You are on page 1of 11

Explorace Matematik

Terdapat 10 stesen.
Murid dibahagikan kepada 10 kumpulan.
Setiap sekolah diminta menghantar 1 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang ( 3 lelaki 2
perempuan atau 2 lelaki 3 perempuan) dan 2 orang guru yang akan bertugas menjaga 1

stesen.
Setiap kumpulan yang dihantar perlu mempunyai guru pengiring yang akan mengiring

setiap kumpulan kepada setiap stesen yang diarahkan.


2 orang akan bertindak sebagai penjaga masa.
Setiap stesen mempunyai masa selama 6 minit sebelum penjaga masa meniup wisel
untuk setiap kumpulan bergerak ke stesen seterusnya. Contoh, kumpulan 1 akan
berada pada stesen 1, kumpulan 2 stesen 2 dan seterusnya. Apabila wisel ditiup,
kumpulan 1 akan ke stesen 2, kumpulan 2 stesen 3, kumpulan 10 stesen 1 dan
seterusnya.

STESEN 1: TANGRAM (BENTUK DUA DIMENSI)

Prosedur

1. Sediakan satu tangram di atas sekeping board dan susun ia membentuk bentuk asalnya
iaitu segi empat.
2. Sediakan empat sampul surat yang berisi bentuk yang boleh dihasilkan melalui tangram
tersebut. Pastikan setiap sampul mempunyai bentuk-bentuk yang berbeza.
3. Murid perlu memilih satu sampul surat dan melihat bentuk yang terdapat di dalam
sampul tersebut.
4. Setelah itu, menggunakan tangram yang disediakan, bentukkan tangram tersebut
seperti bentuk yang terdapat di dalam gambar.
Syarat
1. Setiap kumpulan diberi masa selama 4 minit untuk menyelesaikan tangram tersebut.
2. Sekiranya mereka berjaya menyiapkan dalam masa kurang daripada 4 minit, mereka
akan diberi peluang untuk memilih sampul surat kedua dan seterusnya.
3. Setiap kumpulan perlu bekerjasama dalam menyelesaikan tangram yang disediakan.
Bahan
1. Kad tangram (manila/board)
2. Sampul surat
STESEN 2: PERMAINAN PUZZLE
Prosedur

1. Murid dikehendaki menyelesaikan soalan di atas kepingan puzzle yang diberikan.


2. Setelah mendapat jawapan , murid akan menempatkan kepingan puzzle tersebut di
tapak bentuk puzzle yang disediakan.
3. Di setiap tapak puzzle disediakan jawapan mengikut bentuk kepingan puzzle.
4. Murid akan menyelesaikan setiap soalan dan membentuk satu gambar.

14

Tapak puzzle

25 14
+3=
Bahan-bahan
kepingan puzzle, tapak puzzle

STESEN 3: TEKA SILANG NOMBOR

Prosedur

Kepingan puzzle

1) Sekumpulan murid akan diberi sekeping kertas yang mengandungi teka silang
nombor.
2) Dalam masa 4 minit, murid harus melengkapkan sebanyak mungkin silang
nombor tersebut.
3) Apabila masa telah tamat, murid harus berhenti melakukan aktiviti.
4) Guru menyemak dan mengira jumlah teka silang kata yang betul.
Syarat
1) Melakukan aktiviti ini dalam kumpulan.
2) Melakukan aktiviti dalam masa 4 minit.
Alatan
1) Kertas silang kata
2) Jam

STESEN 4: PERMAINAN DOMINO


Pelaksanaan Permainan
1. Fasi mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi 5 soalan penyelesaian masalah.
2. Murid dikehendaki menjawab kelima-lima soalan tersebut.
3. Setiap jawapan bagi kelima-lima soalan tersebut mempunyai kod yang tersendiri

4.
5.
6.
7.

Murid dikehendaki memilih kod bagi setiap jawapan


Kod tersebut akan ditampal di atas kertas mahjong yang disediakan
Satu perkataan akan terbentuk hasil daripada jawapan bagi kelima-lima soalan tersebut.
Murid dikehendaki menyebut perkataan yang terbentuk.

Bahan
1. Kad imbas Kod Jawapan
245
A
897
D

300
B
461
N

432
G
236
L

433
M
786
J

89
K
75
I

2. Lembaran kerja
Cth : -Soalan 1 ; Jawapan : 300 ;Kod

Soalan 2 ; Jawapan : 75 ; Kod

Soalan 3 ;Jawapan :786 ;Kod

Soalan 4 ; Jawapan ; 245 ; Kod

Soalan 5 : Jawapan ; 89; Kod

3. Kertas Mahjong
4. Kad Huruf

B
B

J
I

P
K

Mahjong
STESEN 5:Kertas
BINA BENTANGAN
1. 2 keping sampul berisi bentangan (kubus dan kuboid ) akan disediakan.
2. Murid diminta untuk memilih salah satu sampul dan membina bentangan mengikut isi
sampul tersebut berdasarkan bahan yang telah disediakan.
3. Setelah satu bentangan berjaya dihasilkan, murid dikehendaki
i.
membina bentangan tersebut menjadi satu bentuk 3D.
ii.
mencari luas permukaan
iii.
mencari isipadu

Bahan-bahan
selotep, gunting, sampul, kepingan bentangan

STESEN 6: SUSUN OPERASI


Prosedur
1. Terdapat satu sampul surat yang berisi kad nombor 1 9 dan kad operasi tambah, tolak,
darab dan bahagi ( +,, , ) dan tiga helas kertas lukisan yang tertulis jawapan
untuk setiap satu soalan.
2. Murid dikehendaki mengeluarkan kad nombor dan kad operasi daripada sampul surat.

3. Berpandukan jawapan yang terdapat pada kertas lukisan pertama, murid dikehendaki
membina satu persamaan matematik menggunakan kad-kad nombor dan kad operasi
yang telah diberikan.
4. Murid perlu kreatif membina persamaan yang sesuai agar persamaan yang dibuat dapat
diselesaikan dan jawapan yang diperoleh perlu sama dengan jawapan yang telah
diberikan.
5. Jika murid dapat menyelesaikan soalan pertama dengan betul, murid boleh teruskan
menjawab soalan dua.
6. Murid perlu selesaikan secara berkumpulan dan bekerjasama dalam masa yang
ditetapkan iaitu 4 minit.
Syarat
*** Murid perlu menggunakan dua operasi berbeza. Contoh: (+, x), (+, ), (x, ).
Bahan-Bahan
1. Sampul surat
2. Kad nombor 1 9

3. Kad operasi ( +,, , )


4. Kertas lukisan

STESEN 7: IMBANG PASIR (MENGANGGAR BERAT)


Prosedur
1. Sediakan satu jongkang jongkit dan letak satu beban pada satu penghujung.
2. Sediakan dua sampul surat yang mengandungi perkataan seimbang dan lebih berat
3. Murid akan mencabut salah satu sampul dan melihat perkataan di dalamnya yang
membawa makna:

PERKATAAN
Seimbang

MAKSUD
pasir

Lebih berat

beban

beban
pasir

4. Murid perlu mengisi pasir ke atas plastik menggunakan kaki.


5. Kemudian, plastik berisi pasir tersebut akan diletakkan di satu lagi penghujung
jongkang-jongkit.
6. Mereka perlu menganggar jumlah pasir yang diperlukan untuk menjadikan jongkangjongkit tersebut seimbang ataupun lebih berat berdasarkan sampul yang mereka
perolehi.
Syarat
1. Setiap pemain boleh meletakkan pasir ke atas plastik sebanyak dua kali sahaja
2. Mereka hanya dibenarkan untuk meletakkan pasir ke atas plastik dengan menggunakan
kaki sahaja.
3. Sekiranya mereka gagal membuang jongkang jongkit tersebut imbang atau lebih berat,
mereka diberi peluang kedua.
4. Sekiranya mereka berjaya menyelesaikan tugasan dalam sampul pertama, mereka
diberi peluang untuk menyiapkan tugasan kedua.
Bahan
1.
2.
3.
4.
5.

Sekeping papan
Beban
Bata
Pasir
Sampul surat

STESEN 8: JUAL BELI


Bahan-bahan
1. Wang contoh RM 50.
2. Barang-barang jualan bear, topi, buku, gula-gula, keropok, jam, botol air, gelang,
kasut, kamus.
Langkah-langkah pelaksanaan
1. Barang-barang jualan akan dietakkan di suatu sudut, yang dikenali sebagai Mini Mydin.
2. Pelajar akan diberikan wang sebanyak RM 50.
3. Pelajar dikehendaki membelanjakan wang yang diberikan semaksimum yang mungkin
dengan membeli barang-barang yang di jual di Mini Mydin.
4. Pelajar diberikan masa 4 minit untuk memilih barang yang terdapat di kedai tersebut.
5. Setelah selesai memilih barang yang dipamirkan, pelajar dikehendaki membawa barang
tersebut ke kaunter bayaran untuk dikira oleh juru jual.
6. Pelajar dikehendaki memilih semula barang-barang yang hendak dibeli di kedai tersebut
sekiranya barangan yang dibeli kurang daripada RM 40.

STESEN 9: PERMAINAN ISIPADU.

3L

5L

Sebaldi
air

Prosedur
1. Pada stesen ini akan disediakan sebaldi air dan dua bekas yang berukuran 3L dan 5L.
2. Dengan menggunakan kedua-dua bekas ini dan air yang disediakan, murid perlu
mendapatkan 4L air.
3. Murid perlu mengisi air ke dalam bekas, mengosongkan bekas dan memindahkan air
dari satu bekas ke satu untuk mendapatkan jumlah air 4L.
Syarat-syarat

1. Setiap kali mengisi air di dalam bekas, air itu harus diisi penuh.
2. Setiap kali murid hendak mengeluarkan air dari sesuatu bekas, air haruslah dikeluarkan
sepenuhnya sehingga bekas kosong.
Bahan
1. 2 buah bekas yang telah ditanda
2. Sebaldi air

STESEN 10: DAM ULAR


Prosedur
1. Murid akan bermain permainan Dam Ular di mana setiap petak mempunyai soalan
yang perlu dijawab oleh murid. Mereka akan menentukan dalam kumpulan siapa
yang akan bergerak dulu dan seterusnya.
2. Sekiranya murid tersebut berjaya menjawab dengan betul, dia akan mendapat
ganjaran. Murid yang menjawab dengan salah pula diminta untuk berundur satu
petak ke belakang.
3. Permainan diteruskan oleh murid seterusnya.
Bahan-bahan
Papan dam ular (4 keping kertas mahjung), dadu, ganjaran, penanda (murid itu sendiri)