You are on page 1of 10

FAKULTI : FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF 2803
KOKURIKULUM
SEMESTER MEI 2014

TAJUK KURSUS : PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN


KHIDMAT MASYARAKAT

NAMA : VIGNESHWARY A/P VEDIAPPAN


NO. MATRIKULASI : 840829015864001 (OUM)
NO. KAD PENGENALAN : 840829-01-5864
NO. TELEFON : 017-7293303
E-MEL :vigneshwary@yahoo.com

NAMA TUTOR : EN.JAAFAR BIN JAMIAN


PUSAT PEMBELAJARAN : JOHOR BAHRU LEARNING CENTRE

AMBILAN SEPTEMBER 2013

Kandungan
Bil

Kandungan

Mukasurat

1.0

Kandungan

2.0

Sekalung Penghargaan

3.0

Tema khidmat masyarakat

4.0

Ahli Kumpulan Projek

5- 8

5.0

Perancangan projek

9-10

6.0

Pelaksanaan Projek

7.0

Refleksi

8.0

Cadangan / Komen

9.0

Penghargaan

2.0

Sekalung Penghargaaan
Salam satu Malaysia ! Halaman ini ditujukan khas kepada semua pihak yang

berganding bahu secara langsung mahupun secara tidak langsung bersama saya dalam
menyiapkan tugasan Kokurikulum ini. Justeru, sebagai tanda penghargaan saya mengambil
kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang
mengembeleng tenaga mereka bersama saya dalam menyempurnakan tugasan HBEF2803
aktiviti 1 ini.
Pertamanya, setinggi tinggi kesyukuran tuhan kerana dengan keizinan dan
kurnianNya, saya dapat menyiapkan tugasan yang disandarkan kepada saya dengan baik.
Seterusnya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Open Universiti Malaysia
Johor Bahru kerana merangka dan memberi tugasan yang bermanfaat ini kepada saya. Dalam
masa yang sama, saya juga tidak terlupa untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah mata pelajaran Kokurikulum, iaitu En. Jaafar bin Jamian. Beliau telah memberi
penjelasan dan tunjuk ajar semasa saya memproses tugasan ini. Beliau juga memberi pelbagai
idea yang menarik dan informasi yang terkini dari semasa ke semasa melalui forum supaya
saya menyelitkannya dalam tugasan ini.
Saya juga merakamkan penghargaan yang ikhlas kepada rakan-rakan seperjuangan
saya. Mereka sentiasa memberi idea-idea yang begitu baik sewaktu saya memproses
tugasan kokurikulum ini.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah
saya. Pihak sekolah dapat menolong saya untuk memproses tugasan ini. Tanpa bantuan dan
sumbangan yang tidak ternilai daripada pihak-pihak yang dinyatakan di atas tentu tugasan ini
tidak menjadi sempurna. Sekian terima kasih.

Sekian, terima kasih.

3.0 KERTAS KERJA KHIDMAT


MASYARAKAT
Tema
Nama projek

: Tandas Bersih dan Indah


: Projek membersih dan mengindahkan
tandas sekolah

Tarikh

: 21.06.2014 hingga 28.06.2014


( 1 minggu)

Tempat

: SJK(T) Ladang Elaeis, Kluang

Guru Penasihat

: Pn.Vigneshwary a/p Vediappan

4.0 Ahli kumpulan projek :

Jawatankuasa Projek
Tandas Bersih dan Indah
Pengerusi
Pn. K.Arakani (GB)

Setiausaha
Pn.V.Vigneshwary

Bendahari
En.B.Eswaran

Ahli Jawatankuasa
Cik.C.Nithya
Cik. G.Rajeswary
Pn.G.Suntaarry
Pn.Anuratha
En.Somathevan
Pn.Nittiya

5.0 PERANCANGAN PROJEK


Pengenalan
Kita tidak boleh menafikan bahawa tandas adalah sebahagian penting dalam
kehidupan. manusia. Tandas juga satu tempat yang digunakan oleh warga sekolah untuk
membasuh tangan atau untuk memeriksa penampilannya dalam cermin disediakan. Oleh
kerana itu, tandas perlu dikekalkan dengan baik dan standard yang tinggi.Disini kebersihan
dan keindahan tandas amat penting supaya kuman tidak mudah merebak. Setiap orang yang
menggunakan kemudahan tandas adalah bertanggungjawab untuk mengekalkan kebersihan
dan keindahan.
Rasional
Projek tandas ini bertujuan untuk meningkatkan kebersihan dan keindahan standard
tandas sekolah.Ini juga merupakan satu pengalaman yang berharga untuk semua guru dan
murid yang terlibat bagi menunjukkan peningkatan kesedaran mengenai kepentingan tandas
yang bersih. Melalui projek ini dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi JERIS.
Matlamat
Meningkatkan kesedaran kepada warga sekolah tentang kepentingan menjaga
kebersihan dan keindahan tandas. Dapat mewujudkan suasana tandas yang cantik, indah, dan
bersih. Projek ini menjadi satu platform kepada pelajar untuk mengintegrasikan kurikulum
dan menyemai nilai-nilai yang baik pada mereka.
Objektif
1. Mewujudkan tandas sekolah yang lebih bersih dan indah.
2. Untuk menyedarkan warga sekolah pentingnya pelbagai kemudahan di kawasan
sekolah.
3. Mengamalkan sikap bertanggung jawab terhadap tandas sekolah.
4. Mewujudkan kerjasama di antara warga sekolah.
5. Memberi keselesaan dan mengekalkan kebersihan dan keindahan tandas.

KUMPULAN SASARAN : Guru guru SJK(T) Ladang Elaeis


Murid murid Tahun 4, 5 & 6
TEMPOH PELAKSANAAN
21.06.2014 hingga 28.06.2014
( 1 minggu)
JADUAL KERJA
PROJEK TANDAS BERSIH DAN INDAH
BIL
1.

SENARAI KERJA
Mengecat & kreativiti penunjuk

2.

Melukis dan mewarna mural dan

3.
4.
5.
6.
7.

Pasu bunga hidup dalam tandas.


Menulis kata-kata yang merangsangkan
Memasang singki
Membersihkan tandas
Tampal simbolik (Lelaki dan Perempuan)
Menghias tandas dengan bunga

BERTANGGUNGJAWAB
Pn.V.Vigneshwary & Murid-murid
Tahun 4
Pn.V.Vigneshwary & Murid Perempuan
tahun 6
En.B.Eswaran & Murid-murid tahun 5
Pn.V.Nittiya
Semua guru dan murid
Pn.Rajeswary
Pn.V.Vigneshwary & Murid murid
tahun 6

ANGGARAN KOS PERBELANJAAN


PROJEK TANDAS BERSIH DAN INDAH 2014
Pendapatan

RM

Perbelanjaan

RM

Sumbangan PIBG
Sumbangan guru
Sumbangan murid

RM200.00
RM 150.00
RM 30.00

Jumlah

RM 380.00

Cat Minyak, berus, thinner


Warna mural, berus
Singki dan paip
Lampu,mentol
Hiasan bunga
Jadual Multiplication
Jumlah

RM50.00
RM100.00
RM100.00
RM50.00
RM50.00
RM30.00
RM 380.00

6.0 PELAKSANAAN PROJEK TANDAS BERSIH DAN INDAH


Khidmat masyarakat adalah satu aktiviti yang dibuat secara sukarela tanpa paksaan
orang lain. Melalui khidmat masyarakat kita boleh menerapkan nilai-nilai moral kepada
seseorang. Di sekolah SJK(T) Ladang Elaeis terdapat kemudahan 5 buah tandas .Antaranya
7

adalah 2 tandas guru , 2 tandas murid lelaki dan 1 tandas murid perempuan . Keadaan tandas
kurang memuaskan dari segi kebersihan dan keindahan dan perlu membuat penambahbaikan.
Oleh kerana itu, Pn.V.Vigneshwary selaku guru Kesihatan telah mengajurkan satu
akvitivi khidmat masyarakat iaitu projek Tandas Bersih dan Indah. Projek ini diadakan
untuk memberi kesedaran kebersihan dan keindahan tandas kepada para guru dan pelajar.
Projek ini telah dijalankan selama 1 minggu mulai 21.06.2014 hingga 28.06.2014. Guru telah
mengagihkan kerja kepada semua guru dan murid yang terlibat. Seramai 6 orang guru dan 21
orang murid telah terlibat dalam projek ini.
Pelbagai langkah telah diambil oleh AJK projek ini bagi mewujudkan tandas yang
bersih dan selesa menggunakannya. Antaranya ialah guru-guru sekolah SJK(T) Ladang Elaeis
telah mengecat dan melukis mural di bahagian luar tandas. Selain itu, telah membuat jadual
pembersihan tandas supaya tugasnya telah diljalankan dengan lancar.
Pn.V.Vigneshwary juga telah memberi taklimat kepada guru-guru dan murid-murid
supaya menjaga kebersihan tandas semasa menggunakannya. Peruntukkan yang diberi dapat
digunakan untuk memasang paip dan singki berdekatan dengan tandas bagi memudahkan dan
menggalakkan murid mencuci tangan selepas menggunakannya. Sebelum ini, murid
menggunakan singki yang terletak berdekatan dengan makmal yang agak jauh sikit daripada
tandas. Pemasangan singki ini telah memudahkan murid-murid untuk mencuci tangan.
Gambar tanda menunjukkan tandas lelaki dan tandas perempuan telak dilekat pada
pintu tandas supaya dapat dilihat dengan lebih jelas. Selain itu, guru juga telah melekatkan
sifir di bahagian dalam pintu tandas supaya murid dapat membaca dan menghafalnya
sementara menggunakan tandas.Selain itu, telah menghiaskan tandas dengan bunga yang
hidup dalam pasu.
Guru guru dan murid-murid dapat memberi komitmen yang baik untuk
melaksanakan kerja dalam projek Tandas Bersih dan Indah. Mereka telah mengeluarkan
pelbagai idea-idea yang kreatif semasa melakukan kerja penambahbaikan tandas.

7.0 REFLEKSI
Melalui projek ini murid-murid dapat memahami kepentingan kebersihan dan
keindahan tandas . Sekiranya tandas tidak diuruskan dengan baik, pelbagai penyakit
berjangkit akan dihidapi oleh pengguna seperti taun, demam kepialu, cirit-birit dan jangkitan
cacing. Selain itu, sekiranya tandas tidak diberi penjagaan yang khusus ianya akan menjadi
8

tempat pembiakan atau gangguan serangga terutamanya lalat. Tandas merupakan tempat
untuk kita membuang sisa makanan dan minuman dalam badan. Pada masa yang sama,
tandas dapat membantu pengguna menjaga kesihatan diri. Sehubungan itu, ia memerlukan
keadaan yang bersih dan menyenangkan.
Projek ini dapat mengamalkan sikap yang positif di kalangan guru-guru dan murid-murid
SJK(T) Ladang Elaeis.Melalui aktiviti khidmat masyarakat ini guru telah mendidik amalan
penggunaan tandas dan dapat membentuk sikap yang terpuji. Projek tandas ini dapat membuka
minda setiap orang murid yang terlibat. Pn.V.Vigneshwary berbangga kerana melalui aktiviti ini
para pelajar dapat mencurahkan bakti dalam usaha mengindahkan kawasan sekolah yang
tercinta ini.

8.0 CADANGAN DAN KOMEN


Kesimpulannya, kebersihan tandas amat penting kerana ia akan mewujudkan suasana
yang selesa dan bebas daripada sebarang jangkitan. Program tandas bersih ini telah
menyedarkan semua pihak tentang kepentingan menjaga tandas sekolah. Saya percaya
bahawa projek ini akan menbawa perubahan yang positif di setiap sekolah. Di samping itu,
9

projek ini juga memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan menjaga
kebersihan dan keindahan tandas.
Pada keseluruhannya, projek ini dapat mengamalkan satu nilai persahabatan di antara-muridmurid. Projek tandas bersih dan indah ini dapat memberi banyak manfaat kepada sekolah.
Dapat memupuk semangat kerja berpasukan di antara ahli kumpulan.
Saya ingin mencadangkan supaya pada masa yang akan datang boleh mengadakan
kempen, ceramah dan bengkel untuk memberi penekanan kepada kebersihan tandas. Perlu
menerapkan nilai khidmat masyarakat dengan pelbagai aktiviti sekolah seperti gotong
royong.
9.0 PENGHARGAAN
Setelah bertungkus lumus selama 1 minggu akhirnya dapat menyiapkan projek
tandas bersih dan indah yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Namun disebalik kejayaan
dalam projek ini, setiap pihak di sekolah telah bekerjasama dan menghulurkan bantuan. Di
sini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar
Sekolah SJK(T) LADANG ELAEIS, guru-guru dan murid murid tahap 2 yang telah
membantu secara langsung mahupun tidak langsung dengan memberi sumbangan dan
kerjasama.
Dengan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
bekerjasama dalam menjayakan projek ini. Tidak lupa juga mengucapkan terima kasih dan
syabas kepada pihak sekolah yang telah mengadakan projek yang berfaedah ini. Saya percaya
program ini dapat membuka minda masyarakat dan pihak sekolah dalam kepentingan
menjaga dan menggekalkan tandas yang bersih , indah dan selesa menggunakannya.
Pn.V.Vigneshwary
Setiausaha,
Projek Tandas Bersih dan Indah,
SJK(T) Ladang Elaeis,
86000 Kluang, Johor.

10

You might also like