You are on page 1of 1

Tugasan 2 ( Interaksi 2

)

Karya : Mohd Hoessein Enas
Tajuk : Memetik Daun Tembakau di Kelantan
Karya ini telah dihasilkan oleh seorang pelukis bernama Mohd Hoessin Enas.
Karya ini bertajuk Memetik Daun Tembakau di Kelantan, dengan menggunakan
media cat minyak. Dapat dilihat dengan jelas, tema dalam karya ini
menggambarkan suasana yang harmoni sesuai dengan latar masa dan tempat.
Begitu juga dengan perlakuan rakyat Kelantan yang rajin bekerja lebih-lebih lagi
di sektor pertanian.
Pemilihan objek wanita amat sinonim dengan sangkaan wanita Kelantan
adalah wanita yang rajin.
Pemilihan warna hijau, biru dan kuning yang mendominasi seakan hidup dan
amat sesuai menggambarkan suasan perkampungan.
Teknik pencahayaan yang didominasi oleh latar belakang bukit seakan
memberi gambaran tentang suasana perkampungan yang indah dan ceria.
Keindahan catan yang cuba digambarkan ole pelukis dengan paparan objek
nampak seimbang lebih-lebih lagi bentuk penanaman pokok tembakau adalah
secara seimbang.