You are on page 1of 5

TEORI DAN PRINSIP PERKAMUSAN

Mengikut The American College Dictionary (1960:36), kamus ialah buku yang
berisi pilihan kata sesuatu bahasa atau sesuatu kelas kata khusus, biasanya disusun
mengikut abjad dengan penjelasan makna serta maklumat lain dinyatakan atau
dilahirkan dalam bahasa yang sama atau dalam bahasa yang lain.
Kamus juga dimaksudkan sebagai buku rujukan yang memuatkan daftar kata
atau gabungan kata dengan keterangan pelbagai makna dan penggunaan dalam
bahasa, biasanya mengikut abjad ,Harimurti Kridalaksana, (1982:73).
Perkamusan merupakan bidang yang menerangkan makna sesuatu istilah
dan kata. Bidang ini penting kerana hasilnya dijadikan panduan dalam bahasa. Oleh
yang demikan terdapat tiga konsep penting dalam penciptaan kamus,iaitu tipologi,
leksikologi, dan leksikografi.
Perkamusan atau leksikografi bahasa Melayu bermula dalam bentuk senarai
kata. Pada peringkat awal perkamusan Melayu hanya tertumpu dalam menghasilkan
kamus-kamus dwibahasa. Kamus terawal yang ditemui ialah satu senarai kata
Melayu-Cina yang dikumpulkan antara tahun 1403M-1511M. Beberapa senarai kata
yang lain ialah senarai kata Itali-Melayu yang dihasilkan oleh Antonio Pigafetta
(1519M-1522M), senarai kata yang dihasilkan oleh Frederick de Houtmann (1603M) .
Selepas itu terdapat beberapa buah kamus yang dihasilkan oleh pengkaji-pengkaji
Barat (lihat lampiran) . Penghasilan kamus dalam bentuk dwibahasa ini dihasilkan
dengan tujuan untuk mempelajari dan memahami bahasa Melayu bagi memudahkan
urusan pentadbiran dan komunikasi antara para penjajah dan pedagang dengan
masayarakat Melayu.
Perkamusan Melayu terus berkembang sehinggalah terhasil sebuah kamus
ekabahasa bahasa Melayu, yang disusun oleh seorang ahli bahasa Melayu iaitu
Raja Ali Haji, kamus tersebut diberi nama Kitab Pengetahuan Bahasa. Sesuai
dengan tajuknya, kitab ini dihasilkan sebagai buku panduan kepada masyarakat
Melayu untuk belajar dan menggunakan bahasa Melayu dengan lebih teratur.
Selepas Kitab Pengetahuan Bahasa dihasilkan, beberapa kamus Melayu lain turut
menyusul, antaranya Kamus Mahmudiyah oleh Syed Mahmud Syed Abdul Kadir
(1894), Kamus Melayu oleh Haji Shamsuddin bin Muhammad (1920), kamus

dwibahasa Inggeris-Melayu atau Buku Katan P.B.M.P.B (juga dikenali sebagai


Kamus Melayu) oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (1936).
Selepas tarikh-tarikh tersebut, perkamusan Melayu diambil alih oleh pihak
Dewan Bahasa dan Pustaka. Sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam
menghasilkan kamus-kamus Melayu lengkap dan bermutu tidak boleh dipertikaikan
lagi. Setelah beberapa tahun mengendalikan kerja-kerja perkamusan, pada tahun
1970 Kamus Dewan Edisi Pertama telah diterbitkan. Kamus yang sangat diperlukan
oleh masyarakat pengguna dan penutur bahasa Melayu itu telah menjadi rujukan
dan panduan bagi seluruh pengguna bahasa Melayu. Kamus Dewan telah diulang
cetak beberapa kali dalam beberapa siri edisi terbaru. Setiap cetakan yang terbaru
akan dimuatkan konsep-konsep dan aspek-aspek terkini yang berlaku dalam bahasa
Melayu.
Sesuai dengan perkembangan sains dan teknologi ini, Dewan Bahasa dan
Pustaka telah menghasilkan ratusan mungkin juga ribuan kamus yang digunakan
oleh seluruh masyarakat pengguna bahasa Melayu. Begitu juga dengan kemasukan
era teknologi maklumat, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama dari
pihak-pihak lain yang berkenaan telah berjaya menghasilkan kamus elektronik dan
multimedia untuk kemudahan pengguna-pengguna bahasa Melayu. Namun begitu
beberapa perkara perlu dilihat dan dibincangkan mengenai kamus-kamus elektronik
dan multimedia ini
Leksikologi bahasa Melayu bermula agak lewat daripada yang sepatutnya.
Sehingga kini kita masih kekurangan ahli-ahli leksikologi yang boleh membantu
dalam usaha penghasilan kamus. Perkamusan Melayu masih mencari-cari teori yang
sesuai dalam kerja-kerja perkamusan yang dijalankan. Walau pun begitu, bahasa
Melayu sudah mempunyai kamus-kamus yang lengkap dan bermutu untuk kegunaan
masyarakat bahasanya. Sesuai dengan ledakan ilmu pada zaman teknologi
maklumat

ini,

leksikologi

Melayu

juga

tidak

ketinggalan.

Melihat

kepada

perkembangan leksikologi yang semakin maju, adalah perlu bagi bahasa Melayu
mempertingkatkan lagi kajian dan penyelidikan dalam bidang ini bagi memenuhi
kehendak zaman.
Prinsip-prinsip penyusunan kamus perlulah memerhatikan perkara-perkara
yang berikut:

Perancangan - pertadbiran yang berkaitan dengan perbelanjaan, penentuan


individu, dan penentuan prasarana.
Siapakah yang terlibat? - Individu yang terlibat bersangkutan dengan
persyaratan keahlian dan kemampuan individu melaksanakan program
perkamusan.
Aspek linguistik - aspek linguistik digarap menurut cabang ilmu linguistik yang
berkaitan dengan leksikologi termasuklah tatabahasa, lafaz, pengetahuan
dialek, maklumat ensiklopedia dan sebagainya.
Pemasaran - aspek yang berkaitan dengan penyebaran kamus secara meluas
sebagai satu produk.
Pra-syarat kemampuan peneliti atau penyusun kamus - penguasaan dua
atau tiga bahasa di samping bahasa ibunda akan menentukan kepekaan
linguistik dan keterbukaan terhadap isu-isu bahasa. Penyusun kamus juga
perlulah mempunyai ketekunan yang konsisten, ketelitian dan kecermatan.
Selain daripada itu, semangat untuk terus belajar dan cinta kepada bahasa
serta ilmu bahasa juga tidak kurang penting.
Bagaimanakah penelitian dilakukan? - Penelitian leksikologi termasuklah
yang bersangkutan dengan korpus bahasa dalam penyusunan pangkalan data.
Penelitian aspek bahasa lain seperti tatabahasa sebagai maklumat pelengkap
mengenai data yang disajikan.
Beberapa prinsip perlu dijadikan pegangan dalam penyusunan kamus, iaitu:
Keaslian - kamus haruslah memuatkan bahasa yang ada bukti bahawa bentuk
tersebut benar-benar digunakan oleh penutur jati.
Keperwakilan - bergantung kepada format kamus yang ditentukan oleh
pengguna yakni khalayak, kamus perlu memuatkan bahan yang benar-benar
mewakili ruang lingkup khalayak misalnya bahasa untuk kanak-kanak.
Kelayakan - penyusun harus pasti bahawa hasil kerjanya sesuai dengan tujuan
pekerjaannya. Keperluan bagi kamus ekabahasa tidak sama dengan kamus

dwibahasa. Selain daripada itu, kelayakan sosial juga perlu diambil kira
misalnya bahasa, agama, dan adat istiadat pengguna kamus.
Sumber bagi kata masukan atau entri perlulah sumber yang layak diterima
pakai berdasarkan penelitian lapangan, iaitu sumber primer atau sumber
sekunder berdasarkan rujukan kepustakaan.
Kamus tidak sekadar mencatat makna tetapi kamus mempunyai perkaitan
yang rapat dengan ilmu makna atau semantik. Semantik mengkaji makna kata dan
amat penting bagi seorang penyusun kamus. Apa yang menjadi kandungan kamus
bukan sekadar kata tetapi makna kata-kata tersebut. Lambang mempunyai makna
yakni bukan sahaja bahasa tetapi lambang memberikan makna tertentu. Contohnya
apabila mata melihat sesuatu objek seperti baju pastinya mempunyai ciri-ciri warna,
bentuk atau jenis kain. Lyons dalam Semantics (1977) membezakan tiga makna
berasaskan bahasa, iaitu;
i)

makna deskriptif yakni makna biasa berkenaan sifat dan sebagainya,


misalnya makna dalam kamus;

ii) makna sosial yakni makna dalam konteks kegunaan sosial misalnya naga
mempunyai nilai tambah bergantung kepada budaya (masyarakat Cina
memberikan nilai baik manakala masyarakat Barat memberikan nilai negatif);
dan
iii) makna ekspresif yakni makna berkaitan dengan perasaan misalnya kagum
atau marah berbeza berdasarkan persepsi individu.

RUJUKAN
1.

Kamus Dewan Edisi Baharu (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

2.

Ismail Hussein, 1966. Sejarah Pertumbohan Bahasa Kebangsaan Kita, Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood
(2008). Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

4.

James T Collins, 1998. Malay, World Language: A Short History,. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

5.

Ibrahim Ahmad 1994. Perkamusan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

6.

Gazali Dunia(1992). Sastera Melayu Lama. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.:Kuala


Lumpur.

7.

Asmah Haji Omar, 1985. Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada
perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

8.

B. Mallikarjun Globalization and Indian languages. Language in India, Vol.3: 2


Februari 2003.

9.

A.Aziz Deraman, 2000. Tamadun Melayu Dan Pembinaan Bangsa Malaysia.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

10. Abdullah Hassan, 1997. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu dan Esei-Esei
Lain. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.
11. Awang Sariyan, 2004. Teras Pendidikan Bahasa Melayu. Asas Pegangan Guru,
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
12. Hashim Bin Hj. Musa, 2004. Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia:
Menghadapi Globalisasi Barat. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
13. Siti Hajar Abdul Aziz (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan). Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
14. Harimurti Kridalaksana (1983). Tradisi dan Inovasi dalam Penyelidikan Bahasa
Melayu. dalam Jurnal Persatuan Linguistik Malaysia.

You might also like