You are on page 1of 8

1.

0 TAJUK
Permainan Kanak-Kanak Kategori Sasaran ;

" BOLING KUTIP TIN "

Posted by PJM 3102 at 12:10 AM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

2.0 MATLAMAT

Permainan kanak-kanak kategori sasaran iaitu permainan “
BOLING KUTIP TIN “ ini disediakan adalah bertujuan untuk
meningkatkan semangat kerjasama diantara ahli pasukan.
Disamping itu, ia turut memberikan keseronokan dan
kegembiraan kepada pelajar.
Posted by PJM 3102 at 12:01 AM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

3.0 OBJEKTIF
Terdapat beberapa objektif yang telah dilihat dalam permainan
kanak-kanak ini . Antaranya ialah :
a)
Murid dapat meningkatkan tahap kemahiran psikomotor,
kognitif serta tahap kecekapan dan ketangkasan individu murid
itu sendiri.

b) Dapat meningkatkan kecerdasan tubuh badan kerana permainan ini melibatkan koordinasi seluruh anggota badan. September 25. Bola Getah atau Kertas .1 Senarai Jenis Alatan Permainan kanak-kanak kategori sasaran iaitu tuju tin ini hanya melibatkan 4 jenis alatan sahaja. c) Murid dapat menggunakan pemikiran untuk mengatur strategi bagi membenarkan pasukan mereka menang. 2011 4.0 PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN 4. d) Murid dapat menjalinkan dan merapatkan hubungan diantara ahli pasukan. Posted by PJM 3102 at 12:00 AM Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest Sunday. Alatan yang kami gunakan ialah : 1.

Tin Kosong .2.

Sketal 4.3.2 Prosedur Pelaksanaan Permainan Mengikut Kategori Sasaran a ) Sebelum memulakan sesuatu permainan boling tin ini. Gelung Rotan 4. dua kumpulan perlu dibentuk. Setiap kumpulan terdiri .

d ) Setelah itu. manakala kumpulan penyerang pula adalah pasukan yang akan menyerang setelah tin berjaya dijatuhkan oleh pasukan pelontar. Jumlah pemain bagi satu pasukan adalah di antara 6-10 orang. cubaan sebanyak dua kali akan diberikan. Jika tidak. pihak penyerang akan menjadi pelontar dan pihak pelontar akan menjadi penyerang. pihak penyerang akan merebut bola tersebut dengan tujuan membalingkan kepada pelontar atau kumpulannya sebelum sempat melarikan diri. Sekiranya golekan pertama tidak menjatuhkan tin. c ) Undian boleh dilakukan dengan pelbagai cara. dua kumpulan tersebut akan diundi sama ada menjadi penyerangatau pelontar.daripada sekurang-kurangnya tiga pelontar. Pihak penyerang pula akan bersedia di belakang susunan tin. f ) Sekiranya susunan tin jatuh akibat golekan bola tersebut. e ) Pihak pelontar akan memulakan permainan dengan berdiri di belakang garisan permulaan. Garisan pertama digunakan untuk garisan permulaan. . Undian ini akan dilakukan dengan adil supaya mendapat persetujuan daripada kedua-dua kumpulan. sama ada menggunakan duit syiling atau wan tu zom. Ini adalah penting supaya pihak penyerang dapat menyerang kumpulan pemain sebaik sahaja wakil pelontar menjatuhkan susunan tin tersebut. Kemudian wakil daripada pelontar akan menggolek bola dengan berhatihati untuk mengenai tin-tin yang telah disusun. Kumpulan pelontar akan bertindak sebagai pembaling. b ) Setelah itu. manakala garisan kedua pula digunakan untuk meletakkan tin-tin yang disusun dengan kemas. satu dua garisan yang lurus akan dibentuk secara bertentangan.

pelontar dianggap mati tanpa sebarang mata dan pihak penyerang akan memainkan permainan tersebut. kumpulan pelontar akan melarikan diri untuk mengelakkan balingan daripada pihak penyerang. pasukan pelontar harus berhati-hati dengan kumpulan penyerang kerana pasukan pelontar hanya akan diserang menggunakan bola. i ) Jika pelontar berjaya mengumpul tin-tin itu sebelum mengenai balingan daripada kumpulan penyerang. h) Dalam pada mengumpulu tin kosong tersebut. pasukan penyerang akan dikira sebagai pemenang dan mendapat satu mata bagi pusingan tersebut. Sekiranya pasukan penyerang berjaya menjatuhkan tiga pemain pasukan pelontar sebelum berjaya tin dikumpul. Setiap gelung rotan harus diisi dengan 2 tin kosong oleh pasukan pelontar. Jika sebaliknya pula.3 Pelan Kedudukan Pelaksanaan Permainan Contoh Permainan boling tin yang telah dimainkan: . Pada masa yang sama setiap pelontar harus bertindak mengumpul tin-tin yang berselerakkan dan diletakkan di dalam gelung rotan yang disediakan. bermakna kumpulan pelontar akan mendapat satu mata.g ) Sebaik sahaja pelontar menjatuhkan tin yang disusun. 4.

4. e ) Pemain daripada kumpulan penyerang hanya boleh membaling pemain daripada pihak pelontar di bahagian kaki ke bawah sahaja untuk mengelakkan kecederaan. b ) Setiap kumpulan harus mempunyai pemain sekurangkurangnya 6 hingga 10 orang dan jumlah tersebut mestilah sama dengan pihak lawan. . haruslah mengandungi 2 tin. ia akan dikira mati tanpa mendapat mata. dan pemain dari pihak lawan pula akan menggolek bola pula. d) Tin yang dikumpul mestilah diletakkan di dalam gelung rotan yang disediakan.4 Peraturan dan syarat-syarat permainan a ) Dua kumpulan diperlukan. c ) Sekiranya pelontar terkena balingan bola sebelum sempat mengumpul semula tin-tin yang jatuh. Setiap gelung rotan.

f ) Permainan hanyalah perlu dimainkan di dalam kawasan permainan sahaja. semasa pasukan pelontar hendak menggolek bola. . Jika keluar daripada kawasan permainan. Denda akan dikenakan sekiranya pasukan penyerang berbuat demikian. h ) Penyerang juga tidak boleh menjatuhkan tin-tin yang tidak berselerakkan atau mengubah kedudukan tin-tin semasa permainan dimainkan. pasukan penyerang TIDAK DIBENARKAN menganggu pasukan tersebut. Namun demikian. i ) Acah-mengacah boleh dilakukan untuk memastikan kejayaan sesuatu pasukan. penalti akan dikenakan. g ) Bola yang dibawa oleh penyerang untuk tujuan membaling pelontar juga tidak boleh disembunyikan di dalam baju atau sebagainya.