You are on page 1of 6

Konsep Pengajaran Reflektif membandingkan tindakan reflektif:

Tindakan melibatkan kesediaan untuk membuat penilaian kendiri dan perkembangan


secara berterusan

Empat ciri Pengajaran Reflektif

Mengutamakan tujuan dan kesan serta kerberkesanan teknikal

Memberikan cadangan-cadangan baru dalam penggubalan kurikulum baru

Guru akan dapat memainkan peranan yang aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran

Sikap minda keterbukaan, tanggungjawab dan kesungguhan hati

Pengajaran Reflektif memerlukan enam jenis kemahiran

Ciri-Ciri Guru Reflektif:

1.

Keterbukaan Minda

2. Tanggung Jawab

3. Kesungguhan

4. Seorang guru yang terbuka mindanya sering bersedia untuk membuat refleksi
dan mencabar andaian-andaian, prasangka, ideologi tersendiri dan juga orang
lain.

5.Guru membuat rancangan mengajar dan terus bersedia

6. Guru perlu memantau, memerhati dan mengumpul data berkaitan dengan


hasrat, tindakan dan perasaan pelajar.
7.Guru perlu merancang, membuat persediaan, bertindak, mengumpul data,
menganalisis data serta menilai data
8. Guru yang reflektif merupakan seorang yang sering menyoal mengenai
tujuan-tujuannya, memantau amalan dan hasilan, mempertimbangkan kesan jangka
pendek dan jangka panjang terhadap setiap kanak-kanak

Cara-cara membuat refleksi dengan merujuk kepada Model Boud


http://www.infed.org/foundations/understanding.htm

Dengan merujuk kepada laman web ini, sila membuat nota-nota penting tentang
konsep dan proses refleksi berlandaskan kepada tajuk-tajuk kecil berikut:

Pengajaran Reflektif
Pengajaran reflektif bermaksud melihat semula apa yang anda lakukan dalam bilik darjah,
memikirkan tentang megapa anda melakukannya serta memikirkan sama ada ia berkesan atau
sebaliknya satu proses pemerhatian kendiri serta penilian kendiri. Dengan mengumpulkan
maklumat mengenai apa yang berlaku dalam bilik darjah, dan dengan membuat analisis serta
menilai maklumat yang diperolehi dan dikumpulkan, anda mengenalpasti dan meneroka
amalan anda serta kepercayaan yang menjadi asas kepada tindakan anda. Ini akan seterusnya
membawa kepada perubahan serta penambahbaikan pengajaran.
Oleh itu pengajaran reflektif merupakan alat untuk perkembangan profesionalisme yang
bermula dari dalam bilik darjah anda sendiri.
Mengapa pengajaran reflektif begitu penting?
Ramai di kalangan guru telah mula memikirkan mengenai pengajaran mereka dan berkongsi
pengalaman mereka dengan rakan sekerja. Anda mungkin berfikir dan berkongsikan dengan
seseorang tentang Pengajaran anda yang berjalan lancar dan baik atau Murid anda tidak
memahami apa yang anda ajarkan atau Murid-murid anda tidak bertingkahlaku baik pada
hari ini.
Walau bagaimanapun, dengan memberikan masa yang lebih untuk berfokus atau
membincangkan apa yang telah berlaku, anda mungkin akan membuat rumusan tentang
mengapa perkara itu berlaku. Anda mungkin hanya akan melihat reaksi murid yang lebih
dominan. Pengajaran reflektif menekankan kepada proses yang lebih sistematik ketika
mengumpulkan maklumat, merekodkannya serta membuat analisis tentang pemikiran dan
pemerhatian anda di samping pemikiran dan perlakuan murid-murid anda. Seterusnya anda
lakukan perubahan yang bersifat penambahbaikan dalam pengajaran.

Sekiranya pelajaran berjalan dengan lancar anda boleh menjelaskannya dan


memikirkan mengapakah ia berjaya.

Sekiranya murid-murid tidak memahami penggunaan bahasa atau istilah yang anda
gunakan, anda perlu memikirkan tentang apa yang telah anda lakukan dan mengapa ia
menjadi tidak jelas.

Sekiranya murid-murid salah laku dalam kelas apakah sebenarnya yang mereka telah
lakukan, bila dan mengapa?
Memulakan proses refleksi
Anda mungkin memulakan proses refleksi sebagai respons kepada masalah tertentu yang
timbul dalam kelas anda, atau hanya sebagai satu cara untuk mencari-cari sesuatu tentang
pengajaran anda. Anda mungkin membuat keputusan untuk memberikan fokus kepada
kelompok murid tertentu atau melihat ciri-ciri pengajaran anda contohnya bagaimana anda
kendalikan murid salah laku atau bagaimana anda menggalakkan murid-murid untuk bertutur
dalam Bahasa Arab dalam bilik darjah.

Langkah pertama ialah dengan mengumpulkan maklumat mengenai apa yang berlaku di
dalam bilik darjah. Terdapat beberapa cara untuk melakukannya.
Diari / jurnal reflektif guru
Penulisan diari guru merupakan cara yang paling mudah untuk memulakan proses refleksi
kerana sifatnya yang lebih peribadi. Selepas setiap pengajaran, anda perlu menuliskan di
dalam diari anda tentang apa yang berlaku. Anda mungkin juga akan menjelaskan tentang
reaksi dan perasaan anda dan segala yang anda perhatikan tentang murid-murid anda. Anda
mungkin akan mula mengemukakan pelbagai persoalan tentang apa yang telah anda
perhatikan. Anda perlu mempunyai disiplin diri yang tinggi untuk menggunakan masa
mencatatkan ke dalam diari ini secara tekal.
Pemerhatian rakan sebaya
Ajaklah rakan sejawat untuk turut bersama berada di dalam kelas ketika anda mengajar
dengan tujuan untuk mengumpulkan maklumat mengenai pengajaran anda. Mungkin anda
boleh lakukan dengan tugasan yang mudah atau dengan membuat nota / catatan. Anda boleh
mengaitkan maklumat yang dicatatkan oleh rakan ini dengan perkara yang ingin anda buat
refleksi. Contohnya, anda boleh bertanya rakan sejawat anda untuk memfokuskan kepada
murid manakah yang menyumbang paling banyak dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
perbezaan corak interaksi yang berlaku atau bagaimana anda kendalikan sebarang kesilapan.
Rakaman pelajaran
Rakaman audio atau video tentang pelajaran boleh menjadi sumber maklumat yang berguna
untuk dibuat refleksi. Anda mungkin melakukan rakaman di dalam bilik darjah tentang
perkara yang tidak anda sedari atau mungkin berlaku sesuatu di dalam bilik darjah yang
lazimnya tidak disedari.
Rakaman audio adalah berguna apabila diambilkira tentang aspek percakapan (lisan)

guru.
o

Berapa banyak anda bercakap?

Tentang apa?

Adakah arahan dan penerangan dibuat dengan jelas?

Berapa banyak masa diperuntukkan kepada murid untuk bercakap (menjawab


atau berbincang)?

Bagaimana nada memberi respon ketika murid berbual-bual (perkara yang


tidak berkaitan dengan pelajaran)?

Rakaman video berguna untuk menunjukkan aspek tingkahlaku anda.

Di mana anda berdiri?

Kepada siapa anda bercakap?

Bagaimana anda Malayan murid?

Maklubalas murid
Anda juga boleh bertanya kepada murid-murid mengenai apa yang mereka fikirkan tentang
perkara yang berlaku di dalam bilik darjah. Pandangan serta persepsi mereka akan dapat
digunakan untuk mendapatkan pandangan yang berbeza serta dapat memperkayakan
perspektif. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan soal selidik mudah atau diari
pembelajaran.
Apakah yang perlu dilakukan seterusnya?
Setelah mendapatkan maklumat tentang apa yang berlaku di dalam bilik darjah anda, apakah
yang perlu dilakukan?

Fikir
Anda mungkin telah mengesan corak yang berlaku dalam pengajaran anda melalui
pemerhatian anda sendiri. Anda mungkin juga telah mengesan perkara yang berlaku yang
selama ini tidak anda sedari. Anda mungkin tersentak dengan maklum balas yang diberikan
oleh murid-murid anda. Anda mungkin telah mempunyai idea untuk melakukan perubahan
dan penambahbaikan.

Berkongsi
Hanya dengan berkongsikan maklumat yang telah anda perolehi dengan rakan sejawat, anda
akan berupaya untuk mendapatkan idea bagaimana melakukan sesuatu dengan cara yang lain.

Sekiranya anda mempunyai rakan yang pada masa yang sama, ingin membina
dan memperbaiki pengajaran melalui proses refleksi, anda boleh berbincang mengenai isu
atau fenomena yang ingin dibincangkan. Perbincangan boleh didasarkan kepada senario
dalam kelas anda.

Gunakan senarai pernyataan mengenai pengajaran (contohnya, kerja


berpasangan merupakan aktiviti yang berguna dalam kelas Bahasa Arab atau keupayaan
bertutur lebih baik daripada nahu) anda boleh berbincang tentang mana yang anda persetujui
atau tidak persetujui dan mana satu yang yang menjadi bukti yang menyokong pengajaran
anda.

Baca
Anda mungkin membuat keputusan bahawa anda perlu mendapatkan maklumat lebih lanjut
tentang perkara yang berlaku serta ingin dibuat refleksi. Anda boleh merujuk bahan-bahan
berkenaan dalam buku atau daripada Internet serta majalah dan jurnal pendidikan.

Tanya
Kemukakan soalan melalui forum di Internet atau kepada orang lain yang lebih mengetahui
(rakan atau guru pakar) untuk mendapatkan idea. Tanyalah perkara yang menarik minat anda
untuk mendapatkan jawapannya.

Kesimpulan
Pengajaran reflektif merupakan proses kitaran kerana apabila anda mula melaksanakan
perubahan, proses reflektif dan penilaian akan bermula semula.
o

Apa yang anda lakukan

Mengapa anda lakuakannya?

Sejauh mana keberkesanannya?

Bagaimana respons murid?

Bagaimana boleh anda jadikan lebih baik?


Sebagai hasil keputusan yang diperolehi melalui refleksi, anda mungkin membuat keputusan
untuk melakukan perubahan atau anda mungkin memutuskan untuk memperbaiki agar
menjadi lebih baik.

You might also like