You are on page 1of 19

NOR BAHIYAH BINTI MOHAMAD RAFIDI

710403-08-5982
___________________________________________________________________________________________________
SOALAN 1
Huraikan tindakan yang akan anda lakukan bagi melaksanakankan projek rumah rehat
tersebut berpandukan aspek-aspek berikut:
(a) Menentukan kumpulan spesies-spesies kayu, jenis kayu dan kebaikan dan
kekurangan penggunaan kayu yang sesuai digunakan bagi pembinaan
rumah rehat tersebut mengikut ketetapan berikut:
i. Bumbung
ii. Tiang
iii. Lantai dan gelegar
iv. Dinding
v. Pemidang pintu dan tingkap
vi. Daun Pintu Berpanel kayu khususnya tanggam yang digunakan untuk
menyambung dibahagian pemidang atas, tengah dan bawah. Penyenaraian jenis-jenis
kayu hendaklah disertakan gambar foto jenis kayu yang digunakan pada struktur
bumbung, tiang, lantai, pemidang pintu/tingkap dan daun pintu.

JAWAPAN SOALAN 1

1.0 Pengenalan
Seni bina rumah Melayu tradisional dikaitkan dengan sifat kreatif masyarakat Melayu serta
hubungan mereka yang sangat erat dengan alam sekitar.Faktor iklim pula menyebabkan
sebahagian besar rumah Melayu tradisional ini bertiang atau berpanggung dengan lantainya
tinggi daripada permukaan tanah yang dapat mengatasi kelembapan tanah. Selain itu dapat
mencegah ruang di dalam rumah ditenggelami air jika berlaku banjir.

1
HBLS 3103
ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
NOR BAHIYAH BINTI MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982
___________________________________________________________________________________________________

Bersesuaian dengan ciri-ciri ini projek rumah rehat yang dibina dengan menggunakan
kayu. Penentukan kumpulan spesies-spesies kayu dan jenis-jenis kayu bagi bumbung ,
tiang, lantai dan gelegar, dinding pemidang kayu dan tingkap, adalah seperti berikut:

1.1 Bumbung
Bumbung merupakan bahagian atas sekali bagi struktur bangunan.Bumbung memberikan
perlindungan dari angin,panas dan hujan.Struktur bumbung dibina daripada kayu,keluli,
atau konkrit untuk menanggung beban diri, beban penutup bumbung dan beban angin.

Bumbung yang dibina hendaklah memenuhi keperluan dan fungsi seperti


kestabilan,kekuatan,ketahanlasakan,rintangan cuaca,rintangan terhadap kebakaran,sifat
penebat haba dan rupa bentuk bangunan itu sendiri.Bumbung dibina untuk menyokong
beban mati struktur bumbung dan penutupnya,penebatan dan kemasan dalam dan beban
angina tanpa mengalami lenturan atau pesongan yang berlebihan sehingga berlaku ubah
bentuk.Kekuatan bumbung bergantung kepada cara pemasangan,pembinaan dan bentuk
bumbung itu sendiri.

1.11 Spesies kayu


Spesies kayu yang sesuai dibuat bumbung dari spesies tumbuhan famili Fabaceae iaitu
Kempas. Spesies ini berasal dari Semenjaung Malaysia, Borneo dan Sumatera. Nama
botaninya ialah Koompassia malaccensis.

1.12 Jenis kayu


Kempas dikategorikan kumpulan keras dan sederhana berat. Beratnya 926 kg/m 3. dan
kekuatan tekanannya 7.52N/mm2..

2
HBLS 3103
ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
NOR BAHIYAH BINTI MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982
___________________________________________________________________________________________________
1.13 Foto

Pokok Kempas Serat Kayu Kempas Bumbung Kayu

Gambar bumbung menggunakan kayu

1.2 Tiang
Tiang merupakan bahagian yang amat penting dalam sesuatu rumah. Pemilihan kayu untuk
bumbung meatilah tahan, kuat serta tahan diserang anai-anai. Selain dari itu tiang tersebut
dapat menampung berat bumbung. Pada amnya, pembinaan tiang adalah bertujuan untuk
menyokong balak atau rasuk untuk sesuatu lantai dimana kotak bentuknya mempunyai papan yang
dipanggil ‘ sheating’. Tiang juga berfungsi menerima beban daripada rasuk dan memindahkannya
kepada asas bangunan.

1.21 Spesies kayu


Spesies kayu yang sesuai dibuat tiang ialah dari spesies C. burckii, C. lanceolatum, C.
melanoxylon. Nama kayunya ialah Resak.

3
HBLS 3103
ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
NOR BAHIYAH BINTI MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982
___________________________________________________________________________________________________
1.22 Jenis kayu
Kayu Resak adalah dari jenis Kayu Keras Berat. Ketumpatannya 847g/m³.Ia mempunyai
kekuatan tekanan sebanyak 4.9 – 11.45 N/mm².
1.23 Foto

Serat Kayu Resak Contoh gambar tiang

1.3 Lantai dan gelegar

Rajah lantai dan gelegar


Lantai adalah ruang antara perenggan tiang dengan perenggan dinding, yang
beralaskan kayu-kayu gelegar. Pada zaman dahulu orang menggunakan “lantai jerai”, yaitu
bilah-bilah batang pinang atau yang buluh yang setiap satu lebarnya kira-kira 5-6 cm.
bilah-bilah itu disusun atas gelegar dan dikemas dengan rotan atau akar. Gayanya seperti
menyirat lukah dan bubu ikan. Ada juga yang menggunakan lantai daripada buluh yang
diracik. Hari ini lantai rumah Melayu bertukar kepada papan yang dibelah dengan gergaji

4
HBLS 3103
ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
NOR BAHIYAH BINTI MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982
___________________________________________________________________________________________________
atau ditarah dengan pepatil. Sekarang sudah banyak lantai yang diperbuat daripada papan
berketam yang boleh dibeli dari kilang papan.
Gelegar berbentuk bulat, setengah bulat atau persegi. Ukurannya lebih kecil dari
rasuk. Gelegar disusun melintang (dalam jarak tertentu) di atas rasuk. Jumlah gelegar
ditentukan dengan bilangan tertentu. Biasanya, jumlah gelegar berguna untuk menentukan
“ukuran rumah” bagi pemiliknya.

1.31 Spesies kayu


Spesies kayu yang sesuai dibuat lantai dan gelegar dari spesies tumbuhan famili Fabaceae
iaitu Kempas. Spesies ini berasal dari Semenjaung Malaysia, Borneo dan Sumatera. Nama
botaninya ialah Koompassia malaccensis.

1.32 Jenis kayu


Kempas dikategorikan kumpulan keras dan sederhana berat. Beratnya 926 kg/m3. dan
kekuatan tekanannya 7.52N/mm2..

1.33 Foto

Serat Kayu Kempas Lantai dan gelegar

1.4 Dinding
Mungkin jarang sekali rumah yang memakai dinding jenis ini kecuali untuk rumah-rumah
di yang bergaya “country”. Kelebihan dinding kayu dapat mencipta suasana yang semula
jadi. Selain dari itu, suasana dalam rumah pun akan lebih sejuk.

5
HBLS 3103
ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
NOR BAHIYAH BINTI MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982
___________________________________________________________________________________________________

Dinding dalam struktur rumah memerluakn kayu jenis yang tahan cuaca dan serangan
perosak.Kayu dari kumpulan Keras dan ringan seperti ramin adalah sesuia dibuat dinding.
Kayu ini senang dibentuk di potong serat tahan cuaca. Urat kayunya yang cantik
menampakkan keaslian pokok.Kau ramin ini adalah lembut dank eras serta ringan.

1.41 Spesies kayu


Kayu yang sesuai untuk digunakan untuk membuat dinding ialah kayu Ramin. Ramin
merupakan spesies dari famili Thymelaeceae sub famili Gonystyloidae. Kayu Ramin
banyak digunakan untuk pembuatan perabot dan hiasan dalaman. Urat kayunya yang cantik
menampakkan keaslian pokok.

1.42 Jenis kayu


Kayu Ramin terdiri dari jenis keras dan ringan. Beratnya 657 kg/m3.

1.43 Foto

Tekstur Kulit kayu Ramin Serat Kayu Ramin Dinding Kayu

1.5 Pemidang pintu dan tingkap


Pemidang pintu dan tingkap biasanya dipasang sebelum pemasangan daun pintu dan
tingkap.

1.51 Spesies kayu


Spesies kayu yang sesuai digunakan untuk dibuat pintu ialah dari spesies Shora dan
Parashorea iaitu kayu Meranti. Spesies ini dinamakan Meranti di Malysia tetapi dikenali
sebgai Gerutu apabila dieksport.

6
HBLS 3103
ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
NOR BAHIYAH BINTI MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982
___________________________________________________________________________________________________

1.52 Jenis-jenis kayu


Kayu Meranti dikelaskan kepada dua iaitu Meranti Merah Muda dan Meranti Merah Tua.
Meranti Merah Tua berkualiti baik , berat purata 710 kg/m3 dan kandungan lembapan 15%
manakala Meranti Merah Muda mempunyai berat purata 545 kg/m3 dan kandungan
lembapan sebanyak 15%.

1.53 Foto

Pemidang Pintu Serat Kayu Meranti

1.6 Daun pintu berpanel kayu


1.61 Spesies kayu
Spesies kayu yang sesuai digunakan untuk dibuat pintu ialah dari spesies Shora dan
Parashorea iaitu kayu Meranti. Spesies ini dinamakan Meranti di Malysia tetapi dikenali
sebgai Gerutu apabila dieksport.

1.62 Jenis-jenis kayu


Kayu Meranti dikelaskan kepada dua iaitu Meranti Merah Muda dan Meranti Merah Tua.
Meranti Merah Tua berkualiti baik , berat purata 710 kg/m3 dan kandungan lembapan 15%
manakala Meranti Merah Muda mempunyai berat purata 545 kg/m3 dan kandungan
lembapan sebanyak 15%.

7
HBLS 3103
ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
NOR BAHIYAH BINTI MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982
___________________________________________________________________________________________________
1.63 Foto

Pintu berpanel kayu Serat Kayu Meranti

1.7 Kebaikan dan kekurangan kayu


Kebaikan kayu di dalam pembinaan ialah :
a. Nisbah Kekuatan Berat yang tinggi
b. Senang dipotong, diratakan, dipaku dan diskru
c. Rupa dan Kemasan yang cantik
d. Kealiran haba dan elektrik yang rendah
e. Ketahanlasakan yang tinggi
f. Kos berpatutan dan mudah diperolehi
g. Sesuai untuk semua kegunaan

Keburukan kayu ialah :


a. Mudah terbakar
b. Pengecutan
c. Mudah diserang oleh serangga perosak

8
HBLS 3103
ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
NOR BAHIYAH BINTI MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982
___________________________________________________________________________________________________
(b) i. Dapatkan maklumat berbentuk gambar foto atau gambar rajah serta kenal pasti
beberapa jenis-jenis tanggam yang sesuai digunakan di bahagian berikut:
1. Lantai
2. Pemidang Pintu Dan Tingkap
3. Daun Pintu Berpanel Kayu

2.0 Definisi Tanggam


Tanggam kayu adalah bahagian yang digunakan untuk mencantum atau menyambung
struktur kayu atau papan. Cara penyambungan yang cekap harus dititikberatkan supaya
mempunyai nilai kekuatan yang sama dengan kekuatan yang padu. Penggunaan tanggam
kayu dapat memberi altenatif yang baik dalam mempelbagaikan penggunaan struktur
tanggam sesuatu pembinaan. Antara kebaikan penggunaan tanggam ialah:
a) Dapat menjimatkan struktur binaan yang ringan
b) Dapat menjimatkan kos dan bahan
c) Dapat mengekalkan sifat-sifat kecantikan
d) Dapat menyambung struktur kayu
e) Menambahkan kekukuhan binaan

2.1 Jenis-Jenis Tanggam


Tanggam yang digunakan dalam pembinaan bangunan dan pertukangan kayu boleh
dikimpulkan kepada empat jenis iaitu:
a) Tanggam Melebar
b) Tangam Siku
c) Tanggam Pemidang
d) Tanggam Memanjang

2.31 Lantai

Tanggam yang sesuai untuk membina lantai rumah rehat ini ialah Tanggam Melebar dari
jenis Tanggam Lidah dan Lurah. Pada tiap-tiap keping papan dibuat lidah di satu tepi dan

9
HBLS 3103
ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
NOR BAHIYAH BINTI MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982
___________________________________________________________________________________________________
lurah di tepi yang lain. Ia dipasang dengan diapit dan dipaku serong bagi papan lantai dan
pelapisan dinding. Ia boleh diglukan bagi memastikan ianya tetap dan teguh.

Tanggam Lidah dan Lurah

Tanggam Lidah dan Lurah

2.32 Pemidang Pintu Dan Tingkap


Bagi membina pemidang pintu Tanggam lubang dan puting berbahu rendah sesuai
digunakan.

Tanggam Puting dan Lubang Berbahu Rendah

10
HBLS 3103
ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
NOR BAHIYAH BINTI MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982
___________________________________________________________________________________________________

2.33 Daun Pintu Berpanel Kayu


Tanggam yang sesuai untuk daun Pintu berpanel kayu ialah Tanggam Lubang Puting
Berjanjang.

Daun Pintu Berpanel Kayu Tanggam Lubang Puting Berjanjang

Gambar Daun Pintu Berpanel Kayu yang masih dalam pembinaan.

11
HBLS 3103
ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
NOR BAHIYAH BINTI MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982
___________________________________________________________________________________________________

ii. Terangkan dengan berbantukan gambarajah bagaimana prosedur


pembinaan/pembuatan tanggam lubang dan puting berjanjang yang digunakan untuk
menyambung pemidang atas yang terdapat di bahagian atas daun pintu.

3.0 Definisi Tanggam Lubang Dan Puting Berjanjang


Tanggam ini digunakan apabila pemidang lintang bertemu dengan pemidang tegak pada
hujungnya seperti pada kaki meja atau kerusi.Ukuran panjang janjang ini sama dengan
tebal puting. Fungsi janjang ini ialah untuk mengelakkan pemidang lintang daripada beralih
kedudukannya atau berpiuh jika pemidang tegak mengecut. Tanggam lubang dan puting ini
amat bersesuaian digunakan untuk menyambung pemidang atas yang terdapat di bahagian
atas daun pintu.

Tanggam Lubang dan Puting Berjanjang

3.1 Prosedur Pembinaan/Pembuatan


Prosedur pembinaan tanggam lubang dan puting berjanjang

ALATAN
Pita pengukur keluli, sesiku L, tolok penanda, pensel tukang, gergaji uting, pahat
pelubang, gandin, ragum meja.

BAHAN
Kayu ( 22mm x 44 mm x 180 mm) dan kayu penetap

12
HBLS 3103
ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
NOR BAHIYAH BINTI MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982
___________________________________________________________________________________________________

Prosedur Kerja

Langkah 1:

Tandakan dengan tolok penanda tebal lubang. Pastikan ketebalan lubang dan puting adalah
1/3 tebal kayu dan puting adalah sama. Kedudukan perlulah sama .Panjang bagi lubang dan
puting juga perlulah sama.

Langkah 2:

Gergajikan bahagian yang ditandakan mengikut ukuran yang ditetapkan. Gergaji bahu
puting dan rautkan permukaan dengan rata.

13
HBLS 3103
ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
NOR BAHIYAH BINTI MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982
___________________________________________________________________________________________________

Langkah 3:

Gunakan pahat bagi melicinkan lubang tersebut.

Langkah 4:

Proses yang seterusnya adalah membuat puting.Ukuran ketebalan ketebalan kayu setiap
bahagian puting hendaklah 1/3 bahagian kayu.Potongkan bahagian luar puting dan
tinggalkan bahagian tengah puting. Gunakan gergaji putting untuk mengergaji bahagian
puting.

14
HBLS 3103
ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
NOR BAHIYAH BINTI MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982
___________________________________________________________________________________________________

Langkah 5:

Setelah siap kedua-dua puting dna lubang,cantumkan puting dan lubang . Ujian bahagian
puting dan lubang tersebut dengan sesiku L. Ini memastikan agar puting dua lubang itu
sesuai.

Langkah 6:

Apabila cantuman lubang dan putting tersebut bersudut tepat bermakna pembinaan
tanggam ini siap.

15
HBLS 3103
ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
NOR BAHIYAH BINTI MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982
___________________________________________________________________________________________________

SOALAN 2

2. i. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman anda huraikan dengan berbantukan


gambar rajah sistem bekalan air secara tak terus ke rumah rehat tersebut.

JAWAPAN SOALAN 2
4.0 Definisi Sistem bekalan air
Terdapat dua sistem bekalan air sejuk ke rumah-rumah masa kini ialah:
1) Sistem tidak terus
2) Sistem terus
Rajah di bawah menerangkan kedua sistem ini:

:
4.1 Gambar rajah Sistem Bekalan air

Jangan lupa lukis PAIP SAMBUNGAN!! MACAM CONTOH ATAS NI..

16
HBLS 3103
ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
NOR BAHIYAH BINTI MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982
___________________________________________________________________________________________________

ii. Nyatakan secara ringkas dengan berbantukan gambarajah langkah-langkah


pemasangan tangki simpanan air. Dapatkan maklumat dari pihak berwajib bagi
penentuan tangki air simpanan supaya pelan rumah rehat mendapat kelulusan.

5.0 Tangki Simpanan Air


Tangki Simpanan Air berfungsi untuk menjamin bekalan air bagi sekurang-kurangnya
sehari jika paip utama tidak membekalkan air.Biasanya, tangki simpanan air diperbuat
daripada kepingan besi galvanic, gentian kaca dan poli.Jenis paip ialah paip besi bergalvani
(BG), paip PVC (polyvinyl chloride) dan paip poli.

5.1 Langkah-Langkah Pemasangan


Perkara yang perlu dipertimbangkan sebagai langkah pemasangan Tangki Simpanan Air
ialah:
1) memastikan berkehendakkan ruang / tempat dan bahan penyokong yang mencukupi.
2) tangki air mudah menjadi kotor lebih-lebih lagi jika tidak ditutup.

17
HBLS 3103
ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
NOR BAHIYAH BINTI MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982
___________________________________________________________________________________________________

5.2 Maklumat Dari Pihak Berwajib Supaya Rumah Rehat Mendapat Kelulusan
Menurut e-garispanduan yang dikeluarkan oleh Majlis Pebandaran Seberang Perai(MPSP):

a. Keperluan tangki simpanan air adalah tertakluk kepada keperluan Jabatan Bekalan
Air peringkat negeri atau daerah yang berkaitan. Sekiranya sebuah tangki air simpanan
junjung diperlukan tangki tersebut hendaklah direkabentuk dengan muatan tidak kurang
daripada bekalan satu hari. Bagi tujuan ini bilangan penghuni bagi setiap unit kediaman
hendaklah dikira sebagai 5.0 orang danpenggunaan air per kapita hendaklah 50 gelen
sehari.;

b. Tangki simpanan air junjung yang digunakan hendaklah daripada jenis panel Plastik
Bertetulang Gentian (FRP panel), konkrit bertetulang permaglas atau aluminium dengan
ketinggian yang mencukupi.

Perkara yang dinyatakan tadi amat perlu diambil berat untuk memastikan pelan rumah
rehat diluluskan oleh pihak berwajib.

18
HBLS 3103
ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL
NOR BAHIYAH BINTI MOHAMAD RAFIDI
710403-08-5982
___________________________________________________________________________________________________

RUJUKAN:

Anuar M. Lela, Amran Hussein, & Nawawi Mohd Jan. (2005). Bahan binaan Tingkatan 4
dan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Heyne, K. 1987. Tumbuhan Berguna Indonesia. Jilid III (Terj.) Yayasan Sarana Wanajaya,
Jakarta. Pp.1287.

Sasper Lewis, & Floyd Vogt. (2000). Carpentry (3rd ed.). USA: Doug Holman, Contributor

Tan Boon Tong. (1992). Teknologi binaan bangunan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Pustaka.

Wagner, W. H. (1980). Modern woodworking. USA: The Soodheart-Wilcox Company,


Inc.

19
HBLS 3103
ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL

You might also like