You are on page 1of 21

Ketokohan Tunku Yaakob

- Ketokohan YTM. Tuanku Yaacob Mula 1-1

Akhir

Ketokohan YTM. Tunku Yaacob


YTM Tunku Yaacob Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah ialah Putera yang
ke 18 baginda Sultan Kedah. Beliau telah diputerakan di Kota Kanchut, Bandar
Diraja Alor Setar, ibu negeri Kedah iaitu pada hari Rabu 23 Syaaban 1317
bersamaan 27 Disember 1899. Bondanya bernama Sharifah Fatimah binti Syed
Idrus. Saudara-saudara yang seibu dengannya ialah Tunku Hajar, Tunku Yahya,
Tunku Abdul Majid timang-timangannya ialah Tunku Endut, Tunku Zainal Abidin
Thani dan Tunku Muhammad Shuib. Manakala Tunku Abdul Rahman adalah
adindanya tetapi berlainan ibu.

Tunku Yaacob sejak kecil telah menunjukkan kebolehan luar biasa. Masa kecilnya
ketika berusia 7 tahun, beliau berkemampuan menghafal Surah Yassin. Pada tahun
1909, Tunku Yaacob telah dihantarkan ke sekolah Inggeris yang baru sahaja siap
didirikan pada 8 Disember 1908. Ianya dipanggil Government English School
(G.E.S). Penuntut yang mula bersekolah di sini ialah Tunku Yaacob, Tunku Abdul
Rahman dan beberapa orang putera lagi. Seterusnya Tunku Yaacob telah dihantar
ke Malay College Kuala Kangsar pada tahun 1912. Beliau telah diletakkan dalam
kelas satu. Kemudian dinaikkan ke kelas dua dan tiga yang dicantumkan. Dalam
peperiksaan tahunan, Tunku Yaacob telah menduduki tempat ketiga. Kemudian
Tunku Yaacob telah dinaikkan ke kelas VII. Kemudiannya menerima "Sijil Tamat
Persekolahan" sebagai penuntut yang keempat dalam lingkungan umur 16 tahan.
Tetapi semasa perang dunia yang pertama tahun 1914-1918, Tunku Yaacob terpaksa
belajar dua tahun lagi dalam sebuah kelas khas dengan kemahuan guru besarnya.

Tunku Yaacob telah meninggalkan Maktabnya ketika berumur 18 tahun. Beliau


memegang jawatannya yang pertama pada 22 September 1918 sebagai seorang
Pegawai Penempatan Percubaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu di Daerah Kerian,
Perak. Seterusnya Tunku Yaacob telah bertukar ke Alor Setar, kemudian beliau
dilantik sebagai Penolong Ketua Pejabat Tanah Daerah Kubang Pasu. Beliau
kemudian dihantar ke Pulau Langkawi sebagai Ketua Pejabat Tanah Daerah
Langkawi di Kuah. Tunku Yaacob telah dilantik sebagai Ketua Pejabat Tanah Baling
pada tahun 1921. Tunku Yaacob telah dibenarkan cuti belajar ke England bermula
pada 5 Disembaer 1922 atas perbelanjaan sendiri. Pada tahun 1929, Tunku Yaacob
telah tamat pengajian dalam bidang pertanian dan memperolehi Ijazah B.A. beliau
kemudian melanjutkan pelajaran ke Imperial College of Agriculture di Trinidad.

Sekembali Tunku Yaacob pada 14 Februari 1930, beliau telah dilantik sebagai Ketua
Tanam-Tanaman Negeri Kedah yang sekarang dikenali sebagai Jabatan Pertanian.
Atas usaha dan bimbingan beliau yang tidak mengenal penat dan jemu, beliau telah
membimbing kaum tani mengusahakan tanaman padi mengikut teknik moden.
Orang Melayu juga digalakkan menanam tanaman lain daripada padi seperti
jagung, ubi, pisang, sayur dan lain-lain. Hasilnya yang berlebihan boleh dijual
sebagai satu mata pencarian selain daripada hanya bergantung kepada bertanam
padi dan menoreh getah. Tunku Yaacob juga memberi bantuan benih, baja dan
nasihat. Atas khidmat bakti Tunku Yaacob, pendapatan petani bertambah baik.
Tunku Yaacob telah menubuhkan Pusat Percubaan Padi di Teluk Chengai sebagai
pusat latihan supaya petani mengetahui kaedah bersawah bendang secara betul
dan sistematik. Beliau juga menubuhkan "Gajah Mati Agricultural Experiment
Station" iaitu sebuah pusat penyelidikan berkenaan pertanian khususnya berkenaan
benih pokok buah-buahan tempatan. Tunku Yaacob telah menganjurkan "Kedah
Agri-Hoticultural Association" (KAHA). Tujuannya ialah untuk menggalakkan petani
dan peladang mempamerkan dan menjual hasil tanaman dalam pertunjukan tanamtanaman, perusahaan kerja tangan dan ternakan.

Awal tahun 1920an, Tunku Yaacob telah menanamkan kesedaran kepada orang
Melayu pada waktu itu bahawa sekiranya mereka masih tertumpu dibidang
pertanian mereka tidak akan mencapai kemajuan. Beliau berpendapat orang
Melayu diberi peluang bersama-sama dengan bangsa asing di dalam bidang
perniagaan. Tunku Yaacob telah menubuhkan Pekan Nat atau Pekan Sehari yang
masih berjalan dengan maju hingga hari ini. Hasil kesedaran seorang Putera Diraja
Kedah YTM Tunku Yaacob tentang kemunduran orang Melayu dalam perniagaan
telah ditubuhkan Pekan Nat di Tanjung Chali, Alor Setar. Letaknya dihujung Jalan
pekan China dan Jalan Pengkalan Kapal. Sempena hari kelahirannya pada hari Rabu,
Pekan Nat itu dinamakan Pekan Rabu yang khususnya dibuka pada tiap-tiap hari
rabu sahaja.

Tujuan utama penubuhan Pekan Rabu itu ialah untuk menggalakkan kaum
bumiputera khususnya orang-orang Melayu mengambil bahagian dalam perniagaan
dan perusahaan kampung.Di samping itu, mereka boleh memasarkan penghasilan
mereka. Tanjung Chali yang ditubuhkan pada tahun 1920 adalah tapak bagi melatih
orang Melayu di dalam perniagaan. Tujuan Tunku Yaacob menubuhkan pekan sehari
itu ialah untuk melatih orang Melayu di bidang perniagaan selain daripada memberi
peluang kepada orang kampung bersama-sama mengambil bahagian menjual hasilhasil kampung mereka. Tunku Yaacob telah berjaya meletakkan asas latihan
berniaga kepada orang Melayu sehingga menimbulkan kesedaran kepada
kebanyakkan orang Melayu bahawa bidang perniagaan itu bukanlah menjadi hak
milik monopoli orang asing sahaja.

Penglibatan orang Melayu dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan di Kedah


terutama di Pekan Minggu adalah hasil kesedaran YTM Tunku Yaacob Ibni Almarhum
Sultan Abdul Hamid kerana dari usaha beliau yang gigih itu telah melahirkan
peniaga-peniaga kecil Melayu termasuklah di Tanjung Chali.

Atas daya usaha Tunku Yaacob, Pekan Rabu telah memainkan peranan yang sangat
penting dalam melatih peniaga-peniaga Melayu ditengah-tengah bandar Alor Setar.
Tidak dapat dinafikan dalam menempah sejarah perkembangan tanpa pemimpin
awal serta galakan yang diberi oleh Tunku Yaacob di Tanjung Chali sudah tentu
penglibatan orang Melayu dalam perniagaan tidak akan timbul seawal-awalnya
pada tahun 1920an.

Satu lagi sumbangan Tunku Yaacob ialah beliau ditugaskan mengetuai sebuah
jabatan yang dinamakan "Rural Industries Development". Fungsi jabatan ini ialah
untuk mengelola, menggalakkan, menasihat dan memberi latihan kraftangan yang
berbentuk anyaman. Projek R.I.D ialah menubuhkan Sekolah Tenunan dan Sekolah
Tukang Kayu. Latihan yang diberi ialah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran
dalam bidang menenun kain, membuat periuk belanga, membatik, bertukang emas
dan perak.

Kerajaan Persekutuan telah mengambil alih R.I.D dan menamakannya "Rural


Industries Development Authority" ringkasnya R.I.D.A. yang akhirnya menjadi
"Majlis Amanah Rakyat" iaitu MARA yang kita kenal sekarang. Ketika menjadi
Pengerusi Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah, beliau telah berjaya mengumpul lebih
dari sejuta ringgit wang zakat dan fitrah. Kejayaan ini dicapai kerana kerjasama
petani dan peladang di Negeri Kedah.

Tuanku Yaacob telah dilantik ke beberapa jawatan penting seperti manjadi Ketua
Penghulu-Penghulu Negeri Kedah, Pengetua Syarikat Kerjasama Negeri, Ahli Majlis
Negeri Kedah, Penasihat UMNO dalam Hal Ehwal Pertanian, Timbalan Pengarah
Pertanian Tanah Melayu, State Agriculture Officer Kedah, Ahli Federal dan State
Excentive Council, Federal Legislative Council, Pemangku Menteri Besar Kedah,
Regent Negeri Kedah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di Kuala Lumpur,
Setiausaha Majlis Raja-Raja, Ahli Majlis Perundangan dan Majlis Eksekutif, Pengerusi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Pengerusi Majlis Universiti Malaya, Pesuruhjaya
Tinggi Persekutuan Tanah Melayu di London dan Duta Malaysia ke Perancis.

Penglibatan Tunku Yaacob tidak hanya terbatas kepada kegiatan ekonomi sahaja,
beliau juga aktif dalam pertubuhan sukarela. Beliau telah dilantik pada tahun 1935
menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah. Beliau juga pernah menjadi Presiden
Persatuan Hoki Kedah. Beliau aktif dalam pergerakan sukarela beruniform. Beliau
pernah menjadi Presiden Pengakap Negeri Kedah. Beliau amat meminati sukan
sungai dan pernah menganjurkan pertandingan perahu panjang. Juga beliau
menganjurkan pertandingan membaca Al-Quran dari peringkat mukim dan daerah
hingga ke peringkat Negeri.

Hasil kesedaran seoarang Putera Diraja Kedah yang berjiwa rakyat tentang betapa
penting orang Melayu supaya melibatkan diri dalam perniagaan telah meletakkan
asas latihan berniaga dan tidak tertumpu dibidang pertanian sahaja. Usaha beliau
menubuhkan Pekan Minggu telah membuka tempat untuk petani dan peladang
untuk memasarkan dan menjual hasil keluaran mereka. Beliau amat mengambil
berat dan selalu datang memerhati keadaan peniaga-peniaga dan juga
menunjukkan cara-cara berjual dan mengira. Kompleks Pelan Rabu yang letaknya di
tengah-tengah bandar Alor Setar adalah lambang perjuangan perniagaan orang
Melayu yang telah di asas dan dipupuk olah YTM Tunku Yaacob. Untuk
melengkapkan orang Melayu dengan pengetahuan dan kemahiran, beliau telah
menubuhkan R.I.D. Hasilnya dengan kemahiran menenun, membatik, pertukangan
kayu, emas dan perak serta periuk belanga, perusahaan luar bandar dapat
dikembangkan. Ramai orang Melayu yang mendapat latihan kemahiran tersebut.
Setelah diambil oleh Kerajaan Persekutuan, R.I.D telah ditukarkan kepada R.I.D.A.
yang akhirnya menjadi "Majlis Amanah Rakyat" iaitu MARA.

Surat perlantikan YTM Tunku Yaacob Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid, C.M.G. ,
sebagai Pemangku Sultan Kedah semasa ketiadaan Duli Yang Teramat Mulia Sultan
Kedah.

YTM Tunku Yaacob sewaktu menjadi Pesuruhjaya Tinggi Malaya di United Kingdom
sedang meninggalkan "Malaya House" untuk menerima tauliah dari Ratu Elizabeth.

YTM Tunku Yaacob bergambar bersama YTM Sultan Badlishah dan Dato' Onn.

YTM Tunku Yaacob semasa menjadi Pesuruhjaya Tinggi di London dan kemudiannya
menjadi duta ke Perancis, bersama Field Marshal Tun Sir Gerald Templer,
Pesuruhjaya Tinggi pertama yang mengarahkan Operasi Malaya terhadap
pengganas komunis.

YTM Tunku Yaacob sedang menurunkan tandatangan pada gambar potret beliau.

YTM Tunku Yaacob dalam sesi temubual mengenai sejarah Pekan Rabu pada 17 Mei
1990 di Mentaloon.

Gambar kenang-kenangan YTM Tunku Yaacob bersama Pengarah PPAK Puan Hajah
Mazizah Hj. Md. Darus, Pengarah Arkib Negara Kedah/Perlis Tuan Hj. Solehuddin
Abd. Ghani dan beberapa tokoh sejarawan tempatan

YTM Tunku Yaacob bersama isterinya Tunku Maimunah anak kepada Tunku Abu
Bakar (Johor) dan anaknya.

YTM Tunku Yaacob, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Britain dengan ditemani oleh
isteri semasa hadir di majlis pembukaan 'Shakespeare Centre' di Henley Street,
Streatford-Upon-Avon iaitu tempat kelahiran Shakespeare.

Jelaskan sumbangan Dato Onn Jaafar dalam Proses kemerdekaan negara kita.
Dari dahulu lagi, Dato Onn jaafar hanya diiktiraf sebagai tokoh yang berjasa kepada
negara kerana mengasaskan penubuhan UMNO dan menjadi Yang Dipertua Pertama
dari 1946 1951. Beliau berjasa menentang dan membubarkan Malayan Union
(MU). Sumbangan Dato Onn Jaafar dalam perjuangan ke arah kemerdekaan negara
pada hakikatnya tidak boleh dinafikan. Kemerdekaan hari ini yang tercapai pada 31
Ogos 1957 meskipun tidak dianggap sebagai buah tangan Dato Onn Jaafar, tetapi
sebenarnya ia adalah merupakan hasil asas yang dibinanya.

Catatan sejarah adalah sumber yang tidak bias kepada mana-mana pihak.
Persepsi dan pandangan adalah mengikut tahap pemikiran dan keadaan semasa.
Sehubungan itu, adalah baik sekali saya memperkenalkan Dato Onn Jaafar
mengikut biografi ringkas beliau, supaya kami semua mendapat input dan menilai
sendiri ketokohan Dato Onn Jaafar dan sumbangannya dalam proses kemerdekaan
negara kami.

Dato Onn dilahirkan di rumah bapanya yang terdapat di Bukit Gambir, Johor
Bahru pada tahun 1895. Bapanya, Dato Jaafar bin Haji Muhammad ialah Menteri
Besar Johor yang pertama pada ketika itu. Ibunya, Cik Rugayah Hanim adalah dari
keturunan bangsawan Turki yang terpelihara di Istana Harem. Ibunya adalah
keluarga bangsawan Turki yang dinikahkan atas perkenan dan restu Sultan Turki
sebagai tanda persaudaraan dengan Maharaja Abu Bakar ketika baginda melawat
Turki pada tahun 1887.

Sejak kecil Dato Onn bebas di istana, malah rumahnya sendiri di Bukit
Gambir seperti rumah ke-2. Ini adalah kerana beliau menjadi anak angkat oleh
Sultan
Ibrahim pada tahun 1901. Dato Onn sangat rapat dengan Tengku Mahkota Johor,
Tengku Ismail yang sebaya dengan beliau. Dato Onn bebas melakukan aktiviti
sendiri atau bersama-sama putera-putera Sulatan di kebun istana. Sejaka kecil.
Ketokohan beliau telah terserlah, ini dapat dilihat dari beliau menjadi ketua di
kalangan sebaya meskipun mereka ialah putera-putera raja.

Dato Jaafar sendiri mengajar Dato Onn akhlak dan agama serta adab
budaya Melayu, tetapi pelajaran formalnya (semenjak berusia 4 tahun) adalah
mempelajari Bahasa Inggeris bersama-sama dengan putera-putera Sultan yang lain.
Terdapat 2 orang guru perempuan berbangsa Inggeris yang didatang khas untuuk
tujuan mengajar mereka Bahasa Inggeris. Guru berbangsa Inggeris juga bertindak
sebagai pengasuh kepada putera-putera raja mengenai adab dan budaya Inggeris.
Ibunya, Cik Rugayah Hanim meninggal dunia pada tahun 1902.

Pada tahun 1903, Dato Onn belajar di Alderburgh Lodge School, Suffolk,
England bersama-sama dengan putera-putera raja. Beliau amat rapat dengan
Tengku Mahkota dan dianggap guardian atau pasangan dan teman penjaga kepada
baginda. Di England, mereka bersekolah di sekolah khas untuk anak bangsawan
Inggeris. Semua pembiayaan persekolah ditanggung oleh Sultan Johor.

Dato Onn adalah seorang yang aktif disamping bertindak seolah-olah orang
yang bertanggungjawab terhadap Tengku Mahkota. Ini adalah berikutan dari nasihat
dan pesanan bapa dan juga pembesar Johor. Mereka jarang berpisah, di mana
Tengku Mahkota berada, di situlah Dato Onn. Keadaan ini amat tidak disenangi oleh
pihak Inggeris, kerana mereka mempunyai agenda memberi keistimewaan kepada
Tengku Mahkota, tetapi tidak kepada Dato Onn.

Daripada pemerhatian pihak Inggeris, Dato Onn adalah kanak-kanak pintar


yang perlu dipisahkan daripada Tengku Mahkota, kerana Dato Onn berupaya
mempengaruhi Tengku Mahkota alam segala bidang. Sehubungan itu, Dato Onn
dilaporkan tidak layak diberi kemudahan pelajaran dan tidak dibenarkan
melanjutkan pelajaran yang dikhususkan kepada anak-anak bangsawan.

Pada 25 Mac 1910, Dato Onn dihantar pulang dengan perawakan Barat.
Beliau telah dimarahi oleh bapanya, Dato Jaafar kerana dianggap sebagai remaja
nakal yang tidak menghormati guru Inggerisnya dan kebudayaan di sana.
Kemudian, Dato Onn dihantar oleh bapanya melanjutkan pelajaran di Maktab
Melayu Kuala Kangsar (MCKK) agar diMelayukan. Beliau telah diletakkan di bawah
pengawasan seorang guru khas mengjar Jawi dan adat kebudayaan Melayu. Dato
Onn sangat disenangi ramai, malah beliau sendiri telah mengajar Bahasa Inggeris
kepada anak-anak bangsawan Melayu dan kepada guru Jawi beliau.

Dengan ketiadaan Dato Onn, Tengku Mahkota Johor pun enggan


meneruskan pelajarannya di England. Baginda pulang ke Tanah Melayu dan
meneruskan pelajarannya di MCKK juga. Bginda sangat kasih kepada Dato Onn
lebh dari seorang teman atau kawan. Di MCKK, Dato Onn dianggap seorang remaja
Melayu yang kurang beretika kebangsawanan oleh teman-teman yang berdarah
raja, kerana beliau berani bercampurgaul dengan anak-anak pembesar dari kelas
bawahan. Hal ini tidak disenangi oleh Inggeris, mereka telah melaporkan kepada
kerajaan negeri Johor, bahawa Dato Onn telah bersedia berkhidmat, supaya Dato
Onn tidak lama di MCKK.

Pada tahun 1912, Dato Onn telah pulang ke Johor. Sebaik saja sampai,
beliau telah dilantik menjadi kerani rendah sementara di Jabatan Setiausaha
Kerajaan Johor. Beberapa bulan kemudian, beliau telah berkahwin kali pertama
dengan Cik Rafaeh bt Abdullah (gadis Cina, anak angkat bapanya). Mereka
mendapat 4 orang anak, dan kemudiaan isterinya meninggal dunia. Ketika berusia
18 tahun, beliau diwajibkan menyertai Askar Timbalan Setia. Jiwanya terasa
tertekan kerana terasa dikongkong oleh peraturan dan disiplin tentera.

Pada tahun 1915, Dato Onn berkahwin kali ke-2 dengan Cik Che Jamilah dan
mendapat anak yang bernama Ismail bin Onn. Setelah isteri ke-2 meninggal dunia,
Dato Onn berkahwin kali ke-3 dengan Cik Che Kah. Cik Che Kah adalah seorang
pelakon bangsawan. Pada tahun 1917, Dato Onn menyertai Pasukan Tentera Johor
(JMF) dan ditempatkan di Pulau Belakang Mati, Singapura. Di markas JMF, beliau
memegang pangkat sebagai Leftenan.

Pada tahun 1919, Dato Onn berkahwin kali ke-4 dengan Cik Halimah
Hussein, janda adiknya. Mereka mendapat 3 orang anak termasuk Tun Hussein Onn.
Pada tahun yang sama, ayahanda beliau, Dato Jaafar meninggal dunia. Ini memberi

kesan psikologi yang amat dalam kepada Dato Onn. Beliau sangat sedar bahawa
bapanya ialah seorang bangsawan Melayu yang berjiwa sangat mengambil berat
tentang rakyat. Bapanya sangat menitikberatkan kebajikan orang Melayu.

Pada 31 Jun 1920, Dato Onn telah mengkritik terang-terangan bapa angkat
beliau iaitu Sultan Johor, kerana merampas kediaman bapanya dan keluarganya
diarah pindah kerana Sultan memiliki negarakan semua harta Dato Jaafar.
Akibatnya, beliau dipecat dari pangkatnya dan diberhentikan dari menjadi Askar
Timbalan Setia. Dengan adanya rekomen Tengku Mahkota Johor iaitu Tengku Ismail,
pada tahun 1922, Dato Onn diterima bekerja di Pejabat Tanah Muar sebagai
Penolong Pegawai Rendah Pemungut Hasil. Pada tahun 1923, beliau telah naik
pangkat sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar ddengan gaji RM 1440.00
setahun.

Sekitar tahun 1926, Dato Onn dipindahkan ke Pejabat Pemungut Hasil di


Batu Pahat dengan jawatan dan tugas yang sama. Ketika di situ, sekali lagi beliau
memberi kritikan terbuka ayahanda angkatnya iaitu Sultan Johor. Ia ada kaitan
dengan tuntutan elaun sara hidup beliau yang tidak dilayan oleh Sultan berbanding
sara hidup pegawai Inggeris yang cepat dinaikkan. Tambahan lagi Pegawai British
telah menahan elaun RM 200.00 setahun, tidak diberi motokar kerajaan dan tidak
disediakan rumah kerajaan untuknya, sedangkan pegawai British mendapat
pelbagai kemudahan.

Akibat dari itu, Dato Onn telah dipecat pada tahun 1928 dan dibuang negeri
ke Singapura. Pada waktu yang sama, abangnya Dato Abdullah Jaafar yang sedang
menjadi Menteri Besar Johor juga diberhentikan daripada jawatannya. Mereka telah
tinggal bersama-sama di Singapura. Untuk menyara hidup, Dato Onn telah
menyewa sebuah rumah setinggan dan bekerja sebagai nelayan. Jika tidak ke laut,
beliau akan menghabiskan waktu denga menonton wayang Cina, opera bangsawan
Melayu ataupun menumpang baca berita-berita yang dijual dan dicetak oleh
syarikat cetak milik saudagar Arab.

Kerana minat dan kebolehan beliau, Dato Onn diberi kepercayaan


menyumbangkan rencana dan akhirnya diterima menjadi penulis di Syarikat
Percetakan Akhbar Singapura. Beliau menggunakan kesempatan ini sepenuhnya
untuk mencurahkan isi hati dan ketidakpuasan dirinya terhadap Sultan Johor. Beliau
menganggap Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim suka membazir dan tidak
mempedulikan nasib rakyat jelata. Sultan Johor memperalatkan JMF sebagai buruh

paksa, seperti membina padang lumba kuda dan membuka ladang di Pagoh, Tasek
Utara dan juga Pasir Pelangi.

Kelancangan dan keberanian beliau mendapat liputan meluas dari akhbarakhbar lain. Dato Onn mula dikenali dan popular dengan cepat. Penulisan Dato
Onn sering berkisar dalam istana Sultan Johor. Kepincangan gaya hidup dan
keborosan putera-putera Sultan menjadi isu besar, manakala pada waktu yang
sama kesedaran terhadap keadilan dalam layanan terhadap pegawai Inggeris dan
kakitangan awan yang tidak selaras dan adil, apabila berbanding dengan pegawai
Inggeris dan bangsa asing. Hakikat ini amat tidak disenangi oleh orang-orang
Melayu.

Pada awal tahun1930-an, kesedaran kepada pelajaran dan minat


pembacaan mula berkembang subur. Berita-berita dunia mulai masuk dengan
mudah dan berita sensasi peperangan di Eropah mula mendapat perhatian.
Angkatan Muda menggunakan flatfom akhbar dan berita untuk mempengaruhi
masyarakat Melayu. Fahaman Angkatan Muda telah menguar-uarkan perjuangan
kebebasan mentadbir dan memerintah sendiri. Ini dilakukan kerana terhasil
daripada kesedaran dari keadaan Negara Turki yang telah dikongkong oleh kuasa
barat apabila Empayar Othmaniah ditamatkan di awal 1920-an.

Pengaruh dan dasar baru kerajaan Turki yang memperkenalkan sistem


skular dan moden telah mematikan kebudayaan Islam. Dengan perjuangan dan
mesej yang dibawa oleh mereka ke sebelah Timur, mereka telah menguar-uarkan
semangat perjuangan dan kemerdekaan melalui pendidikan moden. Dato Onn
berasa dirinya bertanggungjawab untuk berbuat sesuatu. Beliau telah mengambil
peluang ini dengan sepenuh tenaga dan menulis di dada akhbar. Isu-isu yang
ditulisnya sangat relevan, dan usaha beliau telah menjadikan akhbar yang
dipertanggungjawabkan kepadanya, iaitu Akhbar Warta dan Warta Negara begitu
laris dan terkenal.

Jualan akhbarnya mendapat sambutan sehingga beliau mampu mengurus


dan menerbit akhbarnya sendiri. Beliau telah menulis banyak kepincangan dan
kelemahan orang Melayu disertai dengan cara-cara mengatasinya. Beliau juga
mendedahkan intitusi raja dan cendikiawan Melayu yang berpendidikan Inggeris.
Mereka telah lupa kepada tanggungjawab untuk menjaga maruah diri dan maruah
bangsa. Dato Onn sering mengritik sikap pegawai-pegawai Melayu yang telah

dibrain wash oleh Inggeris hingga kadang-kadang menjadi lebih Inggeris daripada
orang Inggeris sendiri.

Dato Onn telah berjaya memberi kesedaran kepada mereka, kerana Dato
Onn sendiri adalah daripada kalangan bangsawan di istana. Beliau gigih
memperjuangkan hak bangsa Melayu yang dianggap sebagai perjuangan sejagat.
Dato Onn berjaya meluahkan perasaannya selari dengan kenyataan keadaan sosial
ketika itu. Beliau juga berjaya mencuit hati para pembaca kerana beliau menilik diri
beliau sendiri dengan semangat Melayu yang tulin.

Pengalaman ketika berkhidmat sebagai pegawai awam negeri Johor, ketika


menjadi Askar Timbalan Setia dan ketika beliau menghadapi kesukaran hidup
menjadi golongan marhein sebagai nelayan dan menyewa di rumah setinggan di
Singapura telah menjadi modal tidak dinilai dalam penulisannya. Beliau sungguh
sensitif dengan kedaifan bangsa beliau. Bangsa Melayu, di Tanah Melayu yang
dianggap sebagai negara milik dan warisan datu nenek moyang. Di satu pihal lain,
beliau melihat golongan bangsawan dan pembesar negeri terus leka dibuai oleh
pengaruh kecerdikan Inggeris. Sehingga Inggeris terus mengaut hasil yang tidak
terhitung banyaknya dari bumi Melayu.

Pada tahun 1935, Dato Onn telah menerbitkan Selamat Johor sempana Hari
Kemahkotaan Sultan Johor ke-40. Beliau telah memuatkan berita-berita istana yang
positif. Beliau berharap kematangan Sultan Johor memerintah ke arah pembaikan.
Terbitan Selamat Johor yang diterbitkan oleh beliau sangat popular dan mendapat
pesanan di luar jangkaan. Beliau menjadi bertambah popular. Tengku Mahkota
Ismailm mengambil kesempatan ini menyarankan ayahanda baginda memberi
pengampunan kepada Dato Onn, keran jasanya mengangkat kebajikan yang
dilakukan oleh Sultan Ibrahim.

Sultan Johor berasa sukacita dan menganggap Dato Onn telah berjasa
kepada baginda dan negeri Johor. Sehubungan itu, Baginda Sultan Johor berkenan
memberi keampunan kepada Dato Onn. Baginda telah mengundang beliau dan
keluarga balik dan berkhidmat di Johor. Dato Onn pernah menyandang banyak
jawatan dan antaranya, beliau pernah menjadi editor Warta Ahad. Jawatan ini telah
menyebabkan beliau mula berjinak-jinak dengan politik dan secara tidak langsung
terlibat dalam perjuangan hak bangsa Melayu.

Pada tahun 1938, Dato Onn telah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat
Negeri. Persetujuan beliau untuk berkhidmat dengan Sultan Johor dengan bersyarat
supaya pandangan beliau tidak disekat, kecuali pandangan yang merugikan rakyat.
Justeru, beliau telah diberi jaminan. Sultan dinasihati supaya menganugerahkan
jawatan yang penting dan tinggi kepada Dato Onn, sebelum beliau dilamar oleh
Singapura, negeri-negeri Melayu atau Inggeris. Sultan Johor memperkenan lebihlebih lagi Tengku Mahkota yang sering memangku Sultan juga berkeras
menginginkan reman setiia dan karibnya berkhidmat di Johor.

Ketika Dato Onn menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor, cadangan
beliau telah diterima. Cadangan pertama Sultan Ibrahim Scholarship, iaitu
mewujudkan biasiswa pelajaran kepada pelajar-pelajar Melayu yang berkelayakan.
Biasiswa tersebut merupakan biasiswa yang pertama diwujudkan di negeri Johor
dan Semenanjung Tanah Melayu. Cadangan ke-2, pemberian tambang penerbangan
percuma untuk menunaikan Haji bagi kakitangan beragama Islam yang berkhidmat
untuk Kerajaan Negeri Johor. Dato Onn juga menggesa agar pendidikan kepada
kaum wanita juga ditingkatkan. Disamping itu, pelajaran agama juga tiidak
diabaikannya.

Ketika zaman penjajahan Jepun (1942-1945), Dato Onn telah diberi


kepercayaan oleh Pentadbiran Tentera Jepun, iaitu menjadi Ketua Pejabat Kawalan
Makanan Negeri Johor. Beliau telah mengagihkan beras mengikut arahan dan kuasa
yang telah diberikan. Tetapi di dalam senyap dan rahsia, beliau juga membantu
memberi bekalan makanan kepada pergerakan kiri yang anti Jepun. Beliau
mempunyai hubungan baik dengan Ibrahim Yakob, Ahmad Boestaman dan juga
MPAJA[1].

Kepimpinan Dato Onn terserlah apabila dilantik khas menjadi Pegawai


Daerah Batu Pahat (1945-1946). Tugas utama beliau ialah menghentikan
persengketaan kuam antara orang Melayu dengan orang Cina. Ketika zaman
Penjajahan Jepun, majoriti orang Cina Batu Pahat telah menyertai MPAJA kerana
penindasan tentera Jepun terhadap orang Cina. Tetapi setelah tentera Jepun
menyerah, mereka menjadi komunis dan zalim serta menganiaya orang Melayu.
Maka orang Melayu pun bersatu dan menubuhkan tentera Selimpang Merah untuk
membalas serangan-serangan orang Cina.

Dalam masa yang singkat, beribu orang Cina terbunuh, saudagar Cina dari
Batu Pahat pun melaporkan hal ini kepada Sultan Johor dan meminta bantuan

daripada baginda. Dato Onn dititah menyelesaikan persengkatan ini. Kumpulan


Selimpang Merah yang diketuai oleh Kiai Salleh berjaya dipujuk oleh Dato Onn agar
menghentikan serangan dan berdamai.

Sejak dari kecil, Dato Onn terasa beliau dihalang untuk mendamping
dengan putera-putera Sultan oleh pegawai Inggeris. Semasa melanjutkan pelajaran
di England juga begitu, beliau tidak dibenarkan meneruskan pelajaran bukan
disebabkan lemah, tetapi dikuatiri beliau akan mempengaruhi anak-anak raja dan
juga orang Melayu. Apa yang tersirat ketika itu, kini menjadi nyata di depan mata
dan fikiran beliau. Memang benar, jika Dato Onn diberi pendidikan tinggi dan
pengetahuan, tentunya membahayakan Inggeris, kerana Dato Onn berpotensi
menjadi pemimpin Melayu Moden.

Ramalan Inggeris kini menjadi kenyataan apabila Dato Onn mengetuai


orang-orang Melayu menentang MU. Alam kewartawan banyak mengajar dan
memberi input kepada beliau. Tambahan pula beliau sendiri mempunyai latar
belakang keluarga yang baik. Ini memberi keyakinan diri yang tinggi kepada jiwa
dan semangat beliau. Beliau dapat menhayati dan menganalisis keadaan semasa
dan agenda Inggeris daripada pengalamannya. Beliau berjaya membaca strategi
Inggeris yang bersifat penjajah.

Ketika Inggeris kembali ke Tanah Melayu setelah Jepun menyerah, MU telah


ditubuhkan pada tahun 1946. Penubuhan MU telah membangkit kemarahan orang
Melayu. Ini adalah kerana MU adalah salah satu cara yang digunu oleh British untuk
mengambil alih kuasa Sultan dan melenyapkan keistimewaan dan hak-hak orang
Melayu (kertas putih 6274 yang diluluskan oleh House of Lords dan disiarkan Utusan
Melayu, 24 Januari 1946).

Dato Onn segera menubuhkan Kongres Malayu Se Malaya untuk menyatukan orang
Melayu bagi menentang MU dan menghalang pencabulan Inggeris. Beliau juga
berjaya memujuk raja-raja Melayu memulaukan upacara pelantikan Sir Edward
Gent. Pada 1 Mac hingga 3 Mac 1946, Kongres ini telah diadakan dan dicapai dalam
Kongres tersebut ialah memulaukan MU dan berkabung selam 7 hari dengan
mamaki songkok yang berjalur putih.

Disebabkan Dato Onn amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu,


Kongres ini telah melantik beliau sebagai Presiden Pertama. Langkah pertama yang

Dato Onn mulakan untuk menyatupadukan orang Melayu adalah menubuhkan


UMNO[2]. Pada 11 Mei 1946, dengan rasminya UMNO ditubuhkan di Istana Besar,
Johor Bahru. Dato Onn telah dilantik menjadi Yang Dipertua iaitu Presiden UMNO.
Beliau juga dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Oktober 1946.

Melalui UMNO, di bawah kepimpinan Dato Onn, beliau telah menyusun strategi dan
aktiviti menentang MU sehingga Inggeris terpaksa membubarkannya pada 1
Februari 1948 dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutun Tanah
Melayu mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syaratsyarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa orang Melayu. Kemudiannya, beliau
meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Johor supaya dapat menumpukan
kepada UMNO.

Dato Onn kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai
dasar-dasar perkauman UMNO, dan mencadangkan bahawa keahlian UMNO dibuka
kepada semua bangsa bagi mengatasi masalah perkauman dalam politik, dan nama
UMNO ditukar menjadi Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Mealayu Bersatu.
Tetapi cadangan ini telah dibantah oleh ahli UMNO. Maka, Dato Onn dengan secara
sukarela meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dalam persidangan Majlis
Mesyuarat Agung ke-6 pada 25 dan 26 Ogos 1951.

Pada 16 September 1951 menubuhkan Independent Malayan Party (IMP), pejuangan


politik tanpa kaum dan keturunan. Malangnya, IMP menempa kegagalan dalam
Pilihanraya Bandaran Kuala Lumpur 1952, keran tidak mendapat sokongan daripada
orang Melayu. Kemudian Dato Onn menubuhkan Parti Negara (PN) pada Februari
1954 untuk mengganti IMP. Tujuan penubuhan PN adalah untuk bertanding dalam
Pilihanraya Umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955.

PN gagal memenangi sebarang kerusi dalam Pilihanraya Umum pertama 1955.


Namun begitu, Dato Onn masih berusaha untuk mendapat tempat dalam politik.
Akhirnya, pada Pilihanraya Umum 1959, PN berjaya meraih satu kerusi di Kawasan
Parlimen Kuala Terengganu dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri dengan
bantuan Parti PAS[3]. Dato Onn menjadi Ketua Pembangkang dalam Dewan
Rakyat dengan kemenangan ulung PN.

Dato Onn membawa konsep bekerja sama dalam perjuangan politik dengan
bukan Melayu seawal 1951, walaupun tidak diterima oleh ahli-ahli UMNO pada masa

itu. Tetapi idea bekerja sama yang dipelupuri beliau ini akhirnya dilaksanakan oleh
pengganti beliau Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra. Apabila UMNO
berkerjasama dan kemudian berkongsi kuasa ini dengan MCA[4] dan MCI[5] di
bawah panji Parti Perikatan. Kejayaan berkongsi kuasa ini menhasilkan mandat
besar bagi Parti Perikatan pada Pilihanraya Umum 1955, dan Tunku Abdul Rahman
menggunakan ini sebagai senjata utama dalam rundingan kemerdekaan dan
ianya menunjikkan hasil pada 31 Ogos 1957.

Dato Onn meninggal dunia pada 19 Januari 1962, dan kebumikan di Makam
Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor. Beliau merupakan anak Melayu Johor dari
keturunan bangsawan. Keluarga beliau merupakan antara keluarga paling
berpengaruh di Johor. Semenjak lewat abad ke-19 dan sehingga ke hari ini.
Ayahanda beliau, DatoJaafar (1838-1919) merupakan Menteri Besar Johor pertama
dan pengasas sistem pentadbiran kerajaan Johor, seperti mana yang wujud
sehingga hari ini. Anakanda beliau, Tun Hussein Onn (1922-1990) mengikut jejak
langkahnya untuk aktif dalam politik, dan akhirnya menjadi Presiden UMNO ke-4
dan Perdana Menteri Malaysia ke-3 (Januari 1976-Julai 1981).

Laungan perjuangan HIDUP MELAYU yang dicetuskan oleh Dato Onn tidak sekadar
slogan tetapi terhimpin dengan perjuangan bangsa Melayu, membela kedudukan
Raja-raja Melayu, agama, bahasa, kebudayaan, pendidikan, ekonomi dan hak-hak
istomewa orang Melayu. Warisan perjuangannya menjadi teras sebagai paksi yang
menentukan arah serta hala tuju perjuangan bangsa Melayu.

Keluarga beliau merupakan antara keluarga yang paling berpengaruh di Johor,


semenjak lewat abad ke 19 dan sehingga hari ini. Ayahanda beliau, Allahyarham
Dato Jaafar Haji Mohamed (1838-1919) merupakan Menteri Besar Johor pertama
dan pengasas sistem pentadbiran Kerajaan Johor, seperti mana yang wujud
sehingga hari ini. Berbangsa Melayu dari keturunan Bugis dan berasal dari Daik.
Beliau dilahirkan pada tahun 1838 di Teluk Belanga, Singapura, dan mendapat
pendidikan Melayu dan Inggeris. Beliau adalah berketurunan Bendahara Paduka
Raja Johor dan Bendahara Kerajaan Melaka.
Ibu Dato Onn Jaafar ialah Hanim Rogayah seorang wanita Timor Dekat berketurunan
Turki. Beliau mempunyai 15 orang adik beradik lelaki dan perempuan yang seibu
sebapa, sebapa dan juga seibu sahaja. Adik beradik sebapa ialah Mustafa, Rogayah,
Aminah, Fatimah, Khadijah, Abdullah dan Dara. Adik beradik seibu beliau ialah
Ungku Abdul Aziz yang merupakan Menteri Besar Johor sehingga Perang Dunia
Kedua, Ungku Abdul Hamid iaitu ayah kepada Professer Ungku Aziz dan Syed Ali
iaitu ayah kepada Professer Doktor Syed Hussein Al-Attas dan Doktor Syed Naquib

Al-Attas manakala adik beradik yang seibu dan sebapa dengan beliau ialah
Muhammad, Ahmad, Yahya, Aishah, Kamariah dan Azizah.

Dato Onn Jaafar telah dipelihara oleh Sultan Ibrahim sejak daripada kecil. Beliau
merupakan anak angkat kepada sultan. Beliau telah diasuh oleh wanita Inggeris di
Johor Bahru sebeum melanjutkan pelajaran ke England bersama-sama tiga orang
putera Sultan Ibrahim iaitu Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku
Ahmad. Pada tahun 1903, Beliau telah melanjutkan pelajarannya di Alderburgh
Lodge School, Suffolk, England. Dia ke sana sebagai pengiring putera-putera Sultan
Johor.

Anakanda beliau, Allahyarham Tun Hussein Onn (1922-1990) mengikut jejak langkah
untuk aktif dalam politik dan akhirnya menjadi Presiden UMNO ke IV dan Perdana
Menteri Malaysia ke III (Januari 1976- Julai 1981). Cucunda beliau, Dato
Hishamuddin Tun Hussein juga kini aktif dalam politik perdana dan kini menjawat
Ketua Pemuda UMNO (ayahandanya, Kept. Hussein Onn pernah menjawat sebagai
Ketua Pemuda UMNO pertama) dan Menteri Pelajaran. Sebelum ini beliau Menteri
Belia dan Sukan. Antara ahli ahli keluarga Dato Onn lain yang mencapai
kecermerlangan dalam kerjaya dan bidang masing masing ialah anakanda beliau,
Lt. Jen. (B) Dato Jaafar Onn, mantan Timbalan Panglima Tentera Darat, Prof. DiRaja
Ungku Aziz Hamid, mantan Naib Canselor Univerisiti Malaya, Allahyarham Prof. Syed
Hussein Al Attas, pengasas Parti Gerakan dan mantan Naib Canselor Universiti
Malaya, Prof. Dr. Syed Naguib Al Attas, pakar ternama falsafah dan pemikiran Islam
dan Tan Sri Datuk Dr. Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara (juga Gabenor Bank
Negara wanita pertama diseluruh Commonwealth).

Pendidikan

Dato Onn Jaafar mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di


England. Beliau belajar bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris yang menjaga
beliau ketika menjadi anak angkat Sultan Ibrahim. Pada tahun 1903, beliau telah
melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Aldebury Lodge, di Soffolk, England. Dato Onn
meneruskan lagi pelajarannya setelah pulang ke tanah air pada (1910-1911) di
Maktab Melayu Kuala Kangsar. Setelah tamat pengajian, beliau pulang ke Johor
Bahru dan berkhidmat dengan kerajaan Johor.

Keperibadian

Sebagai seorang nasionalis, beliau seorang yang tenang tetapi tegas. Beliau telah
membangkitkan kesedaran ke arah kemerdekaan serta memberi harapan baru
kepada orang Melayu. Kehidupannya di hutan bersama orang kampung semasa
pemerintahan Jepun, telah mendekatkan beliau dengan erti kemanusiaan sebenar
terutama semasa kesusahan dilanda peperangan. Apabila perang tamat beliau
menggerakkan orang Melayu dalam satu barisan ke arah mendapatkan
kemerdekaan daripada penjajah Inggeris dengan menggagalkan hasrat
menubuhkan Malayan Union. Datuk Onn juga dikenali sebagai seorang tokoh politik
yang berkarisma kerana pandangan jauhnya yang mahu menyatukan seluruh rakyat
negara ini tanpa mengira bangsa dan keturunan dalam satu ideologi politik.

Sifatnya yang tenang dan tidak terburu-buru dalam mendapatkan kemerdekaan ini
telah digunakan oleh saingan politiknya yang sering meniupkan semangat
kemerdekaan dengan mengangkat senjata. Beliau juga seorang yang tegas,
berdisiplin dan merupakan seorang yang rajin. Beliau sangat degil dan pantang
mengubah haluan sesudah menetapkan pedoman menuju matlamatnya. Pada
kebiasaannya beliau tidak akan berpatah balik daripada segala keputusan yang
telah dibuat. Dato Onn juga merupakan seorang yang rendah diri. Beliau tidak
makan pujian dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Beliau melakukan segala tugas
dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Beliau juga merupakan seornag
pemimpin yang bijak, jujur, ikhlas, bertimbang rasa dan tidak mementingkan
pangkat.

Semasa dilanda krisis, beliau juga merupakn seorang pemimpin yang tabah dan
berani dalam mengharungi saat-saat yang getir. Ekoran peristiwa tersebut beliau
mengalami pahit getir hidup yang belum pernah dirasainya ketika berada di
Singlap. Peristiwa ini jelas memperlihatkan keperibadiannya yang tinggi dan
sanggup mengharungi pelbagai cabaran semasa mentadbir Johor. Namun beliau
dilihat sentiasa mementingkan sultan. Sikapnya tidak pernah takut dan tidak gentar
untuk mengambil sesuatu tindakan yang dapat menyelamatkan harta benda dan
nyawa manusia yang tidak berdosa daripada terkorban dengan sia-sia. Dalam hal
ini, keselamatan dirinya sendiri telah menjadi perhitungan yang kedua kepadanya.

Hidup berumahtangga

Anwar Abdullah. 2004. Dato Onn mendirikan rumah tangga dengan Datin Halimah
binti Hussein pada 3 Mei 1921. Perkahwinan ini ialah kali yang ketiga bagi Dato
Onn dan kali kedua bagi Datin Halimah. Mereka hidup teman meneman selama 41
tahun sebelum Dato Onn berpindah dari alam yang fana ke alam yang kekal.

Dato Onn berkahwin bagi kali pertamanya dengan Rafiah, salah seorang anak
angkat kepada Dato Jaafar. Hasil perkongsian hidup ini lahirlah tiga orang anak,
kesemuanya perempuan. Mereka ialah Hawa, Rokiah dan Salehah. Rafiah
meninggal dunia semasa anak bongsu mereka, Salehah berumur 10 hari. Daripada
isteri yang kedua, Dato Onn mendapat seorang anak perempuan lagi, tetapi
anaknya itu meninggal dunia semasa bayi lagi. Beliau bercerai hidup dengan isteri
kedua ini.

Datin Halimah ialah seorang balu yang jelita apabila Dato Onn mengahwininya
pada 1921. Suami Datin Halimah yang pertama ialah Muhammad, salah seorang
saudara tua Dato Onn. Setelah isteri pertamanya, Rafiah, meninggal dunia dengan
meninggalkan tiga orang anak yag masih kecil, Datin Halimahlah yang menolong
memelihara anak-anak Dato Onn yang telah kehilangan ibu itu. Beliau menolong
Dato Onn memelihara Hawa, Rokiah dan Salehah tanpa beza membeza dengan
anak-anak kandungnya sendiri, Abid dan Abidin. Anak Dato Onn bersama dengan
Datin Halimah ialah Hussein ( kemudian menjadi Perdana Menteri ), Jaafar, Gharieb,
Nel, Nurziah dan Tahir.

Datin Halimah tidak menafikan tentang adanya perselisihan faham antaranya


dengan Dato Onn. Tentulah tidak dapat diterimaoleh akal adanya suami isteri yang
tidak pernah berselisih faham dalam masa hidup bersama berpuluh-puluh tahun.
Tetapi menurut Datin Halimah , perselisihan faham itu hanyalah perbezaan
pendapat mengenai satu hal yang timbul daripada usaha atau ikhtiar bersama
untuk mencari kebaikan dalam pengurusan rumah tangga dan cara-cara yang lebih
baik untuk menarik anak-anak supaya meminati pelajaran atau membiasakan diri
untuk membuat sesuatu pekerjaan yang perlu bagi kesempurnaan rumah tangga.

Dato Onn sentiasa memberi kepercayaan penuh kepada isterinya, terutama sekali
dalam urusan rumah tangga. Beliau sentiasa bersikap lemah lembut terhadap anak
dan isteri. Dari awal perkahwinannya lagi , beliau tidak pernah campur tangan
dalam hal pengurusan rumah tangga, khasnya tentang perbelanjaan sehari-hari.
Misalnya, menurut Datin Halimh, semasa Dato Onn menjadi Menteri Besar, setiap
bulan beliau menyerahkan kepada isterinya 1000 ringgit daripada gajinya yang
berjumlah lebih kurang 1200 ringgit untuk perbelanjaan rumah tangga. Yang
selebihnya diambil untuk perbelanjaan sendiri. Daripada wang 1000 ringgit itulah
Datin Halimah berbelanja bukan sahaja keperluan keluarga tetapi untuk
perbelanjaan jamuan yang diadakan oleh Dato Onn sekali sekal di rumahnya untuk
pelawat, termasuk mereka yang datang dari luar negeri.

Dato Onn menanggap isteri bukan sahaja sebagai teman kelamin tetapi sebagai
kawan dan teman yang paling damping dalam hidup seseorang manusia. Beliau
mengetahui apa yang patut diketahiu oleh isteri dan apa yang perlu disampaikan
oleh suami kepada isteri untuk pengetahuannya.

Dalam masa berehat di rumah atau masa lapang, Dato Onn suka sekali bernualbual dengan isterinya akan hal-hal yang berlaku seharian. Beliau tetap berpegang
kepada pendapat bahawa isteri itulah tempat mengadu hal dan mencari keimbuhan
hati.

Rumah tangga yang bahagia dengan kelamin yang saling kasih mengasihi sudah
tentu dapat melahirkan keluarga yang kasih mesra, sentosa dan bahagia. Tetapi
segala-gala ini tidak bererti semestinya ada rumah yang besar, perabot yang
lengkap, ada beberapa orang gaji dan tukang kebun, tukang masak yang pandai
dan beberapa orang hamba sahaya. Unsur-unsu yang penting sebagai ramuan
hidup berkeluarga yang ria dan bahagia adalah persefahaman antara suami isteri
dan harmoni di kalangan anggota keluarga.
Dato Onn sebagai seorang bapa telah berjaya menanam semangat kekeluargaan,
persahabatan dan kemasyarakatan dalam jiwa anak-anaknya, baik lelaki ataupun
perempuan. Beliau sentiasa kelihatan riang gembira apabila berada di sisi anakanak dan isterinya, seolah-olah tiada tempat lain lagi di bawah langiit ini yang dapat
menghiburkan hatinya seperti di rumah tangganya sendiri. Manusia yang belum
mempunyai anak kandung sendiri belum lagi mengetahui dan mengalami
bagaimana rasanya kasih sayang yang tumbuh daripada kehidupan berumah
tangga atau berkeluarga.

Dato Onn yakin bahawa sebaik-baik cara membentuk anak adalah dengan cara
ibubapa itu sendiri menunjukkan contoh dan teladan yang baik dan memberi tunjuk
ajar dan bimbingan yang praktis, bukan hanya dengan berteoti atau main mulut
sahaja.

HILANGNYA SEORANG PAHLAWAN

Anwar Abdullah. 2004. Berita kematian putera Tanah Melayu dan jaguh politik
kebangsaan yang ulung itu diterima dengan rasa sedih yang amat sangat oleh
rakyat jelata seluruh negara. Antara berjuta-juta penduduk Mlaya yang terharu
dengan kehilangan anggota Parlimen yang berkaliber besar dan negarawan yang
paling bijak itu ialah Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pada saat
keharuannya itu, beliau, dengan serta merta mengumumkan bahawa Kerajaan
Persekutuan akan memberi penghormatan terakhir kepada Dato Onn dengan
mengadakan istiadat pengkebumian negara kerana mengenangkan jasanya yang
tidak ternilai kepada bangsa dan nusa.

Dato Onn dilahirkan dalam zaman tanah tempat tumpah darahnya masih berada di
bawah pemerintahan asing, iaitu penjajahan British. Tetapi beliau meninggal dunia
semasa bangsa dan nusa yang dicintainya mencapai kemerdekaan dan wujud
dengan penuh kedaulatan, hasil daripada perjuangan keringat dan semangat serta
pengorbanan rakyat jelata di seluruh negara.

Dato Onn dalam masa hidupnya menempuh dua zaman ; zaman penjajahan dan
zaman kemerdekaan, zaman kehambaan dan zaman ketuanan- dengan dirinya
terlibat secara lansung dengan aktifnya. Beliau mengalami rentak ragam dan gaya
kedua-dua zaman itu dengan memperlihatkan sikap keperwiraan dan kebijaksanaan
yang sukar dicari taranya di kalangan tokoh politik atau pemimpin kebangsaan yang
segenerasi atau semasa dengannya.

Dato Onn dalam arena politik, membumbung tinggi mengatasi, dan jauh ke
hadapan mendahului, rakan-rakan seperjuangan dan lawan-lawannya. Tetapi yang
lebih penting daripada itu ialah Dato Onn mengambil bahgian yang lebih besar,
dan meninggalkan banyak kesan dalam bidang pentadbiran, sosial dan
kebudayaan; dan dalam arena politik semasa dalm penjajahan dan selepas Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan.

Jasa Dato Onn yang paling besar kepada bangsa dan nusa, yang tidak akan dilupai
zaman, ialah kejayaannya menyatupadukan seluruh umat Melayu ketika Tanah
Melayu dilanda oleh malapetaka politik yang paling besar pernah menimpa bangsa
Melayu. Beliau membina landasan untuk mereka meneruskan perjuangan ke arah
kemerdekaan akhirnya. Beliau berhasil mengubah semangat dan konsep
perjuangan kebangsaan daripada Hidup Melayu kepada Merdeka.

Dato Onn menaja RIDA (sekarang MARA) untk membuka peluang perdagangan dan
perusahaan orang Melayu yang tertutup sepanjang masa yang Tanah Melayu
dikuasi oleh penjajah. Beliau menyedari kelemahan orang Melayu dalam lapangan
ekonomi tetapi beliau yakin sepenuhnya bahawa kedudukan politik tidak boleh
kekal dengan lebih kuat jika keadaan ekonomi lemah atau pincang dalam sebuah
negara merdeka yang moden. Nasib ekonomi orang Melayu pada masa hadapan
bergantung kepada jaya atau tidaknya MARA melaksanakn rancangannya;
meninggikan taraf hidup bangsa Melayu.

Dato Onn berjaya mendapatkan sokongan rakyat dan pemerintah untuk


mewujudkan satu dasar negara yang menjadikan bahasa Melayu bahasa rasmi dan
Bahasa Kebangsaan. Ini adalah satu sumbangan yang paling besar Dato Onn
kepada negara dalam kempen kerajaan Tun Abdul Razak menyatupadukan rakyat
yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum, kepercayaan serta kebudayaan.

You might also like