Keunikan Seni Seramik Islam Perkataan seramik diambil dari perkataan bahasa Inggeris ( ceramic ) berasal dari Yunani

, dan secara harafiahnya merujuk kepada semua bentuk tanah liat. Bagaimanapun, penggunaan istilah moden meluaskan penggunaannya untuk merangkumi bahan bukan logam bukan organik. Sehingga tahun 1950an, yang paling penting adalah tanah liat traditional, yang dijadikan barangan tembikar ( pottery ), batu bata, tile, dan seumpamanya, bersama dengan simen dan kaca. Kraf tradisional dijelaskan dalam rencana tembikar. Secara sejarah, barangan seramik adalah keras, poros, dan mudah pecah. Kajian mengenai seramik sebahagian besarnya bertujuan untuk mengurangkan masalah tersebut, dan meningkatkan kekuatan bahan seramik di samping dapat meneliti serta menilai keaslian dan keunikan seramik tersebut. Zaman Awal Islam Zaman Kerajaan Umayyah Zaman Kerajaan Abbasiyah Zaman Kerajaan Fathimiyah Zaman Kerajaan Seljuk Zaman Kerajaan Mamluk Zaman Pemerintahan Andalus Zaman Pemerintahan Utmaniyyah Zaman Pemerintahan Mughal Alam Melayu (nusantara) Kesenian Seramik Pada Zaman Awal Islam (Abad ke 2 – abad ke 8) Awal abad ke 7, tentera arab Islam, telah menemui seni tembikar yang mempunyai teknik kemahiran dan kesenian tradisi tersendiri pada beberapa tahun yang sudah. Mereka menemui tembikar yang mempunyai sentuhan halus dan bersinar-sinar, licin berkilat dan berwarna yang diperkenalkan di Mesir ketika awal kurun ke-4. Tembikar pada zaman ini

mempunyai ciri-ciri keunikan tersendiri yang mana terdapat batu permata biru yang diadun dengan serbuk kelabu yang licin kemudiannya dibentuk kuarza. Kaedah ini akhirnya tersebar ke pelusuk negara yang berdekatan seperti Parsi Iran. Tembikar ini juga dikenali sebagai ”Tembikar Mesir”. Hal ini dapat dibuktikan melalui kaedah penemuan cari gali di kawasan masyarakat Parsi bahagian Dura Eropah di persisiran Sungai Tigris dan beberapa bahagian empayar Mesir pada zaman tersebut.

Jar Monochrome Glazed, telah wujud pada abad ke-2 hingga tiga ke-3.Tembikar pemegang ini Mempunyai dengan

bermotifkan corak bertali.

Amphora Monochrome Glazed. Merupakan bekas penyimpan bahan cecair. Dipercayai mempunyai penutup bekas, malangnya tidak ditemui kerana ahli arkeologi hanya menemui serpihan penutupnya sahaja. Dipercayai wujud pada abad ke-2 hingga ke-3. Terdapat juga pemegang tembikar dan disekelilingya juga terdapat corak bertali.

Amphora Monochrome Glazed Tembikar ini berwarna hijau gelap dan bersinar yang wujud pada abad ke-3 dan ke-4 Ditemui di Syria dan Iran pada awal pemerintahan Sasanian. Keunikan yang terdapat pada tembikar ini ialah tembikar ini mempuyai ukiran seperti tabir pada bahagian atas dan mempunyai dua garisan pada badan tembikar tersebut.

Kesenian Seramik Pada Zaman Pemerintahan Kerajaan Umayyah Sehingga kini, maklumat mengenai kesenian seramik pada zaman Umayyah adalah sangat terhad. Hal ini kerana pengeluaran tembikar pada zaman tersebut tidak seperti pengeluaran pada zaman sebelum mahupun selepasnya. Walau bagaimanapun, para arkeologi mendapati seni seramik pada zaman Umayyah adalah legap dan tidak bersinar. Namun ada juga ditemui beberapa tembikar membuktikan kewujudan tembikar yang bersinar pada zaman Umayyah.

Jar Monochrome Glazed telah wujud pada abad ke-7 hingga ke-8 pada era zaman pemerintahan Umayyah. Terdapat empat pemegang pada tembikar dan mempunyai corak yang ringkas. Tembikar ini juga berkilat namun kurang menyerlah berbanding dengan tembikar yang dihasilkan pada zaman sebelum mahupun selepasnya.

Jar

berwarna

biru

ini

ialah

Bottled

Yellowish – White earthen merupakan bekas penyimpan cecair dan berwarna kekuningan ini juga dipercayai telah wujud pada zaman pemerintahan Umayyah.

Pitcher

Monochrome

Glazed

ini

dipercayai telah wujud pada zaman pemerintahan Umayyah pada aabad ke-7 hingga ke-8. Bekas air ini juga ditemui di Iran atau Iraq.

Pilgrim

Flask

Monochrome

Glazed,

ditemui di Iran atau Syria dan wujud pada zaman pemerintahan Umayyah. Dan wujud pada abad ke-7 hingga ke-8. Digunakan untuk menyimpan air oleh para jemaah haji. Terdapat juga ukiran sentuhan halus di badan bekas air tersebut.

Bowl Monochrome Glazed With Carved Decoration merupakan mangkuk leper yang mempunyai ukiran di sekelilingnya. Dikatakan wujud pada zaman pemerintahan Umayyah pada abad ke-7 hingga ke-8.

Small

Bowl

With

Carved

Decoration And Coated With A Green Lead Glazed. Juga terdapat ukiran daun-daun yang berwarna hijau di sekeliling mangkuk kecil tersebut. Selain itu mangkuk ini juga telah dihasilkan pada abad ke-7 hingg ke-8 pada zaman pemerintahan Umayyah.

Selain mangkuk leper, mangkuk kecil dan bekas air terdapat juga rekaan lampu yang cukup menarik pada zaman dinasti Umayyah ini. Antaranya pelita Unglazed Pottery Lamp With Moulded Decoration yang ditemui di Syria dan Byzantine pada abad ke-5 hingga ke7.Rekaan unik ini mempunyai 3 lubang sumbu untuk nyalaan api. Juga terdapat ukiran yang menarik di sekeliling pelita ini.

Unglazed Moulded salah digunakan satu

Pottery Decoration pelita pada

Lamp yang

With juga dinasti

merupakan

pemerintahan Umayyah pada abad ke-7 hingga ke-8. Terdapat sedikit kemajuan dari segi rekaan bentuk. Dipercayai dihasilkan di Syria atau Mesir.

Kesenian Seramik Pada Zaman Pemerintahan Kerajaan Abbasiyah Kesenian seni seramik mahupun tembikar telah melibatkan beberapa buah negara pada masa pemerintahan kerajaan Abbasiyah iaitu di Iran, Iraq dan Aia Tengah pada awal abad ke-9 hingga awal abad ke-11. Apa yang menarik, rekaan bentuk seni seramik pada masa ini merupakan rekaan yang lebih unik dan indah telah dihasilkan. Ciri-ciri yang membezakan seni seramik pada masa ini dengan sebelumnya ialah terdiri dari objek legap kuning dan putih bersinar. Mereka juga memperkenalkan ukiran yang berkilat di atas seramik. Selain itu, ukiran-ukiran yang dihasilkan juga mengaitkan dengan kepercayaan keagamaan di atas seramik tersebut. Seni seramik pada zaman ini juga terdapat unsur-unsur mahupun pengaruh dari China kerana adanya corak yang bermotifkan tompokan atau percikan di atas seramik yang dihasilkan. Kemajuan dari aspek kesenian seni seramik pada pemerintahan Umayyah ini terbukti apabila terdapatnya beberapa teknik mahupun skill yang mengkelaskan jenis seramik yang dihasilkan. Antaranya ialah: Nishapur Polychrome Wares Black On White Wares Polychrome On White Wares Wares With a Coloured Ground Slip Yellow-Staining Black Wares Wares Imitating Luster

Nishapur Polychrome Wares merupakan seramik yang terdapat ketika pemerinathan Zaman Abbasiyah. Pinggan ini mempunyai lukisan bermotifkan pahlawan atau pemimpin yang berani pada zaman tersebut. Wujud pada abad ke-9 hingga awal abad ke-11. Ciriciri yang ada pada seramik pada masa ini juga, objek dikatakan merupakan objek legap dan bersinar.

Large Bowl Slip Painted With Coloured Ground Slip. Juga dihasilkan pada abad ke10 hingga ke-11 dengan bercirikan ukiran corak daun dan juga bunga di dalam mangkuk tersebut. Mempunyai warna merah tomato di sekeliling mangkuk ini.

Dikelaskan di dalam ketegori Wares With a Coloured Ground Slip. Tembikar ini digelar sebagai Ewer, Lead Glazed Relief Ware

yang telah dihasilkan pada abad ke-9 di Iraq pada awal pemerintahan kerajaan Abbasiyah. Bekas air ini mempunyai ukiran bunga dan terdapat juga beberapa garisan yang mengelilingi bekas air ini.

Bowl Opaque With Glazed dikelaskan dalam kumpulan Black On White Wares. Ciri yang menarik terdapat pada seramik ini ialah, tulisan khat Kufi berwarna hitam telah ditulis di atas bekas yang berwarna putih. Selain itu objek legap ini kelihatan berkilat dan bersinar. Seramik kelas ini dihasilkan pada abad ke-10 di Iran atau Nishapur di bawah pemerintahan Abbasiyah.

Black On White Wares jelas dapat dilihat dengan adanya khat Kufi menghiasi jug tersebut.

Bowl Opaque With Glazed Ware With Cobalt Blue Decoration and Kufic Inscription. Dihasilkan pada abad ke-9 di Iran .Terdapat kaligrafi di atas seramik berwarna biru.

Large Bowl Slip Painted Ware With Coloured Ground Slip Decorated With Manganese Bands And Yellow Flower And Leaves. Diketegorikan sebagai Yellow Stained Black

Ware kerana Wilkinson adalah orang pertama yang menemui jenis ini. Ini kerana terdapat permukaan berkilat yang berwarna hitam dan kuning terang. Seterusnya juga terdapat Khat Kufi yang digabungkan dengan titik-titik dan juga bermotifkan burung terbang.

Selain terdapat

itu, pada

dikatakan zaman Abbasiyah

pemerintahan

dari abad ke-9 hingga ke-11.

Diantara beberapa jenis seramik yang bermotifkan khat kufi dan burung .

Bowl Slip Painted Ware With Coloured Decorated Leaves. Ground With Slip Manganese

Bands And Yellow Flower And

Kesenian Seramik Pada Zaman Pemerintahan Kerajaan Fathimiyah Kesenian seni seramik pada zaman ini menggunakan teknik warna serta ukiran yang berkilat. Muncul pada di Mesir pada kurun ke-9 dan telah berkembang pada zaman pemrintahan di bawah kerajaan Fathimiyah. Terdapat juga unsur-unsur dari Negara China dan diadaptasi ke dalam teknik seni ukiran seramik pada ketika itu yang bermula pada akhir abad ke-10 hingga abad ke-12. Tembikar dengan ukiran yang bersinar dihasilkan dengan meluas pada abad ke-11 dan ke-12. Buktinya, mereka menemui banyak tembikar di Fustat. Pada ketika ini, seni seramik yang dihasilkan banyak menjurus kepada motif ikon wanita, haiwan, tulisan serta ukiran yang timbul malah rekaan baru juga dapat dikenalpasti. Terdapat lukisan gambar wanita berbangsa cina dan juga ukiran dota (tompokan) di atas seramik tersebut.

Ukiran haiwan iaitu burung yang timbul pada permukaan jag tersebut.

Tembikar ini pada asalnya berwarna hijau gelap, tetapi ianya telah dibakar di atas tempat pembakar tembikar. Hasilnya, tembikar ini hampir keseluruhannya bertukar warna menjadi warna hitam berkilat. Selain warna hitam berkilat, terdapat juga ukiran wanita di sekeliling tembikar tersebut.

Ukiran atau permukaan hiasan selain pemegang.

tebukan atas

dibuat

pada sebagai empat

tembikar

mempunyai

Terdapat corak daun di atas permukaan mempunyai tembikar. warna biru Selain yang

berkilat. Tembikar ini terdapat di Mesir pada abad ke-12.

Objek ini merupakan lampu pelita yang menggunakan minyak tanah yang digunakan pada zaman pemerintahan Fathimiyah.

Kesenian Seramik Pada Zaman Pemerintahan Kerajaan Seljuk Masyarakat pada masa ini menggunakan kaedah ’Seljuk White Ware’. Mangkuk ini dinamakan Fragmentary, Ware Heads. Lobed Seljuk With Bowl, White Moulded ini

Decoration Showing, Human Mangkuk dihasilkan pada abad ke-12 dan dikeluarkan di Iran atau Kashan .

Pedestal Bowl, Coated With a Green Glazed With Moulded an Applique Decoration terdapat di Iran pada abad ke-12 di bawah pemerintahan Kerajaan Seljuk. Terdapat ukiran muka panglima ataupun pemimpin di bahagian tengah mangkuk. Kelihatan seperti muka panglima berbangsa Cina.

Ewer Coated With a Dark Cobalt, Blue Glazed With Moulded Decoration. Terdapat ukiran gambar wanita atau ratu di sekeliling tembikar tersebut. Tembikar berwarna biru ini diperbuat daripada batu permata biru dan berkilat. Dihasilkan pada zaman pemerintahan Seljuk pada abad ke-12 di Iran.

Semasa pemerintahan Kerajaan Seljuk, selain daripada menghasilkan tembikar sebagai bekas penyimpan mereka juga ada menghasilkan arca dekorasi bagi menghias kediaman mahupun istana. Arca yang dihasilkan adalah berbentuk haiwan yang bergabung dengan jisim manusia.

Pada mereka

masa

pemerintahan juga

Seljuk,

berkeupayaan

menghasilkan tembikar yang bersaiz besar. Large Jar Moulded And Painted Deco, With Brownish Green Lustre In The Monumental Style. Tembikar yang bersaiz besar ini dikeluarkan oleh Iran dan Kashan pada abad ke-13.

Large Tray Luster Painted Decorated with a Seated Monarch, Surrounded by Attendants. Dulang besar ini mempunyai corak lukisan bermotifkan maharaja berketurunan Cina dengan dikelilingi dayang-dayang Istana. Selain itu di sekeliling dulang juga ada ukiran corak. Wujud pada abad ke-13 di Iran.

Masyarakat Seljuk juga telah mencapai kemajuan dalam bidang kesenian tembikar dengan menggabungkan beberapa ciri-ciri penting alam semulajadi iaitu dengan adanya corak bermotifkan burung, haiwan, tumbuhan dan inskripsi atau kalligrafi. Jug Luster Painted Birds, Animals and Inscriptions terdapat di Iran pada abad ke-13.

Kesenian Seramik Pada Zaman Pemerintahan Kerajaan Mamluk Kemajuan seni kemahiran membuat tembikar pada zaman pemerintahan kerajaan Mamluk juga membanggakan. Ini kerana, masyarakat pada masa ini bukan sahaja mampu menghasilkan tembikar mahupun lampu pelita malah mereka juga telah menghasilkan jubin dinding dan jubin lantai. Selain itu, negara yang menjadi penyumbang pada kesenian tersebut ialah Syria dan Damsyik pada abad ke-15.

Corak jubin yang menjadi kegemaran mereka pada masa itu ialah berunsurkan tumbuhtumbuhan dan bunga-bungaan. Panel of nine tiles painted in black blue turquoise and green under clear glaze terdapat di Syria atau Damsyik pada abad ke-15.

Jar blue and white ini terdapat di Syria pada zaman dinasti Mamluk, rekaan

corak terbaru dapat dikenal pasti selain tembikar juga mempunyai sentuhan halus dalam corak yang dihasilkan.

Pedestal bowl, fragmentary, Mamluk Sgraffiato, decorated with a six lobed flower and a star ini terdapat di Mesir pada abad ke-14 hingga ke-15.

Kesenian Seramik Di Andalus Seni seramik di Andalus bermula dari abad ke-15 hingga abad ke-18. Tidak banyak diceritakan namun masyarakat pada masa itu telah mencapai tahap kesenian yang begitu membanggakan.

Bowl luster painted showing a flying bird. Mengekalkan ciriciri haiwan iaitu burung yang terbang dan berkilat. Terdapat pada abad ke-17 hingga ke-18 di Andalus.

Albarello painted in luster and cobalt blue, hampir menyamai tembikar yang dihasilkan pada zaman kerajaan Seljuk. Namun apa yang membezakan ciri tersebut ialah tembikar yang menyerupai tajau ini dihasilkan daripada bahan kimia (logam) ke-15. yang berwarna biru dan berkilat.Dihasilkan di Andalus pada abad

Kesenian

Seramik

Pada

Zaman

Pemerintahan Uthmaniyyah Rekaan seni seramik pada zaman pemerintahan Uthmaniyyah mempunyai ciri-ciri dan paduan warna yang luar biasa. Ini kerana rekaan yang mereka telah hasilkan pada zaman

tersebut adalah hampir menyerupai ciri dan rekaan yang ada pada hari ini. Kesenian seramik pada masa ini meliputi Turki pada abad ke-16 hingga ke-19.

Dish Painted in Polychrome, Turkey . Dilukis dengan corak yang mempunyai warna gabungan dengan pelbagai

bermotifkan daun atau pokok debagai dekorasi. Telah wujud pada abad ke-16 di Iznik.

Large Dish Painted in Blue a Green

Panel of a Iznik Tiles Painted in Polychrome with Hatay motifs and Saz Leaves, Turkey. Jubin ini bermotifkan bunga yang mempunyai variasi warna yang terang. Dihasilkan pada abad ke-16 fi Iznik.

Flask, Polychrome Painted di Turkey atau Kutahya pada abad ke-18.

Seramik berbentuk jubin yang wujud pada zaman pemerintahan Mughal, India.

Selain daripada tembikar, seni ukiran seramik juga diaplikasikan dalam bentuk jubin untuk menghiasi keindahan istana pada era pemerintahan Mughal di India. Salah satu daripadanya ialah, sekeping jubin yang bermotifkan dedaun dan bungaan yang halus. Jubin yang ditemui ini mempunyai ketinggian 20.8 cm dan lebar 17.5 cm. seramik pada zaman ini mempunyai pengaruh daripada zaman Uthmaniyyah. Jubin ini dicat dalam bentuk berkilau yang mewah dengan warna orange, hijau, ungu biru dan sedikit warna biru dan kuning. Jubin daripada kerajaan Mughal sangat jarang ditemui. Jubin jenis yang sama boleh ditemui di makam Qutbuddin Baktiyar Kaki di Mahrauli dekat Delhi. Ianya telah dipasang semasa pemerintahan Shah Jahan yang sukakan motif bunga-bungaan.

Seramik Islam yang berwarna biru dan putih yang jarang ditemui menampilkan pengaruh China yang kuat dari Dinasti Ming dalam kerajaan Mughal pada abad ke-17 dan abad ke18. Antara ciri-cirinya ialah tembikar yang berbentuk bulat, mempunyai muncung, dicat dengan warna biru yang bersinar serta bermotifkan bunga dan dedaun, mempunyai pemegang yang sangat menarik berbentuk haiwan. Ketinggian tembikar ini ialah 12 ½ inci (31.8cm).

Kesenian Seramik di Nusantara. Labu Sayong adalah nama yang sinonim dengan bekas tembikar yang boleh digunakan untuk menyimpan air bagi kegunaan minuman. Secara tidak langsung, ianya juga merupakan salah satu kesenian seramik yang terdapat di Nusantara. Ia terbahagi kepada saiz, warna pembakaran, jenis atau bentuk serta samada kegunaan perhiasan atau tujuan minuman. Ramai di kalangan kita beranggapan bahawa 'Labu Sayong' semata-mata untuk tujuan minuman. Anggapan ini adalah salah dan tidak lagi relevan dengan zaman semasa. Kini Labu Sayong telah dikomersialkan sebagai produk perhiasan selain untuk tujuan minuman. Berbagai-bagai kegunaan yang direka mengikut cita-rasa pengguna. Antaranya Lampu Tidur, seni taman air terjun, hiasan pejabat dan banyak lagi. Justeru, perlu diingat mana-mana 'Labu Sayong Untuk Tujuan Hiasan' bukannya boleh dibuat bekas menyimpan air minuman. Pilihan perhiasan atau untuk kegunaan bekas minuman. Dalam hal ini, Labu Sayong untuk kegunaan bekas minuman terbahagi kepada dua iaitu Bakar Hitam dan Bakar Merah. Bakar Hitam bermakna sebarang bentuk Labu Sayong bagi kegunaan bekas minuman akan dimasukkan ke dalam sekam padi pada masa masih panas setelah dipastikan telah cukup masak. Lihat jujukan proses pembakaran dengan sekam padi. Berikut gambar-gambar Labu Sayong dalam pelbagai bentuk yang dibakar secara Hitam.

Bakar Merah pula bermakna sebarang bentuk Labu Sayong bagi kegunaan bekas minuman akan dibakar sampai masak dan dibiarkan sejuk dalam dapur pembakaran tanpa dimasukkan ke dalam sekam padi. Maka sekam padi tidak diperlukan bagi teknik Bakar Merah.Pengguna boleh dapatkannya dalam bentuk 'merah kosong' atau ditambah nilai dengan pelbagai perwarna yang dibenarkan yang dihias pada permukaan Labu Sayong. Lihat jujukan proses pembakaran tanpa sekam padi iaitu teknik Bakar Merah. Berikut gambar-gambar Labu Sayong dalam pelbagai bentuk yang dibakar merah.

Perhiasan semata-mata- Dalam hal ini, Sebarang Labu Sayong untuk kegunaan bekas minuman boleh juga dijadikan sebagai produk perhiasan bergantung citarasa pengguna dan kreativiti pengusaha dalam pelbagai bentuk dan saiz. Namun, jumlah yang dikategorikan sebagai produk perhiasan adalah terhad. Antaranya, Labu Kecil Perhiasan dan sebarang bentuk Labu Sayong yang ditambah warna cat dipermukaannya.

Seramik di kepulauan Indonesia Dibawah ini merupakan beberapa artifak seramik yang dijumpai di beberapa kepulauan Indonesia, yang menampilkan keunikannya yang tersendiri. Antara bentuk seramik yang ditemui seperti seramik senduk, tembikar dan porselin.

Seramik Sendok Naga dengan email hijau tipis buatan zaman Dinasti ditemukan di Kalbar Han, yang

Tembikar

berkuping

dua

Dinasti

Han,

ditemukan di Pendagri, pantai timur Sumatra.

Seramik berlukiskan naga dan Phoenix di Singkawang, Kalimantan Barat Porselen Tiongkok masa silam di Muzium Jakarta.

KESIMPULAN

Penghasilan seramik telah bermula sejak dari zaman pra awal Islam. Namun begitu seramik pada zaman tersebut hanya digunakan sebagai perkakas penting semata-mata. Apabila peredaran zaman, penghasilan seramik telah berubah mengikut citarasa dan keprcayaan pada zaman masing-masing. Keunikan seramik tidak dinafikan kerana sentuhan halus yang terdapat padanya membuktikan bahawa ketamadunan dan pemikiran manusia semakin berkembang dari semasa ke semasa.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful