You are on page 1of 21

GGGB 6012: PENULISAN AKADEMIK 1

TUGASAN KERTAS KONSEP INDIVIDU:
PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN
PROSES SAINS

PENSYARAH:
Prof. Madya Dr. JAMALUDIN BIN HAJI BADASUH
PELAJAR:
MUHAMMAD RAFIQ BIN RAZALI
PENDIDIKAN SAINS
P79152

PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN
PROSES SAINS
Muhammad Rafiq bin Razali
Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Pembelajaran Kemahiran Proses Sains merupakan antara kemahiran yang penting yang dikuasai
oleh pelajar bukan sahaja untuk pencapaian yang baik dalam mata pelajaran Sains malah ia juga
untuk melahirkan modal insan yang kompeten dan bertaraf global kepada negara. Pengajaran
Kemahiran Proses Sains yang efektif ialah dengan menggunakan kaedah berpusatkan pelajar.
Pelajar berperanan aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran manakala guru sebagai
pemudah cara membimbing pelajar mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan berasaskan web
adalah pendekatan yang sesuai untuk mengajar Kemahiran Proses Sains. Di dalam pembelajaran
berasaskan web, pelajar banyak meneroka dan mencuba sendiri untuk menjana pengetahuan.
Jesteru, kertas konsep ini membincangkan dengan terperinci berkenaan konsep pembelajaran
berasaskan web, Kemahiran Proses Sains, kelebihan dan kekangan pembelajaran berasaskan web
dan cadangan penambahbaikan pembelajaran berasaskan web dalam mengajar Kemahiran Proses
Sains iaitu melalui penggunaan aplikasi Blendspace.

1. alat digital dan rangkaian internet. Kedua.0 PENGENALAN Pembelajaran di sekolah masa kini telah melangkah ke suatu zaman yang baharu. Internet telah memberi banyak kemudahan dan manfaat kepada manusia sejagat dalam aspek pengumpulan maklumat. guru dan pelajar lebih mudah untuk mencari maklumat dan berinteraksi dalam PdP menggunakan pembelajaran berasaskan web. Maznah dan Azlinda (1996) mengatakan bahawa teknologi maklumat berasaskan komputer merupakan bahan yang berpotensi dalam memudahkan kerja-kerja seharian malah ia juga dapat menjadi bahan untuk menjayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran. dalam memastikan para pelajar . Menurut Zaleha dan Rosnita (2010). Menurut Finn (1960). penyampaian maklumat dan turut memberi sumbangan besar dalam proses PdP. Heinich. gambar dan video berbanding pengajaran tanpa teknologi. Menurut Abu Hassan (2004). Galbraith (1967). Pengenalan kepada pembelajaran adab ke 21 yang menggariskan beberapa ciri tertentu seperti literasi digital menuntut para guru dan pelajar untuk membudayakan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Takrifan ICT sangat luas dan ia merangkumi perkara-perkara berkaitan peranti berkomputer. teknologi dapat menyelesaikan masalah kerana ia dilihat sebagai satu proses pendekatan atau teknik berkesan dengan menggunakan ilmu pengetahuan saintifik atau cabang ilmu yang lain . Molenda dan Russell (1989). Kemahiran Proses Sains merupakan salah satu kemahiran saintifik yang perlu dikuasai oleh murid sekolah rendah mahupun murid sekolah menengah. PdP berbantukan teknologi lebih menarik minat murid untuk belajar dan sekaligus lebih memahami isi pelajaran. teknologi juga ialah perkakasan dan perisian iaitu satu produk atau bahan yang terhasil daripada prosesproses teknologi itu sendiri. Kemahiran Proses Sains merupakan kemahiran yang penting dalam mata pelajaran Sains. Kebanyakan murid di sekolah rendah mempelajari Sains melalui penghafalan konsep dan fakta. Guru juga lebih mudah untuk merancang dan melaksanakan pengajaran menggunakan teknologi di mana guru hanya perlu menayangkan maklumat berbentuk tulisan. Ini adalah bertepatan dengan kajian oleh Nor Hashim. Pertama. sains. Seattler (1990) teknologi dapat ditakrifkan kepada dua. Banyak kajian dilakukan untuk menguji keberkesanan teknologi dalam PdP.

kertas konsep ini penting dalam memperkukuhkan lagi kajian-kajian serupa selain dapat menjadi nilai tambah kepada pengetahuan bahawa pengajaran Kemahiran Proses Sains mempunyai kesan yang baik apabila diajar menggunakan aplikasi web. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1999) dan disokong oleh Rose Amnah. Tidak semua bahan maujud dapat dibawa ke dalam kelas dan oleh sebab demikian ramai guru menggunakan teknologi untuk menujukkan bahan-bahan yang maujud. Kekangan kepada penyediaan bahan-bahan maujud juga halangan besar kepada guru Sains dalam PdP. Menurut Johari (2004). terdapat beberapa faktor yang membawa kepada masalah tersebut. Menyedari akan permasalahan yang wujud dalam pengajaran Kemahiran Proses Sains dan menyedari akan kebaikan pembelajaran berasaskan web dalam pengajaran hari ini. menyelesaikan permasalahan serta membuat keputusan secara sistematik selain dapat mewujudkan aktiviti penyiasatan Sains yang berkesan dan bermakna memerlukan penguasaan kemahiran saintifik. Kertas konsep ini bertujuan memberikan gambaran tentang kelebihan dan kelemahan pembelajaran berasaskan web.0 KEMAHIRAN PROSES SAINS Kemahiran Proses Sains merupakan kemahiran yang perlu diterapkan oleh guru kepada murid-murid sekolah rendah dan menengah dalam mata pelajaran Sains. Kemahiran ini mula diperkenalkan pada tahun 1994 iaitu apabila Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan.dapat mengkaji dan memahami alam. Pelajar menghadapi masalah untuk menggambarkan dalam pemikiran mereka sesuatu yang abstrak dalam pelajaran Sains dan penyelesaian kepada ini ialah guru perlu menunjukkan sesuatu yang maujud kepada murid agar miskonsepsi tadi dapat diatasi. Azlin & Zarina (2013). Kajian menunjukkan penguasaan konsep sains dalam kalangan pelajar sangat lemah begitu juga penguasaan kemahiran saintifik dan mempunyai sikap saintifik pada tahap yang rendah (Irfan dan Sajap. Kemahiran Proses Sains terbahagi kepada dua iaitu . Mohamad Sattar. 2011). 2. kepentingan kemahiran Proses Sains dan contoh aplikasi web yang boleh digunakan untuk mengajar Kemahiran Proses Sains. Antaranya ialah kewujudan pelbagai kerangka alternatif (miskonsepsi) dalam memahami konsep sains yang lazimnya bersifat abstrak dan kompleks.

emosi dan jasmani”. Menurut Pusat Pembangunan Kurikulum (2003. 2012b. membuat inferens. mengelas. kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni” Dalam Kurikulum Standard Sains sekolah rendah.vii) pengajaran dan penilaian KBSR bukan semata-mata menumpu kepada aspek pengetahuan sahaja.p. Kajian yang menggunakan instrumen Ujian Penguasaan . KPSB pula terdiri daripada menggunakan perhubungan ruang dan masa. mengukur menggunakan nombor dan berkomunikasi.1). mengelas. Ini berbeza dengan kurikulum KBSR di mana penerapan Kemahiran Proses Sains dilakukan secara tidak langsung iaitu melalui eksperimen oleh murid atau juga dikenali sebagai Penilaian Kerja Amali (PEKA). Banyak kajian yang dilakukan oleh pengkaji berkenaan Kemahiran Proses Sains sejak dahulu hingga kini. p. yakni “memerhati.3) Standard Kurikulum Sains sekolah rendah bertujuan untuk “menyemai minat murid terhadap sains dan teknologi serta mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains. Antaranya ialah Abu Hassan & Rohana (2003) yang mengkaji tentang tahap penguasaan Kemahiran Proses Sains dan hubungannya dengan pencapaian Kimia dalam kalangan pelajar di daerah Johor Bahru. membuat inferens. mentafsir data. Penekanan kepada penguasaan Kemahiran Proses Sains di sekolah-sekolah dipertingkatkan lagi dalam pelaksanaan kurikulum baru pada tahun 2011 iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). meramal. sikap saintifik dan penyemaian nilai murni. Menurut Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012a. p. KPSA terdiri daripada memerhati. meramal dan berkomunikasi” (BPK. kemahiran manipulatif. mendefinisi secara operasi. membina hipotesis dan mengeksprimen. Satu perubahan besar dalam kurikulum Sains sekolah rendah apabila Kemahiran Proses Sains dijadikan topik yang perlu diajar kepada murid bermula dari tahun 3 hingga tahun 6. Kemahiran Proses Sains telah mula diterapkan mulai tahun 3 walaupun penerapan ini terhad kepada 6 kemahiran proses sahaja. mengawal pembolehubah.Kemahiran Proses Sains Asas (KPSA) dan Kemahiran Proses Sains Bersepadu (KPSB). mengukur dan menggunakan nombor. selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam “memperkembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. malah ia juga mencapah dan merangkumi aspek pemupukan Kemahiran Proses Sains. rohani.

. Kajian lain yang dilakukan oleh pengkaji berkenaan dengan Kemahiran Proses Sains ialah yang dilakukan oleh Ong E. tahap penguasaan pelajar terhadap kemahiran membuat hipotesis. dan dalam aspek aras tahun murid tiada perbezaan yang signifikan dalam KPSA secara keseluruhan dan merentas kesemua kemahiran spesifik dalam KPSA dalam kalangan murid tahun 4. Dalam aspek jantina. manakala. lokasi dan aras tahun. terdapat korelasi positif yang rendah antara Kemahiran Proses Sains pelajar dengan pencapaian mereka dalam kimia. Kesimpulannya. 5 dan 6 kecuali menginferens yang memihak kepada murid tahun 6. Dapatan kajian memihak kepada kumpulan kuasi eksperimen yang menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam mengajar Kemahiran Proses Sains berbanding kumpulan konvensional. murid bandar mencapai lebih tinggi dan signifikan berbanding dengan murid luar bandar dalam KPSA secara keseluruhan dan merentas kesemua kemahiran spesifik dalam KPSA kecuali mengukur. Walau bagaimanapun.T & Bibi Hazliana Mohd Hassan (2013) yang berfokus kepada peguasaan Kemahiran Proses Sains dalam kalangan murid sekolah rendah di Selangor berdasarkan jantina. Manakala dalam aspek lokasi murid.sebagai instrumen kajian mendapati tahap penguasaan Kemahiran Proses Sains. Dapatan kajian tersebut mendapati murid sekolah rendah tahap dua gagal untuk mencapai tahap dua-pertiga atau 67% dalam KPSA secara keseluruhan dan merentas kesemua kemahiran spesifik dalam KPSA. serta tahap penguasaan kimia di kalangan pelajar adalah sederhana. Kajian seterusnya yang berkaitan dengan Kemahiran Proses Sains ialah kajian oleh Rian Vebrianto dan Kamisah Osman pada tahun 2012 yang memberi fokus kepada peningkatan Kemahiran Proses Sains dalam kalangan pelajar menggunakan kaedah pelbagai media. mentafsir maklumat seterusnya membuat ramalan berasaskan maklumat yang diperolehi adalah baik. tiada perbezaan jantina dalam KPSA secara keseluruhan dan merentas kesemua kemahiran spesifik dalam KPSA kecuali mengelas yang memihak kepada perempuan. pelajar menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran mengeksperimen. Kajian tersebut menyimpulkan bahawa pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan Pelbagai Media Pengajaran (PMP) yang diintegrasikan dengan ICT dan alam sekitar telah memberikan kesan positif terhadap perkembangan Kemahiran Proses Sains dalam kalangan pelajar. khususnya kemahiran membuat inferens dan mengenalpasti pemboleh ubah.

menilai dan mentafsir data. (2002) menyatakan bahawa Kemahiran Proses Sains mampu menjadikan sesuatu pembelajaran lebih bermakna kerana ia membantu pelajar mempertingkatkan kemahiran berfikir aras tinggi. memberi alasan terhadap sesuatu hasil pembelajaran. Badariah dan Ahamad Shabudin (2010) pengetahuan Kemahiran Proses Sains guru perlu dipertingkatkan dalam usaha untuk membantu murid menyelesaikan masalah berkaitan kemahiran saintifik. A. ICT dalam pendidikan ialah medium digital yang digunakan untuk menyalurkan maklumat dan berkomunikasi..1 Kepentingan Kemahiran Proses Sains Kepada Pelajar Kepentingan Kemahiran Proses Sains sangat penting kepada murid-murid di sekolah dalam melengkapkan diri untuk cabaran masa hadapan. Kepentingan pembelajaran menggunakan ICT seperti penggunaan web ternyata memberi banyak kelebihan kepada negara. laman web ialah laman yang mengandungi maklumat sama ada dalam bentuk grafik. Malahan. animasi atau video berdasarkan kreativiti pembangun laman web tersebut. dan McElroy. R. (2001) ialah ‘belajar bagaimana untuk belajar’.. & Herron. Hairston. Maka pembelajaran berasaskan web dapat didefinisikan sebagai pembelajaran yang mengintegrasikan grafik. T. Menurut Kartini. Gagne (1993) pula menyatakan Kemahiran Proses Sains ialah proses yang sistematik dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. 3. R. Fatimah. teks. T. Hasmawati dan Noresah (2006)...2. C. Menurut Mohd Arif dan Mohd Jasmy (2000). V.. Lawrence.. R. E. S. Franklin. D. animasi dan video dalam pembelajaran. teks. Manakala Lee.0 PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB Teknologi adalah satu benda yang bukan asing lagi dalam masyarakat kini. menyusun atur dan menganalisis fakta atau konsep. Menurut Menurut Zuraini. Sexton. mereka juga belajar memerhati. T. D. Ini adalah kerana kanak-kanak melalui Kemahiran Proses Sains belajar berfikir secara kritikal dan menggunakan maklumat dengan kreatif.. melakar kesimpulan yang munasabah dan meramal apa yang akan terjadi apabila sesuatu perkara diubah. Penguasaan Kemahiran Proses Sains menurut Martin. . Thames.

com Sumber: https://quizlet. 2004). Score A dan FROG VLE.com/ . Antara kelebihan pembelajaran berasaskan web ialah ia dapat merapatkan jurang pemisahan masa dan jurang pemisahan secara fizikal antara pelajar dan pengajar (Cheah. Selain daripada KPM. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). badan-badan bebas dan organisasi-organisasi bukan kerajaan turut menyumbang dengan memperkenalkan aplikasi-aplikasi pendidikan yang berasaskan web untuk membantu proses PdP seperti blendspace dan Quizlet. EduWebTV.masyarakat dan para pelajar dalam konteks penjanaan ilmu. telah memperkenalkan banyak program pengintegrasian penggunaan ICT dalam pendidikan antaranya program Schoolnet.Com. Berikut ialah contoh-contoh paparan antara muka aplikasiaplikasi tersebut: Contoh Paparan Antara Muka Quizlet.

Contoh Paparan Antara Muka FROG VLE Sumber: https://www.my/v3/1bestarinet.do Contoh Paparan Antara Muka Blendspace .yes.

1999) 4.4. Guru berperanan sebagai fasilitator manakala pelajar berperanan aktif dan tidak sebagai pendengar dan penerima ilmu yang pasif (Jonnesen. Pelajar banyak bertindak dengan mencari maklumat di internet. iaitu daripada kajian-kajian yang lalu mendapati pembelajaran berasaskan web memberikan kelebihan kepada guru dan pelajar. Menurut Razana dan Laili (2012). penyebaran maklumat seperti nota-nota kuliah. pelajar menentukan hala tuju pembelajarannya atau bersifat ‘autonomous’ dalam PdP. atau maklumat yang berkaitan pembelajaran menjadi lebih mudah melalui laman web yang boleh diakses oleh pelajar-pelajar lain. Pembelajaran berasaskan web bertetapan dengan kaedah pembelajaran konstruktivisme di mana kaedah pembelajaran ini menekankan tentang penglibatan aktif pelajar dalam PdP dan pembelajaran adalah berpusatkan pelajar. pembelajaran berasaskan web juga dapat menggalakkan perkongsian ilmu dan maklumat dengan mudah. 4.0 KELEBIHAN PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB Hasil tinjauan literatur. Menurut Zaleha dan Rosnita (2010). Menurut Rozana dan Laili lagi. pembelajaran berasaskan pelajar.1 Pembelajaran Berpusatkan Pelajar PdP menggunakan web atau e-learning banyak memberi manfaat kepada para guru dan pelajar.2 Memudahkan Perkongsian Ilmu dan Maklumat Selain daripada itu. objektif pembelajaran. tugasan pembelajaran dan sumber pembelajaran ditentukan oleh guru. dalam kajian yang dilakukan menunjukkan penggunaan web dalam pembelajaran memberi ruang dan pengalaman baru kepada guru dan pelajar serta satu bentuk perubahan kepada persekitaran pembelajaran yang dahulunya berpusatkan guru dan kini kepada berpusatkan pelajar. Perubahan ini terlaksana kerana kewujudan pembelajaran yang lebih aktif dalam kalangan pelajar apabila menggunakan web dalam PdP. Menurut Noor Hisham (2011) perbezaan pembelajaran berpusatkan guru dan berpusatkan pelajar ialah pembelajaran berpusatkan guru. menyelesaikan masalah dalam bentuk maya dan berinteraksi secara maya. Pembelajaran berpusatkan pelajar ternyata lebih banyak kelebihan berbanding pembelajaran berpusatkan guru di mana pelajar lebih memahami sesuatu yang dilakukannya sendiri daripada melihat guru melakukannya. . Sebaliknya.

Sekiranya pelajar mempunyai masalah dengan kerja rumah atau tugasan yang diberikan oleh guru. Malahan. Pelajar akan cenderung untuk berfikir lebih kreatif apabila menggunakan web kerana keluasan maklumatnya.3 Penghasilan Pelajar Yang Berfikiran Kreatif dan Kritis Penggunaan web dalam pembelajaran dapat menghasilkan pelajar yang kreatif dan kritis sebagai contoh penggabungjalinan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar dengan aplikasi dalam internet untuk menghasilkan artifak atau bahan multimedia yang berguna. Zawawi dan Wan Nordin (2005) pengguna pembelajaran web tidak perlu membeli sesuatu perisian untuk setiap unit komputer mereka sendiri apabila ia boleh dikongsi dalam rangkaian internet. Rangkaian maklumat yang luas membolehkan pelajar mencari dan mengakses maklumat dengan mudah untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Menurut Jonassen (1999) pembelajaran menggunakan web menggalakkan pemikiran yang krtis dalam kalangan pelajar dan melibatkan interaksi dan perbincangan kumpulan yang aktif dalam pemerolehan ilmu. . Ini disokong oleh Chang (2001) tahap pembelajaran pelajar dapat dipertingkatkan dan menghasilkan pelajar yang berfikiran kreatif dan kritis melalui pembelajaran medium web. guru serta rakan sekelas sama ada dalam masa dan lokasi yang sama atau pun berbeza. Kemudahan komunikasi secara sinkronus (sesi sembang atau chat) dan asinkronus (menghantar mel elektronik) oleh pembelajaran berasaskan web memudahkan pengguna berkomunikasi dan berinteraksi merentasi jarak dan masa. mereka boleh menghantar emel kepada guru atau menyatakan dalam kumpulan web atau forum yang guru bina agar permasalahan tersebut dapat segera di selesaikan dan tidak perlu untuk menunggu berjumpa dengan guru semata-mata. 4. Menurut Rahimi. proses inkuiri atau ingin tahu semasa menggunakan web akan menghasilkan penerekoan kepada bidang atau perkara baharu.kelebihan pembelajaran berasaskan web ialah ia dapat memudahkan interaksi antara pelajar. Kelebihan ini memberi ruang kepada para pelajar untuk menggalakkan perkongsian ilmu dan maklumat dengan cepat selain menggalakkan sikap kolaboratif dalam kalangan pelajar. Ini sekaligus membantu guru khususnya dalam proses pengajaran iaitu membentuk pelajar yang berfikiran tinggi serta kompeten dan negara amnya dalam membentuk tenaga pakar yang mampu menyumbang untuk pembangunan negara. Pembelajaran menggunakan web akan memudahkan pelajar berkongsi fail dan perisian tanpa perlu membelanjakan banyak kos.

Malahan. antara masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan web terutama kepada mereka yang tinggal di kawasan pedalaman ialah peralatan komputer yang bersesuaian serta kekangan capaian internet di mana akses kepada internet masih lagi terhad. prasarana dan kemudahan tersebut juga menjadi masalah kepada golongan yang kurang berkemampuan sekaligus menghalang pembelajaran berasaskan web dijalankan. Kebanyakan guru yang mempunyai pengalaman mengajar lebih daripada 20 tahun lebih selesa menggunakan kaedah PdP tanpa menggunakan internet.2 Sikap Guru Terhadap Penggunaan Web dalam Pembelajaran Di samping itu juga. Terdapat juga situasi di mana guru kurang mahir menggunakan teknologi sekaligus menyebabkan masa PdP yang dirancang tidak dapat ditepati.5. melalui kajian-kajian yang lepas juga menunjukkan beberapa kekangan yang perlu diatasi berkenaan pembelajaran berasaskan web agar objektif pembelajaran menggunakan kaedah ini dapat dicapai. kekangan utama dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan web ialah kerana sikap guru itu sendiri. Menurut Razana dan Laili (2012). Capaian internet memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan pembelajaran berasaskan web. Guru banyak menghabiskan masa untuk menyelesaikan masalah-masalah seperti video yang dihubungkan dalam Powerpoint tidak dapat dimainkan dan sebagainya. Tahap penerimaan terhadap penggunaan internet dalam kalangan guru kini semakin hangat diperkatakan. 5. Kebanyakan guru tidak dapat melaksanakan pembelajaran berasaskan web ialah kerana kekurangan prasarana seperti komputer dan LCD serta kemudahan capaian Internet yang lemah atau tidak dapat dicapai. 5.0 KEKANGAN PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB Walaupun begitu.1 Kekangan Prasarana dan Kemudahan Internet Pembelajaran berasaskan web memerlukan prasarana dan kemudahan yang lengkap dan baik supaya proses PdP yang dijalankan tidak terganggu dan mencapai objektif. Menurut Breiter . Implikasi daripada ini juga menyebabkan sikap guru menjadi negatif dalam pelaksanaan pembelajaran menggunakan web lantas menyatakan kaedah ini menyusahkan dan tidak membantu mereka.

Flickr dan sebagainya ke dalam ruangan (grid) yang telah disediakan (Foong & Fei. Antara alternatif aplikasi yang boleh digunakan oleh guru ialah penggunaan aplikasi dalam talian Blendspace. Jesteru. 6. Oleh sebab itu. . Kemudahan Blendspace ialah pengguna hanya perlu memuat naik (upload).1 Blendspace Blendspace dibangunkan secara percuma di atas talian berperanan menjadi platform pembelajaran alternatif dan sesuai dengan peredaran masa. Drobox. kekangan masa dihadapi oleh guru dalam menyediakan bahan pengajaran sebelum memulakan PdP kerana guru kurang berkemahiran dalam mengendalikan teknologi. pelajar tidak berpeluang terlibat secara langsung dalam penyiasatan kerana semua aktiviti sudah pun distrukturkan oleh guru.0 PENGINTEGRASIAN PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB DENGAN PENGAJARAN KEMAHIRAN PROSES SAINS Pengajaran Kemahiran Proses Sains kurang sesuai diajar dengan kaedah tradisional iaitu berpusatkan guru di mana guru menyediakan semuanya seperti seolah-olah resepi. Blendspace merupakan aplikasi berasaskan web yang membenarkan pengguna memperkembangkan Sumber Pendidikan Terbuka atau ‘Open Educational Resouce’ (OER) di mana sumber-sumber pembelajaran dari Internet dengan mudah dapat diambil dan dikongsikan kepada orang lain. kekangan pembelajaran berasaskan web akan wujud dalam sudut kesukaran guru untuk menyedia dan menggunakan aplikasi web dalam PdP. Senario sebegini menyebabkan matlamat kurikulum Sains di sekolah tidak tercapai.dan Light (2006). Walau bagaimanapun. permasalahan ini dapat diatasi dengan menyediakan alternatif aplikasi yang lebih mudah dan tidak rumit digunakan oleh guru. Menurut Abu Hassan dan Hasmawati (2014). 6. menarik (dragging) dan meletakan (dropping) sumber digital yang diingini daripada komputer peribadi atau daripada sumber-sumber web seperti Youtube. Pelajar hanya perlu mencatat hasil akhir penyiasatan yang diperoleh di ruangan yang telah tersedia di dalam buku amali dan tiada penekanan kepada Kemahiran Proses Sains (KPS) berlaku. terdapat guru yang inovatif dengan menggunakan ICT dan web dalam pengajaran Kemahiran Proses Sains. Bertepatan dengan galakan pembelajaran abad ke-21. 2014).

dalam pengajaran dan pembelajaran bahagian yang paling sukar bagi para guru ialah merancang sesuatu pengajaran di mana mereka perlu mempertimbangkan pengurusan masa di antara penyampaian secara lisan.2 Keberkesanan Penggunaan Blendspace dalam PdP Pengajaran menggunakan bahan digital dan web sudah banyak terdedah kepada guruguru di seluruh dunia. Dengan wujudnya istilah seperti kelas maya. Pemilihan aplikasi berasaskan web yang releven dan betul adalah penting kerana menurut Norazah Mohd Nordin & Hong N. PdP berasaskan web selain melibatkan penyertaan aktif para pelajar dalam PdP. blending learning. Walaubagaimanapun. lambakan pilihan pengajaran berasaskan web ini turut akan menjadi beban kepada para guru sekiranya tidak dipilih dengan betul dan bijaksana. ia juga memudahkan para guru menguruskan bahan pengajaran dan menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan. Aplikasi berasaskan web seperti Blendspace membolehkan guru-guru menguruskan sumber-sumber pengajaran dalam susunan yang teratur dan pelajar-pelajar secara individu berpeluang memberi maklum balas terhadap .blendspace.Contoh Rajah Antara Muka Aplikasi Blendspace Sumber: https://www. C. (2009).com 6. pencarian maklumat dalam Internet dan aktiviti-aktiviti yang lain dalam bilik darjah. Menurut Asmara. elearning dan sebagainya membuktikan bahawa pengajaran berasaskan web bukan satu perkara yang baharu. Harnani & Salman (2012).

Banyak kajian menunjukkan pengajaran Sains termasuklah Kemahiran Proses Sains lebih berkesan dengan penggunaan media dan grafik berbanding pengajaran secara lisan dan bertulis sahaja. . Malahan. lagi.sumber-sumber yang dimuat naik oleh guru (Lales D. 2013). Blendspace membolehkan guru mengakses dengan mudah bahan-bahan pengajaran guru-guru lain yang dimasukkan dalam internet.. Maka. Menurut Lales D. guru juga lebih senang menunjukkan video dan gambar kepada pelajar menggunakan Blendspace apabila hanya perlu mencarinya di paparan Blendspace dan memilihnya tanpa perlu bersusah payah memuat turunnya terlebih dahulu. Perbandingan Blendspace dengan aplikasi-aplikasi lain dalam aspek penyediaan bahan PdP oleh guru adalah lebih baik kerana fitur-fitur yang tersedia dalam Blendspace lebih memudahkan para guru. cadangan penggunaan Blendspace sebagai pembelajaran berasaskan web dalam mengajar Kemahiran Proses Sains adalah cadangan yang perlu dipertimbangkan oleh para guru. Blendspace menjadi ruang PdP di atas talian di mana guru bebas meletakkan pelbagai bahan pengajaran dengan mudah dan mempersembahkannya di dalam satu platform sahaja.

7. Oleh sebab itu. Kajian pada masa hadapan boleh difokuskan kepada keberkesanan aplikasi Blendspace dalam mengajar Kemahiran Proses Sains dalam aspek samada pencapaian pelajar. . Kelebihan Blendspace ialah ia memudahkan para guru untuk mengajar Kemahiran Proses Sains kerana guru dapat memasukkan gambar. sikap pelajar atau sikap guru itu sendiri. nota dan video berkaitan Kemahiran Proses Sains dengan lebih mudah tanpa perlu memuat turunnya terlebih dahulu. Pengajaran Kemahiran Proses Sains lebih berkesan apabila murid dapat melihat grafik dan video berbanding penerangan lisan semata-mata. Keupayaan guru untuk mengatasi kekangankekangan dalam pembelajaran berasaskan web akan menjadikan pengajaran guru mencapai objektif dan pelajar memahami isi pelajaran.0 KESIMPULAN Pembelajaran berasaskan web adalah alternatif terbaik dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran Kemahiran Proses Sains di sekolah. Terdapat pelbagai pembelajaran berasaskan web yang boleh digunakan oleh para guru dan antara aplikasi pembelajaran web yang mudah dan tidak rumit untuk digunakan oleh guru ialah Blendspace. pembelajaran berasaskan web sangat sesuai untuk digunakan oleh guru dalam mengajar Kemahiran Proses Sains.

Chang. 9 (3). (10 Mei 2015). New York: Springer. 2014. 2006. A Study On The Evaluation And Effectiveness Analysis Of Webbased Learning Portfolio (WBLP). Breiter. G. 206-217. 8 (1). Asmara. 2012. 2004.bn/Resources/docs/jaRE %20jOURNAL/2014/TK_Abu%20Hassan-Asmayati. “Perspektif Amali Sains: Kemahiran Saintifik”. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. . Harnani dan Salman Firdaus... 2001.pdf. Learning at a Distance: from Principles to Practice. http://www. J. Pembelajaran Berasaskan Web Isu dan Trend (pp. Audiovisual Communication Review. Educational Technology & Society. Technology and The Instructional Process. Vol. C. Fakulti Pendidikan. Data For School Improvement: Factors For Designing Effective Information Systems To Support Decision-Making In Schools. In Ahmad Zamzuri (Ed.RUJUKAN Abu Hassan bin Kassim. Cheah K.edu/dept/SUSE/projects/ireport/articles/e-portfolio/a%20study %20on%20the%20effectiveness%20analysis%20of%20web-based%20learning %20portfolio. Abu Hassan dan Hasmayati. From e-Learning to M-Learning. 1960. 2004.edu. Finn. 2012a.ubd.. (16 Mei 2015).). Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia. Pelaksanaan Kurikulum Sains KBSM sekolah menengah di negeri Perak: Ke manakah arah tujunya?. D. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). http://web.stanford. 149-160). A. D. Universiti Teknologi Malaysia: Tidak diterbitkan. dan Light. C.pdf. Kurikulum Standard Sekolah Rendah Dunia Sains dan Teknologi Tahun 3.

1989.Fong S. dan Yekovich..my %2Fpapar_cv. New York: Macmillan. C. Instructional media and the new technologies of instruction. Constructivist learning enviro·nment on the Web: Engaging students in meaningful learning.google. E. J. R. D. dan Por F. Inspiring Educators as Contributors of Open Educational Resources (OER). (10 Mei 2015). J. SUNTEC City. H. Pembinaan dan Keberkesanan Perisian Prototaip Berdasarkan Model Generatif-Metakognitif Bagi Konsep Asas Jirim Dalam Fenomena Fizikal. Boston: Houghton Mifflin. 9-11 " February. (20 Mei 2015) Johari Surif. D. 3rd ed. Singapore. 1993. dan Russell.. F. Jonassen. Paper presented at Education Technology Conference and Exhibition... 2014. Badariah Hashim dan Ahamad Shabudin Yahaya. %20Kartini_Badariah.com/url? sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=2&cad=rja&uact=8&ved=0CCcQFjABahUK EwjqnovV24fGAhXEq7wKHSZKAE0&url=http%3A%2F%2Fumexpert. Yekovich. Kartini Abdul Mutalib. Heinich. Tesis Sarjana UTM: Tidak diterbitkan.D. F. (18 Mei 2015) Gagne. https://www.pdf. The cognitive psychology of school learning. http://ipgipoh. M. The New Industrial State.um. 2010. P.pdf.info/research/doc/5_Dr ... New York: Harper Collins College Publishers. R.edu. Molenda. Galbraith. http://hrmars. 1999. 1967. W. Science Process Skills Knowledge And Attitude Among Primary School Science Teachers In Daerah Manjung Perak: A Pilot Study.php%3Fid %3DAAAMJCAALAAC1MZAAG&ei=_oh5VeqnNMTX8gWmlIHoBA&usg=AFQjCN EeGRpL-LRlccMQGTYR1jk8C91iFQ&sig2=sJ7keX3cmF5PH8aJgSWChQ.com/hrmars_papers/Inspiring_Educators_as_Contributors_of_Open_Educa tional_Resources_(OER).. 2004.

Hairston. R. Mohd Arif Ismail & Mohd Jasmy Abd Rahman._Pendidikan_Sains_dan_Teknologi_2009_3_. Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan 2000. Blendspace. dan Herron. Pembinaan Laman Web Untuk Pengajaran Fokus Terhadap Kursus GE2123 : Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan.uthm.. T. Lee. https://newlearningtimes. http://dx. Pengajaran dan Pembelajaran. (15 Mei 2015). C. Martin. A.ukm.my/2689/1/28.. 2000. Using a computer simulation to teach science process skills to college biology and elementary majors. D. 2011.. Nor Hashim Abu Samah. R. V. Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Web – Webquest bagi Mata Pelajaran ICT.org/10. http://eprints.. Norazah Mohd Nordin & Hong N. 35-42. (18 Mei 2015).1081/SAC120002714.pdf.com/cms/article/1194. (10 Mei 2015). Massechusetts: Allyn & Bacon. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Penelitian Semula Konsep-Konsep Asas Menurut Perspektif Gagasan Islamisasi Ilmu Moden. T. S. . 2013. (18 Mei 2015).edu. D.pdf. Noor Hisham. 3rd ed. dan McElroy.umk. 2002.. Franklin.. 2001. Sexton. (11 Jun 2015).. Teaching science for all children.my/111/1/P%26P%20Penelitian%20semula%20menurut %20GIIM. Thames.Lales D. http://www.edu. 2009. http://umkeprints. Computer Simulations Bioscene.pdf. Lawrence. 28(4)..my/jurfpend/journal/vol%2034%202009/pdf/BAB[07].. T. R.. Komputer Dalam Pendidikan. 1996. Maznah Yop dan Azlinda Alias. C.doi. E.

Colorado: Libraries Unlimited. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Englewood. 2013.pdf.pdf.edu. Pembelajaran Berasaskan Web: Isu dan Trend. Inculcation of Science Process Skills in a Science Classroom. http://www. Rose Amnah. Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Berasaskan Web. Rian Vebrianto dan Kamisah Osman. Keberkesanan Penggunaan Pelbagai Media Pengajaran dalam Meningkatkan Kemahiran Proses Sains dalam Kalangan Pelajar. 1-10). http://www. Rahimi. Saettler. 2012. (10 Mei 2015). Zawawi dan Wan Nordin. 2010. Azlin & Zarina (2013). 1990. (1 Jun 2015). Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan Sistem Pengurusan Kursus :Movement Of Substances Across The Plasma Membrane. Zaleha dan Rosnita.pdf. 2003. Pembelajaran Berasaskan Web Isu dan Trend (pp. Penguasaan Kemahiran Proses Sains dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah di Selangor Berdasarkan Jantina. T. Huraian Sukatan Pelajaran Sains Tahun 6. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Mohamad Sattar.my/images/Vol3No2Dec2013/artikel%206-%20eng %20tek%20ong. The Evolution Of American Educational Technology.pend%2037(1)%202012/PDF/JurnalPend37(1)Bab1.ukm. Razana Baharudin & Laili Farhana.my/jurfpend/J. Cell Division And Nutrition. http://jpsmm.my/11649/1/Pembangunan_Bahan_E.ipgkbl.Ong E. In Ahmad Zamzuri (Ed. (18 Mei 2015)..upsi. 2005.edu.pdf. dan Bibi Hazliana Mohd Hassan. Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). (15 Mei 2015). Lokasi Sekolah dan Aras Tahun. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2005/rahimiUM.). . 2012. P. http://eprints.utm.

Fatimah H. 2006.S. Cabaran Pendidikan Jarak Jauh: Kesedaran dan Pendedahan dalam Era Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)... dan Noresah M. Hasmawati H.. http://eprints.pdf.my/5590/1/Cabaran_Pendidikan_Secara_jarak_Jauh_Kesedaran_Dan_ Pendedahan_Dalam_Era_Teknologi_Maklumat_Dan_Komunikasi_%28ICT%29. (19 Mei 2015) .usm.Zuraini Zakaria.