You are on page 1of 1

Karangan: Persediaan Menghadapi Pesta Sukan

Soalan: Sekolah kamu akan mengadakan sukan tahunan. Ceritakan persediaanpersediaan yang dilakukan untuk menghadapi pesta sukan tersebut.

Pendahuluan
akan menyambut sukan tahunan
Isi-isi Penting
banyak persediaan dilakukan
mengadakan latihan
pelbagai acara
menyertai ujian kelayakan
menghias kawasan padang, dirikan khemah
Penutup
mengadakan raptai
Jawapan Lengkap
Sekolah saya akan menyambut sukan tahunan pada bulan Jun yang akan datang.
Banyakpersediaan yang dilakukan sebelum sukan tahunan itu diadakan.
Rumah sukan yang akan bertanding dalam sukan tahunan itu ialah Rumah Merah,
Rumah Biru, Rumah Kuning dan Rumah Hijau. Semua ketua rumah sukan telah mengadakan
mesyuarat bersama-sama guru-guru dan ahli-ahli rumah sukan untuk merancang latihan
yang perlu diadakan.
Murid-murid akan mengadakan latihan sukan mengikut rumah masing-masing.
Mereka berlatih dalam pelbagai acara seperti acara larian 100 meter, 200 meter, 4 x 100
meter, lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru, merejam lembing dan lain-lain lagi.
Setiap murid dalam rumah sukan masing-masing akan mengertai
ujian kelayakan bagibeberapa acara yang dipertandingkan. Ahli-ahli yang melepasi ujian
kelayakan akan menyumbangmarkah kepada rumah sukan mereka. Beberapa orang atlet
daripada setiap rumah akan dipilih untuk bertanding dalam sukan tahunan nanti.
Sebelum sukan tahunan diadakan, pihak jawatankuasa sukan tahunan akan
membuatpersediaan untuk menghias kawasan padang. Khemah-khemah didirikan dalam
kawasan padangdihias dengan bendera rumah dan bendera sekolah.
Pihak sekolah juga mengadakan raptai untuk sambutan sukan tersebut supaya
sukan tahunan tersebut berjalan dengan lancar. Saya berharap sukan tahunan tersebut
dapat berlangsung dalam suasana yang meriah.

You might also like