You are on page 1of 1

Seperti katak di bawah tempurung - amat cetek/sedikit pengetahuannya

Seperti embun di hujung rumput - Kasih sayang yang cepat hilang.


Mencurah air ke daun keladi - Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak
dapat meresap ke dalam hati.
Sudah jatuh di timpa tangga - Berturut-turut mendapat kesusahan.
Orang mengantuk disorongkan bantal - Memperoleh apa yang diingininya.
Seperti ayam berak kapur - Rupa pucat kerana menghidap penyakit.
Nasi sudah menjadi bubur - Perkara yang sudah dilakukan, tak dapat diubah lagi.
Indah khabar dari rupa - Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang
sebenarnya
Ada gula, ada semut - Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang
berkumpul.
Bagai harimau beranak muda - Orang perempuan yang terlalu bengis.
Maksud peribahasa - peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang
luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa juga
merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.