Imam AlGhazali Rahimahullah

Riwayat Hidup
•Tarikh lahir: 450 Hijrah bersamaan dengan tahun • • •
1058 Masihi Tempat lahir: Bandar Tus, Khurasan(Iran) Nama sebenar: Abu Hamad Muhammad Bin Muhammmad Bin Ahmad AlGhazali At-Tusi Gelaran: i.)Al-Ghazali (sempena nama kampung tempat kelahirannya iaitu Ghazalah) ii.)Abu Hamad (kerana salah seorang anaknya bernama Hamad) Asal-usul: i.)Dari keluarga yang miskin. ii.)Bapanya mempunyai cita-cita yang tinggi melihat anaknya menjadi orang alim dan soleh Jawatan: Naib Canselor di Madrasah Nizamiah, pusat pengajian tinggi di Baghdad. Beliau juga merupakan seorang ulama, ahli fikir, dan ahli falsafah Islam yang terkemuka yang

• •

Sifat Peribadi

banyak memberi sumbangan ke arah perkembangan tamadun manusia • Tarikh wafat: Hari Isnin 14 Jamadilakhir tahun 505 Hijrah bersamaan 1111 Masihi di Tus • Tempat dikebumikan: Bandar Tus, Khurasan(Iran)

• Mempunyai daya ingatan yang kuat dan bijak

berhujah sehingga digelar “Hujjatul Islam” • Berjaya menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan • Sangat mencintai ilmu pengetahuan • Sanggup meninggalkan segala kemewahan hidup untuk bermusafir demi mencari ilmu pengetahuan. • Terkenal sebagai ahli falsafah Islam yang telah mengharumkan nama ulama Islam di Eropah melalui hasil karyanya yang bermutu tinggi • Sejak kecil lagi dididik dengan akhlak yang mulia. Oleh itu,beliau membenci sifat riak, megah, sombong, takbur, dan sifat-sifat mazmumah yang lain. • Kuat beribadat, warak, zuhud, tidak gemar kepada kemewahan,dan mencari sesuatu untuk mendapat keredaan Allah S.W.T • Mempunyai ketokohan dalam pelbagai bidang ilmu terutamanya fikah, usul fikah, dan siasah syar’iyah. Oleh itu, beliau digelar “fakih”.

Pendidikan

Pada peringkat awal, beliau mendapat pendidikan secara percuma daripada beberapa orang guru kerana kemiskinan keluarganya. Pendidikan yang diperoleh pada peringkat ini membolehkan beliau menguasai bahasa Arab dan Parsi. • Oleh sebab minatnya yang mendalam terhadap ilmu, beliau mula mempelajari ilmu usuluddin, ilmu mantik, usul fikah, dan falsafah serta menyelidik segala pendapat empat mazhab hingga mahir dalam bidang yang dibincangkan oleh pendapat daripada mazhab-mazhab tersebut. • Selepas itu, beliau menyambung pelajaran dengan seorang guru yang bernama Ahmad ArRazkani dalam bidang ilmu fikah dan beliau juga berguru dengan Abu Nasr Al-Ismail di Jarjan dan Imam Harmain di Naisabur. • Oleh sebab Imam Al-Ghazali memiliki ketinggian ilmu, beliau dilantik menjadi guru di Madrasah Nizamiah di Baghdad pada tahun 484 Hijrah. Kemudian dilantik sebagai Naib Canselor di sana.

Mengembara ke beberapa tempat seperti Makkah, Madinah, Mesir, dan Jerusalem untuk berjumpa dengan ulama-ulama di sana bagi mendalami ilmu pengetahuan. • Sewaktu pengembaraan, beliau menulis kitab Ihya Ulumuddin yang memberi sumbangan besar kepada masyarakat dan pemikiran umat Islam dalam semua masalah.

Sumbangan

Berpendapat bahawa untuk mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat,seseorang itu harus mempunyai ilmu dan diamalkan dengan baik dan ikhlas kerana Allah S.W.T. Merupakan ahli fikir Islam yang telah meninggalkan jasa yang tidak ternilai melalui hasil-hasil karyanya. Pernah dilantik sebagai penasihat agung kepada Nizam Al-Mulk, perdana menteri Khalifah Abbasiyah di Baghdad. Mendokong fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Menjadi tenaga pengajar di Universiti Nizamiyah di Baghdad. Menolak fahaman ahli falsafah.

• • • • •

• •

• •

• •

Segala hasil tulisan beliau, mempengaruhi ahli fikir selepasnya seperti Jalaluddin Ar-Rumi, Syeikh Al-Asyraf dan Ibnu Rusyd. Kebanyakan hasil karya beliau berbentuk falsafah. Oleh itu, ahli-ahli falsafah Barat menganggap beliau sebagi ahli falsafah dan beliau digelar filsuf (pelapor kepada golongan sufi). Hasil karya beliau juga merangkumi pelbagai bidang ilmu termasuk fizik, metafizik, dan sebagainya. Antara ulama yang berjuang membina tamadun Islam yang dinamik kerana hasil pemikirannya melalui penulisan banyak mempengaruhi umat Islam hingga kini. Kitab-kitab hasil karya beliau banyak diterjemahkan ke dalam bahasa asing oleh pengkaji-pengkaji barat. Antara hasil karya beliau yang bermutu tinggi selain Ihya Ulumuddin termasuklah: i. Mizanul-Amal

ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix.

Al-Munkaz Minal Dhalal Minhajul-Abidin Tuhafatul-Falasafah Hidayatus-Salikin Jawahir Al-Quran Maqasidul-Falsafah Al-Mustazhar Al-Wajiz