You are on page 1of 16

Pemprosesan Hasil Tanaman|1

UNIT 1
SENARIO DAN ISU PENGURUSAN LEPAS TUAI

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Mengetahui perkembangan teknologi moden.
2. Menyatakan definisi yang berkaitan dengan pengurusan lepas tuai.
3. Memahami kepentingan teknologi lepas tuai.

PENGENALAN

K

omoditi segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan sebahagian daripada diet
makanan manusia. Lebih-lebih lagi bagi masyarakat yang mengamalkan pemakanan “vegetarian”
yang hanya bergantung pada kedua-dua jenis komoditi ini. Dengan adanya bantuan pakar
pemakanan dan kempen pemakanan yang sihat oleh kerajaan dan badan bukan kerajaan kepada
masyarakat telah mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat sekaligus melonjakkan permintaan
yang tinggi terhadap hasil pertanian.
Nilai pemakanan terhadap buah-buahan dan sayur-sayuran telah dikesan sejak kurun ke-17 di England.
Mereka menjumpai keupayaan buah citrus yang mampu merawat penyakit skurvi. Pada tahun 1747, Dr.
James Lind, telah membuat kajian bahawa pelaut yang diberi makan buah oren dan lemon tidak akan
mendapat penyakit skurvi ini. Hasil kajian beliau ditulis di dalam bukunya ‘The Treatise of the Scurvy’ pada
tahun 1753. Seperti biasa nasihat beliau tidak dipedulikan sehinggalah beliau meninggal dunia. Hanya
pada tahun 1795 barulah angkatan laut British mewajibkan pelaut-pelautnya memakan buah oren dan
lemon untuk mencegah skurvi sehinggakan mereka di gelar ‘limey’.
Dalam dua dekad ini, fungsi vitamin C sebagai antioksida lebih banyak dikaji dan hasil kajian menunjukkan
kehebatan vitamin C sebagai antioksidan. Selain daripada itu, vitamin C juga mempunyai lebih dari 200
fungsi-fungsi lain dalam proses biokimia tubuh manusia. Prof. Dr. Linus Pauling yang telah meninggal
dunia pada tahun 1994 di usia 93 tahun telah menulis buku bertajuk ‘Cancer and Vitamin C’ berdasarkan
kajian yang dilakukan bersama dengan Dr. Ewan Cameron, ahli perubatan dari Scotland. Di dalam
bukunya beliau menerangkan kaedah merawat pesakit kanser tahap akhir dengan mega dos vitamin C
setelah terapi yang dilakukan dengan cara lain gagal tetapi tidaklah menolak sepenuhnya kaedah rawatan
kanser yang biasa dengan kaedah kimoterapi atau radioterapi.

Norway dan Jepun. Destinasi eksport utama bagi bunga segar adalah Amerika Syarikat. buah pinggang. Hasil tanaman perlu melalui beberapa peringkat pengendalain lepas tuai sebelum sampai kepada pengguna. kadarnya mencatat 44. Apakah yang dimaksudkan dengan kehilangan lepas tuai? . ia boleh mempengaruhi organ deria manusia sekaligus dijadikan sebagai terapi. Sebagai contoh karotenoid. Bagi mendapatkan artikel penuh. bentuk dan aroma. Dr. dan Valentine’s Day. sila layari: http://www. Kehilangan tersebut dinamakan “kehilangan lepas tuai”. Belanda pula adalah pembekal dominan bunga hiasan berpasu. ia juga mampu menampung penyakit kekurangan vitamin terutamanya bagi negara yang kurang membangun. Subramaniam telah melaporkan bahawa kadar obesiti dalam kalangan rakyat negara ini semakin serius dan perlu diatasi. sebahagian daripada hasil dan kualiti hasil tanaman akan “hilang”. Beliau berkata.my/utusan/Dalam_Negeri/20140329/dn_40/Kadar-obesiti-rakyatMalaysia-semakin-serius#ixzz366yVbCbn ISI KANDUNGAN Permintaan terhadap bunga hiasan juga tidak kurang hebatnya. diabetis. Hari Lahir. Oleh itu. diikuti oleh Itali dan Jerman. Sepanjang proses tersebut. Pada akhbar Utusan bertarikh 29 Mac 2014. Kepentingan bunga hiasan dalam budaya masyarakat juga adalah lebih terbuka terutamanya bagi hiasan untuk majlis perkahwinan dan peristiwa penting seperti Hari Ibu. kanser dan darah tinggi. bunga hiasan segar sangat berpotensi untuk diusahakan secara komersil. pada 1996. Rusia. Switzerland. Pengeksport utama bunga dari Eropah adalah Belanda.1 peratus. serta hiasan bagi perarakan penting. peningkatan ini berpunca daripada sikap masyarakat Malaysia yang sering mengamalkan budaya pemakanan yang kurang sihat dan lebih banyak duduk daripada bersenam. Peningkatan kuantiti hasil pengeluaran tidak bermakna meningkatnya makanan yang dapat digunakan. hotel dan restoran. Melalui pelbagai warna.utusan. Food Agriculture Organization (FAO) dan World Health Organization (WHO) juga sangat aktif mempromosikan penggunaan sayuran yang ditanam sendiri di rumah. Katanya.Pemprosesan Hasil Tanaman|2 Selain itu.1 peratus pada 2011 kepada 59. Produk segar juga mampu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti jantung. dan asid folik yang mampu mencegah penyakit anaemia. Selain dapat mengurangkan kos perbelanjaan. yang mampu mengekalkan kesihatan mata.com. S.4 peratus namun meningkat 15. Penggunaan bunga segar juga turut dijadikan hiasan dalaman bangunan seperti yang terdapat di pejabat. buah-buahan dan sayur-sayuran tertentu juga merupakan sumber utama provitamin.

Penduduk Rom menggunakannya untuk mendinginkan wain dan air minuman. Antara faedah penyimpanan ini adalah suhu penyimpanan lebih tinggi daripada suhu persekitaran semasa musim dingin dan lebih rendah pada musim panas. Senaraikan tiga (3) jenis hasil tanaman yang boleh disimpan di dalam silo. Bermula pengeksportan ais dari Amerika Syarikat ke Calcutta. Kepentingan suhu. Saiz lubang tersebut akan dibesarkan mengikut kuantiti hasil.1. Silo di dalam tanah telah digunakan secara meluas sejak empayar Rom. Kehilangan lepas tuai dapat dikurangkan dengan adanya bekas simpanan yang tertutup bagi bijirin. kira-kira 9000-11000 tahun yang lampau. Carl Paul Gottfried Linde adalah seorang ahli sains Jerman dan jurutera yang menemui kitaran penyejukan dan mencipta pengasingan udara berskala industri dan pencairan gas proses pertama. Cullen dari Scotland telah mencipta mesin mendinginkan udara melalui kaedah penyejatan._________________________________ 3. Tahun Perkembangan Lepas Tuai 1550 Garam digunakan untuk menurunkan suhu beku air. masyarakat Asia Barat telah menggunakan lubang atau silo di dalam tanah. Ais yang dikumpulkan dari bahagian Utara negara beriklim sederhana digunakan semasa menyimpan makanan. penyimpanan ini masih lagi diamalkan pada masa kini terutamanya bagi negaranegara yang berhawa dingin. buah-buahan dan sayur-sayuran._________________________________ Pemahaman tentang teknologi lepas tuai telah mula berkembang. bekas yang diperbuat daripada tanah liat yang dibakar telah digunakan bagi menyimpan bijirin. kelembapan relatif. pengawalan serangga dan patogen telah dikaji dan ditingkatkan. Kronologi perkembangan teknologi lepas tuai. 1803 1820 1834 1755 1842 . West India. Ini dibuktikan melalui penggunaan bekas yang diperbuat daripada bahan tumbuhan dan haiwan untuk mengisi hasil tanaman. Singapura. Australia dan lain-lain lagi. 1. Bombay. penyimpanan. Jadual 1. Keadaan ini akan melambatkan kerosakan pada hasil. Sekitar 6500 tahun yang lalu._________________________________ 2. Thomas Moore mencipta peti sejuk daripada kotak ais bertebat. kekacang. Sementara itu.Pemprosesan Hasil Tanaman|3 PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MODEN Pengendalian lepas tuai telah diamalkan sejak zaman batu lagi. Namun begitu. pengangkutan.

biokimia. warna dan tekstur komoditi itu. Kaedah yang terlibat semasa pengendalian lepas tuai. Dengan proses penukaran biokimia secara dalaman. banyak proses biokimia telah berlaku yang menukarkan komposisi asal sesuatu komoditi. Rajah 1. Hasil tanaman dituai Pengguna          Pemilihan Pembasuhan/pembersihan Rawatan Penggredan Pembungkusan Pengawalan mutu Penyimpanan Pengangkutan Pemprosesan Rajah 1. Kaedah-kaedah ini biasanya termasuk gabungan deria.1. Sepanjang tempoh itu. dan ukuran kolorimetrik (optik). rasa. . mekanikal. Hayat lepas tuai (Postharvest shelf life) Apabila dituai.Pemprosesan Hasil Tanaman|4 TERMINOLOGI DALAM PENGENDALIAN LEPAS TUAI Pengendalian lepas tuai Pengendalian lepas tuai adalah kaedah yang bermula daripada hasil tanaman dituai sehingga ke peringkat penggunaannya. Tempoh selepas komoditi tersebut dituai sehingga sampai ke pengguna dalam keadaan kualiti yang baik dan boleh diterima ditakrifkan sebagai hayat lepas tuai. Limau yang berubah daripada warna hijau kepada kuning selepas beberapa hari disimpan.2. Hayat lepas tuai biasanya ditentukan oleh kaedah objektif yang menentukan penampilan keseluruhan. proses fizikal luaran juga turut sama berubah. sayur-sayuran dan buah-buahan masih lagi hidup dan menjalani proses respirasi serta mengalami kemasakan dan penuaan.

3. dan salutan berlilin pada kulit. Contohnya. Perbandingan antara limau yang dirawat menggunakan kalsium karbida dengan limau kawalan selepas 6 hari penyimpanan. Namun begitu. Namun begitu. ia boleh melambatkan proses kemasakan buah semasa penyimpanan. meletakkan “ethylene scrubber” semasa penyimpanan. TAHUKAH ANDA ? Kalsium karbida akan bertindak balas dengan kelembapan udara/air lalu menghasilkan gas asetilena yang menyerupai hormon etilena untuk merangsang kemasakan buah. komoditi tersebut boleh dirawat menggunakan gas etilena.Pemprosesan Hasil Tanaman|5 Fisiologi lepas tuai (Postharvest physiology) Fisiologi lepas tuai adalah kajian saintifik mengenai fisiologi tisu tumbuhan hidup selepas mereka diasingkan (dituai) daripada pokok induk. yang membawa kepada teknik penyimpanan lepas tuai seperti penyimpanan sejuk. dengan mengurangkan proses respirasi ke atas tisu buah. . Kajian ini sangat penting bagi memanjangkan jangka hayat lepas tuai terutama semasa peringkat penyimpanan dan pengangkutan. Limau yang dirawat menggunakan karbida mengalami proses penyahhijauan (degreening) dengan cepat. Maklumat terperinci telah dibawa oleh ahli-ahli sains untuk berkongsi pengetahuan mereka mengenai prinsip-prinsip asas dan mekanisma respirasi. bagi menghasilkan kemasakan yang seragam. penyimpanan gas. penggunaannya tidak digalakkan kerana ia juga mempunyai ciri-ciri karsinogenik yang membahayakan kepada kesihatan manusia. Rajah 1.

Sebagai contoh: .  Kehilangan mutu: penurunan mutu/kualiti mengikut kriteria dan penilaian pengguna.kandungan Vitamin C akan berkurang semasa tempoh penyimpanan. input ladang.  Kerugian ekonomi: penurunan harga jika kehilangan berat dan kualiti bagi sesuatu komoditi menurun. Antara kehilangan lepas tuai adalah termasuk:  Kehilangan kuantiti: berat bahagian yang boleh dimakan berkurang. Disamping itu. Ianya boleh disebabkan oleh pelbagai faktor bermula dari peringkat penanaman sehingga peringkat jualan. dan sebagainya. tenaga kerja.  Kehilangan zat makanan: zat makanan berkurang setelah sesuatu komoditi mengalami penuaan atau pengendalian yang tidak sesuai. Kehilangan hasil hortikultur adalah masalah utama dalam rantaian lepas tuai.Berat hasil segar buah-buahan dan sayur-sayuran akan berkurangan terutama semasa tempoh simpanan.pengupasan kulit atau “peeling” yang tebal pada potato akan menyebabkan kehilangan kandungan protein kerana kandungan tersebut berada di bawah kulitnya. .Pemprosesan Hasil Tanaman|6 Kehilangan lepas tuai (Postharvest losses) Rajah 1. pelaburan. . jagung juga menukarkan kandungan gula kepada kanji semasa tempoh simpanan yang boleh mengurangkan rasa manis pada isinya. Kehilangan lepas tuai bermula daripada pengeluar sehingga sampai ke pengguna.4. Ia juga bukan setakat kehilangan lepas tuai sahaja tetapi turut membazir hasil makanan.Penyimpanan jagung terlalu lama akan menurunkan kualiti komoditi ini kerana bijinya menjadi kecut dan tidak segar. . .

kultivar dan keadaan pengendalian. (2011) TAHUKAH ANDA ? Iran merupakan negara Asia yang mengalami kadar kehilangan lepas tuai paling rendah iaitu sekitar 2-3%.Pemprosesan Hasil Tanaman|7 - penyimpanan kentang terlalu lama akan menyebabkan kulitnya bertukar kepada warna hijau dan mulai tumbuh tunas. kehilangan lepas tuai dijangka 5-25% manakala di negara-negara membangun dijangka 20-50%. Berbagai-bagai anggaran telah dibuat terhadap kuantiti kehilangan lepas tuai bagi buah-buahan dan sayursayuran segar. Laporan mengenai kehilangan lepas tuai yang berlaku di Ghana. yang menghasilkan rasa manis dan menghasilkan warna keperangan ketika digoreng (caramelization).2. Anggaran kehilangan lepas tuai bagi buah-buahan dan sayur-sayuran bagi negara Asia. Kentang dengan kulit berwarna hijau dan bertunas tersebut mengandung solanin yang termasuk dalam alkaloid (bahan kimia tumbuhan yang beracun). Kentang paling baik disimpan di tempat gelap. Di negara-negara maju. Kategori Anggaran kehilangan lepas tuai terhadap buahbuahan dan sayur-sayuran (%) Negara-negara maju 50 Negara-negara membangun 55 Industri Asia 35 Sumber: Gustavsson et al. Namun. Sila layari: http://www. ia turut bergantung kepada jenis komoditi. tapi tidak terlalu dingin. Kentang juga mengubah sebahagian kanji menjadi gula. kering. . dan sejuk.youtube.com/watch?v=eHIUEd2pxkQ Jadual 1.

Melalui resolusi ini. Antara usaha-usaha kerajaan yang telah dijalankan dalam menyampaikan maklumat ini kepada masyarakat ialah: 1. lebih banyak makanan dapat dibekalkan dengan kualiti hasil yang baik. mereka menjangkakan sebanyak 50% kehilangan lepas tuai dapat dikurangkan di negara-negara yang sedang membangun. . 3. 1. 2. Stesen televisyen juga turut memaparkan teknologi-teknologi lepas tuai yang baharu melalui rancangan Agrotek. Telah mewujudkan satu program khusus mengenai teknologi lepas tuai. pengetahuan tentang faktor kehilangan kualiti dan kuantiti bagi produk hortikultur perlu diperhebatkan lagi dan disampaikan kepada semua pihak terutama yang terlibat dalam rantaian pengendalian lepas tuai. Bincangkan teknologi-teknologi yang terlibat dalam bidang ini dan cadangkan bagaimana semua pihak boleh membantu mengurangkan kehilangan lepas tuai._________________________________ 2._________________________________ 3. 4. Teknologi lepas tuai adalah satu bidang baharu yang sangat penting dalam rantai pengendalian makanan sebelum sampai kepada pengguna. Berikan tiga (3) peranan FAMA dalam pembangunan lepas tuai. Telah mewujudkan satu kumpulan kajian teknologi lepas tuai di MARDI (Malaysian Agriculture Research Development Institute) yang telah menyumbang banyak penemuan baru dalam bidang ini._________________________________ Pada September 1975.Pemprosesan Hasil Tanaman|8 KEPENTINGAN TEKNOLOGI LEPAS TUAI Penggunaan sistem pengendalian yang lebih baik dan sesuai dapat mengurangkan peratusan kehilangan lepas tuai. Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York telah meluluskan satu resolusi tentang keutamaan dalam mengurangkan kehilangan makanan pada peringat lepas tuai. Jabatan Pertanian dan FAMA (The Federal Agricultural and Marketing Authority) juga turut mengadakan kursus pendek kepada petani dan masyarakat setempat mengenai pengendalian lepas tuai yang betul. Contohnya program Ijazah Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Teknologi Lepas Tuai) di Universiti Malaysia Terengganu. Namun begitu. Dengan ini.

evaporative cooling.  Pengguna: mendapat komoditi yang baik dengan harga yang berpatutan. Antaranya kewujudan Program Kerjasama Ekonomi ASEAN-Australia dalam Pengendalian Makanan (ASEANAustralia Economic Cooperation on Food Handling Programme). bawang.  Buruh: dapat meningkatkan produktiviti. pelbagai jenis buah-buahan dan sayursayuran boleh dibawa masuk ke negara-negara yang beriklim sederhana. Iran. Kebanyakan kemudahan yang tidak diselenggara dengan baik adalah disebabkan kekurangan kakitangan teknikal yang pakar dan kesukaran mendapatkan alat-alat ganti yang diperlukan untuk pembaikan. Pengendalian sistem lepas tuai yang baik memberi banyak faedah seperti:  Petani: dapat meningkatkan jumlah dan nilai hasil. top/liquid-icing. dan vacuum cooling. kerosakan utama adalah lebam. Lebam boleh dielakkan dengan pengendalian berhati-hati dan menggunakan pembungkusan yang betul. penyelidikan terhadap sistem pengendalian dan penyimpanan teknologi yang lebih canggih dan menggalakkan perkembangan industri pengeksportan buah-buahan dan sayur-sayuran segar tropika. Asia Barat dan Eropah sejak tahun 1984. penyimpanan sejuk. Di Malaysia. Penyejukan semula jadi (iaitu menggunakan udara sejuk semasa musim sejuk) digunakan di beberapa negara seperti China. Oleh itu. Kemudahan penyimpanan sejuk pula wujud hanya di bandar-bandar yang lebih besar. penghasilan teknologi baharu membolehkan pengeksportan buah-buahan dilakukan dengan kapal laut ke Hong Kong. Penemuan kaedah penyimpanan yang baik bagi memanjangkan hayat sesuatu komoditi yang membolehkan penghantaran jarak jauh lebih ekonomi menggunakan pengangkutan laut. dan penggunaan bahan pengawet yang dibenarkan. pear dan buah delima. serantau dan antarabangsa telah diatur. berbanding sebelum ini yang terhad di Singapura sahaja melalui jalan darat. Jepun. Turki dan Pakistan ke atas tanaman yang tidak mudah rosak seperti kentang. Buah-buahan dan sayur-sayuran tropika mendapat permintaan yang tinggi. Pra-penyejukan adalah teknologi yang baru diperkenalkan untuk menghilangkan “field heat”. Sejak itu.Pemprosesan Hasil Tanaman|9 Resolusi tersebut juga membuka mata banyak pihak tentang keutamaan pengendalian lepas tuai. Manakala penuaan boleh dilambatkan dengan pengendalian sejuk atau atmosfera diubahsuai (modified atmosphere) dan atmosfera terkawal (conrolled atmosphere). penuaan. Kerosakan boleh dikawal melalui pengendalian yang baik. dan layu. kerosakan. Majoriti pengeluaran tanaman hortikultur hilang disebabkan oleh kurangnya penggunaan sistem penyejukan. banyak program di peringkat kebangsaan. force-air cooling. tetapi tidak wujud di kawasan luar bandar. Hasil daripada teknologi pengendalian yang lebih cekap dan berkesan. . Antara contoh teknologi pra penyejukan yang diamalkan adalah secara room cooling. Kelayuan pula boleh dikawal dengan membekalkan kelembapan yang tinggi terhadap komoditi dan simpanan sejuk. hydro cooling.  Firma pemasaran: peningkatan dalam keuntungan. Dalam tanaman hortikultur segar.

. pear dan buah kiwi. Penggunaan plastik pembungkusan yang tidak sesuai menyebabkan proses anaerobik pada suhu tinggi (Clark dan De Moore. Mexico.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 10 Persekitaran terubahsuai (MA) dan atmosfera terkawal (CA) digunakan dalam keadaan yang berbeza seperti semasa pengangkutan laut untuk pelbagai komoditi seperti tembikai. Chile.5. kekurangan sistem piawaian oleh perkhidmatan pembekal 2. namun masih menghadapi beberapa kekangan seperti: 1. kurangnya kajian tentang keperluan optimum untuk beberapa tanaman semasa eksport. pemasaran. Masalah yang berkaitan dengan mengekalkan ketahanan pembungkusan semasa pengendalian (pengangkutan. 1997). dan lain-lain). Perbelanjaan yang tinggi terhadap teknologi MAP. Brazil dan Jordan menggunakan CA untuk menyimpan epal. Analogi keadaan komoditi dalam tiga keadaan penyimpanan yang berbeza Penggunaan MAP juga terhad kerana beberapa sebab: 1. dan avocado (Yahia et al. kegagalan untuk mengambil juruteknik terlatih 3. Bahan pembungkusan mestilah fleksibel dan mudah untuk digunakan. mangga. Argentina. pisang.. penyimpanan. Ketiadaan plastik pembungkusan (film) yang sesuai untuk memberikan atmosfera yang terbaik. 2004). anggur. 2. 3. limau. Penyimpanan menggunakan teknologi ini dijalankan secara meluas. Atmosfera biasa Beg plastik biasa Beg MAP Rajah 1. Uruguay.

Sumber: Yahia (2008) Rajah 1. 2005). disimpan dan dijual. Masalah teknikal yang lain termasuk pembungkusan. kebersihan dan keselamatan makanan (Yahia et al. Aplikasi MA untuk pengangkutan darat ke atas beberapa buah-buahan di Mexico. kawalan kualiti dan jaminan.7. Bagi memenuhi keperluan ini.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 11 Rajah 1. pasaran dan pemasaran. kesegaran dan keselamatan makanan. teknik pembungkusan memainkan peranan yang sangat penting. kualiti. perubahan dalam cara makanan dihasilkan.6. mencerminkan peningkatan permintaan pengguna dan ini memerlukan pengeluaran hasil yang berkualiti baik dan hayat lepas tuai yang lama. pengangkutan. diedarkan. Penyimpanan CA ke atas buah epal di Mexico. . Seperti di negara-negara maju. Pengguna juga berharap supaya kaedah pembungkusan yang diamalkan memenuhi fungsi untuk melindungi integriti.. Sumber: Yahia (2008) Suhu yang tidak stabil menjadi masalah utama yang dihadapi dalam pengendalian makanan untuk tanaman hortikultur umum dan segar khususnya di negara membangun.

pembungkusan. pengangkutan dan pemasaran. Ia melibatkan kaedah pemilihan. penyimpanan. kualiti. 4. Kehilangan lepas tuai dapat dikurangkan jika pihak yang terlibat dalam rantaian lepas tuai mengamalkan kaedah lepas tuai yang betul. 5. Pengendalian lepas tuai Hayat lepas tuai Fisiologi lepas tuai Kehilangan lepas tuai Kepentingan lepas tuai . 3. Pihak kerajaan telah berusaha untuk menyampaikan maklumat mengenai kepentingan lepas tuai melalui pelbagai cara.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 12 RUMUSAN 1. 6. 4. pembasuhan. Pengendalian lepas tuai adalah kaedah yang bermula daripada hasil tanaman dituai sehingga ke peringkat penggunaannya. KATA KUNCI 1. 5. Hayat lepas tuai ialah tempoh selepas komoditi tersebut dituai sehingga sampai ke pengguna dalam keadaan kualiti yang baik dan boleh diterima. 3. penggredan. Malaysia dianggarkan mengalamai kehilangan lepas tuai buah-buahan dan sayur-sayuran sebanyak 20%. rawatan. Kehilangan lepas tuai adalah termasuk kehilangan kuantiti. ekonomi dan zat makanan. Kehilangan lepas tuai adalah lebih tinggi berlaku di negara-negara membangun berbanding dengan negara-negara maju. 2. 7. 2.

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 13 PETA KONSEP ISU PENGENDALIAN LEPAS TUAI Pengendalian Lepas Tuai          Pemilihan Pembasuhan Rawatan Penggredan Pembungkusan Pengawalan mutu Penyimpanan Pengangkutan Pemprosesan Fisiologi Lepas Tuai  Kajian saintifik tentang tisu tumbuhan  Tambah jangka hayat hasil Kepentingan Teknologi Lepas Tuai  Memaksimumkan pengeluaran hasil  Mengelakkan kerugian  Meningkatkan mutu hasil  Mengalakkan industri pengeksportan hasil Kehilangan Lepas Tuai  Berlaku pembaziran  Menyebabkan kerugian  Berlaku di setiap peringkat pengendalian Hayat Lepas Tuai  Proses Respirasi  Pemasakan  Penuaan  Penukaran Biokimia  Perubahan Fizikal .

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 14 LATIHAN KENDIRI Arahan: Jawab semua soalan secara ringkas dan tepat. ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ 2. iv. i. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ 4. ii. iii. Berikan maksud pengendalian lepas tuai. v. iii. ix. i. Senaraikan sembilan (9) kaedah pengendalian lepas tuai. vii. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ 5. ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ . vi. ii. Bahan tersebut adalah _____________________________ 3. Terangkan secara ringkas tiga (3) contoh kehilangan lepas tuai. viii. 1. Berikan tiga (3) faedah daripada sistem pengendalian lepas tuai yang baik. i. ii. Bahan ini akan bertindak balas dengan kelembapan udara atau air untuk menghasilkan gas asetelina yang menyerupai hormon etilena bagi merangsang kemasakan buah. iii.

Pada pendapat anda. ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ 7. Nyatakan perbezaan diantara persekitaran terubahsuai (MA) dan atmosfera terkawal (CA). apakah perkara yang paling penting yang perlu dilakukan dalam pengendalian lepas tuai? Nyatakan sebabnya.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 15 6. ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ .

Tijkens.H. The role of postharvest technology in improving nutrition and promoting national development in developing countries.. (2008).. Yahia. Overview of postharvest problems in fruits and vegetables. USA: Blackwell Publishing. E. Clarke. L. The future of film technology: A returnable packaging system for fresh produce. (2007).B. H. U. Yahia. Pengendalian Lepas Tuai: Buah-buahan dan Sayur-sayuran Tropika. (2005).C.C: National Academy Press. dan Joyce.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 16 RUJUKAN Bourne. Pros. Dennis. A.. UK: CABI. Italy: United Nations.M. M. E.M. (2008).P.. Washington D.B. Rome. 674: 97-104 pp. and De Moore. (1999). E. R. C. D. Cederberg.M. Sonesson. 5: 68-75 pp. Gopinadhan. Postharvest.. vegetables and ornamentals... R.An introduction to the physiology and handling of fruit. dan Susan. Van Otterdijk R. L. J.C. Yahia. Edisi kelima. Fresh cut fruits and vegetables and MAP. storage. Food and Agriculture Organization. Graham.M. C. Vegetables and Flowers. Postharvest Horticulture. Global Food Losses and Food Waste: Extent Causes and Prevention. Selected Case Studies.. (2011). Using Food Science and Technology to Improve Nutrition and Promote National Development. Acta Horticulturae. 682:16551666 pp. Malaysia: MARDI. J. Avtar. Postharvest Biology and Technology of Fruits. The effect of relative humidity on modified atmosphere packaging gas exchange.. P. Postharvest research and reality in developing countries. Hassan. McGlasson. and processing of fruits and vegetables. (1986).. Wills. and Meybeck. Constraints and challenges. Gustavsson. International Union of Food Science & Technology (IUFoST). . L.M. (2005). M. D. W. dan Cedeno. (1997). US-China seminar on handling. Guevara. Acta Horticulturae.. in CA’97 Proceedings. A..