20/3/2010

Disediakan oleh:

Kisah Nabi-Nabi
Mohd Alimie bin Zawawi http://www.mohdalimie.co.cc

Nabi Adam
• Diciptakan daripada segumpal tanah liat,kering dan lumpur hitam yang berbentuk. • Semua makhluk diperintahkan sujud tanda hormat kepada Adam tapi iblis ingkar kerana berasa diri lebih mulia dari Adam yang diciptakan daripada tanah • Allah murka kepada iblis dan iblis dikeluarkan dari syurga serta mendapat laknat Allah • Iblis berjanji untuk menyesatkan umat manusia

• Adam dan Hawa tinggal dalam syurga tapi dilarang memakan buah suatu pohon • Iblis memperdaya Adam dan Hawa untuk melanggar perintah Allah hingga Allah murka kepada Adam dan Hawa • Adam dan Hawa memohon keampunan Allah, lalu diampunkan • Adam dan Hawa diturunkan ke bumi dan keturunannya (manusia) menjadi khalifah yang akan memakmurkan bumi.

Nabi Idris
• Nabi Idris adalah keturunan keenam dari Nabi Adam putera dari Yarid bin Mihla'iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam A.S. dan adalah keturunan pertama yang dikurniai kenabian menjadi Nabi setelah Adam dan Syith. • Baginda bermukim di Mesir di mana baginda berdakwah untuk agama Allah s.w.t. mengajarkan tauhid dan beribadat menyembah Allah s.w.t. serta memberi beberapa pendoman hidup bagi pengikutpengikutnya agar menyelamat diri dari seksaan diakhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia.

Nabi Nuh
• Nabi Nuh adalah nabi keempat sesudah Adam, Syith dan Idris dan keturunan kesembilan dari Nabi Adam. Ayahnya adalah Lamik bin Metusyalih bin Idris • Kaum Nuh menyembah berhala yang mereka hasilkan dengan tangan mereka sendiri • Nabi Nuh mengajak kaumnya menyembah Allah dengan pelbagai cara namun tidak berhasil

1

20/3/2010

• Nabi Nuh berada di tengah-tengah kaumnya selama 950 tahun berdakwah namun hanya sekelompok kecil kaumnya yang tidak mencapai seramai seratus orang sahaja yang beriman Allah berfirman: "Sesungguhnya tidak akan seorang daripada kaumnya mengikutimu dan beriman kecuali mereka yang telah mengikutimu dan beriman lebih dahulu, maka janganlah engkau bersedih hati kerana apa yang mereka perbuatkan."

• Baginda memohon kepada Allah s.w.t. agar menurunkan azab-Nya di atas kaumnya dan doa baginda dikabulkan • Allah memerintahkan Nabi Nuh membuat sebuah kapal bahtera • Allah menjadikan banjir besar dan semua makhluk musnah kecuali yang berada dalam bahtera Nuh seperti yang diperintahkanNya • Setelah surut, bahtera Nuh berlabuh di Judie atas perintah Allah

Nabi Hud
• Kaum Aad (kaum Nabi Hud) membuat patungpatung yang diberi nama " Shamud" dan " Alhattar" dan itu yang disembah sebagai tuhan mereka • Kurniaan tanah yang subur dianggap mereka sebagai kurniaan berhala sembahan mereka • Dakwah Nabi Hud dibalas dengan ejekan dan cabaran supaya didatangkan azab kepada mereka seperti yang sering Nabi Hud ucapkan sekiranya mereka tidak beriman dengan Allah

• Akhirnya Allah mendatangkan azab kepada kaum Aad dalam dua peringkat. Peringkat pertama ialah kekeringan atas kebun-kebun mereka hingga tiada hasil yang dikeluarkan • Nabi Hud mengingatkan kaumnya supaya segera bertaubat dan kembali kepada Allah namun mereka tetap ingkar, tetap memohon dari berhala mereka • Peringkat kedua ialah, Allah menghantar gumpalan awan mega yang disangkakan oleh kaum Aad sebagai rahmat dalam bentuk hujan

• Gumpalan awan mega itu sebenarnya membawa kehancuran kepada kaum Aad • Hanya Nabi Hud dan pengikutnya yang selamat

Nabi Salleh
• Diutuskan kepada kaum Tsamud dan berasal dari keluarga yang terhormat dalam kaumnya • Menyeru kaumnya menyembah Allah tetapi hanya segolongan kecil yang beriman • Golongan yang menentang baginda mencabar Nabi Salleh menunjukkan bukti bahawa baginda ialah rasul yang benar • Dengan izin Allah, Nabi Salleh menunjukkan mukjizat baginda dengan mengeluarkan seekor unta dari batu

2

20/3/2010

• Nabi Salleh mengingatkan kaumnya agar tidak mengganggu unta tersebut kerana akan ditimpa azab Allah • Kaum Tsamud menentang Nabi Salleh tidak senang dengan adanya unta tersebut lalu merancang untuk membunuh unta itu • Akhirnya unta itu dibunuh oleh Mushadda' bin Muharrij dan Gudar bin Salif dan dengan bangga mencabar Nabi Salleh menurunkan azab Allah seperti yang baginda ucapkan • Akhirnya kaum Tsamud ditimpa halilintar yang dahsyat beriringan dengan gempa bumi yang mengerikan.

Nabi Ibrahim
• Nabi Ibrahim dilahirkan pada masa kekuasaan raja Namrud bin Kan’aan • Bapa Nabi Ibrahim bekerja membuat dan menjual berhala • Suatu hari, Nabi Ibrahim ingin melihat bagaimana makhluk yang sudah mati dihidupkan kembali oleh Tuhan yang sebenar • Setelah berdoa, dengan kuasa Allah, burung yang telah mati dan dikerat-kerat hidup kembali setelah dipanggil oleh Nabi Ibrahim

• Nabi Ibrahim cuba mengajak ayahnya, Azar untuk menyembah Allah namun akhirnya baginda diusir dari rumah • Walaupun diusir dari rumah, baginda tetap berusaha pula mengajak kaumnya namun tetap ditolak • Pada hari yang dianggap keramat oleh kaum Nabi Ibrahim, mereka keluar kota untuk bersuka-ria • Nabi Ibrahim mengambil peluang untuk memusnahkan berhala yang terdapat dalam tempat ibadat

• Kapak yang digunakan Nabi Nuh untuk memusnahkan berhala-berhala itu digantungkan di kepala berhala yang paling besar • Kaumnya terkejut apabila melihat berhalaberhala mereka musnah • Mereka menuduh Nabi Ibrahim yang memusnahkan berhala itu tetapi Nabi Ibrahim menyuruh mereka bertanyakan kepada berhala besar • Mereka tidak memikirkan maksud kata-kata Nabi Ibrahim tetapi terus menghukum baginda dibakar hidup-hidup

• Kaum Nabi Ibrahim mengumpulkan kayu untuk membakar Nabi Ibrahim selama berminggu-minggu • Setelah siap persediaan, Nabi Ibrahim dibawa ke tempat hukuman lalu dilemparkan ke dalam api • Apabila api padam, Nabi Ibrahim keluar dari api tanpa cacat-cela menyebabkan kaumnya tercengang dan mula berfikir akan kebenaran Nabi Ibrahim

Nabi Ismail
• Merupakan anak Nabi Ibrahim dengan Hajar • Baginda yang masih kecil dan ibunya ditinggalkan di Makkah yang masih kering kontang oleh bapanya atas perintah Allah • Ketika umur kanak-kanak, Nabi Ibrahim mendapat perintah agar dikorbankan Nabi Ismail dan Nabi Ismail redha dengan perintah Allah itu.

3

20/3/2010

• Ketika akan disembelih, Allah menggantikan Nabi Ismail dengan kibas • Kaabah didirikan oleh Nabi Ibrahim dengan bantuan Nabi Ismail

Nabi Luth
• Nabi Luth adalah anak saudara dari Nabi Ibrahim. Ayahnya yang bernama Hasan bin Tareh adalah saudara sekandung dari Nabi Ibrahim • Nabi Luth berpindah ke sebuah tempat yang Sadum • Masyarakat Sadum adalah masyarakat yang rendah tingkat moralnya kerana maksiat homoseks di kalangan lelakinya dan lesbian di kalangan wanitanya telah menjadi budaya mereka

• Nabi Luth berseru kepada kaumnya agar meninggalkan adat kebiasaan iaitu melakukan perbuatan homoseks dan lesbian karena perbuatan itu bertentangan dengan fitrah dan hati nurani manusia • Kaumnya juga dinasihati agar menghormati hak dan milik masing-masing dengan meninggalkan perbuatan perampasan, perompakan serta pencurian yang selalu kaumnya lakukan • Namun, seruan Nabi Luth tidak berjaya

• Suatu hari tiga malaikat yang menyamar sebagai pemuda tampan telah bertamu ke rumah Nabi Luth • Berita kedatangan mereka diketahui oleh kaumnya yang kemudian memaksa Nabi Luth menyerahkan tetamunya sebagai pemuas nafsu mereka • Akhirnya, dengan izin Allah, malaikat-malaikat itu mengenakan azab kepada kaum Luth dengan gempa bumi yang dahsyat

Nabi Ishaq
• Merupakan putera Nabi Ibrahim dari isterinya Sarah dan diriwayatkan baginda wafat pada usia 180 tahun • Hanya beberapa ayat al-Quran yang menceritakan kisah Nabi Ishaq antaranya ialah ayat 112 dan 113 surah As-Shaffaat yang berikut:

Maksudnya: 112. dan Kami pula berikan kepadanya berita Yang mengembirakan, Bahawa ia akan beroleh (seorang anak): Ishak, Yang akan menjadi Nabi, Yang terhitung dari orang-orang Yang soleh. 113. dan Kami limpahi berkat kepadanya dan kepada (anaknya): Ishak; dan di antara zuriat keturunan keduanya ada Yang mengerjakan kebaikan, dan ada pula Yang berlaku zalim Dengan nyata, terhadap dirinya sendiri.

4

20/3/2010

Nabi Ya’kub
• Nabi Ya'qub adalah putera dari Nabi Ishaq bin Ibrahim sedang ibunya adalah anak saudara dari Nabi Ibrahim, bernama Rifqah binti A'zar. • Setelah dewasa, Nabi Ya’kub berpindah ke Fadam A'raam iaitu ke rumah bapa saudaranya, Laban • Nabi Ya’kub berkahwin dengan dua orang puteri Laban iaitu Laiya dan Rahil dan mendapat 12 orang anak iaitu Yusuf dan Binyamin dari Rahil manakala yang lain ialah dari Laiya

Nabi Yusuf
• Merupakan anak kesayangan Nabi Ya’kub menyebabkan saudara-saudaranya yang lain berasa iri hati • Suatu hari, Nabi Yusuf melihat dalam mimpinya seakan-akan sebelas bintang, matahari dan bulan yang berada di langit turun dan sujud di depannya • Nabi Yusuf menceritakan mimpi itu kepada Nabi Ya’kub dan Nabi Ya’kub melarang Nabi Yusuf menceritakan mimpi tersebut kepada saudaranya yang lain kerana bimbang mereka akan berniat jahat

• Akibat iri hati, saudara Nabi Yusuf merancang untuk meninggalkan Nabi Yusuf dalam telaga • Perancangan mereka berjaya. Yusuf yang ditinggalkan dalam telaga ditemui oleh kafilah yang kemudiannya bertindak menjual Yusuf • Zulaikha, isteri kepada orang yang membeli Nabi Yusuf jatuh cinta kepada baginda menyebabkan dia cuba mengajak Nabi Yusuf berbuat maksiat namun ditolak • Perbuatan Zulaikha diketahui ramai dan mereka mengejinya

• Kerana malu, Zulaikha mengajak ramai wanita dan memberikan setiap wanita itu pisau dan buah untuk dikupas • Setelah melihat Yusuf, wanita-wanita itu lupa diri lalu terhiris jari mereka sendiri • Bagi menutup malu, Nabi Yusuf dimasukkan ke dalam penjara dan dalam penjara, Nabi Yusuf mentafsirkan mimpi dua orang tahanan • Pada suatu hari, raja bermimpi seakan-akan melihat tujuh ekor sapi betina lain yang kuruskurus. Disamping itu ia melihat pula dalam mimpinya tujuh butir gandum hijau disamping tujuh butir yang lain kering.

• Nabi Yusuf dikeluarkan dari penjara dan mentafsirkan mimpi raja • Kecerdasan Nabi Yusuf menyebabkan baginda dilantik sebagai wakil raja • Nabi Yusuf juga dikahwinkan dengan Zulaikha yang ternyata masih gadis • Tafsiran mimpi Nabi Yusuf menjadi kenyataan. Kerana kemarau panjang, ramai rakyat yang mengunjungi istana Mesir untuk mendapatkan makanan antaranya ialah saudara Nabi Yusuf • Dengan kebijaksanaan Nabi Yusuf, keluarga baginda bertemu kembali

Nabi Syuaib
• Diutuskan kepada kaum Madyan yang menyembah Aikah iaitu sebidang padang pasir yang ditumbuhi beberapa pohon dan tanamtanaman • Dakwah dan ajakan Nabi Syu'aib disambut oleh mereka terutama penguasa, pembesar serta orang-orang kaya dengan ejekan dan olok-olok • Hanya sedikit yang beriman dengan ajaran Nabi Syu’aib

5

20/3/2010

• Akhirnya, kaum Madyan diazab oleh Allah dengan hawa udara yang sangat panas yang mengeringkan kerongkongan kerana dahaga yang tidak dapat dihilangkan dengan air dan membakar kulit yang tidak dapat diubati dengan berteduh di bawah atap rumah atau pohon-pohon • Mereka juga diazab dengan petir dan gempa bumi yang dahsyat

Nabi Ayyub
• Merupakan seorang nabi yang kaya-raya namun dengan izin Allah, iblis menjadikan baginda miskin dalam cubaan untuk menyesatkan Nabi Ayyub namun tidak berjaya • Iblis juga dengan izin Allah menyebabkan kematian putera-putera Nabi Ayyub namun tak dapat juga menyesatkan baginda • Iblis cuba mengganggu kesihatan Nabi Ayyub tapi Nabi Ayyub tetap beribadat kepada Allah walau dalam keadaan sakit

• Iblis cuba pula menghasut isteri Nabi Ayyub sehingga dia diusir oleh Nabi Ayyub • Nabi Ayyub berjanji akan mencambuk isterinya seratus kali bila ia sudah sembuh • Dengan izin Allah, Nabi Ayyub sembuh • Bagi menunaikan janjinya, Allah memberikan jalan keluar agar mencambuk isterinya yang telah kembali taat dengan seikat rumput sebanyak seratus kali • Kemewahan, keturunan dan kebahagiaan dikembalikan oleh Allah kepada Nabi Ayyub

Nabi Zulkifli
• Termasuk salah seorang nabi yang saleh, di mana ia melakukan 100 kali salat dalam satu hari • Mengikut ceritanya, baginda mendapat tugas mengadili kaumnya secara adil dan mengurusi mereka dengan baik dan oleh sebab itu ia dinamakan Zulkifli (yang dibebani tugas)

Nabi Musa
• Dilahirkan dikalangan Bani Isra'il yang pada ketika itu dikuasai oleh Raja Fir'aun yang bersikap kejam dan zalim • Nabi Musa bin Imron bin Qahat bin Lawi bin Ya'qub adalah beribukan Yukabad • Nabi Musa telah beristerikan dengan puteri Nabi Syu'aib yaitu Shafura • Dibesarkan dalam istana Firaun oleh Asiah, isteri Firaun

• Suatu hari, berlaku peristiwa yang menyebabkan Nabi Musa membunuh seseorang dengan tidak sengaja • Berita ini akhirnya tersebar dan kaum Firaun berpakat membunuh Nabi Musa • Nabi Musa meninggalkan Mesir menuju ke Madyan dan di sana baginda bekerja dengan Syu’aib dan dikahwinkan dengan anak Syu’aib yang bernama Shafura • Nabi Musa menerima wahyu dan diperintahkan agar menyampaikan dakwah kepada Firaun

6

20/3/2010

• Firaun mengadakan perlawanan sihir bagi mengalahkan mukjizat Nabi Musa tetapi Nabi Musa menang dan ahli sihir beriman dengan Nabi Musa • Firaun murka dan menghukum semua yang beriman dengan Nabi musa • Nabi musa dan pengikutnya melarikan diri dan dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya • Akhirnya Nabi Musa dan pengikutnya selamat manakala Firaun dan tenteranya terbunuh dalam air laut yang terbelah sebagai mukjizat Nabi Musa

Nabi Harun
• Nabi Harun adalah saudara Musa dan pasangan dakwahnya dalam mengajak Firaun beriman kepada Allah, karena kefasihan dan kepandaiannya berbicara • Musa mewakilkan urusan kaumnya kepada Harun ketika ia pergi menemui Allah di bukit Thur • Samiri menyebarkan fitnah mengajak Bani Israel menyembah patung anak sapi yang terbuat dari emas • Nabi Harun mengajak mereka kembali menyembah Allah, tetapi mereka ingkar

Nabi Daud
• Daud bin Yisya adalah keturunan Nabi Ibrahim dan tinggal bermukim di kota Baitlehem • Dikahwinkan dengan Mikyal , anak Thalut iaitu raja Bani Israil sebagai ganjaran menewaskan Jalut • Dengan sikap berani, adil dan bijaksana yang dimiliki serta denga izin Allah, Nabi Daud akhirnya menjadi Raja Bani Israil menggantikan Thalut

• Antara kurniaan Allah kepada Nabi Daud:
I. Allah mengutusnya sebagai nabi dan rasul mengurniainya nikmah, kesempurnaan ilmu, ketelitian amal perbuatan serta kebijaksanaan dalam menyelesaikan perselisihan II. Kepadanya diturunkan kitab "Zabur", kitab suci yang menghimpunkan qasidah-2 da sajak-2 serta lagu-2 yang mengandungi tasbih dan pujian-pujian kepada Allah, kisah umat-2 yang dahulu dan berita nabi-nabi yang akan datang, di antaranya berita tentang datangnya Nabi Muhammad s.a.w.

III. Allah telah memberinya kekuatan melunakkan besi, sehingga ia dapat membuat baju-baju dan lingkaran-2 besi dengan tangannya tanpa pertolongan api IV. Allah menundukkan gunung-2 dan memerintahkannya bertasbih mengikuti tasbih Nabi Daud tiap pagi dan senja V. Nabi Daud telah diberikannya kesempatan menjadi raja memimpin kerajaan yang kuat yang tidak dapat dikalahkan oleh musuh, bahkan sebaliknya ia selalu memperolehi kemenangan di atas semua musuhnya

Nabi Sulaiman
• Merupakan salah seorang putera Nabi Daud • Sejak masih berusia muda Sulaiman telah disiapkan oleh Daud untuk menggantikannya untuk menduduki tahta singgahsana kerajaan Bani Isra'il • Allah telah menundukkan baginya makhlukmakhluk lain, iaitu Jin angin dan burung-burung yang kesemuanya berada di bawah perintahnya melakukan apa yang dikehendakinya dan bagina mampu memahami bahasa haiwan

7

20/3/2010

• Nabi Sulaiman berjaya menyedarkan Ratu Balqis yang memerintah kota Saba • Akhirnya Nabi Sulaiman berkahwin dengan dengan Balqis dan dari perkahwinannya itu lahirlah seorang putera • Al-Quran mengisahkan bahawa tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan kematian Sulaiman kecuali anaianai yang memakan tongkatnya yang ia sandar kepadanya ketika Tuhan mengambil rohnya. • Para Jin yang sedang mengerjakan bangunan atas perintahnya tidak mengetahui bahawa Nabi Sulaiman telah mati kecuali setelah mereka melihat Nabi Sulaiman tersungkur jatuh di atas lantai, akibat jatuhnya tongkat sandarannya yang dimakan oleh anaianai.

Nabi Ilyas
• Diutus kepada penduduk Baalbek, sebelah barat Kota Damaskus • Mengajak kaumnya beribadah hanya kepada Allah dan meninggalkan penyembahan terhadap patung yang mereka namakan Ba`la • Baginda memberitahu yang arus deras dan kebuluran akan melanda negeri tersebut namun penduduk tidak mengendahkan amarannya dan tidak mengubah kepercayaan mereka

• Kenabian Nabi Ilyas akhirnya terbukti benar dan seluruh negeri dilanda banjir besar dan rakyat mengalami kebuluran • Selepas dua tahun, Nabi Ilyas memohon Allah mengurniakan belas kasihan dan keampunanNya kepada penduduk yang kebuluran itu. Mereka telah mengakui kekuasaan Allah dan berasa sangat menyesal. • Baginda melaksanakan perintah Allah dengan penuh ketaatan dan hilang secara misteri

Nabi Ilyasa’
• Ilyasa adalah rasul dari kalangan Bani Israel dari garis keturunan yang sama dengan Musa, Harun serta Ilyas • Melaksanakan dakwah setelah Nabi Ilyas wafat • Menyeru ke jalan kebaikan namun kaumnya ingkar lalu kaumnya menanggung bencana kekeringan yang luar biasa

Nabi Yunus
• Yunus bin Matta telah diutuskan oleh Allah untuk berdakwah kepada penduduk di sebuah tempat bernama "Ninawa" yang bukan kaumnya dan tidak pula ada ikatan darah dengan mereka • Ajaran-ajaran Nabi Yunus itu bagi para penduduk Ninawa merupakan hal yang baru yang belum pernah mereka dengar sebelumnya lalu mereka tidak dapat menerimanya • Baginda lalu meninggalkan Ninawa dengan rasa jengkel dan marah

• Sepeninggalan Nabi Yunus penduduk Ninawa mulai melihat tanda-tanda yang mencemaskan seakan-akan ancaman Nabi Yunus kepada mereka akan menjadi kenyataan dan hukuman Allah akan benar-benar jatuh di atas mereka • Untuk menebus dosa, mereka keluar dari kota dan beramai-ramai pergi ke bukit-bukit dan padang pasir, seraya menangis memohon ampun dan rahmat Allah agar dihindarkan dari bencana azab dan seksaan-Nya

8

20/3/2010

• Nabi Yunus menumpangi sebuah kapal tetapi kapal yang dinaiki baginda bergoyang tak dapat dikawal • Diadakan undian untuk memilih siapa yang akan dibuang dari kapal bagi meringankan muatan kapal • Nabi Yunus terpilih walaupun setelah tiga kali undian • Di dalam laut, Nabi Yunus ditelan oleh ikan Nun yang tidak lama kemudian memuntahkan kembali Nabi Yunus ke daratan

• Nabi Yunus diperintahkan supaya kembali ke Ninawa • Sebaik kembali, Nabi Yunus terkejut melihat keadaan kaumnya yang sudah bertaubat dan kembali kepada Allah

Nabi Zakaria
• Merupakan bapa Nabi Yahya dan baginda tidak dikurniakan anak walaupun setelah berumur 90 tahun • Baginda bertugas memelihara dan mengawasi Maryam (ibu Nabi Isa) yang dapat dianggap sebagai anak kandungnya sendiri • Setelah memohon kepada Allah agar diberikan zuriat sebagai pengganti pemimpin Bani Israil, Nabi Zakaria dikurniakan Nabi Yahya

Nabi Yahya
• Baginda diberi ilmu dan hikmah selagi ia masih kanak-kanak dan bahawa ia seorang putera yang berbakti kepada kedua ora ng tuanya dan bukanlah orang yang sombong durhaka • terkenal cerdik pandai, berfikiran tajam sejak ia berusia muda, sangat tekun beribadah yang dilakukan siang dan malam sehingga berpengaruh kepada kesihatan badannya dan menjadikannya kurus kering, wajahnya pucat dan matanya cekung

• Menentang perkahwinan Hirodus (penguasa Palestin) dengan anak saudarnya sendiri iaitu Hirodia kerana bertentangan dengan syariat Nabi Musa • Hirodia tak puas hati dan meminta Herodus memancung Nabi Yahya dan membawa kepala baginda kepadanya • Akhirnya, Nabi Yahya dipancung dan Allah menurunkan laknat atas dirinya, diri rajanya dan Bani Isra'il seluruhnya

Nabi Isa
• Baginda diutus kepada kaum Bani Israil dengan kitab Injil • Disebut dalam al-Quran dengan empat panggilan iaitu Isa, Isa putera Mariam, putera Mariam, dan al-Masih • Mempunyai beberapa mukjizat seperti yang terkandung dalam surah al-Maidah ayat 110

9

20/3/2010

Maksunya:

110. (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa Ibni Maryam! kenanglah nikmatKu kepadamu dan kepada ibumu, ketika Aku menguatkanmu Dengan Ruhul-Qudus (Jibril), Iaitu Engkau dapat berkata-kata Dengan manusia (semasa Engkau masih kecil) Dalam buaian dan sesudah dewasa; dan (ingatlah) ketika Aku mengajarmu menulis membaca, dan hikmat pengetahuan, khasnya Kitab Taurat dan Kitab Injil; dan (ingatlah) ketika Engkau jadikan dari tanah seperti bentuk burung Dengan izinKu, kemudian Engkau tiupkan padanya, lalu menjadilah ia seekor burung Dengan izinku; dan (ingatlah ketika) Engkau menyembuhkan orang buta dan orang sopak Dengan izinku; dan (ingatlah) ketika Engkau menghidupkan orang-orang yang mati Dengan izinku; dan (ingatlah) ketika Aku menghalangi Bani Israil daripada membunuhmu, ketika Engkau datang kepada mereka Dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat), lalu orang-orang Yang kafir di antara mereka berkata: "Bahawa ini hanyalah sihir Yang terang nyata"

Nabi Muhammad
• Dilahirkan pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah di Makkah • Bapanya iaitu Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Ibunya bernama Aminah binti Wahab • Ibu susuan baginda ialah wanita dari Banu Sa'ad yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib • Aminah meninggal di Abwa

• Dipelihara oleh datuknya Abdul Mutallib yang meninggal dunia sewaktu baginda berumur 8 tahun • Diasuh oleh Abu Talib • Berkunjung ke Syam untuk berdagang sewaktu Muhammad berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib Kristian yang telah dapat melihat tanda-tanda kenabian pada baginda • Diberikan gelaran al-amiin

• Selepas baginda mula meningkat dewasa, baginda disuruh oleh bapa saudaranya untuk membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid • Berkahwin dengan Khadijah binti Khuwailid yang berumur 40 tahun sewaktu baginda berumur 25 tahun • Pada usia 40 tahun, Muhammad telah menerima wahyu yang pertama dan diangkat sebagai nabi sekelian alam di gua Hira’ • Khadijah isterinya adalah wanita pertama yang mempercayai kenabian baginda

• Ali bin Abi Talib adalah lelaki pertama yang beriman dengan ajaran baginda • Berdakwah selama 3 tahun secara sembunyi sebelum turun wahyu memerintahkan baginda untuk berdakwah secara terang-terangan • Penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa oleh baginda • Baginda menghadapi pelbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemuhan dan ejekan daripada penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman dengan Allah

10

20/3/2010

• Khadijah serta Abu Talib wafat pada tahun sepuluh kenabiaannya • Setelah sampai perintah Allah, Rasulullah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah berikutan ancaman daripada kafir Quraisy untuk membunuh baginda • Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah • Seruan baginda diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullas s.a.w sendiri

• Baginda telah wafat pada bulan Jun tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah. • Baginda wafat setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai rasul dan pemimpin negara. • Baginda berjaya membawa manusia ke jalan yang benar dan menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab, berilmu dan berkebolehan. • Rasulullah adalah contoh terbaik bagi semua manusia sepanjang zaman

Tamat

11

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful