You are on page 1of 5

FAKTOR DALAMAN DAN LUARAN DALAM PERNIGAAN

Persekitaran Perniagaan
Berdasarkan teori system, sesebuah organisasi perniagaan itu tidak dapat berdikari. Organisasi
perniagaan dikelilingi oleh elemen-elemen persekitaran yang berinteraksi dan mempengaruhi
pembuatan keputusan dan tingkah lakunya. Sebelum para peniaga merancang strategi
perniagaan, mereka perlu mengenali, menganalisa dan memahami keadaan persekitaran
perniagaan terlebih dahulu. Namun, persekitaran perniagaan boleh ditinjau dari dua perspektif
iaitu persekitaran perniagaan dalaman dan persekitaran perniagaan luaran.

Persekitaran Mikro
Persekitaran mikro untuk pelaburan baru adalah juga merujuk kepada persekitaran industri.
Persekitaran ini mempengaruhi aktiviti keusahawanan dan sukar untuk usahawan
mempengaruhi elemen ini di dalam industri. Usahawan memerlukan perancangan dan
melaksanakan strategi tertentu untuk mendapat kelebihan bersaing di dalam industri.
Pengaruh terbesar industri adalah penguna, pesaing, pembekal, institusi kewangan, agensi
kerajaan dan organisasi bukan kerajaan.

a). Pengguna
Pengguna merupakan kumpulan sasaran utama dalam sesebuah perniagaan. Mereka
mengunakan barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah industri. Pengguna
boleh menjadi individu di dalam masyarakat seperti suri rumah, pekerja, pelajar atau
sekumpulan manusia. Pengguna dianggap raja di dalam sistem pasaran. Sesetengah produk
digunakan oleh pengguna industri seperti pengedar, agen, pemborong dan peruncit. Kumpulan
manusia seperti ini mempengaruhi keputusan usahawan. Keputusan organisasi perniagaan
terhadap jenis atau barangniaga yang hendak ditawarkan di pasaran dipengaruhi oleh
kehendak dan citarasa pengguna.

b). Pesaing
Usahawan yang ingin melakukan perniagaan baru hendaklah menganalisis pesaing
mereka di dalam industri. Pesaing adalah mereka yang berniaga untuk memenuhi kehendak

pengguna yang sama atau mempunyai peluang untuk berkhidmat kepada pengguna tersebut.
Mereka juga boleh mengenal pasti pengguna (untuk perniagaan sedia ada) atau bakal
pengguna (untuk perniagaan baru) dengan bertanya di mana mereka membeli produk atau
perkhidmatan. Usahawan boleh mengenali mereka dengan melalui direktori perniagaan.
Analisis grid boleh digunakan sebagai alat untuk menganalisis dan penentu tahap persaingan
di dalam industri. Usahawan juga boleh mengenal pasti setiap aspek kekuatan dan
kelemahan pesaing mereka dengan alat ini serta dapat membantu mereka untuk memulakan
pelaburan baru.

c). Pembekal
Pembekal adalah kumpulan kedua yang mempengaruhi aktiviti keusahawanan.
Mereka boleh menaikkan harga barangan atau perkhidmatan yang mereka jual dan mereka
juga boleh mengurangkan kualiti produk dan perkhidmatan yang ada di pasaran. Pembekal
hendaklah sentiasa berinteraksi dengan organisasi perniagaan. Interaksi diantara pembekal
dan organisasi perniagaan memberi pelbagai kesan kepada penetapan corak perjalanan,
operasi dan kemajuan sesebuah organisasi perniagaan. Hubungan baik dengan pembekal
adalah perlu untuk menjamin perjalanan bagi operasi sesebuah organisasi perniagaan agar
tidak terganggu dan terus berkembang.

d). Insitusi Kewangan


Insitusi kewangan merupakan punca luaran untuk membiayai sesebuah perniagaan
baru atau bagi mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Pinjaman dari institusi kewangan
bukan sahaja sukar diperolehi untuk memulakan perniagaan baru kerana ianya tidak
mempunyai rekod semula ini tetapi terpaksa membayar kadar faedah yang mana akan
membebankan perniagaan baru. Oleh hal yang demikian, institusi kewangan mempunyai
pengaruh secara langsung terhadap usahawan.

e). Agensi Kerajaan


Kerajaan adalah pengaruh bagi aktiviti keusahawanan melalui pelaksanaan polisi.
Contohnya Dasar Ekonomi Baru, Polisi Penswastaan dan Dasar Pertanian. Sesetengah polisi
memberi kesan secara langsung kepada pelbagai jenis aktiviti keusahawanan. Polisi dan

peraturan yang dilaksanakan oleh kerajaan mempunyai objektif dan tujuan tertentu. Kerajaan
juga menyediakan sokongan kepada usahawan.

f). Organisasi Bukan Kerajaan


Persatuan Pengguna, Organisasi Politik, Kumpulan Agama, Persatuan Perniagaan,
Kumpulan Pencinta Alam Sekitar dan sebagainya merupakan sebuah organisasi bukan
kerajaan yang mempengaruhi seseorang usahawan. Kumpulan ini mempengaruhi seseorang
usahawan melalui kempen terhadap produk atau perkhidmatan dan dengan penyebaran
maklumat mengenai sesuatu produk. Oleh itu, ianya mempengaruhi pengguna dan
memberikan tekanan kepada kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap sesuatu isu dalam
perniagaan.

Persekitaran Makro
Persekitaran makro merupakan satu persekitaran yang lebih luas yang memberi peluang dan
ancaman kepada syarikat. Persekitaran makro juga mempengaruhi aktiviti perniagaan secara
tidak langsung.
1. Demografi
Demografi adalah berkait rapat dengan saiz, lokasi, kepadatan, umur, jantina, kelas
sosial dan lain-lain ciri kependudukan seperti bangsa, pekerjaan serta statistik lain berhubung
populasi penduduk dalam sesebuah kawasan atau sesebuah Negara itu sendiri. Persekitaran
demografi sangat penting kerana ianya akan mempengaruhi pemasar dalam strategi
pemasaran meliputi jumlah kuantiti produk yang akan dikeluarkan , produk yang sesuai
dikeluarkan dan sebagainya. Contohnya di kawasan Lembah Klang populasi penduduk adalah
ramai berbanding di Utara Malaysia sebab Lembah Klang merupakan kawasan tumpuan
ramai yang kaya dengan pelbagai sumber ekonomi seperti perkilangan dan pertanian. Justeru
itu dapatlah dikatakan bahawa di kawasan Lembah Klang populasinya adalah tinggi,
golongan belia adalah ramai dan kuasa beli akan menjadi semakin besar.

2. Ekonomi
Faktor ekonomi boleh mempengaruhi kuasa beli dan corak perbelanjaan pengguna.
Antara lain ialah perubahan di dalam pendapatan iaitu apabila pendapat meningkat kuasa beli

akan meningkat. Faktor ini juga melibatkan jumlah barang-barang dan perkihdmatan yang
dihasilkan, diedarkan, dijual dan digunakan dalam sesuatu ekonomi. Selain itu juga ianya
melibatkan transaksi pasaran,kerajaan,awam, dan transaksi bukan untung.Perubahan di dalam
cara berbelanja, menurut Hukum Engel telah menyatakan bahawa apabila pendapatan
penduduk meningkat, perbelanjaan untuk makanan akan menurun.Contohnya, di dalam
kegawatan ekonomi penggunaan kad kredit yang meluas boleh menyumbang kepada
penjanaan ekonomi kerana berlakunya peningkatan di dalam kadar berbelanja pengguna.
Apabila berlakunya kemelesetan ekonomi memberi kesan kepada aktiviti perniagaan iaitu
hasil keluaran dan pendapatan Negara akan merosot dan mengakibatkan kebanyakan syarikat
akan mengalami kerugian serta muflis.

3. Teknologi
Peningkatan dalam teknologi banyak mempengaruhi dunia pemasaran. Selain itu juga
ianya berkait rapat dngan perkembangan produk baru, pemprosesan dan sebagainya.
Perubahan teknologi telah menyebabkan lebih banyak peluang dan pasaran baru kepada
pemasar. Ia turut menyumbangkan kepada peningkatan peruntukan belanjawan di dalam R &
D. Kesan dari pembangunan teknologi ini akan meningkatkan keluaran, wujudnya produkproduk inovasi dan memberi kesan kepada aktiviti-aktiviti pemasaran. Contoh : penggunaan
internet di dalam melaksanakan aktiviti promosi oleh sesebuah syarikat. Kesan daripada
penggunaan teknologi yang canggih juga akan menyebabkan kepada persaingan antara
syarikat perniagaan.

4. Politik
Organisasi perniagaan juga harus prihatin dan peka kepada persekitaran politik dan
undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan di tempat ianya melakukan operasi.
Perniagaan tidak dapat dipisahakan daripada kuasa politik, namun ianya mungkin
menyulitkan aktiviti-aktiviti organisasi perniagaan atau memberi peluang kepada organisasi
perniagaan. Misalnya, melindungi dan mengembangkan industri kereta yang baru, kerajaan
Malaysia sebagai pemegang kuasa politik mengenakan kadar cukai import yang tinggi
terhadap kemasukan barangan seperti komponen dan alat ganti kereta dari negara luar.
Tindakan kerajaan Malaysia ini akan memberi tekanan kepada pengimport barangan yang

berkaitan. Pada masa yang sama, ia juga memberi kebaikan dan sokongan kepada peniaga
tempatan.Selain itu, undang-undang dan peraturan yang digubalkan bertujuan menjamin etika
perniagaan. Misalnya, undang-undang jualan langsung (Direct Sale) adalah bertujuan untuk
memberi perlindungan kepada para pembeli dan pengguan terakhir. Persekitaran politik yang
stabil dan undang-undang yang sempurna membolehkan oragnisasi perniagaan terus
beroperasi dan berkembang.

5. Sosial dan Kebudayaan


Dalam dunia perniagaan, penilaian terhadap persekitaran sosial dan budaya tidak dapat
diringankan kerana masyarakat yang menggunakan barangniaga dan perkhidmatan yang
dikeluarkan oleh organisasi perniagaan mempunyai tahap sensitivity tersendiri. Setiap
masyarakat seperti masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai nilai-nilai etika yang
tersendiri mengikut agama dan bangsa.Dalam organisasi perniagaan perlu menghormati
perbezaan nilai-nilai etika dalam kalangan masyarakat. Misalnya, makanan yang dikeluarkan
khas untuk masyarakat beragama Islam di Malaysia diwajibkan mempamerkan logo halal
daripada Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kesedaran tentang perbezaan,
keinginan untuk mempelajari, mengetahui dan memahami perbezaan dan persamaan nilainilai etika yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat dapat membantu organisasi perniagaan
untuk maju dan mengembangkan perniagaannya keperingkat yang lebih meluas.

You might also like