You are on page 1of 43

Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar

Maktab Rendah Sains MARA

Unit Kebajikan & Disiplin
Cawangan Hal Ehwal Pelajar
Bahagian Pendidikan & Latihan
(Menengah)
MARA

2008

KANDUNGAN

1.
2.
3.
4.
5.

Bahagian I
Bahagian II
Bahagian III
Bahagian IV
Bahagian V

: Pendahuluan
: Matlamat & Etika Pelajar
: Kesalahan Disiplin Pelajar
: Dendaan & Hukuman
: Pengurusan Disiplin &
Tatatertib Pelajar
6. Bahagian VI : Am
7. Bahagian VII : Organisasi Pengurusan Disiplin

3
5
6
9
10
13
13

Senarai Lampiran
A
B
C
D

:
:
:
:

E :
F :
G:
H :
I :
J :
K :
L :
M:

[Tahanan Dalam Maktab Tidak Melebihi 6 Minggu]
[Tahanan Dalam Maktab Tidak Melebihi 4 Minggu]
[Tatacara/Panduan Merotan & Proses Rayuan]
[Surat Pemberitahuan Hukuman Ke Atas
Tindakan Tatatertib]
[Surat Pertuduhan Pelanggaran Disiplin]
[Senarai Tugas Pengerusi & Setiausaha Dalam
JPPM, JDM, JDRM, JDB & JRB]
[Surat Perjanjian Berkelakuan Baik]
[Minit Mesyuarat JDM/JDRM]
[Contoh Sinopsis Kes Disiplin]
[Laporan Pengaduan / Tertuduh / Mangsa / Saksi]
[Laporan Penyiasatan]
[Proses Pengurusan Kes Disiplin Pelajar MRSM]
[Perjanjian Sentiasa Mematuhi Ikrar Dan Janji]

23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
36
37
41

2

PANDUAN PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR
MAKTAB RENDAH SAINS MARA
Bahagian I :

Pendahuluan

1. Nama dan Tarikh kuat kuasa
Peraturan-peraturan ini boleh dinamakan Panduan Pengurusan Disiplin
Pelajar Maktab Rendah Sains MARA dan hendaklah berkuat kuasa pada 1
Januari 2008.
2.

Pemakaian

Panduan Pengurusan hendaklah diguna pakai bagi semua pelajar MRSM.
Pelanggaran mana-mana peruntukan ini, akan mengakibatkan pelajar MRSM itu boleh
dikenakan tindakan tatatertib.
3. Tafsiran
Dalam Panduan ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang
lain:
‘Badan Wakil Pelajar (BWP)’ ertinya Badan Wakil Pelajar Maktab Rendah
Sains MARA.
‘Barang atau Harta Maktab’ ertinya benda kepunyaan/milik/di bawah
kawalan Maktab Rendah Sains MARA.
‘Dadah’ ertinya sebarang jenis dadah atau bahan yang pada masa ini
disenaraikan dalam Jadual Pertama di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952
(Akta 234).
‘Guru’ ertinya guru Maktab Rendah Sains MARA.
‘Guru Kanan’ ertinya guru kanan subjek atau ketua unit subjek berkenaan.
‘Jawatankuasa Rayuan Bahagian (JRB)’ ertinya Jawatankuasa Rayuan di
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah) yang berfungsi
mempertimbangkan rayuan disiplin yang dirujuk oleh Jawatankuasa Disiplin
Bahagian.
‘Jawatankuasa Disiplin Bahagian (JDB)’ ertinya Jawatankuasa Disiplin di
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah) yang berfungsi mengawal
tatatertib dan disiplin pelajar MRSM.
‘Jawatankuasa Disiplin & Rayuan Maktab (JDRM)’ ertinya Jawatankuasa
Disiplin & Rayuan Pelajar Maktab Rendah Sains MARA.

3

‘Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM)’ ertinya Jawatankuasa Disiplin
Maktab Rendah Sains MARA.
‘Jawatankuasa Penguatkuasaan Peraturan Maktab (JPPM)’ ertinya
Jawatankuasa Penguatkuasaan Peraturan Maktab Rendah Sains MARA.
‘Judi’ ertinya aktiviti yang melibatkan apa-apa permainan beradu nasib, atau
gabungan beradu nasib dan kemahiran, bagi wang atau nilai wang, dan
termasuklah apa-apa pertaruhan atau apa-apa loteri.
‘Kaunselor’ ertinya Kaunselor Maktab Rendah Sains MARA.
‘Ketua Warden’ ertinya Ketua Warden Maktab Rendah Sains MARA.
‘MARA’ ertinya Majlis Amanah Rakyat yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis
Amanah Rakyat 1966.
‘Ketua Jabatan (KJ)’ ertinya Ketua Jabatan Sains atau Ketua Jabatan
Matematik atau Ketua Jabatan Bahasa atau Ketua Jabatan Pengajian Am.
‘Minuman keras’ ertinya apa-apa minuman yang memabukkan, samada atau
tidak mengandungi kekuatan alkohol.
‘Ketua Seksyen (KS)’ ertinya Ketua Seksyen Bahagian Pendidikan & Latihan
(Menengah) MARA.
‘Ketua Penolong Pengarah (KPP)’ ertinya Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) MARA.
‘Pelajar’ ertinya pelajar yang mendaftar di Maktab Rendah Sains MARA.
‘Pengarah Pendidikan & Latihan (Menengah)’ ertinya Pengarah Bahagian
Pendidikan & Latihan (Menengah) MARA.
‘Pengetua’ ertinya Pengetua Maktab Rendah Sains MARA.
‘Timbalan Pengetua (HEP)’ ertinya Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar
Maktab Rendah Sains MARA.
‘Timbalan Pengetua (HEA)’ ertinya Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik
Maktab Rendah Sains MARA.
‘Penasihat Homeroom” ertinya guru penasihat kepada homeroom pelajar.
4.

Pindaan dan Tambahan
MARA berhak pada bila-bila masa untuk membuat sebarang pindaan
dan/atau penambahan yang difikirkan perlu kepada peraturan dan yang mana
pindaan dan/atau penambahan ini hendaklah dianggap sebagai sebahagian
daripada peraturan ini.

4

menghargai kebersihan dan mencintai alam sekitar. 2.1 Kepercayaan Kepada Tuhan Sentiasa menunjukan tingkahlaku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang percaya kepada Tuhan dan bersyukur atas segala kemudahan dan nikmat yang dikurniakan. 2. dan 1. bersih.5 Mementingkan Kesihatan Dan Kebersihan Sentiasa menunjukan tingkahlaku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang bersih. 2. segar. berbudi bahasa. Etika Pelajar 2. 1. 2.2 Bersopan Dan Bertatasusila Sentiasa menunjukan tingkahlaku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang bersopan santun. berketrampilan.3 Membina budaya kerja yang cemerlang dan berakhlak mulia. kemas. 2.Bahagian II : Matlamat & Etika Pelajar 1. guru-guru.4 Menghormati Masa Dan Tanggungjawab Sentiasa menunjukan tingkahlaku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang menepati masa. berpekerti mulia. rajin dan bersungguhsungguh dalam melaksanakan sesuatu tugas dan tanggungjawab. berwibawa. Matlamat Matlamat Peraturan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA adalah untuk:1. menghormati ibu bapa. Maktab dan Negara.3 Kepatuhan Kepada Undang-Undang Sentiasa menunjukan tingkahlaku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang berdisiplin dan menghormati Peraturan & UndangUndang. sihat. 2.2 Membantu pelajar menguruskan diri dan masa dengan berkesan. kemas dan prihatin kepada tanggung-jawab diri dan sosial pelajar.1 Mewujudkan persekitaran persekolahan dan pembelajaran yang selamat. Agama. ketua dan rakan-rakan.6 Berfikiran Positif Dan Bercita-cita Tinggi 5 .

k. seks oral. lesbian atau homoseksual.Sentiasa menunjukan tingkahlaku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang yakin kepada kebolehan diri sendiri. h. Mengandung atau mempunyai anak. r. Berzina. tidak mudah putus asa. dinamik. Melanggan pelacur atau melacur atau menjadi bohsia atau bohjan atau pondan atau melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak bermoral. 1. j. Mencederakan atau menyebabkan kecederaan kepada seseorang. n. patriotik. Berkahwin. d. Kesalahan Disiplin Kategori Amat Berat a. Mencabul kehormatan orang lain. Melibatkan diri dalam kumpulan-kumpulan Black Metal. f. g. Menyimpan atau memiliki senjata api atau bahan peledak. Cubaan membunuh diri. Bekerjasama. Menyimpan atau memiliki atau mengguna atau mengedar atau menjual sebarang jenis dadah (narkotik). m. berdaya saing dan bercita-cita tinggi. Menyalahgunakan bahan yang boleh mengkhayalkan seperti gam atau ubat batuk dan seumpamanya. berjiwa besar. Menganjurkan atau menggerakkan atau menghasut orang lain bertindak ganas atau menunjuk perasaan yang boleh menyebabkan kerosakan harta benda atau mengancam keselamatan maktab atau awam. Merompak atau menyamun. Skin Head. Menulis atau mengeluarkan kenyataan yang mencemarkan imej MARA 6 . b. p. q. Memukul atau mendera atau menyeksa atau membuli seseorang secara berkumpulan. i. Punk atau Cyber Cafe serta lain-lain kumpulan yang menjalani aktiviti-aktiviti yang bersamaan dengan kumpulan-kumpulan ini. Bahagian III : Kesalahan Disiplin Pelajar Pada bila-bila masa pelajar dilarang atau ditegah daripada melakukan atau terlibat atau membiarkan dirinya terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam apa jua perbuatan atau aktiviti yang boleh ditafsirkan atau dibuktikan sebagai kesalahan disiplin pelajar atau melanggar Tatatertib dan Peraturan Disiplin seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Maktab. Merogol atau melakukan paksaan seksual terhadap orang lain. o. e. berpandangan jauh. s. l. Menyebabkan kematian secara sengaja atau tidak sengaja dengan senjata atau tanpa senjata. c. Mengadakan hubungan seks luar tabii seperti liwat. menjadi ahli atau terlibat dalam pertubuhan haram atau kongsi gelap.

Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang di Malaysia. b. w. ac. ab. Menyimpan atau memiliki atau mengguna atau mengedar atau membekal atau menjual sebarang jenis minuman beralkohol. ad. Berkhalwat atau berpasangan dalam keadaan bercumbu-cumbuan atau sumbang atau mencurigakan. Menyimpan atau memiliki atau mengguna atau mengedar atau menjual sebarang senjata atau pisau atau alatan atau mercun atau bahan kimia yang boleh membahayakan orang lain. tunjuk perasaan. Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau-bilau dan perpecahan kaum. Mengancam pelajar lain – ancaman yang serius dan merbahaya. Melakukan tiga kali kesalahan disiplin selepas dijatuhkan hukuman oleh Pengetua. Melakukan Kesalahan Disiplin Kategori Berat kali kedua. x. af. Melibatkan diri dalam apa cara sekalipun dalam kegiatan ala-gangster. Kesalahan Disiplin Kategori Berat a. Melibatkan diri dalam apa cara sekalipun dalam kegiatan politik antikerajaan samada dengan menghadiri perhimpunan haram. Memecah atau menceroboh masuk sesuatu premis dan mencuri harta 7 . aa. v. menampal dan mengedarkan poster dan risalah untuk pertubuhan dan pemimpin politik bukan kerajaan dan lain-lain aktiviti seumpamanya. ah. b. z. c. Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat. ae. keganasan dan lain-lain aktiviti atau kegiatan yang seumpamanya. Mencipta atau melayari atau menyiar atau mencetak atau menyebar atau menyimpan maklumat atau dokumen atau laman web atau SMS yang mengandungi bahan lucah atau ganas atau tidak bermoral. a. Mengancam guru atau Pengetua.sama ada melalui media cetak atau media elektronik. Memukul guru. Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut budi bicara Pengetua sebagai pelanggaran tatatertib yang amat berat. t. memiliki dan memperdengarkan pita pidato anti-kerajaan. 2. gangster. Sebarang tingkahlaku atau perlakuan yang boleh menjatuhkan imej MARA yang bersabit dengan kesalahan sivil/jenayah oleh pihak berkuasa. u. y. Berjudi atau terlibat dalam kegiatan perjudian atau loteri atau pertaruhan wang dan sebagainya. Memeras ugut atau apa jua tindakan yang boleh ditakrifkan sebagai peras ugut dengan menggunakan sesuatu ancaman atau tekanan keselamatan kepada sesuatu pihak. Menyimpan atau memiliki atau menghisap atau mengguna atau mengedar atau membekal atau menjual sebarang jenis bahan tembakau. d. ag. Mengambil dadah.

m. Membawa atau memakan atau menjamu makanan yang tidak halal di kawasan maktab. Memalsukan tandatangan atau dokumen atau maklumat. Mengintai pelajar atau guru atau kakitangan atau tetamu. Sengaja merosakkan harta kerajaan/Maktab. j. Memperagakan imej diri negatif yang bertentangan dengan peraturan dan budaya maktab seperti bertatoo atau bertindik di hidung atau lidah dan seumpamanya. Memiliki atau menyimpan barang curi. Mencederakan diri sendiri. jana kuasa elektrik atau rumah pam. benda atau wang atau maklumat atau dokumen dan sebagainya. Menceroboh kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan seperti tangki air. Menceroboh asrama puteri oleh pelajar putera dan sebaliknya. Keluar dari kawasan maktab tanpa kebenaran. Menunjukkan sikap bongkak dan membuat penghinaan kepada guru atau Pengetua. Menceroboh kawasan akademik atau pentadbiran atau kolam renang dan sebagainya pada waktu larangan. l. 8 . Merosakan atau menyalahgunakan alatan atau kemudahan maktab atau kemudahan awam atau orang lain. p. Bergaduh sehingga membawa kecederaan. Melakukan apa jua aktiviti yang boleh ditakrifkan sebagai perlakuan gangguan seksual. s. o. g. loji kumbahan. Menulis kepada media cetak atau elektronik tanpa memberitahu pihak Maktab. i. b. n. Melakukan kesalahan Disiplin Kategori Sederhana kali kedua. 3. Mencuri atau mengambil harta benda atau wang atau maklumat atau dokumen kepunyaan orang lain. g. i. Bergaduh. e. h. r. c. e. Memukul atau mendera atau menyeksa atau membuli seseorang secara perseorangan. k. Menipu atau meniru dalam sesuatu ujian atau peperiksaan. Mengunjungi pusat hiburan seperti disko atau karaoke dan seumpamanya. q. d. d. Ingkar keputusan atau arahan guru atau pihak-pihak lain yang menjalankan tugas dan tanggungjawabnya. Kesalahan Disiplin Kategori Sederhana a. Menyalahgunakan ubat-ubatan untuk tujuan selain daripada rawatan penyakit.c. Mencuri. f. h. f. Biadab atau berkelakuan tidak sopan terhadap pelajar lain atau guru atau kakitangan atau tetamu sehingga boleh menjejaskan nama baik individu atau maktab.

m. k. b. Menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran. e. p. f. h.j. b. Melindungi seseorang yang disyaki bersalah seperti menyembunyikan maklumat atau penyaksian atau enggan memberi kerjasama. s. g. dan/atau c. Maklumkan kepada ibu bapa/penjaga. Menyalahgunakan nama atau jawatan seseorang seperti pengetua atau guru atau pegawai kerajaan. dan/atau d. Hantar pelajar balik kepada ibu bapa/penjaga. 9 . Laporkan kepada pihak berkuasa polis jika berkaitan. Bersubahat atau membantu seseorang melakukan kejahatan. Laporkan kepada pihak berkuasa polis jika berkaitan. e. Bahagian IV : Dendaan & Hukuman Pihak maktab melalui tatacara pengadilan yang telah ditetapkan boleh mengenakan hukuman atau dendaan yang sesuai dan wajar ke atas seseorang pelajar yang didapati atau dibuktikan bersalah melanggar peraturan disiplin berdasarkan Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA seperti berikut: 1. Fesyen rambut yang keterlaluan seperti ‘punk’ atau botak atau ‘skin head’ atau berwarna. Tahanan dalam maktab selama tidak melebihi enam (6) minggu [Rujuk Lampiran A]. d. l. Melanggar peraturan am atau peraturan tambahan atau peraturan yang diwartakan melalui unit-unit pentadbiran maktab yang telah diambil tindakan di peringkat JPPM. q. Membayar ganti rugi jika berkenaan. Dirujuk kepada kaunselor untuk tindakan pemulihan. Cadangan ‘Ditamatkan Pengajian’ dari MRSM persekolahan serta-merta selama 2 minggu. c. Hukuman Kesalahan Disiplin Kategori Amat Berat: a. Mengambil bahagian dalam perhimpunan haram. Rotan secara tertutup maksimum sebanyak dua (2) kali. 2. Maklumkan kepada ibu bapa/penjaga. Membawa masuk orang awam ke kawasan maktab tanpa kebenaran. r. Hantar pelajar balik kepada ibu bapa/penjaga. o. Ponteng kelas. dan gantung Hukuman Kesalahan Disiplin Kategori Berat: a. Membayar ganti rugi jika berkenaan. Cadangan ‘Ditamatkan Pengajian’ dari MRSM dan gantung persekolahan serta-merta selama 2 minggu.

Secara amnya. cacian di khalayak ramai yang memberi tekanan dan kesan emosi yang serius atau lain-lain hukuman liar serta tidak berperikemanusiaan. Elakkan daripada mengambil tindakan yang pada hemat orang ramai tidak sesuai berbentuk penyeksaan. Bahagian V : Pengurusan Disiplin & Tatatertib Pelajar Pengetua melalui wakilnya atau agensi-agensi yang ditubuhkan adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam segala urusan pentadbiran disiplin. Satu rekod mengenai semua hukuman yang dikenakan di bawah perenggan 4 (a) dan 4 (b) di atas hendaklah disimpan rahsia dalam satu borang yang diluluskan oleh MARA melalui Pengarah Pendidikan & Latihan (Menengah). 5. Dirotan satu (1) kali secara tertutup. dan b. 10 . Membayar ganti rugi jika berkenaan. Pengetua dan guru hendaklah mengikut garis panduan yang ditetapkan dalam melaksanakan tindakan dan hukuman. Elak dan hindarkan diri daripada nafsu marah dan membuat kesimpulan terburu-buru tanpa penyelidikan terlebih dahulu. f. 4. Digantung persekolahan selama tidak melebihi tujuh (7) hari. Pengetua hendaklah diberi kuasa untuk mengenakan hukuman-hukuman sebagaimana perlu atau mustahak. Hukuman dera terhadap pelajar lelaki oleh seseorang guru atau kakitangan yang lain hendaklah dihadkan dengan pukulan-pukulan dengan rotan kecil ke atas tapak tangan atau punggung di atas pakaian dan hendaklah dikenakan hanya oleh Pengetua atau dengan kuasa yang diberikannya dalam sesuatu kes tertentu. dengan syarat :a. antaranya :a. Hukuman Kesalahan Disiplin Kategori Sederhana: a.3. b. dan c. dan/atau b. [Rujuk Lampiran B]. Maklumkan kepada ibu bapa / penjaga. Hukuman dera atau ‘corporal punishment’ terhadap pelajar perempuan adalah dilarang. dan/atau c. dan/atau d. bagi maksud memelihara disiplin dan tatatertib pelajar. Dikenakan tahanan terhad dalam kawasan Maktab selama tidak melebihi empat (4) minggu. Dirujuk kepada kaunselor untuk tindakan pemulihan. e.

2. kakitangan dan ketua pelajar khasnya dan pelajar amnya untuk menghormati dan mematuhi peraturan disiplin dan tatatertib yang ditetapkan dan menguatkuasakan dengan adil dan bersungguh-sungguh mengikut peruntukan-peruntukan yang telah ditetapkan.4 JDM atau JDRM boleh menyoal atau memanggil mana-mana saksi untuk memberi keterangan. ia perlu dibuat dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh dimaklumkan hukuman. mereka akan dihukum mengikut kesalahan yang dilakukan. Oleh itu adalah menjadi tugas dan tanggungjawab setiap guru. 1.1 Setiap kesalahan Kategori Amat Berat. 2. Cadangan ini kemudiannya akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Bahagian.4 Minit Mesyuarat JDM/JDRM Laporan Pengaduan. JDM & Jawatankuasa Disiplin Rayuan Maktab. Laporan Penyiasatan.1 2. 11 .2. Kesalahan Kategori Sederhana dibincang dan diadili oleh Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM). 1. Surat Rayuan (jika ada). JDRM.2 Pelajar yang didapati melakukan kesalahan akan dibicarakan oleh JDM atau JDRM dan jika sabit kesalahan.2 Pihak JDRM tidak boleh menjatuhkan hukuman ‘Ditamatkan Pengajian’ kepada pelajar tetapi hanya boleh mencadangkan hukuman tersebut kepada BPL(M). [Lampiran E] 1. 2.2. Berat dan Kes Rayuan mestilah dibincangkan dan diadili oleh Jawatankuasa Disiplin Dan Rayuan Maktab.peraturan dan keselamatan pelajar.3 2. 1.2 2. Tatacara Pengadilan 1.1 Surat Pertuduhan Pelanggaran Disiplin dikeluarkan dan dinyatakan bahawa pelajar diberi peluang untuk membela diri semasa perbicaraan di hadapan Jawatankuasa Disiplin Maktab.2. 1. JDRM dengan dipengerusikan oleh Pengetua atau Timbalan Pengetua yang menjalankan tugas sebagai Pengetua. Laporan tersebut mesti mengandungi perkara berikut :2. Cadangan hukuman ‘Ditamatkan Pengajian’ mestilah disertakan dengan laporan lengkap dan dihantar ke Pengarah Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) dalam tempoh empat belas (14) hari. JDB dan keputusan muktamad akan dibuat oleh JDB.3 Pelajar dibenarkan memanggil mana-mana saksi untuk memberi keterangan.5 Sekiranya pelajar ingin mengemukakan rayuan. Pelaksanaan Hukuman & Dendaan 2.

2. 2. 2. 2. 2.3 Seorang pelajar yang didapati bersalah dan dikenakan hukuman cadangan ‘Ditamatkan Pengajian’ mestilah digantung persekolahannya bermula dari tarikh hukuman dimaklumkan sehingga mendapat keputusan muktamad daripada JDB dalam masa tidak lebih empat belas (14) hari. Pengakuan Bertulis Saksi. 2.15 Ulasan/Komen Penasihat Guru Subjek.2.2.14 Ulasan/Komen Penasihat Homeroom.7 Setiap rekod kesalahan.2.2. pihak JDB tidak membuat sebarang keputusan. 2.2.20 Dokumen lain sebagai bukti. Pihak JDB akan menentukan hukuman yang akan dikenakan sekiranya cadangan ditamatkan pengajian ditolak.6 2.2. 2. 2.19 Salinan ‘Surat Perjanjian Berkelakuan Baik’ Tertuduh (jika ada). 2.17 Ulasan/Komen Penasihat Ketua Warden/Warden.8 Ibu bapa/Penjaga pelajar yang tertuduh atau pelajar yang tertuduh sendiri berhak mengemukakan rayuan. Bagi kes Kesalahan Disiplin Kategori Amat Berat dan Berat yang melibatkan hukuman 12 .10 Rekod Disiplin Tertuduh 2.12 Langkah-Langkah Pemulihan Yang Telah Diambil 2. pihak JDRM tidak boleh menjatuhkan hukuman seperti di Bahagian: IV (Dendaan & Hukuman ceraian 2c dan 2d).2.2.2. Latar belakang Tertuduh (Termasuk Gambar) & Maklumat Ibu bapa/Penjaga.5 Pelajar boleh mengemukakan rayuan terus kepada Jawatankuasa Rayuan Bahagian (JRB) dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh hukuman dimaklumkan. Kaunselor dan Penasihat Homeroom. pertuduhan disiplin dan dokumen berkaitan mestilah difailkan dalam fail Peribadi Pelajar dan fail Rekod Disiplin Pelajar.7 2. jika dalam masa empat belas (14) hari berkenaan.2.13 Laporan Prestasi Akademik Tertuduh.9 Latar Belakang Mangsa 2.4 Bagi kes cadangan ‘Ditamatkan Pengajian’. 2.2.2. maka pelajar berkenaan hendaklah dipanggil semula meneruskan pengajiannya dan hukuman gantung persekolahan yang telah dikenakan hendaklah dianggap terlaksana. 2.16 Ulasan/Komen Penasihat Kaunselor. 2.2.2.2. Pengakuan Bertulis Mangsa. 2.18 Laporan Doktor tentang Mangsa (jika ada).6 Salinan Surat Pemberitahuan Hukuman Ke Atas Tindakan Disiplin (Lampiran D) dan Surat Pertuduhan Pelanggaran Disiplin (Lampiran E) yang diserahkan kepada tertuduh hendaklah juga dihantar kepada Ibu bapa/Penjaga.2.8 Pengakuan Bertulis Tertuduh.11 Rekod Disiplin Mangsa 2. 2.5 2.

BAHAGIAN VI : AM 1. rayuan hendaklah dibuat terus kepada JRB dalam tempoh empat belas (14) hari. 2. Pengetua hendaklah menghubungi MARA melalui Pengarah Pendidikan & Latihan (Menengah) dengan segera. 13 .1. Peringkat Bahagian 1.1 Jawatankuasa Rayuan Bahagian (JRB) 1. 2.10 Bagi kes kesalahan jenayah berat.9 Bayaran ganti rugi kerana kerosakan atau kerugian akibat dari salah laku yang berkaitan hendaklah dibayar atau ditanggung oleh pelajar. pihak Maktab perlu melaporkan kepada pihak berkuasa polis.‘Ditamatkan Pengajian’ dari MRSM.1 Keahlian Pengerusi : Pengarah Pengerusi Silih Ganti : Timbalan Pengarah 1 Ahli : 6 orang Ketua Seksyen & seorang Pegawai Undang-undang MARA *Pemerhati : KPP (Bimbingan & Kaunseling)/ KPP (Unit Penyelaras) Pelapor JDB : Setiausaha JDB Setiausaha : KPP (Kebajikan & Disiplin) *Catatan : Pemerhati hanya boleh memberikan pandangan/teguran dan tidak terlibat dalam pengundian menjatuhkan hukuman. Pengetua juga hendaklah menyediakan satu laporan khas berkenaan kes tersebut dan dikemukakan kepada MARA melalui Pengarah Pendidikan & Latihan (Menengah) BAHAGIAN VII : ORGANISASI PENGURUSAN DISIPLIN 1. Kes Disiplin yang disiarkan di akhbar Sekiranya terdapat kes disiplin pelajar yang disiarkan di akhbar.

Pengetua MRSM. Memaklumkan keputusan mesyuarat JRB kepada ibu bapa pelajar. Pengarah Kanan (Pendidikan & Latihan). CARTA ORGANISASI PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR JAWATANKUASA RAYUAN BAHAGIAN (JRB) PENGERUSI Pengarah BPL(M) / TP1 PEMERHATI KPP (Bimbingan & Kaunseling)/ KPP (Unit Penyelaras) SETIAUSAHA KPP (Kebajikan & Disiplin) AHLI (1) Ketua Seksyen (HEP) AHLI (5) Ketua Seksyen (Perkhidmatan) AHLI (2) Ketua Seksyen (Sains & Matematik) AHLI (6) Ketua Seksyen (Pengurusan) AHLI (3) Ketua Seksyen (Sains Sosial) AHLI (4) Ketua Seksyen (Teknologi Penyelidikan) AHLI (7) Pegawai Undang-undang MARA 14 . b.1. menimbang dan membuat keputusan terhadap kes-kes rayuan yang dirujuk oleh JDB.1.2 Korum Korum mesyuarat sekurang-kurangnya 4 ahli tidak termasuk Pengerusi. Mendengar. c. Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA. Ketua Pengarah MARA dan Pengerusi MARA. Mengekal atau meminda keputusan kes-kes rayuan yang dirujuk JDB.1. 1.3 Bidang Kuasa a.

2 Korum Kuorum sekurang-kurangnya 4 ahli tidak termasuk Pengerusi. 1. menimbang dan membuat keputusan terhadap cadangan tindakan disiplin dari JDRM. Memaklumkan keputusan mesyuarat JDB kepada ibu bapa pelajar. Membincang.2 Jawatankuasa Disiplin Bahagian (JDB) 1.1 Keahlian Pengerusi : Timbalan Pengarah 1 (HEP) Pengerusi Silih Ganti : Timbalan Pengarah 1 Ahli : 7 orang Ketua Penolong Pengarah (KPP) *Pemerhati : KPP (Bimbingan & Kaunseling) / Ketua Seksyen (HEP) Pelapor JDB : Setiausaha JDB Setiausaha : KPP (Kebajikan & Disiplin) *Catatan : Pemerhati hanya boleh memberikan pandangan/teguran dan tidak terlibat dalam pengundian menjatuhkan hukuman. Mencadangkan pengubahsuaian dan pengemaskinian peraturan/hukuman yang sedia ada kepada Jawatankuasa Peraturan MARA. 1. 15 . Pengarah Kanan (Pendidikan & Latihan). Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan).Catatan : Korum sekurang-kurangnya 4 orang ahli tidak termasuk Pengerusi. e. hukuman selain daripada ‘Ditamatkan d. 1. b. c.2.2. Ketua Pengarah MARA dan Pengerusi MARA. Pengetua MRSM. Menjatuhkan hukuman ‘Ditamatkan Pengajian’ dari MRSM.2. Menjatuhkan Pengajian’.3 Bidang Kuasa a.

JAWATANKUASA DISIPLIN BAHAGIAN (JDB) PENGERUSI TP 1 (HEP) / TP 1 SETIAUSAHA KPP (Kebajikan & Disiplin) AHLI (1) KPP AHLI (5) KPP PEMERHATI KPP (Bimbingan & Kaunseling) / KS (HEP) AHLI (2) KPP AHLI (6) KPP AHLI (3) KPP AHLI (4) KPP AHLI (7) KPP Catatan : 1. 2. Korum mesyuarat sekurang-kurangnya 4 ahli tidak termasuk Pengerusi. Pemerhati boleh memberikan pandangan jika diminta. 16 .

1. Mengemukakan dokumen lengkap bagi kes-kes melibatkan cadangan ‘Ditamatkan Pengajian’ dari MRSM kepada JDB. Menjalankan perbicaraan kes kesalahan disiplin kategori Amat Berat dan Berat. b. Korum Korum sekurang-kurangnya 3 ahli tidak termasuk Pengerusi. Mendengar. 2.1 Keahlian Pengerusi : Pengetua Pengerusi Silih Ganti : Timbalan Pengetua (Hal Ehwal Akademik) Ahli : 4 orang Ketua Jabatan *Pemerhati : : : Penasihat Homeroom Kaunselor Ketua Warden Pendakwa : Timbalan Pengetua (HEP) Setiausaha : 1 orang guru yang dilantik *Catatan : Pemerhati hanya boleh memberikan pandangan teguran dan tidak terlibat dalam pengundian menjatuhkan hukuman.0 Peringkat Maktab 2.2 Bidang Kuasa a. menimbang dan membuat keputusan terhadap kes-kes rayuan yang dirujuk oleh JDM dalam masa 14 hari dari tarikh makluman hukuman. c.1. Melaksanakan hukuman.1 Jawatankuasa Disiplin & Rayuan Maktab ( JDRM ) 2. 17 . d. Menyimpan rekod kes disiplin. e.2.

18 . Korum mesyuarat sekurang-kurangnya 3 ahli tidak termasuk Pengerusi. Pemerhati boleh memberikan pandangan jika diminta. 3. 2. PENGERUSI Pengetua MRSM / Timbalan Pengetua (HEA) SETIAUSAHA (Seorang guru yang dilantik) AHLI (1) KJ PENDAKWA Timbalan Pengetua (HEP) AHLI (2) KJ PEMERHATI Penasihat Homeroom Kaunselor Ketua Warden AHLI (3) KJ AHLI (4) KJ Catatan: 1.CARTA ORGANISASI PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR ( PERINGKAT MAKTAB ) JAWATANKUASA DISIPLIN & RAYUAN MAKTAB (JDRM) Membicarakan Kes Amat Berat. Berat dan Rayuan. TP(HEP) adalah pendakwa dalam kes kesalahan disiplin kategori ini.

2 Keahlian Pengerusi : Timbalan Pengetua ( HEP ) Ahli : : 3 orang Guru Kanan 2 orang Warden/Guru (Bukan ahli JPPM) Pendakwa : Ketua Warden/Warden/Guru Pemerhati : Penasihat Homeroom & Kaunselor Setiausaha : Seorang guru yang dilantik *Catatan : Pemerhati hanya boleh memberikan pandangan/teguran dan tidak terlibat dalam pengundian menjatuhkan hukuman. Melaksanakan hukuman. Korum Korum sekurang-kurangnya 3 ahli tidak termasuk Pengerusi. Menyimpan rekod kes disiplin. 19 . 3.3.0 Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) 3. Menjalankan sederhana.1 3.3 Bidang Kuasa a. perbicaraan kes kesalahan disiplin kategori b. c.

20 . 2. PENGERUSI Timbalan Pengetua (HEP) SETIAUSAHA (Seorang guru yang dilantik) AHLI (1) Guru Kanan PENDAKWA Ketua Warden/Warden/ Guru AHLI (2) Guru Kanan PEMERHATI Penasihat Homeroom Kaunselor AHLI (3) Guru Kanan AHLI (4) Guru/Warden AHLI (5) Guru/Warden Catatan : 1.CARTA ORGANISASI PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR ( PERINGKAT MAKTAB ) JAWATANKUASA DISIPLIN MAKTAB (JDM) Membicarakan Kes-Kes Disiplin Kategori Sederhana. Pemerhati boleh memberikan pandangan jika diminta. Korum mesyuarat sekurang-kurangnya 3 ahli tidak termasuk Pengerusi.

0 Jawatankuasa Penguatkuasaan Peraturan Maktab ( JPPM ) 4. Bertindak sebagai badan penasihat kepada Pengetua dalam perkara yang berkaitan dengan isu disiplin dan keselamatan pelajar.1 4. Bertindak sebagai penguat kuasa peraturan.4. Mengambil tindakan disiplin ke atas pelajar dalam kes-kes tertentu yang tidak perlu dibawa ke JDM dan JDRM d. Membincang dan menentukan pembangunan disiplin pelajar. 21 .2 Keahlian Pengerusi : Ketua Warden Setiausaha : Seorang guru yang dilantik Ahli : : : : Penasihat BWP Penasihat LDP 1 orang Warden (bukan ahli JDM) 2 orang guru Korum Korum sekurang-kurangnya 3 ahli tidak termasuk Pengerusi. tindakan pengawasan dan c. 4.3 Bidang Kuasa a. b.

CARTA ORGANISASI PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR ( PERINGKAT MAKTAB ) JAWATANKUASA PENGUATKUASAAN PERATURAN MAKTAB (JPPM) PENGERUSI Ketua Warden SETIAUSAHA (Seorang guru yang dilantik) AHLI (1) Penasihat BWP AHLI (2) AHLI (3) AHLI (4) Warden Guru Guru AHLI (5) Penasihat LDP 22 .

tandas Membersihkan bilik mandi Menyapu sampah.45 malam  Semasa dalam tahanan.15 petang 8. Aktiviti akademik seperti membuat ringkasan topik pelajaran tertentu. Tidak dibenarkan balik ke rumah bermalam [kecuali kecemasan].Lampiran A Tahanan dalam maktab selama tidak lebih enam (6) minggu dengan mengikut peraturan berikut:     Tidak dibenarkan keluar dari kawasan maktab. 2 hari berturut-turut pada hujung minggu.15 petang 5. doa dan lain-lain. Tidak dibenarkan mengikut.  Di bawah seliaan seorang warden/guru atau kakitangan yang telah ditetapkan oleh Pengetua atau Timbalan Pengetua (HEP). 23 .45 pagi 3. Mesti melaporkan diri di Pondok Pengawal maktab di sepanjang tempoh tahanan berkenaan pada waktu – waktu yang telah ditetapkan seperti : 5. pelajar boleh diarahkan untuk melaksanakan kerja-kerja bakti seperti : Mencuci longkang. Hafaz Surah. susun kerusi dan meja Aktiviti kerohanian seperti menjadi Imam Solat.  Tempoh masa : Tidak lebih 4 jam sehari. turut serta atau mewakili maktab dalam apa jua aktiviti yang diadakan di luar maktab.15 malam 10.  Boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Muazzin.

10. tandas .15 .3.5.  Tidak dibenarkan mengikuti.  Tidak dibenarkan balik ke rumah bermalam (kecuali kecemasan). turut serta atau mewakili Maktab dalam apa jua aktiviti yang diadakan di luar kawasan maktab.45  pagi petang petang malam malam Semasa dalam tahanan.Membersihkan bilik mandi .5.15 . 2 hari berturut-turut pada hujung minggu. 24 . . Hafaz Surah.8.15 .  Tempoh masa : Tidak lebih 4 jam sehari.  Mesti melaporkan diri di Pondok Pengawal maktab di sepanjang tempoh tahanan berkenaan pada waktu – waktu yang telah ditetapkan seperti : .Aktiviti kerohanian seperti menjadi Imam Solat. susun kerusi dan meja . Muazzin. doa dan lain-lain.45 . pelajar boleh diarahkan untuk melaksanakan kerja bakti seperti : kerja- .Aktiviti akademik seperti membuat ringkasan topik pelajaran tertentu.  Boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan  Di bawah seliaan seorang warden/guru atau kakitangan yang telah ditetapkan oleh Pengetua atau Timbalan Pengetua (HEP).Mencuci longkang.Lampiran B Tahanan dalam maktab selama tidak lebih (4) empat minggu mengikut peraturan berikut :  Tidak dibenarkan keluar dari kawasan maktab.Menyapu sampah.

Hukuman dilaksanakan selepas empat belas (14) hari dari tarikh keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM). Hukuman hendaklah dijalankan oleh Guru Besar (Pengetua) sendiri atau oleh seorang guru berdaftar yang telah diberikan kuasa oleh Guru Besar sama ada secara nyata atau khas iaitu mengikut keadaan. Kementerian Pendidikan Malaysia terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 1988 menyatakan: (i) Hukuman Dera (Corporal Punishment) Hukuman dera (rotan) boleh dikenakan (kecuali ke atas murid – murid perempuan) tertakluk kepada syarat – syarat yang dinyatakan dalam Peraturan – peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. Hukuman dera hendaklah dijalankan dengan menggunakan rotan ringan. 25 . tarikh dan tandatangan Pengetua dan seorang Guru yang menjadi saksi. bahagian anggota dirotan (tangan atau punggung). Pengetua mestilah mencatatkan hukuman dera yang dikenakan dalam satu buku rekod khas dan menyatakan bilangan pukulan yang dikenakan. sebab–sebab dirotan (kesalahan). Pukulan rotan hanya boleh dibuat pada tapak tangan atau di bahagian punggung yang berlapik pakaian. PROSES RAYUAN Pelajar/ibu bapa bolehlah mengemukakan rayuan dalam masa empat belas (14) hari daripada tarikh dimaklumkan hukuman. 7 (c) (i) Hukuman Dera (corporal punishment). buku PANDUAN TATACARA DISIPLIN SEKOLAH UNTUK GURU BESAR DAN GURU.Lampiran C TATACARA / PANDUAN MEROTAN & PROSES RAYUAN Dalam Bab II MELANGGAR DISIPLIN DAN HUKUMANNYA . No.

(Untuk JDM) Ibu bapa/Penjaga Kaunselor Guru Penasihat Homeroom Ketua Warden Fail Peribadi (Untuk JDB) Ibu bapa/Penjaga Pengetua MRSM * (potong mana yang tidak berkenaan) 26 . Maktab Homeroom Tingkatan Bahagian/Maktab* yang bersidang pada ____________ : : : : bersalah di atas tuduhan ___________________________________________________________________ dan Jawatankuasa ini telah memutuskan anda dikenakan hukuman ______________________________ berkuat kuasa pada ____________________ Anda boleh merayu kepada Jawatankuasa Disiplin dan Rayuan Maktab/Jawatankuasa Rayuan Bahagian * dalam masa empat belas ( 14 ) hari daripada tarikh pemberitahuan ini. ________________________ Tandatangan ( Pengetua MRSM/Timbalan Pengarah 1 HEP* ) s.Lampiran D Nama Pelajar Alamat Tarikh SURAT PEMBERITAHUAN HUKUMAN KE ATAS TINDAKAN TATATERTIB Jawatankuasa Disiplin telah mendapati anda Nama No.k.

3. anda boleh dihukum 1. Maktab : Homeroom : Tingkatan : telah pada melakukan 1. Perbuatan ini merupakan kesalahan ( nyatakan kategori kesalahan ) di bawah Peraturan Disiplin Pelajar MRSM. 3.Lampiran E Nama Pelajar Alamat Tarikh SURAT PERTUDUHAN PELANGGARAN DISIPLIN Satu laporan telah diterima menyatakan bahawa Nama : No. masa dan tempat kejadian) ( nyatakan perbuatan salah lakunya ) 2. ( tarikh. Jika didapati bersalah. ( nyatakan hukuman maksimum dalam kategori berkenaan ) 2. ________________________ Tandatangan Setiausaha JDM 27 .

dilaksanakan tanpa ada halangan serta pengaruh luaran/dalaman. 4. 2.k.s. Memastikan kehadiran ahli mencukupi korum. Penasihat Homeroom Lampiran F SENARAI TUGAS PENGERUSI DAN SETIAUSAHA JPPM. Mengedarkan laporan kes kepada ahli sebelum mesyuarat. Setiausaha 1. 2. JDM. Memastikan segala keputusan yang diambil dalam mesyuarat. 28 . Menyediakan minit mesyuarat. Mengeluarkan surat panggilan mesyuarat kepada ahli jawatankuasa. Mempengerusikan mesyuarat. 3. Menyediakan kes rayuan untuk pertimbangan. 3. JDB DAN JRB Pengerusi 1. JDRM.

(Tandatangan Pelajar) Nama : Tarikh : 3.Lampiran G SURAT PERJANJIAN BERKELAKUAN BAIK MRSM : _____________________________________ TARIKH : _____________________________________ Bahawasanya saya ______________________________________________________________ No. (Tandatangan Saksi) Nama : Jawatan: (Tandatangan Pengetua) Nama : Jawatan: 29 . Saya juga berjanji akan sentiasa berkelakuan baik sepanjang saya berada di maktab ini demi kepentingan masa depan saya dan keluarga serta nama baik maktab. Kad Pengenalan: ________________ Tingkatan: ______________________ Homeroom : __________________ dengan ini berjanji tidak akan melakukan kesalahan–kesalahan melanggar peraturan maktab. saya sedia menerima apa jua tindakan yang akan dikenakan oleh pihak Maktab/MARA seperti yang terkandung dalam PANDUAN PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR MRSM. 2. (Tandatangan Penjamin) Nama : Hubungan dengan pelajar: 4. Maktab: _________________ No. 1. Sekiranya saya didapati melakukan kesalahan lagi selepas ini.

Setiausaha Tidak hadir dengan maaf : 1. 2.Ahli .Pengerusi .1. 4.Pemerhati . 30 . 3.Lampiran H Minit Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM)/ Jawatankuasa Disiplin & Rayuan Maktab (JDRM) MRSM ___________ Bil. Disahkan oleh.0 Kes Semasa 3. 2.1 Ucapan Pengerusi 2.Kaunselor .1 Perkara Berbangkit 3. . 5. Kes bil __/200_ a) Tuduhan (kesalahan / tarikh / masa / tempat) b) Kategori (Amat Berat / Berat) & Ceraian c) Fakta Kes (lihat lampiran contoh sinopsis kes) d) Keputusan JDM/JDRM e) Alasan Penghakiman 4. AGENDA: 1. ___ / 200____ Tarikh : Hari : Masa : Tempat : Kehadiran : 1.0 Hal-Hal Lain Disediakan oleh.

. Nama Tertuduh.. ... Maktab.30 pagi dan 1.50 pagi di Bilik No. Contoh Kuantan). Alamat (Bandar shj. antara jam 12. Ditamat pengajian Rasional memukul pelajar adalah kesalahan serius dan tiada alasan memukul di kalangan pelajar MRSM. 2.Tingka tan. Bapa (Kerja) & Ibu (Kerja). Mangsa (nama) – tertuduh (nama) menumbuk di perut Syafik – melihat tertuduh (nama) menumbuk di perut mangsa (Mangsa).. Maktab Tingkatan : Mangsa (Nama) : 05215 : 4 Anggerik Fakta Kes Biodata Tertuduh Pengakuan Tertuduh Pengakuan Mangsa Pengakuan Saksi Kesalahan Lalu Keputusan & Hukuman Mesyuarat 1. 1... 31 .Setiausaha JDM/JDRM Pengerusi Lampiran I CONTOH SINOPSIS KES DISIPLIN BIL.... PNGK=?. 10 Asrama Putera MRSM . Memecahkan siling koperasi & curi gula-gula (23/1/2004)/ Hukuman –1... Menanda tangani perjanjian berkelakuan baik pada 17/2/04. Kategori Kes : Amat Berat 1(e) Mangsa: Nama No. 2.menumbuk di perut mangsa (nama) 1X.... __ / 200___ MRSM________________ Tuduhan : Tertuduh di bawah dituduh memukul mangsa (Nama) (Tingkatan 4) ‘secara berkumpulan’ pada 31 Mac 2005 (Khamis). No. Digantung sekolah selama seminggu..

maktab / no........................ Maktab & Tingkatan) Jika pelajar yang melaporkan 2] (Nama.. Yang Benar (Tandatangan Pengadu) Diterima oleh : Disahkan oleh: [ Penerima Aduan ] Tarikh: [ TP HEP ] Tarikh: 32 ............ Kad Pengenalan & pekerjaan) Jika bukan pelajar Keterangan : Bahawa saya (Nama)...... no......Lampiran J1 LAPORAN PENGADUAN Kes / Kejadian Tarikh/Hari Tempat Masa Pelapor : : : : : 1] (Nama. KP: ................. No..... secara sedar dan tanpa paksaan ingin membuat aduan iaitu ... No...........

No.(Penerima Aduan – menyoal pengadu menggunakan konsep “5 W + 1H & Before. Lampiran J2 PENGAKUAN TERTUDUH Kes / Kejadian Tarikh/Hari Tempat Masa Tertuduh : : : : : (Nama. During. Maktab & Tingkatan) 33 . After”).

............. KP: ...Keterangan : Bahawa saya (Nama)........... During..... no.... maktab / no.................. After”)......... Yang Benar (Tandatangan Tertuduh) Diterima oleh : [ Penerima Pengakuan ] Tarikh: (Penerima Pengakuan – menyoal tertuduh menggunakan konsep “5 W + 1H & Before...... secara sedar dan tanpa paksaan ingin membuat pengakuan iaitu .......... Disahkan oleh: [ TP HEP ] Tarikh: Lampiran J3 PENGAKUAN MANGSA Kes / Kejadian Tarikh/Hari Tempat Masa : : : : 34 ..

.......... [ TP HEP ] Tarikh: Lampiran J4 PENGAKUAN SAKSI Kes / Kejadian : 35 .. No........ secara sedar dan tanpa paksaan ingin membuat pengakuan iaitu . KP: . After”)............. no......... During.............. Maktab & Tingkatan) Keterangan : Bahawa saya (Nama)..Mangsa : (Nama........ maktab / no.. Yang Benar (Tandatangan Mangsa) Diterima oleh : Disahkan oleh: [ Penerima Pengakuan ] Tarikh: (Penerima Pengakuan – menyoal mangsa menggunakan konsep “5 W + 1H & Before............

.... Maktab & Tingkatan) Jika pelajar.. no. After”).. 2] (Nama. No......... Kad Pengenalan & pekerjaan) Jika bukan pelajar Keterangan : Bahawa saya (Nama)...... Yang Benar (Tandatangan Saksi) Diterima oleh : [ Penerima Pengakuan] Tarikh: (Penerima Pengakuan – menyoal saksi menggunakan konsep “5 W + 1H & Before.....Tarikh/Hari Tempat Masa Saksi : : : : 1] (Nama.......... Disahkan oleh: [ TP HEP ] Tarikh: Lampiran K LAPORAN PENYIASATAN 36 .............. During............. maktab / no.. No............ KP: ... secara sedar dan tanpa paksaan ingin membuat pengakuan iaitu ...

Maktab & Tingkatan) Jika pelajar. During. Butiran Penyiasatan (Kronologi Kejadian . No. 2] (Nama.Kes / Kejadian : Tarikh/Hari /Masa Kejadian : Tarikh Penyiasatan : Pelapor : 1] (Nama. After & 5W + 1H): Disediakan oleh : Disahkan oleh: [ Ketua Warden / Warden / Ahli JPPM ] Tarikh: [ TP HEP] Tarikh: Lampiran L PROSES PENGURUSAN KES DISIPLIN PELAJAR MAKTAB RENDAH SAINS MARA Mula 37 . No.Before. Kad Pengenalan & pekerjaan) Jika bukan pelajar.

Terima Aduan Mesyuarat JPPM Siasatan Tidak Ada Kes A Ya Analisis Kes Sederhana Kategori ? Berat / Amat Berat Mesyuarat JDM Mesyuarat JDRM Mesyuarat JDB MesyuaratJRB JRB Mesyuarat Selesai PROSES PENGURUSAN KES DISIPLIN PELAJAR MAKTAB RENDAH SAINS MARA 1. Kes Tidak Melibatkan hukuman Tamat Pengajian (JDM/JDRM) Mula 38 .

Menerima Aduan daripada mangsa/pelapor Membuat Penyiasatan Menyediakan kertas pertuduhan Melengkapkan laporan yang diperlukan Mesyuarat JDM/JDRM Tidak Bersalah A Rayuan Bebas Mesyuarat JDRM Ya A Terima Tidak Tidak Kurangkan Hukuman Hukuman Membuat laporan ke BPL(M) / JDB Selesai 2. Kes Yang Melibatkan Hukuman Tamat Pengajian (JDRM) a. Peringkat Maktab Mula Menerima aduan daripada mangsa/pelapor 39 .

Peringkat Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) (JDB & JRB) Mula 40 .Membuat Penyiasatan Menyediakan kertas pertuduhan Melengkapkan laporan yang diperlukan Mesyuarat JDRM Tidak A Bersalah Ya Cadangan tamat pengajian Meneruskan pengajian Membuat Membuat Laporan ke BPL(M) Selesai b.

BERSETUJU BERIKRAR DAN BERJANJI BAHAWA: 41 .Merima cadangan tamat pengajian daripada MRSM Melengkapkan laporan yang diperlukan Mesyuarat JDB Ya Tamat Pengajian A Makluman kepada ibu bapa/penjaga dan pihak maktab Maklum kepada ibu bapa/penjaga dan pihak maktab Rayuan Tandatangan Perjanjian mematuhi Ikrar dan Janji di BPL(M) Sesi Kaunseling Ya Terima Tidak JRB Dipindahkan ke maktab lain/dikekalkan Tolak Pemulihan di maktab Tamat Pengajian Selesai LAMPIRAN M BPL(M)/HEP/07-1A klt ( ) PERJANJIAN SENTIASA MEMATUHI IKRAR DAN JANJI ADALAH DENGAN INI SAYA.

saya tidak lagi berhak untuk menerima sebarang faedah pengajian di MRSM. 2. Dengan ini. Saya sedar dan insaf serta faham tentang akibat daripada perjanjian ini. SAYA (Nama pelajar dengan huruf besar)_____________________________________ _______________________________________________________________________ Kad Pengenalan No. dan dengan keputusan tersebut. DITANDATANGANI OLEH PELAJAR ) Nama: ________________________________ ) No. Maka dalam hal yang demikian. Jawatankuasa Disiplin Bahagian mempunyai budi bicara yang mutlak bagi memberhentikan segala kemudahan pengajian saya. Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah) MARA telah melanggar disiplin maktab seperti yang tertakrif dalam Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar MRSM. Segala barang .barang dan/atau peralatan yang dipinjam daripada mana-mana pihak di MRSM akan dikembalikan (jika ada). Kad Pengenalan : ____________________ ) _____________________ (Tandatangan Pelajar) PADA MENYAKSIKAN HAL-HAL DIATAS: Pihak – pihak yang tersebut dalam perjanjian ini telah menurunkan di sini tandatangan pada haribulan dan tahun seperti yang dipernyatakan : 42 .1. Adalah dipersetujui dan diperakui dalam mana-mana keadaan bahawa: Saya dan Penjamin dengan ini berakujanji bagi bersesama menjelaskan semua hutang piutang yang dipertanggungkan ke atas saya. kepada semua pihak di MRSM (jika ada). _______________________ Tingkatan ___________________ beralamat _______________________________________________________________ _______________________________________________________________________ dengan kebenaran dan persetujuan IBU BAPA/PENJAGA sebagai PENJAMIN saya BAHAWA jika pada bila-bila masa di sepanjang tempoh pengajian saya : telah disabitkan dengan sebarang kesalahan yang selepas pada tarikh ____________________ pada pendapat Jawatankuasa Disiplin Bahagian.

Kad Pengenalan : _____________________ Bertarikh : ______________________________ __________________________ (Tandatangan Setiausaha Jawatankuasa Disiplin Bahagian) PPDPMRSM/28012008 43 .Kad Pengenalan : ___________________________ ) 2) PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN (MENENGAH) MARA ) ) DITANDATANGANI oleh saksi ) Nama _________________________________________ ) No.DITANDATANGANI oleh ibu bapa/penjaga Sebagai Penjamin ) ) 1) Nama _______________________________________ ) No.Kad Pengenalan : _____________________________ ) _______________________ (Tandatangan Penjamin) _______________________ (Tandatangan Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah) _______________________ (Tandatangan Saksi) _________________________________________________________________________________ Nama : _________________________________ No.