You are on page 1of 13

1.

0 TAJUK ARTIKEL
Kesan Efikasi Kendiri

Guru

Sejarah

Terhadap

Amalan

Pengajaran

Berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).


2.0 PENULIS
Azwan Ahmad (Smk Syed Alwi, Kangar, Perlis), Abdul Ghani Abdullah
(Universiti Sains Malaysia, P.P), Mohammad Zohir Ahmad (Universiti Sains
Malaysia, P.P), Abd. Rahman Hj Abd. Aziz (Universiti Sains Malaysia, P.P).
3.0
4.0

SUMBER
Jurnal Penyelidikan Pendidikan, Bil. 7, (2005) 14-24
RUMUSAN ARTIKEL
Artikel ini membincangkan tentang kepentingan efikasi guru terhadap

teknologi maklumat dan komunikasi, (ICT) serta pengaruhnya dalam


pengajaran subjek sejarah. Berdasarkan hipotesis yang dilakukan oleh
penyelidik, efikasi guru terhadap ICT serta kekerapan guru menggunakan
ICT dalam kehidupan seharian akan mempengaruhi keyakinan beliau
mengaplikasikan teknologi tersebut di dalam kelas.
Efikasi bermaksud keyakinan. Menurut Tschannen-Moran, Hoy dan Hoy
(1998), efikasi guru merujuk kepada kepercayaan guru terhadap diri
sendiri untuk menyusun atur dan melakukan satu siri tindakan. Bagi
Powell dan Anderson pula, efikasi guru adalah perasaan puas hati
terhadap pelajaran yang diperoleh apabila mampu mempraktikkannya
dengan baik. Merujuk kepada kajian-kajian lepas, penyelidik telah
memetik beberapa idea tentang efikasi guru. Menurut Allinder, (1995)
guru-guru yang mempunyai efikasi pengajaran yang tinggi mempunyai
sasaran yang lebih tinggi terhadap pelajarnya, mudah menerima ide-ide
baru dan mencuba teknik atau kaedah pengajaran baru. Justeru guru
yang berefikasi tinggi akan menghadapi kegagalan dengan usaha yang
lebih gigih untuk menguasai kemahiran mengajar sehingga berjaya.
Sebaliknya guru yang berefikasi rendah mempunyai aspirasi yang rendah
dan

akan

cuba

mengelakkan

diri

daripada

menghadapi

pengajaran sukar dan mudah berputus asa atau stress.


1

tugasan

Penyelidik juga membuat kutipan data yang mampu membuktikan


wujud

hubungan

efikasi

guru

terhadap

ICT

dengan

tindakan

menggunakan ICT dalam sesi pengajaran sama ada untuk mencari


maklumat, menyampaikan maklumat, memilih isi kandungan pelajaran
atau menjadikan ICT sebagai alat bantuan pengajaran. Penyelidik juga
telah memilih subjek kajian sejarah kerana bagi beliau, kombinasi ICT
dalam mata pelajaran sejarah akan menjadikan subjek ini lebih menarik
dan diminati oleh pelajar. Hal ini kerana rata-rata rakyat Malaysia
menganggap subjek Sejarah sebagai subjek yang mengantuk. Pada hal
menurut Abd. Rahim (2001), Sejarah bukanlah satu mata pelajaran yang
statis, tradisional, mementingkan penghafalan fakta, bersifat naratif dan
deskriptif seperti yang difahami oleh kebanyakan orang. Sehubungan itu,
guru Sejarah perlu mempunyai kepercayaan yang positif dan keyakinan
kendiri untuk menjadikannya seorang yang berinovatif dalam menyusun
proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlu kreatif dan
bijak menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai dengan aliran
semasa. Sentuhan ICT dalam mata pelajaran di sekolah adalah salah satu
idea baru yang boleh diaplikasikan. Justeru, satu anjakan paradigma harus
dilakukan untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah lebih berkesan,
menarik dan menggembirakan melalui ICT seperti menyediakan montaj,
komik, video, audio, web portal, blog dan laman sosial yang berilmiah.
Namun begitu, berdasarkan kajian yang dibuat oleh beliau, efikasi guru
sejarah terhadap ICT dan aplikasi dalam pengajaran masih kurang
memuaskan. Hal ini disebabkan kelemahan guru dalam mengendalikan
teknologi. Ketandusan inovasi dan pembaharuan ini menyebabkan pelajar
merasakan mata pelajaran ini stereotaip, tidak mencabar, statik dan
membosankan. Kelemahan ini juga menjadi penghalang kepada aktiviti
pengajaran untuk menjadi lebih menarik dan terbuka. Kebanyakan guru
sejarah hanya berpandukan kepada buku teks semata-mata. Hasilnya,
kebanyakan murid hanya mampu menghafal kandungan buku teks namun
gagal mengutip nilai-nilai murni dan patriotisme dalam kandungan
2

pelajaran. Oleh itu penyelidik telah memetik pendapat Harris (2000)


dalam mengkategorikan penggunaan ICT dalam P&P iaitu:i.

pertukaran

interpersonal

seperti

penyertaan

dalam

kumpulan

perbincangan elektronik, bilik darjah global yang melibatkan pelajarpelajar bertukar pendapat tentang sesuatu topik dan hubungan
ii.

elektronik dengan pakar


koleksi maklumat yang melibatkan pelajar-pelajar dan guru-guru
berkongsi artikel, sumber pengajaran dan rancangan pengajaran

iii.

atau berkongsi data untuk dianalisis.


projek yang melibatkan penyelesaian

masalah

selari

yang

melibatkan pelajar daripada pelbagai lokasi meninjau sesuatu dan


kemudiannya berkongsi kaedah dan dapatan kajian.
Kesimpulannya, pengetahuan dan kemahiran dalam ICT sahaja tidak
menjamin pengintergrasiannya dalam kurikulum dan juga pengajaran.
Justeru, adalah penting bagi guru untuk membuat persediaan yang
mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat
untuk menggabungkan ICT dalam pengajaran. Sikap serta keyakinan dan
efikasi

yang

kemahiran

tinggi

dalam

membantu

pelaksanaan

memudahkan
ICT

dalam

proses

proses

peningkatan

pengajaran

dan

pembelajaran. Bagi memenuhi aspirasi ini, guru harus melakukan


perubahan ideologi. Pertama, guru harus diyakinkan bahawa terdapat
banyak kebaikan dan kepentingan penggunaan ICT dalam P&P. Kedua,
guru perlu diberikan kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan
peralatan ICT secara cekap dan efektif. Jika keperluan tersebut mampu di
aplikasikan, maka proses P&P pasti lebih menarik.
5.0

OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat 4 objektif kajian yang telah diketengahkan oleh penyelidik

menerusi kajian ini.

Antaranya adalah mengukur tahap efikasi kendiri

guru terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, (ICT).


Kedua, mengenal pasti penglibatan guru sejarah dalam menggunakan ICT
dalam sistem pengajaran dan pembelajaran. Ketiga, menganalisis hubung
3

kait antara efikasi kendiri guru dengan amalan pengajaran sejarah


berbantukan ICT. Keempat, mengkaji kesan efikasi kendiri guru terhadap
ICT dengan amalan pengajaran sejarah berbantukan ICT.
6.0

KAEDAH KAJIAN
Penyelidik telah menggunakan kaedah kajian berbentuk deskriptif

kuantitatif. Kutipan data diperoleh dengan menggunakan soal selidik yang


dihantar oleh penyelidik sendiri kepada responden kajian. Pertama,
penyelidik

telah

mengukur

amalan

guru

Sejarah

terhadap

penggunaan ICT. Soalan soal selidik tersebut menghendaki guru


menjawab kecenderungan mereka menggunakan ICT mengikut keperluan
masing-masing. Terdapat dua tujuan yang digunakan oleh guru Sejarah
semasa menggunakan ICT.

Pertama, guru menggunakan ICT untuk

mencari maklumat sejarah (EPIK) dan kedua,


maklumat sejarah (EPICT).

untuk menyampaikan

Kedua, penyelidik turut mengukur tahap

efikasi guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran


sejarah (AICTMM) dan pemilihan isi kandungan semasa pengajaran
sejarah (AICTUP). Responden dikehendaki menjawab dengan instrumen
kajian tersebut berpandukan skala `Likert` yang memberi lima gerak
balas mengikut darjah persetujuan. Nilai kebolehpercayaan Cronbach
Alpha yang diperoleh bagi item-item kajian ini daripada kajian rintis
adalah sangat meyakinkan iaitu sebanyak 0.91.
Selain itu, penyelidik juga membuat rujukan di perpustakaan dan
menghadiri persidangan yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat
tambahan tentang tajuk tersebut. Berdasarkan bibliografi, penyelidik
telah merujuk kepada bahan ilmiah seperti buku, artikel dan jurnal.
7.0

RESPONDEN KAJIAN
Kajian ini telah melibatkan responden seramai 95 orang guru Sejarah

yang dipilih secara rawak dari 15 buah sekolah menengah harian biasa di
seluruh negeri Perlis. Responden dipilih secara rawak mengikut demografi
sosial yang berbeza seperti berlainan jantina, etnik dan pengalaman
mengajar.

Teknik

pemilihan

responden
4

secara

pensampelan

ini

menggambarkan keseluruhan masyarakat guru di Negeri Perlis dengan


tahap efikasi dan teknik penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah.
8.0

HASIL KAJIAN:
Hasil kajian yang diperoleh penyelidik terhadap enam pemboleh ubah

yang disenaraikan dalam jadual 1 terhadap tahap dan tujuan penggunaan


ICT menunjukkan prestasi yang sederhana. Wujud hubung kait bagi
pemboleh ubah bersandar dengan pemboleh ubah dimalarkan. Misalnya,
korelasi

antara

efikasi

guru

sejarah

dengan

amalan

pengajaran

berbantukan ICT menunjukkan tahap yang sederhana kerana memperoleh


skor min sebanyak 3.45. Secara spesifiknya tahap yang sama dalam
efikasi guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah
(AICTMM), dan efikasi guru sejarah terhadap pemilihan isi kandungan
semasa melaksanakan pengajaran sejarah berbantukan ICT (AICTUP).
Sebaliknya dapatan Jadual 1 turut melaporkan bahawa tahap amalan
pengajaran Sejarah berbantukan ICT masih pada tahap rendah kerana
memperoleh skor min sebanyak 2.61. Situasi yang sama dapat dilihat
pada amalan amalan penggunaan ICT untuk mencari maklumat sejarah
(EPIK), dan amalan penggunaan ICT untuk menyampaikan pengajaran
sejarah (EPICT). Sementara itu hasil korelasi Pearson pula menunjukkan
bahawa terdapat hubungan signifikan dan sederhana kukuh antara efikasi
guru

dengan

amalan

pengajaran

Sejarah

menggunakan

ICT

dan

dimensinya iaitu nilai koefisien r antara 0.69 hingga 0.76.


Dapatan daripada Jadual 2 menunjukkan bahawa efikasi guru Sejarah
terhadap penggunaan ICT berbantukan ICT menyumbang sebanyak 36.0
% varians terhadap perubahan amalan kerja. Hanya dimensi efikasi guru
sejarah terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah (=0.442)
sahaja yang mempunyai kesan positif secara signifikan terhadap amalan
penggunaan ICT secara menyeluruh berbanding efikasi guru sejarah
terhadap pemilihan isi kandungan semasa melaksanakan pengajaran
sejarah berbantukan ICT (AICTUP). Dapatan ini menjelaskan bahawa
apabila efikasi guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran
5

sejarah meningkat, ia turut meningkatkan amalan penggunaan ICT dalam


pengajaran sejarah. Pola dapatan yang serupa dapat dilihat dalam Jadual
2 apabila hanya dimensi efikasi guru sejarah terhadap penggunaan ICT
dalam pengajaran sejarah (ICTMM) sahaja yang mempunyai kesan positif
secara signifikan terhadap amalan penggunaan ICT untuk mencari
maklumat sejarah (=0.482), dan amalan penggunaan ICT untuk
menyampaikan pengajaran sejarah (=0.327).
Keputusan ini mengukuhkan bahawa apabila efikasi guru sejarah
terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah bertambah, ia turut
meningkatkan lagi amalan penggunaan ICT untuk mencari maklumat
sejarah, dan amalan penggunaan ICT untuk menyampaikan pengajaran
sejarah di kalangan guru.
9.0

ANALISIS
Secara kasarnya, keputusan yang diperoleh penyelidik ini dapat

dianalisis dengan merujuk kepada Jadual 1 dan 2. Semua data yang


diperoleh daripada responden telah dianalisis dengan menggunakan min,
sisihan piawai dan korelasi Pearson antara variabel bebas dan bersandar
(dipaparkan dalam Jadual 1). Manakala kesan efikasi kendiri guru Sejarah
terhadap amalan pengajaran berbantukan ICT pula telah dianalisis
dengan menggunakan analisis regresi berganda serta dilaporkan dalam
Jadual 2. Manakala interpretasi tahap amalan dan efikasi kendiri guru
mencatat skor min di antara 1.0 hingga 2.9 menunjukkan tahap amalan
rendah, skor min antara 3.0 hingga 3.9 menunjukkan tahap amalan
sederhana, dan jika skor min di antara 4.0 hingga 5.0 menunjukkan
tahap amalan tinggi.
Merujuk kepada Jadual 1, tahap efikasi keseluruhan guru terhadap ICT
adalah sederhana dengan min 3.45 jika dibandingkan dengan amalan
keseluruhan yang rendah terhadap ICT yang hanya 2.61. Sewajarnya data
perlulah

sama

agar

kesan

efikasi

ini

benar-benar

merangsang

penggunaan ICT. Namun, sesetengah guru tidak menggunakan ICT


meskipun mereka mempunyai keyakinan terhadapnya. Hal ini disebabkan
6

kekurangan teknologi yang disediakan oleh pihak sekolah atau kekangan


masa untuk mengendalikan. Selain itu, min bagi (AICTMM) lebih rendah
3.31 berbanding min (AICTUP) 3.65. Hal ini menunjukkan bahawa
kebanyakan guru akan menggunakan ICT ketika mencari isi kandungan
pelajaran

dan

kurang

mengaplikasikan

dalam

pengajaran.

Hal

ini

disebabkan guru kurang yakin menggunakan teknologi di hadapan pelajar


dan kekurangan teknologi di sekolah. Min bagi (EPIS) 2.42 pula lebih
rendah

dengan

kebanyakan

min

guru

(EPICT)

akan

2.79.

Hal

menggunakan

ini
ICT

menunjukkan
untuk

bahawa

menyampaikan

pengajaran sejarah berbanding mencari maklumat tambahan subjek


sejarah. Hal ini disebabkan guru lebih gemar menggunakan ICT seperti
LCD dan Power Point semasa mengajar dan tidak pula mencari maklumat
tambahan di luar silibus pengajaran. Oleh itu, korelasi efikasi guru
terhadap

ICT

dengan

tujuan

penggunaannya

bergantung

pada

kepentingan pengajaran tersebut.


Merujuk pada Jadual 2 pula, interpretasi yang dapat saya lihat
terhadap efikasi guru dalam menggunakan ICT lebih cenderung semasa
menyampaikan

pengajaran

sejarah

(AICTMM)

berbanding

semasa

pemilihan isi kandungan pelajaran (AICTUP). Hal ini disebabkan oleh


persepsi guru sejarah yang lebih

yakin menggunakan ICT untuk

menyampaikan

menggunakan

memainkan

pengajaran

video

semasa

seperti

pengajaran

slide

berbanding

show

atau

menggunakan

teknologi seperti internet untuk memilih isi kandungan pelajaran semasa


sesi pengajaran dan pembelajaran.
10.0 SUMBANGAN HASIL KAJIAN
Kajian ilmiah yang dilakukan oleh penyelidik ini sedikit sebanyak telah
memberi beberapa sumbangan kepada sistem pendidikan negara. Kajian
yang dilakukan pada tahun 2005 ini memberi gambaran kepada saya
bahawa kesedaran guru dan kesediaan guru terhadap ICT pada ketika itu
berada pada tahap yang sederhana. Hal ini kerana, aplikasi ICT dalam
sistem

pendidikan

di

Malaysia
7

masih

di

tahap

yang

kurang

memberangsangkan terutama di kawasan luar bandar dan di negerinegeri kurang maju seperti Perlis. Oleh itu, dapatan kajian yang diperoleh
dapat memberi kesimpulan yang menyeluruh tentang tahap efikasi guru
sejarah terhadap ICT dalam pengajaran mahupun dalam kegunaan
mereka seharian pada tahun semasa. Dapatan kajian yang membuktikan
efikasi guru sejarah mempunyai tahap efikasi yang sederhana ini mampu
memberi kesedaran kepada guru dan kerajaan terhadap kepentingan ICT
dalam subjek sejarah agar proses P&P ini menjadi lebih menarik dan
mencabar.
Selain itu, kajian ini juga menunjukkan tahap efikasi guru sejarah yang
sederhana

terhadap

pemilihan

isi

kandungan

sejarah

dan

juga

penggunaan ICT untuk mengajar sejarah. Oleh itu, hasil kajian ini dapat
menyokong kajian Jamaluddin et al. (2000), bahawa kesediaan guru
menggunakan

ICT

berkait

dengan

sikap

positif

dalam

menerima

perubahan dari segi strategi dan kaedah pengajaran. Terdapat guru


sejarah yang masih mempunyai sikap fobia, takut serta negatif menerima
perubahan kerana mereka lebih gemar dengan kaedah lama yang
bersandarkan buku teks, nota edaran atau menulis pada papan hijau
sahaja. Oleh itu, guru sejarah perlu lebih kreatif dan inovatif dalam
mengurus kaedah pengajaran. Kerajaan pula harus mempergiatkan
latihan dan kursus kemahiran kepada guru-guru sejarah untuk lebih mahir
mengendalikan alatan teknologi dalam pengajaran.
Dari sudut tahap amalan penggunaan ICT pula, guru sejarah didapati
secara keseluruhannya masih lagi pada tahap rendah sama ada dari segi
mencari maklumat mahu pun dari segi menyampaikan pengajaran.
Dapatan ini menggambarkan bahawa pengintegrasian ICT dalam P&P
dalam kalangan guru sejarah masih lagi pada tahap yang tidak
memuaskan. Hal ini disebabkan bahan dan kandungan pelajaran masih
kurang untuk diakses di laman sesawang atau di portal-portal rasmi
pendidikan. Oleh itu kajian ini penting untuk menggalakkan pihak yang
terbabit mempergiatkan pembinaan portal dan laman sosial berbentuk
8

ilmiah untuk di jadikan medium pertukaran idea atau penyampaian


maklumat kepada pelajar dan guru. Hal ini keran, pengisian pelajaran
subjek-subjek seperti Sejarah memerlukan kaedah pengajaran yang lebih
menarik dan sesuai dengan perkembangan semasa.
Sehubungan dengan itu, kajian ini secara tidak langsung telah
membuktikan bahawa wujud hubungan antara tahap efikasi guru sejarah
terhadap pengajaran berbantukan ICT. Semakin tinggi tahap efikasi guru
terhadap amalan penggunaan ICT, maka semakin tinggi tahap untuk
mengajar Sejarah berbantukan ICT. Manakala dapatan kajian ini juga
menunjukkan bahawa hanya dimensi efikasi guru sejarah terhadap
penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah sahaja yang mempunyai
kesan positif secara signifikan terhadap amalan penggunaan ICT secara
menyeluruh berbanding efikasi guru sejarah terhadap pemilihan isi
kandungan semasa melaksanakan pengajaran sejarah berbantukan ICT.
Dapatan ini menjelaskan bahawa apabila efikasi guru sejarah terhadap
penggunaan

ICT

dalam

pengajaran

sejarah

meningkat,

ia

turut

meningkatkan amalan penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah.


Keputusan ini dikukuhkan lagi apabila efikasi guru sejarah terhadap
penggunaan

ICT

dalam

pengajaran

sejarah

bertambah,

ia

turut

meningkatkan lagi amalan penggunaan ICT


untuk mencari maklumat sejarah, dan amalan penggunaan ICT untuk
menyampaikan pengajaran sejarah di kalangan guru sejarah.
Kelemahan yang dikesan ini perlu diberi perhatian oleh semua pihak
yang berkaitan. Guru sejarah terutamanya harus berani memecahkan
kaedah tradisi dan status quo yang sedia ada dengan menggunakan ICT
untuk mencari maklumat pengajaran dan menyampaikan pengajaran
sejarah. Melalui penggunaan ICT, pengajaran dan pembelajaran sejarah
akan menjadi lebih menarik dan tidak membosankan. Guru sejarah
seharusnya membiasakan diri menggunakan teknologi dalam pengajaran
mereka agar pelajar akan terangsang untuk menghayati dan mengikuti
pelajaran sejarah dengan penuh minat. Berikutan dengan ini, saya
sebagai guru yang bakal mengajar mata pelajaran Pengajian Am juga
9

perlu peka terhadap teknologi dan maklumat ini agar dapat mewujudkan
proses pengajaran yang lebih menarik dan sesuai dengan aliran semasa
yang menghendakkan guru yang kreatif dan inovatif dalam melaksanakan
pengajaran. Pelbagai teknik dan kemahiran perlu saya tingkatkan untuk
membina efikasi yang berkesan dalam pengajaran.
11.0 APLIKASIKAN

HASIL

KAJIAN

DENGAN

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN MASA KINI:


Hasil kajian yang dilakukan oleh penyelidik ini memberi
kesedaran kepada pihak yang berkaitan terhadap pentingnya membina
efikasi guru terhadap ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, P&P.
Dunia

hari

ini

berdepan

dengan

gelombang

globalisasi

telah

mencorakkan pemikiran generasi muda untuk lebih sukakan cabaran


dan kelainan. Teknik pengajaran tradisi berpandukan buku teks dan
nota edaran menjadi kurang relevan untuk dipraktikkan pada hari ini.
Oleh itu, aplikasi ICT sangat penting dalam setiap subjek di sekolah.
Aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi yang disarankan pula
perlulah menarik dan tidak menjerumus ke arah kelalaian. Oleh itu,
kerajaan dan kementerian pelajaran harus merencana dasar dan
perangkaan yang selari dengan perkembangan semasa agar sistem
pendidikan negara dapat dipertingkatkan sekali gus dapat mencapai
matlamat falsafah pendidikan negara.
Berdasarkan hasil kajian, kita boleh mendapati bahawa implikasi
efikasi dan amalan guru sejarah terhadap penggunaan ICT dalam
pengajaran

dan

amalan

penggunaan

ICT

guru

sejarah

dalam

melaksanakan pengajaran sejarah dipengaruhi oleh tahap efikasi


mereka. Lantaran itu, bagi memperkasakan efikasi guru terhadap ICT,
guru

perlu

lebih

berani

dan

yakin

mencuba

perubahan

dan

pembaharuan seperti mengajar menggunakan bantuan laman portal,


video, komik digital dan forum digital. Pendekatan ini sangat sesuai
dengan corak pembelajaran hari ini. proses P&P pula pasti akan
menjadi lebih menarik dan tidak membosankan.
10

Hasil kajian yang diperoleh pada tahun 2005 ini juga memberi
perbandingan yang ketara pada tahun ini 2013 yang mana, sistem
pembelajaran telah pun mengalami penambahbaikan dari aspek
aplikasi ICT. Berdasarkan Laporan Awal Pelan Tindakan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013 2025), yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia, kerajaan telah menetapkan beberapa usaha dalam
menerapkan teknologi dalam pendidikan. Antara usaha yang sedang
dilakukan adalah:i. Meningkatkan akses Internet dan persekitaran pembelajaran
maya melalui 1BestariNet bagi semua 10,000 sekolah pada
ii.

penghujung 2013.
Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan
terbaik bermula dengan perpustakaan video guru menyampaikan

iii.

pengajaran dalam mata pelajaran kritikal 2013.


Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh
dan

berasaskan

kendiri

untuk

meningkatkan

kapasiti

dan

pembelajaran lebih khusus.


Oleh itu, dunia pendidikan negara akan mengalami 3 gelombang
yakni:i. Gelombang 1 (2013 hingga 2015): Mempertingkatkan Asas ICT
ii.
Gelombang 2 (2016-2020) : Memperkenal Inovasi dalam ICT
iii.
Gelombang 3 (2020 2025): Mengekalkan Penggunaan Sistem
ICT yang Inovatif
Petikan ucapan YAB Tan Sri Dato Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin di
Persidangan Antarabangsa Pameran Pendidikan Digital Asia pada 27 Mei
2013 lalu telah memberi gambaran kepada struktural pendidikan negara
untuk mengalami perubahan:
"Bagi memastikan keberkesanan usaha penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan, pihak
kementerian akan memastikan semua guru-guru terlatih dan cekap
menggunakan VLE menjelang 2015. Kementerian juga akan
menyediakan lebih banyak peralatan digital seperti tablet atau

11

telefon pintar kepada guru-guru dan pelajar dalam usaha


mewujudkan suasana pembelajaran kreatif dan inovasi".
Hasil kajian dan pemantauan dari ahli akademik telah menemui
beberapa

keputusan

dan

pengecaman

prestasi

guru

dan

murid

mengaplikasikan ICT dalam pendidikan. Hasil kajian juga menunjukkan


bahawa sentuhan ICT mampu mengangkat prestasi pendidikan negara
agar tidak jauh ketinggalan.

12.0 PENUTUP
Kesimpulannya, kesan efikasi guru terhadap penggunaan ICT akan
mempengaruhi kekerapan dan amalan menggunakan ICT dalam sistem
pengajaran mereka sama ada ketika mencari maklumat, menyampaikan
pengajaran, mencari isi kandungan pelajaran atau menjalankan proses
pengajaran. Oleh itu, guru perlu meningkatkan kemahiran dan efikasi
terhadap ICT sekali gus dapat merealisasikan aspirasi kerajaan dalam PIPP
negara. Selain itu, efikasi guru terhadap ICT juga tidak mencukupi untuk
menggalakkan penggunaan ICT dalam P&P. Penyediaan kelengkapan dan
peruntukan untuk membina sistem pendidikan era baru ini juga perlu
seiringan dengan tahap dan kemahiran guru. Justeru itu, kemudahan
infrastruktur juga akan mempengaruhi sistem pendidikan negara ini. Oleh
itu, semua pihak terutamanya guru serta barisan kepimpinan pendidik
negara harus bersama memajukan diri dari pelbagai aspek agar kualiti
perkhidmatan dapat ditingkatkan sekali gus dapat melahirkan generasi
muda yang mampu menjadi aset negara.
13.0 PETA MINDA

KESAN EFIKASI GURU


TERHADAP ICT DALAM
PENGAJARAN SEJARAH
BERBANTUKAN ICT
12

DEFINISI DAN
KONSEP EFIKASI
GURU TERHADAP
ICT
KESAN EFIKASI
GURU TERHADAP
ICT DALAM
PENGAJARAN.

KEPENTINGAN ICT DALAM


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

HUBUNGKAIT EFIKASI GURU


TERHADAP ICT DENGAN APLIKASI
ICT DALAM P&P

Rumusan Jurnal
Objektif
Kaedah kajian
Responden
Hasil kajian
Analisis kajian
Sumbangan hasil kajian
Aplikasi hasil kajian dengan pengajaran
dan pembelajaran masa kini

13

You might also like