You are on page 1of 2

Teknik Penyoalan yang berkesan.

Jom kita tengok bagaimana teknik penyoalan boleh membantu pembelajaran


secara KBAT.
Teknik Penyoalan KBAT
Teknik penyoalan yang berkesan merangsang pembelajaran secara KBAT
Tujuan Menyoal
1. menilai pengetahuan sedia ada
2. menimbulkan minat
3. membina pemahaman yang mendalam
4. membina idealisme, sikap dan penghargaan
5. memantapkan pembelajaran
6. merangsang pemikiran kritis
7. mentaksir pembelajaran dan perkembangan murid
8. menjelaskan pemikiran
9. mencari sebab atau penjelasan
10. meneroka pandangan alternatif
11. menguji implikasi dan akibat
Ciri-ciri soalan yang berkesan
1. Bermatlamat (ditanya untuk mencapai tujuan tertentu)
2. Dinyatakan dengan jelas (murid memahami apa yang dinyatakan)
3. Ringkas (dinyatakan dengan seberapa sedikit perkataan yang mungkin)
4. Memprovokasi pemikiran (merangsang pemikiran dan tindakbalas)
5. Menyoal siasat (melibatkan soalan yang membawa kepada soalan yang
berikutnya dan mencungkil secara mendalam)
6. Skop terhad (soalan yang mempunyai banyak bahagian yang mengelirukan)
7. Disesuaikan dengan tahap murid (sesuai aras dan berbeza-beza)
Memperkembangkan Kemahiran Menyoal Dalam Kalangan Pelajar
1. Guru perlu mengelakkan banyak bertanya soalan
2. Guru perlu mengalakkan murid bertanya lebih banyak soalan secara lisan dan
bertulis
3. Guru perlu menggalakkan murid untuk menyoal murid lain semasa berbincang
4. Guru perlu menerima soalan yang diajukan
5. Guru perlu memberikan masa untuk membuat soalan susulan kepada murid
6. Guru perlu mengumpul, membincang, membina dan mengkategorikan soalan
murid
Contoh Soalan Untuk Menjelaskan Pemikiran
1. Bolehkah anda menjelaskan dengan lebih lanjut ... ?
2. Apakah yang anda maksudkan dengan ... ?
3. Bolehkah anda memberi saya satu contoh ... ?
4. Bolehkah anda menjelaskannya dengan cara lain?
5. Bolehkah anda menunjukkan cara ... ?

Contoh Soalan Untuk Mencari Sebab atau Penjelasan


1. Mengapa anda terfikir bahawa ... ?
2. Bagaimana kita tahu bahawa ... ?
3. Apakah sebab-sebab anda ... ?
4. Apakah bukti yang kita ada untuk ... ?
5. Kenapa anda menyatakan sedemikian ... ?
Contoh Soalan Untuk Meneroka Pandangan Alternatif
1. Bolehkah anda menyatakan pandangan anda dengan cara lain ... ?
2. Adakah terdapat pandangan orang lain ... ?
3. Bagaimana sekiranya ada orang lain mengesyorkan bahawa ... ?
4. Apa yang perlu kita tahu sekiranya ... ?
Contoh Soalan Untuk Menguji Implikasi dan Akibat
1. Apakah susulan daripada pernyataan anda ... ?
2. Apakah pernyataan anda selaras dengan apa yang telah dinyatakan sebelum
ini ... ?
3. Apakah akibat sekiranya ... ?
4. Adakah terdapat peraturan untuk ... ?
5. Bagaimana anda dapat memastikan .... sama ada benar atau tidak?
Amalan baik untuk guru dalam menyoal
1. Soalan dirancang
2. Logik dan berurutan
3. Ditujukan kepada seluruh kelas / kumpulan
4. Seimbang antara fakta dan pemikiran
5. Memberi masa kepada murid untuk berfikir
6. Tidak berulang
7. Ditanya dalam nada perbualan
8. Direka bentuk untuk mendapatkan maklumbalas yang berterusan
Semoga perkongsian ini memberikan guru input berguna dalam memperbaiki pdp
ke arah lebih berunsurkan KBAT dengan cara menambahbaik dari segi teknik
penyoalan.
Selamat maju jaya!