You are on page 1of 19

Topik X Penerokaan

1

Perkembangan
Kanak-Kanak

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. menyatakan definisi perkembangan dan lima peringkat utama
perkembangan kanak-kanak;
2. mengenal
pasti
faktor
persekitaran
yang
mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak sebelum dan selepas lahir;
3. menghuraikan empat teori perkembangan kanak-kanak; dan
4. membincangkan falsafah, kaedah dan bentuk kajian perkembangan
kanak-kanak.

X

PENGENALAN

Bayi dalam kandungan membesar mengikut tahaptahap tertentu. Apabila lahir, proses perkembangan ini
akan berterusan dari peringkat bayi, kanak-kanak,
remaja dan dewasa. Apabila seseorang bayi dilahirkan,
kita selalu tertanya-tanya, bagaimana kita hendak
mengetahui bayi itu lapar? Bila agaknya anak-anak kita
boleh mula bercakap, belajar bertatih dan berjalan? Bila
anak-anak kita merajuk, bagaimana agaknya cara untuk
kita memujuk? Mengapa sesetengah kanak-kanak tidak
mahu berenggang dengan ibunya? Bagaimana pula kita
sebagai ibu bapa hendak menyediakan diri untuk
menjawab semua persoalan yang bakal ditanya oleh
anak-anak kita apabila mereka meningkat remaja?
Kesemua persoalan ini hanyalah sebahagian daripada

Perkembangan seseorang individu merupakan proses yang berlaku secara berterusan bermula dari peringkat percambahan sehinggalah akhir hayat. . Perkembangan seseorang individu dipengaruhi oleh faktor umur dan evolusi. kita akan melihat falsafah. Anda pasti masih ingat saat anak-anak mula melontarkan senyuman.1 DEFINISI PERKEMBANGAN Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar. Kemudian kita pelajari faktor persekitaran yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak sebelum dan selepas lahir diikuti dengan teori-teori perkembangan. Perkembangan yang dimaksudkan juga melibatkan kematangan seseorang. Umumnya boleh dikatakan bahawa perkembangan manusia terjadi hasil interaksi baka dan persekitarannya. kaedah dan bentuk kajian perkembangan kanak-kanak. berjalan dan bercakap. pastinya setiap perkembangan kanak-kanak menjadi kenangan indah dalam hidup. Perkembangan manusia boleh dikatakan proses yang unik kerana setiap individu akan melalui proses perkembangan yang berbeza. dalam topik ini kita akan sama-sama meneroka dan melihat perkembangan kanak-kanak bermula dari definisi dan lima peringkat utama perkembangan kanak-kanak. Selamat belajar! 1. bertatih. Justeru itu. Semasa seseorang bayi dilahirkan. kognitif serta personaliti sosial seseorang individu. mula meniarap. dia akan membawa bersamanya kod-kod genetik daripada kedua ibu bapanya yang akan menentukan sifat-sifat tabiinya.2 X TOPIK 1 PENEROKAAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK proses kehidupan yang akan ditempuhi oleh ibu bapa dalam proses perkembangan kanak-kanak. Semua ini merupakan detik-detik yang jelas menunjukkan perkembangan seorang kanak-kanak. Apakah yang dimaksudkan dengan perkembangan? Perkembangan melibatkan perubahan atau perkembangan daripada aspek fizikal. Akhir sekali.

Mari kita lihat huraian tahap dan aspek perkembangan kanak-kanak mengikut peringkat perkembangan dalam Jadual 1.1.1.1.1 1. perkembangan kanak-kanak juga meliputi empat aspek utama. .TOPIK 1 PENEROKAAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK W 3 1. AKTIVITI 1. Rajah 1.1: Lima peringkat utama perkembangan kanak-kanak Selain itu. bincangkan skop perkembangan kanak-kanak dari peringkat bayi sehingga remaja. Melalui perbincangan dengan rakan sekelas anda.1 Skop Perkembangan Perkembangan kanak-kanak secara keseluruhannya sehingga ke peringkat remaja boleh dibahagikan kepada lima peringkat utama seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

Contoh: melompat.4 X TOPIK 1 PENEROKAAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Jadual 1. Contoh: berat badan bertambah dua kali ganda semasa usia empat bulan x Kanak-kanak mula mendapatkan perhatian melalui bunyi. Contoh: bunyi cooing (bunyi burung) x Perkembangan kognitif terbatas x Mula mempunyai persepsi terhadap sesuatu perkara melalui penglihatan dan pendengaran x Mampu membuat penilaian sama ada sesuatu itu menarik atau tidak x Mampu menyebut sesuatu benda dengan rangsangan daripada ibu bapa x Mula belajar membezakan ahli keluarga dengan orang lain x Mula menunjukkan reaksi marah apabila kehendak dibantah x Berasa takut apabila mendengar bunyi di luar kebiasaan x Mendapat kemahiran motor kasar. memanjat. menendang bola x Menguasai kemahiran motor halus seperti menyikat rambut. 2002] Peringkat perkembangan /Umur Bayi (0-2 tahun) Awal kanakkanak (2 hingga 6 tahun) Aspek perkembangan Fizikal Bahasa Kognitif Psikososial x Perubahan bentuk badan seperti ketinggian dan berat badan. mandi dan memakai baju x Bahasa terus berkembang x Memahami maksud atau erti perkataan x Memahami arahan lisan x Mempunyai kemahiran menyoal x Berupaya membezakan perkara baik dan buruk x Mampu memahami konsep nombor x Perbendaharaan kata mula bertambah x Pergaulan dengan rakan sebaya berlaku x Mula mempunyai sikap negatif seperti mengejek dan memaksa .1: Tahap dan aspek perkembangan kanak-kanak mengikut peringkat perkembangan [Sumber: Psikologi Kanak-kanak dan Remaja.

TOPIK 1 Lewat kanakkanak (7 hingga 12 tahun) Awal Remaja (12 hingga 15 tahun) Remaja (15 hingga 20 tahun) PENEROKAAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK x Menguasai asas kemahiran dan tingkah laku seperti menulis.000 perbendaharaan kata x Pertumbuhan fizikal paling pesat di kalangan remaja lelaki dan wanita x Remaja perempuan mengalami perubahan bentuk badan selepas haid pertama x Remaja lelaki menjadi lebih tinggi x Sel-sel kewanitaan mula terbentuk di bahagian punggung dan dada x Menguasai gaya bahasa dan pelbagai struktur ayat x Menguasai dengan baik bahasa penulisan dan bahasa pertuturan x Menggunakan bahasa yang betul semasa komunikasi x Penggunaan kod tertentu dalam memberi makna perkataan W 5 x Mula menguasai aspek pengiraan x Boleh mengingat sesuatu mengikut turutan x Boleh membuat perbezaan saiz sesuatu objek yang dilihat x Menunjukkan kemajuan memberangsang -kan sekiranya didorong oleh ibu bapa x Mempunyai kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah x Mula bersikap cemburu apabila kurang diberi perhatian oleh ibu bapa x Kanak-kanak lelaki cenderung bersikap kasar dengan rakan perempuan x Mula terdedah dengan faktorfaktor persekitaran x Mula mencari identiti diri x Wujud perasaan egosentrik x Ada kalanya sukar menerima teguran x Remaja mudah terpengaruh dengan pelbagai faktor persekitaran x Perasaan egosentrik mula berkurangan x Emosi mulai stabil dan terkawal . membaca dan mengira x Berinteraksi dengan rakan sebaya melalui aktiviti luar bilik darjah x Otot-otot kecil bertambah di bahagian tangan dan kaki x Menunjukkan penguasaan dan sebutan bahasa biasa x Memperoleh sekurangkurangnya 30.

Ibu yang suka merokok. Bayi yang dilahirkan dengan berat yang berkurangan juga menghadapi risiko yang sama sekiranya kesihatan si ibu tidak diberi perhatian serius. mengandung terlampau muda serta menghidap penyakit rubella berkemungkinan akan memberi kesan perkembangan negatif pada janin seperti lemah jantung. di bawah pengaruh dadah.2 Pengaruh Persekitaran dan Didikan Apakah yang boleh anda rumuskan tentang persekitaran? Persekitaran yang dimaksudkan itu berubah-ubah dan secara tidak langsung boleh mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku seseorang sama ada sebelum dan selepas lahir.1. (ii) Didikan ibu bapa . (ii) Usia ibu mengandung Selepas Kelahiran (i) Pemakanan Sumber pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak selepas lahir ialah makanan. Terdapat beberapa faktor persekitaran yang mempengaruhi perkembangan anakanak sebelum dan selepas lahir. bijian. pucat. tidak aktif.2. mudah mendapat penyakit serta pertumbuhan yang lambat.6 X TOPIK 1 PENEROKAAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 1. kerosakan pada saraf pendengaran serta kelemahan pada sistem saraf. Kanak-kanak perlu mendapatkan nutrisi lengkap yang mengandungi jenis protein. Mari kita lihat satu persatu dalam Jadual 1. sayuran dan susu. Jadual 1.2: Dua faktor persekitaran yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak Sebelum Kelahiran (i) Kesihatan ibu mengandung Kesihatan ibu mengandung amat penting kerana kesihatan ini boleh mempengaruhi janin dalam kandungan. Tanda kekurangan zat makanan ialah kanakkanak kelihatan letih. Kekurangan zat makanan atau malnutrisi merupakan ancaman kepada kesihatan bayi.

Ibu yang mengandung digalakkan mengambil makanan yang mengandungi cukup protein. (iv) Rawatan sinar-X Rawatan sinar-x yang dijalankan ke atas ibu mengandung ketika usia kandungan bawah empat bulan boleh mengundang risiko kecacatan akal. bukan semua rakan sebaya memberikan kebaikan dalam interaksi sosial. Kanak-kanak terdedah kepada pengaruh rakan sebaya yang mungkin mempunyai sikap negatif seperti merokok. tempurung kepala. satu daripada 600 kalangan ibu yang mengandung pada usia lewat 40 melahirkan anak sindrom Down atau terencat akal. ibu bapa perlu sebagai memantau perkembangan mental-emosi kanak-kanak supaya berkembang mengikut apa yang diharapkan. Terdapat berbagai-bagai jenis penyakit yang boleh merencatkan pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak seperti demam. pertuturan. Anak-anak juga memerlukan sokongan dalam apa jua tindakan baik yang dilakukan bagi membentuk personaliti dan identiti diri. (iv) Pengaruh rakan sebaya Kanak-kanak sering bermain bersama rakan sebaya.TOPIK 1 PENEROKAAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Ibu-ibu yang mengandung pada usia yang sangat lewat juga berisiko melahirkan bayi sindrom Down. Sindrom Down dan cerebral palsy yang menyebabkan keperluan asasinya terpaksa dibantu oleh pertolongan ahli keluarga juga merupakan halangan kepada perkembangan kanak-kanak. Penggunaaan perkataan yang tidak elok seperti bodoh. penglihatan. (iii) Penyakit dan kecacatan kanak-kanak Kekurangan sistem pertahanan tubuh yang lengkap boleh menghalang perkembangan kanak-kanak. (iii) Pemakanan Perkembangan janin dalam kandungan boleh terjejas tanpa pengawalan serta penjagaan pemakanan yang seimbang. Berdasarkan kajian pakar-pakar perubatan. Pada masa yang sama. zat galian dan sayuran bagi membantu pertumbuhan janin. (v) Tekanan psikologi W 7 Perkembangan mental emosi dan fizikal kanak-kanak berkait rapat dengan pengaruh didikan daripada ibu bapa. Kanak-kanak yang mengalami kecacatan fizikal. buta dan sebagainya sekiranya rawatan yang berlebihan diterima. selsema dan lelah. mencuri dan sebagainya. kurang ajar dan sebagainya perlu dielakkan kerana kanak-kanak akan mengingati apa yang dituturkan oleh kedua ibu bapa. Kekurangan kandungan zat protein contohnya boleh menjejaskan pertumbuhan otak janin. batuk. autisme. karbohidrat. Ibu bapa harus mengelakkan perbezaan kasih sayang terhadap anak-anak bagi membentuk konsep kendiri yang mantap. Ibu bapa perlu memahami emosi kanak-kanak serta menggunakan kaedah paling sesuai untuk mendidik anak-anak. Namun begitu. (v) Pengaruh media massa . Justeru. kanak-kanak belajar mengembangkan mental-emosi serta mempelajari sesuatu yang baru.

2 TEORI-TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Adakah anda tahu bahawa bidang psikologi pada hari ini telah dipengaruhi oleh banyak pandangan dan pendekatan? Pakar-pakar psikologi pada hari ini banyak menumpukan kajian terhadap tingkah laku dan kognitif. kecederaan otak yang berlaku semasa kelahiran boleh mengakibatkan bayi menghadapi cerebral palsy. Teori Biologikal dan Teori Kognitif. 2. kita perlu bijak mempelbagaikan bahan-bahan pengajaran dan pendidikan yang baik untuk manarik minat kanak-kanak mempelajari dan menguasai ilmu. Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan objek berwarna warni. (vi) Masalah sewaktu proses kelahiran Masalah kekurangan oksigen sewaktu kelahiran akibat tempoh kelahiran yang terlalu lama serta penggunaan forcep dan vakum juga boleh menyebabkan perkembangan janin terjejas.2 1. AKTIVITI 1. Bincangkan tahap perkembangan bahasa kanak-kanak dari peringkat bayi sehingga berumur tiga tahun. Contohnya. Televisyen. majalah. Kanak-kanak mudah menerima input atau pengetahuan baru pada peringkat umur tertentu. serta menggabungkan pelbagai kaedah dan teori daripada pelbagai sumber. Sebagai ibu bapa. Teori Tingkah Laku dan Pemelajaran Sosial. Mari kita lihat satu persatu teori-teori ini. surat khabar dan buku kanak-kanak boleh menjadi elemen penting proses perkembangan minda dan intelek kanakkanak.8 X TOPIK 1 PENEROKAAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Pengeluaran hormon adrenalin yang berlebihan yang memasuki saluran darah janin akibat tekanan psikologi yang dialami oleh ibu-ibu yang mengandung boleh menjejaskan pertumbuhan janin dalam kandungan. Beberapa pendekatan utama dalam mengkaji psikologi perkembangan manusia antaranya ialah Teori Psikoanalitik. Jelaskan faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak sebelum dan selepas kelahiran. 1. .

Apakah fokus utama teori ini? Sigmund Freud Sumber: http://delambo. ego dan superego (lihat Jadual 1. Jadual 1. anggapan yang menyatakan tindakan bawah sedar memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tingkah laku seseorang bertentangan dengan pandangan Islam. seks dan sebagainya Bermaksud I atau saya Merupakan penggerak personaliti manusia Memainkan peranan dalam proses kematangan individu Menjadi pengimbang antara keperluan id dengan superego Merujuk kepada pegangan moral indivividu yang diasaskan daripada didikan atau asuhan yang diterima daripada ibu bapa Namun begitu. Dari sudut Islam. tidur. tindakan bawah sedar tidak boleh dijadikan kayu pengukur dalam membicarakan tingkah laku seseorang. udara.jpg] [S Freud menjelaskan perkembangan struktur personaliti seseorang individu mengandungi tiga elemen jiwa yang saling berinteraksi iaitu id.2.1 Teori Psikoanalitik Teori psikoanalitik diperkenalkan oleh seorang pakar jiwa Vienna bernama Sigmund Freud (1856-1939).1: Tiga elemen jiwa Teori Psikoanalitik Elemen Id Ego Superego Huraian Dorongan-dorongan biologikal atau kehendak naluri manusia seperti keperluan makanan.com/blog/style/sigmund.1). .TOPIK 1 PENEROKAAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK W 9 1.

Thorndike pula memperkenalkan konsep pelaziman instrumental yang menjelaskan proses penyelesaian masalah dalam proses pembelajaran dilakukan secara cuba jaya. Sebagai contoh.edu/~willia ms/images/Skinner11a. kanak-kanak berumur tiga tahun yang cuba menyusun blok mainan. B.syr. bukannya aspek dalaman individu itu sendiri.gif] B. Watson.L. 1953). teori ini cuba menjelaskan tingkah laku manusia berdasarkan pemerhatian atau kajian seperti penyelesaian masalah dan proses pembelajaran.jpg] .edu/thorndike. Persekitaran dikenal pasti sebagai salah satu faktor penting yang mempengaruhi pembentukan personaliti dan pembelajaran seseorang. Percubaan yang berulang-ulang dalam melakukan sesuatu dapat mempengaruhi kejayaan aktiviti yang dilakukan. L. B.2 Teori Behaviorisme dan Pembelajaran Sosial Teori ini dipelopori oleh J. F. E. proses ulangan yang dilakukan berkali-kali akan dapat menyelesaikan masalah dalam proses pembelajarannya.gif] E. Skinner [S Sumber: http://gator. Apabila tidak berjaya buat kali pertama.10 X TOPIK 1 PENEROKAAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 1. Watson menyatakan bahawa aspek yang berkaitan tingkah laku manusia dipengaruhi oleh persekitaran. L. Tingkah laku berkaitan emosi dan pemikiran pula dikatakan dipelajari secara kebiasaan iaitu melalui pengalaman. Thorndike. manusia merupakan hasil dan budaya yang diatur oleh manusia sendiri (Skinner. Umumnya. Thorndike [S Sumber: http://wwwdistance. Skinner dan E.com/~donclark/ hrd/history/watson. B.2. F.uhd. Skinner pula menyatakan: Kejayaan melakukan sesuatu melalui usaha yang dilakukan berulang-ulang kali diberikan ganjaran atau imbuhan yang sesuai sebagai peneguhan. Watson [S Sumber: http://nwlink. Manusia tidak mempunyai kuasa untuk mengawal hidupnya tetapi. J.

Faktor genetik diakui oleh kebanyakan pakar psikologi sebagai faktor yang mempengaruhi bentuk perkembangan individu. Justeru itu. bukannya tunduk kepada peraturan yang dibuat oleh manusia semata-mata.edu/~duchan/new_history/ima ges/gessell. Tempoh lima tahun pertama perkembangan kanak-kanak merupakan tempoh paling penting kerana dalam tempoh ini perkembangan kanak-kanak paling pesat daripada aspek fizikal.acsu. Keadaan ini dipengaruhi oleh proses fisiologikal seperti perubahan hormon. pandangan Skinner tidak disokong dalam perspektif Islam. Namun begitu. Setiap peringkat yang dilalui mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakan peringkat tersebut dengan peringkat yang lain.2. faktor kematangan juga mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.jpg] Gesell menyatakan terdapat sebilangan kanak-kanak yang matang lebih awal berbanding rakan-rakan sebaya yang lain. Ini kerana Allah telah mengurniakan akal kepada manusia untuk berfikir serta menentukan baik buruk sesuatu perkara.3 Teori Biologikal Kebanyakan penyataan berkaitan Teori Perkembangan Biologikal menyatakan bahawa perkembangan dan kecenderungan tingkah laku individu merupakan sebahagian atau keseluruhan perkembangan genetik. Faktor baka yang diwarisi daripada kedua ibu bapa pula mempengaruhi bentuk perkembangan individu. 1. .buffalo. peranan manusia sendiri untuk menggunakan akal dengan sebaiknya penting dalam menguruskan setiap inci kehidupannya. Gesell (1925) menyatakan kanak-kanak adalah individu unik yang berbeza daripada kanak-kanak lain. Selain faktor baka. kanak-kanak cenderung menunjukkan tingkah laku kurang stabil apabila berada pada tahap peralihan antara suatu peringkat ke peringkat yang lain apabila berlakunya masalah koordinasi. sosial dan emosi kanak-kanak.TOPIK 1 PENEROKAAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK W 11 Walau bagaimanapun. mental. Arnold Gesell [S Sumber: http://www. Gesell turut menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak berbeza mengikut peringkat-peringkat perkembangan tertentu.

Namun begitu. pemikiran kanak-kanak hanya berdasarkan suatu sudut atau penglibatan yang mudah x Kanak-kanak dapat mengklasifikasikan sesuatu benda mengikut bentuk tertentu seperti bulat. Menurut Piaget.activemath.11 tahun) Operasi formal (11 . objek dan perkataan x Perkembangan emosi bercambah selepas usia empat tahun. Perkembangan kognitif boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat perkembangan seperti yang diterangkan dalam Jadual 1. lambang.4 tahun) x Wujud sifat egosentrik iaitu enggan bersetuju dengan pandangan orang lain x Mampu menamakan objek-objek mudah seperti tanda-tanda.4 Teori Kognitif Teori kognitif dipelopori oleh Jean Piaget (18961980).7 tahun) Operasi konkrit (7 . bujur dan sebagainya x Mempunyai pemikiran yang lebih luas x Perasaan egosentrik pada kanak-kanak mulai hilang beransur-ansur dan kanak-kanak mula menerima pendapat dan pandangan daripada orang lain x Memahami penggunaan kata ganti nama dengan betul x Mempunyai semangat ingin tahu terhadap sesuatu perkara yang dipelajari x Mampu memikirkan sesuatu situasi secara mental x Dapat menggunakan masa lapang dengan pelbagai aktiviti berfaedah x Kanak-kanak dapat memahami konsep-konsep abstrak .2. perkembangan dan kematangan kognitif akan berlaku terlebih dahulu dan diikuti oleh perkembangan bahasa.jpg Jadual 1.or g/ActiveMath2/content/pia get/pics/jean_piaget.12 X TOPIK 1 PENEROKAAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK 1. Jean Piaget [S Sumber: http://lecture.2.15 tahun) Huraian x Pengamatan kanak-kanak terhadap sesuatu benda hanya berdasarkan penglihatan dan deria rasa sahaja x Mengenal objek yang berada berhampiran dengannya x Kebolehan membentuk imej mental-emosi dan penguasaan bahasa masih terbatas x Mengalami perkembangan pesat daripada aspek perkembangan bahasa (2 .2: Empat peringkat perkembangan Teori Kognitif Peringkat Deria motor (sehingga 2 tahun) Pra-operasi (2 .

TOPIK 1 PENEROKAAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK W 13 Rumusannya.3. Sesetengah aspek perkembangan seperti aspek fizikal akan terhenti apabila mencapai peringkat . perkembangan kanak-kanak akan berterusan sehingga akhir hayat. Perubahan kanak-kanak yang mungkin berlaku sering diramal oleh ahli psikologi perkembangan. mengapakah faktor didikan ibu bapa sangat penting dalam proses perkembangan kanak-kanak? Bincangkan.3 KAJIAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Sebagaimana yang kita ketahui. cara membentuk konsep kendiri dan personaliti kanak-kanak serta cara membantu kanak-kanak memperkembangkan kemahiran penyelesaian masalah. (d) pemikiran kanak-kanak akan lebih berkembang selepas berumur empat tahun. Mari kita lihat falsafah. (c) proses perkembangan mental kanak-kanak turut dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran. Jadual 1. Kanak-kanak akan sentiasa memperkayakan perbendaharaan kata sesuai dengan peringkat pertumbuhan dan perkembangannya. SEMAK KENDIRI 1. pendapat Piaget berkenaan perkembangan kognitif ialah: (a) perkembangan bahasa kanak-kanak berhubung rapat dengan perkembangan kognitif manusia.1 Pada pandangan anda. Antaranya diterangkan dalam Jadual 1. kaedah dan bentuk kajian dalam sub-topik yang seterusnya.3.3: Beberapa falsafah dalam kajian psikologi perkembangan Falsafah Perkembangan merupakan proses yang berterusan Huraian Perkembangan bermula daripada janin di dalam kandungan.1 Falsafah kajian Terdapat beberapa falsafah dalam kajian psikologi perkembangan. Kajian-kajian yang telah dijalankan boleh dijadikan garis panduan untuk kita mencari kaedah terbaik dalam mendidik anak-anak. 1. 1. (b) kanak-kanak berkembang mengikut proses perkembangan tertentu dan secara berperingkat. Kita selalu berfikir kaedah terbaik untuk mendidik anak-anak.

kemahiran bercakap kanak-kanak banyak bergantung kepada faktor kematangan kanak-kanak itu sendiri. namun perkembangan emosi. Kesinambungan merujuk kepada perkembangan yang dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran dan pemelajaran sosial manakala ketidaksinambungan perkembangan merujuk kepada pengaruh baka dan kematangan yang berlaku sepanjang proses perkembangan individu. Setiap individu akan mengalami bentuk pengulangan yang berbeza dengan individu lain. Perkembangan manusia berlaku sama ada disedari atau tidak. Namun sekiranya dilatih dari peringkat awal. Keempat-empat aspek ini sering kali bertindih antara satu sama lain. perkembangan kognitif. Sesetengah ahli psikologi pula melontarkan pendapat bahawa proses perkembangan yang dilalui oleh individu mengikut siri atau tahap. semasa menjengah alam dewasa mahupun apabila meningkat ke usia tua. bahasa dan sebagainya terus berlaku sepanjang hayat. Ada kalanya peringkat perkembangan yang dialami dalam satu-satu tahap perkembangan akan dialami berulang-ulang kali sepanjang hayat. Proses ini berlaku juga hasil interaksi kematangan dan pemelajaran. kanak-kanak yang mendengar bunyi bahasa akan dapat menyebut semula perkataan dengan cepat. Penyesuaian perlu dilakukan dalam setiap tahap perkembangan yang dilalui sama ada semasa meningkat remaja. perkembangan emosi dan perkembangan sosial. biologi. Kebanyakan ahli psikologi perkembangan memberi penekanan terhadap proses pertumbuhan dan perkembangan yang berlaku secara berperingkat seperti perkembangan fizikal dan bahasa. Kajian psikologi turut melibatkan bidang-bidang pengkajian lain seperti perubatan. Setiap individu dikatakan akan melalui setiap tahap tersebut. Perkembangan melibatkan proses yang kompleks dan boleh dibahagikan kepada empat aspek utama perkembangan iaitu perkembangan biologi. Proses perkembangan lebih mematangkan individu berdasarkan pengalaman yang dilalui sendiri ataupun daripada pengalaman orangorang yang hampir dengan kita. Sebagai contoh.14 X TOPIK 1 PENEROKAAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Perkembangan menggambarkan kesinambungan dan ketaksinambungan Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran Perkembangan merupakan bidang yang multidimensi Perkembangan merupakan proses berkitar dan berulangan remaja. . pendidikan dan sebagainya.

tetap bergantung kepada perbezaan individu. Jadual 1. emosi (bermasalah tingkah laku) dan personaliti (periang atau kemurungan). memerhati ciri/trait pembacaan di kalangan kanakkanak prasekolah dan sebagainya. 1.4: Beberapa kaedah dalam kajian perkembangan Kaedah Pemerhatian semula jadi Huraian Melalui kaedah ini. Sebagai contoh.4. kognitif (seperti kecerdasan).3.TOPIK 1 Perkembangan menunjukkan perbezaan antara individu PENEROKAAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK W 15 Proses pengulangan dalam perkembangan melalui pengalaman mungkin sama dirasakan oleh kita dengan orang lain namun. Terdapat beberapa kaedah yang sering digunakan dalam mengkaji aspek perkembangan seperti yang diterangkan dalam Jadual 1. pengkaji akan mengkaji responden dalam keadaan semula jadi. memerhati tingkah laku kanakkanak pintar cerdas. perbezaan-perbezaan ini akan mempengaruhi perkembangan sosial seperti komunikasi dengan orang lain.2 Kaedah-kaedah Kajian Kita memerlukan kaedah saintifik dalam mengkaji aspek-aspek psikologi. pemilihan kerjaya dan sebagainya. Contohnya. pengkaji ingin membuat kajian berkaitan semangat kerjasama kanak-kanak dalam aktiviti permainan di luar bilik darjah. memerhati kanak-kanak bermain di padang permainan. Dalam kaedah yang digunakan. Ada individu yang mengalami perkembangan yang agak lambat dari aspek fizikal seperti ketinggian. Justeru itu. Pengkaji akan melakukan tindakan-tindakan berikut: Merekodkan tingkah laku kerjasama yang ditunjukkan kanakkanak tanpa mengganggu keadaan di luar bilik darjah tersebut Bersikap terbuka dalam mengutip data dengan menjelaskan bentuk tingkah laku yang ingin dilihat Pemerhati kedua boleh digunakan sekiranya pemerhati tidak bersetuju dengan apa yang dilihat bagi tujuan mendapatkan kebolehpercayaan pemerhatian melalui perbandingan Merakam tingkah laku yang ingin dikaji Pemerhati digalakkan bergaul dan berkomunikasi dengan responden untuk beberapa waktu sebelum menjalankan kajian . permasalahan kajian akan ditentukan diikuti dengan pengumpulan data dan seterusnya membuat kesimpulan serta mengesahkan kesimpulan yang diperolehi berkaitan perkembangan yang dikaji.

. Kaedah ini menjurus kepada seorang atau beberapa individu dalamjangkamasatertentu. kesimpulan kajian melalui kaedah ini diragui kerana keputusankajianhanyabergantungkepadakebenarankenyataan responden sematamata. soal selidik bagi mengkaji tahap kepuasan guru terhadap masa bekerja yang ditetapkan. Anda mungkin akan menerima nilai kolerasi yang positif atau negatif.16 X TOPIK 1 Kajian kes Tinjauan Kaedah korelasi PENEROKAAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK  Kanakkanak cenderung berlakon di hadapan orang yang asing bagi mereka. Maklumat terperinci berkaitan kajian mudah diperoleh kerana telah wujud hubungan secara terus dengan responden misalnya maklumat yang dikehendaki berkaitan denganemosi.Datadeskriptifberkaitanresponden akan dikumpulkan terlebih dahulu. pemerhatian yang dilakukan tidak dapat memberikan sebab dan akibat yang ingin dikaji. Contohnya.  Namun.rekodkesihatandanlainlain. Kaedah ini digunakan sekiranya anda ingin melihat perhubungan antara dua elemen atau dua pemboleh ubah. ahli psikologi menggunakan kaedah ini untuk mengkaji individu yang mengalami gangguan minda.sikapdanperasaan.Temubualdapatmewujudkanhubunganbaikantara pengkaji dengan responden dan kadar penyertaan responden adalah tinggi. Sekiranya nilai yang anda terima nilai positif.statussosial. Lazimnya. Pengumpulan data juga terhad kerana perbezaan antara individu menyebabkan penerimaan maklumat yangberbeza. Tinjauan berbentuk temu bual atau soal selidik merupakan dua kaedah pengumpulan maklumat sampel responden yang mewakili satu golongan. Begitu juga sebaliknya. Contohnya.taraf pendidikan. Sebagai contoh.  Kaedah temu bual digunakan bagi menyelaraskanmaklum balas responden dan membuat perbandingan gerak balas dan sebagainya. Maklumatmaklumat yang dikumpulmerupakanlatarbelakangkeluarga. anda ingin mengkaji pencapaian akademik kanak-kanak pekak dengan interaksi ibu bapa. Korelasi bernilai kosong pula bermakna tiada hubungan antara dua pemboleh ubah yang dikaji.kitatidakdapatmenentukansebabsebenartingkah lakutersebutterbinasebegitu. Oleh itu. ini bermakna secara relatifnya. peningkatan satu skor akan membawa kepada peningkatan skor yang lain. kita berjaya mengesan ciri/trait kerjasama kanakkanak cenderung bersama rakan sebaya berbanding kanakkanak lebih tua atau mudatetapi.

Lazimnya.TOPIK 1 Uji kaji PENEROKAAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK W 17 Uji kaji dijalankan dengan tujuan melihat perhubungan antara beberapa situasi berbeza untuk menentukan perhubungan sebabakibat.3. berpindah. namun kaedah ini kurang sesuai kerana kanak-kanak tidak suka dikawal. tujuh dan 12 tahun x Maklumat dikumpul dalam masa singkat x Sukar untuk menentukan pertumbuhan dan kemerosotan perkembangan kerana responden yang berbeza umur (kesan kohort) Perbandingan Berturutan x Gabungan bentuk kajian Jangka Panjang Berturutan dan Keratan Lintang Berterusan.5: Bentuk-bentuk kajian perkembangan [S Sumber: Psikologi Kanak-kanak dan Remaja. anda dikehendaki membuat uji kaji berkaitan kesan rancangan kartun terhadap pembentukan personaliti kanak-kanak. terdapat tiga bentuk kajian perkembangan yang boleh dijalankan seperti dalam Jadual 1. 1. Contohnya. bosan dengan Keratan Lintang Berturutan x Responden berbeza umur tetapi dibuat pada masa yang sama x Contohnya: kajian perkembangan bahasa kanak-kanak berusia tiga. Justeru itu. x Responden adalah berbeza peringkat umur dan perkembangan dikaji dalam tempoh masa tertentu x Lebih menjimatkan masa x Maklumat diterima lebih banyak x Dapat menjelaskan perbezaan yang wujud antara responden yang . mari kita lihat bentuk-bentuk kajian dalam perkembangan kanakkanak.5.3 Bentuk-bentuk Kajian Akhir sekali.2002] Jangka Panjang Berurutan x Mengkaji kanak-kanak yang sama dalam tempoh tertentu contohnya tiga atau lima tahun x Contoh kajian: mengkaji perkembangan bahasa kanak-kanak x Melihat perubahan perkembangan kanakkanak x Memerlukan masa dan kos yang tinggi x Risiko kehilangan responden ( sakit. Kumpulan pertama Kumpulan kedua Diberimenontonkartunselamadua minggu Dilarangmenontonpadatempohmasa yangsama Walaupun kaedah ini dapat menunjukkan hubungan ÂkesanakibatÊ yang dikehendaki. Jadual 1. Kumpulan-kumpulan responden dipilih tetapi. hanya satu kumpulan yang akan diuji kaji. anda perlu memikirkan kaedah terbaik untuk menjalankan kajian seperti membiarkan kanak-kanak dalam persekitaran biasa.

kaedah dan bentuk yang boleh dipilih dan digunakan untuk membuat kajian dalam bidang ini. SEMAK KENDIRI 1. Perkembangan kanak-kanak merupakan proses yang berterusan dari janin sehinggalah ke akhir hayat. Faktor persekitaran sebelum lahir ialah kesihatan ibu mengandung. Dalam kajian perkembangan kanak-kanak terdapat falsafah. usia ibu mengandung.18 X TOPIK 1 PENEROKAAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK kajian) x Wujud kesan ÂlatihanÊ ujian. x x x x x Perkembangan merupakan perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif. tekanan psikologi dan masalah sewaktu proses kelahiran. Empat teori perkembangan kanak-kanak ialah Teori Psikoanalitik. . Prestasi meningkat kerana sering diberi ujian yang sama x Kesan kohort  sekumpulan manusia yang sama seharusnya terdedah kepada persekitaran yang sama disebabkan oleh perbezaan perkembangan Pada topik akan datang. didikan ibu bapa. pengaruh rakan sebaya dan pengaruh media massa. Teori Biologikal dan Teori Kognitif. kita akan melihat dan mendalami topik berkenaan genetik dan keturunan yang memberi pengaruh yang besar terhadap perkembangan kanak-kanak secara keseluruhannya. Lima peringkat utama perkembangan kanak-kanak ialah: (a) Peringkat bayi ( 0-2 tahun) (b) Peringkat awal kanak-kanak (2-6 tahun) (c) Peringkat lewat kanak-kanak (7-12 tahun) (d) Peringkat awal remaja (12-15 tahun) (e) Peringkat remaja (15-20 tahun) Terdapat faktor persekitaran yang mempengaruhi perkembangan kanakkanak sebelum dan selepas lahir. Faktor persekitaran selepas lahir pula ialah pemakanan. penyakit dan kecacatan kanak-kanak. pemakanan. Teori Tingkah Laku dan Pemelajaran Sosial. rawatan sinar-X.2 Bandingkan kaedah kajian perkembangan kanak-kanak daripada aspek kekuatan dan kelemahannya.

(1995).TOPIK 1 Faktor-faktor persekitaran Kaedah-kaedah kajian Perkembangan bahasa Perkembangan fizikal Perkembangan kognitif Perkembangan psikososial PENEROKAAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK W 19 Teori Behaviorisme dan Pemelajaran Sosial Teori Biologikal Teori Kognitif Teori Psikoanalitik Teori Perkembangan Kanak-kanak Bee. Pettijohn. & Kauffman. H. T. Exceptional children: Introduction to special education. (1998). Hallahan. Ohio: Dushkin/McGraw-Hill. J. Boston: Allyn and Bacon. F. Psikologi pendidikan. & Ramlah Jantan (2003). New York: Harper Collins College Publishers. Shahabuddin Hashim. .). D. (2003). Mahani Razali. The developing child. Psychology: A connectext (4th ed. Selangor: PTS Publication.