You are on page 1of 9

\PENDEKATAN KOGNITIF, HUMANISTIK, BEHAVIORISME, ISLAM

Kognitif
Humanistik
Behaviorisme
Islam
Rajah 1 : Teori teori dalam psikologi
Psikologi didefinisikan sebagai kajian saintifik tentang tingkah laku dan proses mental
organisma. Psikologi merupakan kajian yang dibuat secara sistematik dan saintifik terhadap
tingkah laku manusia. Melalui psikologi kita dapat lihat bahawa tingkah laku manusia adalah
berbeza-beza. Bagi memahami seseorang individu, kita perlu mengkaji dan memahami
tingkah laku serta tindak balasnya dalam situasi yang berbeza-beza. Ahli-ahli psikologi
sentiasa berusaha mengkaji cara-cara bagaimana mereka boleh membantu manusia
memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai yang memberi manfaat kepada mereka dan
pada masa akan datang. Ini menyebabkan ahli psikologi mengkaji dan membina teori
pembelajaran yang berbeza untuk menerangkan bagaimana manusia dan organisma belajar.
Teori pembelajaran memberi penjelasan tentang cara manusia dan haiwan belajar dan
memberi cadangan cara menyelesaikan masalah pembelajaran.
Terdapat dua perkataan yang hampir sama maksudnya dengan kaedah dan ia tergolong
dalam kaedah iaitu teknik dan pendekatan. Mok Soon Seng (1992) menyatakan bahawa
pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran iaitu cara bagaimana suatu mata
pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Oleh itu, ia merupakan satu set teori yang sistematik.
Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif
pelajarandalam jangka masa pendek. Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif
pembelajaran dengan langkah penyampaian tersusun. Manakala teknik pula ialah kemahiran
guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Menurut Azman Wan Chik (1987) pula teknik itu ialah apa yang dilihat
didalam bilik darjah. Sebagai contoh, jika guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat
komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu merupakan satu teknik. Psikologi
pendidikan pula menjelaskan berbagai-bagai bidang dalam kajian pendidikan, termasuk reka
bentuk pengajaran, teknologi pendidikan, perkembangan kurikulum, pembelajaran organisasi,
pendidikan khas dan pengurusan bilik darjah.

1. Teori pembelajaran kognitif


Perkembangan

kognitif

merupakan

proses

peningkatan keupayaan

pemikiran,

pengetahuan dan keintelektualan seseorang kanak-kanak dan kemampuan menjana akal budi
dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah, memahami, menganalisa, dan membentuk
pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya. Perkembangan
kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanakkanak. Proses ini sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan
seseorang kanak-kanak.
Perkembangan kognitif sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek
seseorang proses kognitif melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan dan pola
berfikir, kemahiran

berbahasa,

dan

cara

individu

memperoleh

pengetahuan

dari

lingkungannya. Aktiviti-aktiviti seperti mengamati dan mengklasifikasi, menghafal sajak atau


doa, memecahkan soal-soal matematik, dan menceritakan pengalaman, merupakan proses
kognitif dalam perkembangan anak. Dalam konteks ini, kita tidak boleh lari daripada
membincangkan teori perkembangan kognitif yang diutarakan oleh Jean Piaget. Beliau
berpendapat pemikiran sebagai satu proses yang disedari dan berkembang secara
berperingkat-peringkat
Teori kognitif adalah menekankan kepentingan proses pemikiran dalam pembelajaran
dan memberikan perhatian kepada pengaruh factor dalaman dalam pembelajaran. Ramai ahli
psikologi kognitif berpendapat bahawa pembelajaran merupakan proses dalaman yang mana
ianya tidak dapat diperhatikan secara langsung dari tindakbalas manusia (Mok Soon Sang,
2001). Proses kognitif pula adalah proses yang mempunyai kaitan antara pemikiran dengan
pemahaman. Ianya menerangkan bagaimana seseorang individu itu berfikir tentang pemikiran
dan bagaimana perubahan pemikiran yang dilakukan itu berubah setiap masa. Dalam proses
kognitif maklumat dan peristiwa yang diterima boleh dihuraikan mengikut beberapa tahap
yang dinyatakan.

Pendekatan teori pembelajaran kognitif


Teori ini dapat dilihat berkesan sekiranya seseorang guru berupaya mempersembahkan
sesuatu maklumat umum tentang sesuatu topik sebelum masuk kepada maklumat yang lebih
khusus. Hal ini penting supaya murid boleh mengenal sesuatu konsep di dalam sesuatu topik.
Sebagai contoh, murid perlu memahami konsep jenis haiwan yang hidup di darat dan di air
sebelum mengenal haiwan tersebut sama da berdarah panas atau sejuk. Bagi mengukuhkan
kefahaman murid, guru juga boleh mengaitkan pengetahuan sedia ada pada murid disamping
mengimbas kembali topik pembelajaran yang lepas. Hal ini penting bagi memastikan murid
tersebut tidak salah dari segi konsep.
Dalam hal ini, guru perlulah membantu pelajar yang tidak mempunyai pengetahuan
terdahulu kerana ia sangat berkait rapat dengan pelajaran yang baru. Pada masa yang sama,
guru perlulah bertindak sebagai pemudah cara kepada murid-murid untuk belajar. Dalam hal
ini guru tidak perlulah memberi tunjuk ajar sepenuhnya cukuplah sekadar menunjukkan jalan
kepada mereka. Contohnya, guru perlulah menyediakan segala alat, bahan dan sebagainya
bagi membantu murid memahami konsep jisim dan berat sama ada ditunjukkan dalam bentuk
gambar, simulasi, lakonan dan sebagainya. Hal ini penting bagi memastikan mereka bebarbenar tahu membezakan kedua-dua konsep tersebut. Oleh itu, penggunaan bahan maujud
sangat diperlukan bagi memudahkan penyampaian pengajaran guru di dalam mengajar murid
supaya mudah difahami.
Seterusnya, teori ini jelas membawa kepada keberkesanan dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran apabila seseorang guru dapat mengintegrasikan maklumat baru yang
dipelajari oleh murid, melalui pertandingan antara idea baru dengan idea lama. Sebagai
contoh, murid telah belajar mengenai konsep rumah iaitu mempunyai bilik, tandas dan
sebagainya. Kemudian murid telah belajar mengenai pangsapuri. Konsep rumah tidak perlu
diubah walaupun murid tidak pernah melihat pansapuri. Walaubagaimanapun, apabila guru
memperkenalkan rumah igloo, konsep rumah perlu diubah kerana rumah juga boleh diperbuat
daripada ais kerana tidak semestinya rumah diperbuat daripada simen dan kayu sahaja.
Jelaslah bahawa, jika guru berupaya memperkenalkan dan membantu murid membuat
perbezaan dalam sesuatu konsep. Hal ini dapat memastikan keberkesanan murid untuk
mempelajari sesuatu tipok yang bakal diajar pada masa akan datang.

2. Teori pembelajaran humanistik


Psikologi humanistik ialah satu perspektif psikologi yang menekankan kajian
mengenai keseluruhan manusia. Psikologi humanistik melihat tingkahlaku manusia bukan
sahaja melalui pemerhatian orang lain, tetapi juga melalui pandangan individu
bertingkahlaku. Ahli psikologi humanistik percaya setiap tingkahlaku individu berkaitan
dengan perasaan dalaman dan imej kendiri. Tidak seperti ahli psikologi tingkahlaku, ahli
psikologi humanistik percaya yang manusia bukan hasil daripada persekitaran semata-mata.
Psikologi humanistik ini lebih berminat mengkaji pengertian manusia, memahami dan
mengalami apa yang terlibat dalam pertumbuhan, pengajaran dan pembelajaran. Mereka
menitikberatkan ciri- ciri yang dapat dikongsi oleh semua manusia seperti perasaan saying,
sedih, mengambil berat, dan harga diri. Ahli psikologi humanistik juga mengkaji bagaimana
manusia dipengaruhi oleh persepsi mereka sendiri dan keperibadian yang menghubungkan
dengan pengalaman mereka. Ahli psikologi humanistik secara dasarnya tidak mengambil kira
gerak naluri, tindak balas kepada rangsangan luaran atau pengalaman lalu. Mereka lebih
berminat menganggap pemilihan sedar, tindakbalas kepada keperluan dalaman dan
pemerihalan terkini penting dalam membentuk tingkahlaku manusia.
Pendekatan teori pembelajaran humanistik
Teori pembelajaran humanistik turut memainkan peranan yang penting dalam
memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah menjadi lebih
berkesan. Seorang guru yang dapat mengesan keadaan dan situasi murid-muridnya yang
mempunyai pelbagai keperluan yang harus dipenuhi adalah bertepatan dengan teori
humanistik bagi memastikan pembelajaran menjadi lebih efektif. Sebagai contoh, ada pelajar
yang belum bersarapan atau mengantuk di dalam kelas. Apabila guru mengetahui situasi
murid tersebut, guru perlu memberi ruang untuk murid makan dan juga memberi masa untuk
murid yang mengantuk untuk tidur sekejap. Hal ini bukan sahaja akan meningkatkan mood
untuk murid belajar, malah ia akan menjadikan murid lebih menumpukan kepada aktiviti
pembelajaran yang berlangsung didalam kelas.
Disamping itu, guru perlulah mengajar dengan fokus kepada pelajar, bukan hanya
mengajar subjek yang diajar semata-mata. Dalam hal ini, keperluan pelajar haruslah
diutamakan. Jika hal ini dilakukan, pastinya proses pembelajaran akan menjadi lebih
berkesan. Guru bertanggungjawab untuk memberikan kefahaman kepada pelajar sebaik

mungkin. Sebagai contoh guru sains mengajar mengenai planet di alam semesta. Guru harus
mengenalkan murid kepada planet supaya murid tahu, bukanya menyampaikan apa yang guru
tahu mengenai planet sehingga murid tidak faham apa yang diajar oleh guru. Perkara ini
haruslah disedari oleh semua guru supaya murid boleh menerima pengajaran guru dan
seterusnya supaya keberkesanan murid untuk belajar topik yang akan datang menjadi lebih
mudah.
Akhir sekali, teori humanistik dapat dilihat keberkesanannya melalui tindakan guru
yang sentiasa menjadi contoh teladan yang baik kepada muridnya. Sebagai contoh, setiap pagi
akan ada kelas yang bertugas untuk memungut sampah. Guru yang bertugas untuk memantau
para pelajar boleh menunjukkan contoh yang baik dengan turut sama bersama para pelajar
memungur sampah. Hal ini bukan sahaja menimbulkan rasa percaya terhadap pelajar malah
ianya dapat memupuk tabiat suka menjaga kebersihan dalam kalangan pelajar dan guru.
Haruslah diingat bahawa seorang guru bukan sahaja mengajar akademik dan kokurikulum
sahaja malah guru juga turut sama bertanggungjawab membentuk sahsiah, akhlak dan
peribadi pelajar agar berketerampilan mulia di dalam kehidupan seharian.

3. Teori pembelajaran behaviorisme


Behaviourisme yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh
Thorndike dan Skinner. Teori ini berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan
perubahan tingkah laku. Kajian mereka kebanyakkannya dihasilkan melalui ujian dan juga
pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung di dalam
makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara rangsangan dan
gerakbalas yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara umumnya teori behavioris
menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau
tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Teori pembelajaran ini juga menjelaskan
bahawa tingkah laku murid boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Teori behaviorisme
menumpukan perhatian kepada faktor persekitaran sebagai faktor yang mempengaruhi
tingkah laku. Pendekatan behaviorisme terhadap pembelajaran memberi tumpuan kepada
perubahan tingkah laku yang boleh diperhatikan dan pengaruh persekitaran terhadap
perubahan tersebut. Pelaziman diertikan sebagai satu proses pembentukan tingkah laku di
mana tindak balas organisma menjadi lebih kerap atau lebih mudah diramal akibat daripada
latihan atau peneguhan. Terdapat dia jenis pelaziman untuk menerangkan pembelajaran iaitu

pelaziman klasik dan pelaziman operan. Tokoh-tokoh pelaziman klasik terdiri daripada Ivan
Pavlov dan J.B. Watson. Manakala, tokoh-tokoh pelaziman operan merupakan Edward
Thorndike dan B. F. Skinner. mereka berpendapat kecenderungan tingkah laku termasuk traittrait, bakat, nilai-nilai, kepercayaan-kepercayaan, aspirasi dan lain-lain yang dipelajari.

Pendekatan teori pembelajaran behaviorisme


Keberkesanan teori behaviorisme dapat dilihat apabila guru telah bersedia
menyediakan matlamat, objektif pengajaran dan analisis tugasan yang spesifik, realistik dan
boleh dicapai sebelum aktiviti pembelajaran dan pengajaran bermula. Sebagai contoh, guru
akan mengajar kemahiran menambah dan menolak sesuai dengan aras murid yang lemah,
sederhana dan tinggi. Guru tersebut akan memperincikan tugasan yang telah dirancang
dengan membantu murid aras sederhana dan lemah bagi menguasai kemahiran tersebut
langkah demi langkah. Manakala murid aras tinggi pula akan diberi latihan tambahan bagi
memantapkan lagi kemahiran menambah dan menolak. Hal ini sekaligus dapat membantu
guru tersebut bagi mencapai objektif pembelajaran dengan lebih berkesan didalam
pengajaran.
Selain itu, bagi memastikan pembelajaran akan menjadi lebih efektif, guru perlu
mengajar step by step dan mengaplikasikan teknik peneguhan dan hukum kesediaan dengan
betul dan semestinya berupaya meningkatkan keberkesanan salam pengajaran dan
pembelajaran. Kita ambil contoh seorang guru yang mengajar kemahiran menilis tulisan jawi.
Guru tersebut akan mengajar kemahiran dari sekecil-kecilnya seperti memegang pensel
sehinggalah kemahiran yang lebih besar seperti boleh menghasilkan tilisan jawi dengan cantik
dan kemas. Kemahiran ini akan dapat dikuasai oleh murid sekiranya guru berjaya mencungkil
rasa ingin tahu murid untuk belajar sepertimana yang terdapat dalam hukum kesediaan
disamping menggunakan teknik peneguhan yang sesuai sama ada dalam bentuk pujian
mahupun ganjaran dalam bentuk hadiah dan sebagainya sebagai menghargai hasil kerja
murid.
Seterusnya, keberkesanan teori behavior dapat dilihat apabila seseorang guru dapat
mengaplikasikan hukum latihan, hukum kesan/akibat disamping menyediakan amalan disiplin
bilik darjah yang kondusif. Sebagai contoh seorang guru menyediakan set latihan latih tubi
yang banyak untuk dan memberi ganjaran bagi yang menjawab kesemua soalan dengan betul.

Hal ini bermakna, dia telah berupaya mengaplikasikan hukum latihan dan hukum kesan /
akibat dengan baik. Tambahan pula, perkara ini dapat dimantapkan lagi apabila suasana bilik
darjah menjadi lebih positif dengan adanya peraturan kelas dan juga budaya belajar yang baik
dalam kalangan pelajar.

4. Teori pembelajaran islam


Dari perpektif islam pengertian proses pengajaran dan pembelajaran dalam islam
merupakan segala perubahan atau peristiwa yang berlaku ke atas diri seseorang individu
adalah merupakan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran dalam
pendidikan islam merupakan satu ibadah dan amanah kepada guru untuk diberikan kepada
murid-murid. Ia merupakan satu-satunya jalan dan teknik bagi manusia untuk sampai kepada
kebenaran (hakikat) yang bertolak dari premis tauhid serta tidak memisahkan aspek akal dan
jasad sebagai suatu yang bersepadu. Pengajaran dan pembelajaran manurut islam merupakan
pembentukan keseluruhan potensi diri individu dengan berlandaskan nilai-nilai ketuhanan
atau rohani supaya manusia boleh menjalankan tugas sebagai khalifah di muka bumi dan
sebagai hamba Allah SWT yang terbaik. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud tiada
pemberian orang tua terhadap anaknya yang lebih utama selain pendidikan yang baik dan
ajarlah anak-anak kamu kalimah La Ilaha Ilallah (tiada tuhan melainkan Allah) sewaktu ia
mulai berbicara dan ajarlah mereka untuk membaca La Ilaha Ilallah sewaktu menghadapi
kematian.
Psikologi islam adalah berpandukan kepada Al-Quran dan Al-Hadis dimana di dalam
islam itu sendiri psikologi ialah pengetahuan mengenai roh. Dua sumber ini merupakan
sumber yang tepat dan sah dalam mengemukakan bukti-bukti kewujudan manusia dan roh
manusia.

Roh disini ialah Sejumlah sifat jiwa yang membentuk perangai individu dan

personalitinya yang membezakan daripada orang lain. Sifat-sifat jiwa itu seperti sentimen,
perasaan marah, takut, cinta, benci,naluri, adat serta lain-lain lagi. Roh juga dikenali sebagai
suatu jawhar atau elemen yang bukannya benda yang berbeza-beza daripada tubuh badan,
yang terbit daripada segala jenis perasaan jiwa seperti sentimen, marah, takut, cinta, benci dan
lain-lain. Secara teorinya, kewujudan psikologi islam merupakan salah satu proses islamisasi
ilmu yang berlaku apabila bermulanya kritikan terhadap ilmu pengetahuan yang membawa
manusia jauh dari nilai-nilai kemanusiaan dan lebih kepada materialistik semata-mata.
Hassan Langgulung (1986) menyatakan bahawa kesemua mazhab psikologi dari Barat tidak

mengkaji jiwa tetapi sebaliknya kepada kajian tingkah laku. Menurutnya lagi, dari mana asal
dan bagaimana bentuk jiwa tidak dikaji oleh ahli psikologi barat tetapi tidak psikologi islam
kerana islam mempunyai bukti benar mengenai jiwa. Perbezaan jelas juga dilihat dimana
psikologi barat menggunakan kemampuan intelektual semata-mata untuk menemukan dan
mengungkapakan asas-asas kejiwaan, sementara psikologi islam mendekatinya dengan
memfungsikan akal dan keimanan dalam satu masa yang sama.

Pendekatan teori pembelajaran Islam


Mendidik murid-murid perlu menggunakan ilmu yang tepat atau diambil daripada alQuran dan hadis. Guru perlu mengambilnya sebagai panduan untuk mendidik murid-murid
mereka. Iman dan takwa adalah asas dalam pendidikan awal murid-murid khususnya muridmurid saudara baru kerana dengan asas inilah Rasulullah SAW berjaya mendidik para
sahabatnya. Murid-murid saudara baru perlu diperkenalkan supaya mencintai Rasulullah
SAW dan mencintai keluarga bahginda. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh at Tabrani
daripada Ali bin Talib yang bermaksud ajarlah anak-anak kamu tiga perkara, mencintai
nabi kamu dan mencintai keluarganya serta membaca al-Quran. Sebab para pembaca alQuran berada di arasy Allah SWT bersama-sama para anbiyaNya dan ashfiyaNya pada hari
tiada naungan melainkan naungan Allah AWT sahaja.
Murid-murid saudara baru juga perlu dibiasakan untuk mentaati kedua ibu bapa dan
guru. Perasaan kasih dan takut terhadap ibu bapa dan hormat kepada guru akan menghalang
mereka daripada bersikap melawan atau menentang. Guru atau ibu bapa bergaul dengan anak
didik mereka hendaklah secara berhikmah dan kasih sayang. Selain itu perlulah membiasakan
murid-murid saudara baru dengan adab susila yang baik sejak mereka kecil lagi amat dituntut.
Sebagai rujukan asas kepada para pendidik, Allah SWT menjelaskan dalam al-Quran tentang
kebijaksanaan Luqman Hakim dalam mendidik anaknaya secara berperingkat-peringkat
sebagai proses pengajaran dan pembelajaran anaknya.
Menurut Imam Al Ghazali r.a menyebut tentang ilmu mahmudah sebagi ilmu yang
baik dan berfaedah di dunia dan di akhirat. Al Quran meletakkan para ilmuan di tempat yang
tinggi dan mulia serta mewajibkan semua orang mencari ilmu di merata tempat. Ada ilmu
yang Qadim iaitu yang kekal dan ilmu hadis, ilmu baru kurniaan Allah SWT kepada semua
makhluk. Islam memandang umat manusia sebagai makhluk yang dilahirkan dalam keadaan
kosong, tidak berilmu pengetahuan akan tetapi tuhan memberipotensi yang bersifat jasmaniah

dan rohaniah untuk belajar dan mengembangkan ilmu pengetahuan serta teknologi yang
canggih untuk kemudahan umat manusia itu sendiri.