You are on page 1of 15

P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 142

UNIT 7
RAWATAN LEPAS TUAI DAN KAWALAN PENYAKIT

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1.
2.
3.
4.

Menjelaskan definisi dan tujuan rawatan lepas tuai ke atas hasil pertanian.
Menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti hasil tanaman.
Mengenalpasti jenis-jenis kerosakan yang dialami oleh hasil tanaman.
Menghuraikan rawatan lepas tuai yang dilakukan ke atas hasil tanaman bagi
mengekalkan kualiti dan mengawal perosak.

PENGENALAN
Rawatan Lepas Tuai dan Tujuannya

H

asil tanaman terdedah kepada pelbagai perubahan fisiologikal selepas dituai termasuklah
kemasakan dan kerosakan. Kadar kemasakan dan kerosakan adalah berbeza-beza
bergantung kepada jenis komoditi dan kadar metabolismanya.

Rawatan lepas tuai merupakan rawatan yang dilakukan ke atas hasil tanaman bagi memperlahankan
perubahan fisiologi yang terjadi pada komoditi selepas dituai sehingga ke pengguna. Rawatan lepas
tuai penting bagi mengekalkan kualiti pada satu jangka masa yang lebih panjang dan mengurangkan
kadar kerosakan pada hasil yang diperoleh di mana ia boleh menyebabkan kerugian kepada
pengeluar. Teknologi rawatan lepas tuai bermula selepas hasil tanaman dituai sehingga ia dijual.
Dengan penggunaan teknologi ini, jangka hayat komoditi dapat dipanjangkan seterusnya memanjang
tempoh pemasaran buah.

Rajah 7.1. Hasil pertanian yang tidak diuruskan dengan sesuai boleh menyebabkan kerugian yang
banyak kepada pengusaha.

science. • Peringkat ini hanya lengkap sekiranya hasil masih lagi belum dituai dari pokok atau induk. Kematangan • Peringkat ini bermula sebelum pertumbuhan berhenti dan berakhir setelah hasil masak.au//figure_ view/126 . and New Zealand Institute of Agricultural and Horticultural Science 2010. Peringkat fisiologi hasil Pertumbuhan • Melibatkan pembahagian dan pembesaran sel yang akan menentukan saiz hasil.uq.1.2. http://plantsinaction. Senesen (Penuaan) • Tisu hasil mula tua dan mati. New Zealand Society of Plant Biologists.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 143 ISI KANDUNGAN FISIOLOGI HASIL TANAMAN Hayat hasil tanaman dapat dibahagikan kepada tiga peringkat fisiologi utama. Jadual 7.edu. Peringkat fisiologi tomato. Sumber: Australian Society of Plant Scientists. • Peringkat ini boleh terjadi walaupun telah dituai dari pokok atau induk. Pertumbuhan Kematangan Senesen Rajah 7.

Punca utama kerosakan fisiologi boleh dibahagikan kepada lima kumpulan. Kerosakan fisiologi Kerosakan fisiologi melibatkan penguraian tisu tumbuhan dan bukan disebabkan perosak. Kecederaan dingin biasanya berlaku apabila hasil yang sensitif. Kekurangan kalsium biasanya berkait rapat dengan kerosakan akibat kekurangan mineral pada peringkat lepastuai. terdedah kepada suhu lebih rendah daripada 10-15 oC. sel akan berhenti beroperasi seperti biasa dan hilang fungsi serta strukturnya. Ketidakseimbangan metabolik berpunca daripada suhu rendah boleh membawa kepada pengumpulan bahan tindak balas dan pengurangan hasil tindak balas. Namun. Pendedahan kepada suhu yang tidak sesuai Penyimpanan hasil pada suhu rendah biasanya memberi kesan positif kepada hayat lepas tuai kerana penurunan kadar metabolisma hasil secara keseluruhan. Kekurangan mineral Simptom kekurangan mineral pada hasil biasanya ditunjukkan selepas hasil dituai. biasanya yang berasal dari kawasan tropikal dan sub-tropikal.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 144 KEROSAKAN HASIL Kerosakan yang dialami oleh hasil akan memendekkan lagi jangka hayat lepas tuai hasil. Jenis-jenis kerosakan hasil dapat dibahagikan kepada beberapa kategori antaranya kerosakan fisiologi dan patologi. penyimpanan suhu rendah tidak semestinya memberi kesan positif kepada semua aktiviti sel pada tahap yang diinginkan. Rajah 7. Simptom kecederaan dingin dan beku pada komoditi . simptomnya adalah pembentukan kristal ais pada tisu hasil yang disimpan pada suhu bawah takat beku. iaitu: a. suhu kritikal yang boleh menyebabkan kecederaan dingin adalah berbeza mengikut komoditi. Manakala bagi kecederaan beku pula. Seterusnya. penyakit atau kerosakan mekanikal. Kerosakan ini dipanggil kecederaan dingin. b. Sesetengah proses dalam sel adalah sensitif kepada suhu rendah. Proses ini akan menghalang penghasilan substarat yang diperlukan serta menyebabkan pengumpulan toksik dalam hasil. Kawasan yang rosak biasanya akan mengalami perubahan warna (biasanya coklat atau hitam) pada kawasan-kawasan tertentu. Walaubagaimanapun.3.

Rajah 7. persekitaran dan patogen. e. Pendedahan kepada cahaya menyebabkan pembentukan tompok hijau pada kentang. Interaksi antara faktor ini juga dipanggil segi tiga penyakit. . Terdapat tiga komponen utama yang mempengaruhi jangkitan penyakit yang dialami oleh hasil iaitu perumah.4. Respirasi hasil Kerosakan akibat respirasi adalah disebabkan oleh kandungan oksigen yang rendah dan karbon dioksida yang tinggi ketika hasil dalam simpanan atmosfera terkawal atau semasa dalam pembungkusan atmosfera terubahsuai.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 145 c. pendedahan kepada etilena menyebabkan bintik russet pada batang daun salad dan rasa pahit pada lobak merah. Contohnya. d. bergantung kepada jenis hasil. Bintik russet pada salad dan tompok hijau pada kentang Kerosakan patologi Penyakit lepas tuai menyerang pelbagai jenis buah dan sayuran dengan anggaran kerugian yang ketara terutamanya di negara yang kurang maju disebabkan kekurangan fasiliti penyimpanan lepas tuai. Sebarang perubahan dalam mana-mana komponen akan memberi kesan kepada kadar jangkitan pada hasil dan mempengaruhi kesan rawatan yang diberikan. Faktor-faktor lain Kerosakan akibat faktor ini kebiasaanya menunjukan simptom yang bersifat lebih spesifik. Contoh kesan respirasi ke atas hasil adalah keperangan pada batang daun salad disebabkan oleh kecederaan akibat tinggi karbon dioksida dan kerosakan iaitu black heart rot pada kentang disebabkan oleh kecederaan akibat kadar oksigen rendah. Senesen Kerosakan akibat senesen biasanya berkait dengan hasil yang terlebih matang atau penyimpanan yang terlalu lama seperti perubahan pada bendi yang menjadi lebih liat apabila berada pada peringkat senesen.

Bincangkan. Jangkitan awal penyakit biasanya akan diikuti dengan serangan oleh patogen-patogen lemah yang bersifat kurang spesifik yang mana seterusnya akan menambahkan lagi kesan jangkitan oleh patogen asal. Hasil yang masak juga bersifat lebih lembut dan lebih mudah dijangkiti penyakit. mangga Keledek Anggur.Kerosakan Patogen . kulapuk kelabu pada strawberi dan reput hitam pada keledek.Suhu .5.Mudah dijangkiti .6. lebam dan pengendalian yang kasar. Proses jangkitan juga akan menjadi lebih cepat sekiranya terdapat kerosakan mekanikal pada permukaan hasil seperti tusukan serangga. strawberi. sayuran berdaun Buah sitrus Nanas Patogen Colletotrichum gloeosporioides Ceratocystis fimbriata Botrytis cinerea Penicilium digitatum Ceratocystis paradoxa Rajah 7. Kerosakan pada hasil pada peringkat lepas tuai juga boleh disebabkan oleh serangan serangga dan vertebrata.Kekuatan Rajah 7. . Kesan jangkitan ke atas hasil. Contoh-contoh penyakit yang biasa menyerang hasil tanaman: Penyakit Antraknos Reput hitam Kulapuk kelabu Kulapuk hijau Reput hitam Tanaman Betik. Jadual 7.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 146 Perumah .3.Kelembapan .Bilangan@kepekatan . Dari kiri: kulapuk hujau pada buah oren. cakaran kuku. Komponen dalam segi tiga penyakit Buah dan sayur yang rosak akibat mikroorganisma boleh menjangkiti hasil samada ia masih melekat pada induk atau semasa dituai dan juga semasa operasi pengendalian dan pemasaran.Resistan Persekitaran .

timun. Pelilinan Pelilinan di dalam rawatan lepas tuai merupakan salutan lapisan lilin tiruan dalam bentuk cecair atau serbuk pada permukaan buah-buahan atau sayur-sayuran. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk rawatan pra penyejukan bergantung kepada jenis komoditi (Unit 4). Rawatan pra-penyejukan merupakan rawatan yang dilakukan bagi menyingkirkan haba ladang dan menurunkan suhu komoditi bagi memanjangkan jangka hayat komoditi. cili. Pewarna juga boleh ditambah untuk mencantikkan rupa komoditi dan racun kulat untuk mengurangkan serangan kulat pada buah.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 147 RAWATAN LEPAS TUAI Rawatan pra-penyejukan Suhu hasil tanaman hortikultur ketika dituai diladang akan menyamai suhu persekitaran ladang malahan boleh mencapai 40°C jika terdedah kepada cahaya matahari secara terus. Tipis. sitrus dan mangga. Mengilat dan licin. tomato. Penurunan suhu hasil tanaman dapat mengurangkan kadar respirasi buah dan serangan perosak. Proses pelilinan ini mampu mengurangkan kadar kehilangan air 30-50% jika komoditi disimpan didalam suhu yang sederhana. manga dan betik. pisang.  Mencantikkan rupa buah.Selalunya rawatan prapenyejukan dilakukan pada hasil tanaman yang mudah rosak seperti sayur berdaun. Kebanyakan lilin yang digunakan untuk perlilinan bagi tujuan komersial menggunakan campuran beberapa jenis lilin daripada tumbuhan atau sumber . Tujuan pelilinan dilakukan pada komoditi tanaman hortikultur adalah:  Untuk mengurangkan proses kehilangan air seterusnya melambatkan buah daripada layu atau rosak. antaranya ialah:      Tidak mempengaruhi bau dan rasa buah. Lilin yang digunakan bagi proses pelilinan harus memenuhi beberapa syarat. Cepat kering. tomato. Pada suhu yang tinggi. buah delima. Oleh itu. kadar respirasi akan meningkat dan mampu mengurangkan jangka hayat hasil tanaman. Tidak beracun.  Menutup luka atau goresan kecil pada permukaan buah. suhu hasil tanaman yang dituai haruslah diturunkan secepat yang mungkin. Terdapat beberapa komoditi buah atau sayur yang selalunya melalui proses pelilinan ini seperti timun. Proses penyalutan lilin tiruan ini dilakukan disebabkan oleh penyingkiran lilin semulajadi pada permukaan hasil selepas melalui proses pembersihan.

Pengembangan sel pada kadar yang tinggi. kemanisan. Mengapakah rawatan ini perlu untuk sesetangah komoditi buah-buahan dan sayur-sayuran? Peranuman Buah yang ranum bermaksud buah yang berada dalam keadaan kualiti yang terbaik untuk dimakan. Proses peranuman buah akan menyebabkan berlakunya perubahan biokimia yang lain pada buah seperti:     Peningkatan kadar respirasi.  Carnauba: tidak bertindak baik dalam menghalang kehilangan air tetapi memberi kesan kilau yang baik pada permukaan komoditi. warna.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 148 petroleum bagi meningkatkan keberkesanan kesan perlilinan. Peningkatan kadar penghasilan gas etilena. Hanya buah yang menjadi matang pada pokok sebelum dituai mampu untuk ranum. Manakala peranuman melibatkan proses perubahan struktur dan komposisi buah yang tidak ranum kepada buah yang boleh dimakan. Komoditi buahbuahan boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu: . Antara jenis lilin dan bahan lain yang digunakan bagi tujuan pelilinan komersial ialah:  Paraffin: bertindak baik dalam mengawal kehilangan air tetapi kesan kilau pada permukaan komoditi rendah.  Chitosan  Formulasi yang mengandungi polietilena  Bahan raisin sintetik Proses perlilinan boleh dilakukan melalui beberapa kaedah iaitu:  Memberus  Menyembur  Merendam Penyalutan lilin pada sesetengah komoditi buah-buahan dianggap penting. Penurunan kadar klorofil pada permukaan buah. dan aroma buah membolehkan buah yang ranum sesuai untuk dimakan. Peranuman merupakan proses fisiologi yang kompleks yang menyebabkan perubahan pada tekstur.

Contoh: Contoh: Pisang. tomato. belimbing. tembikai. Buah respirasi tidak klimaterik Kadar respirasi buah menurun selepas dituai. peranuman buah. Buah boleh diranumkan selepas dituai. Pendedahan buah pada rawatan gas iv.4. iv. nanas. Rawatan ini hanya dilakukan pada dua jenis buan respirasi tidak klimaterik iaitu:  Sitrus  Nanas Terdapat dua faktor yang membolehkan proses penyahijauan berlaku iaitu:  Pendedahan buah pada suhu yang rendah. Buah tidak mampu untuk meranum sendiri selepas dituai daripada pokok.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 149 Jadual 7. Walaubagaimanapun proses penyahhijauan ini hanya melibatkan perubahan warna luaran buah sahaja dan tidak memberi kesan kepada rasa buah. jambu batu. Ciri-ciri buah respirasi klimaterik dengan respirasi bukan klimaterik Buah respirasi klimaterik i. betik. Timun. Bincangkan kaedah yang digunakan untuk menentukan indeks kematangan buah. Kadar respirasi meningkat sehingga i.  Pendedahan buah pada persekitaran yang tinggi kandungan gas etelina. avokado. rambutan. buah akan didedahkan pada gas etilena pada kadar 20-200µl/liter. Penyahhijauan Penyahhijauan ialah proses di mana pigmen hijau daripada klorofil pada kulit buah terurai dan pigmen berwarna kuning daripada karotenoid dan oren daripada xantofil terbentuk. iii. Bagi amalan penyahijauan untuk buah sitrus. Setiap buah respirasi klimetrik mempunyai indeks kematangan buah yang berbeza-beza. durian. 20-30°C dan 90-95% kelembapan relatif . Buah menghasilkan gas etilena pada kadar yang sangat sikit. ii. limau nipis. buah tua. Gas etilena dihasilkan pada kadar ii. yang tinggi seiring dengan iii. Proses ini dilakukan untuk menukar warna buah supaya kelihatan ranum bagi menarik perhatian pembeli. markisa. etilena akan menyebabkan buah lebih cepat dan lebih seragam kadar peranuman buah. muskmelon. Kebanyakannya tidak bertindak balas dengan rawatan gas etilena kecuali bagi buah sitrus dan nanas (penyahijauan).

Rawatan ini selalunya dilakukan pada buah manga dan betik bertujuan mengawal kerosakan pada permukaan dan dalaman buah.  Semburan wap panas. . rambutan.  Merendam di dalam air bersuhu 52°C bersama Benomyl (Benlate) pada kepekatan 0. Irradiasi Rawatan irradiasi melibatkan pendedahan produk kepada sumber radiasi sehingga mencapai tahap penyerapan sinar gamma dan sinar X yang ditetapkan untuk produk. Department of Agriculture’s (USDA) telah membenarkan penggunaan irradiasi sebagai rawatan kuarantin kepada sayur-sayuran dan buah-buahan pada kadar dos minimum 400 Gy.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 150 dalam jangka waktu 2-3 hari. Selalunya. Aplikasi rawatan ini terbukti berjaya mengawal perkembangan Antraknos pada buah. rawatan haba ini akan dicampur dengan racun kulat untuk kawalan perosak yang lebih efektif dan mengurangkan pengendalian dan peralatan yang digunakan. Di Malaysia terdapat dua kaedah rawatan air panas digunakan iaitu:  Merendam di dalam air bersuhu 55°C selama 5 minit. Walaubagaimapun. U. Kecederaan haba pada buah boleh wujud selepas dipindahkan di tempat simpanan sejuk. suhu terbaik untuk penyahijauan berlaku bagi buah sitrus ialah pada suhu 15-25°C bergantung kepada spesis buah. Rawatan haba Rawatan haba digunakan secara komersial untuk mengurangkan kehilangan hasil kesan daripada serangan perosak terutamanya lalat buah. manggis dan jambu batu. Kadar dos yang dibenarkan ini tidak semestinya akan membunuh serangga tetapi menjadikan serangga bebas dari mikroorganisma (steril) dan menghalang tumbesaran serangga menjadi dewasa. laici. Rawatan ini biasanya digunakan untuk pasaran eksport kerana kos rawatan yang agak tinggi dan fasiliti yang canggih diperlukan.S. Rawatan haba boleh dibahagikan kepada dua kaedah iaitu:  Rendaman air panas. Buah yang telah diperiksa dan dirawat perlulah dibungkus menggunakan kotak yang kedap serangga bagi memastikan produk dalam keadaan bebas perosak.1% selama 1 -3 minit. Proses rawatan haba tidak dilakukan pada hasil daripada jenis sayuran dan buah-buahan yang lembut. Antara hasil pertanian yang dirawat dengan teknologi ini sebelum dieksport adalah mangga.

Rawatan fizikal Rawatan fizikal melibatkan prosedur pengendalian yang meminimumkan kecederaan lepas tuai dan juga mewujudkan persekitaran luar yang tidak menggalakkan pertumbuhan mikroorganisma bagi menghalang kemasukan mikroorganisma ke dalam komoditi. Rawatan biologi Kebimbangan tentang keselamatan rawatan kimia telah menjadi punca utama untuk mencari kaedah kawalan biologi menggunakan organisma bermusuhan. Walau bagaimanapun. kaedah alternatif bagi mengawal penyakit perlu diusahakan.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 151 KAWALAN PENYAKIT Kaedah kawalan penyakit lepas tuai boleh dikelaskan dalam tiga kategori utama: 1.5. 3. Beberapa racun mikrob biologi telah diluluskan untuk kegunaan lepas tuai seperti penggunaan Aspire ™ terhadap Botrytis dan Penicillium dan Bio-Save 110 dan 1000 ™ untuk penggunaan terhadap patogen lepas tuai pada epal. Rawatan kimia Penggunaan bahan kimia adalah penting untuk melindungi kualiti makanan dan mencegah kerugian tanaman akibat kerosakan. menetapkan had maksimum sisa (Maximum Residual Limit. dan keupayaan bahan kimia tersebut menembusi tisu hasil. kentang Pisang Anggur Ceri Jenis patogen Bakteria dan kulat Fusarium sp. Organisma bermusuhan termasuk bakteria. limau dan pear.  menggunakan suhu rendah semasa pengendalian dan penyimpanan. kadar pertumbuhan jangkitan.  rawatan haba (udara lembap panas. Agen kawalan biologi boleh menyekat patogen melalui pelbagai mekanisma. Colletotrichum sp.. suhu dan kelembapan. Oleh kerana kebimbangan pengguna tentang kesan penggunaan bahan kimia sintetik. Botrytis cinerea Rhizopus sp. Rawatan fizikal termasuk:  program sanitasi dalam persekitaran lepas tuai. kedalaman jangkitan pada tisu hasil. 2. MRL) dan hanya menggunakan racun kulat yang diluluskan. .. Kejayaan rawatan kimia bergantung kepada beberapa faktor iaitu bilangan spora awal. Bahan kimia Kalsium hipoklorik Thiram Sulfur dioksida Tebuconazole Jenis tanaman Sayuran. harga rendah air panas) yang dapat mengawal jangkitan pada permukaan dan yang menembusi kulit. Jadual 7. beberapa pertimbangan perlu diambil kira terutamanya memastikan bahan kimia yang digunakan tidak beracun pada kepekatan yang digunakan. Bahan kimia berdaftar yang boleh digunakan sebagai rawatan kepada jangkitan mikroorganisma. buah. yis dan kulat berfilamen.

ia akan mandul apabila terkena sinaran radiasi pada tahap tertentu.  Walaubagaimanapun kos rawatan ini agak tinggi. betik dan belimbing.  Rawatan rendaman air panas atau semburan wap panas.  Rawatan sinar radiasi.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 152  radiasi UV.  Tahap sensitiviti hasil.  Berkesan dalam membunuh mikroorganisma.  Kawalan peranuman buah. Dimana kandungan karbon dioksida ditingkatkan. pupa dan serangga dewasa. larva. Keberkesanan rawatan kawalan penyakit bergantung kepada tiga faktor utama:  Keupayaan untuk mencapai patogen. Oleh itu.  Buah diranumkan pada suhu dan kelembapan relatif yang terkawal bersama gas etilena.  Fasa telur merupakan fasa paling sensitif dengan sinaran radiasi. serangga dan parasit.  Contoh rawatan sinar yang boleh digunakan ialah: Gamma. X-ray.  Hasil tanaman diletakkan di dalam bilik sejuk pada suhu kurang daripada 1. manakala bagi serangga dewasa. oksigen dan tahap etilena dikurangkan.  Dapat meminimakan serangan perosak kerana buah yang terlalu matang lebih berisiko tinggi mendapat serangan perosak berbanding buah yang dituai pada peringkat awal matang. . Kebanyakan negara pengimpot akan mengkuarantin hasil tanaman yang di eksport untuk diperiksa samada komoditi bebas daripada serangga perosak yang berbahaya atau tidak. Kewujudan lava serangga ini dalam buah menyebabkan keseluruhan hasil tanaman yang hendak di eksport tidak dibenarkan untuk dibawa masuk di sesetengah negara seperti Jepun. langkah-langkah pengawalan serangga harus dititikberatkan bagi memusnahkan telur. Terdapat beberapa kaedah dalam mengawal serangan serangga perosak terhadap hasil lepas tuai :  Pengasapan dengan gas sterilant.  Rawatan penyejukan.6°C terbukti berjaya membunuh lalat buah. untuk membolehkan hasil tanaman memasuki pasaran sesebuah negara lain. KAWALAN SERANGGA Sesetengah serangga seperti lalat buah merupakan ancaman besar bagi kebanyakan buah-buahan tropika seperti manga.  menggunakan penyimpanan atmosfera terubahsuai.  Tahap dan jenis jangkitan. dan kawalan yang lebih baik ke atas kelembapan sekitar hasil.  Sesuai diaplikasi pada buah respirasi klimaterik dimana buah dituai ketika matang hijau dan dibawa ke pengguna.

Oleh sebab itu.7. Pengetahuan berkaitan jenis hasil adalah penting bagi menentukan jenis rawatan yang sesuai. Rawatan lepas tuai perlu diberikan kepada komoditi bagi memanjangkan hayat simpanan dan membolehkan hasil dieksport ke tempat yang lebih jauh. . 4. Lalat buah CARTA ALIR PENGURUSAN LEPAS TUAI Penuaian hasil di ladang Disimpan di dalam bilik sejuk sebelum dipasarkan Pengangkutan hasil ke pasar Hasil dibawa ke rumah pembungkusan Pembungkusan komoditi dilakukan mengikut kehendak pasaran Rawatan etilena ke atas hasil Hasil dibersihkan dan dirawat dengan racun kulat dan rawatan lepas tuai lain Hasil digredkan Pemasaran hasil RUMUSAN 1. 3. 2. 5. Hasil lepas tuai biasanya dieksport menggunakan pengangkutan laut kerana lebih menjimatkan kos. Namun. rawatan lepas tuai perlu diberikan bersesuaian dengan tempoh yang diperlukan untuk menghantar hasil ke destinasi. Hasil yang berkualiti mempunyai hayat lepas tuai yang lebih panjang dan mempunyai harga pasaran yang lebih tinggi.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 153 Rajah 7. masa yang diperlukan lebih panjang berbanding daripada pengangkutan udara. Rawatan lepas tuai adalah berbeza mengikut jenis komoditi.

2. 4. i. 9. Nyatakan kepentingan memahami faktor-faktor mempengaruhi kemasakan hasil dengan rawatan lepas tuai yang diberikan. Terangkan secara ringkas ketiga-tiga peringkat fisiologi hasil. ___________________________________________________________________ iii. ___________________________________________________________________ 4. 7. 6. ___________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ . 3. Peringkat lepas tuai bermula dari _____________________ sehingga _________________. 3. Berikan definisi rawatan lepas tuai dan kepentingannya kepada hasil tanaman. 5. ___________________________________________________________________ ii. ___________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ 2. 8.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 154 PETA KONSEP Lepas tuai Definisi dan kepentingannya Fisiologi hasil tanaman Kemasakan hasil Kerosakan hasil Rawatan lepas tuai KATA KUNCI 1. Hayat lepas tuai Kehilangan lepas tuai Senesen Etilena Buah klimaterik Buah bukan klimaterik Rawatan pra-penyejukan Irradiasi Kawalan penyakit LATIHAN KENDIRI 1.

Nyatakan jenis-jenis langkah yang boleh diambil bagi mengawal jangkitan penyakit. Berikan tiga (3) komponen penting dalam segi tiga penyakit. Senaraikan lima (5) jenis kerosakan fisiologi pada hasil berserta contohnya. ___________________________________________________________________ 6. ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ 8. ________________________ 7. ________________________ iii. ___________________________________________________________________ iv. ________________________ ii. ___________________________________________________________________ ii. ___________________________________________________________________ iii. i. i.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 155 5. ___________________________________________________________________ v. ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ . Terangkan secara ringkas rawatan lepas tuai yang diberikan kepada hasil bagi mengawal kualitinya.

Ron Wills.UNSW Press.usda. . 5 th Edition.edu. Questions and Answers: Importing Irradiated Fruit into the United States. a resource for teachers and students of plant science. and New Zealand Institute of Agricultural and Horticultural Science 2010.Wiley-Blackwell.science. Barry McGlasson. Doug Graham and Daryl Joyce.pdf. Adel A. Pilar Cano. 2008. Diperoleh pada http://www. Kader. Postharvest Technology of Horticultural Crops. 2007. Nirmal K.gov/publications/plant_health/ content /printable_version/ifruit08. 2nd Edition. 2nd edition: Plants in action.aphis.Diperoleh pada http://plantsinaction. ed. 2012. Sidhu. University of California. Handbook of Fruits and Fruit Processing. B. Wu and M.P e m p r o s e s a n H a s i l T a n a m a n | 156 RUJUKAN Animal and Plant Health Inspection Service. 2002. USA.uq. Postharvest: An introduction to the physiology and handling of fruit. James S. Australian Society of Plant Scientists. Australia. Jiwan S. New Zealand Society of Plant Biologists. vegetables and ornamentals. Jozsef Barta.3rd Edition. Sinha. au//figure_view/126.