TAJUK:HUBUNG JALIN IKS DENGAN FIRMA BESAR:FAEDAH DAN KEUNTUNGAN BERSAMA.

Terdapat tiga bentuk atau peringkat rantaian IKS dengan firma besar iaitu: Bil Judul jawapan / Isi utama Huraian (5W+1H)+Contoh 1 Sub kontrak  Bentuk atau peringkat yang pertama ialah sub kontrak.  Sub kontark ialah rantaian yang melibatkan sebuah pengilang IKS tempatan yang mengilangkan barangan khusus bagi keperluan sesebuah firma besar.  Melalui,beberapa persetujuan seperti membekalkan bahan mentah,menyediakan kemudahan kredit,pengangkutan dan pasaran.  Selain itu,terdapat juga persetujuan daripada segi kualiti,kuantiti dan masa penghantaran.  Ini kerana,firma besar bersetuju bahawa sebahagian kecil barangan yang diperlukan harus diberikan secara autonomi kepada sub kontraktor yang berkemampuan dan dapat memenuhi piawai serta spesifikasi firma besar. 2 Perkongsian modal  Bentuk atau peringkat yang kedua ialah perkongsian modal.  Perkongsian modal melibatkan pelaburan bersama antara firma besar dengan IKS yang telah menjadi rakan kongsi.  Dengan cara jumlah syer dan ekuiti yang telah dipersetujui bersama bagi menghasilkan sesuatu produk.  Ini kerana,persetujuan dan perjanjian yang dibuat bukan sahaj melibatkan tempoh masa tetapi melibatkan juga komposisi modal.

3

Kontrak pembelian khusus.

 Benhtuk atau peringkat yang ketige ialah melalui kontrak pembelian khusus.  Rantaian dalam kontrak pembelian khusus melibatkan pembelian bahan mentah,bahan separa siap dan barangan siap oleh IKS tempatan Dengan firma besar atau sebaliknya.  Ini kerana,bagi pihak IKS.Rantaian ini dibuat untuk jaminan bekalan bahan mentah,barangan separuh siap dan barangan siap yang berterusan dengan harga yang murah dan stabil.  Manakala bagi firma besar pula,jaminan pasaran dari IKS yang bertindak sebagai wakil penjualan terhadap produk yang mereka keluarkan.  Melalui konsep saling bergantung antara IKS dan firma besar dapat dilihat dalam bentuk permintaan dan penawaran bahan mentah serta barangan siap.

Kelebihan dan keuntungan kepada IKS:
Bil 1 Judul jawapan / Isi utama Menambahkan keupayaan modal atau dana IKS. Huraian (5W+1H)+Contoh  Kelebihan dan keuntungan yang pertama ialah dapat menambahkan keupayaan modal atau dana IKS.  Ini keran,sebahagian besar daripada usahawan IKS tidak mempunyai modal yang cukup untuk memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.  Melalui terjalinnya hubungan antara IKS dengan firma besar maka kekurangan modal itu akan ditanggung sebahagian atau sepenuhnya oleh firma besar berkenaan.  Kesannya,rantaian ini akan memberikan peluang kepada usahawan IKS menambahkan keupayaan modal mereka bagi mengembangkan lagi perniagaan.

2

Memperluaskan rangkaian pemasaran IKS.

3

Keuntungan dan pemindahan teknologi.

 Kelebihan dan keuntunga yang kedua ialah IKS dapat memperluaskan rangkaian pemasaran.  Ini kerana,IKs tempatan lazimnya mempunyai saiz pasaran yang terhad di dalam sesebuah pasaran sahaja.  Dengan cara,apabila mereka berhubung jalin dengan firma besar maka dengan sendiri rangkaian pemasaran di peringkat global dapat diperluaskan.  Kesannya,IKS akan dapat menjimatkan kos operasi,pengiklanan,peningkatan produk di pasaran antarabangsa dan lain-lain lagi yang boleh membawa keuntungan yang besar kepada IKS.  Kelebihan dan keuntungan yang ketiga ialah keuntungan dan pemindahan teknologi.  Melalui kerjasama dan hubung jalin antara IKS dengan firma besar ini maka pemindahan teknologi,kepakaran dan hasil R&D akan dapat dipindahkan ke IKS berkenaan.  Ini kerana,pemindahan teknologi yang berlaku menerusi latihan lanjutan kepada kakitangan atau pekerja,khidmat nasihat,bimbingan,pengawasan dan penyeliaan firma besar peningkatan tahap dan kemahiran pekerja,penggunaan teknologi baru serta kawalan produk yang berkualiti.  Kesannya,dapat meningkatkan program R&D dalam negara apabila teknologi dan kepakaran dipindahkan kepada rakyat tempatan..

4

Kelebihan-kelebihan interaktif yang lain.

 Kelebihan dan keuntungan yang ketiga ialah kelebihan interaktif yang lain.  Melalui pembukaan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan,memperluaskan penggunaan bahan mentah tempatan,mengurangkan keperluan import negara dan meningkatkan peranan dan sumbangan industri tempatan dalam arus perindustrian negara bagi mencapai taraf negara industri baru (NIC) pada thun 2020.  Ini kerana,hubung jalin antara IKS dean industri yang berskala besar.  Kesannya,IKs dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti output pengeluarannya.

TAJUK:MASALAH YANG DIHADAPI UNTUK MEMAJUKAN IKS DI MALAYSIA.
Masalah-masalah utama yang dihadapi untuk memajukan IKS di Malaysia
Bil 1 Judul jawapan / Isi utama Masalah kekurangan modal Huraian (5W+1H)+Contoh  Masalah pertama ialah kekurangan modal.  Contohnya,kira-kira 67% daripada IKS di Malaysia menghadapi modal yang kritikal pada tahun 1997.  Ini kerana,keuntungan perniagaan yang rendah kerana IKS beroperasi dalam skala yang kecil.  Selain itu,keuskaran mendapatkan pinjaman dari bank komersial kerana tiada cagaran dan keraguan pihak bank terhadap kebolehan dan kredibiliti pihak pengusaha IKS untuk berjaya.  Dengan cara, kegagalan pengusaha IKS menyediakan akaun yang kemaskini dan dokumen yang diperlukan oleh pihak bank.  Kesannya,kebanyakkan IKS terpaksa dibantu oleh kerajaan untuk berjaya.  Masalh kedua ialah kekurangan tenaga buruh.  Contohnya,masalah persaingan untuk mendapatkan pekerja yang mahir atau berpendidikan tinggi.  Ini kerana,firma-firma yang besar serta sektor-sektor ekonomi lain telah menawarkan gaji yang lebih lumayan.  Selain itu,IKS juga tidak mampu menawarkan gaji serta faedah yang lebih baik.  Dengan cara,migrasi keluar pekerja IKS ke industri-industri yang lebih besar.  Kesannya IKS tidak mempunyai

2

Kekurangan tenaga buruh mahir

tenaga buruh mahir untuk melakukan r&d untuk meningkatkan kualiti pengeluaran mereka. 3 Kekurangan bahan mentah.  Maslah ketiga ialah masalah kekurangan bahan mentah.  Contohnya,bahan mentah daripada sektor pertanian seperti getah,kelapa sawit,koko.  Ini kerana,berlakunya peningkatan dalam harga bahan mentah dan meninggikan kos pengeluaran.  Selain itu,bahan mentah memang tidak mencukupi untuk menampung permintaan dari IKS,dan bahan mentah yang memang tiada dalam pasaran serta bahan mentah yang tidak dapat dibekalkan dengan segera apabila diperlukan.  Melalui,kekurangan modal untuk membeli dan menyimpan bahan mentah dengan banyak.  Kesannya,kekurangan bahan mentah menyebabkan operasi pengeluaran IKS terganggu.  Masalah keempat ialah masalah pasaran dan pemasaran  Ini keran masalah pasaran timbul disebabkan produk IKS tidak berkualiti dan tidak berdaya saing manakala masalah pemasaran pula timbul kerana persaingan produk yang sama jenis(homogeneus) di pasaran,kurang keyakinan pelanggan,masalh pengangkutan dan penghantaran,stor dan tempat penyimpanan,serta masalah permintaan yang bermusim.  Dengan cara,penggunaan bahan mentah yang tidak berkualiti,penggunaan mesin dan tieknologi rendah,tiada system kawalan mutu dan reka bentuk barangan yang tidak menarik.  Kesannya,harga pasaran menjadi rendah dan seterusnya menyebabkan pengeluaran syarikat merosot.

4

Masalh pemasaran dan modal.

5

Kekurangan teknologi untuk meningkatkan kualiti produk yang berdaya saiang.

 Masalah kelima ialah kurangnya teknologi untuk meningkatakan kualiti produk yang berdaya saing.  Ini kerana penggunaan tingkat teknologi yang rendah yang berpunca daripada kekuranagan modal untuk menjalankan usaha penyelidikan dan pembangunan r&d.  Selaian itu,terdapat juga beberapa IKS yang tidak bergitu bermasalah kerana bernaung di bawah industri yang berskala besar.  Contohnya,IKS yang bernaung di bawah PROTON masih menggunakan separa mesin untuk menghasilkan komponen yang dibekalkan kepada kilang PROTON.  Melalui,bantuan dan khidmat kepakaran yang diberikan oleh industri berskala besar.Manakal,bagi IKS yang bersendirian,kekurangan teknologi menjadi penghalang utama untuk memperkembangkan perniagaan mereka.  Kesannya,kualiti pengeluaran output keseluruhannya terjejas.

TAJUK:PROGRAM MEMAJUKAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA DI MALAYSIA.
1 Menubuhkan SMIDEC yang bertindak sebagai penyelaras.  Program pertama ialah perbadanan pembangunan IKS (SMIDEC).  Melalui tertubuhnya SMIDEC,segala aktiviti dan program untuk memajukan IKS diselaraskan dengan mudah khususnya berkaitan dengan pemberian pinjaman kepada pengusaha IKS.  Contohnya peruntukan SMIDEC diseliakan oleh tiga agensi kewangan iaitu Bank Pembangunan Malaysia Berhad,Malaysian Industrial Development Finance (MIDA) dan Malaysian Industrial Estates Limited.  Ini kerana,untuk mengawal dan meningkatakan kualiti produk IKS,modenisasi dan pengukuhan serta membangunkan kawasan perindustrian IKS.  Selain itu,SMIDEC juga akan menyediakan

 2 Mewujudkan dana khusus di bawah skim usahawan IKS.

 

landasan yang sesuai untuk meningkatakan aktiviti IKS di dalam sektor pembuatan komponen automotif di Malaysia. Kesannya,segala aktiviti dan program untuk IKS dapat diselaraskan dengan mudah seterusnya dapat memajukan IKS. Program kedua ialah mewujudkan dana khusus untuk membantu sumber kewangan IKS. Contohnya kerajaan telah menyediakan skim kredit mikro di bawah pakej strategi baru untuk memberi pinjaman mudah kepada pengusaha kecil yang terdiri daripada golongan petani,pesawah penternak lembu,penjajaj dan lain-lain. Ini kerana,bagi pengusaha-pengusaha IKS masalah modal telah menjadi penghalang asas untuk mengembangkan IKS maka kerajaan tampil membantu dengan menyediakan danadana tertentu seperti tabung industri bumiputera,tabung usahawan IKS,skim pinjaman perniagaan kecil,skim kredit mikro dan sebagainya. Selain itu,bank-bank tempatan juga turut menyediakan pinjaman-pinjaman tertenu bagi membantu IKS.Misalnya,Bank Industri dan Bank Teknologi Malaysia Berhad,Bank Bumiputera Commerce,dan BSN Commercial Bank serta terdapat juga skim pinjaman tanpa faedah juga diperkenalkan melalui Bank Islam dan Bank Rakyat. Melalui prinsip pembiayaan Al-Mudharabah pihak bank menjadi pemodal yang memberikan modal kepada usahawan IKS dan bukannya bertidak sebagai peminjam. Kesannya,dengan adanya pelbagai dana dan kemudahan kredit ini maka pengusaha IKS boleh memulakan perniagaan atau memperkembangkan pernigaan meraka dengan lebih luas.

3

Memperluaskan program vendor.

4

Mengembangkan usaha R&D.

 Program ketiga ialah,mewujudkan dan memperluaskan Program Pembangunan Vendor (PPV).  Ini kerana,kaedah (PPV) dapat membantu IKS mengatasi masalah pemasaranproduk kerana pasaran produk IKS ditentukan oleh industri skala besar (IBS).  Selain itu,perlaksanaan (PPV) dapat membentuk rantaian IKS dengan ISB secara lebih sistematik dan efektif bagi membolehkan IKS menyediakan komponen dan barang separa siap untuk keperluan ISB.  Dengan cara,program PPV ini diselaraskan oleh MITI yang berfungsi sebagai penasihat kepada ISB berkaitan dengan IKS untuk memilih IKS yang sesuai dan layak untuk menjadi vendor mereka.  Kesannya,ISB akan membantu IKS daripada segi kewangan,perkhidmatan,pengurusan,teknologi moden dan lain-lain.Contohnya,PROTON telah menarik beberapa vendor melalui skim komponen proton yang diperkenalkan pada tahun 1988.  Program keempat ialah mengembangkan penyelidikan dan pembangunan (R&D).  Ini keran,untuk meningkatkan kualiti produk IKS agar berdaya saingkhususnya di pasaran antarabangsa.  Selain itu,dalam konteks pasaran global.Pengusah-pengusaha IKS seharusnya menguasai konsep e-dagang untuk memasarkan produk mereka.  Dengan cara,melalui usaha pemindahan dan pinjaman teknologi serta alat atau jentera dari ISB,melatih pekerja tempatan di dalam syarikat – syarikat besar melalui skim latihan pekerja,IKS perlu menyediakan dana khusus untuk mempergiatkan usaha R&D dan sebagainya.  Kesannya,dapat meningkat kualiti produk keluaran IKS agar berdaya saing terutama sekali di pasaran global.

TAJUK:KAJIAN KES: RANCANGAN ESTET PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA:KESANNYA TERHADAP ALAM SEKITAR.
Konsep kawasan estet perindustrian: 1 Konsep

 Estet perindustrian ialah kawasan
pengelompokan atau aglomerasi industri di sesuatu tempat yang tekah dikhaskan oleh kerajaan.  Dengan cara kawasan ini terletak di lingkungan zon perdagangan bebas.  Contohnya,di sekitar kawasan kilang proton terdapatnya kilang membuat tayar(Goodyear),industri membuat cat(berger),serta kilang aksesori dan alat ganti.

Ciri kawasan estet peridustrian: 1 Cirir Taburan/Lokasi

 Ciri yang pertama ialah taburan ataupun lokasi dijalankan.  Estet perindustrian merujuk kepada kawasan pengemlompokan industri yang besar dan biasanya terletak di kawasan zon perdagangan bebas (FTZ).  Contohnya,industri membuat kereta PROTON di Batu Tiga Shah Alam,Selangor.Di sekitar kawasan kilang proton,terdapatnya kilang membuat tayar(good year),industri membuat cat(berger) serta kilang aksesori dan alat ganti.  Ini kerana,kilang-kilang berkenaan diletakkan berhampiran dan berdekatan untuk menjimatkan kos pengangkutan output dan input keran jarak yang dekat.  Melalui,output yang dikeluarkan dari ssebuah kilang akan menjadi input kepada kilang yang lain.  Kesannya,dapat memudahkan perkongsian dan kerjasama dari segi pasaran,maklumat,kepakaran,teknologi dan R&D.

2

Ciri buruh.

3

Ciri teknologi.

4

Pemilikan modal

 Ciri yang kedua ialah cirri buruh.  Melalui penawaran tenaga buruh yang banyak dan murah serta dapat menjimatkan kos pengeluaran.  Ini kerana,di kawasan estet perindustrian mempunyai penduduk yang ramai dan padat yang teriri daripada pekerja-pekerja kilang.  Selain itu,terdapat juga sesetengah kawasan estet perindustrian yang menyediakan kawasan kediaman atau perumahan kepada para pekerja.Contohnya di Petaling Jaya,Shah Alam,Pandamaran, dan Seri Kembangan di Selangor.  Kesannya,pengeluaran barang tidak tergendala dan terus meningkat sekaligus mengembangkan industri perkilangan negara.  Ciri yang ketiga ialah pemggunaan terknologi.  Contohnya teknologi seperti teknologi roboti dalam industri pembuatan kereta oleh kilang PROTON.  Ini kerana terdapatnya kemudahan perkongsian dan kerjesama daripada segi pasaran,maklumat,kepakaran,teknologi dan R&D.  Melalui kilang-kilang berkenaan yang diletakkan berhampiran dan berdekatan.  Kesannya,kualiti dalam pengeluaran produktiviti akan menjamin permintaan yang sentiasa tinggi di pasaran.  Ciri yang keempat ialah ciri pemilikan modal.  Kawasan-kawasan estet perindustrian bebas kebiasaanya memiliki modal yang besar.  Ini kerana,intensif pelaburan yang telah diberikan oleh kerajaan.  Melalui intensif pelaburan telah menjadikan kawasan perindustrian sebagai destinasi pelaburan terpenting dalam sesebuah negeri.  Kesannya,Industri berskala besar (IBS) dapat terus menjalankan operasi dan dapat menyumbang kepada pendapatan negara.

TAJUK:KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR:KAJIAN KES:ESTET PERINDUSTRIAN DI LEMBAH KLANG.
1 Pencemaran air  Kesan pertama ialah pencemaran air yang berlaku di estet perindustrian di lembah klang khususnya air sungai.  Melalui,kualiti air sungai yang biasanya diukur berdasarkan kepada nilai penggunaan oksigen terlarut dalam air (BOD).  Selain itu,terdapat juga indeks-indeks yang lain seperti kandungan ammonia,COD,sediment terampai dan sebagainya.  Misalnya,didalam kes sungai Klang.Hampir 97% airnya tercemar akibat bahan buangan industri pembuatan seperti industri membuat makanan,kimia,tekstil,pemprosesan dan lain-lain.  Ini kerana,penyaluran efluen kilang yang mempunyai nilai BOD dan COD yang tinggi terus ke dalam sungai tanpa ditapis.  Selain itu,bahan-bahan ini akan mencemarkan air sungai terutamanya ketika aliran sungai rendah atau semasa musim kemarau.  Contohnya,bahan buangan kilang memproses getah mempunyai kendungan konsentrasi bakteria Coliform dan E-Coli yang tinggi sehingga boleh menjejaskan kesihatan seseorang.  Kesannya,di kawasan Lembah Klang yang terdapat kira-kira 500 buah kilang atau hampir 37% daripada jumlah kilang pembuatan di Malaysia telah menjadikan kawasan tersebut mengalami pencemaran air yang tinggi.

2

Pencemaran bahan mendak dan kelodak ke atas sisitem sungai.

 Kesan kedua ialah pencemaran bahan mendak dan kelodak ke atas sistem sungai.  Contohnya,Sungai Klang dan Sungai Langat adalah dua batang sungai yang di Semenanjung Malaysia yang mengalami pencemaran dan kelodakan yang paling teruk sehingga Sungai Klang dikategorikan sebagai salah satu sungai yang paling tercemar di Semenanjung Malaysia pada tahun 1989.  Melalui kajian yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) terhadap sungai Klang semenjak tahun 1978.  Ini kerana,bahan mendak dan kelodakan di Sungai Klang adalh tinggi iaitu melebihi 200mg1.Kadar ini telah melampaui paras yang ditetapkan oleh (JAS) iaitu pada aras 150mg1.  Kesannya,indeks pencemaran air akan menjadi lebih serius di kawasan hilir sungai kerana pergerakan arus sungai yang membawa dan mengumpulkan bahan-bahan sediment tersebut(kumulatif).  Kesan ketiga ialah menjejaskan ekosistem akuatik.  Melalui pembuangan atau penyaluran bahanbahan toksid ke dalam system sungai akan menjejaskan kuantiti oksigen terlarut di dalam air yang menjadi sumber penting untuk ikan,udang,ketam dan lain-lain organisma untuk meneruskan rantaian ekosistemnya.  Contohnya,bahan-bahan sediment terampai seperti minyak,gris dan buih sabun yang bertindak sebagai penghalang kemasukan cahaya matahari ke bawah permukaan air.  Ini kerana,proses fotosintesis oleh tumbuhan air (fitoplankton) yang menjadi sumber makanan dan perlindungan utama ikan,udang ketam akan tergendala.  Kesannya,apabila tumbuhan tersebut mati,rantaian hidupan akuatik akan terganggu kerana tiada sumber bekalan makanan untuk meneruskan hidup.

3

Ekosistem akuatik terjejas.

4

Pencemaran Udara

 Kesan yang keempat ialah pencemaran udara.
 Contohnya,indeks pencemar udara di tempattempat sekitar Kuala Lumpur,Petaling Jaya dan Klang sentiasa tinggi melebihi 50ug m iaitu nilai standard kualiti udara yang dicadangkan oleh WTO.  Ini kerana,terdapatnya bahan pencemaran peringkat pertama(primary pollutants),iaitu terdiri daripada bahan-bahan yang dikeluarkan secara terus-menerus oleh sumber-sumber yang boleh dikesan.  Selain itu terdapat juga bahan pencemaran peringkat kedua iaitu bahan-bahan yang dikeluarkan hasil daripad interaksi antara dua ataupun lebih bahan pencemar peringkat pertama ataupun hasil daripada reaksi dengan komponenkomponen atmosfera sama ada diikuti atau tidak oleh kesan fotokimia.  Melalui industri yang menggunakan bahan api fosil sebagai bahan baker telah membebaskan bahan-bahan pencemar ke udara.Seperti,kilang getah dan kilang kelapa sawit,serta kilang penapisan petroleum.  Selain itu kilang kayu,pulpa dan kertas juga telah membebaskan partikulat-partikulat terampai seperti habuk dan debu.  Kesannya,pengurangan jarak penglihatan,pengurangan cahaya matahari,pengotoran terhadap bangunan,pakaian,tumbuhan dan manusia sendiri.  Kesan yang kelima ialah berlakunya jerebu.  Contohnya,pada bulan September dan disember 1997 negara telah mengalami jerebu dimana bacaan Indeks Pencemran Udara (IPU) yang dicatat di beberapa stesen sekitar lembah klang menunjukkan nilai purata yang tinggi iaitu antara 300-500.  Ini kerana,partikulat-partikulat terampai yang terbebas daripada sumber industri,pembakaran terbuka dan asap kenderaan yang terperangkap dan terapung-apung di udara yang kering.  Melalui kejadian kebakaran hutan yang berlaku di Indonesia menjadi punca utama kepada masalah jerebu.  Serta pelepasan partikulat-partikulat terampai dari kilang tanpa kawalan di Lembah Klang yang

5

Jerebu

 6 Hujan Asid

 

7

Pulau haba Bandar

 

 

telah memburukkan lagi keadaan. Kesannya,jarak penglihatan seseorang akan berkurang dan kemasukan cahaya matahari juga akan berkurangan serta kekurangan oksigen. Kesan yang keenam ialah berlakunya hujan asid. Pencemaran udara dan juga masah jerebu seterusnya akan menyebabkan kejadian hujan asid berlaku di kawasan sekitar Lembah Klang. Contohnya,Laporan Kaji Cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Kaji Cuaca pada tahun 2003 menunjukkan pH tahunan bagi lembah Klang dan Selatan Johor kurang daripad 4.4. Ini kerana,kualiti air hujan tersebut mengandungi beberapa asid asid nitrit,sulfuric,karbonik dan lain-lain. Dengan cara,bahan-bahan pencemar yang terkumpul di atmosfera bertindak sebagai nucleus pemeluwapan untuk menarik wap-wap air di dalam udara berkumpul ke arahnya menjadi bintik-bintik air. Kesannya,membahayakan kulit manusia,kakisan dan kelunturan warna bangunan dan kenderaan serta boleh memusnahkan tisu-tisu badan manusia. Kesan yang ketujuh ialah mewujudkan pulau haba di Bandar-bandar. Contohnya,minn suhu harian yang dicatatkan di Bandar raya Kuala Lumpur sewktu El-Nino ialah antara 34 – 37 darjah celcius. Ini kerana,pengelompokan industri di sesuatu kawasan misalnya di Lembah Klang. Selain itu,gas-gas pencemar yang terbebas ke udara seperti gas karbon monoksida dan karbon dioksida akan membentuk satu selimut atmosfera. Dengan cara,selimut atmosfera ini akan membenarkan sinar lembayung matahari masuk menembusinya tetapi menghalang pembalikan semula bahangan dari bumi. Kesannya,bahangan dari bumi akan terperangkap lalu berkitar di dalam ruang udara yang sama sehingga menyebabkan suhu sekitarnya menjadi panas dan dinamakan sebagai pulau haba.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful