Kerajaan ‘Uthmaniyya h II

Liputan Kuliah
 Pengasasan

dawlah Uthmaniyah  Proses Perluasan Kuasa  Penaklukan Constantinople  Zaman kegemilangan  Kemerosotan Awal Dawlah Uthmaniyah  Usaha-usaha pemulihan dan pembaharuan

Pengasasan dawlah Uthmaniyah
 

 

Kuasa Islam yang muncul di Barat Laut Anatolia pada awal abad ke 14M Menurut orang-orang Uthmaniyah mereka berasal daripada keluarga Suleymaniah iaitu pembesar Turki yang berasal dari Mahan, Timur Laut Iran Keluarga ini melarikan diri dari serangan orang Mongol pada abad ke 13. Anak Suleyman, Ertughrul memimpin pengikut ayahnya ke Anatolia berkhidmat dengan Kerajaan Saljuk menentang Byzantin dan Mongol Ertughrul diganti oleh anaknya Uthman yang dianggap sebagai pengasas kerajaan Uthmaniyah

   

Kajian terkini menunjukkan dawlah ini diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul yang memimpin imarah Uthman di Selatan Anatolia. Sekitar tahun 1300M Uthman menguasai Eskishehir hingga ke Nicea(Iznik) Pada tahun 1326, Orkhan menawan Bursa dan dijadikan ibu negeri Penempatan penduduk, sistem pentadbiran dan pembangunan ketenteraan diadakan Orkhan meneruskan proses perluasan kuasa dengan menawan imarah Karasi pada tahun 1345 dan juga Gallipoli.

Proses perluasan kuasa

Seterusnya Murat (putera Orkhan) dapat menawan Adrianople dan dijadikan ibu negeri dengan nama Edirne Penguasaan Edirne memudahkan usaha kerajaan Uthmaniyah untuk bertapak ke Eropah Philipolis ditawan pada 1363, Macedonia 1371-87, Tengah Bulgaria 1382, Sofia 1385 dan Nis serta Serbia pada 1386. Manakala Kosovo pada 1389 Murat terbunuh dalam pertempuran di Kosovo dan digantikan oleh puteranya Bayazid I

 

Bayazid menyerapkan imarah-imarah Turkoman di Barat Anatolia ke dalam Uthmaniyah, menawan Bulgaria dan mengepung Constantinople. Beliau juga mengalahkan Hungary di Sungai Danube. Di atas kejayaan beliau, Khalifah Abbasiyah mengurniakan gelaran ‘Sultan’ Pada tahun 1397, Timur Lang (Mongol-Turki) menyerang kerajaan Uthmaniyah di Anatolia dalam pertempuran Ankara Bayazid dapat ditawan dan dikalahkan. Perebutan kuasa berlaku di antara anak Bayazid iaitu Suleyman, Mehmed, Musa dan Isa.

Penaklukan Constantinople

Sultan Mehmed II berusaha untuk menakluki Constantinople dgn mengepungnya selama 53 hari Pada 29 April 1453, Constantinople dapat ditawan kejayaan ini menjadi rekod penting dalam sejarah Uthmaniyah Bandar tersebut dinamakan Istanbul, dibangunkan semula dan dijadikan ibu negeri kerajaan Uthmaniyah Mehmed II digantikan oleh anaknya Bayazid II yang berusaha mengekalkan kekuasaan dawlah Uthmaniyah Seterusnya Sultan Selim I berkuasa yang disokong kuat oleh golongan devsirme

Zaman Kegemilangan dawlah Uthmaniyah

 

 

Sultan Selim I digantikan oleh anaknya Suleyman yang dikenali sebagai Suleyman The Magnificent atau Suleyman al-Qanuni (1520-1566) Dawlah Uthmaniyah mencapai zaman kegemilangannya Empayar Habsburg di Eropah dan Kerajaan Safawiyyah di sebelah Asia menggugat Uthmaniyah Perancis diberikan hak capitulations pada tahun 1536. Pengkalan tentera laut yang besar diwujudkan di Suez 1517 dan Basrah 1538 untuk menangkis ancaman Portugis dalam mengukuhkan perdagangan antarabangsa di Timur Tengah

Kemerosotan Awal dawlah Uthmaniyah

Bibit-bibit kemerosotan bermula sejak pemerintahan Sultan Suleyman al-Qanuni. Di antara faktor tersebut :Kekuasaan Sultan semakin berkurangan Pengaruh golongan devsirme Peranan harem Pertambahan penduduk

   

Usaha-usaha pemulihan dawlah Uthmaniyah

Usaha-usaha pemulihan dimulakan oleh Sultan Usman II pada abad ke 17 Walaupun program pemulihan tidak begitu berjaya tetapi masih mampu menguatkan tentera Uthmaniyah dalam menghadapi ancaman Eropah Abad ke 18 menyaksikan pelbagai perjanjian yang ditandatangani dengan Russia dan Austria ekoran dari peperangan yang berlaku dengan kuasa tersebut Kemerosotan Uthmaniyah membawa kepada usahausaha pembaharuan pada abad ke 19

Usaha-usaha pembaharuan mencapai kemuncaknya di bawah Sultan Selim III Beliau menubuhkan tentera baru iaitu Nizam al-Jadid dan kolej-kolej ketenteraan Pemberontakan dari wilayah yang menuntut kuasa autonomi, pendudukan Perancis di Mesir dan penentangan tentera janissari membantutkan pembaharuan oleh Selim III Perkembangan ilmu pengetahuan di kolej dan sekolah memberi ruang kepada pembaharuan yang dilakukan seterusnya pada abad ke 19M

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful