You are on page 1of 15

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTER JANUARI / TAHUN 2015
ABSE 2103
PRINSIP EKONOMI

NO. MATRIKULASI

:

840920125351001

NO. KAD PENGENALAN

:

840920-12-5351

NO. TELEFON

:

019-8414754

E-MEL

:

roshidi_okim@oum.edu.my

NAMA TUTOR

:

NORHAFIZAHTULZAKIAH BINTI
ABDULLAH

PUSAT PEMBELAJARAN

:

LABUAN LEARNING CENTRE

Kecekapan Pasaran. Perspektif Islam. Kesimpulan Tangan Kerajaan 3-4 Dalam 5-6 6-10 10 11 Rujukan 1 . Pasaran. Konsep Harga Dan Kawalannya Daripada 3. Peranan Institusi Al-Hisbah Dalam Memastikan 5. Kerasionalan Campur 4.ABSE2103 PRINSIP EKONOMI ISI KANDUNGAN N Tajuk o Halaman 1. Pengenalan 2 2.

ABSE2103 PRINSIP EKONOMI 1. Dalam masa yang sama penipuan. pembaziran. Namun begitu kegiatan ekonomi pada awal Islam agak terbatas dengan kegiatan jual-beli sahaja di pasaran yang mudah. monopoli. pembekuan modal. percukaian. halal. Ekonomi Islam mempunyai prinsip-prinsip yang berpunca dari semangat ajaran alQuran dan al-Sunnah yang dijadikan sebagai garis panduan dalam pelaksanaan aktiviti ekonomi Islam menggalakkan manusia terlibat dalam pelbagai kegiatan ekonomi yang boleh memberi manfaat kepada kehidupan mereka seperti pengeluaran. Oleh itu manusia bebas memilih jenis kerja dan mengumpul seberapa banyak harta kekayaan mengikut keupayaan masing-masing. pengunaan dan pengagihan. riba. Semua ini supaya kehidupan manusia didorong oleh perasaan persaudaraan kepada orang lain. Firman Allah S. Kegiatan ekonomi diletakkan sebagai kategori ibadah. bekerja keras. ihsan. kewangan kerajaan dan sebagainya. Sekaligus menjawab dakwaan bahawa ekonomi Islam adalah sama dengan ekonomi konvensional ataupun ekonomi Islam merupakan tiruan kepada ekonomi konvensional. amanah dan membuat pelaburan harta. Pengenalan. Walau bagaimanapun kebebasan ekonomi terikat dengan peraturan syariat seperti haram. zakat. monopoli.W. syubhah dan sebagainya. Ekonomi Islam mempunyai misi dan juga aktiviti tertentu yang mesti diketahui secara sempurna dan tepat. sistem harga.T : 2 .s yang menjadi Menteri Ekonomi pertama di Mesir. harus. Ekonomi bukanlah persoalan baru dalam Islam. Mulai abad kedua Hijrah bermulalah beberapa kajian mengenai kegiatan ekonomi secara khusus dan lahirlah tulisan-tulisan mengenai hukum riba. Perancangan dan aktiviti ekonomi telah berlaku dalam zaman Nabi Yusuf a. rasuah dan sebagainya tiada tempat dalam amalan ekonomi Islam. Baginda telah meletakkan asas ilmu ekonomi dengan membuat satu perancangan rapi bagi memastikan negara mempunyai bekalan yang mencukupi apabila menghadapi musim kemelesetan. Penelitian terhadap aspek konseptual ini amat penting bagi melihat perbezaan di antara ekonomi Islam dan ekonomi konvensional.

Al-Qimah.a. dan apa jua perintah Yang dibawa oleh Rasulullah (s. dan anak-anak yatim. dan bertaqwalah kamu kepada Allah. manakala al-As’ar adalah kata jamak kepada perkataan al-si’r. dan bagi kaum kerabat (Rasulullah). serta penilaian masing- 3 . Al-thaman ialah harga yang dipersetujui oleh kedua-dua penjual dan pembeli. dan apa jua Yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. i. ( Surah Al-Hasyr. maka adalah ia tertentu bagi Allah. ialah nilai barangan yang diaudit oleh juru audit bertauliah.ABSE2103 PRINSIP EKONOMI                                          Apa Yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri. harga pada asalnya ditentukan oleh penjual dan pembeli berasaskan kerelaan masing-masing. serta orangorang musafir (yang keputusan). Konsep harga dari perspektif Islam iaitu Tas’ir yang bermakna menentukan harga. ayat 7) 2. iaitu dalam bahasa Melayu ialah harga. (Ketetapan Yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Konsep Harga Dan Kawalannya Daripada Perspektif Islam. Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang Yang melanggar perintahNya). dinamakan juga thaman al-mithli Dalam sistem pasaran Islam. dan orang-orang miskin. Dalam bahasa Arab ada beberapa perkatan yang hampir sama maksudnya dengan al-as’ar iaitu. dan bagi Rasulullah.w) kepada kamu maka Terimalah serta amalkan. bandar atau desa Dengan tidak berperang. walaupun mungkin harganya lebih mahal atau lebih murah daripada nilainya yang sebenar ii.

kerajaan tetap perlu melakukan sesuatu. 4 . Oleh itu. penjualan tanpa kerelaan dianggap tidak sah. Jika ada campur tangan kerajaan. majoriti sarjana dalam hampir semua mazhab menganggap adalah haram bagi kerajaan untuk campur tangan dalam urusan penentuan harga dalam pasaran. Ini kerana tujuan pengharaman penentuan harga oleh kerajaan ialah untuk menjaga pasaran. Namun. bagi menjaga kepentingan dan kemaslahatan pasaran. iaitu kepentingan penjual agar tidak dizalimi. tetapi jika gerakan pasaran menunjukkan arah yang luar biasa yang memudaratkan masyarakat. yang mungkin boleh memudaratkan masyarakat awam dengan kenaikan itu.W. dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. termasuklah kerajaan. Biarkan kekuatan penawaran dan permintaan yang menentukannya.T :                           Wahai orang-orang Yang beriman. yang mengandungi kuasa penjual dan pembeli. kecuali Dengan jalan perniagaan Yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu. Penentuan harga pada asasnya ditentukan oleh peserta pasaran. Berasaskan dalil ini. kerajaan boleh menentukan harga pasaran dengan syarat tidak boleh menzalimi pihak penjual. ayat 29). Sekiranya berlaku kenaikan yang luar biasa. janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu Dengan jalan Yang salah (tipu. Dalam hal ini. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu . ( Surah An-Nisa.ABSE2103 PRINSIP EKONOMI masing setelah kedua-duanya benar-benar mengetahui tentang harga dan nilai barangan atau perkhidmatan itu. Justeru. kerana ia adalah memakan harta sesama insan dengan cara yang salah. bukan orang luar. Ini adalah berdasarkan firman Allah S. judi dan sebagainya). ia akan mengganggu dan seolah-olah memaksa penjual untuk menjual dengan harga yang tidak dipersetujuinya. untuk menentukan harga . para sarjana fiqh Islam membuat kesimpulan bahawa Islam memberikan kebebasan untuk kuasa pasaran.

.” (Ibn Taymiyyah. Jika berlaku kenaikan harga makanan yang melampau dan luar biasa contohnya kenaikan sekali ganda atau berganda-ganda ii. maka kerajaan boleh menentukan harga yang sesuai untuk dijual oleh pihak yang memonopoli ini. Islam tidak menggalakkan campur tangan dalam penentuan harga kerana harga ialah diantara mekanisme pasaran. Pakar ekonomi Islam. kerajaan perlu juga campur tangan terhadap mekanisme pasaran dengan cara terbaik. Situasi berlaku monopoli terhadap sumber makanan oleh satu pihak sahaja. dengan harga yang tidak merugikannya iii. Syaykh Islam Ibn Taymiyyah r.. Ketika ini kerajaan berhak memaksa penjual menjual dengan harga semasa. maka tentukanlah harga yang adil tanpa memudaratkan dan melampau. dalam situasi kenaikan harga barang yang tidak normal dan menjejaskan pasaran. al-Hisbab fi al-Islam).ABSE2103 PRINSIP EKONOMI beberapa situasi yang mana kerajaan boleh campur tangan dalam penentuan harga: i. Namun begitu. Menyediakan barang awam 5 . Beberapa bentuk campur tangan kerajaan: 1. 3. “Jika sampai kepada satu tahap yang tiada cara lain kecuali perlu kepada penentuan harga oleh kerajaan. maka kerajaan boleh memaksa penyimpan stok untuk menjual dengan harga yang ditentukan demi menjaga kemaslahatan.. sebagaimana Islam tidak membenarkan kerajaan campur tangan dalam mempengaruhi permintaan dan penawaran. Kerajaan berfungsi sebagai perancang atau pengawas dalam sistem pasaran untuk mengelakkan penipuan dan memberi perlindungan kepada masyarakat. ataupun dengan harga kos sebagai hukuman kerana memanipulasi pasaran iv. Situasi berlaku sorokan makanan atau memonopoli melalui cara manipulasi pasaran untuk menaikkan harga.h. Kerasionalan Campur Tangan Kerajaan Dalam Pasaran. Situasi masyarakat yang sangat memerlukan makanan.

Oleh itu. Penyediaan barang awam memerlukan kos yang besar dan tidak menguntungkan. Mereka yang berkeupayaan dalam pengurusan organisasi akan menjadi usahawan yang berjaya dan para peniaga yang kurang cekap akan ketinggalan atau tersingkir dari pasaran akibat kegagalan mereka sendiri. Kerajaan boleh menggalakkan kemasukan firma baru ke dalam pasaran dengan menghapusan sekatan kemasukan baru dalam pasaran. maka pihak kerajaan perlu menyediakan barang awam walaupun tidak menguntungkan bagi tujuan kepentingan dan meningkatkan taraf serta kebajikan masyarakat. Mengawal kuasa monopoli Persaingan yang tidak sempurna dalam pasaran mewujudkan monopoli. pendapatan Kerajaan dan mengecilkan melaksanakan dasar jurang perbezaan untuk membasmi kemiskinan dan mengurangkan jurang perbezaan pendapatan di kalangan masyarakat. Menstabilkan tingkat harga 6 . Kerajaan menggunakan hasil kutipan cukai untuk membiayai kos penyediaan barang awam. Contohnya ialah hospital kerajaan dan sekolah kerajaan. Kerajaan menggunakan sistem pencukaian dan subsidi untuk mengagih semula pendapatan itu. Kerajaan perlu bertanggungjawab untuk mengawal kuasa monopoli dan menggalakkan persaingan yang sihat dalam pasaran. Sistem ekonomi Kapitalis menggalakkan keuntungan atau kepuasan yang maksimum. Membaiki agihan pendapatan Persaingan yang tidak adil dalam pasaran bebas menyebabkan jurang agihan pendapatan besar antara golongan kaya dengan golongan yang miskin. 3.ABSE2103 PRINSIP EKONOMI Pihak swasta tidak menyediakan barang awam kerana barang awam tidak tertakluk kepada prinsip pengecualian dan penyediaan barang awam lazimnya memerlukan kos yang tinggi. 2. 4. membenarkan pemilikan harta tanpa had serta mengamalkan sistem riba dan mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira hak asasi orang lain.

Ekonomi Islam mempunyai identitinya yang tersendiri. Ia ialah institusi yang menjaga dan mengawasi kemaslahatan umum masyarakat Islam termasuk kegiatan politik. agama dan ekonomi (kehidupan sosial secara umumnya) dengan tujuan mengekalkan keadilan dan kemuliaan sebagaimana yang dianjurkan oleh syariat Islam dan bersesuaian pula dengan suasana persekitaran dan masa. salib dan seumpamanya adalah diharamkan oleh Islam. Penjualan babi. ada di kalangan ahli ilmuan Islam mendefinisikan institusi hisbah sebagai satu badan pengawasan yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengawasi kegiatan individu dalam perkara yang berkaitan dengan akhlak. 4. patung. Institusi hisbah merupakan sebuah institusi yang pernah memainkan peranan penting dalam negara Islam.ABSE2103 PRINSIP EKONOMI Permintaan dan penawaran yang sering berubah-ubah menyebabkan kegiatan ekonomi sentiasa turun naik sehingga menimbulkan masalah kestidakstabilan tingkat harga umum. sosial dan ekonomi. Islam menetapkan setiap barangan yang dipasarkan hendaklah dipastikan halal dan bermanfaat kepada pengguna. Sehubungan ini. Sehubungan itu. Berikut adalah antara peranan Institusi Al-Hisbah dalam memastikan kecekapan pasaran : 1. Kebenaran 7 . Kerajaan campur tangan dalam ekonomi melalui dasar fiskal dan dasar kewangan untuk menstabilkan ekonomi. arak atau minuman yang memabukkan. Ia bukanlah semata-mata diasaskan bagi mendapat keuntungan tanpa mengambil kira kesan sampingan terhadap agama dan mudarat yang mungkin timbul kepada anggota masyarakat. Peranan Institusi Al-Hisbah Dalam Memastikan Kecekapan Pasaran. Memastikan barangan yang dipasarkan adalah halal dan mematuhi kehendak syarak. Barangan yang haram dan boleh mendatangkan mudarat pula hendaklah ditegah daripada dijual kepada masyarakat.

babi dan patung berhala” Muhtasib dalam soal ini berkuasa menta’dib dan mentakzirkan orangorang yang melakukan kemungkaran tersebut. dengan harapan supaya pembeli-pembeli lain yang mahu membeli barangan tersebut sanggup pula menawarkan harga yang lebih tinggi bagi mendapatkannya. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT dan Rasul-Nya mengharamkan penjualan arak. pembohongan. bangkai. Membanteras penipuan.Termasuk dalam bentuk perbuatan alnajash ialah perbuatan penjual itu sendiri yang menipu dengan memberitahu harga belian yang lebih tinggi daripada harga sebenar yang dibelinya supaya dengan itu keuntungan yang diperoleh juga lebih tinggi.ABSE2103 PRINSIP EKONOMI untuk memperniagakan barangan ini akan memudahkan manusia melakukan maksiat dan melanggar perintah Allah SWT. maka sesiapa yang melakukan amalan yang bukan dari arahan kami maka dia ditolak. Ibn al- Ikhwah menyebutkan bahawa takzir boleh dikenakan terhadap orang yang mempamerkan arak dan alat-alat hiburan iaitu dengan memusnahkan arak dan alat-alat hiburan yang dirampas atau menukarkannya menjadi alatan lain yang bermanfaat. Bentuk penipuan lain ialah tindakan sesetengah peniaga yang mempamerkan barangan yang masih elok dan menyembunyikan barang 8 . dan penyelewengan pada barangan dan harga Penipuan dan pembohongan merupakan perkara yang biasa berlaku dalam kegiatan ekonomi sesebuah masyarakat. 2. Sabda Rasulullah SAW bermaksud : Penipuan di dalam neraka. Antara bentuk penipuan dan pembohongan yang biasa dilakukan dalam perniagaan ialah aktiviti jual beli al-najash iaitu peniaga membuat pakatan dengan individu tertentu yang sebenarnya tidak mahu membeli barangan tetapi beliau diminta untuk membuat tawar-menawar barangan dengan harga yang tinggi. Oleh sebab itulah Islam memandang tinggi peniaga yang benar dan jujur dalam perniagaannya serta menjanjikan azab terhadap segala jenis penipuan.

3. Mereka juga berhak menghukum para peniaga yang melakukan penipuan mengikut kesesuaian dan tahap penipuan yang dilakukan.ABSE2103 PRINSIP EKONOMI yang rosak atau aib sehingga menyebabkan pembeli tertipu dan membayar harga yang tidak sepadan dengan nilai barangan. b. Firman Allah SWT:        Dan betulkanlah cara menimbang itu Dengan adil. Hukum riba amat jelas kedudukannya dalam Islam. (Surah al-Rahman. iaitu akad terhadap jual beli yang tidak diketahui persamaannya pada timbangan atau sukatan yang diakui syarak dan berlaku padanya lebihan secara tidak adil. Oleh itu. Istilah syarak pula menurut Mustafa Hj Daud sesuatu perniagaan itu dikatakan terlibat engan riba apabila berlaku halhal berikut: a. ayat 9) Para muhtasib juga diberi kuasa untuk memeriksa dan menguji alat timbangan. Pertukaran mata wang atau barang jenis riba. Hutang. iaitu menangguhkan penyerahan salah satu barang yang dijual beli dan kerana penangguhan itu maka tambahan atau lebihan dikenakan sama ada pada matawang atau barangan. c. iaitu bayaran yang lebih daripada wang yang dipinjammengikut perjanjian yang disyaratkan terlebih dahulu. sukatan dan ukuran yang digunakan bahkan mereka juga berhak untuk memeriksa dan mengawasi kedai-kedai yang menjual alatan tersebut dan memastikan pembuatannya mematuhi piawaian yang ditetapkan. ayat-ayat al-Quran banyak menyentuh soal mencukupkan timbangan dan sukatan serta mencela orang yang mengurangkannya. berkembang. serta janganlah kamu mengurangi barang Yang ditimbang. naik. Firman Allah SWT : 9 . Jual beli riba. Penipuan pada timbangan dan sukatan juga merupakan antara bentuk penipuan yang kerap berlaku. Mencegah urus niaga yang melibatkan unsur riba Riba membawa maksud bertambah. bengkak membesar dan tanah tinggi.

padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Urus niaga riba juga wujud apabila berlakunya pertukaran barangan yang serupa tetapi tidak sama kuantitinya yang dikenali sebagai riba al-fadl. ayat 275) Dalam bidang perniagaan Islam menetapkan setiap urus niaga mestilah bebas daripada unsur riba. Mereka diberi kuasa 10 untuk menghukum para . Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". dan sesiapa Yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka.ABSE2103 PRINSIP EKONOMI                                                    Orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan Dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu.(Surah alBaqarah. maka apa Yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya. dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Urus niaga yang diamalkan seperti ini berbentuk riba. Muhtasib selaku pihak yang bertanggungjawab terhadap perniagaan di pasar hendaklah memantau dan mencegah setiap urus niaga yang melibatkan riba. Seseorang penjual boleh menetapkan satu harga barangan pada satu masa menggunakan kaedah berikut : Apabila seseorang penjual meletakkan harga barangan pada satu masa dengan harga lebih tinggi jika dibuat secara bertempoh (hutang) dan dengan harga lebih murah jika dibuat secara tunai. mereka kekal di dalamnya. oleh itu sesiapa Yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba).

ABSE2103 PRINSIP EKONOMI pengamalnya sekiranya didapati bersalah kerana ia merupakan perkara mungkar yang wajib dicegah. muhtasib boleh memaksa penjual senjata menjualnya dengan harga pasaran. Sesetengah fuqaha yang tidak mengehadkan ihtikar hanya berlaku pada makanan seperti Hanafiyyah mendefinisikannya sebagai pembelian makanan selain tujuan menahan sehingga harga barangan melambung tinggi. 11 . Contohnya. manakala penimbun akan dilaknat. Muhtasib juga boleh memaksa muhtakir diihtikarkannya dengan harga pasaran memerlukan. berbagai-bagai definisi telah dikemukakan oleh para fuqaha: Sesetengah fuqaha yang mengehadkan ihtikar hanya pada makanan semata-mata seperti Shafieyyah mendefinisikannya ihtikar sebagai pembelian makanan semasa harga naik dan menyimpannya untuk dijual dengan harga yang lebih tinggi dan menyusahkan orang ramai. Sabda Rasulullah SAW: ‫الجالب مرزوق والمحتكر ملعون‬ Maksudnya: Pembawa barangan akan diberi rezeki. Begitu juga ketika berlaku peperangan. Malikiyyah pula mengatakan ihtikar ialah mengikuti perkembangan pasaran dengan tujuan menaikkan harga. 5. Dari segi istilah pula. zalim dan menimbun barang. Kesimpulan. Mereka bersandarkan dalil yang sahih daripada hadis Rasulullah SAW. 4. Hanabilah pula mengatakan ihtikar ialah pembelian makanan dan menyimpannya untuk menunggu harga naik. muhtasib menjual barangan yang kepada orang ramai yang berhak memaksa sesiapa yang mempunyai simpanan makanan yang berlebihan supaya menjualnya kepada orang ramai ketika berlaku kebuluran atau bencana. Sungguhpun para fuqaha berbeza pendapat tentang definisi ihtikar tetapi mereka telah sepakat mengharamkan perbuatan ihtikar dan pelakunya. Memerangi perbuatan ihtikar Ihtikar bermaksud aniaya.

Ia mengajar manusia mengenai pengertian kepatuhan.ABSE2103 PRINSIP EKONOMI Ekonomi Islam mempunyai misi yang jelas iaitu untuk membawa kebajikan kepada manusia dan berusaha untuk menjauhkan manusia dari sebarang keburukan melalui langkah-langkah pencegahan dan pembaikan. tetapi pada masa yang sama pemantauan dan pengawalseliaan diperlukan untuk memastikan pergerakannya berjalan atas undangundang yang dikuatkuasakan. negara dan masyarakat Islam. penindasan.W. Namun. Cabaran yang amat nyata di sini ialah ekonomi konvensional itu sendiri telah berakar umbi dikalangan individu dan negara. 12 . Struktur pasaran yang baik inilah yang wajar dibiarkan bergerak sendiri berasaskan rezeki yang akan dikurniakan oleh Allah S. manipulasi kejahilan masyarakat dan seumpamanya. Islamisasi yang menyeluruh hendaklah dilakukan ke atasnya. iaitu individu. dan diamalkan secara meluas dan menyeluruh. tidak berlaku penipuan.A. keikhlasan dan ibadah supaya manusia mendapat kebaikan dalam setiap aktiviti ekonomi yang dilakukan meningkatkan melalui ekonomi peranan dan Institusi mengelakkan Al-Hisbah daripada yang dapat berlakunya penyelewengan didalam pasaran berdasarkan kepada syariat yang dibawa oleh Rasulullah S.T. Terdapat banyak cabaran yang harus dilalui oleh para cendikiawan Islam untuk mengembangkan dan memantapkan ilmu ekonomi Islam. Ternyata sekali institusi ini telah menonjolkan keadilan sistem pentadbiran Islam dan membuktikan politik Islam adalah sebaik-baiknya dalam membawa kemakmuran sejagat. Struktur pasaran perlu dipastikan agar wujudnya ketelusan maklumat. Islam dan bukan Islam. Setelah menjadi mantap ia harus pula diyakinkan kepada penggunanya. Hisbah merupakan sistem yang berkembang dalam masyarakat Islam untuk memelihara kepentingan umum.W. hal ini tidak bererti kerajaan tidak mencampuri urusan pembinaan struktur pasaran serta pengawalseliaan terhadap perjalanan mekanisme pasaran. walaupun terdapat beberapa kelemahan dalam perlaksanaannya. Syariah juga jelas menunjukkan Islam tidak membenarkan campur tangan kerajaan yang keterlaluan terhadap mekanisme pasaran.

Ekonomi Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. S Noordeen h. Lahore: Islamic Publications Ltd. Jomo K. The Economic Enterprise In Islam. Manan (1989).com/2013/11/prinsip-ekonomi-islam. Kuala Lumpur: Univision Press Sdn. Prinsip Ekonomi Islam. Bhd.html 13 . Muhammad Nejatullah Siddiqi (1992).blogspot.com/ekonomi-mikro/ekonomi-makro/ Syafi’i (2013). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Doktrin Ekonomi Islam. Silk (1980).ABSE2103 PRINSIP EKONOMI (2689 patah perkataan) Rujukan Afzalul al-Rahman (1992). Alternatif Ekonomi Islam. Rashid (1982). Diperolehi pada 11 Mac 2015 daripada :http:// syafiielsikha. Radiah Abdul Kadir (2001). Ekonomi Islam: Teori & Praktis.wordpress. Muhammad Abd. Prinsip-prinsip Ekonomi Islam. Ekonomi Kini : Prinsip dan Persoalan. Ekonomi Mikro-teori dan Amalan. Zakariah A. Kuala Lumpur: A. Suheri (2012). Diperolehi pada 10 Mac 2015 daripada : https://suherilbs. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Sundram (1996). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Leonard S. Terjemahan oleh Mustafa Kasim.

uitm. Dipeolehi pada 11 Mac 2015 daripada: http://ir.ABSE2103 PRINSIP EKONOMI Mohd Shah (2002).wordpress.pdf Mohamad Ezam Mohd Nor (2010). Diperolehi pada 11 Mac 2015 daripada :https://dppwp. edu. Penghayatan Prinsip Hisbah dan Urus Tadbir yang Baik di Malaysia.com/usrah/penghayatan-prinsip-hisbahdan-urus-tadbir-yang-baik-di-malaysia/ 14 . my/ 2491/1/MOHD_SHAH_RAZALI_02_24. Institusi Al-Hisbah.