You are on page 1of 13

1.

0 PENGENALAN
Kerajaan Johor adalah merupakan sebuah kerajaan kesinambungan daripada
Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan juga kerajaan Srivijaya. Kerajaan Johor adalah
antara kerajaan yang tertua dalam sejarah kerajaan Melayu. Pada sekitar abad ke 16 dan
17 munculnya kerajaan Johor dan kemunculan kerajaan Johor adalah setelah karajaan
Melaka mengalami keruntuhan akibat daripada kekalahan Melaka terhadap Portugis yang
menawan Melaka pada tahun 1915.Pada permulaanya kerajaan johor muncul sebagai
kerajaan Johor, Pahang, Riau dan Lingga. Keruntuhan yang berlaku terhadap kerajaan
Melaka telah mendorong kepada pembukaan kerajaan Johor dan pada ketika itu Sultan
pertama yang menaiki takhta kerajaan Johor ialah Sultan Alaudin Riayat Shah II.
Kerajaan Johor merupakan sebuah kerajaan yang terletak di bahagian Semenanjung
Tanah Melayu iaitu di tengah tengah jalan perdagangan antara Timur dan Barat.
Kerajaan Johor turut memperkukuhkan kedaulatannya menerusi pengeksploitasian
kedudukannya yang strategik. Oleh yang demikian kerajaan Johor berteraskan kepada
aktiviti perdagangan dan maritim yang bersesuaian dengan kedudukan geografinya yang
berada di Selat Melaka.
Terdapat beberapa faktor yang dikenalpasti yang telah menyumbang kepada
kerajaan Johor. Antara salah satu faktornya adalah kepesatan yang berlaku dalam aktiviti
perdagangan di Johor. Kedudukan kerajaan Johor adalah di tengah -

tengah laluan

perdagangan dan terdapat banyak kapal kapal yang singgah di pelabuhan yang terdapat
di wilayah kerjaan Johor. Seterusnya, dari segi ekonomi pula wujud aktiviti perkapalan
dan maritim ekoran daripada perkembangan yang berlaku dalam aktiviti perdagangan.
Demikian itu, perbincangan ini akan mengemukakan mengenai evolusi, transformasi dan
metamorphosis yang berlaku dalam kerajaan Johor sehingga menyebabkan berlaku
perubahan dari segi wilayah dan jajahan takluknya, kerajaan yang memerintah, dan
pentadbiran serta kuasa yang memerintah dari sejarah politik, ekonomi dan sosial.
Evolusi dan transformasi yang berlaku adalah bermula mengikut fasa fasa yang tertentu.
Fasa yang pertama adalah mengenai sejarah awal Johor pra 1530, dan fasa kedua adalah
perkembangan sejarah Johor yang bermula dari tahun 1530 sehingga 1640, fasa ketiga
pula bermula dari tahun 1641 sehingga 1699 dan fasa yang keempat iaitu tahun 1700
hingga 1720, dan fasa terakhir iaitu fasa yang kelima dari tahun 1720 sehingga tahun
1784.
1

2.1 PERKEMBANGAN SEJARAH KERAJAAN JOHOR


2.1 FASA PERTAMA PRA 1530
Pada mulanya, Johor adalah dikenali dengan Klang - Kio atau Genggayu. Ini adalah
mengikut pandangan yang dikemukakan oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1612 dalam buku
beliau iaitu Sejarah Melayu. Menurut cerita, setelah kerajaan Gangga Negar atau Perak
telah berjaya ditewaskan oleh Raja Suran maka beliau telah lari ke India untuk meneruskan
misi serangan ke atas sebuah jajahan taklukan Siam di hulu Sungai Johor yang dikenali
sebagai Klang - Kio atau Ganggayu.1 Raja Suran yang dimaksudkan tadi ialah Raja
Chola yang bernama Rajendran Chola I dan kenyataan ini adalah menurut pandangan sarjana
serawan pada masa kini. Pada kurun ke 11 Masihi Raja Suran telah datang ke Nusantara
dan kedatangan beliau adalah untuk melakukan serangan dan menawan kerajaan kerajaan
yang berada di bawah taklukan kerajaan Srivijaya atau dikenali juga sebagai Palembang Tua.
Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian sarjana yang mengemukakan pangdangan yang
berbeza mengenai Klang Kio iaitu mereka menyatakan bahawa kerajaaan ini adalah
kerajaan kerajaan Siam asli yang dikenali sebagai Mon Khmer iaitu di Pahang dan
bukan kerajaan yang terletak di hulu sungai Johor. Sebenarnya, orang orang Siam yang
dimaksudkan adalah merujuk kepada kota Gelanggi iaitu letaknya tidak jauh dari Pulau
Tawar di Pahang. Dengan kenyataan kenyataan yang dikemukakan jelas menunjukkan
bahawa Klang Kio atau Ganggayu yang terletak di hulu sungai Johor ini adalah dinafikan
sama sekali.
Selain itu, Wurawari juga merupakan salah satu nama yang dikenali dalam sejarah
kerajaan Johor. Dalam bahasa Jawa lama Wurawari ini membawa maksud air yang jernih.
Sebenarnya Wurawari dan Melaka dikatakan terletak di bawah taklukan dan juga pengaruh
orang orang Siam Thai. Penaklukan ini berlaku selepas mereka berjaya menewaskan orang
orang Siam Asli pada tahun 1280. Kenyataan ini adalah ditinjau dari sudut sejarah iaitu
berdasarkan sumber sebuah buku perundangan Siam iaitu Montien Ban bertarikh 1358.
Namun demikian, satu kajian telah dijalankan pada kurun ke 14 dan telah disahkan bahawa
penyataan tersebut adalah tidak tepat. Penyiasatan telah membuktikan bahawa pengaruh
Majapahit lebih kukuh sekiranya dibandingkan dengan orang orang Siam yang berada di
1 Buyung Adil. 1971. Sejarah Johor. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 1
2

Semenanajung Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat sebuah syair Jawa yang
menyokong kuat terhadap penyataan ini iaitu hasil karangan Prapancha yang berjudul
Nagarakertagama pada tahun 1369. Syair yang dihasilkan ini banyak menceritakan tentang
kebesaran dan juga kejayaan yang dicapai oleh Raja Raja Wuruk dan Pateh Aria Gajah
Mada yang telah berjaya menakluki beberapa buah kawasan. Antara kawasan yang berjaya
ditaklukinya adalah Ujong Medini, Kedah, Langkasuka, Temasik dan sebagainya. Tercatat
dalam Nagarakertagama bahawa Ujong Medini adalah sebuah daerah yang pada masa kini
terletak di Johor.
Seterusnya, beberapa buah pulau juga turut terletak di kawasan taklukan Majapahit iaitu
pulau yang terletak di Pantai Timur Johor seperti Pulau Tinggi, Pulau Pemanggil, dan Pulau
Laut. Pulau pulau yang dinyatakan ada disebut di dalam sebuah hikayat iaitu Hikayat Raja
Raja Pasai. Disamping itu juga, Sayong turut menjadi salah satu nama yang dikenali dalam
kerajaan Johor pada dahulunya. Sayong merupakan sebuah tempat yang terletak di tepi
Sungai Johor. Pada zaman pemerintahan Raja Seri Rana Wira Kerma yang memerintah
Singapura telah dikaitkan dengan beberapa peristiwa yang pernah menyebut tentang sebuah
tempat yang bernama Sayong.2 Buku Sejarah Melayu ada menceritakan bahawa pada asalnya
ketua tentera raja Singapuara adalah berasal dari Sayong. Beliau hanya menjadi seorang
penebang di sebuah kawasan hutan sebelum beliau menjadi seorang ketua tentera. Majikan
tempat beliau bekerja adalah bernama Seluang dan kini dikenali sebagai Kota Tinggi. Oleh
yang demikian sebenarnya Sayong yang dikatakan ini adalah merujuk kepada Sayong Pinang
yang merupakan berada lebih kurang 26 kilometer daripada Bandar Kota Tinggi. Pada kurun
ke 16 ia dikatakan pernah menjadi pusat pemerintahan Kerajaan Johor.
Oleh yang demikian, dalam catatan buku Sejarah Melayu terdapat juga yang
menyebut tentang Batu Pahat yang dipercayai merujuk kepada daerah Batu Pahat yang pada
ketika ini di Johor. Hal ini telah dihubungkaitkan dengan zaman pemerintahan Sultan
Muzaffar Syah pada tahun 1445 hinggalah 1458, iaitu menceritakan peristiwa serangan
orang-orang Siam terhadap Melaka. Ia juga turut menyebut nama Batu Pahat yang kini
merupakan daerah di dalam negeri Johor.3
2 Ibid. Hlm. 2
3 Ibid. Hlm. 3
3

Dengan demikian, dapat disimpulkan bahawa sejarah awal kerajaan Johor banyak
tertumpu di bahagian Timur Johor iaitu di sekitar lembangan Sungai Johor. Hal ini dapat
dibuktikan melalui Klang - Kio atau Genggayu yang terletak berhampiran dengan Hulu
Sungai Johor. Manakala bukti yang kedua pula ialah Sayong iaitu merupakan sebuah tempat
yang terletak berhampiran juga dengan Sungai Johor. Di samping itu, dapat juga dilihat
bagaimana berlaku evolusi sebelum abad ke-16 Masihi. Hal ini berlaku apabila pada mulanya
daerah seperti Ujong Medini dan Wurawari Johor yang terletak di bawah naungan kerajaan
Siam akhirnya goyah kerana pengaruh oleh Siam yang semakin lama semakin lemah. Namun,
pengaruh Kerajaan Majapahit pula semakin tersebar dengan meluas di Nusantara. Selain itu,
sebelum abad ke 16, nama-nama tempat seperti Sayong, Muar, Batu Pahat, Pulau Tinggi dan
sebagainya telah didiami oleh orang Melayu. Semasa abad ke-15 pula, kawasan kawasan di
dalam negeri ini adalah terletak di bawah naungan Sultan Melayu sendiri. Disebabakan
itulah, kenyataan-kenyataan yang dibincangkan ini merupakan kronologi sejarah awal
kerajaan Johor Pra 1530. Walaupun demikian, evolusi perkembangan sejarah awal Johor
masih belum ada kepastian dan persoalan demi persoalan yang timbul, Setiap persoalan ini
masih lagi belum terjawab. Keadaan ini banyak menimbulkan kemusykilan dan semuanya
bergantung kepada kajian lanjutan yang akan dijalankan.

FASA KEDUA 1530 1640


Fasa kedua akan memperihalkan dan memperlihatkan tentang proses penubuhan dan
pemerkasaan selama 110 tahun. Secara amnya, tarikh 1530 telah dijadikan rujukan sebagai
tahun pengasasan kerajaan Johor. Banyak faktor yang mempengaruhi keadaan ini. Antaranya
ialah sperti kekaburan dan ketidakpastian sejarah awal Johor yang masih belum dikaji secara
sempurna dan mendalam. Oleh yang demikian , para sarjana sejarah telah bersepakat bahawa
tahun penubuhan Johor adalah pada 1530. Menurut catatan sejarah, Kerajaan Johor telah
diasaskan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II. Pengasaan ini dilakukan setelah empayar
kerajaan Melayu Melaka berjaya ditawan oleh tentera Portugis pada tahun 1511. Kejatuhan
empayar melaka ini telah memberi impak yang besar kepada pengaruh orang-orang Melayu
dalam pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Melayu. Sekiranya ditinjau dari sudut politik
pentadbiran, pada mulanya pusat pentadbiran telah di bina di Kota Kara. Walau

bagaimanapun, pusat pentadbiran ini dipindahkan ke Kota Tinggi sebagai strategi


pengukuhan kerajaan.
Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi dalam tempoh proses pengukuhan kerajaan.
Antara cabaran yang dihadapi adalah merujuk kepada Portugis yang sejak dahulu lagi
menjadi musuh tradisi kejatuhan kerajaan Melaka. Ancaman daripada Acheh juga turut
menjadi cabaran terhadap kerajaan Johor. Johor telah diserang oleh Acheh pada tahun 1540 di
Muara Sungai Pana.4 Johor dikatakan diserang pada bulan Jun tahun 1535 dan seramai 400
angkatan tentera di bawah pimpinan Estavao Da Gama telah menyerang Johor.5 Peperangan
yang tercetus ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor dan antara salah satu faktornya
adalah disebabkan oleh cubaan Acheh yang ingin menakluki kerajaan Aru yang pada ketika
itu mahu menjadi taklukan Johor. Tercetus satu peperangan pada ketika itu diantara Sultan
Alauddin. Beliau mendapat bantuan daripada pelbagai pihak seperti Kampar, Inderagiri dan
Siak dengan Acheh. Dengan bantuan daripada pihak tersebut akhirnya kemenangan telah
memihak kepada Johor. Walaupun demikian, inilah satu-satunya peristiwa pada kurun ke-16
yang benar-benar menampakkan Johor menentang Acheh sehingga berjaya mengalahkannya.
Telah berlaku satu cetusan yang baru dalam pentadbiran kerajaan dimana peranan yang
sepatutnya dimainkan oleh bendahara terpaksa diketepikan tetapi Laksamana Paduka Raja
diberikan keutamaan untuk mempertahankan dan memperkukuhkan pentadbiran dalam
kerajaan. Disebabkan itulah peranan yang dimainkan oleh Laksamana Paduka Raja adalah
besar dalam mempertahankan Johor. Selain itu, beliau juga memainkan peranan dalam
mengembalikan ekonomi dalam kerajaan Johor dalam mempertingkatkan semula
perdagangan yang menjadi nadi terhadap kerajaan Johor. Faktor keadaan semasa telah
menyebabkan keadaan ini berlaku dan ia memerlukan pertahanan dan ketenteraan yang kuat
sebagai tunjang dalam mempertahankan kadaulatan kerajaan. Justeru itu, kerajaan Johor
dapat mematahkan serangan dan ancaman daripada musuh dengan berbekalkan kekuatan dan
daya saing yang tinggi iaitu dimilki oleh pemerintah. Pada sepanjang tahun inilah terukir
pelbagai peristiwa yang menggambarkan semangat serta usaha keras para pemimpin Johor

4 Leonard Y Andaya. 1977. Kerajaan Johor (1641-1728) : Pembangunan Ekonomi Dan Politik. (Shamsuddin
Jaafar, Terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 30.

5 Buyung Adil. 1971. Sejarah Johor. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 18.
5

demi mempertahankan maruah dan kedaulatan kerajaan daripada di hancurkan oleh pihak
musuh iaitu Portugis dan juga Acheh.
FASA KETIGA 1642 1699
Fasa ketiga ini menjadi titik tolak kepada perkembangan kerajaan Johor dalam menjadi
sebuah kerajaan yang berdaulat. Kedatangan kuasa Belanda dan penubuhan Syarikat Hindia
Timur atau V.O.C. telah mempengaruhi perkembangan kerajaan Johor. Disamping itu juga
kelemahan kerajaan Acheh telah menjadi pemangkin terhadap pembangunan dan kejyaan
kerajaan Johor. Pada tahun 1641 kerajaan Johor hanyalah terdiri daripada beberapa batang
sungai dan juga pulau seperti Sungai Kelang, Sungai Penagi ( Kuala Linggi ), Sungai Siak,
Sungai Kampar, Bengkalis, Ungaran, Pulau Pulau Karimun, Bulang, Bentan, Lingga, dan
pulau pulau di sekelilingnya iaitu Pulau Singapura, Rio Formosa ( Sungai Batu Pahat ) dan
Muar.6 Pada ketika itu, Portugis terpaksa berhadapan dengan cabaran baru dimana
kedatangan kuasa Eropah yang lain dengan munculnya kekuatan Belanda untuk menubuhkan
Syarikat Hindia Timur iaitu pada awal abad ke 17. Dalam pada masa ini Johor telah proses
perkembangan dari segi politik, ekonomi dan sosial. Pelabuhan Johor sentiasa sibuk dengan
kedatangan para pedagang asing disebabkan tarikan mereka dengan kemampuan Johor dalam
menyediakan peluang dan pasaran yang baik disamping barang barang untuk menjalankan
kemudahan dengan cekap meskipun Johor tidak mengasilkan sebarang perkara.7
Selain itu juga, Johor bukan sahaja terikat dengan sejarah dunia melayu malah
berhubung kait dengan sejarah global selain merupakan sebuah yang unik. Terutamanya
dengan dunia di sebelah Timur dan Barat. Justeru itu juga kedudukan geografinya yang
strategik telah meyebabkan dieksploitasi sepenuhnya oleh orang Melayu yang tinggal di
Semenanjung Tanah Melayu dan Pulau Sumatera yang berteraskan kepada dunia maritim.
Oleh yang demikian Johor telah menandatangani perjanjian dengan kuasa barat yang baru
iaitu Belanda sehingga mewujudkan suasana baru di Selat Melaka. Kedatangan Admiral
Jacob Heemker ke istana Johor di Batu Jawa pada tahun 1602 telah menyebabkan
termeterainya satu hubungan diplomasi yang bermatlamatkan untuk mengusir Portugis dari
6 Ibid. hlmn 49.
7 Ibid. hlmn 50.

Melaka. Selain itu hubungan diplomasi ini juga dapat menghalang Portugis daripada
memonopoli perlombongan bijih timah dan perdagangan kain kapas India. Penubuhan V.O.C
juga telah menjadi pemangkin yang positif kepada transformasi Johor kerana V.O.C telah
membantu meningkatkan ekonomi Johor melalui saluran dermawan daripada karyawan
Belanda dari bandar yang terkenal. Di samping itu, kekayaan yang diperolehi daripada
perdagangan antarabangsa telah meningkatkan lagi kewibawaan pemimpin dalam
memperkukuhkan unsur unsur politik yang menjamin kedudukan raja di Johor.8
Seterusnya, perkembangan Johor juga turut dipengaruhi oleh perkahwinan iaitu
perkahwinan yang wujud antara dua kuasa di Alam Melayu. Hal ini dapat dilihat pada tahun
1644 iaitu semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah III apabila permaisuri negeri Patani
dikahwinkan dengan adik bongsu Sultan Abdul Jalil Shah. Melalui hubungan perkahwinan
tersebut ia telah merapatkan lagi hubungan antara kedua dua buah negeri tersebut. 9 Namun
perkahwinan antara Yamtuan Raja Bajau iaitu bakal Sultan Johor dengan anak Raja Jambi
tidak dipersetujui akibat perselisihan faham dan berlakunya perang pada tahun 1970. Namun
pada tahun 1681 peperangan tersebut berjaya ditamatkan dengan bantuan daripada Johor iaitu
Paduka Raja Tun Abdul Jamil bersama anaknya iaitu Laksaman Johor membawa angkatan
perang Johor menyerang Palembang dengan dibantu oleh Daing Mengika.10
Sebenarnya, hubungan yang terjalin antara Johor dan Belanda banyak memberikan
keuntungan kepada Johor . Hal ini dapat dilihat terutamanya dalam kemajuan pelabuhan
Riau yang telah menjadi pusat perdagangan yang utama di Asia Tenggara. Keadaan ini telah
memberikan cabaran yang hebat kepada Melaka dan Batavia. Hal ini juga telah
membolehkan para pegawai dan Orang Kaya berdagang dengan bebas tanpa mendapat
sekatan daripada Belanda di Selat Melaka. Secara tidak langsung ia telah membantu
melonjakkan lagi ekonomi kerajaan Johor manakala pelabuhan Riau bertambah pesat dengan
singgahan para pedagang dari Eropah, India, China dan juga Dunia Melayu.

8 Ibid. hlmn 53.


9 Ibid. hlmn 72.
10 Ibid. hlmn 80.
7

FASA KEEMPAT 1700 1720


Pada permulaan kurun yang ke 18, Johor sekali lagi menghadapi cabaran dimana
telah berlaku perubahan yang menarik dalam sejarah Johor. Tarikan dan penggalak yang
utama bagi V.O.C untuk menjalankan perdagangannya adalah rempah ratus di Asia dan hasil
keuntungannya terus menjadi sumber yang tetap dan penting. Namun begitu, dinasti
Bendahara Johor tidak berdaya untuk menguasai Orang Laut serta tidak dapat bergantung
harap untuk mendapatkan kesetiaan daripada kuasa di Raja tradisional itu.11 Apabila
memasuki abad ke 18, kerajaan Johor sekali lagi terpaksa berhadapan dengan era cabaran
dalam sejarah perkembangannya yang tragis. Hal ini demikian kerana pada tahun 1699 ia
telah dipengaruhi oleh peristiwa pembunuhan Sultan terakhir dari keturunan Melaka oleh
Megat Seri Rama. Bagi menandakan berakhirnya nasab dan salasilah keturunan Sultan dari
Kesultanan Melayu Melaka adalah dengan kemangkatan Almarhum Kampar. Dengan
kemangkatan beliau keadaan menjadi lebih sulit karana tiada seorang pun waris yang
ditinggalkan. Kesannya, Sultan Abdul Jalil telah ditabalkan menjadi sebagai Sultan Johor
yang diberi gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Maka dengan itu bermulalah
penerusan tradisi pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dengan keluarga baru di Johor.
Pada awal abad ke 18 di Johor memperlihatkan keadaan yang tidak tenteram. Hal ini
adalah kesan daripada pertikaian yang berlaku terhadap Tun Abdul Jalil ( Marhum Kuala
Pahang ) sebagai Sultan. Perlantikan tersebut adalah merupakan hasil komplot daripada
golongan elit istana Johor. Beliau merupakan anak kepada Bendahara Tun Habib Abdul
Majid, namun perlantikan beliau tidak mendapat penerimaan daripada rakyat kerana
mayarakat Melayu menganggap mustahil bagi seorang yang berdarah merah untuk menjadi
seorang Sultan sedangkan semua keturunan Di Raja adalah berdarah putih. Kelemahan
Bendahara dalam hal ehwal pentadbiran sebenarnya merupakan antara faktor yang
menyumbang kepada keadaan ini dimana beliau banyak bergantung kepada adindanya iaitu
Bendahara Mas Anum dan juga Raja Muda Tun Mahmud untuk mentadbir kerajaan. Keadaan
yang berbelah bagi juga wujud dalam keluarga Bendahara disamping wujud ancaman
daripada Orang Laut dan kerajaan kerajaan Melayu yang berjiran. 12 Peristiwa yang berlaku
11 Leonard Y. Andaya. 1977. Kerajaan Johor (1641-1728) : Pembangunan Ekonomi Dan Politik.
(Shamsuddin Jaafar Terjemah). Hlm.
12 Kristof Glamann. 1958. Dutch-Asiatic Trade, 1620-1740. Copenhagen. Hlm. 14-15 ,184.
8

dalam kerajaan Johor telah banyak memberikan implikasi yang negatif terhadap
perkembangan di Johor terutamanya dari segi ekonomi dimana ia telah menghalang aktiviti
perdagangan yang keluar masuk di pelabuhan pelabuhan Johor pada tahun pertama selepas
berlakunya rampasan kuasa pada tahun 1699. Dari segi aktiviti perlombongan bijih timah
pula adalah kebanyakkannya hasil bijih timah dari Selangor, Kelang dan Rembau tidak lagi
dibawa masuk ke Johor tetapi dibawa masuk ke Melaka.

13

Oleh yang demikian, disebabkan

oleh keadaan di Johor yang huru hara dengan pelbagai masalah, telah menyebabkan Sultan
Abdul Jalil Riayat Shah IV tidak sempat untuk mengumumkan pertabalan beliau menjadi
Sultan pada 13 Disember 1700 kepada pihak Belanda.
FASA KELIMA 1720 1784
Era kembalinya perkembangan kegemilangan Johor adalah pada fasa kelima ini
dimana dalam fasa ini akan memperihalkan berkaitan dengan kemasukan pengaruh luar
seperti Siak dan Bugis. Kemasukan mereka telah memberikan kesan dimana pemangkin
kepada transformasi perkembangan kerajaan Johor. Pada awal abad ke 18 satu kemelut
telah berlaku di Selat Melaka termasuklah dengan kemasukan Siak iaitu Minangkabau dan
Bugis. Keadaan ini berlaku selepas kemangkatan Sultan Mahmud II yang telah menandakan
berakhirnya salasilah keturunan Sultan dari Kesultanan Melaka. Oleh yang demikian Johor
tidak mempunyai Sultan selepas kemangkatan Sultan Mahmud II dan Bendahara Tun Abdul
Jalil telah menggantikannya dengan mendapat gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV.
Beliau telah diangkat menjadi Yamtuan Muda ( Raja Muda ) dan merupakan Sultan atau Raja
Johor yang ke 11. Selain itu, seorang Raja dari Siak iaitu dikenali sebagai Raja Kecil telah
muncul di Johor pada tahun 1717 dan mendakwa bahawa beliau adalah putera Sultan
Mahmud yang dibunuh pada tahun 1699.14 Baginda telah menyerang Johor dengan bertemu
dahulu dengan upu upu Bugis di Bengkalis bertujuan untuk meminta bantuan. 15Walaupun
demikian, pada tahun 1718 Raja Kecil tetap melancarkan serangan meskipun tidak mendapat
13 KA,1530, OB 1701 , Arahan- arahan daripada Gab. Govert van Hoorn Melaka kepada
Penggantinya Bernard Phoonsen Melaka ke Betawi 19 Januari 1701, fol. 15,
14 Barbara Watson Andaya, Leonard Y. Andaya, 1983. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Macmillan
Publisher (M) Sdn. Bhd. Hlm 4.
15 Tengku Said. 1992. Hikayat Siak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 124
9

bentuan daripada upu upu Bugis. Serangan yang dilakukan telah berjaya menumpaskan
Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Raja Kecil telah berjaya menaiki takhta dengan mendapat
gelaran Sultan Abdul Rahmat Riayat Shah kesan daripada kemenangan yang di perolehinya.
16

Kejayaan tersebut telah menaikkan kemarahan Raja Sulaiman dan Tengku Tengah lebih

lebih lagi Raja Kecil telah menungkiri janjinya untuk menikahi Tengku Tengah serta menjadi
dalang atas pembunuhan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Ekoran daripada peristiwa
tersebut, Bugis dan Raja Sulaiman telah menyerang semula Raja Kecil dan menghalaunya
semula balik Siak pada tahun 1721. 17
Sememangnya terdapat banyak peristiwa yang berlaku di Johor akibat daripada
pengaruh Bugis dari aspek politik. Peristiwa yang berlaku juga banyak memberikan kesan
yang begitu ketara sekali dimana kedatangan Bugis telah mewujudkan dua kuasa di Johor
iaitu kuasa Melayu dan kuasa Bugis dalam pentadbiran Johor. Malah satu jawatan baru turut
diperkenalkan iaitu Jawatan Yamtuan Muda dan kuasanya adalah melebihi kuasa Sultan.
Jawatan ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk memperkukuhkan lagi kuasa Bugis di
Johor dalam pentadbiran kerajaan. Selain itu, adat tiga hujung turut diperkenalkan dan Bugis
juga telah menerapkan budaya budaya kepada masyarakat Melayu serta dalam istana Di
Raja Johor. Dari segi ekonomi pula, Bugis telah berjaya mengukuhkan kedudukannya melalui
aktiviti perdagangan di pelabuhan Johor Riau. Kestabilan politik di Johor juga telah
menarik minat para pedagang untuk berkunjung lebih lebih lagi selepas peperangan dan
secara langsung keadaan ini telah membantu untuk mengembangkan lagi ekonomi di Johor.
Para pedagang yang singgah di pelabuhan Johor kebanyakkannya adalah dari China, Jawa,
Benggala, Siam dan sebagainya dengan membawa hasil dagangan masing masing seperti
candu, beras, kain dan juga alatan senjata.
Seterusnya, kemakmuran dan perkembangan yang berlaku dalam kerajaan Johor turut
menarik minat pedagang padagang dari luar untuk datang berniaga di Johor. Malah turut
membantu menambahkan lagi hasil kutipan cukai di pelabuhan untuk kegiatan eksport dan
import. Perkembangan yang berlaku dalam aspek ekonomi ini telah membantu Sultan
Sulaiman untuk menambahkan lagi kelengkapan pertahanan Johor bagi mempertahankan
16 Fadzli Mat Rawi. 2006. Pahlawan Johor. Selangor: Pustaka Cahaya Intelek. Hlm 8.
17 Joginder Singh Jessy. 1979. Sejarah Tanah Melayu (1400-1959). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka. Hlm. 9.
10

Johor daripada di serang oleh musuh tidak kira dari dalam mahupun luar Johor. Riau juga
berjaya memonopoli kekuatan geopolitik dan kedudukan yang strategik Johor sehingga Johor
menjadi pusat kegiatan dagangan yang utama di dunia Melayu. Kesannya, kehadiran
padagang Bugis dari Pulau Sulawesi dan juga Selat Melaka telah bertambah sejak permulaan
abad ke 17. Faktor yang mendorong mereka berjaya sampai ke pelabuhan Johor adalah
dipengaruhi oleh kepandaian mereka dalam menyelusuri perairan Laut Sulu, Laut China
Selatan, Laut Jawa dan juga Selat Melaka. Dengan penglibatan Bugis dalam aspek politik di
Johor maka dalam fasa kelima ini Johor telah berjaya menjadi pelabuhan yang terkenal yang
setanding dengan pelabuhan lain di Alam Melayu.

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, Johor telah melalui proses perkembangan yang sangat panjang
dan rumit dalam fasa pra 1530 hinggalah fasa yang kelima. Walau bagaimanapun Johor tetap
mencapai perkembangan sehinggalah pada awal abad ke 18 yang merupakan zaman
kegemilangan Johor. Keadaan ini berlaku setelah kedatangan Bugis ke Johor yang mula
bertapak dengan kukuh. Secara keseluruhannya, transformasi yang berlaku telah membawa
anjakan perubahan perkembangan politik, ekonomi dan sosial kerajaan Johor. Namun, corak
transformasi yang berlaku adalah bersifat pelbagai kerana ada turun dan naiknya dan keadaan
ini dapat dilihat dalam setiap fasa. Justeru itu, kerajaan Johor telah melalui transformasi yang
amat getir dan hanya dapat diselamatkan dengan adanya kekuatan dalaman dan perubahan
perubahan yang berlaku di Eropah dan Asia serta perimbangan kuasa baru di dunia Melayu.

11

RUJUKAN

Barbara Watson Andaya, Leonard Y. Andaya. 1983. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur:
Macmillan Publisher ( M ) Sdn. Bhd.
Buyung Adil. 1971. Sejarah Johor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Fadzli Mat Rawi. 2006. Pahlawan Johor. Selangor: Pustaka Cahaya Intelek.
Joginder Singh Jessy. 1979. Sejarah Tanah Melayu ( 1400-1959 ). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
KA 1530, OB 1701, Arahan-arahan daripada Gab. Govert van Hoorn Melaka kepada
Penggantinya Bernard Phoonsen Melaka ke Betawi 19 Januari 1701, fol 15.
Leonard Y. Andaya. 1977. Kerajaan Johor ( 1641-1728 ) : Pembangunan Ekonomi dan
Politik ( Shamsuddin Jaafar Terjemah ). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
12

Pustaka.
Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji. 1982. Tuhfat Al-Nafis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
Tengku Said. 1992. Hikayat Siak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wheatley, Paul. 2010. The Golden Khersonese. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Winstedt, R.O. 1979. A History of Johor. Kuala Lumpur: MBRAS.

13