:


 Apa pun keputusannya, semuanya kerana dirimu. Abah dan mama sudah
beri peluang, tetapi engkau yang salah gunakan peluang itu.
 Aku akui itu, tetapi mengapa terlalu drastik?
 Abah dan mama itu tahu apa yang baik untuk anak nya. Tentu mereka
ada alasan berbuat begitu.
 Yalah, aku akan cuba bertenang dan ikut kemahuan mereka.

(Monolog dalam diri Julia setelah ayah dan ibunya membuat keputusan
menghantar Julia ke Australia.)

KESERAGAMAN BAHASA

o Ayat

Pengarang banyak menggunakan ayat-ayat pendek. Contohnya:

i. Saya selamat.
ii. Erat.
iii. Aku sibuk.

o Diksi
i. Pengarang menggunakan perkataan bahasa Inggeris. Contohnya, enjoy,
homestay, iron lady, off-record, Bussines is a game, brother, dan lain-lain.
ii. Pemilihan kata yang indah dan bertenaga. Contohnya:

Langit terus diselubungi jerebu. Tiada awan, tiada langit


membiru. Matahari seakan menghilangkan diri. Segala-galanya
seperti malapetaka besar menimpa Negara.

21
o Personifikasi
i. Pengarang turut menggunakan unsure gaya bahasa personifikasi, iaitu
memberikan sifat manusia pada benda atau perkara.
ii. Yang berikut merupakan contoh personifikasi:
 Kebimbangan sekali lagi bermain dalam fikiranku
 Tahi lalat di pipi kanan tersenyum penuh kasih dalam benakku.

o Simile. Contohnya:
i. Hidup ini kan seperti roda.
ii. Perniagaan seperti permainan bola jaring.

o Metafora. Contohnya:
 segumpal rindu
 jaring perasaan
 gelombang kasih

o Peribahasa
i. Peribahasa berfungsi untuk memberikan gambaran yang lebih jelas di
samping menimbulkan keindahan dalam sesebuah karya.
ii. Contoh penggunaan peribahasa dalam novel ini:

dalam pada menyelam dia minum air !

o Simbolik.
i. Unsur simbolik digunakan bertujuan memindahkan sifat-sifat
seseorang atau sesuat pada yang lain sebagai lambing.Contohnya:

Sejarah hitam diriku janga berulang lagi.

ii. Dalam contoh di atas, sejarah hitam melambangkan sejarah pahit.

o Inversi

22
Inversi ialah susunan kata dalam ayat yang tidak mengikut kebiasaan.
Contohnya:

Air mata berderai gugur.

o Repitisi
i. Repitisi bermaksud pengulangan kata atau frasa dalam ayat. Contohnya:

Tetapi aku lupa bahawa aku sebenarnya miskin.

Miskin ilmu, miskin iman dan miskin segala-galanya.

ii. Dalam contoh di atas, kata “miskin” diulang empat kali sehingga
meninggalkan kesan dalam diri watak Julia.

o Hiperbola
i. Pengarang tidak ketinggalan juga menggunakan unsure gaya bahasa
hiperbola, iaitu menggambarkan sesuatu secara berlebih-lebihan.Contohnya:

Perniagaan ialah peperangan.

ii. Dalam contoh di atas, frasa ‘’perniagaan adalah peperangan’’ dianggap


sebagai suatu gambaran yang berlebih-lebihan.

LATAR

LATAR MASA

 Mencakup tempoh antara tahun 1997 hingga 1998.


 Mengambil latar masa kegawatan ekonomi dan masalah jerebu yang melanda
negara ini.

23
 Di samping itu, novel ini mengambil latar masa selepas kematian Tan Sri
Yahaya, Pengerusi Kumpulan DRB-Hicom.

LATAR TEMPAT

o Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, iaitu ketika Julia
dan ibunya hendak berangkat ke Australia.
o Pesawat Boeing 777- Julia dan Jun bertemu buat kali pertama.
o Hidayah Islamic College, Perth, Australia- tempat Julia belajar.
o Bandar Perth- rumah Pak Cik Khairil.
o Kedai buku Collin Booksellers- Julia dan Jun bertemu buat kali kedua.
o Lapangan terbang Perth- Julia bertemu dengan Jun semasa Julia hendak
pulang ke Kuala Lumpur.
o Katanning- tempat lawatan Julia dan kawan-kawannya semasa menziarahi
keluarga Sadia.
o Rumah Julia- kemunculan Rashid untuk menggangu Julia. Selain itu, Ummi
Sarah dating ke rumah Julia untuk menjelaskan kedudukan Butik BMPRO Sdn.
Bhd.
o Pejabat BMPRO Holding Sdn. Bhd.-Julia memulakan tugasnya sebagai
pengerusi syarikat.
o Pejabat Cinta Sejati Travel & Tours- tempat Julia bertemu dengan
pengarah urusannya, Encik Ihsan Abdullah.
o Restoran Fui Gui, Hotel Istana- tempat Julia dan Geena menemui
keluarga Jun.
o Tanah perkuburan Bukit Kiara- Julia menziarahi kubur ayah dan ibunya.
Di sinilah Jun datang memberitahu Julia bahawa dia telah lama memeluk agama
Islam serta mencurahkan perasaan hatinya hendak meminang Julia.
o Felda Guar Napai, daerah Kubang Pasu- tempat pelancaran program
‘homestay’ dan majlis persandingan Julia dengan Jun.

LATAR MASYARAKAT

 Masyarakat korporat yang sibuk dengan perniagaan.


 Datuk Bakar dan Datin Maznah pemilik BMPRO Holding Sdn. Bhd. Dan
beberapa buah anak syarikat yang senantiasa sibuk dengan urusan
perniagaan.

24
 Masyarakat remaja yang menghadapi masalah keruntuhan
akhlak berpunca daripada masalah keluarga.
 Julia terlibat dalam pergaulan bebas yang berpunca daripada ibunya yang
tidak mempunyai masa untuk memberikan perhatian kepadanya. Begitu juga
Rashid yang menghadapi masalah keluarga.

 Masyarakat yang mementingkan pendidikan agama.


 Julia dihantar ke Hidayah Islamic College oleh ibu bapanya untuk mendapat
pelajaran agama.

 Masyarakat yang sanggup menghadapi cabaran.


 Julia yang tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam perniagaan
dilantik sebagai pengerusi syarikat. Selepas kematian ayah dan ibunya, Julia
berjaya melaksanakan tugasnya.

 Masyarakat yang mengamalkan sikap bekerjasama.


 BMPRO Travel & Tours bekerjasama denganCinta Sejati Travel & Tours
untuk melaksanakan program ‘homestay’.

BINAAN DAN TEKNIK PLOT

BINAAN PLOT

 Pada bahagian eksposisi, pengarang memperkenalkan watak Julia, yang


belajar di Perth, Australia. Julia merupakan remaja yang liar sebelum

25
melanjutkan pelajarannya ke sana. Seterusnya, tentang latar tempat di Perth
yang menarik hati Julia dan perkenalannya dengan Jun.
 Plot terus berkembang dengan timbulnya masalah jerebu dan kegawatan
ekonomi yang mengancam perniagaan BMPRO Holding Sdn. Bhd. Milik
keluarga Julia.
 Konflik yang dihadapi oleh Julia semakin hebat. Ayah dan ibunya meninggal
dunia setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya di Karak. Julia pulang ke
tanah air dan mengambil alih perniagaan ayahnya dengan menjawat jawatan
Pengerusi BMPRO Holding yang semakin gawat. Julia menghadapi pelbagai
konflik dalam usahanya menyelamatkan BMPRO Holding yang semakin
gawat. Kemunculan watak Jun dapat meredakan ketegangan jiwa yang
dialami Julia kerana Jun sedia menghulurkan bantuan dengan mengadakan
usaha sama dengan syarikat perniagaan keluarganya. Masalah baru pula
timbul, iaitu Julia yang mencintai Jun tidak dapat memenuhi cintanya kerana
batasan agama.
 Plot mencapai tahap kemuncak apabila Jun memberitahu Julia bahawa dia
telah memeluk agama Islam lebih dua tahun yang lalu. Jun menyampaikan
hasrat hatinya untuk memperisteri Julia.
 Plot menurun ke tahap peleraian apabila Julia bernikah dengan Jun serta
perlaksanaan program ‘homestay’ . Semasa perlaksanaan ‘homestay’.Jun
dan Julia mengadakan majlis persandingan mereka.

TEKNIK PLOT

 Dialog. Contohnya, dialog antara Julia dengan Jun, Julia dengan Syed
Mustaffa, Julia dengan Encik Hashim, Julia dengan Encik Baharom, Julia
dengan Rashid, dan lain-lain
 Monolog. Contohnya:

26
 Apa pun keputusannya, semuanya kerana dirimu. Abah dan mama sudah
beri peluang, tetapi engkau yang salah gunakan peluang itu.
 Aku akui itu, tetapi mengapa terlalu drastik?
 Abah dan mama itu tahu apa yang baik untuk anak nya. Tentu mereka
ada alas an berbuat begitu.
 Yalah, aku akan cuba bertenang dan ikut kemahuan mereka.

(Monolog dalam diri Julia setelah ayah dan ibunya membuat keputusan
menghantar Julia ke Australia.)

 Imbas kembali. Contohnya, ingatan Julia tentang dirinya yang hamper


terjerumus ke lembah maksiat.
 Saspens. Contohnya,peristiwa Rashid mengganggu Julia. Pembaca akan
tertanya-tanya sama ada Julia berjaya menjauhkan diri daripada gangguan
Rashid atau tidak.
 Pemerian. Contohnya, gambaran tentang sambutan orang ramai terhadap
program ‘homestay’ yang telah dilancarkan oleh Julia dan Jun.
 Kejutan. Contohnya, pembaca terkejut kerana tidak menyangka bahawa Julia
berani mematahkan hujah Syed Mustaffa dan Encik Baharom.

NILAI

Nilai-nilai yang terdapat dalam novel Julia ialah :

Nasihat-menasihati

Datuk Bakar dan Datin Maznah sangat saying akan anaknya, Julia. Mereka menghantar
Julia ke Australia untuk menuntut ilmu agama. Tindakan ini ternyata dapat

27
menyelamatkan Julia daripada terus berfoya-foya sebaliknya berubah menjadi seorang
gadis yang sopan dan matang.

Berani

Dalam usia dua puluh satu tahun dan tidak mempunyai pengalaman dalam perniagaan,
Julia berani berhujah dengan Syed Mustaffa dan Encik Baharom yang lebih
berpengalaman. Julia dapat menundukkan Encik Baharom dan menyerahkan masalah
tuntutan Syed Mustaffa kepada peguam syarikat.

Pemaaf

Semasa Julia hendak ke bilik air didalam pesawai Boeing 777, Julia terlanggar Jun
secara tidak sengaja. Julia memhon maaf dan Jun pula tidak menganggap itu suatu
kesalahan. Selain itu, Julia memaafkan kesalahan Encik Baharom dengan syarat Encik
Baharom tidak mengulangi perbuatannya itu.

Gigih berusaha

Julia berusaha bersungguh-sungguh untuk memulihkan perniagaan BMPRO Holding


Sdn. Bhd. Julia mempelbagaikan kegiatan perniagaan BMPRO Catering, memulihkan
BMPRO Transport, dan mengadakan kerjasama antara BMPRO Travel & Tours dengan
Cinta Sejati Travel & Tours. Julia juga sanggup mengikuti kursus ‘homestay’.

PENGAJARAN

Antara pengajaran yang terdapat dalam novel ini ialah:

1)Kita janganlah melakukan perbuatan maksiat kerana perbuatan itu


dilarang oleh agama.

Muna bergaul bebas dengan lelaki dan ditiduri oleh banyak lelaki.

28
2)Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai sesuatu kejayaan.

Julia gigih brusaha tanpa mengenal putus asa untuk memajukan BMPRO Holding Sdn.
Bhd.

3)Kita hendaklah bijaksana dalam melakukan sesuatu tindakan.

Julia menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Banting untuk mengenal pasti masalah
kemerosotan BMPRO Transport Sdn. Bhd.

4)Kita hendaklah sanggup memaafkan kesalahan orang lain.

Julia memaafkan kesalahan Encik Baharom yang berniat untuk menjual BMPRO
Transport atas kepentingan peribadinya.

5)Kita hendaklah insaf apabila melakukan sesuatu kesalahan dan


kembali ke pangkal jalan.

Julia insaf akan perbuatannya yang suka berfoya-foya dengan Rashid dan Julia
bertaubat serta tidak akan berfoya-foya lagi.

6)Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup.

Julia menerima peristiwa kematian ayah dan ibunya dengan hati yang tabah.

7)Kita hendaklah bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Julia dan Jun bekerjasama untuk melaksanakan program ‘homestay’.

8)Kita hendaklah berani menghadapi cabaran dalam menempuhu liku-


liku kehidupan.

Julia berani menerajui BMPRO Holding walaupun berusia dua puluh satu tahun.

29
30

You might also like