You are on page 1of 1

MANUAL PENGGUNA (SOP)

UMUM
1)

Tapak fail ini merupakan tapak 'offline' untuk pengisian markah dan penghasilan sijil Standard Kecergasan
Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan, dan
Kokurikulum (PAJSK)

2)

Tapak fail ini mewakili 1 (SATU) kelas. Tapak fail ini perlu diperbanyakkan mengikut bilangan kelas di
dalam sekolah anda. Sila namakan semula tapak fail ini mengikut nama kelas di sekolah masing-masing.

3)

Bersama-sama tapak fail ini, dilampirkan juga jadual pemarkahan Sukan Permainan, Kelab Persatuan,
Badan Beruniform, dan Ekstra Kurikulum dalam format pdf sebagai panduan apabila mengisi markah
PAJSK.

4)

Sila lihat 'sheet' di bawah yang terdiri daripada 2 yang berlabel 'SEGAK' dan 'PAJSK'. Anda dikehendaki
mengisi markah SEGAK dan PAJSK ke dalam 'sheet' yang berkenaan. Setiap 'sheet' mengandungi 50
salinan sijil yang mewakili 1 (SATU) kelas di mana 1 (SATU) sijil mewakili 1 (SATU) pelajar.

5)

PERINGATAN! Anda tidak dibenarkan untuk menukar sebarang penetapan (setting) di dalam tapak fail ini.
Anda hanya perlu mengisi ruang yang berkenaan dengan huruf abjad atau nombor sahaja.

PENGISIAN SIJIL SEGAK

1)

Sila klik pada 'sheet' SEGAK. Setelah Sijil SEGAK terpapar, taipkan nama sekolah di bahagian atas dan
kemudiannya tukarkan warna tulisan kepada hitam. Kemudian, sila isikan nama pelajar, nombor kad
pengenalan pelajar, tingkatan, dan tarikh di ruang yang berkenaan. JANGAN padam perkataan 'Nama', 'No.
Kad Pengenalan', 'Tingkatan', dan 'Tarikh' di ruang berkenaan. Taip bersama-sama perkataan tersebut.
Nama sekolah, tingkatan, dan tarikh hanya perlu diisi 1 kali sahaja iaitu di sijil yang pertama.
Anda perlu mengisi markah SEGAK penggal 1 (Mac) dan penggal 2 (Ogos) di ruang yang berkenaan. Sila