You are on page 1of 6

PENGENALAN

Aktiviti pertanian di Malaysia menyumbang sebanyak 12% Keluaran Dalam Negara


Kasar (KDNK) negara. Pertanian merupakan kegiatan ekonomi sara diri masyarakat Melayu
tradisional yang sangat penting. Dalam aktiviti pertanian ini, padi merupakan tanaman utama
memandangkan nasi merupakan makanan ruji bagi penduduk di Malaysia. Padi merupakan
tanaman yang ketiga terluas penanamannya di Malaysia selepas kelapa sawit dan getah. Pada
tahun 2010, keluasan padi adalah 687 940 hektar dan hasil pengeluarannya pula adalah sebanyak
2 548 309 metrik tan.

SISTEM-SISTEM TANAMAN PADI DI MALAYSIA

Gambar 1: Dua sistem tanaman padi di Malaysia - Padi sawah (kiri), Padi huma (kanan)

Terdapat dua sistem tanaman padi di Malaysia iaitu padi sawah dan padi huma. Padi
sawah adalah padi yang ditanam di sawah padi yang bertakung air semasa peringkat
pertumbuhannya. Padi sawah yang turut dikenali sebagai padi bendang merupakan jenis padi
yang banyak ditanam di Semenanjung Malaysia terutamanya di bahagian Utara, Pantai Barat
Semenanjung Malaysia. Antara negeri yang mempunyai tanaman padi sawah adalah seperti
Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.
Padi huma atau padi bukit pula merupakan sistem tanaman padi yang asal di Malaysia
sebelum sistem penanaman padi sawah diperkenalkan. Padi huma adalah padi yang ditanam di
kawasan kering sama ada di tanah tinggi atau tanah rendah dan bergantung kepada air hujan
sahaja untuk keperluan bekalan air. Padi huma banyak ditanam di Sabah dan Sarawak yang pada

kebiasaannya ditanam oleh orang asli seperti orang Iban dan Murut. Di semenanjung Malaysia
pula terdapat di Pahang, Perak, Kelantan, Terengganu, dan sedikit di Johor. Tiada statistik yang
sebenar dalam jumlah keluasan padi huma namun dianggarkan sekitar 700-1350 hektar.

AGEN-AGEN PERUBAHAN
1. Pertumbuhan penduduk
Pertumbuhan ekonomi dunia yang pesat dan proses globalisasi telah mewujudkan
peluang dan cabaran kepada pertumbuhan ekonomi negara. Keadaan ini telah menyebabkan
sektor pertanian yang turut merangkumi industri agromakanan turut berdepan dengan cabaran
dan perlu melaksanakan perubahan bagi meningkatkan sumbangannya dalam menyokong
aspirasi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Antara perkara yang dijangka
memberi tekanan kepada industri pengeluaran makanan tempatan adalah berlakunya
pertambahan penduduk, peningkatan pendapatan serta perubahan cita rasa pengguna.
Isu jaminan bekalan makanan telah mendapat perhatian apabila berlakunya peningkatan
harga makanan secara mendadak terutamanya beras pada tahun 2008. Oleh itu, bagi menampung
keperluan makanan bagi pertambahan penduduk, kemudahan pengairan telah disediakan bagi
membolehkan penanaman padi diusahakan dua kali setahun. Penggunaan baja kimia, racun
serangga, jentera moden dan benih yang bermutu tinggi juga digunakan bagi meningkatkan hasil
pengeluaran padi.
2. Komersialisasi
Komersialisasi adalah kegiatan pertanian yang diusahakan dalam bentuk perladangan
dengan hasil dalam kuantiti yang besar, jadi memerlukan keluasan tanah yang lebih luas yang
bermotifkan perniagaan dan keuntungan. Ini terjadi kerana permintaan petani itu sendiri untuk
mendapat pendapatan lebih bagi memenuhi keperluan asas mereka. Bagi mendapatkan keperluan
asas mereka memerlukan wang atau sumber pendapatan untuk membeli barangan keperluan
tersebut.
Sebagai contoh, padi hibrid yang dihasilkan melalui kaedah bioteknologi pencantuman
benih-benih yang bermutu yang berlainan untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti. Padi
ini menjimatkan kawasan padi dan memberikan hasil yang lebih iaitu sebanyak 7 tan bagi setiap
hektar berbanding padi biasa iaitu sebanyak 4 atau 5 tan. Ianya juga menjimatkan penggunaan
2

baja. Padi ini tiada beza dengan padi biasa cuma berbeza dari segi ketinggian dimana padi hibrid
ini lebih tinggi. Namun kos untuk menghasilkan benih hibrid agak tinggi iaitu RM15 sekilo
berbanding padi inhibrid RM1.40 sekilo.
3. Pengaruh kerajaan
Pengaruh kerajaan adalah yang melibatkan dasar, polisi, dan usaha kerajaan dalam
memajukan sektor pertanian. Di Malaysia sendiri kerajaan memainkan peranan dalam memberi
bantuan kepada petani dalam menjana kemajuan pertanian disamping mengurangkan beban para
petani. Antara peranan yang diberikan adalah :
menyediakan dana kepada petani seperti skim kredit mikro oleh Bank Pertanian
Malaysia
memberi subsidi seperti subsidi baja kimia, racun serangga, dan subsidi harga hasil
pertanian. contohnya, petani padi yang menjual hasil padi kepada BERNAS diberi
tambahan harga sekali ganda daripada hasil yang dijual.
menyediakan sistem pengairan yang cekap untuk membekalkan air sepanjang tahun,
contohnya Rancangan Pengairan Muda (Kedah), Rancangan Pengairan Kemudu
(Kelantan), Rancangan Pengairan Kerian (Selangor), untuk membolehkan padi ditanam
dua kali setahun.
menubuhkan Jabatan Pertanian di peringkat negeri, daerah, dan wilayah bagi memberi
khidmat nasihat kepada petani dalam pengurusan sawah secara sistematik, moden, dan
cekap.
mengawal harga pertanian melalui mekanisme kawalan harga yang stabil agar petani
tidak mempunyai masalah dengan orang tengah. Contoh jabatan seperti FAMA,
MARDEC, BERNAS.
mewujudkan agensi penyelidikan yang bertanggungjawab menghasilkan benih yang
bermutu, tahan serangan perosak, penyakit, cepat mengeluarkan hasil. Contohnya,
MARDI.
menjalankan usaha promosi produk pertanian.

PERUBAHAN DALAM SEKTOR PENANAMAN PADI

1. Teknologi atau kaedah pengeluaran telah bertukar


I.

Jentera pertanian
mempercepatkan kerja pertanian
menjimatkan kos buruh
meningkatkan kecekapan pengeluaran
menjimatkan masa kerja

II.

Racun serangga
mengurangkan kerosakan tanaman
meningkatkan hasil tanaman

III.

Baja kimia/urea
menyuburkan tanah
meningkatkan hasil tanaman

IV.

Empangan/pengairan/terusan
mengurangkan masalah kekurangan air hujan
meningkatkan pengeluaran
memperluaskan kawasan tanaman

V.

Sistem pengangkutan (jalan raya/kereta api)


memudahkan dan mempercepatkan pemasaran hasil
mempercepatkan penghantaran hasil ke kilang untuk diproses dan
mengurangkan kerosakan

VI.

Penyelidikan moden
menghasilkan benih tanaman yang bermutu
meningkatkan hasil tanaman
mencari cara baru bagi untuk mengurangkan penyakit dan perosak
tanaman

2. Strategi pengeluaran bertukar


Pengeluaran padi merujuk kepada maklumat jumlah pengeluaran padi sawah dan padi
huma. Sehingga kini kadar pengeluaran beras negara adalah sebanyak 75% sahaja. Padi
merupakan salah satu tanaman bijirin paling penting dimana makanan asas bagi penduduk
4

Malaysia adalah nasi. Hampir 10% daripada kawasan penanaman di Malaysia khususnya di
kawasan Utara Semenanjung Malaysia seperti Kedah, adalah berasaskan tanaman padi.
Lazimnya padi dituai sekali setahun untuk mendapatkan hasil tetapi dengan adanya variasi padi,
hasil padi dapat dituai sebanyak dua kali setahun. Namun terdapat masalah yang lain iaitu
masalah serangan makhluk perosak dan penyakit kurang produktif. Disebabkan itu, pihak Institut
Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dengan usahasama RB Biotech Sdn.
Bhd. telah menghasilkan padi hibrid siraj untuk menangani segala berkaitan penanaman padi.

3. Kehendak atau keperluan berubah


Nasi adalah bahagian penting dalam diet Malaysia setiap hari. Pada tahun 1998, Malaysia
yang dihasilkan 1.94 juta tan metrik beras.Walaupun dengan pengeluaran tinggi ini, Malaysia
masih hanya menghasilkan lapan puluh peratus daripada apa yang diperlukan untuk menyokong
dirinya dan mesti import yang lain. Purata warga Malaysia memakan 82.3 kilogram nasi setahun.
Penduduk yang semakin meningkat memanggil untuk lebih banyak penyelidikan dan kemajuan
teknologi untuk meningkatkan beras pengeluaran untuk kegunaan dalam negara. Malaysia
dilaporkan mengimport lebih 30 peratus keperluan beras negara. Ini adalah kerana tahap sara diri
kita ialah 70 peratus. Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani, Datuk Dr. Baharom Jani berkata, senario itu jika dibiarkan berterusan tanpa
sebarang pelan tindakan dibimbangi akan menjejaskan bekalan makanan negara. Pada tahun
1960-an dan 1970-an, pihak kerajaan memang menyasarkan sara diri penuh dengan pelaburan
yang besar membina infrastruktur seperti parit dan saliran. Kerja-kerja penyelidikan juga
dipertingkatkan dalam membangunkan benih padi yang berhasil tinggi, tahan penyakit dan
mampu ditanam dari sekali setahun kepada dua kali setahun. Malaysia juga pernah mencapai 90
peratus tahap sara diri pada tahun 1970-an kerana pembangunan industri padi dan beras yang
fokus ketika itu berjaya menyasarkan tahap sara diri penuh.Perubahan struktur ekonomi negara
daripada berasaskan pertanian kepada ekonomi berasaskan industri yang bermula dalam tahun
1980-an telah banyak mengubah pola pertanian negara khususnya industri padi dan beras.
Perubahan tersebut telah mewujudkan persaingan sumber seperti tenaga buruh, tanah dan air di
mana industri padi "telah tewas". banyak tanah pertanian telah ditukar kepada penggunaan
industri dan perumahan. Kerancakan pembangunan sektor perindustrian dan perumahan telah

memperlahankan pertumbuhan sektor pertanian. Kini purata saiz sawah masih kecil dengan
purata 2 hektar seorang petani dan purata umur petani padi dalam lingkungan 55-60 tahun.

You might also like