P. 1
SENI UKIR-present 27 02 08

SENI UKIR-present 27 02 08

4.84

|Views: 3,583|Likes:
Published by onemahmud
Sejarah mengenai seni ukir Islam.
Sejarah mengenai seni ukir Islam.

More info:

Published by: onemahmud on May 03, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

original

SENI UKIR

AHLI KUMPULAN: SURIANI BT AHMAD (A 106392) NOORLIYANA BT MARZUKI (A 106170) MUNIRAH ATIRAH BT ZAKARIAH(A 106052)

PENDAHULUAN
 Seni ukir Islam terdiri dari pelbagai cabang seperti seni bina, seni khat dan seni lukis.  Seni ukir berkembang seiring dengan seni-seni yang lain sehingga kini .  Ada pendapat mengatakan seni khat dan seni ukir tidak berbeza kerana kemahsyuran seni khat atau kaligrafi juga merupakan hasil kemajuan seni ukirnya .  Perkembangan seni ukirnya berjalan seiring dengan perkembangan seni-seni lain terutama seni bina Islam.  Ini kerana bangunan dan binaan-binaan tersebut biasanya dihiasi dengan ukiran yang bertujuan untuk mengindahkan dan menampakkan keunggulan.

SEJARAH KEMUNCULAN SENI UKIR ISLAM
 Seni ukir Islam memulai sejarah kemunculan di Tanah Arab diikuti Parsi, Turki, India dan negeri-negeri Tanah Melayu. Bangsa Arab merupakan bangsa yang mula-mula memeluk Islam dan kerana merekalah seni ukir bermula. Kehebatan mereka sebagai pengukir dan ahli pertukangan telah terbukti sejak sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi  Sebagai contohya, masyarakat Saba’ di Yaman sudah mempunyai ahli-ahli yang mahir dalam bidang ukiran dan pertukangan. Terdapat banyak bukti yang menunjukkan seni ukir dan seni bina sudah berkembang pada zaman tersebut menerusi peninggalan runtuhanruntuhan bangunan termasuk bangunan empayar Ma’rib. Antara yang ditemui ialah ukiran batu kaum Saba’ yang menunjukkan Puteri Saba’ iaitu Puteri Balqis. Turut ditemui ialah beberapa kesan pertukangan tangan seperti alat-alat rumah, kerusi, lampu dan sebagainya.

CIRI-CIRI SENI UKIR ISLAM
 Keindahan seni ukir Islam sebenarnya berdasarkan kepada ciri-ciri tersendiri dan unik. Seni ukir Islam mempunyai ciri yang berbeza dengan seni ukir bangsa lain.  Antara ciri seni ukir Islam ialah seni yang berpandukan kepada akidah dan akhlak.  Ukiran yang dihasilkan mengandungi nilai-nilai murni yang melambangkan akhlak ataupun ia berbentuk neutral yakni bebas dari nilai-nilai negatif.  Konsep penting dalam penghasilan seni ukir Islam kerana ia akan membangkitkan perasaan damai dan merendahkan diri ke hadrat Ilahi.

 Pengagungan dan perhiasan bukanlah matlamat sebenar bagi seni ukir Islam.  Namun dengan perkembangan bentuk penggunaan corak, warna dan rekabentuk yang diperbuat berdasarkan ajaran al-Quran.  Seni ukir Islam mestilah tertakluk kepada Syariat. Contohnya seni ukir Islam tidak boleh menyerupai unsurunsur haiwan dan manusia ataupun makhluk bernyawa.  Perkara ini berbeza dengan seni ukir Parsi yang banyak menghasilkan ukiran yang menyerupai haiwan dan manusia. Manakala ukiran pada tembikar dan gangsa turut bercampur aduk dengan motif-motif kaligrafi dan arabes.

KONSEP SENI UKIR
 Seni ukir Islam mempunyai nilai yang tinggi samada dalam susunan komposisi cara pengisian bidang yang dihias, ataupun dalam menyelaraskan motif-motif ukiran .  Pada umumnya pembahagian bidang itu diatur berdasarkan geometri yang bermotifkan seperti daun, akar, bunga, dan sebagainya. Oleh itu, dalam seni ukir Islam kelihatan paduan yang hormani antara rasa dan akal yang kelihatan pada ukiran kayu, batu, tembaga, besi dan sebagainya .  Seni ukir ini kerap terjalin dengan seni khat. Seni khat merupakan suatu keistimewaan seni ukir yang sering didapati menghiasi bangunan-bangunan Islam.  Oleh itu, seni ini bukan semata-mata untuk memenuhi kewujudan seni untuk seni atau sebagai pantulan dan jelmaan rasa indah sahaja. Namun ia juga memberi kesan lain yang lebih mendalam dan bererti iaitu kesan keindahan yang mendekatkan kepada peri manusia dan rasa ketuhanan.

 Justeru ukiran-ukiran dari pelbagai motif itu terjalin dengan keindahan ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis dan kata-kata hikmat yang dapat menambat hati dan perasaan manusia.  Seni ukir juga dinamakan seni pahat merangkumi apa sahaja yang dipahat atau yang di ukir, samada yang berbentuk patung-patung manusia, binatang atau apa sahaja yang sifatnya berlembaga, samada ukirannya pada dindingdinding rumah dan sebagainya

PERKEMBANGAN SENI UKIR ISLAM ZAMAN RASULULLAH DAN KHALIFAH AL-RASYIDIN  Pada zaman Rasulullah SAW, seni ukir Islam belum lagi mengalami perkembangan yang luas. Binaan yang ketara ialah dengan pembinaan masjid. Ia dibina dengan ringkas tanpa hiasan yang pelbagai. Kesenian Islam nampak ketara dari sudut seni bina dengan terbinanya Masjid Quba dan Masjid Nabawi  Zaman Khalifah al-Rasyidin telah menyaksikan masjidmasjid mula dihiasi dengan ayat-ayat al-Quran yang diukir indah. Ukiran yang dibuat bertujuan untuk mengambarkan dengan jelas paduan antara pembangunan fizikal dengan kerohanian serta ketakwaan yang tinggi.

 Seni khat, ukiran dan hiasan dalaman merupakan ciri baru yang di adun dengan ciri masjid yang dibina pada zaman Rasulllah pada zaman ini. Mimbar masjid telah diperkenalkan penggunaanya oleh Nabi Muhammad SAW. Masjid Nabawi di Madinah ditingkatkan kualitinya. Pada tahun 21 H, mimbar masjid mula diukir dengan seni khat yang cantik beserta ukiran yang berseni.

SENI UKIR ZAMAN UMAYYAH
 Pada zaman pemerintahan Bani Umayyah telah perkenalkan kubah yang merupakan salah satu ciri identiti seni bina Islam. Kubah diperkenalkan pada zaman pemerintahan Abdul Malik bin Marwan (6586H). Keindahan seni bina ini telah kian meningkat lagi apabila ukiran dan khat yang dapat menimbulkan keimanan kepada Allah SWT. Arca, maqsurah, dan bentuk-bentuk gambarajah yang indah turut diperkenalkan oleh seni bina Islam pada zaman Bani Umayyah.  Seni khat dan ukiran yang menakjubkan menjadi lebih indah dan berseri apabila dihiasi dengan kaca yang bertatahkan batu permata yang berkilauan dan lain-lain lagi. Ukiran seni khat begitu meluas pada masa itu yang mengukir ayat-ayat al-Quran di masjid. Di masjid sekalikali tidak diukir lukisan yang mempunyai bentuk seperti manusia, binatang dan sebagainya kerana ia bertentangan dengan nilai-nilai akidah Islam

 Banyak bukti yang menunjukkan seni ukir Islam mula menampakkan perkembangan secara meluas zaman Bani Umayyah. Pada zaman ini, seni ukir Islam berkembang maju untuk membentuk suatu identiti kesenian Islam yang tersendiri. Para khalifah Bani Umayyah berpendapat bahawa perlu bagi kerajaan untuk membina strukturstruktur dan binaan yang mewah bagi menunjukkan kehebatan mereka sebagai khalifah. Misalnya, Muawiyyah memindahkan pusat pentadbiran ke Damsyik dan beliau merasakan perlu untuk membina kediaman yang menunjukkan status sebagai khalifah. Oleh itu, beliau telah memerintah pembinaan istana yang diperbuat daripada batu-batu yang bermutu tinggi

 Selain itu, perkembangan bandar yang begitu pesat telah menarik ramai rakyat dari pelbagai keturunan dan agama untuk berhijrah ke kota Damsyik. Dengan itu berlaku pertembungan tamadun yang turut memberi kesan kepada penghasilan ukiran. Bangsa Arab banyak belajar dari kepakaran seni tukang dan ukiran batu dari negeri Syam, Parsi dan Mesir. Antara kepandaian yang dikuasai termasuk ukiran dinding berbentuk sarang labah-labah.  Antara contoh lain yang menunjukkan perkembangan seni ukir Islam pada zaman ini sepertimana terdapat pada binaan Masjid Suriah. Keseluruhan bentuk dan ciri masjid ini telah dihiasi dengan pelbagai bentuk ukiran yang indah dan ia terdiri daripada bahan-bahan yang mahal dan bermutu tinggi.

SENI UKIR ZAMAN ABBASIYAH
 Zaman Khalifah Abbasiyyah lebih luas sempadan berbanding Bani Umayyah. Pusat pemerintahan Khalifah Abbasiyyah iaitu Baghdad ternyata mengalami perkembangan yang pesat dan menjadi tumpuan pelbagai bangsa serta mengalami asilimisasi kebudayaan. Keadaan ini telah mencorakkan kemajuan dalam Daulah Abasiyyah  Ukiran bangsa Parsi kelihatan jelas pada binaan Istana alDhabab di Banghdad. Reka bentuk dan seni ukir Parsi ini di ambil dari orang Parsi yang tinggal di Baghdad. Istana ini kemudian dijadikan model seni ukir dan seni khat yang menghiasai bangunan istana samada bahagian dalam dan luar.

 Penghasilan seni ukir Islam pada zaman Daulah Umayyah banyak dihasilkan pada masjid-masjid, tetapi pada zaman Daulah Abasiyyah lebih ditumpukan kepada pembinaan Istana. Contohnya, semasa pemerintahan khalifah alJaafar telah membina istana al-Dhabab (Istana Emas) di Baghdad. Pada masa itu juga, istanaistana telah menjadi tempat berkembangnya seni ukir, seni khat , seni bina dan sebagainya. Jika dilihat bahawa seni ukir lebih luas pengaruhnya dan konsepnya kerana tidak terhad pada bangunan masjid sahaja.

 Pada zaman Daulah Abbasiyyah, jelas perkembangan seni ukir Islam telah sampai ke kemuncak iaitu apabila jajahan takluk menjadi luas dan serta berlaku asilimisasi kesenian antara kaum dan kawasan. Pada waktu itu juga, bentuk dan ukiran Islam menjadi lebih banyak dan bertambah indah. Kehalusan corak ukiran Islam begitu mengagumkan mata memandang. Aspek seni ukir Islam zaman Daulah Umayyah jelas lebih bersifat klasik berbanding pada zaman Daulah Abbasiyyah

SENI ARCA ROM
 Seni arca ini merupakan seni yang terawal yang dipengaruhi oleh orang Etruscan di Utara Rom dan orang penjajah Yunani di selatan.  Artis Yunani yang membawa gaya Hellenistik berkembang sepenuhnya ke Itali, terutamanya gaya Alexandria.  Potret yang topical ialah Potret Lucius Verus, iaitu Maharaja Rom dari 161-169M.  Pengarca Rom kerap mengabungkan kepala potret Rom dengan salinan patung dewa Yunani.  Mereka meniru dan mengubah patung Yunani yang terkenal secara bebas  Orang Rom mencipta banyak altar yang di ukir indah  Hiasan timbul pada keranda lebih bersifat Yunani daripada Rom segi gaya dan subjek. Banyak arca timbul melambangkan idea orang Rom dan Kristian tentang kematian .

Kesenian ukiran Islam zaman kerajaan Fatimiyyah

 Selama lebih kurang 240 tahun kerajaan Fatimiyyah memerintah Mesir dan negerinegeri sekitarnya yang meluas di Lautan Atlantik di barat dan Laut Merah di timur dengan seramai tiga belas orang khalifah yang memegang tampuk pemerintahan kerajaan berkenaan,

 terdapat begitu banyak kemajuan dan pembangunan negara ini yang dapat menandingi pencapaian kerajaan Abbasiyah di Baghdad dalam bidang ketenteraan, ekonomi, pelajaran, kesenian, dan lain-lain

 Dalam bidang kesenian ini kerajaan Fatimiyyah telah berjaya memajukan perusahaan tangan yang bernilai tinggi seperti bertenun, mengukir, dan menyulam dalam berbagai jenis. Antaranya tikar permaidani, pakaian, pelana kuda, dan lencana-lencana kebesaran dari logam.

 Khalifah pertama kerajaan Fatimiyyah di mesir iaitu Khalifah Muiz, pernah mendirikan sebuah kilang yang menjalankan perusahaan tenunan untuk pakaian para pegawai kerajaan yang akan digunakan ketika musim sejuk dan panas.

 Selain itu, di tempat tersebut juga dibuat kiswah ( kelambu ) Kaabah yang megah sekali. Pada kelambu tersebut, dilukis dua belas bulan sabit daripada emas. Ayat-ayat Al-Quran juga ditulis dengan zamrud yang berwarna biru, kemudian di bungai pula dengan permata-permata yang mahal harganya

 Disebabkan kekayaan yang melimpahlimpah, sejarah ada membuktikan terdapat satu zaman dalam pemerintahan kerajaan Fatimiyyah ini, dengan tertegaknya istanaistana yang tersergam indah, megah, cantik ukirannya sebagai lambang kesenian Islam pada waktu tersebut dan dapat dilihat hingga ke hari ini

Kesenian ukiran Islam zaman Umayyah di Andalus ( Sepanyol )

 Sejak pembukaan di Sepanyol sehingga tahun 976M, boleh dianggap sebagai tahap pembinaan tamadun Islam di Sepanyol. Dalam tempoh tersebut telah dibina masjid besar di Cordova

 Kecantikkan masjid cordova tidak dapat menandingi dengan masjid-masjid lain kecuali Masjidil Haram dan Masjid al-Aqsa. Pada bangunan ini terdapat kesenian Byzantine dan Rom Purba

 Mimbarnya diperbuat daripada gading dan kayu yang berharga serta diletakkan pakupaku emas. Dalamnya dihiasi seribu lampu. Terdapat arca di dalamnya yang berbentuk tapak kaki kuda dan bulat. Di pintu-pintu dan di bumbungnya terdapat banyak lukisan-lukisan geometri.

 Khalifah Abdul Rahman I, perkembangan seni tekstil, tembikar dan seramik berkembang pesat kerana diberi perlindungan, sokongan dan pengarahan dari khalifah.

 Pada tahun 832-848M, dibina beberapa anjung dan ruang yang mengadap kiblat masjid ini dihiasi dengan ukiran ayat-ayat al-Quran yang menarik dan cantik, seni binanya ditiru dari gaya klasik Rom. Pemerintah kedua yang telah memajukan kerajaan Islam ini ialah Abdul Rahman alAusat yang telah memerintah pada tahun 822M/206H.

 Dalam istana, telah diukirkan dengan bentuk dan corak yang begitu menarik menambahkan lagi kemegahan istana yang telah berdiri tersergam indah.  Pada zaman Abdul Rahman III,baginda mengambil inisiatif dengan mewujudkan setiap istana dengan nama tersendiri, sekeliling taman terdapat arca yang indah dan menarik, seni pahatnya berasal dari Rom dan percikan air yang berpancaran dengan pelbagai bentuk.

 Masjid besar di Cordova yang boleh memuatkan 100,000 orang dan mempunyai 1000 tiang telah dijadikan gereja dan sampai sekarang terkenal dengan nama Cathadal-Mosquita. Ukiran di dalamnya sangat cantik, orang-orang Sepanyol hari ini membiarkan ukiran dan tulisan ayat-ayat al-Quran dalam bangunan itu, di samping itu mereka telah mendirikan patung-patung dan lukisan tentang Nabi Isa dan pemimpin agama kristian yang lain.

PERKEMBANG AN SENI UKIR ZAMAN MUGHAL

Seni bina dalam Empayar Mughal adalah dibentuk dari gaya seni Parsi dan India. Seni bina Mughal mengandungi arca, kubah, menaramenara, indentur(surat perjanjian antara pekerja dan majikan dan dibuat dalam dua salinan), dan ukiran. Untuk menunjukkan kehebatan seni bina Mughal, kebanyakan bangunan-bangunan yang dibina adalah tinggi dan besar. Contoh seni bina Mughal yang masyhur adalah Taj Mahal, dibina oleh Shah Jahan, seorang raja Mughal. Hari ini, bangunan-bangunan India telah memiliki ciriciri yang serupa seperti seni bina Mughal.

LUKISAN DI MUGHAL
    Seni lukis di Mughal berkembang pesat sejak awal kemunculan islam di Timur. Lukisan-lukisan di Mughal banyak dipengaruhi oleh perkembangan lukisan semasa zaman Kerajaan Saljuk. Pelukis Mughal banyak melihat kepada manuskrip Manafi alHayawan untuk mencari idea dalam lukisan yang akan dihasilkan. Sekurang-kurangnya pada ketika itu terdapat tiga jenis gaya lukisan yang dihasilkan iaitu Gaya Tradisional Baghdad, Gaya Saljuk dan Gaya Ilkhanid. Ketiga-tiga gaya ini turut menberi pengaruh kepada lukisan yang dihasilkan di China. Lukisan Gaya Baghdad lebih bercorak atau bercirikan binatang dan patung

TAMPALAN
 Pada zaman ini, perkembangan seni bina cemerlang dalam kepelbagaian bangunanbangunannya. Seni ukiran secara tampalan berkembang pesat.  Sesuatu corak di ukiran pada kertas kemudian di tampal pada dinding-dinding. Kebanyakan ukiran bermotifkan tumbuhan.  Pir-I Bakran- sebuah makam raja yang kecil (berbunga-bunga dan panjang lebar).  Mihrab- ditampal dengan reka bentuk seni khat.

TAJ MAHAL(BATU MARMAR PUTIH)
 Pembinaan struktur putih yang tesergam indah di bandar Agra ini bermula dengan titah Sultan Shah Jahan, pemerintah Kerajaan Mogul Islam India ketika itu. Ia dibina sebagai tanda cinta dan kasih sayang seorang suami memperingati pemergian isteri Baginda yang telah meninggal dunia. Taj Mahal dibina menggunakan batu marmar putih yang terpilih dan meliputi hampir keseluruhan persekitaran tamantamannya yang indah.  Taj Mahal ketika itu dan sehingga kini adalah mercu tanda kemegahan dan kecantikan tamadun Islam India dan di dunia. Walaubagaimanapun, Sultan Shah Jahan tidak lama kemudian digulingkan oleh anaknya sendiri dan hanya mampu melihat Taj Mahal melalui lubang kecil tingkap di bilik penjaranya.  Terdapat ayat dari al Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal. Huruf khat thuluth menjadi seni huruf utama. Jurukhat

Kesenian ukiran Islam Zaman Uthmaniyyah

 Monumen-monumen warisan dunia yang mempunyai nilai-nilai estetika tersendiri juga berjaya dihasilkan oleh acuan kesenian arkitekarkitek Uthmaniyah yang hebat seperti Khayruddin, Mahmud Aga, Davud Aga, Ahmad Pasha, Ibrahim Pasha dan yang paling terkenal di kalangan mereka ialah Sinan.  Sinan digelar sebagai 'chief imperial architect' Dawlah Uthmaniyah di bawah pemerintahan tiga orang sultan, iaitu Sultan Sulaiman al-Qanuni, Salim II dan Murad III. Antara projek mega hasil pemikiran dan keringat Sinan termasuklah pembinaan Masjid Sehzade dan Suleymaniye di Istanbul serta Masjid Selimiye di Edirne.

ILUMINASI
 Iluminasi, kebanyakkannya adalah dalam warna emas dan biru, merupakan warna diraja dalam Dewan Mahkamah Tinggi Abbasiyah, yang sesuai dengan iringan untuk kaligrafi terbaik daripada abad ke 19M.

 Iluminasi klasik Uthmaniyyah ini adalah pada dasarnya kerja gulungan dengan anyaman yang bergabung, atau ruas batang-batang yang berdaun banyak yang mana lebih biasa kepada Safavid, perhiasan anyaman bersudut masih popular untuk kerja kayu Uthmaniyyah yang mana ianya sangat karekteristik terhadap iluminasi al-Quran.

 Mehmet II telah memesan buku-buku untuk perpustakaannya menghasilkan gambar-gambar yang telah diiluminasikan dalam gaya yang tersendiri. Dalam perbandingan kepada tulisan, dimana gaya-gaya istana Herat dan Tabriz seolah-olah mempunyai pengaruh yang kuat ke atas Sultan Suleyman, gaya asli Uthmaniyyah terhadap manuskrip iluminasi yang masih tinggal untuk

LUKISAN ATAU MANIATUR
 Dalam bidang lukisan atau maniatur pula, pelukis Turki pada abad ke 16M, telah menunjukkan sedikit keasliaan dalam kerjakerja kesusateraan ilustrasi Parsi. Antara pelukis yang telah berpindah dari Tabriz ke Istanbul ialah Shah Quli.  Gaya Turki yang berlainan telah berkembang dengan keperluaan melengkapkan ilustrasi grafik untuk kronologi kehidupan dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam pemerintahan Uthmaniyyah, kemenangan mereka, sambutan majlis tertentu, perarakan dan persembahan yang masyhur.

 Hanya Sebilangan kecil mengetahui lukisan awam Uthmaniyyah.  Meskipun ini telah pasti dihasilkan di kawasan istana Uthmaniyyah di Bursa dalam penaklukan Konstantinople, ianya amat susah untuk dipastikan yang mana bilangan kecil tarikh lukisan awal Uthmaniyyah adalah daripada zaman Pra-Istanbul.  Selepas penaklukan dan penubuhan sebuah kawasan sekolah di bawah naungan Sultan Mahmud di Istana, lukisan Uthmaniyyah telah mengambil

 Pada zaman pemerintahan Uthmaniyyah, lukisannya seringkali dianggap sebagai meniru daripada lukisan Parsi, walhal pada hakikatnya lukisan parsi memberi sedikit sahaja pengaruh kepada lukisan Uthmaniyyah.  Lukisan Parsi tidak mempunyai gambaran gaya hidup di Istana, mempunyai cita-cita dan prinsip yang berbeza idea yang puitis dan mengiliustrasikan puisi berdasarkan perkara yang lepas untuk melukis gambar tradisi, manakala lukisan Turki Uthmaniyyah pula berminat dengan keadaan dunia sebenar, peristiwa bersejarah pada sesuatu masa dan karektor Sultan secara individu yang banyak dalam bentuk potret.

BESI DAN LOGAM
 Pada zaman Uthmaniyyah, kerja seperti menempa dan mengukir besi gangsa , perak dan pelbagai barangan logam lain adalah sedikit.  Tetapi pada masa yang sama, kerajaan Uthmaniyyah sangat produktif dalam menghasilkan peralatan perang.  Pedang pada zaman Uthmaniyyah sangat terkenal dengan proses pembuatannya yang menggunakan besi keluli yang berkaliti tinggi dan ia telah menjadi model dalam pembuatan senjata bagi tentera berkuda Eropah.  Cara penghasilan senjata Uthmaniyyah yang menggunakan besi keluli yang berkualiti tinggi telah menjamin keunggulan senjata di zaman tersebut.

 Sebagai contoh senjata yang digunakan pada zaman Uthmaniyyah adalah pedang, senapang, pisau, belati, perisai, panah dan sebagainya.  Ianya digunakan ketika berlakunya pertempuran.  Sehingga pada abad ke 17M , 18M dan 19M, masih lagi beratus bala tentera termasuk Turki Uthmaniyyah. Senjata Turki Uthmaniyyah masih lagi lagi pelbagai, ketagori yang boleh diramalkan dan seperti dirangkakan atau persamaan kategori ini menggambarkan sebab kemerosotan empayar.  Perkembangan seni ukir pada besi dan logam ketika zaman Uthmaniyyah, secara mutlak tidak berubah daripada tahun

Kesenian Ukiran Islam Dalam Kepulauan Melayu

 Perselisihan berlaku untuk menentukan dari mana asal kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu ini. Kebanyakkan ahli sejarah menetapkan kedatangan Islam dari Perlabuhan Cambay daerah Gujerat berdasarkan batu-batu nisan yang mulamula ditemui. Batu nisan yang terdapat di perkuburan Sultan Malikus Salleh ( 1297M ) di Pasai, batu nisan Waliullah, Abdullah bin Muhammad ( 1407M ) adalah hasil pertukangan tangan orang Islam di Gujerat

 dakwaan sesetengah pendapat lain mengatakan agama Islam ini datang dari negeri China yang terus ke Terengganu berdasarkan sebuah batu bersurat bertulis yang membuktikan bahawa sekumpulan orang Islam telah mendiami Terengganu sekitar tahun 702H/1303M

 Juga ditemui batu bersurat Islam yang dijumpai di daerah Sungai Ujong Negeri Sembilan iaitu batu nisan yang ganjil di Pengkalan Kempas, Sungai Linggi. Batu nisan ini menunjukkan kubur seorang yang bernama Ahmad telah meninggal dunia pada tahun 1467M .

 Terdapat ukiran yang tertulis di wang dinar milik seorang syeikh dari Patani yang datang berdakwah ke negeri Kelantan. Pada wang tersebut telah tertulis angka arab 577 yang mungkin bermaksud 557H telah dijumpai di sana,juga ukiran di batu nisan sultan Pahang yang pertama bernama Sultan Muhammad yang telah meninggal pada tahun 1475M.

SeniUkiran melayu tradisi berlambangkan Islam

Seni ukiran batu
 Kesan awal mengenai kedatangan Islam ke Semenanjung Tanah Melayu dari batu bersurat Terengganu yang bertarikh awal kurun keempat belas. Selain itu, terdapat batu nisan yang berukir, digelar Batu Aceh. Batu-batu nisan ini terdapat di perkuburan-perkuburan lama di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia seperti di daerah Pekan, Pahang, Kota Tinggi Johor serta di negerinegeri Perak, Kedah,Terengganu, Perlis dan juga Selangor.

Seni ukiran logam
 orang Melayu banyak sekali menghasilkan beraneka jenis alat yang diperbuat daripada logam, emas, perak, suasa, tembaga, timah, besi, dan lain-lainnya. Seni ukiran ini dihasilkan oleh tukang-tukang Melayu pada senjata-senjata seperti lela rentaka, keris, lembing, pisau, alat-alat perhiasan diri, alat-alat permainan, alat-alat perabot, pemujaan, pembomohan dan sebagainya

Seni ukiran kayu
 Contoh, terdapat catatan yang menerangkan tentang istana Sultan Mansur Syah ( sultan melaka 1459-1477M ), selain bentuk istana yang indah dan unik, diselitkan juga dengan ukiran-ukiran yang terdapat pada dinding-dinding, bendul, bumbung, serambi dan lain-lain.

Motif ukiran melayu tradisi
 Teknik dan gaya bagaimana ukiran tersebut diolah mengikut kebolehan, kebijaksanaan, kemahiran, daya kreatif dan kemampuan yang terdapat pada seorang pengukir.  Terdiri dari beberapa teknik tebuk atau sober, digelar tebuk terus, tebuk separuh, dan tebuk timbul. Manakala pola seni ukiran pula terdiri dari tiga pola yang penting, iaitu pola bujang/pola putu, pola bingkai ( pola pemidang ), dan pola lengkap.

Unsur-unsur dalam seni ukiran
     Unsur makhluk hidup Unsur kosmos Unsur geometri Unsur kaligrafi Unsur tumbuh-tumbuhan

KESIMPULAN
 Allah Subhanahu Wata'ala mencipta alam ini dalam keadaan yang sangat indah, sehinggakan tidak ada walau sedikit pun sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Perjalanan cakerawala, peredaran siang dan malam, pagi dan petang, bulan dan bintang dan sebagainya teratur menurut aturan yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Begitu juga hiasan-hiasan alam semulajadi, bunga-bungaan, pokok-pokok, tasik, pergunungan dan seumpamanya terlalu sangat menarik sehinggakan ciptaan-ciptaan Allah Subhanahu Wata'ala dijadikan sebagai salah satu industri tarikan pelancong tempatan dan luar negeri melihat pemandangan alam dan menikmati keindahannya. Keindahan dan nilai-nilai estetik semulajadi yang diciptakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala untuk manusia ini sudah setentunya patut disyukuri, dihargai dan dipergunakan untuk apa jua keperluan manusia dengan sebaik-baiknya.

LAMPIRAN

EMPAYAR MUGHAL

MAKAM HAMAYUN, MUGHAL

TAJ MAHAL

UKIRAN DI MALAYSIA

UKIRAN TEMBAGA DAN PERAK

Ukiran pada barangan perak

UKIRAN EMAS DAN KAYU

UKIRAN KAYU

UKIRAN PADA BATU

BATU NISAN

SEKIAN TERIMA KASIH

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->